Schedule
jadual 1 seperti berikut: (a) Ekshibit "D-1" ialah sesalinan ekstrak daripada rekod Defendan yang disediakan berdasarkan penemuan daripada Pemeriksaan Bersama; (b) Ekshibit "D-2" ialah sesalinan gambar kontena No. NLLU4160712 yang diambil oleh Surveyor Defendan semasa Pemeriksaan Bersama; (c) Ekshibit "D-3" ialah CD Rom yang mengandungi gambar di atas dalam format asalnya. (d) Ekshibit "D-4" ialah sesalinan Sea Waybill No. OOLU2692634990 bertarikh 3- 3-2022 ("Sea Waybill") yang dikeluarkan oleh Orient Overseas Container Line berkenaan dengan No. Kontena CBHU9561405 (" Kontena OOCL"); dan (e) Ekshibit "D-5" ialah sesalinan 'Packing List' bertarikh 1-3-2022. [22] Selain daripada dokumen-dokumen yang dikemukakan dieksibit D1-D5, pihak Plaintif tidak berhak untuk menentukan samada Plaintif mempunyai tindakan terhadap Defendan. Selain itu, Plaintif juga tidak berhak untuk mendapatkan keterangan tambahan melalui permohonan penzahiran pra-tindakan terhadap Defendan untuk mengukuhkan kesnya atau melengkapkan keseluruhan gambaran tuntutannya.Tindakan Plaintif ini adalah satu ekspedisi memancing (“fishing expedition”). [23] Laporan bomba bukanlah sebahagian dokumen yang diminta dalam jadual 1 saman pemula. Namun begitu, pihak Defendan telah memberikan laporan bomba kepada SLSL dan telah dikemukakan oleh Plaintif dalam affidavit jawapan lampiran 7. 8 | P a g e [24] Dakwaan Plaintif bahawa Defendan tidak akan dapat membayar sebarang hutang penghakiman yang dibuat terhadapnya adalah tidak berasas kerana Defendan telah diperbadankan pada tahun 1990 dengan modal syer berbayar melebihi RM1 .2 bilion dan "Minister of Finance Incorporated' sebagai salah seorang daripada 2 pemegang syernya. Hasil Defendan bagi tahun kewangan berakhir 31- 12-2021 adalah melebihi RM 2 bilion. BALASAN PLAINTIF [25] Dokumen-dokumen yang dieksibit D1-D5 adalah tidak memadai dan mencukupi atas alasan berikut: (a) dokumen-dokumen yang dikemukakan dalam Ekshibit-ekshibit D-4 dan D-5 menyatakan bahawa kandungan-kandungan dalam Kontena OOCL berasal dari Turki; (b) kandungan-kandungan tersebut telah diklasifikasikan mengikuti tatanama produk antarabangsa yang dikenali sebagai “Harmonized System Code” (“Kod HS”). Kandungan-kandungan ini tergolong dalam 2 ketegori utama seperti di bawah: (i) 3402 (Sabun, ejen aktif permukaan organik, persiapan cuci, persiapan pelumas, tiruan lilin, lilin yang disiaplan, persiapan menggilap atau menyental, lilin dan artikel seumpamanya, tampalan model, «wax pergigian» dan persiapan pergigian dengan asas plaster); dan (ii) 3809 (Ejen Penamat, pembawa pewarna untuk mempercepatkan pencelupan atau penetapan bahan pewarna, dan produk lain dan persediaan (contohnya, pembalut dan mordan), daripada jenis yang digunakan dalam industri tekstil, kertas, kulit atau seumpamanya, tidak dinyatakan atau disertakan di mana-mana tempat lain). (c ) arahan pengendalian am untuk barangan di bawah kedua-dua kategori Kod HS ini adalah ia haruslah disimpan jauh daripada haba supaya ia tidak menjejeaskan keberkesanannya. Walau bagaimanapun, haba secara amnya menjejaskan keberkesanan barangan ini, dan tidak berbahaya dengan sendirinya; 9 | P a g e (d) Dokumen-dokumen yang dikemukakan dalam Ekshibit-ekshibit D-4 dan D-5 adalah tidak mencukupi untuk menunjukkan kemungkinan barangan ini adalah punca kejadian kebakaran bagi tujuan mengenal pasti defendan-defendan dalam tindakan yang diniatkan tersebut. Oleh itu, dokumen-dokumen dalam perenggan (f) Jadual 1, termasuklah sesalinan laporan adjuster adalah diperlukan bagi Plaintif untuk memastikan punca-punca Kejadian Kebakaran untuk mengelak daripada menganggung kos yang tidak perlu dalam mendakwa pihak yang salah. (e ) Selain itu, pihak Plaintif adalah berhak kepada laporan penyiasatan kebakaran yang terperinci.Laporan penyiasatan kebakaran sepatutnya telah disiapkan dalam masa 14 hari selepas selepas penyiasatan kebakaran dimulakan dan/atau 21 hari daripada tarikh