For the reasons given, the letter of termination was lawful and the termination was valid. The right to terminate puts an end to the contract only as to the future rights and obligations. All past rights and duties under the contract remain unaffected.” [21] Berdasarkan otoriti di atas, Plaintif telah mengambil tindakan yang betul dengan menamatkan Perjanjian Kontrak tersebut dengan Defendan di mana semasa disoal balas, pihak Defendan juga tidak menyangkal akan kewujudan Surat penamatan Kontrak tersebut dan tidak mencabar kesahihan surat penamatan tersebut. 11 [22] Mahkamah mendapati di peringkat ini bahawa di atas imbangan kebarangkalian, pihak Plaintif telah berupaya membuktikan tuntutannya. Pembelaan [23] Defendan didalam pembelaannya menghujahkan bahawa terdapat isu kelewatan dari pihak Plaintif untuk memfailkan tindakan ini. Namun, Defendan telah gagal memberikan tarikh kemungkiran yang dinyatakan tersebut. [24] Adalah benar bahawa Tarikh Perjanjian Membekal Bahan Mentah BASAL 2000 adalah pada 28/01/2010 (“Perjanjian tersebut”) di antara Plaintif dan Defendan (Ikatan B m/s 22-27), namun Mahkamah berpendapat bahawa tarikh perlanggaran perjanjian tersebut hanya berlaku pada tahun 2012 setelah Defendan gagal untuk membuat pesanan seterusnya selepas pesanan terakhir pada 30/01/2012. [25] Mahkamah mendapati bahawa PW1/SP1 telah menjelaskan bahawa memandangkan tiada had tempoh bagi Perjanjian tersebut, Defendan wajar membuat pembelian tahunan bahan mentah BASAL 2000 dengan kuantiti tidak kurang dari 200,000 liter dan O-Bek tidak kurang dari 640 kg setiap tahun. PW1 juga menyatakan sekiranya Defendan gagal membuat pesanan yang tertera di dalam Perjanjian tersebut, Plaintif tetap kekal membeli/menempah bahan mentah daripada pembekal beliau yang telah pun menyediakan bahan mentah tersebut untuk 12 penghasilan Basal 2000 dan O-Bek selama TIGA tahun berturut-turut, ie. pada tahun 2010, 2012 dan 2012. [26] Di dalam keadaan sedemikian, Plaintif terpaksa menamatkan Perjanjian tersebut pada 30/07/2012 dengan serta merta untuk membatalkan tempahan seterusnya daripada pembekal bahan mentah Plaintif untuk menghasilkan BASAL 2000 dan O-Bek untuk tahun-tahun yang berikutnya. [27] Sebelum itu, Plaintif telah menghantar surat peringatan setiap tahun kepada Defendan supaya Defendan meneruskan tempahan/pembelian seperti yang ternyata di dalam perjanjian. Namun, Defendan tidak mengendahkannya. [28] Berbalik kepada isu had masa yang dibangkitkan oleh Defendan, di dalam kes SIA SIEW HONG & ORS v. LIM GIM CHIAM & ANOR [1996] 3 CLJ 26, Mahkamah Rayuan telah merujuk kepada keputusan di dalam kes NASRI v. MESAH yang dirujuk Defendan dan memutuskan bahawa: “As a general rule, in actions for breach of contract, time under the Limitation Act 1953 begins to run from the date of its breach, Nasri v Mesah [1971] 1 MLJ 32 is authority for that proposition... But it must always be borne in mind that the question as to when a cause of action arises in relation to the breach of contract is one that depends for its determination upon the construction of a particular contract. Thus, it may be inappropriate to apply the general rule_laid down in Nasri _v 13 Mesah where the breach complained of is a continuing one or where the complaint related to the breach of certain contracts of indemnity.” [29] Justeru, Mahkamah berpendapat perenggan 16 Hujahan Bertulis Defendan adalah tidak tepat. Mahkamah telah memutuskan bahawa tarikh penamatan Perjanjian tersebut adalah pada 30/07/2012. Memandangkan tarikh tindakan ini diambil adalah pada 05/05/2017, maka tindakan