Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DI DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM, MALAYSIA RAYUAN SIVIL NO. DA-12B-15-05/2025 ANTARA ROZLAN BIN RAMLI (NO. K/P: 810914-03-6101) … PERAYU
DA-12B-15-05/2025
High Court of Malaysia29 Mar 2026
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“2. Iqbal Idlan bin Khalek lwn Zarina bt Mohd Zaman [2024] MLJU 715, di mana Mahkamah Sesyen telah memberi award RM80,000.00 untuk ED.”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DI DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM, MALAYSIA RAYUAN SIVIL NO. DA-12B-15-05/2025 ANTARA ROZLAN BIN RAMLI (NO. K/P: 810914-03-6101) … PERAYU
1
MUHAMMAD KEIEZZRIE NAZRULLAH BIN CHE HAMID (NO. K/P: 900709-03-5707)
2
WAN AIDA BINTI WAN YA’ACOB
3
ALLIANZ GENERAL INSURANCE COMPANY MALAYSIA BERHAD … RESPONDEN KETIGA (Dalam Mahkamah Sesyen Di Kota Bharu Dalam Negeri Kelantan Darul Naim, Malaysia Guaman Sivil No. DA-B53KJ-29-12/2023 Antara Rozlan Bin Ramli (No. K/P: 810914-03-6101) … Plaintif
1
Muhammad Keiezzrie Nazrullah Bin Che Hamid (No. K/P: 900709-03-5707) ... Defendan Pertama
2
Wan Aida Binti Wan Ya’acob (No. K/P: 830713-03-5864) ... Defendan Kedua
3
Allianz General Insurance Company Malaysia Berhad … Defendan Ketiga ALASAN PENGHAKIMAN Pengenalan.
1
Ini adalah rayuan perayu/plaintif terhadap keputusan Hakim Mahkamah Sesyen (HMS) yang bijaksana berkenaan liabiliti dan kuantum bagi satu tuntutan ganti rugi kemalangan jalan raya. Latar Belakang.
2
Satu kemalangan jalan raya telah berlaku pada 10.9.2022 jam lebih kurang 4.20 petang di Kg. Bechah Tok Kar, Gual Ipoh, Tanah Merah, Kelantan di antara perayu dengan responden pertama di mana perayu menunggang motosikal No. DDQ 3811 dan responden pertama memandu motokar No. NBF 9010 yang dimiliki S/N QHioREfx/0zsvtf3e1Ug oleh responden kedua. Responden ketiga adalah penanggung insuran bagi motokar responden kedua.
3
Perayu mendakwa bahawa motosikalnya telah dilanggar dari belakang oleh motokar responden. Setelah dilanggar, perayu jatuh terduduk dalam keadaan sedar dan pada masa itu perayu nampak dan ingat nombor pendaftaran motokar responden tersebut yang dikatakan berhenti sejenak sebelum melarikan diri. Perayu membuat laporan polis pada 8.11.2022 iaitu 2 bulan selepas kemalangan kerana perayu berada dalam wad selama 2 bulan.
4
Di akhir perbicaraan di Mahkamah Sesyen, HMS yang bijaksana telah memutuskan seperti berikut:
i
Dari segi liabiliti, tuntutan perayu terhadap responden-responden ditolak kerana perayu gagal membuktikan tuntutannya terhadap responden-responden.