aduan yang diterima.Namun begitu, pihak Plaintif masih tidak dibekalkan dengan laporan tersebut. Pihak Plaintif percaya pihak Defendan mempunyai laporan tersebut memandangkan pihak Defendan adalah pemilik premis di mana kebakaran telah berlaku. Laporan ini penting untuk Plaintif mengenal pasti punca kebakaran yang sebenar dan membawa tindakan terhadap pihak Defendan yang betul. Permohonan Plaintif untuk penzahiran dokumen bukanlah satu ekspedisi memancing (“fishing expedition”). DAPATAN MAHKAMAH [26] Peruntukan penzahiran dokumen di bawah Aturan 24, Kaedah 7A Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 menyatakan seperi berikut: ‘Discovery against other person (O. 24, r. 7A) 7A. (1) An application for an order for the discovery of documents before the commencement of proceedings shall be made by originating summons and the person against whom the order is sought shall be made defendant to the originating summons. (2) An application after the commencement of proceedings for an order for the discovery of documents by a person who is not a party to the proceedings shall be made by a notice of 10 | P a g e application, which shall be served on that person personally and on every party to the proceedings. (3) An originating summons under paragraph (1) or a notice of application under paragraph (2) shall be supported by an affidavit which shall— (a) in the case of an originating summons under paragraph (1), state the grounds for the application, the material facts pertaining to the intended proceedings and whether the person against whom the order is sought is likely to be party to subsequent proceedings in Court; and (b) in any case, specify or describe the documents in respect of which the order is sought and show, if practicable by reference to any pleading served or intended to be served in the proceedings, that the documents are relevant to an issue arising or likely to arise out of the claim made or likely to be made in the proceedings or the identity of the likely parties to the proceedings, or both, and that the person against whom the order is sought is likely to have or have had them in his possession, custody or power (4) A copy of the supporting affidavit shall be served with the originating summons or the notice of application on every person on whom the originating summons or the notice of application is required to be served (5) An order for the discovery of documents before the commencement of proceedings or for the discovery of documents by a person who is not a party to the proceedings may be made by the Court for the purpose of or with a view to identifying possible parties to any proceedings in such circumstances where the Court thinks it just to make such an order, and on such terms as it thinks just. (6) An order for the discovery of documents may— (a) be made conditional on the applicant giving security for the costs of the person against whom it is made or on such other terms, if any, as the Court thinks just; and (b)require the person against whom the order is made to make an affidavit stating whether the documents specified or described in the order are, or at any time have been, in his possession, custody or power and, if not then in his .possession, custody or power, when he parted with them and what has become of them 11 | P a g e (7) A person shall not be compelled by such an order to produce any document which he could not be compelled to produce— (a) in the case of an originating summons under paragraph (1), if the subsequent proceedings had already been commenced; or (b) in the case of a notice of application under paragraph (2), if he had been served with a subpoena to produce documents at the trial. (8) For the purposes of rules 10 and 11, an application for an order under this rule shall be treated as a cause or matter between the applicant and the person against whom the order is sought. (9) Unless the Court orders otherwise, where an