Plaintif masih terkandung di dalam jangka masa 6 tahun dan bukan sebaliknya (“within the limitation period”). [30] Defendan juga menghujahkan di dalam pembelaannya bahawa perjanjian tersebut adalah tidak jelas (“uncertain”), seperti yang dinyatakan di dalam SEKSYEN 30 AKTA KONTRAK. Mahkamah berpendapat bahawa alegasi ini adalah tidak benar. Ini adalah kerana Klausa 2.7 Kontrak Perjanjian tersebut JELAS mengatakan bahawa pihak Defendan dikehendaki untuk menempah dan membuat pembelian tahunan bahan mentah BASAL 2000 dengan kuantiti tidak kurang dari 200,000 liter dan O-Bek tidak kurang dari 640 kg. [31] Mahkamah tidak nampak dimana ketidakjelasan Perjanjian tersebut. Malahan, perjanjian tersebut telah disediakan oleh Defendan sendiri, walaupun ini dinafikan oleh Defendan. Walaupun tiada suatu tempoh masa sebagai intipati perjanjian tersebut tetapi Klausa 2.7 telah menyatakan pesanan minimum secara mandatori SETIAP TAHUN yang dipersetujui kedua-dua pihak sebelum menandatangani Perjanjian tersebut. 14 [32] Klausa 2.7 tersebut berbunyi seperti berikut: “2.7: Berdasarkan kepada sebut harga bahan mentah yang ditawarkan, Pengilang hendaklah membuat pesanan pembelian tahunan tidak kurang dari 200,000 liter BASAL 2000 dan 640kg O-Bek.” [33] Mahkamah juga mendapati bahawa jika surat Plaintif (tawaran) kepada Defendan bertarikh 27/01/2010, tidak menyatakan secara spesifik ianya adalah tiap-tiap bulan, namun apapun bekalan memang berdasarkan tahunan. [34] Ke arah itu, SEKSYEN 30 AKTA KONTRAK tersebut adalah tidak terpakai kerana terma Perjanjian adalah jelas. Ia memberikan suatu kausa kepada Defendan untuk menempah racun organik Basal 2000 dan Plaintif harus menyediakan bahan mentah tersebut yang akan dipasarkan semula sebagai “N-Rich Kimia Pertanian” dan berdasarkan Perjanjian tersebut, pembekalan adalah secara tahunan. [35] Pihak Defendan juga telah membangkitkan pembelaan bahawa tidak ada kontrak yang sah yang telah mengikat pihak-pihak (seperti hujahan mereka di para 28-30 Hujahan Bertulis Defendan). Defendan turut menyatakan bahawa perjanjian tersebut dimasukki oleh pihak-pihak semata-mata formaliti sahaja untuk membantu Plaintif untuk mendapat dana Industri Kecil dan Sederhana. Mahkamah bersetuju bahawa Surat tawaran Plaintif diterima oleh Defendan pada 27/01/2010 (Ikatan A m/s 4-7), 15 yang mana ia diarahkan oleh Defendan sendiri untuk Plaintif keluarkan. [36] Saksi Defendan, DW2 telah mengaku bahawa Defendan yang mengarahkan Plaintif untuk membuat surat tawaran dengan memberi pengesyoran bahawa hanya Plaintif yang boleh menghasilkan cecair organik yang bukan beracun dan boleh dipakai bagi kesemua tanaman setelah ujikaji yang dilakukan oleh Defendan sendiri (rujuk Ekshibit P52 — Surat tidak bertarikh pada tahun 2010 daripada arwah Haji Misnan, Pengarah Urusan Defendan ketika itu). [37] Mahkamah ingin merujuk kepada keterangan DW2 seperti berikut: “P/C: Jadi adakah anda membantu, terlibat dan membantu Defendan untuk memperolehi bahan mentah Basal 2000 dan O-Bek daripada Plaintif? DW2: Ya, saya terlibat. Rujuk sekarang penyata saksi Puan. Soalan 6 dan 7 ya. Setelah mengambil penerangan Plaintif mengenai produk Plaintif Basal 2000 dan O Bek ya. Apakah keputusan muktamad yang diambil oleh pihak Defendan? DW2: Ok. Saya merujuk kepada keputusan yang telah dibuat oleh Ketua saya, untuk membeli produk Basal 2000 dan O Bek. 16 Keputusan siapa? DW2: Pada masa itu ketua kita Pengarah Urusan. P/C: Pengarah Urusan. Tak apa. Saya nak rujuk Puan Rohaida kepada mukasurat 23 Ikatan C1. Adakah surat ini yang dimaksudkan. Surat ini tidak bertarikh