Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI AMPANG DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN KES TANGKAP NO: BC-62D-11-02/2025 PENDAKWA RAYA 5 LAWAN ROSLAN BIN NAWAWI (NO. K/P : 871110-29-5393)
BC-62D-11-02/2025
Sessions Court of Malaysia20 Feb 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI AMPANG DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN KES TANGKAP NO: BC-62D-11-02/2025 PENDAKWA RAYA 5 LAWAN ROSLAN BIN NAWAWI (NO. K/P : 871110-29-5393)
1
Ini adalah rayuan OKT yang tidak berpuas hati terhadap hukuman yang telah dijatuhkan oleh Mahkamah bagi kes ini pada 20 Februari 2025. 15
2
OKT telah dituduh dengan pertuduhan seperti berikut: “Bahawa kamu pada 13/09/2024 jam lebih kurang 12.45 tengah malam, bertempat di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, 20 Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya, dalam daerah Hulu Langat, dalam negeri Selangor Darul Ehsan, telah didapati kamu memasukkan dadah berbahaya jenis ‘’Amphetamine,” “Methamphetamine,” “Morphine” dan “11-Nor-Delta-9- Tetrahydrocannabinol-9-Carboxylic Acid” ke dalam tubuh badan 25 kamu sendiri. Oleh itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di S/N WCbQKQndEihfea4fJ9vg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 2 bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang mana kamu sebelum dari melakukan kesalahan ini telah disabitkan dengan lima (5) kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(a) akta yang sama. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan suatu kesalahan 30 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39C (1) akta yang sama.”.
3
Pertuduhan telah dibacakan, diterangkan dan OKT faham dan mengaku salah. Mahkamah berpuashati bahawa OKT faham terhadap pertuduhan yang dipertuduhkan, hukuman serta sifat dan 35 akibat pengakuannya dan Mahkamah telah mendapati OKT bersalah dan mensabitkan OKT sebagaimana pertuduhan. FAKTA KES PENDAKWAAN [4] Fakta kes sebagaimana Eksibit P1 telah dibacakan dan OKT telah 40 mengakui benar fakta Kes itu. Berikut adalah fakta kes bagi kes ini yang telah diakui oleh OKT: “Pada 13/09/2024 jam lebih kurang 12.45 tengah malam, bertempat di Pejabat Siasatan Jenayah Narkotik IPD Ampang Jaya, D/Sjn 45 140837 Mohamad Zahar bin Abdul Razak telah membawa tertuduh untuk mengambil specimen air kencing menggunakan botol specimen air kencing no. siri D0043652. D/SI Kwon Kin Soon, No. Polis: RF126108 (Pengadu) kemudiannya 50 telah menjalankan ujian saringan awal air kencing tertuduh dan mendapati tertuduh positif dadah jenis Meth, Amp, Opiate dan THC. S/N WCbQKQndEihfea4fJ9vg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 3 Botol specimen telah dimeteraikan dan keputusan ujian saringan awal juga telah dimaklumkan kepada tertuduh seperti mana dalam no. report Ampang/021342/24. Sebelum itu tertuduh juga telah 55 ditahan seperti mana dalam no. report Pandan Indah/015561/24 kerana disyakki terlibat dengan kes pemilikan dadah syabu, heroin dan ganja. Botol specimen yang mengandungi specimen air kencing tertuduh 60 telah dihantar ke Jabatan Patalogi Hospital Kuala Lumpur pada 13/09/2024 dan disahkan mengandungi dadah berbahaya jenis Amphetamine, Methamphetamine, Morphine dan 11-Nor-Delta-Tetrahydrocannabinol-9-Carboxylic Acid yang disenaraikan dalan
Schedule
Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952 berdasarkan Laporan 65 Patalogi bertarikh 07/10/2024. Tertuduh juga sebelum ini pernah dituduh dan dihukum di Mahkamah Majistret 9 Kuala Lumpur pada 29/08/2016, di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada 28/12/2016, di Mahkamah 70 Majistret 9 Kuala Lumpur pada 22/08/2017, di Mahkamah Majistret 1 Ampang pada 01/10/2021 dan Mahkamah Majistret Pasir Puteh bagi kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. Oleh itu, tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum 75 di bawah Seksyen 39C(1) akta yang sama dan juga dibaca bersama Seksyen 38B akta yang sama." S/N WCbQKQndEihfea4fJ9vg [5] Berikut adalah sabitan lampau OKT di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952: 80 i. Mahkamah Majistret Pasir Puteh No. Kes: 83-195-2008 Tarikh Jatuh Hukum: 17/07/2008 Hukuman: Penjara 8 bulan dari tarikh tangkap 17/07/2008 dan 2 85 tahun pengawasan. ii. Mahkamah Majistret 9 Kuala Lumpur No. Kes: 83D-8267-08/2016 Tarikh Jatuh Hukum: 29/08/2016 90 Hukuman: Denda RM1500 gagal bayar 2 bulan penjara dan 2 tahun pengawasan. iii. Mahkamah Majistret Kuala Lumpur No. Kes: 83D-10228-10/2016 95 Tarikh Jatuh Hukum: 28/12/2016 Hukuman: Penjara 1 bulan dari tarikh tangkap 17/10/2016 dan 2 tahun pengawasan. iv. Mahkamah Majistret 9 Kuala Lumpur 100 No. Kes: 83D-6549-5/2017 Tarikh Jatuh Hukum: 22/08/2017 Hukuman: Penjara 4 bulan dari tarikh tangkap 24/05/2017 dan 2 tahun pengawasan. 