application is made in accordance with this rule for an order, the person against whom the order is sought shall be entitled to his costs of the application, and of complying with any order made thereon on an indemnity basis..” [27] Peguam Defendan telah berhujah bahawa telah mengemukakan dokumen-dokumen yang diminta oleh Peguam Plaintif di perenggan (a), (b ) dan (d) seperti berikut: (a) bagi dokumen di perenggan (a) (i) sesalinan ekstrak rekod Defendan berkenaan container (eksibit D1, affidavit jawapan Defendan, lampiran 5) (ii) gambar-gambar container yang diambil oleh surveyor Defendan semasa pemeriksaan bersama (eksibit D2, affidavit jawapan Defendan, lampiran 5) (iii) gambar-gambar dalam format natif (eksibit D3, affidavit jawapan, lampiran 5). (b) bagi dokumen di perenggan (b) (i) Satu Sea Waybill No. OOLU2692634990 bertarikh 3-3-2022 (“Sea Waybill”) dikeluarkan oleh Orient Overseas Container Line berkenaan dengan container OOCL Container.(eksibit D-4, affidavit jawapan Defendan , lampiran ) (ii) Senarai “ Packing Lis” bertarikh d 1-3-2022, yang mempunyai maklumat kandungan container OCCL.(eksibit D-5, affidavit jawapan Defendan-lampiran ) 12 | P a g e [28] Peguam Defendan juga berhujah bahawa dokumen-dokumen di perenggan (b) adalah juga dokumen-dokumen di perenggan (d). Memandangkan kesemua dokumen yang relevan telah dikemukakan,tiada lagi dokumen di perenggan (a),(b) dan (d) patut dikemukakan oleh Defendan. [29] Seterusnya, bagi dokumen-dokumen di perenggan (c ), (e) dan (f), Defendan menyatakan ianya patut ditolak kerana tidak berasas kerana dokumen berkenaan dengan maklumat pergerakan container OCCL, identiti pemilik container yang terlibat dalam kebakaran dan polisi perlindungan insurans adalah tidak relevan terhadap tuntuan Plaintif yang diniatkan.Laporan terperinci bomba dan polisi perlindungan insuran tidak dinyatakan dalam mana-mana katergori (a)-(f) Saman Pemula ini. Selain itu, Defendan telah mengemukakan laporan bomba bertarikh 15.09.2022 dan laporan adjuster adalah satu “litigation privilege”. Permohonan Plaintif ini adalah “not related”, “not relevant” and “not necessary” dan merupakan satu “fishing expedition”. [30] Peguam Plaintif telah berhujah balas bahawa dokumen-dokumen yang dikemukakan adalah tidak mencukupi atas alasan berikut: (a) Dokumen Sea Waybill2 tersebut hanya menunjukkan pengimport dan pengeksport dan tidak menunjukkan sama ada pemilik Kontena OOCL adalah berpusat di Malaysia atau di Hong Kong; (b) Dokumen Packing List tersebut tidak menunjukkan sebarang maklumat mengenai pemilik Kontena OOCL dan hanya membekalkan maklumat dalam Dokumen-Dokumen Bahagian (d). (c ) Tiada laporan yang jelas berkenaan punca kebakaran yang sebenar. Laporan Bomba yang lebih terperinci adalah diperlukan memandangkan ia merangkumi dokumen-dokumen perenggan (c), (d) dan (e) yang berupaya untuk menjelaskan, antara lain, punca terperinci kebakaran, lokasi terperinci kontena punca kebakaran pada masa kebakaran, dan lokasi kontena Plaintif pada masa kebakaran, terutamanya apabila laporan bomba yang dibekalkan oleh pihak Defendan adalah terlalu ringkas bagi menjelaskan kebakaran 13 | P a g e tersebut, dan hanya menyatakan punca kebakaran sebagai “kemalangan”; dan kandungan Kontena OOCL tersebut adalah Sabun (“detergent”) dan Ejen Penamat (f”inishing agent”) yang sepatutnya tidak mudah terbakar dengan sendirinya. (d) Laporan Ajuster adalah diperlukan memandangkan ia merupakan dokumen perenggan (f), iaitu dokumen mengenai perlindungan insurans bagi kejadian-kejadian kebakaran Defendan dan/atau Westports Holdings Berhad. [31] Plaintif di dalam hujahan bertulisnya telah menyatakan tujuan permohonan dokumen-dokumen diperenggan (a)-(f) Saman Pemula di bawah Aturan 24 Kaedah 7A Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 adalah seperti berikut: Dokumen di bahagian-bahagian Saman Pemula Relevansi Otoriti (a) Untuk mengenal pasti tahap kerugian dan ganti rugi yang boleh dituntut