The exception in regard to any question on compliance with any procedural requirement in subsection (1) shall not apply where the grounds are as described in section 6A [6] Justeru, Mahkamah ini harus memberikan kesan terhadap pindaan Akta tersebut apabila Parlimen telah memasukkan peruntukan seksyen 11C pada 24 Ogos 1989. Ia adalah sebagaimana yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan di dalam kes Lee Kew Sang v. Timbalan Menteri Dalam Negeri, & Ors [2005] 3 CLJ 914 In our view, courts must give effect to the amendments. That being the law, it is the duty of the courts to apply them. So, in a habeas corpus application where the detention order of the Minister made under s. 4(1) of the Ordinance or, for that matter, the equivalent ss. in ISA 1960 and DD(SPM) Act 1985, the first thing that the courts should do is to see whether the ground forwarded is one that falls within the meaning of procedural non-compliance or not. To determine the question, the courts should look at the provisions of the law or the rules that lay down the procedural requirements. It is not for the courts to create procedural requirements because it is not the function of the courts to make laws or rules. If there is no such procedural requirement then there cannot be non-compliance thereof. Only if there is that there can be non-compliance thereof and only then that the courts should consider whether, on the facts, there has been non-compliance. [7] Di samping itu, undang-undang juga telah menetapkan bahawa beban untuk membuktikan bahawa Pemohon telah ditahan menurut undang-undang dan segala prosedur mandatori telah dipatuhi adalah di atas bahu pihak berkuasa yang menahan iaitu Responden-responden sendiri. Ia adalah seperti yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan di dalam kes SK Tangakaliswaran Krishnan v. Menteri Dalam Negeri, Malaysia & Ors [2009] 6 CLJ 705 yang menyatakan seperti berikut: It is for the respondents to prove that the constitutional and statutory safeguards embodied in art. 151 and s. 6(1) were strictly complied with. The liberty of an individual should not be infringed upon even to the slightest extent without proof that the impugned infringement is in accordance with the Constitution and statute. When considering whether a restraint upon liberty is in accordance with law it is based on the evidence furnished by the detaining authority that a court must turn in the usual way. And where that evidence is by way of affidavit, the court is not spared the task of subjecting its contents to the same tests as in any other case, if not to stricter scrutiny since the case concerns the violation of a constitutionally guaranteed protection. One of the tests that a court applies to test allegations in affidavits is to see whether they are contradictory in nature. See, Eng Mee Yong & Ors v. Letchumanan [1979] CLJU 18; [1979] 1 LNS 18. Further, where a party upon whom the onus of proof lies adduces conflicting or contradictory evidence, a court assessing that evidence is in the usual way entitled to rule that the burden has not been discharged. And in a matter as important as individual liberty, where contradictory averments are made on oath, the detenu is entitled to rely on the version that is most favourable to him. [8] Dalam keadaan tersebut, Pemohon atau orang yang ditahan di bawah undang-undang pencegahan, bebas untuk mengambil segala kesempatan yang ada apabila terdapat pelanggaran undang-undang, ketidakaturan atau ketidakpatuhan prosedur memandangkan perintah tahanan yang diberikan adalah tanpa bicara yang melanggar hak kebebasan seseorang. Apabila terdapat pelanggaran undang-undang, ketidakaturan dan ketidakpatuhan prosedur, perintah tahanan akan menjadi tidak sah dan writ habeas corpus dikeluarkan dan Pemohon dibebaskan. Saya merujuk kepada kes Mahkamah Agung Ng Hong Choon v Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri & Lagi [1994] 4 CLJ 47, dimana Wan Yahya SCJ menyatakan:- In cases of this nature the appellant is nevertheless entitled to take advantage of any technical imperfection which has the effect of invalidating the restrictive order; or to use the precise words of Regby J in Ex Parte Johannes Choeldi & Ors [1960] CLJU 25; [1960] 1 LNS 25; [1960] 1 MLJ 184 at 186: The distinction, no doubt, is a highly artificial one. But this is an application for a writ of habeas corpus, and the applicants in matters which concern their personal liberty, are entitled to avail themselves of any technical defects which may invalidate the order which deprives them of that liberty." KEPUTUSAN DAN ALASAN MAHKAMAH TERHADAP ISU-ISU YANG DITIMBULKAN [9] Isu Pertama Tindakan tidak dilakukan dalam konteks tempoh kesegeraan yang praktik-Kelewatan yang tidak munasabah a) Terdapat kelewatan tidak munasabah selama dua puluh (20) hari Binti Che Omar memulakan siasatan dan mengemukakan laporan bertulis Pemohon kepada TMDN. Ketidakpatuhan kepada Seksyen 5(4) Akta tersebut; b) Terdapat kelewatan tidak munasabah selama empat belas (14) hari untuk Pegawai Penyiasat Polis, Inspektor Mohd Yushairey bin Zolkepli mulakan siasatan dan mengemukakan laporan bertulis Pemohon kepada TMDN dan Pegawai Inkuiri Ketidakpatuhan kepada Seksyen 3(3) Akta tersebut; dan c) Terdapat kelewatan tidak munasabah selama empat belas (14) hari oleh TMDN untuk mengeluarkan Perintah Tahanan Hujahan Pemohon [10] Pemohon menghujahkan bahawa Pegawai Inkuiri telah menerima laporan lengkap penyiasatan Pemohon bawah Seksyen 3(3) Akta daripada Pegawai Penyiasat pada 30-10-2024. Walaubagaimana pun, beliau hanya menjalankan siasatan ke atas Pemohon pada 4-11-2024 iaitu kelewatan selama 5 hari. Selanjutnya, pada 22-11-2024, Pegawai Inkuiri telah mengemukakan laporan bertulis bawah seksyen 5(4) Akta, kepada TMDN dimana terdapat kelewatan lanjut selama 15 hari. Pemohon menghujahkan penjelasan berkenaan kelewatan dalam siasatan tersebut hanyalah merupakan alasan rutin dan bersifat pentadbiran sahaja yang tidak bermerit. Oleh itu, wujudnya suatu ketidakpatuhan kepada prosedur mandatori. [11] Pemohon juga menghujahkan bahawa Pemohon telah ditangkap pada 11-10-2024. Namun begitu, Pegawai Penyiasat telah hanya merakamkan percakapan Pemohon pada 15-10-2024 iaitu kelewatan selama 4 hari. Pemohon menghujahkan, tiada alasan munasabah bagi kelewatan dalam merakamkan percakapan Pemohon memandangkan kebenaran untuk menahan Pemohon telah diberikan lebih 48 jam selepas tangkapan ke atas Pemohon. Kelewatan selama 4 hari ini untuk Pegawai Penyiasat merakamkan percakapan menunjukkan siasatan ke atas Pemohon dibuat secara sambil lewa yang memprejudiskan Pemohon. [12] Selanjutnya, Pegawai Penyiasat hanya mengemukakan laporan lengkap penyiasatan terhadap Pemohon di bawah Seksyen 3(3) Akta tersebut kepada TMDN dan Pegawai Inkuiri pada 30-10-2024, dengan mengambil masa 10 hari lagi dari tarikh rakaman percakapan dan ini merupakan suatu kelewatan yang tidak munasabah serta tidak mematuhi peruntukan undang-undang dan alasan yang diberikan merupakan alasan rutin dan berbentuk pentadbiran dan tidak mewajarkan tempoh masa yang telah diambil. [13] Disamping itu, TMDN telah menerima laporan lengkap penyiasatan Pemohon di bawah Seksyen 3(3) pada 30-10-2024 dan laporan bertulis Pemohon di bawah Seksyen 5(4) pada 22-11-2024. Namun begitu, Perintah Tahanan hanya dikeluarkan pada 6-12-2024 iaitu 14 hari selepas menerima laporan-laporan bertulis tersebut dan dan tiada sebarang alasan kenapa Perintah hanya dikeluarkan selepas 14 hari. Hujahan Responden [14] Pihak Responden menghujahkan bahawa kedua-dua Pegawai Penyiasat dan Pegawai Inkuiri telah memberikan penjelasan yang munasabah dan sewajarnya berkenaan dengan tempoh masa yang diambil untuk menjalankan siasatan dan inkuiri terhadap Pemohon, melengkapkan dan seterusnya mengemukakan