Content
Page 1 of 19 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI ALOR SETAR 1 DALAM NEGERI KEDAH 2 GUAMAN SIVIL NO: KA-A73KJ-145-03/2023 3 4 ANTARA 5 6 ROSILA BINTI HUSSIN …PLAINTIF 7 8
KA-A73KJ-145-03/2023
Magistrates Court of Malaysia3 Jul 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“ntuk mengambil langkah berhati-hati yang 282 mencukupi untuk mengelak kemalangan berlaku. 283 284 [38] Mahkamah ini merujuk kepada kes Mohd Ridzuan Abd Rahman v. Projek 285 Lebuhraya Usahasama Berhad [2021] CLJU 2576 yang memutuskan seperti 286 berikut:- 287 S/N p52g72zclEK/QEBR4gmm6w **Note : Serial number will be use”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
Page 1 of 19 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI ALOR SETAR 1 DALAM NEGERI KEDAH 2 GUAMAN SIVIL NO: KA-A73KJ-145-03/2023 3 4 ANTARA 5 6 ROSILA BINTI HUSSIN …PLAINTIF 7 8
1
DAN 9 10
3
KILANG BERAS SERI MERBOK SDN. BHD …DEFENDAN-DEFENDAN 13 ___________________________________________________________________ 14 ALASAN PENGHAKIMAN 15 A. PENGENALAN 16 17 [1] Mahkamah ini telah memutuskan bahawa Plaintif telah gagal membuktikan 18 tuntutannya ke atas Defendan Pertama dan Defendan Kedua, maka tuntutan 19 Plaintif telah ditolak dengan kos. 20 21 S/N p52g72zclEK/QEBR4gmm6w Page 2 of 19 [2] Plaintif dalam kes ini tidak berpuashati dengan keputusan Mahkamah ini dan 22 telah memfailkan rayuan terhadap sebahagian keputusan tersebut 23 berkenaan isu liabiliti sahaja. 24 25 [3] Seramai 4 orang saksi telah memberikan keterangan dalam kes ini, iaitu: 26 27 i. Sarjan Azhar bin Ayub [RF/113343, seorang Penolong Pegawai 28 Penyiasat (selepas ini dirujuk sebagai “SP1”); 29 30 ii. Rosila binti Hussain, iaitu Plaintif dalam kes ini (selepas ini dirujuk 31 sebagai “SP2”); 32 33 iii. Dr Abdul Muhaimin bin Ali, pegawai perubatan (selepas ini akan 34 dirujuk sebagai “SP3”); dan 35 36 iv. Mohd Khairul Azuar bin Mokhtar, iaitu wakil Defendan Pertama dan 37 Kedua dalam kes ini (selepas ini akan dirujuk sebagai “SD1”). 38 39 B. VERSI KEMALANGAN 40 41 [4] Dalam kes ini hanya terdapat satu versi kemalangan tentang bagaimana 42 kemalangan ini berlaku, iaitu versi Plaintif sahaja. 43 44 S/N p52g72zclEK/QEBR4gmm6w Page 3 of 19 [5] Versi Plaintif sebagaimana dinyatakan dalam perenggan 5 Pernyataan 45 Tuntutan dan Laporan Polis Plaintif, P2: 46 47 “Pada 5/8/2019 jam lebih kurang 11.30 pagi, Plaintif sedang menunggang 48 motosikal no pendaftaran DAG 928 ( selepas ini dirujuk sebagai “Motosikal 49 Plaintif”) di sepanjang Jalan Ban Belakang kilang Beras Merbuk di mana 50 semasa melalui jalan tersebut, Plaintif tekah dengan tiba-tiba terlanggar 51 sebuah bonggol sehingga menyebabkan Plaintif terjatuh dan tercedera.” 52 53 [6] Tiada versi Defendan berkaitan bagaimana kemalangan berlaku dalam kes 54 ini memandangkan hanya Plaintif sahaja yang berada di tempat 55 kemalangan semasa kemalangan berlaku. Tiada saksi mata yang melihat 56 bagaimana kemalangan berlaku. 57 58 C. PRINSIP UNDANG-UNDANG SIVIL: BEBAN PEMBUKTIAN 59 60 [7] Sebelum mahkamah mempertimbangkan isu-isu yang dipertikaikan, 61 Mahkamah terlebih dahulu meneliti beban pembuktian pihak-pihak dalam 62 membuktikan tuntutan. Adalah menjadi tanggungjawab Mahkamah untuk 63 membuat penilaian di atas imbangan kebarangkalian keseluruhan 64 keterangan saksi-saksi dan keterangan dokumen samada Plaintif telah 65 berjaya dalam membuktikan tuntutan sebelum beban pembuktian 66 berpindah kepada Defendan Pertama dan Defendan Kedua dalam 67 membuktikan pembelaannya. 68 69 S/N p52g72zclEK/QEBR4gmm6w Page 4 of 19 [8] Mahkamah merujuk seksyen 101 Akta Keterangan 1950 di mana 70 diperuntukkan bahawa: 71 72 “101. (1) Barang siapa berkehendakkan mahkamah memberi 73 penghakiman tentang apa-apa hak atau liabiliti di sisi undang- 74 undang dengan bergantung pada adanya fakta-fakta yang 75 ditegaskan olehnya, mestilah bahawa faktafakta itu ada.