dalam satu tindakan yang diniatkan. Seksyen 12, Akta Keterangan, 19501 (b) Untuk mengenal pasti pihak dan kausa tindakan yang bermungkinan dalam satu tindakan yang diniatkan. Aturan 24, kaedah 7A(3)(b), Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012. (c) (d) (e ) Mengenal pasti plaintif(-plaintif) yang bermungkinan dalam satu tindakan yang diniatkan. Aturan 24, kaedah 7A(3)(b), Kaedah-Kaedah Mahkamah 201223 (f ) Kemampuan Defendan dan/atau syarikat insuransnya untuk menunaikan sebarang jumlah penghakiman yang diperoleh terhadap mereka dalam tindakan yang diniatkan. Aturan 24, kaedah 7A(3)(b), Kaedah-Kaedah Mahkamah 201223 14 | P a g e [32] Mahkamah ini merujuk kes Mahkamah rayuan Infoline Sdn Bhd v Benjamin Lim Keong Hoe [2017] MLRAU 1 yang memutuskan dalam permohonan “pre-action discovery” ini, pihak Plaintif perlu memenuhi keperluan seperti berikut: “[14] In summary, O. 24 r. 7A(3) requires an applicant seeking discovery of documents before action to: (i) state the material facts pertaining to the intended proceedings; (ii) state whether the person against whom the order is sought is likely to be a party in the subsequent proceedings in the High Court; (iii) specify or describe the documents sought and show that the documents are relevant to an issue arising or likely to arise out of the claim made or likely to be made; and (iv) identify the persons against whom the order is sought is likely to have or had the documents in his possession, custody or power.” [33] Mahkamah ini mendapati pihak Plaintif telah memenuhi kesemua elemen yang dinyatakan dalam kes Infoline [supra] ini atas alasan-alasan berikut: [33.1] dokumen-dokumen di perenggan (a), (b) dan (d) Saman Pemula: (i) Bagi dokumen di perenggan (a) pihak Plaintif telah memohon supaya dokumen(-dokumen), termasuk tetapi tidak terhad kepada gambar-gambar, menunjukkan keadaan dan lokasi kontena (No. Kontena NLLU4160712) (“Kontena yang Terjejas”), dan sekiranya tiada dokumen sedemikian yang boleh dikemukakan, suatu laporan bertulis yang memperincikan sebab-sebab Kontena yang Terjejas tersebut tidak dapat dikesan; (ii) Bagi dokumen di perenggan (b) , pihak Plaintif telah memohon dokumen(-dokumen) yang mengenal pasti pemilik Kontena No. CBHU9561405 di Blok 07 0506 E2 (“Kontena OOCL”), sama ada ia dimiliki oleh Orient Overseas Container Line (M) Sdn Bhd (berpangkalan di Malaysia) atau Orient Overseas (International) 15 | P a g e Limited (berpangkalan di Hong Kong), atau mana-mana syarikat yang lain; (ii) Bagi dokumen di perenggan (d ) ,dokumen(-dokumen) yang memperincikan kandungan Kontena OOCL tersebut; [33.2] Pihak Defendan tidak membantah permohonan dokumen-dokumen ini dan telah mengemukakan 5 dokumen di dalam affidavit jawapannya (lampiran 5) seperti berikut: (a) Ekshibit "D-1" ialah sesalinan ekstrak daripada rekod Defendan yang disediakan berdasarkan penemuan daripada Pemeriksaan Bersama; (b) Ekshibit "D-2" ialah sesalinan gambar kontena No. NLLU4160712 yang diambil oleh Surveyor Defendan semasa Pemeriksaan Bersama; (c) Ekshibit "D-3" ialah CD Rom yang mengandungi gambar di atas dalam format asalnya. (d) Ekshibit "D-4" ialah sesalinan Sea Waybill No. OOLU2692634990 bertarikh 3- 3-2022 ("Sea Waybill") yang dikeluarkan oleh Orient Overseas Container Line berkenaan dengan No. Kontena CBHU9561405 (" Kontena OOCL"); dan (e) Ekshibit "D-5" ialah sesalinan 'Packing List' bertarikh 1-3-2022. [33.3] Pihak Defendan menyatakan bahawa kesemua dokumen ini adalah mencukupi untuk Plaintif mengenal pasti kerugian kargo yang dialaminya dan mengenal pasti pihak dan kausa tindakan yang bermungkinan dalam satu tindakan yang diniatkan. [33.4] Namun begitu, Mahkamah ini bersetuju dengan hujahan Plaintif bahawa dokumen di eksibit D1-D5 adalah tidak mencukupi kerana: (a)Dokumen Sea Waybill2 tersebut hanya menunjukkan pengimport dan pengeksport dan tidak menunjukkan sama ada pemilik Kontena OOCL adalah berpusat di Malaysia atau di Hong