Selepas mangsa 466 menegah OKT 2 dan adiknya daripada bergaduh dan meminta mereka 467 bertenang, kedua-dua OKT 2 dan Kecik telah memarahi mangsa dan 468 menyuruhnya tidak masuk campur, sebelum Kecik bertindak memukul 469 belakang mangsa dengan helmet. Tiada sebarang keterangan yang 470 menunjukkan terdapat keadaan yang menyebabkan bangkitan marah 471 yang besar dan mengejut atau provokasi dari pihak mangsa terhadap 472 OKT 2 di dalam kes ini. 473 474 C. KEPUTUSAN DI AKHIR KES PENDAKWAAN 475 476 47. Setalah meneliti dan membuat penilaian maksima ke atas semua 477 keterangan dan hujah-hujah kedua-dua pihak, mahkamah mendapati 478 bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie 479 ke atas kedua-dua pertuduhan ke atas kedua-dua OKT 1 dan OKT 2. 480 Kedua-dua OKT telah dipanggil membela diri dan memilih untuk 481 memberikan keterangan bersumpah. 482 483 484 S/N Nht6f8571kCXy1ybgbpU7w D. KES PEMBELAAN 485 486 48. Pihak pembelaan telah memanggil saksi-saksi berikut: 487 488 SD1 – OKT 1 489 SD2 – OKT 2 490 SD3 – Ahmad Tarmizi bin Ruslan 491 SD4 – Siti Fadilah binti Mat 492 493 49. OKT 1 di dalam keterangannya memberitahu bahawa pada malam 494 4.2.2020 tersebut beliau berada di rumah semasa beliau menerima 495 panggilan telefon dari anaknya OKT 2 yang memintanya untuk datang 496 ke Restoran tersebut kerana ada seseorang telah menyerang OKT 2 di 497 sana. OKT 1 mengatakan beliau telah dengan segera menunggang 498 sebuah motorsikal Modenas Kriss dan dengan pantas pergi ke Restoran 499 tersebut. Namun sebelum beliau sampai di Restoran tersebut, OKT 1 500 terserempak dengan OKT 2 di hadapan sebuah pagar menuju ke arah 501 Restoran tersebut yang nampak seperti kelam-kabut yang kemudian 502 menyuruh OKT 1 untuk balik ke rumah. OKT 1 mengatakan beliau 503 terus balik ke rumah selepas itu. OKT 1 bersetuju bahawa kenderaan 504 Proton Wira ADW9299 itu adalah miliknya yang beliau dan keluarga 505 gunakan seharian dan juga digunakan untuk tujuan perniagaan, dan 506 pada masa tersebut OKT 1 tidak memiliki kenderaan motorkar lain 507 selain Proton Wira tersebut. 508 50. Semasa pemeriksaan balas, OKT 1 memberitahu bahawa cermin 509 hadapan kenderaan tersebut adalah cermin gelap yang menghalang 510 orang lain melihat ke dalam kenderaan tersebut. Beliau juga 511 memberitahu bahawa seminggu selepas tarikh kejadian, SD3 iaitu 512 kawan kepada adik saudara OKT 1 telah datang ke rumah beliau dan 513 S/N Nht6f8571kCXy1ybgbpU7w meminjam Proton Wira ADW9299 tersebut. SD3 tidak pernah 514 mengembalikan kenderaan tersebut kepada OKT 1, tetapi OKT 1 515 mengatakan tidak pernah bertanya mengenai kenderaan tersebut kepada 516 SD3, dan tidak pernah juga mencari kenderaan tersebut sehinggalah 517 tarikh OKT 1 ditangkap pada 7.11.2022, lebih kurang 2 tahun 9 bulan 518 dari tarikh kejadian kes ini. Tiada juga laporan polis dibuat oleh OKT 1 519 berkenaan kehilangan Proton Wira tersebut. 520 51. OKT 1 juga setuju bahawa tiada notis alibi difailkan oleh pihak 521 pembelaan berkenaan ketiadaan OKT 1 di Restoran tersebut semasa 522 kejadian berlaku. OKT 1 juga menjelaskan bahawa perkara berkenaan 523 keretanya dipinjam ini tidak pernah dia maklumkan kepada mana-mana 524 pegawai polis kerana tidak pernah ditanya mengenainya, dan fakta ini 525 hanya ditimbulkan di mahkamah semasa kes pembelaan berlangsung. 526 52. OKT 2 memberitahu mahkamah bahawa pada petang 4.2.2020, beliau 527 berada di rumahnya semasa rakan-rakannya yang bernama Raif yang 528 juga merupakan adik kepada mangsa, Afiq (SP6) dan Al Afzal datang 529 ke rumahnya. Semasa di rumahnya, mangsa telah menelefon Al Afzal 530 dan Al Afzal kemudiannya telah pergi ke Restoran tersebut seorang diri 531 atas ajakan mangsa. Beberapa minit selepas itu, Al Afzal telah 532 menghubungi OKT 2 dan memberitahu bahawa beliau telah dipukul. 533 Oleh itu, OKT 2 telah bersama Afiq menaiki kereta Proton Wira 534 ADW9299 dan Raif menunggang sebuah motorsikal pergi ke Restoran 535 tersebut. 