tapi dikeluarkan dengan arahan Tuan Haji Misnan pada Januari 2010. ................................... Court: Betul ke tidak? DW2: Betul. ................................... P/C : Saya rujuk Puan kepada surat yang sama ya. Rujuk surat yang sama perenggan 3. Setuju dengan saya bahawa... this is additional question Yang Arif. Setuju dengan saya bahawa arwah Haji Misnan telah memohon pembelian bahan mentah dengan memohon RRAS Bakti menukar satu sebut harga. Setuju dengan saya? Dalam surat ini perenggan 3 menyatakan bahawa sebut harga satu-satunya pengeluar tunggal Basal 2000 yang dikeluarkan. Jadi satu-satunya pembekal tunggal adalah Plaintif iaitu RRAS Bakti. ....... DW2: Ya” [38] Mahkamah berpendapat dengan berlatarbelakangkan kedudukan Defendan yang komited ketika itu dan yakin dengan produk 17 Plaintif dan sekarang ini tidak mahu “honour” perjanjian tersebut, Plaintif telah berhak menamatkan perjanjian tersebut dan mohon ganti rugi. Tindakan Plaintif untuk menamatkan perjanjian tersebut juga disokong oleh SEKSYEN 96(1) AKTA KONTRAK 1950 yang berbunyi: “(1) When a party to a contract promises to do a certain thing at or before a specified time, or certain things at or before specified times, and fails to do any such thing at or before the specified time, the contract or so much of it as has not been performed, becomes voidable at the option of the promisee, if the intention of the parties was that time should be of the essence of the contract.” [39] Defendan dalam pembelaannya menyatakan niat pihak-pihak sebenarnya vis-a-vis perjanjian tersebut ialah Defendan akan memesan barang-barang mentah daripada Plaintif berdasarkan permintaan berkala daripada peladang-peladang yang bernaung di bawah Felcra Bhd. dan tidak tertakluk kepada mana-mana pesanan mandatori tahunan. Mahkamah telah meneliti perjanjian tersebut dan keterangan-keterangan lisan dan dokumentari, dan daripada situ, Mahkamah dapat menyimpulkan bahawa hujahan Defendan di atas adalah tidak tepat dan mendapati bahawa niat pihak-pihak sebenarnya adalah sebaliknya. [40] Keterangan latarbelakangnya mengenai hubungan pihak-pihak menunjukkan bahawa sebelum Perjanjian tersebut ditandatangani dengan Defendan pada 28/01/2010, Plaintif telah pun bekerjasama dengan Felcra Berhad (syarikat induk 18 Defendan) sejak 2003 lagi dengan menggunakan cecair Basal 2000 ke atas tanaman pertanian milik Felcra Berhad yang kemudiannya mengesyorkan untuk membeli cecair Basal 2000 untuk dihasilkan sebagai produk Defendan dan dipasarkan sebagai “N-Rich Kimia Pertanian” pada tahun 2010. [41] Saksi PW-1 telah menyatakan perkara ini dengan jelas yang menunjukkan niat sebenar Plaintif adalah untuk memasarkan cecair Basal 2000 tersebut sebagai racun organik yang tidak membunuh nutrien di dalam tanaman. [42] Justeru itu, pesanan yang harus diterima oleh Plaintif daripada Defendan adalah bagi pembelian tahunan bahan mentah BASAL 2000 dengan kuantiti tidak kurang dari 200,000 liter dan O-Bek tidak kurang dari 640 kg di dalam setahun. PW1 telah mengesahkan bahawa tiada terdapat pesanan mandatori berdasarkan setiap bulan, asalkan pesanan tersebut mencapai kuantiti yang dijelaskan di dalam Klausa 2.7 Perjanjian tersebut iaitu setiap tahun; yang mana gagal dilakukan oleh Defendan. [43] Mahkamah juga hairan dengan pendirian Defendan yang berhujah bahawa Perjanjian tersebut tidak pernah dipersetujui, yang mana ia tidak diplidkan di dalam Pliding. Namun, Defendan mengaku bahawa wujudnya suatu Kontrak Perjanjian di antara Plaintif dan Defendan selepas 28/01/2010 tetapi hanya terma yang tidak dipersetujui. Mahkamah berpendapat pembelaan Defendan ini tidak bermerit. 