Kong; 16 | P a g e (b) Dokumen Packing List tersebut tidak menunjukkan sebarang maklumat mengenai pemilik Kontena OOCL dan hanya membekalkan maklumat dalam Dokumen-Dokumen Bahagian (d). [33.5] Selain itu, Mahkamah juga mendapati pihak Defendan tidak mengatakan bahawa dokumen di perenggan (a),(b) dan (d) ini tidak berada dalam milikannya. Sebaliknya, pihak Defendan hanya mengatakan dokumen-dokumen yang dikemukakan adalah mencukupi untuk Plaintif mengenal pasti mengenal pasti pihak dan kausa tindakan yang bermungkinan dalam satu tindakan yang diniatkan dan kerugian kargo Plaintif dan Plaintif adalah tidak layak untuk “further discovery”. Pihak Defendan tidak pernah menafikan dokumen-dokumen yang diminta tidak berada dalam milikan atau kawalannya. Dokumen yang menunjukkan pemilik kontena OCCL di Malaysia atau Hong Kong atau dimiliki oleh syarikat yang lain adalah penting bagi Plaintif mengenal pasti pihak yang sebenar dalam satu tindakan yang diniatkan, bidangkuasa serta kausa tindakan yang berkemungkinan diniatkan. Tindakan terhadap pihak yang salah akan menyebabkan pembaziran masa Mahkamah dan kos. [33.6] Mahkamah ini merujuk kepada kes Mahkamah tinggi Ahmad Zahri Mirza v Pricewatercoopers Capital Sdn Bhd & Ors [2015] 7 CLJ 930 , dimana Hakim Lee Swee Seng memutuskan bahawa tujuan peruntukan pendedahan dokumen sebelum prosiding kepada bukan pihak (“pre action discovery against non-party”) di bawah Aturan 24 kaedah 7A adalah untuk membantu Plaintif untuk membawa tindakan terhadap pihak yang berkemungkinan dalam tindakan yang diniatkan. Hakim Lee Swee Seng telah memutuskan seperti berikut: “Whether the documents sought in the pre-action discovery are necessary in that it would help the Plaintiff to assess if he has a viable claim against Megawisra and to fill the void and gaps in the Plaintiff’s knowledge of his claim .. 17 | P a g e [39] The Singapore equipollent provision is O 24 r 7 RC (Sing) and so cases from Singapore would be of strong persuasive authority. [40] In Kuah Kok Kim v Ernst & Young [1996] 3 SLR (R) 485 at p 493 the Singapore Court of Appeal explained as follows: [31] It can be seen from the tenor of the cases that where pre-action discovery is sought, the plaintiff has a duty to set out the substance of his claim to enable a potential defendant to know what the essence of the complaint against him is. This is because in the nature of pre-action discovery, the plaintiff does not yet know whether he has a viable claim against the defendant, and the rule is there to assist him in his search for the answer. Thus the safeguards specified in the rules are to ensure that the plaintiff is not allowed to take advantage of the rules merely to enable him to go on a fishing expedition. (emphasis added) [41] In the case of Ching Mun Fong v Standard Chartered Bank [2012] 4 SLR 185 at p 193, the Singapore Court of Appeal held: [23] Thus, the scheme of pre-action discovery is to accommodate the situation where a potential plaintiff does not have sufficient facts to commence proceedings. This is consistent with its purpose being to allow a potential plaintiff to determine whether he has a “good cause of action”. It follows that pre-action discovery is unnecessary where an individual is in a position to commence proceedings. In this regard, we think the phrase in O 24 r 7, “discovery is not necessary or not necessary at that stage of the cause or matter” lends weight to this approach. (emphasis added)..” [33.7] Mahkamah ini mendapati dokumen di perenggan (a),(b) dan (e) adalah perlu untuk dikemukakan kerana ianya adalah relevan terhadap prosiding yang diniatkan oleh Plaintif. Kejadian kebakaran telah berlaku dalam premis Defendan, Perkarangan Kontena Blok 07J Teluk 0505 (“Container Yard Block 07J Bay 0505”) (“Kejadian Kebakaran”) dan menurut laporan bomba bertarikh 15.09.2022 , kebakaran disebabkan oleh kandungan kontena yang dimiliki oleh Orient Overseas Container Line Limited (“OCCL”) no. CBHU95561405 di blok 7 0506. Oleh yang demikian, dokumen yang menunjukkan keadaan, lokasi kontena, butiran pemilik sebenar kontena no. CBHU95561405 di blok 7 0506 (yang dikatakan punca kebakaran) dan kandungan kontena tersebut adalah relevan (“relevant”) dan perlu (“necessary”) untuk Plaintif membawa tindakan yang diniatkan. Ianya bukan satu ekpedisi memancing (“not a fishing expedition”). 