536 53. Sesampai mereka di Restoran tersebut, OKT 2 memberitahu bahawa 537 Afiq telah masuk ke Restoran tersebut untuk memanggil Al Afzal 538 keluar tetapi tidak muncul semula setelah beberapa lama. OKT 2 539 kemudiannya turun dari kereta dan menuju ke Restoran tersebut untuk 540 mencari Al Afzal sendiri, namun belum sempat beliau masuk ke 541 Restoran tersebut, OKT 2 mengatakan bahawa tiba-tiba sekumpulan 542 S/N Nht6f8571kCXy1ybgbpU7w lelaki seramai 20 orang termasuk mangsa, SP1, Lonjek, Munsyi Aziz 543 dan Sivaraja, telah menyerang dan menumbuk OKT 2, menyebabkan 544 OKT 2 terpaksa melawan balik untuk mempertahankan diri. 545 54. OKT 2 kemudiannya lari dari tempat kejadian dan masuk semula ke 546 dalam kereta, dan kemudian memandu kereta itu untuk meninggalkan 547 meninggalkan Restoran tersebut dan balik ke rumah. Beliau kemudian 548 berselisih dengan bapanya OKT 1 di pagar hadapan Restoran tersebut 549 dan menyuruh bapanya balik, lalu OKT 1 juga lari balik ke rumah 550 dengan menunggang sebuah motorsikal. 551 55. Bila ditanya, OKT 2 menjelaskan bahawa beliau yakin tidak ada 552 melanggar sesiapa semasa beliau meninggalkan Restoran tersebut 553 selepas pertengkaran dengan kumpulan 20 orang itu. Beliau juga 554 mengatakan bahawa sesampai di rumah, beliau dapati tiada sebarang 555 kesan yang menunjukkan terdapat perlanggaran berlaku. OKT 2 juga 556 menafikan beliau dan bapanya OKT 1 telah menyembunyikan diri sejak 557 hari kejadian sehinggalah tarikh mereka ditangkap pada November 558 2022 dan beliau telah bekerja secara normal di sebuah kilang di Kuala 559 Bikam. 560 56. OKT 2 memberitahu bahawa Proton Wira ADW9299 kepunyaan OKT 561 1 itu digunakan untuk perniagaan keluarga mereka menjual cucur 562 udang. Kerana ketiadaan kenderaan itu, pada tahun 2020 itu juga ibu 563 OKT 2 terpaksa membeli sebuah lagi kereta baru untuk digunakan bagi 564 tujuan perniagaan itu. 565 57. OKT 2 tidak dapat memastikan sama ada kereta tersebut ada diubahsuai 566 atau sama ada cermin kereta tersebut ditambah lapisan gelap (tinted) 567 dalam tempoh dua minggu selepas hari kejadian. OKT 2 setuju bahawa 568 semenjak ketiadaan Proton Wira tersebut di rumah mereka, OKT 2 569 tidak tahu bahawa kenderaan tersebut telah dirampas oleh pihak polis. 570 OKT 2 ada mencari kenderaan tersebut semenjak kehilangannya namun 571 S/N Nht6f8571kCXy1ybgbpU7w bersetuju beliau dan bapa beliau OKT 1 tidak pernah membuat sebarang 572 laporan polis berkenaan kehilangan kenderaan tersebut. 573 58. OKT 2 juga menafikan bahawa beliau telah pergi ke Restoran tersebut 574 pada malam kejadian bersama adiknya bernama Kecik, kerana beliau 575 telah pergi bersama Afiq (SP6) yang duduk di tempat duduk 576 penumpang depan bersamanya di dalam kenderaan Proton Wira 577 ADW9299 tersebut. OKT 2 memberitahu beliau pergi ke Restoran 578 tersebut untuk mengambil Al Afzal yang mengadu telah dipukul untuk 579 menyelamatkannya, dan bersetuju mangsa dan Al Afzal adalah sepupu. 580 OKT 2 mengatakan beliau tidak tahu kenapa mangsa menumbuknya 581 sedangkan dia hanya berjalan menuju ke Restoran tersebut dan tidak 582 ada apa-apa isu atau masalah berlaku pada masa itu yang boleh 583 menyebabkan mangsa dan kumpulan lelaki seramai 20 orang itu hendak 584 memukulnya. 585 59. Semasa ditunjukkan dengan gambar tempat kejadian, OKT 2 bersetuju 586 beliau telah berjumpa dengan mangsa dan adiknya Afiq di gambar 587 P1(f), dan di situlah beliau telah dipukul oleh mangsa dan rakan- 588 rakanya itu. OKT 2 memberitahu bahawa beliau tidak pasti kenapa 589 mangsa menumbuknya terlebih dahulu kerana setahunya yang 590 bergaduh berebut perempuan ialah Al Afzal dan Munsyi Azizi. 