19 [44] Defendan di dalam pembelaannya juga mempertikaikan bahawa perjanjian tersebut adalah terbatal di atas salah representasi Plaintif. Defendan menyatakan bahawa Defendan berminat dengan produk tersebut setelah representasi salah yang dikemukakan oleh pihak Plaintif. Antaranya, kononnya representasi salah yang dikemukakan Plaintif mengikut Defendan adalah Produk Plaintif boleh membaja, merawat dan meracun tanam-tanaman, “cost effective” dan ianya sesuai digunakan dalam semua keadaan tanaman yang sedang berbunga, berputik dan berbuah. [45] Mahkamah mendapati bahawa ini adalah tidak benar. PW1 telah menyatakan perkara yang sebenar tanpa menyelindungi apa-apa fakta. Semasa pemeriksaan semula, PW1 telah menyatakan bahawa Plaintif bukan sahaja membuat pembentangan (representasi), malah, telah memberikan latihan bagaimana BASAL 2000 tersebut harus dipakai dan brosur-brosur dihasilkan bagi penggunaan semasa pembentangan tersebut (sila rujuk m/s 41-42 Ikatan A dan m/s 18-19 (Ekshibit p-17)). PW1 juga menyatakan pembentangan dibuat kepada Tuan Haji Misnan, Pengarah Urusan Defendan, bersama pegawai-pegawai kanan ladang dan pengurus-pengurus kawasan. [46] Ke arah itu, SP1 telah ditanya dan menjawab: “PW1: Maksudnya bukan Haji Misnan sahajalah ada beberapa orang yang lainlah. Court : Arwah apa nama? 20 PW1: Haji Misnan. P/C: Arwah Haji Misnan. PW1: Haji Misnan bin Dolah. ............................. PW1: Dan pembentangan tu kita buat ada banyak tempatlah, kita buat di hotel Seri Malaysia, kita buat di Sarawak, kita buat di hotel De Palma, Ampang. Okay Encik Rahman. PW1: Saya. Encik Rahman juga disoal sekiranya produk Basal 2000 ini adalah perniagaan utama RRAS Bakti? PW1: Betul.” [47] Mahkamah juga bersetuju dengan hujahan Plaintif bahawa Defendan gagal menerangkan dimana salah representasi ini berlaku sedangkan Plaintif melalui PW1 telah mengambil inisiatif atas kosnya sendiri untuk melakukan pembentangan tersebut dan selanjutnya syarikat induk Defendan (FELCRA) juga telah menggunapakai produk Basal 2000 tersebut secara meluas terhadap tanaman pertaniannya sejak tahun 2003. [48] Ke arah itu, PW1 telah disoal semula dan menjawab seperti berikut: 21 “P/C: Ada buat pembelian. PW1: Sebab dia mula pakai kita punya produk sejak tahun 2003 di mana ketika itu kerajaan Malaysia mengharamkan penggunaan paraquat ketika itu. Jadi ladang-ladang mereka semak mereka tak boleh gunakan paraquat. Kerajaan Malaysia pernah mengharamkan penggunaan paraquat pasal paraquat ni dia bahaya. Produk kita ni dia tak bahaya. Untuk makluman Yang Arif, produk kita ni adalah satu-satu produk yang memang tak terdapat mana-mana. Produk kita dia ni macam pengamal alam sekitar dia selamat kalau kita sembur di ladang kita boleh lepaskan lembu, lembu tak makan tak mati tak macam tak memudaratkan pada manusia dan sebagainya. Kalau masuk dalam air ikan pun tak mati jadi kita ni bukan setakat ape tu menyuburkan tanah dan ape tu menyuburkan tanaman tapi dia boleh mengawal rumpai secara selamat dan mesra alam ini sebenarnya. Sebab tu kerajaan pernah batalkan haramkan penggunaan ape tu paraquat ni pada 2003. Jadi ketika itu ladang Felcra Plantation memang semak dan dia telah setuju ambik kita punya sebab tu dia try try try try ada 8 agronomi yang dibuat oleh Encik Samsudin pada tahun 2005 tu. Makna mengatakan produk tu bagus walaupun ia tidak menyentuh berkenaan dengan kawalan rumpai hanya baja tapi sebenarnya dalam laporan tu memang dia nampak kesan mati rumput memang ada subur kat 22 tanah sebab tu pihak Felcra