18 | P a g e [38] Seterusnya, bagi dokumen di perenggan (c), (e) dan (f) Saman Pemula Plaintif, pihak Defendan telah berhujah bahawa dokumen-dokumen tersebut adalah tidak relevan . [39] Dokumen-dokumen yang dipohon oleh Plaintif di perenggan (c ),(e) dan (f) adalah seperti berikut: (c )dokumen(-dokumen) antara Defendan dan pemilik Kontena OOCL tersebut yang memperincikan pergerakan Kontena OOCL tersebut; (e ) senarai kontena-kontena yang terjejas oleh kejadian kebakaran tersebut, dan pemilik-pemilik mereka; (f) dokumen(-dokumen) mengenai perlindungan insurans bagi kejadian-kejadian kebakaran Defendan dan/atau Westports Holdings Berhad. [40] Pihak Plaintif telah menyatakan dalam affidavit jawapannya ekshibit-ekshibit D- 4 dan D-5 Afidavit Jawapan Defendan bahawa kandungan-kandungan dalam Kontena OOCL berasal dari Turki dan mengandungi “Harmonized System Code” (“Kod HS”). Kandungan-kandungan ini tergolong dalam 2 ketegori utama iaitu sabun dan ejen penamat (pembawa pewarna untuk mempercepatkan pencelupan atau penetapan bahan warna). Sabun, ejen aktif permukaan organik, persiapan cuci, persiapan pelumas, tiruan lilin, lilin yang disiaplan, persiapan menggilap atau menyental, lilin dan artikel seumpamanya, tampalan model, «wax pergigian» dan persiapan pergigian dengan asas plaster); dan ejen Penamat daripada jenis yang digunakan dalam industri tekstil, kertas, kulit atau seumpamanya, Arahan pengendalian am untuk barangan di bawah kedua-dua kategori Kod HS ini adalah ia haruslah disimpan jauh daripada haba supaya ia tidak menjejeaskan keberkesanannya. Walau bagaimanapun, haba secara amnya menjejaskan keberkesanan barangan ini, dan tidak berbahaya dengan sendirinya; Oleh yang demikian, sekiranya barangan ini tidak berbahaya sebagai punca Kejadian Kebakaran bermakna terdapat kemungkinan punca-punca lain yang sama. 19 | P a g e [41] Mahkamah ini bersetuju dengan hujahan Plaintif bahawa dokumen di perenggan (c ) dan (e ) Saman Pemula tersebut adalah relevan dan penting untuk mengenal pasti punca kebakaran yang sebenar kerana laporan bomba bertarikh 15.09.2022 hanya menyatakan punca kebakaran sebagai “kemalangan”; dan kandungan Kontena OOCL tersebut adalah Sabun (“detergent”) dan Ejen Penamat (“finishing agent”) yang sepatutnya tidak mudah terbakar dengan sendirinya. [42] Pendedahan dokumen di perenggan (c ) dan (e) akan membolehkan Plaintif mengenal pasti pergerakan kontena OOCL yang dikatakan sebagai punca kebakaran dan kemungkinan kontena lain yang menjadi punca kebakaran merebak sekiranya kontena-kontena lain mengandungi barangan yang mudah terbakar. Sebagai pemilik premis di mana kontena terbakar, pihak Defendan sepatutnya mempunyai rekod pergerakan kontena OCCL tersebut dan juga senarai kontena dan pemilik kontena yang terjejas tersebut dalam kebakaran tersebut. [43] Pendedahan ini penting untuk Plaintif mengenal pasti kausa tindakan dan tahap liabiliti pemilik kontena OOCL tersebut dan pihak lain yang berkemungkinan yang cuai menyebabkan kebakaran tersebut selain daripada OCCL. Dengan senarai pemilik-pemilik tersebut, ia adalah berkemungkinan untuk mengenal pasti sama ada sebarang tindakan telah difailkan oleh Plaintif-plaintif yang berkemungkinan dalam tindakan yang diniatkan tersebut, dan sama ada mana-mana pemilik berhasrat untuk menjadi suatu pihak dalam tindakan yang diniatkan tersebut. Penyatuan dua kausa-kausa, atau pencantuman sebagai plaintif, atau prosiding perwakilan , yang akan mengurangkan dan menjimatkan kos. Laporan terperinci bomba dan laporan adjuster [44] Bagi laporan