Laporan Statutori kepada TMDN. Ini bermakna masa yang diambil oleh Pegawai Penyiasat dan Pegawai Inkuiri adalah dalam tempoh munasabah dan dalam kesegeraan yang praktik. [15] Responden juga menghujahkan bahawa tiada tempoh masa yang diperuntukkan oleh undang-undang yang menghendaki TMDN menjalankan kuasa budi bicaranya bawah seksyen 6 (1). Justeru, tiada keperluan untuk TMDN memberikan alasan-alasan mengapa tempoh masa 14 hari diambil untuk beliau sampai kepada keputusannya Keputusan Mahkamah [16] Seksyen 3 (1) Akta tersebut memberikan kuasa kepada polis untuk menangkap dan menahan seseorang untuk tujuan penyiasatan dan menyediakan laporan lengkap untuk diserahkan kepada Pegawai Inkuiri dan Menteri bawah seksyen 3 (3) Akta tersebut. Manakala seksyen 5 (4) Akta memberi kuasa kepada Pegawai Inkuiri untuk menjalankan inkuiri dan mengemukakan laporan lengkap kepada Menteri. Kedua-dua perkara ini hendaklah dilakukan dalam tempoh masa yang ditentukan oleh Menteri melalui undang-undang. Namun begitu tiada tempoh masa telah ditetapkan oleh Menteri bagi tujuan tersebut. Justeru, menurut seksyen 54 (2) Akta Tafsiran 1948 dan 1967, masa yang perlu diambil adalah dalam tempoh kesegeraan yang praktik. Ia seperti yang diputuskan di dalam kes Mahkamah Agung Chua Kian Voon v. Menteri Dalam Negeri Malaysia & Ors [2020] 1 CLJ 747. Kes ini juga telah memutuskan bahawa sesiapa yang meyebabkan kelewatan, ia perlulah menjelaskan sebab kelewatan tersebut. Mahkamah Agung telah menyatakan seperti berikut:- [67] Section 5(4) of the 1985 Act allows the Minister to prescribe regulations stipulating time but as apparent from the above, the Minister has not done so. We then turned to s. 54(2) of the Interpretation Acts 1948 and 1967 which stipulates that where no time is prescribed within which anything shall be done, that thing shall be done with all convenient speed and as often as the prescribed occasion requires. Simply put, for any matter where time has not by law been prescribed, such matter ought to be completed as soon as practicable and without inordinate delay. [68] As the burden to prove the detention was lawful lies on the detaining authority, whether the report was completed with convenient speed or without inordinate delay remains a matter for the detaining authority ie, the respondents, to establish. It is trite that where there is delay on the part of the respondents upon the respondents to discharge the burden of proffering a satisfactory explanation for the delay. Thus, as we have alluded to earlier, if there is no explanation given, the court will assume that there are no reasons (Rujuk juga kes Mahkamah Agung Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Malaysia & Ors. v. Liau Nyun Fui [1991] 1 CLJ Rep 4580 dan Tai Choi Yu v. Government Of Malaysia [1994] 2 CLJ 174 ) Kelewatan oleh Pegawai Inkuiri [17] Saya telah meneliti afidavit yang difailkan oleh Pegawai Inkuiri dan mendapati tiada kelewatan yang telah berlaku, apabila masa selama 20 hari telah diambil oleh Pegawai Inkuiri untuk menjalankan inkuiri terhadap Pemohon dan mengemukakan laporan lengkap kepada TMDN. Saya juga mendapati alasan-alasan telah diberikan berkenaan masa yang diambil oleh Pegawai Inkuiri dalam melengkapkan siasatan terhadap kes Pemohon adalah munasabah, bermerit serta tidak hanya bersifat pentadbiran dan saya menerima penjelasan tersebut. [18] Afidavit Pegawai Inkuiri telah menyatakan secara terperinci tindakan yang telah diambil oleh beliau selepas laporan diterima daripada Pegawai Penyiasat sehinggalah laporan lengkap disediakan oleh beliau. Menurut Pegawai Inkuiri, setelah menerima laporan lengkap penyiasatan kes ini daripada Pegawai Penyiasat pada 30-10-2024, beliau telah menjalankan siasatan secara fizikal terhadap Pemohon pada 04-11-2024. Ini adalah kerana beliau hanya menerima makluman bahawa beliau telah ditugaskan dengan fail Pemohon pada sebelah