2
Apabila seseorang terikat untuk membuktikan adanya 77 sesuatu fakta, maka adalah dikatakan bahawa beban bukti 78 terletak pada orang itu.” 79 80 [9] Mahkamah juga merujuk kepada seksyen 102 Akta Keterangan 1950 yang 81 memperuntukan bahawa: 82 83 “Beban bukti di dalam sesuatu guaman atau prosiding terletak pada 84 orang yang mungkin gagal sekiranya tidak ada langsung keterangan 85 diberi oleh mana-mana pihak.” 86 87 [10] Begitu juga dengan seksyen 103 Akta Keterangan 1950 di mana dinyatakan 88 bahawa: 89 90 “Beban bukti mengenai sesuatu fakta tertentu terletak pada orang 91 yang berkehendakkan mahkamah mempercayai tentang adanya 92 fakta itu, melainkan jika ada diperuntukkan oleh mana-mana undang- 93 S/N p52g72zclEK/QEBR4gmm6w Page 5 of 19 undang bahawa bukti mengenai fakta itu terletak pada mana-mana 94 orang tertentu.” 95 96 [11] Selanjutnya, prinsip undang-undang ini juga dinyatakan di dalam kes di 97 Mahkamah Persekutuan, Wong Thin Yit v. Mohamed Ali [1971] 1 LNS 98 151 sebagaimana yang berikut: 99 100 “In a negligence action the onus of proof rests wholly on the 101 plaintiff, whether or not the defendant gives evidence. The plaintiff 102 cannot succeed without proof of the defendant's negligence. 103 Evidence is the foundation of proof, with which it must not be 104 confounded. Proof is that which leads to a conclusion as to the truth 105 or falsity of alleged facts which are the subject of inquiry. Evidence, if 106 accepted and believed, may result in proof, but it is not necessarily 107 proof of itself. 108 109 [12] Pihak yang menuntut di dalam kes ini adalah Plaintif, maka beban 110 pembuktian adalah diletakkan diatas bahu mereka. Lanjutan daripada itu, 111 Plaintif juga perlu mencapai standard pembuktian iaitu di atas imbangan 112 kebarangkalian untuk membuktikan tuntutan-tuntutan mereka. 113 114 [13] Asas bagi standard pembuktian ini telah banyak dijelaskan dan diputuskan 115 oleh kes-kes tersohor antaranya kes yang telah diputuskan oleh Mahkamah 116 Persekutuan, Inas Faiqah bt Mohd Helmi (an infant suing through her 117 S/N p52g72zclEK/QEBR4gmm6w Page 6 of 19 father and next friend, Mohd Helmi bin Abdul Aziz) v. Kerajaan Malaysia 118 & Ors [2016] 2 CLJ 885 sebagaimana berikut: 119 120 “[13] The standard of proof in civil cases is the legal standard to 121 which a party is required to prove its case, namely on a balance of 122 probabilities. In civil litigation, the question of the probability or 123 improbability of an action occurring is an important consideration to 124 be taken into account in deciding whether that particular event had 125 actually taken place or not. In the case of Miller v. Minister of 126 Pensions [1947] 2 All ER 372, Lord Denning said the following about 127 the standard of proof in civil cases: 128 The... [standard of proof]... is well settled. It must carry a reasonable 129 degree of probability... if the evidence is such that the tribunal can 130 say: 'We think it more probable than not' the burden is discharged, 131 but, if the probabilities are equal, it is not.” 132 133 D. DAPATAN MAHKAMAH 134 135 i. ISU LIABILITI 136 137 [14] Dalam kes ini terdapat tiga Defendan yang telah dinamakan dan Defendan 138 Ketiga tidak pernah memasukkan kehadiran dan juga pembelaan. 139 Mahkamah ini mengambilkira bahawa perakuan ketidakhadiran telah 140 difailkan oleh Plaintif dan sehingga hari ini masih belum ada apa-apa 141 S/N p52g72zclEK/QEBR4gmm6w Page 7 of 19 kehadiran yang difailkan oleh Defendan Ketiga, oleh itu Penghakiman 142 Ingkar Kehadiran direkodkan terhadap Defendan Ketiga. 