adjuster di perenggan (f ) , pihak Defendan berhujah bahawa ianya adalah tidak relevan dan dilindungi di bawah prinsip “litigation privilege”. Pihak Defendan menyatakan Defendan telah diperbadankan pada tahun 1980 dengan modal syer berbayar melebihi RM1.2 billion dan “Minister of finance Incorporated “ adalah salah seorang pemegang daripada 2 pemegang syernya. Hasil kewangan 20 | P a g e Defendan juga pada 31.12.2021 adalah melebihi RM2 billion. Oleh itu, dakwaan Plaintif bahawa dokumen ini adalah perlu untuk menentukan kedudukan kewangan Defendan adalah perlu ditolak. Seterusnya, laporan adjuster dan laporan terperinci bomba yang ditimbulkan dalam affidavit Plaintif juga tidak dinyatakan secara spesifik dalam Saman Pemula. Bagi laporan bomba, Defendan telah pun menyatakan bahawa Defendan menerima laporan bomba bertarikh 15.09.2022. [45] Berkenaan laporan bomba ini, Mahkamah ini mendapati, walaupun ianya dinyatakan secara spesifik dalam Saman Pemula ianya telah dinyatakan (“memperihalkan”) di dalam perenggan (e ). Aturan 24 kaedah 7 A (3)(b) menyatakan dokumen tersebut adalah memadai sekiranya Plaintif “menyatakan” “atau” “memperihalkan” . Peruntukan tersebut menggunakan perkataan “or” dan bukan “and” seperti yang dihujahkan oleh Defendan(“ must be specified and described”) di perenggan 8 hujahan balas Defendan (lampiran 16) adalah satu salah tanggapan (“misconceived”). [46] Pihak Plaintif telah memperihalkan laporan terperinci bomba ini di perenggan (e ) saman Pemula. Sekiranya pihak Defendan tidak mempunyai pengetahuan samada dokumen tersebut ada disediakan ,perkara tersebut di nyatakan dalam affidavit-afidavit jawapan Defendan. Pihak Defendan menyatakan hanya mempunyai laporan bomba bertarikh 15.09.2022 ini dan tidak menyatakan samada mempunyai pengetahuan laporan terperinci bomba atau terdapat laporan lain yang disediakan untuk kebakaran tersebut. [47] Berkenaan dengan laporan adjuster, pihak Defendan telah menyatakan bahawa Defendan mempunyai kewangan yang kukuh dan Plaintif adalah tidak berhak kepada laporan “adjuster” yang disediakan oleh “surveyor” Defendan kerana ianya adalah dokumen adalah dilindungi di bawah prinsip “litigation privilege” di bawah seksyen 126 ke 129 Akta Keterangan 1950 dan disediakan “ with a reasonable prospect of litigation in mind”. (Kes Mahkamah rayuan Wang Han Lin & Ors v HSBC Bank Malaysia Berhad [2017] MLJU 1075). 21 | P a g e [48] Namun begitu, Mahkamah ini bersetuju dengan hujahan Plaintif bahawa laporan adjuster tersebut adalah perlu untuk mendedahkan punca sebenar kebakaran kerana laporan bomba bertarikh 15.09.2022 hanya menyatakan kebakaran adalah satu kemalangan yang disebabkan oleh kebakaran spontan kontena OCCL yang mengandungi bahan secara amnya tidak berbahaya dan boleh menyebabkan kebakaran. [49] Seterusnya, bagi isu “confidentiality”, “privilege” dan seksyen 126 ke 129 Akta Keterangan 1950, Mahkamah ini telah merujuk kepada kes Infoline Sdn Bhd v Benjamin Lim Keong Hoe [2017] [supra] yang memutuskan isu “confidentiality” di dalam tindakan pendedahan dokumen sebelum prosiding (“pre-action discovery”) yang mana telah memutuskan: “[43] When exercising discretion on whether to order disclosure, the court may have to balance the competing interests of different beneficiaries, the trustees themselves, third parties, issues of personal and commercial confidentiality. Safeguards and limited or redacted disclosures may have to be imposed. This approach, described as one of "balancing competing interests" was preferred by the New South Wales Supreme Court in Avanes v. Marshall & Ors [2007] NSWSC 191, over the proposition that a beneficiary's entitlement is as of right to disclosure of any document. Seterusnya, di dalam kes Mahkamah Tinggi Syarikat Chin Seng Supermarket v United Continental Insurance Sdn Bhd [1997] 5 MLJ 121,Hakim Nik Hashim telah memutuskan : “After hearing submissions from both counsel and having perused the affidavits