II
(ii) Dari segi kuantum, atas dasar 100% liabiliti, Mahkamah membenarkan ganti rugi seperti berikut:- a) Ganti rugi Am i. Paraplegia RM300,000.00 ii. Right midshaft clavicle fracture RM18,000.00 iii. Erectile Dysfunction RM50,000.00 iv. Degloving injury over left axilla RM15,000.00 v. Deep laceration wound left arm RM5,000.00 vi. Bilateral 5th rib fracture, 6th and 7th ribs RM16,000.00 vii. Multiple abrasion wounds RM3,000.00 S/N QHioREfx/0zsvtf3e1Ug viii. Multiple scars RM15,000.00 Jumlah keseluruhan RM422,000.00 b) Ganti rugi Khas i. Kos bagi ubat-ubatan masa hadapan seperti:- a) Urodynamic study (tanpa faedah) RM600.00 ii. Kos double fourler hospital bed (tanpa faedah) RM8,600.00 iii. Kos alternating ripple mattress (tanpa faedah) RM720.00 iv. Lightweight wheelchair (tanpa faedah) RM29,770.00 v. Kos pressure relief wheelchair cushion RM16,786.00 vi. Kos transfer board (tanpa faedah) RM5,496.00 vii. Kos manual hoist (tanpa faedah) RM4,000.00 viii. Kos car modification (tanpa faedah) RM11,450.00 ix. Kos commode wheelchair for toileting and bathing (tanpa faedah) RM2,977.00 x. Kos consumables (tanpa faedah) RM160.272.00 xi. Kos pembantu rumah (tanpa faedah) RM549,600.00 xii. Kehilangan pendapatan (tanpa faedah) RM228,000.00 Jumlah keseluruhan RM1,018,271.00 S/N QHioREfx/0zsvtf3e1Ug
5
Perayu yang tidak berpuas hati dengan keputusan HMS yang bijaksana tersebut telah merayu ke Mahkamah ini berkenaan liabiliti dan kuantum.
6
Mahkamah ini, setelah meneliti rekod-rekod rayuan, hujahan-hujahan serta autoriti-autoriti kedua-dua pihak telah memutuskan seperti berikut:-
i
Dari segi liabiliti, Mahkamah ini menolak rayuan perayu dan mengekalkan keputusan HMS yang bijaksana.
II
(ii) Dari segi kuantum pula, keputusan Mahkamah ini adalah seperti berikut:
a
Rayuan perayu berkenaan kehilangan pendapatan sebanyak RM2,000.00 adalah ditolak;
b
Rayuan Perayu berkenaan award bagi “commode wheelchair” dibenarkan dan dinaikkan kepada RM3,900.00 (RM 650.00 x 6).
c
Rayuan perayu berkenaan modifikasi kereta dibenarkan pada kadar RM5,000.00 setiap 10 tahun x 27.3 tahun. Rayuan perayu untuk dapatkan sebuah kereta myvi yang diubahsuai tidak dibenarkan.
d
Rayuan perayu berkenaan kos “transfer board” dibenarkan mengikut jangka hayat selama 27.3 tahun yang dibundarkan kepada 25 tahun dengan penukaran setiap 5 tahun sekali yang menjadikan award sebanyak RM6,000.00 (RM1,200.00 x 5 = RM6,000.00.).
e
Rayuan perayu berkenaan kos “pressure relief wheelchair cushion” dibenarkan mengikut jangka hayat selama 27.3 tahun dengan 9 kali pertukaran yang berjumlah RM19,800.00 (RM 2,200.00 x 9).
f
Rayuan perayu berkenaan “light weight wheelchair” dibenarkan dengan 5 kali penukaran berdasarkan jangka hayat 27.3 tahun x RM6,500.00 = RM32,500.00.
g
Rayuan perayu berkenaan ganti rugi am untuk “erectile dysfunction” dibenarkan dan award dinaikkan daripada RM50,000.00 kepada RM80,000.00.
7
Perayu yang tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah ini telah memfailkan notis rayuan bertarikh 17/4/2026 ke Mahkamah Rayuan. Isu liabiliti pihak-pihak.
8
Berkenaan isu liabiliti ini, peguam perayu yang bijaksana telah menghujahkan bahawa pihak responden pertama dan kedua telah gagal membuktikan versi cerita responden kerana responden pertama telah gagal hadir dan memberi keterangan di mahkamah. Kegagalan responden pertama hadir dan memberikan keterangan sepatutnya telah membangkitkan anggapan bertentangan di bawah s. 114(g) Akta Keterangan 1950 terhadap kes responden.