143 144 [15] Perbicaraan penuh di hadapan Mahkamah ini adalah hanya antara Plaintif 145 dengan Defendan Pertama dan Kedua sahaja. Keputusan yang diberikan 146 oleh Mahkamah ini hanya melibatkan Plaintif dengan Defendan Pertama 147 dan Defendan Kedua sahaja berdasarkan fakta, dokumen-dokumen, 148 keterangan saksi-saksi dan bukti senyap yang ada. 149 150 [16] Dalam kes ini, seramai 4 orang saksi telah memberikan keterangan 151 bersumpah di Mahkamah terbuka. Pihak Plaintif telah mengemukakan 3 152 orang saksi iaitu Penolong Pegawai Penyiasat (SP1), Plaintif sendiri (SP2) 153 dan Pegawai Perubatan (SP3). Manakala Pihak Defendan Pertama dan 154 Kedua juga telah mengemukakan 1 orang saksi sahaja iaitu wakil Defendan 155 Pertama dan Defendan Kedua (SD1). 156 157 [17] Mahkamah dalam menentukan versi kemalangan mana yang lebih 158 berkemungkinan perlu mengambilkira keterangan SP1, SP2, SP3 dan SD1 159 serta mempertimbangkan kesan kemalangan serta bukti senyap yang ada 160 dalam kes ini. 161 162 [18] Daripada versi kemalangan Plaintif dan keterangan saksi-saksi serta dengan 163 mengambilkira kesan kemalangan dan bukti senyap yang ada, Mahkamah 164 S/N p52g72zclEK/QEBR4gmm6w Page 8 of 19 ini berpandangan isu yang perlu dilihat oleh Mahkamah dalam 165 memutuskan isu liabiliti adalah: 166 167 i. Samaada Plaintif telah mengambil langkah-langkah yang berhati-hati 168 semasa melalui jalan batas ban tersebut; ataupun 169 170 ii. Samaada Defendan Pertama dan Kedua telah mengambil langkah 171 berhati-hati dalam memastikan jalan batas ban tersebut selamat. 172 173 [19] Di dalam kes ini, jalan di mana kemalangan berlaku adalah di jalan batas 174 ban. Berdasarkan keterangan SP1 dan SD1, jalan batas ban tersebut adalah 175 merupakan jalan ladang yang dibina secara khasnya untuk kegunaan 176 pertanian dan perladangan namun pengguna yang lain adalah tidak 177 dihalang daripada menggunakannya tetapi perlu berhati-hati kerana jalan 178 tersebut adalah jalan ladang. 179 180 [20] SD1 dalam keterangannya menyatakan bahawa pada awalnya jalan tempat 181 berlakunya kemlangan adalah jalan ladang berbatu yang dibina di bawah 182 Rancangan Pengairan Muda namun telah diturap dan dibuat bonggol oleh 183 Defendan Ketiga yang telah membina kilang di kawasan tersebut. SD1 juga 184 menyatakan bahawa Defendan Ketiga yang telah membuat bonggol di jalan 185 tersebut dan bertanggungjawab dalam menyelenggara bonggol tersebut. 186 187 [21] Dalam keterangan SD1 juga, beliau telah menyatakan bahawa jalan di mana 188 berlakunya kemalangan ini akan diselenggara sekiranya jalan tersebut 189 S/N p52g72zclEK/QEBR4gmm6w Page 9 of 19 adalah tidak sesuai atau tidak selamat untuk kegunaan jentera pertanian. 190 Semasa disoal balas, SD1 telah memaklumkan bahawa terdapat 191 pemeriksaan berkala yang dilakukan oleh pihak Defendan Pertama dan 192 Kedua namun tiada sebarang aduan kerosakan di jalan di mana kemalangan 193 berlaku. 194 195 [22] SP2, iaitu Plaintif dalam kes ini mengakui bahawa dia pernah melalui jalan 196 tersebut dan tahu akan kewujudan bonggol tersebut namun tidak ingat 197 kedudukan bonggol tersebut sahaja. Keadaan ini menunjukkan SP2 ada 198 pengetahuan berkenaan kewujudan bonggol di jalan tersebut. 199 200 [23] Kemalangan berlaku jam 11.30 pagi yakni di siang hari. SP2, iaitu Plaintif 201 juga pernah melalui jalan tersebut dan tahu akan kewujudan bonggol di 202 jalan tersebut. 203 204 [24] Mahkamah ini berpandangan fakta bahawa jalan batas ban tempat 205 berlakunya kemalangan adalah merupakan jalan ladang yang mana dibina 206 khas untuk kegunaan jentera pertanian dan perladangan telah meletakkan 207 Plaintif dalam kes ini untuk berhati-hati semasa melalui jalan tersebut. 208 209 [25] Dengan keterangan Plaintif bahawa dia sendiri tahu akan kewujudan 210 bonggol dan pernah melalui jalan tersebut dan juga mengambilkira bahawa 211 kemalangan adalah berlaku di siang hari iaitu jam 11.30 pagi, maka Plaintif 212 sepatutnya mengambil langkah berhati-hati semasa melalui jalan tersebut. 213 214 S/N p52g72zclEK/QEBR4gmm6w Page 10 of 19 [26] Berdasarkan keadaan kes semasa dan keterangan yang dikemukakan di 215 Mahkamah ini, Mahkamah ini berpandangan Defendan Pertama dan 216 Defendan Kedua adalah tidak bertanggungan terhadap tuntutan Plaintif 217 kerana secara jelasnya jalan tempat kemalangan berlaku adalah jalan batas 218 ban yang merupakan jalan ladang yang dibina secara khasnya untuk 219 kegunaan pertanian dan perladangan namun pengguna yang lain adalah 220 tidak dihalang daripada menggunakannya tetapi perlu berhati-hati kerana 221 jalan tersebut adalah jalan ladang. 222 223 [27] Walaupun, pengguna lain tidak dihalang untuk menggunakan jalan tersebut 224 dalam keadaan sekiranya pengguna lain menggunakan jalan tersebut dan 225 berlaku kemalangan, maka ianya adalah dibawah tanggungjawab pengguna 226 tersebut sendiri, dalam kes ini adalah Plaintif sendiri. 227 228 [28] Dalam kes ini, Plaintif perlu membuktikan wujudnya kecuaian di pihak 229 Defendan Pertama dan Kedua yang mana telah menyebabkan kemalangan 230 berlaku. 231 232 [29] Hasil dapatan Mahkamah mendapati jalan di mana tempat kemalangan 233 berlaku adalah jalan ladang berbatu yang dibina asalnya dibawah 234 Rancangan Pengairan Muda dan kemudiannya telah dinaiktaraf oleh pihak 235 Defendan Ketiga kepada jalan berturap untuk kegunaan khusus jentera 236 pertanian bagi tujuan pertanian sawah padi sepanjang jalan ladang tersebut 237 termasuk mesin padi , traktor, lori, pedestrian traktor dan sebagainya. 238 239 S/N p52g72zclEK/QEBR4gmm6w Page 11 of 19 [30] Walaupun jalan tersebut dibina khusus untuk tujuan pertanian padi di 240 sepanjang jalan ladang tersebut namun pihak Defendan Pertama dan Kedua 241 tidak dapat menghalang penggunaan jalan ladang tersebut oleh kenderaan 242 persendirian seperti motorsikal dan kenderaan persendirian yang lain oleh 243 kerana jalan tersebut juga menghubungkan perkampungan perkambungan 244 kecil dan taman taman perumahan sekitar jalan ladang tersebut. 245 246 [31] Mahkamah ini berpandangan sekiranya pengguna lain melalui jalan ini, 247 maka ianya adalah atas kapasiti sendiri sekiranya berlaku kemalangan atau 248 kejadian yang tidak diingini. 249 250 [32] Berdasarkan keterangan telah dinyatakan oleh SD1 bahawa jalan ladang 251 milik Defendan Pertama dan Kedua ini hanya akan diselenggara apabila 252 jalan tersebut tidak lagi sesuai dan selamat untuk kegunaan jentera 253 pentanian. 254 255 [33] SD1 semasa disoal balas oleh peguamcara Plaintif telah menyatakan 256 bahawa pemeriksaan jalan tersebut dilakukan oleh Operator Garisan yang 257 berkerja dengan Defendan Kedua namun tiada borang kerosakan 258 direkodkan. Setelah di soal semula oleh Peguamcara Defendan Pertama 259 dan Kedua, SD1 telah menyatakan bahawa Operator Garisan akan meronda 260 dan memantau kerja peladangan di kawasan jalan ladang tersebut dan 261 selanjutnya memeriksa keadaan jalan ladang tersebut. SD1 juga 262 menyatakan bahawa Operator Garisan hanya akan mengisi borang 263 kerosakkan sekiranya ada kerosakan pada jalan ladang tersebut. 