105 S/N WCbQKQndEihfea4fJ9vg v. MAHKAMAH MAJISTRET 1 AMPANG No. Kes: BC-83D-725-10/2021 Tarikh Jatuh Hukum: 01/10/2021 Hukuman: Penjara 8 bulan dari tarikh tangkap 27/05/2021 dan 3 tahun pengawasan. 110 [6] Puan TPR telah mengemukakan Laporan Polis Pengadu, Laporan Polis Tangkapan, Borang Akuan Terima Barang Kes, Borang UPD, 4 keping gambar botol urine, container package, Laporan Patalogi dan Borang Pol RJ2B. Kesemua barang kes telah diterima sebagai 115 eksibit dan ditandakan sebagai P2-P9. Barang kes ini telah ditunjukkan kepada OKT dan dilihat dan telah diakui benar. [7] Mahkamah telah mendapati OKT bersalah dan mensabitkan OKT dengan kesalahan seperti mana pertuduhan. 120 RAYUAN [8] OKT mohon hukuman berjalan di Sg. Buloh. OKT mempunyai masalah kesihatan iaitu sakit jantung dan batu karang. Mohon 125 hukuman ringan dan penjara dari tarikh tangkap. OKT masih bujang. 130 S/N WCbQKQndEihfea4fJ9vg HUJAHAN PEMBERATAN DPP [9] DPP mohon hukuman berat kerana ini kesalahan berulang. 135 HUKUMAN [10] Setelah Mahkamah menimbangkan rayuan dan hujahan TPR, Mahkamah memerintahkan OKT ini menjalani hukuman seperti 140 berikut: i. 6 tahun penjara dari tarikh tangkap; ii. 2 kali sebatan; iii. 2 tahun pengawasan polis. 145 ALASAN [11] Mahkamah mengambil maklum bahawa Seksyen 39C yang diperkenalkan melalui Akta Dadah Berbahaya (pindaan) 2002 150 merupakan seksyen yang memperuntukkan hukuman yang lebih tinggi bagi pesalah berulang yang melakukan kesalahan yang sama. [12] Mahkamah berpendapat hukuman yang dijatuhkan adalah wajar 155 dan mengikut peruntukan undang-undang. Dalam kes ini OKT telah mengaku salah awal di peringkat di mana pertuduhan kali pertama dibacakan dan ini menjimatkan masa Mahkamah. Mahkamah berpendapat tempoh tahanan selama enam tahun dan jumlah S/N WCbQKQndEihfea4fJ9vg sebatan rotan sebanyak dua kali serta pengawasan selama 2 tahun 160 adalah mencukupi untuk memberi pengajaran kepada OKT agar tidak mengulangi kesalahan yang sama. [13] Mahkamah juga mengambil kira kepentingan awam dalam menjatuhkan hukuman. Hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah 165 merupakan hukuman yang wajar dan masih dalam ruang lingkup yang diperuntukkan oleh undang-undang. OKT didapati mempunyai 5 rekod lampau berkaitan dadah dengan rekod terawal bermula pada tahun 2008 dan yang terkini adalah pada tahun 2021, dengan hukuman agak ringan (memandangkan kes adalah di 170 hadapan Majistret) dalam lingkungan antara 1 bulan penjara ke 8 bulan penjara sahaja dan pernah juga hanya dikenakan denda sahaja. [14] Oleh kerana ini adalah kesalahan berulang, maka Pendakwaan 175 terhadap OKT adalah di bawah pertuduhan Seksyen 39C ADB 1952 yang memperuntukkan hukuman penjara mandatori yang hukuman minima adalah 5 tahun dan maksima yang boleh dijatuh hukum adalah 7 tahun, hukuman sebatan tidak lebih 3 kali dan juga boleh pengawasan polis tidak lebih 3 tahun. 180 [15] Mahkamah dapati niat parlimen adalah jelas bahawa hukuman bagi kesalahan dadah yang berulang adalah berat dan tiada hukuman lain selain penjara mandatori yang minima adalah 5 tahun. Mahkamah menimbangkan kesalahan lampau bagi kesalahan 185 dadah yang dilakukan oleh OKT lebih daripada 2 rekod lampau, S/N WCbQKQndEihfea4fJ9vg Mahkamah dapati 6 tahun penjara yang dikenakan ke atas OKT adalah wajar dan patut sebagai memberi pengajaran kepadanya. Beliau bolehlah mengikuti program pemulihan yang diadakan dalam penjara supaya apabila keluar dari penjara, beliau insaf dan 190 dapat menjalani kehidupan sebagai warga Malaysia yang lebih baik. Mahkamah berpendapat hukuman itu adalah wajar, menurut undang-undang dan adil. 195 (NORSHILA BINTI DATO’ HJ. KAMARUDDIN) HAKIM MAHKAMAH SESYEN (4) AMPANG 200 Bertarikh : 12/3/2025 Timbalan Pendakwa Raya: Pn. Nurfadzlin binti Mahmad Zulhasnan 205 Peguambela: (OKT tidak diwakili) S/N WCbQKQndEihfea4fJ9vg
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.