Content
1 DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA [BIDANG KUASA RAYUAN] RAYUAN JENAYAH NO: P-05(M)-297-06/2018 ANTARA ROSLI BIN YUSOF [NO.KP: 820517-08-6067] ...PERAYU LAWAN PENDAKWA RAYA ... RESPONDEN [Dalam Perkara Mahkamah Tinggi Malaya di Georgetown Bicara Jenayah No: 45A-12-04/2016 Antara Pendakwa Raya Lawan Rosli Bin Yusof] KORAM: KAMARDIN HASHIM, HMR RHODZARIAH BUJANG, HMR MOHAMAD ZABIDIN MOHD DIAH, HMR 2 ALASAN PENGHAKIMAN [1] Ini adalah rayuan terhadap keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Pulau Pinang yang mendapati Perayu bersalah atas satu pertuduhan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (“Akta”) kerana mengedar 112,892 gram kanabis dan seterusnya memerintahkan Perayu dihukum gantung hingga mati. Pertuduhan terhadap Perayu, sebagaimana yang telah dipinda, adalah: “Bahawa kamu pada 6 Disember 2014, jam lebih kurang 10.20 malam di Hentian Juru Selatan, Juru, di dalam Daerah Seberang Perai Tengah, dalam Negeri Pulau Pinang, telah mengedar dadah berbahaya jenis ‘Cannabis’ seberat 112,892 gram. Oleh itu, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama.” [2] Kami mendengar rayuan ini pada 8.10.2019 dan di akhir pendengaran rayuan, kami sebulat suara mendapati rayuan ini tiada sebarang merit. Berikutan dari itu, kami menolak rayuan Perayu dan mengekalkan sabitan dan hukuman yang dibuat oleh hakim bicara bijaksana. Berikut adalah alasan atas mana keputusan tersebut dibuat. Kes Pendakwaan [3] Fakta kes telah di senaraikan dengan panjang lebar oleh hakim bicara bijaksana. Bagi tujuan rayuan ini, fakta kes yang relevan adalah: 3