264 S/N p52g72zclEK/QEBR4gmm6w Page 12 of 19 265 [34] Mahkamah ini berpandangan tiada borang kerosakan direkodkan bagi 266 tujuan pembaikkan dan penyelengaraan, keadaan jalan dan bonggol 267 tersebut semasa kemalangan berlaku disebabkan jalan tersebut dalam 268 keadaan baik dan selamat digunakan oleh pengguna bagi tujuan jalan 269 ladang atau bagi tujuan pertanian dan perladangan tersebut. 270 271 [35] Mahkamah ini juga berpendapat bahawa penyelenggaraan jalan ladang 272 adalah bergantung kepada penggunaan jalan ladang oleh jentera pertanian. 273 Sekiranya tiada keperluan dan masih selamat untuk kegunaan jentera 274 pertanian, penyelengaraan dan pemulihan tidak akan dilakukan. 275 276 [36] Penggunaan jalan ladang tersebut oleh kenderaan persendirian dan orang 277 awam adalah di atas risiko sendiri dan perlu lebih berhati hati. 278 279 [37] Plaintif iaitu SP2 yang mempunyai pengetahuan bahawa terdapat bonggol 280 di jalan tersebut yang mana telah diakui pernah melalui jalan ladang 281 tersebut namun Plaintif gagal untuk mengambil langkah berhati-hati yang 282 mencukupi untuk mengelak kemalangan berlaku. 283 284 [38] Mahkamah ini merujuk kepada kes Mohd Ridzuan Abd Rahman v. Projek 285 Lebuhraya Usahasama Berhad [2021] CLJU 2576 yang memutuskan seperti 286 berikut:- 287 S/N p52g72zclEK/QEBR4gmm6w Page 13 of 19 288 “[41] In his evidence the Plaintiff admitted to a number of facts. He 289 agreed that he used that stretch of the Highway regularly and knew it well. 290 His admission that he did not see the pothole conveys the inference that he 291 was not keeping a proper lookout to the road in front. More importantly it 292 conveyed the irrefutable Inference that there was no pothole at all on the 293 road. Although he did not see the pothole yet he arrived at his own 294 conclusion that the reason for the accident was because his motorcycle had 295 gone into a pothole. He merely suspected that his motorcycle had 296 hit a pothole because he felt a jerk and then he lost control. 297 298 [42] It is the view of this court that the LSJ was correct to view the evidence 299 of the Plaintiff who was not certain as to what had caused the accident as a 300 reason for finding that the Plaintiff had failed to discharge his burden of 301 proof. 302 303 [39] Oleh itu, Mahkamah mendapati pihak Plaintif telah gagal membuktikan 304 wujud kecuaian di pihak Defendan Pertama dan Defendan Kedua di dalam 305 kemalangan ini. Ini bermakna pihak Plaintif telah gagal melepaskan beban 306 pembuktiannya sepertimana yang disyaratkan di dalam seksyen 101 Akta 307 Keterangan 1950. 308 309 S/N p52g72zclEK/QEBR4gmm6w Page 14 of 19 [40] Mahkamah merujuk kepada kes Tan Kim Khuan v. Kee Kiat (M) Sdn Bhd 310 [1998] 1 CLJ SUPP 147 di mana telah diputuskan: 311 312 “It is settled law that burden of proof rests throughout the trial on the party 313 on whom the burden lies. Where a party on whom the burden of proof lies 314 has discharged it, then the evidential burden shifts to the other party (see 315 UN Pandey v. Hotel Marco Polo Pte Ltd [1978] 1LNS 223; [1980] 1 MLJ 4; 316 Wong Chong Chow v. Pan-Malaysian Cement Works Bhd [1980] 1 LNS 89; 317 [1980] 2 MLJ 75 and Johara Bi bte Abdul Kadir Marican v. Lawrence Lam 318 Kwok Fou & Anor [1980] 1 LNS 199; [1981] 1 MLJ 139). What shifts is the 319 responsibility of adducing evidence to discharge that burden (see 320 International Times & Ors v. Leong Ho Yuen [1980] 1 LNS 31; [1980] 2 MLJ 321 86). When the burden shifts to the other party, it can be discharged by 322 cross-examination of witnesses of the party on whom the burden of proof 323 lies or by calling witnesses or by giving himself or by a combination of the 324 different methods.” 325 326 [41] Maka, Mahkamah berpendapat atas kegagalan pihak Plaintif membuktikan 327 kesnya terhadap Defendan, tuntutan Plaintif wajar ditolak oleh Mahkamah. 328 329 [42] Mahkamah ini merujuk kes Mahkamah Rayuan, Hussaina Rani Naina 330 Mohamed v. Ahmad Nadzri Kamaruddin & Anor [1997] 3 CLJ 500 yang 331 mana Mahkamah Rayuan telah memutuskan: 332 333 S/N p52g72zclEK/QEBR4gmm6w Page 15 of 19 “[1] The onus of proving negligence on the part of the defendant is on the 334 plaintiff. Where he fails to discharge it either by his own evidence or by 335 cross examination of the defendant or by admission made by the defendant, 336 him claim fails. 337 [2] An appellate tribunal should be slow in interfering with a finding fact of 338 the trial Court. In the case, the appellant in the Court below could not even 339 tell how the accident occurred and no police evidence was called. The 340 respondent, on the other hand, had given evidence similar to the contents 341 of this police report which did not at all indicate negligence on his part. This 342 being the case, the trial Judge had not therefore acted in error.” 343 344 [43] Mahkamah juga merujuk kepada kes Lee Hock Lai v. Yeoh wah Pein [1998] 345 1 LNS 364; [1999] 5 MLJ 172 di muka surat 175 di mana telah diputuskan: 346 347 “With respect, the learned sessions court judge was fundamentally wrong in 348 her approach. The case she was dealing with – a normal road accident case- 349 essentially concerns the tort of negligence. The proper manner of 350 approaching the case, as with all cases of similar nature, was for the court 351 to evaluate the whole evidence and to make a finding of mixed law and fact 352 (after applying the principles governing the law of negligence to the facts of 353 the facts – among which was whether there was a breach of a legal duty to 354 take care by the defendant) as to whether or not the defendant was liable in 355 negligence. If the court were to find that the defendant was not guilty of 356 negligence, then it must dismiss the plaintiff’s claim. And in view of the fact 357 S/N p52g72zclEK/QEBR4gmm6w Page 16 of 19 that in the present case there was no counterclaim by the defendant 358 against the plaintiff for negligence, that would be the end of the matter!.” 359 360 361 362 ii. ISU KUANTUM 363 364 [44] Walaupun rayuan Perayu adalah atas isu liabiliti sahaja dan Mahkamah ini 365 juga telah menolak tuntutan Plaintif, namun Mahkamah ini tetap membuat 366 keputusan mengenai kuantum sekiranya Mahkamah Atasan mendapati 367 keputusan Mahkamah ini mengenai isu liabiliti adalah tidak tepat. 368 369 [45] Bagi isu kuantum ini, dokumen yang dirujuk adalah Laporan Perubatan 370 Hospital Sultanah Bahiyah Neurosurgeri (P4), Laporan Perubatan dari 371 Hospital Sultanah Bahiyah (P5) dan Laporan Perubatan Unit Kecemasan 372 Hospital Sultanah Bahiyah (P6) adalah dirujuk. 