Plantation mereka setuju pada dasarnya untuk ambik produk Basal 2000 ni sebagai produk mereka sendiri yang diberi jenama “N-Rich Kimia Pertanian”, itu dia.” [49] PW1 telah menerangkan bahawa Defendan telah mengambil produk Plaintif, iaitu BASAL 2000 dan menjadikannya produknya sendiri sebagai “rebranding” dan dinamakan sebagai “N-Rich Kimia Pertanian”. Mahkamah berpendapat bahawa ini menunjukkan bahawa Defendan telah yakin dengan produk Plaintif. Justeru, pembelaan Defendan yang menyatakan bahawa Plaintif telah melakukan salah representasi adalah tidak boleh diterima akal dan hanya merupakan pemikiran semula (“afterthought”). [50] Berikut adalah keterangan SP1 mengenai perkara ini: “Court: Dia ambik produk awak? PW1: Ya dia jadikan produk dia sendiri dia beri jenama lain jenama baru atas nama N-Rich. Court: Rebrandinglah? PW1: Haa rebranding atas nama N-Rich kimia pertanian Yang Arif ya. Court: Ya.” 23 [51] Mahkamah telah mengambil maklum bahawa apabila produk Plaintif tersebut berada ditangan Defendan, pendirian Plaintif adalah terpulanglah kepada Defendan untuk memproses semula sebagai produknya sendiri. Berikut adalah keterangan PW1 mengenai perkara ini: “PW1: Dan selepas tu kalau ada apa-apa yang dibuatkan kalau dia buat untuk campuran dan sebagainya ape tu, itu bukan produk kitalah ni, itu dah jadi produk dia pasal dia ada tempat proses dia sendiri kami bekal bahan mentah sahaja kita hantar Basal dan O-Bek, kemudian dikilang dia lepas tu kalau dia kata dia nak tingkatkan tu nak tingkatkan tu sebenarnya dia tak rujuk pada khusus pada kita pastu kita sebagai ape tu pembekal bahan mentah kalau ada masalah apa dia laporkan pada kita sebetulnya dan dia tidak pernah beri kita laporan-laporan secara terperinci pada bahagian teknikal kita jadi ini ada berlakulah. Okay Encik Rahman.” [52] Keterangan PW1 di atas juga menyatakan bahawa setakat produk Basal 2000 diserahkan kepada Defendan setelah Perjanjian tersebut dimeterai, pihak Plaintif tidak mengetahui apa yang dilakukan dengan cecair tersebut walaupun untuk “rebranding” sebagai “N-Rich Kimia Pertanian”. Sebaliknya pihak Defendan menekankan bahawa terdapat elemen salah representasi oleh Plaintif kerana kononnya prestasi produk tersebut (BASAL 2000) tidak seperti yang dijanjikan, sedangkan 24 pihaknya (termasuk syarikat induknya, FELDA BERHAD) telah menggunakannya sejak 2003. Ini diakui oleh DW2 sendiri. [53] Untuk mengukur prestasi BASAL 2000 (contohnya kandungan bio-organik), segala ujian dilakukan oleh pihak Defendan tanpa kehadiran pihak Plaintif. Sukatan bahan kimia untuk membuat perbandingan tidak dinyatakan. Secara ringkas, Mahkamah tidak yakin dengan apa-apa keputusan kajian makmal yang dilaksanakan oleh Defendan kerana tidak ada wakil bebas daripada pihak Plaintif untuk mengesahkannya. [54] Malahan, di dalam satu ujian yang dipanggil laporan ujian lapangan (“trial plot test”) yang dilampirkan (di m/s 1-20 dan m/s 21-41 Ikatan C2), ianya tidak mempunyai tarikh bila “trial plot test” tersebut dilakukan. Malahan laporan kimia juga tidak disertakan bersama berkenaan penggunaan racun bio “N-Rich Kimia Pertanian” tersebut. Justeru Mahkamah berpendapat bahawa Defendan gagal membuktikan bahawa ujian lapangan tersebut adalah laporan yang lengkap, sekali gus menunjukkan bahawa tidak terdapat salah representasi oleh Plaintif apabila membentangkan mengenai keberkesanan produk BASAL 2000 tersebut kepada pihak Defendan sebelum pihak-pihak memasuki perjanjian tersebut. [55] Malahan, saksi-saksi Defendan, DW1 dan DW6 masing-masing tidak mempunyai pengetahuan seperti yang berikut: 25