petang 30-10-2024. Setelah itu beliau telah meneliti fail kes Pemohon dan menghubungi Pegawai Penyiasat untuk mengesahkan tarikh inkuiri dan status terkini saksi-saksi yang akan dipanggil. Beliau juga perlu menyemak dan meneliti fail kes Pemohon bagi merangka strategi siasatan bagi persediaan menjalankan siasatan fizikal. Beliau juga telah mengeluarkan notis rasmi inkuiri bagi tujuan inkuiri ke atas Pemohon dan saksi-saksi. Beliau juga telah merangka soalan-soalan untuk persediaan bagi menjalankan inkuiri ke atas Pemohon dan ke atas saksi-saksi kes Pemohon yang menurut beliau adalah untuk memastikan suatu siasatan yang menyeluruh dapat dilaksanakan dalam tempoh kesegeraan praktik. Selain menjalankan siasatan fizikal terhadap Pemohon Pegawai Inkuiri juga telah menjalankan siasatan fizikal terhadap 3 orang saksi-saksi kes Pemohon secara bersumpah. Beliau juga mengarahkan Pegawai Penyiasat agar saksi-saksi tambahan kes Pemohon dikesan. Namun demikian saksi-saksi tambahan tersebut telah gagal dikesan. Selain dari menjalankan siasatan terhadap kes Pemohon, beliau juga ditugaskan untuk menyiasat kes-kes bagi sabjek-sabjek yang lain. Saya mendapati Pegawai Inkuiri telah menjalankan inkuiri / siasatan terhadap kes Pemohon dalam tempoh kesegeraan yang praktik berdasarkan alasan-alasan yang diberikan. Kelewatan oleh Pegawai Penyiasat [19] Saya juga telah meneliti afidavit yang diikrarkan oleh Pegawai Penyiasat berkenaan kelewatan yang dikatakan selama 14 hari itu. Pegawai Penyiasat telah menyatakan bahawa Pemohon telah ditangkap pada 11-10-2024. Selepas tangkapan dibuat, Pegawai Penyiasat telah menjalankan soal siasat terhadap Pemohon dan mengambil rakaman keterangan saksi-saksi lain bagi mendapatkan maklumat penglibatan Pemohon dalam kes ini. Setelah itu kesemua rakaman percakapan tersebut perlu diteliti dan dipertimbangkan dengan sebaiknya bagi tujuan penyediaan dan pengemukaan laporan di bawah Seksyen 3(3) Akta tersebut. Selain itu pegawai penyiasat telah ke lokasi tempat yang terlibat dengan aktiviti pengedaran dadah oleh Pemohon, bagi memastikan ia adalah sahih dan wujud dan jenis dadah yang terlibat dengan aktiviti pengedaran dadah oleh Pemohon. Selepas itu Pegawai Penyiasat perlu menyediakan dan menyiapkan laporan lengkap penyiasatan bawah seksyen 3(3) Akta tersebut untuk dikemukakan kepada Menteri dan kepada Pegawai Inkuiri. [20] Pegawai Penyiasat juga telah mengikrarkan bahawa selain menjalankan siasatan terhadap kes Pemohon, beliau juga bertanggungjawab terhadap tugas-tugas hakiki termasuklah sebagai Pegawai Operasi yang memerlukan beliau mengikut arahan pihak atasan untuk mengetuai operasi-operasi yang telah ditetapkan. Walau bagaimanapun, menurut beliau siasatan kes Pemohon telah dijalankan dengan kesegeraan yang praktik tanpa sebarang kelengahan. Beliau telah menyenaraikan secara terperinci hari ke hari tugasan dan siasatan yang beliau telah jalankan bagi kes Pemohon dan juga tugasan hakiki beliau. [21] Saya mendapati alasan-alasan yang diberikan oleh Pegawai Penyiasat adalah munasabah dan bermerit berkenaan masa 14 hari yang diambil untuk menyiapkan siasatan kes Pemohon. Mahkamah ini tidak boleh menafikan dan menolak alasan-alasan telus yang diberikan oleh beliau kerana, sebagai Pegawai Penyiasat, beliau bukan sahaja ditugaskan untuk menyiasat kes Pemohon sahaja tetapi juga bertanggungjawab dengan tugasan hakiki yang lain. Dengan mengambil kira kesemua perkara tersebut saya mendapati Pegawai Penyiasat telah menyempurnakan siasatan kes Pemohon dengan kesegeraan yang praktik tanpa kelengahan. Alasan dan penjelasan yang diberikan oleh beliau bukanlah suatu alasan yang berbentuk pentadbiran semata-mata tetapi berdasarkan alasan-alasan yang sah. [22] Saya juga telah meneliti Afidavit yang diikrarkan oleh TMDN yang menyatakan beliau telah menerima laporan lengkap penyiasatan berkenaan Pemohon daripada Pegawai Penyiasat pada 30-10-