373 374 i. Loss of consciousness and retrogade amnesia - RM 15,000 375 376 [46] Bagi kecederaan ini, Mahkamah ini membenarkan award sebanyak RM 377 15,000 untuk Loss of consciousness and retrogade amnesia. Mahkamah 378 ini berpendapat jumlah tersebut adalah munasabah dan berpatutan bagi 379 kecederaan yang dialami oleh Plaintif. Mahkamah ini merujuk kepada kes 380 Azju bin Mohamad & Anor v John foxbat anak Louis & anor [2014] 2 PIR 381 [102] yang mana telah membenarkan award sebanyak RM 10,000 bagi 382 S/N p52g72zclEK/QEBR4gmm6w Page 17 of 19 kecederaan cerebral concussion. Mahkamah juga merujuk Revised 383 Compendium of Personal Injury Awards revised 2018 yang mana telah 384 dinyatakan bagi kecederaan Loss of consciousness award adalah antara 385 RM 6,000. 386 387 ii. Mild head injury with multiple intracranial bleed – RM 50,000 388 389 [47] Bagi kecederaan mild head injury with multiple intracranial bleed, 390 Mahkamah ini telah mengawardkan RM 50,000 dan berpendapat jumlah 391 tersebut adalah munasabah dan berpatutan bagi tahap kecederaan yang 392 dialami oleh Plaintif. Mahkamah ini merujuk kepada kes Chin Peik Yi v 393 Perak Roadways Bhd [2012] 1 PIR [52] di mana telah diawardkan RM 394 50,000 bagi kecederaan mild head injury with small left 395 perimesencephalic bleed with extension to the adjacent ambient cistern. 396 397 iii. Right eye traumatic mydriasis – RM 15,000 398 399 [48] Bagi kecederaan right eye traumatic mydriasis, Mahkamah ini telah 400 mengawardkan RM 15,000 dengan merujuk kepada kes Nordin b Amir v 401 Shuhaidi b Sohimi [2020] 1 PIR [45] yang mana telah mengawardkan RM 402 15,000 bagi kecederaan traumatic mydriasis with blurring vision. 403 404 iv. Right orbital floor fracture – RM 20,000 405 406 S/N p52g72zclEK/QEBR4gmm6w Page 18 of 19 [49] Bagi kecederaan right orbital floor fracture, Mahkamah ini telah 407 mengawardkan RM 20,000 dengan merujuk kepada kes Lim Yoong Ling v 408 Enid Yoong Yoon [2013] 1 PIR [9] yang mana telah mengawardkan RM 409 20,000 bagi kecederaan fracture of the frontal sinus and ethmoid sinus. 410 411 [50] Manakala bagi Gantirugi Khas, Mahkamah ini telah mengawardkan seperti 412 berikut: 413 414 415 Gantirugi Khas ( atas dasar 100% liabiliti) 416 417 Item (e) dan (h): Dibenarkan 418 Lain-lain item tidak dibenarkan. 419 420 [51] Tuntutan Plaintif ditolak dengan kos sebagaimana skala kos di dalam 421 Kaedah-kaedah Mahkamah 2012. Kadar Faedah secara lazim dibenarkan. 422 Faedah pada kadar 5% setahun atas ganti rugi am dari tarikh saman 423 diserahkan dan 2.5% setahun ke atas ganti rugi khas dari tarikh kemalangan 424 sehingga tarikh penghakiman dan 5% setahun ke atas jumlah penghakiman 425 daripada tarikh penghakiman sehingga penyelesaian penuh. 426 427 428 E. KESIMPULAN 429 430 431 S/N p52g72zclEK/QEBR4gmm6w Page 19 of 19 [51] Maka, setelah meneliti semua faktor di atas dan setelah Mahkamah 432 mempertimbangkan fakta-fakta, keterangan saksi-saksi, keterangan senyap yang 433 dikemukakan di Mahkamah, ekshibit-ekshibit serta hujahan-hujahan yang 434 difailkan oleh pihak-pihak dan setelah menimbangkan kes ini secara 435 keseluruhannya, Mahkamah memutuskan bahawa pihak Plaintif telah gagal 436 membuktikan tuntutannya di atas imbangan kebarangkalian. Maka, Mahkamah 437 menolak tuntutan pihak Plaintif ke atas Defendan Pertama dan Defendan Kedua 438 dengan kos. 439 440 Disediakan oleh: 441 442 (SITI NOR HASLIZA BINTI MD ALI) 443 Majistret 444 Mahkamah Majistret Alor Setar 445 Kedah 446 447 448 Pihak-pihak: 449 450 Bagi pihak Plaintif : Tetuan N.M. Tiong & Co 451 Bagi pihak Defendan : Tetuan Abdul Halim Said & Co 452 453 S/N p52g72zclEK/QEBR4gmm6w
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.