9
Peguam perayu yang bijaksana juga menghujahkan bahawa HMS yang bijaksana telah terkhilaf dalam fakta dan undang-undang apabila mendapati perayu telah gagal membuktikan berlakunya S/N QHioREfx/0zsvtf3e1Ug kemalangan antara motosikal perayu bernombor DDQ 3811 dengan motokar responden bernombor NBF 9010 pada 10/9/2022. Analisis dan dapatan Mahkamah.
10
Pertamanya, Mahkamah ini mengambil ingatan daripada prinsip yang dinyatakan dalam kes-kes Ng Hoo Kui & Anor v. Wendy Tan Lee Peng, Administrator Of The Estates Of Tan Ewe Kwang, Deceased & Ors [2020] 10 CLJ 1; [2020] 12 MLJ 67 (FC); [2020] 8 AMR 22 dan Lee Hock Lai v. Yeoh Wah Pein [1998] 5 MLRH 207; [1999] 5 MLJ 172 bahawa mahkamah yang mendengar suatu rayuan tidak sepatutnya terlalu cepat untuk mencampuri keputusan mahkamah perbicaraan melainkan terdapat kesilapan yang nyata (plainly wrong) di pihak hakim perbicaraan dalam mencapai keputusannya.
11
Bagi isu kegagalan responden pertama memberi keterangan dan aplikasi s. 114(g) Akta Keterangan 1950, Mahkamah ini mendapati bahawa dalam suatu tuntutan kes sivil, beban pembuktian terletak di atas bahu plaintif dan selagi mana beban tersebut belum dipenuhi oleh plaintif, beban pembuktian tidak akan beralih kepada pihak defendan. Jika plaintif telah berjaya membuktikan kesnya, barulah defendan perlu tampil untuk memberi keterangan bagi menjawab keterangan plaintif.
12
Prinsip di atas telah dinyatakan dalam kes Wong Thin Yit v. Mohamed Ali [1971] 1 MLRA 483 seperti berikut: “In a negligence action the onus of proof rests wholly on the plaintiff, whether or not the defendant gives evidence. The plaintiff cannot succeed without proof of the defendant’s negligence.”
13
Dalam kes Ng Chui Sai v. Maimon Bt. Ali [1983] 1 MLJ 110, Hashim Yeop A. Sani H (pada ketika itu) mengatakan: “[7] In an action for negligence the onus of proving the allegation of negligence rests on the person who makes it unless there are disclosed facts which raise a presumption in favour of the plaintiff. The plaintiff must show affirmatively that there has been a breach of a specific or general duty by the defendant and this resulted in the damage to the plaintiff. If he fails to prove this the action must fail.”
14
Pihak responden adalah bebas untuk memilih sama ada untuk memanggil atau tidak memanggil mana-mana saksi atau untuk menghujahkan tiada kes untuk dijawab atas risikonya sendiri. Kejayaan atau kegagalan kes perayu bergantung kepada kemampuan perayu untuk membuktikan kesnya dan bukan atas pembuktian kes pihak responden. Oleh itu HMS yang bijaksana adalah betul apabila tidak membangkitkan (invoke) anggapan bertentangan di bawah s 114 (g) Akta Keterangan 1950.
15
Bagi isu liabiliti ini juga, Mahkamah ini mendapati terdapat 2 fakta berbeza berkenaan tempat dan tarikh kejadian dalam keterangan perayu sendiri iaitu pertamanya kemalangan dikatakan berlaku di S/N QHioREfx/0zsvtf3e1Ug Kg. Tok Che Dol dan keduanya kemalangan dikatakan berlaku di Kg. Bechah Tok Kar yang mana ia adalah 2 kampung yang berbeza dalam jarak melebihi 2 kilometer antara satu sama lain. Juga terdapat 2 versi berkenaan tarikh kemalangan iaitu yang pertama pada 10/9/2022 dan yang keduanya pada 19/9/2022 (senggang selama 9 hari).
16
Dalam laporan polis pertama perayu (P7), perayu mengatakan bahawa kejadian berlaku pada pada 19/9/2022 jam 4.20 ptg di Kg. Tok Che Dol. Manakala dalam laporan polis keduanya pula (P8) iaitu laporan pembetulan, perayu mengatakan bahawa kejadian berlaku pada 10/9/2022 di Kg. Bechah Tok Kar.
17
Perenggan 5 pernyataan tuntutan terpinda perayu memplidkan bahawa kejadian berlaku pada tarikh 10/9/2022 di Kg. Tok Che Dol namun keterangan perayu tidak menyokong fakta yang diplidkan apabila keterangan perayu mengatakan kejadian kemalangan tersebut berlaku di Kg. Bechah Tok Kar. Adalah menjadi undang-undang mantap bahawa pihak-pihak adalah terikat dengan plidingnya. Peguam perayu menghujahkan bahawa responden adalah terikat dengan plidingnya maka hujahan yang sama juga terpakai terhadap perayu.
18
SP1 iaitu pegawai penyiasat dalam keterangannya mengatakan bahawa dia sendiri tidak pasti di mana kemalangan sebenarnya berlaku. Dia hanya pergi ke suatu tempat yang ditunjukkan oleh anak perayu yang tidak terlibat dalam kemalangan tersebut. SP1 telah membuat suatu lakaran rajah kasar namun tidak dinyatakan dalam rajah kasar tersebut dimanakah kejadian berlaku.
19
SP2 iaitu ahli kimia setelah menjalankan ujian kimia mendapati tiada sebarang perpindahan cat antara motosikal perayu dengan motokar responden kedua yang boleh menunjukkan berlakunya kemalangan antara kedua-dua kenderaan tersebut.
20
Kesan kerosakan pada motokar responden dan motosikal perayu juga tidak menyokong versi cerita perayu. Bahagian hadapan motokar hanya terdapat calar-calar kecil sahaja sedangkan motosikal perayu dikatakan telah terpelanting ke dalam longkang apabila dilanggar dari belakang. Untuk menyebabkan sebuah motosikal terpelanting ia memerlukan satu momentum yang besar dan satu impak yang kuat. Jika satu impak yang kuat terjadi, bahagian bumper depan motokar tersebut sudah tentu telah mengalami kesan kerosakan yang jauh lebih besar dan teruk daripada sekadar tercalar sahaja.
21
Responden kedua (SD2) telah membuat laporan polisnya yang pertama pada 9/11/2022 (D19) menafikan motokarnya terlibat dalam kemalangan tersebut kerana motokarnya berada bersamanya di Terengganu antara 9/9/2022 hingga 11/9/2022.
22
Kemudiannya pada 27/11/2022 jam 10.44 malam, responden kedua telah membuat laporan polis keduanya (D20) mengakui motokarnya terlibat dalam kemalangan tersebut.
23
Selanjutnya, pada tarikh yang sama iaitu 27/11/2022 jam 11.13 malam (kurang dari 30 minit selepas responden kedua membuat laporan polis keduanya) responden kedua membuat laporan polis S/N QHioREfx/0zsvtf3e1Ug ketiganya (D21) bagi meminda tarikh kemalangan kepada 10/9/2022.
24
Lebih kurang setahun 4 bulan kemudian, iaitu pada 16/3/2024, responden kedua membuat satu lagi laporan polis (D23) (laporan polis keempat responden kedua) menafikan motokarnya terlibat dalam kemalangan tersebut.
25
Pada 17/3/2024, responden kedua telah mengikrarkan satu surat akuan bersumpah (D22) menafikan motokarnya terlibat dalam kemalangan tersebut dan mengakui bahawa 2 laporan polis yang dia telah buat pada tarikh 27/11/2022 adalah laporan palsu.
26
Responden kedua dalam keterangannya semasa perbicaraan menafikan motokarnya terlibat dalam kemalangan tersebut dan responden kedua juga memberi penjelasan bahawa dia telah membuat laporan polis mengakui motokarnya terlibat dalam kemalangan tersebut setelah diminta oleh sepupunya iaitu responden pertama bertujuan untuk membantu perayu membuat tuntutan insuran.
27
Walau apa pun kekurangan pada laporan polis responden kedua yang telah dibuat di Kedah pada 16/3/2024 (D23) dan juga pada surat akuan bersumpah responden kedua (D22) yang dihujahkan oleh peguam perayu bahawa ia telah disediakan oleh penyelaras responden ketiga, kedua-dua dokumen tersebut tidak lebih dari dokumen sokongan semata-mata. Keterangan utama responden kedua adalah keterangannya secara bersumpah dalam kandang saksi semasa perbicaraan secara langsung di hadapan HMS yang S/N QHioREfx/0zsvtf3e1Ug bijaksana. Apabila HMS yang berpeluang melihat sendiri gelagat dan tingkah laku responden kedua semasa memberikan keterangan, telah menerima dan mempercayai keterangan responden kedua maka Mahkamah ini tidak berhasrat dan tidak sepatutnya mengganggu dapatan HMS tersebut berkenaan kebolehpercayaan defendan kedua.
28
Walaupun responden ketiga tidak memanggil mana-mana saksi untuk memberi keterangan bagi pihaknya namun keterangan responden kedua ini juga telah menyokong dan membuktikan pembelaan fraud responden ketiga. Jika Mahkamah ini menerima hujahan peguam perayu sekalipun bahawa responden ketiga telah gagal membuktikan pembelaan fraudnya kerana gagal memanggil mana-mana saksi untuk memberi keterangan, ia tetap tidak memberi apa-apa kesan kepada responden ketiga setelah Mahkamah ini mendapati dan memutuskan bahawa perayu telah gagal membuktikan tuntutannya terhadap responden-responden. Apabila tuntutan perayu gagal, responden-responden tidak perlu membuktikan apa-apa pun.
29
Oleh itu, HMS yang bijaksana tidak boleh dikatakan telah terkhilaf kerana gagal untuk menghargai keterangan yang ada dan telah memutuskan kes bertentangan dengan keterangan yang ada. Mahkamah ini mendapati keputusan HMS yang bijaksana adalah selari dengan keterangan yang ada dalam kes ini. Atas dasar itu Mahkamah ini menolak rayuan perayu berkenaan liabiliti dan mengekalkan keputusan HMS yang bijaksana. S/N QHioREfx/0zsvtf3e1Ug Isu Kuantum. Kehilangan pendapatan RM2,000.00 sebulan.
30
Peguam perayu yang bijaksana menghujahkan bahawa HMS yang bijaksana telah terkhilaf apabila hanya membenarkan ganti rugi kehilangan pendapatan bulanan perayu sebanyak RM2,000.00 sahaja sedangkan keterangan menunjukkan bahawa hasil yang perayu perolehi daripada kebun sawit tersebut adalah sebanyak RM6,813.54 sebulan. Ini bermakna HMS telah memotong atau menolak RM4,813.54 tanpa sebarang asas.
31
Bagi isu kehilangan pendapatan ini, Mahkamah ini mendapati bahawa kebun sawit tersebut adalah milik bapa perayu. Pengurusan dan kerja-kerja kebun sawit tersebut telah diambil alih daripada FELDA dan diuruskan sendiri oleh bapa perayu pada 01/01/2018 dan seterusnya bapa perayu telah menyerahkan segala urusan dan kerja-kerja kebun sawit tersebut kepada perayu 100%.
32
32.
Preamble
Menurut SP9 iaitu Pengurus FELDA, berdasarkan prosedur FELDA, segala pendapatan yang diperolehi dari kebun sawit pada masa itu perlu dibayar ke dalam akaun peneroka berdaftar iaitu bapa perayu.
Preamble
Menurut SP9 juga, dia tahu bahawa kad bank bapa perayu dipegang oleh perayu kerana bapa perayu telah sakit dan uzur. Tiada keterangan berkenaan berapakah bayaran yang diberikan oleh bapa perayu kepada perayu sebagai upah menguruskan dan menjalankan kerja-kerja kebun sawit tersebut. S/N QHioREfx/0zsvtf3e1Ug
33
33.
Preamble
Menurut prosedur FELDA juga, hasil kebun sawit adalah kepunyaan peneroka berdaftar yang mana dalam kes ini adalah kepunyaan bapa perayu dan bukannya merupakan pendapatan mutlak perayu. Oleh itu, dalam ketiadaan keterangan khusus berkenaan pendapatan sebenar perayu yang diberikan oleh bapanya atau yang dibenarkan oleh bapanya untuk diambil dan digunakan oleh perayu, award HMS sebanyak RM2,000.00 sebulan adalah munasabah. Pendapatan hasil bulanan kebun sawit tersebut juga tidak tetap dan bergantung kepada perubahan musim buah melawas dan musim buah lebat. Bilangan jumlah ahli keluarga atau tanggungan perayu yang ramai juga tidak boleh dijadikan asas penentu kepada jumlah pendapatan perayu. Oleh itu, rayuan perayu berkenaan kehilangan pendapatan ini ditolak dan award HMS yang bijaksana dikekalkan. Potongan berganda bagi jangka hayat.
34
Bagi isu ini, peguam perayu yang bijaksana menghujahkan bahawa HMS yang bijaksana telah terkhilaf apabila mengaplikasikan prinsip pemotongan berganda (double deduction) dalam mencapai keputusannya berkenaan jangka hayat perayu di mana pengganda (multiplier) yang digunakan adalah 22.9 tahun dan bukannya 27.3 tahun. Kekhilafan ini telah mengakibatkan HMS yang bijaksana telah memberikan award yang salah berhubung dengan gantirugi bagi kos-kos pembantu rumah, barang-barang pakai buang, “commode wheelchair”, “light wheelchair”, “pressure wheel chair cushion”, “transfer board” dan kos ubahsuai kereta perayu.
35
Bagi isu ini, Mahkamah ini bersetuju dengan hujahan peguam perayu yang bijaksana bahawa berdasarkan keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes Pantai Medical Centre Sdn Bhd v Fared Reezal Arund & Another Appeal [2002] 2 CLJ 173, pemotongan berganda pada jangka hayat perayu adalah tidak dibenarkan. Oleh itu rayuan perayu bagi isu jangka hayat perayu ini dibenarkan dan pengganda bagi jangka hayat perayu yang sepatutnya digunakan dalam pengiraan ganti rugi yang berkenaan adalah 27.3 tahun dan bukannya 22.9 tahun.
36
Atas dasar pengganda jangka hayat perayu selama 27.3 tahun tersebut, rayuan perayu berkenaan kuantum perkara-perkara berikut dibenarkan: i) Kos pembantu rumah dinaikkan kepada RM665,200.00 (RM2,000.00 x 12 x 27.3 tahun); ii) Kos barang-barang pakai buang dinaikkan kepada RM165,110.40 (RM504.00 x 12 x 27.3 tahun); iii) Kos “commode wheelchair” untuk 6 kali penukaran dinaikkan kepada RM3,900.00 (RM650.00 x 6 buah kerusi roda). iv) Kos “light weight wheelchair” untuk 5 kali penukaran dinaikkan kepada RM32,500.00 (RM6,500.00 x 5 buah kerusi roda); v) Kos “pressure relief wheelchair cushion” untuk 9 kali penukaran dinaikkan kepada RM19,800.00 (RM2,200.00 x 9); vi) Kos “transfer board” untuk 5 kali penukaran dinaikkan kepada RM6,000.00 (RM1,200.00 x 5); S/N QHioREfx/0zsvtf3e1Ug vii) Kos modifikasi kereta - untuk 3 kali modifikasi setiap 10 tahun dinaikkan kepada RM15,000.00 (RM5,000.00 x 3). Rayuan perayu untuk dapatkan 3 buah kereta myvi dengan modifikasi tidak dibenarkan. Ganti rugi am bagi erectile dysfunction (ED).
37
Berkenaan ganti rugi am bagi erectile dysfunction (ED), peguam perayu yang bijaksana menghujahkan bahawa award berjumlah RM50,000.00 yang telah diberikan oleh HMS yang bijaksana adalah terlalu rendah dan perayu memohon agar award dinaikkan kepada RM80,000.00 berpandukan kepada perbandingan award yang telah diberikan dalam kes-kes berikut:
1
Rajan a/l Sadasiwar & Anor v Soh Ching Hock (and Another Appeal) [2018] 1 PIR [32], di mana Mahkamah Tinggi telah memberi award sebanyak RM70,000.00 untuk
2
Iqbal Idlan bin Khalek lwn Zarina bt Mohd Zaman [2024] MLJU 715, di mana Mahkamah Sesyen telah memberi award RM80,000.00 untuk ED.
3
Muhammad Azim bin Mohamad Sabri v Ameer Hussain Rajpar & Anor [2021] 2 PIR [8], di mana Mahkamah Sesyen telah memberi award RM70,000.00 untuk ED.
38
Mahkamah ini bersetuju dengan hujahan peguam perayu yang bijaksana bahawa “Compendium of Personal Injury Award 2018” telah dibuat 7 tahun yang lalu. Mahkamah perlu mengambil kira S/N QHioREfx/0zsvtf3e1Ug kadar inflasi dan nilai matawang semasa dalam memberikan award. Mahkamah juga mengambil kira masalah ED yang dialami oleh perayu dalam usia perayu 40 tahun dan masih menjalani kehidupan berkelamin yang aktif. Berdasarkan perkara tersebut serta perbandingan award dalam kes-kes yang dirujuk di atas, Mahkamah ini berpendapat award RM50,000.00 yang diberikan oleh HMS yang bijaksana adalah terlalu rendah. Oleh itu Mahkamah ini membenarkan rayuan perayu berkenaan ganti rugi ED ini dan ganti rugi dinaikkan kepada RM80,000.00. Kesimpulan.
39
Atas alasan yang dinyatakan di atas, Mahkamah ini telah membenarkan sebahagian sahaja rayuan perayu berkenaan kuantum dan menolak rayuan perayu berkenaan liabiliti tanpa perintah berkenaan kos. Alasan penghakiman ini bertarikh pada 25.06.2026. ………………………….. Mohd Rosli bin Yusoff Hakim Mahkamah Tinggi Malaya, Kota Bharu, Kelantan. S/N QHioREfx/0zsvtf3e1Ug Peguam Perayu : Shanta Mohan A/L P. Balasubramaniam & Syaza Danisha binti Zainal Tetuan N.M Tiong & Co, 2-6C, Jalan PJU 8/3A, Perdana Business Centre, Bandar Damansara Perdana, 47820 Petaling Jaya, Selangor. Peguam Responden 1&2: Khazan Bakhtiah Bt Muhamad Asrinani & Nurwahida Syamimi Binti Ismail Tetuan Othman Hashim & Co, 1st Floor, PT 371, Rumah Kedai Lembah Sireh, 15050 Kota Bharu, Kelantan. Peguam Responden 3 : Mani Maran A/L Chellappan & Ang Boon Chong Tetuan Kenneth William & Associates, No. 2, Jalan SS 24/26, Taman Megah, 47301 Petaling Jaya, Selangor.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.