591 60. OKT 2 juga bersetuju bahawa beliau tidak ada mendapatkan sebarang 592 rawatan perubatan selepas kejadian itu walaupun dada beliau telah luka 593 akibat ditumbuk, kerana OKT 2 menganggap kecederaan itu sebagai 594 ‘luka kecil’ sahaja. OKT 2 juga bersetuju beliau tidak ada membuat 595 sebarang laporan polis berkenaan diserang dan dipukul di Restoran 596 tersebut. OKT 2 menafikan bahawa dia telah datang ke Restoran 597 tersebut dengan menunggang sebuah motorsikal, bahawa dia telah 598 membawa sebatang cota dan memukul mangsa dengan cota tersebut, 599 dan bahawa OKT 1 telah memandu kenderaan Proton Wira ADW9299 600 S/N Nht6f8571kCXy1ybgbpU7w itu dan melanggar kepala mangsa, dan bahawa selepas kejadian mangsa 601 dilanggar itu OKT 2 dan bapanya OKT 1 telah sama-sama melarikan 602 diri dari tempat kejadian. 603 61. SD3, Ahmad Tarmizi ialah adik saudara kepada isteri OKT 1. Beliau 604 memberitahu mahkamah bahawa pada 4.2.2020 beliau berada di rumah 605 OKT 1 semasa OKT 1 menerima panggilan dari seseorang, dan 606 kemudian OKT 1 keluar dari rumahnya. SD3 memberitahu bahawa 607 selepas hari kejadian pada 4.2.2020, beliau ada meminjam kenderaan 608 Proton Wira ADW9299 tersebut dari OKT 1 selama sehari, dan keadaan 609 cermin kenderaan tersebut ketika itu ialah cerminnya adalah cermin 610 gelap 75%, dan SD3 juga memberitahu mahkamah bahawa selepas itu 611 beliau telah memulangkan kenderaan tersebut semula kepada OKT 1 612 dalam keadaan baik. 613 62. SD4, Siti Fadilah ialah isteri OKT 1 dan ibu kepada OKT 2. Beliau 614 memberitahu bahawa Proton Wira ADW9299 ini adalah kenderaan 615 yang keluarga beliau gunakan untuk tujuan perniagaan cucur udang 616 mereka. Namun begitu, sesiapa saja ahli keluarga atau rakan-rakan 617 mereka bebas meminjam dan menggunakan kenderaan itu sekiranya 618 ada. SD4 memberitahu bahawa pada malam kejadian pada 4.2.2020, 619 semasa beliau, suaminya dan SD3 berada di rumah, beliau mendengar 620 suaminya OKT 1 menerima panggilan telefon, dan suaminya 621 memberitahu bahawa anak mereka OKT 2 telah dipukul di Restoran 622 tersebut. SD4 nampak suaminya bergegas meninggalkan rumah 623 menaiki sebuah motorsikal Kris. 624 63. SD4 memberitahu bahawa kenderaan Proton Wira ADW9299 tersebut 625 hilang semasa dipinjam oleh SD3, namun tiada sebarang laporan polis 626 dibuat berkenaan kehilangan itu. Semasa dipinjam oleh SD3, kenderaan 627 tersebut berada dalam keadaan baik dan cerminnya baru sahaja 628 S/N Nht6f8571kCXy1ybgbpU7w dipasang lapisan yang sangat gelap di Teluk Intan sehingga SD4 pernah 629 disaman akibat cermin gelap. 630 631 632 E. ANALISA DAN DAPATAN MAHKAMAH 633 634 64. Mahkamah ini dipandu arah oleh seksyen 173(m) Kanun Tatacara 635 Jenayah, kes Balachandran v. PP [2005] 1 CLJ 85 dan PP v. Mohd 636 Radzi Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457 FC dalam mempertimbangkan 637 keseluruhan keterangan semua saksi-saksi di akhir kes pembelaan. 638 65. Mahkamah berpendapat bahawa keterangan kedua-dua OKT bahawa 639 OKT 1 tidak berada di tempat kejadian pada 4.2.2020 dan bahawa OKT 640 1 telah datang ke tempat tersebut menaiki sebuah motorsikal adalah 641 bersifat penafian kosong semata-mata. Perkara ini tidak pernah 642 ditimbulkan semasa kes pendakwaan, lebih-lebih lagi semasa kesemua 643 saksi mata di tempat kejadian mengesahkan bahawa mereka telah 644 melihat OKT 1 memandu kenderaan Proton Wira ADW9299 dan 645 melanggar mangsa setelah mangsa rebah ke lantai. Kegagalan OKT 646 berbuat demikian menyebabkan mahkamah ini menolak keterangan 647 tersebut sebagai rekaan terkemudian (rujuk kes Mahkamah Rayuan 648 Megat Halim Omar v. PP [2009] 1 CLJ 154 dan kes PP v. Ku Lip See 649 [1980] 1 LNS 166). 650 66. Keterangan OKT 2 juga adalah bertentangan dengan pembelaan yang 651 dibangkitkan semasa SP6 Afiq disoal balas bahawa OKT 1 telah datang 652 ke tempat kejadian dengan kenderaan Proton Wira itu untuk 653 menyelamatkan OKT 2. Mahkamah juga mendapati kedua-dua OKT 654 tidak pernah memfailkan sebarang notis alibi sebelum atau selepas 655 perbicaraan bermula. 656