filed, I come to the conclusion that the adjuster's report is outside the scope of the privilege of solicitor and client relationship. It is not a secret document either. There is no evidence of confidential relationship established between the adjuster and the defendant in this case. With respect, I agree with the submission of En RG Naidu that the report is independent and is not privileged from disclosure. The report was prepared and undertaken by a recognized professional adjuster 22 | P a g e licensed under the Insurance Act 1963 well before litigation was even contemplated. It was drawn up on the clear instruction of the defendant, which was an insurance company, to ascertain the flood loss. The fact that the report, if produced and tendered as an exhibit, would prejudice the defence, in my view, is irrelevant and speculative for the purpose of discovery and production. The weight of the evidence of the report if any, is a matter for the court to decide at the trial. The question of prejudice, therefore, does not arise. Seterusnya, di dalam kes Mahkamah Tinggi Cheong Heng Loong Goldsmiths (KL) Sdn Bhd v Chan Kim Swi (Capital Insurance Bhd, Garnishee) [1997] 5 MLJ 191, Hakim Arifin Jaka telah memutuskan bahawa “laporan adjuster” tidak dilindungi di bawah seksyen 126 ke 129 Akta Keterangan 1950 yang mana telah memutuskan seperti berikut: “ The report was not a communication between client and solicitor as to attract the protection of ss 126 to 129 of the Evidence Act 1950. It was merely a report which contained evidence which were necessary to prove robbery which was the peril insured against under the policy. The report contained the details of the investigation on the alleged robbery. It was necessary to produce the report since it was compiled to determine whether there was any robbery and whether any payment under the policy was bound to be paid.” [50] Berdasarkan otoriti-otoriti diatas dan prinsip “balancing competing interests", laporan adjuster di perenggan (f) Saman Pemula adalah tidak dilindungi di bawah seksyen 126 ke 129 Akta Keterangan dan ianya adalah relevan dan perlu dikemukakan untuk Plaintif mengetahui punca sebenar kebakaran dan samada premis dan kontena terlibat adalah dilindungi polisi insuran daripada kebakaran. Selain daripada laporan bomba bertarikh 15.09.2022 yang tidak mededahkan punca sebenar kebakaran, tiada dokumen lain yang dikemukakan oleh Defendan mendedahkan punca sebenar kebakaran tersebut. [51] Keperluan pendedahan laporan adjuster ini juga adalah perlu memandangkan kontena-kontena Plaintif telah terbakar semasa berada dalam premis Defendan dan 23 | P a g e telah menanggung kerugian yang besar. Oleh yang demikian, pihak Plaintif mempunyai hak untuk mengetahui punca sebenar kebakaran, jumlah kontena yang terlibat, lokasi kontena,kandungan kontena, pemilik kontena dan lain-lain untuk membolehkan Plaintif mengenal pasti kecuaian mana-mana pihak,tahap liabiliti, pihak yang berkemungkinan terlibat, sama ada mana-mana pemilik berhasrat untuk menjadi suatu pihak dalam tindakan yang diniatkan tersebut,kausa tindakan tindakan lain selain kecuaian dan jumlah ganti rugi yang ditanggung akibat kebakaran tersebut. KESIMPULAN [52] Berdasarkan fakta-fakta serta otoriti-otoriti diatas, Mahkamah ini membenarkan permohonan Saman Pemula Plaintif di perenggan (a) iaitu dokumen-dokumen di jadual 1 kecuali dokumen-dokumen yang dinyatakan perenggan (a ) dan (d) dan perenggan (b) iaitu: Defendan hendaklah membenarkan pemeriksaan salinan-salinan asal Dokumen-Dokumen yang Diminta tersebut yang berada dalam milikan, jagaan dan kuasa Defendan, yang perlu dibuat dalam tempoh empat belas (14) hari dari pemfailan dan kos permohonan dan pematuhan perintah ditanggung oleh pihak Plaintif mengikut asas tanggung rugi .(A 24 K 7 A (9). Bertarikh 10 Jun 2024 .................t.t................................ Hakim Mahkamah Sesyen Klang, Selangor Peguam Plaintif: Peguam Defendan: