Sekiranya isu-isu ini diputuskan oleh Mahkamah memihak kepada Defendan maka Defendan memohon supaya tuntutan Plaintif ditolak dengan kos; namun sekiranya ianya ditolak maka Defendan dibenarkan untuk memfailkan pembelaan dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh pendengaran. S/N eyMC/3eIMkeRl5/mbnGC5w A. ALASAN-ALASAN PERMOHONAN [1] Di atas permohonan Plaintif dan Hendon binti Lehar (“pelanggan yang lain”), Ambank Berhad telah melalui Surat Tawaran bertarikh 18.7.2002 menawarkan dan Plaintif serta pelanggan yang lain telah bersetuju untuk menerima kemudahan pembiayaan di bawah prinsip Al Bai Bithaman Ajil dengan harga belian sejumlah RM159,000.00 dan harga jualan sejumlah RM383,588.00 (“kemudahan pembiayaan perumahan”) tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat terkandung bawah Surat Tawaran tersebut. [2] Sebagai sekuriti dan balasan untuk pembayaran balik kemudahan pembiayaan perumah tersebut, Plaintif sebagai pemberi serahhak melalui Perjanjian Jual Beli bertarikh 5.6.2022, Perjanjian Pembelian Hartanah bertarikh 28.5.20223, Perjanjian Penjualan Hartanah bertarikh 28.5.2003, Surat Ikatan Penyerahakkan bertarikh 28.5.2003 dan Surat Kuasa Wakil bertarikh 28.5.2003 (“dokumen-dokumen sekuriti”) tertakaluk kepada terma-terma dan syarat-syarat tersebut telah menyerahkan hak mutlak bagi satu hartanah yang dikenali sebagai parcel No. F/208, Storey No. 2nd Floor, Blok F, Laketown Serviced Apartment, Bukit Merah Laketown, 34400 Simpang Ampat Semanggol, Perak Darul Ridzuan S/N eyMC/3eIMkeRl5/mbnGC5w (“hartanah tersebut”) memihak kepada Ambank Berhad sebagai pemegang serahhak. [3] Plaintif telah memungkiri tanggungjawabnya dengan gagal membuat bayaran balik kemudahan pembiayaan rumah tersebut. Pihak Bank melalui peguamnya iaitu Tetuan Azhar & Wong menghantar surat tuntutan kepada Plaintif dan pelanggan lain bertarikh 8.3.2022 dimana pihak Bank menuntut sejumlah ansuran yang tertunggak setakat 7.3.2022 sejumlah RM4,810.39 bersama kos notis sejumlah RM26.50 dan menyatakan sekiranya Plaintif dan pelanggan yang lain gagal untuk mengemaskini tunggakan akaun kemudahan pembiayaan perumahan tersebut didalam masa 14 hari, pihak Bank akan menamatkan dan/ atau menarik balik kemudahan pembiayaan perumahan tersebut dan akan meneruskan dengan lelongan awam atas hartanah tersebut. Namun Plaintif dan pelanggan yang lainnya gagal untuk mengemaskini akaunnya. [4] Seterusnya, pihak Bank melalui peguamcaranya telah menghantar surat kepada Plaintif dan pelanggan yang lain bertarikh 28.4.2022 dan 18.9.2023 mengandungi notis milikan kosong menurut S/N eyMC/3eIMkeRl5/mbnGC5w dokumen-dokumen sekuriti dan mengarahkan Plaintif dan pelanggan yang lain untuk mengosongkan hartanah tersebut. [5] Oleh kerana Plaintif dan pelanggan yang lain gagal membayar jumlah keberhutangan yang terhutang kepada pihak Bank, ianya jatuh di bawah skop kegagalan mematuhi terma-terma di bawah Klausa 6.01 - 6.03 Perjanjian Penjualan Hartanah tersebut dan Bank telah melaksanakan hak-haknya di bawah Klausa-klasua 7.01 dan 7.02 Surat Ikatan Penyerahhakan tersebut dan memulakan prosiding lelongan awam sebagai bayaran balik kepada jumlah tertunggak. Lelongan awam dijalankan tetapi gagal menarik pembida dan hingga kini Plaintif dan pelanggan yang lain masih berhutang dengan pihak Bank sejumlah RM124,972.08 setakat 14.6.2024. [6] Plaintif mendakwa telah menjelaskan keseluruhan bayaran kepada kemudahan pembiayaan perumahan tersebut yang mana dinafikan oleh Defendan. Pada 10.7.2024, Defendan telah menerima Writ Saman dan Penyata Tuntutan bagi tuntutan saman fitnah brdasarkan Perisytiharan Jualan yang diiklankan dalam akhbar “The Star” pada 10.11.2023. S/N eyMC/3eIMkeRl5/mbnGC5w [7] Peguam Defendan menghujjahkan kandungan Perisytiharan Juaalan yang diterbitkan melalui akhbar “The Star” tidak berupaya atau membawa maksud semulajadi sebarang maksud fitnah dan/ atau sindiran dan membentuk dari segi undang-undang satu kausa tindakan yang sah. B. JAWAPAN PLAINTIF [8] Permohonan Defendan ini adalah satu cubaan untuk melambatkan tindakan Plaintif dan Defendan tidak mempunyai pembelaan bermerit. Pada 10.11.2023, Defendan telah membuat penyataan fitnah terhadap Plaintif yang mana diterbitkan dan/atau menyebabkan ianya diterbitkan didalam akhbar “The Star” yang boleh diakses oleh awam. [9] Melalui penyataan-penyataan fitnah tersebut, Defendan telah secara paslu dan tipu daya telah mengiklankan dalam akhbar tersebut, pengakuan mereka bahawa pada 10.11.2023 kononnya mereka selaku penerima sertahan hak, berhak untuk melelong hartanah Defendan yang dikenali sebagai Laketown Serviced Apartment Parcel No. F/208, Ting 2 Blok F Gunung Semanggol Perak pada 21.11.2023. S/N eyMC/3eIMkeRl5/mbnGC5w [10] Defendan menafikan mempunyai sebarang pinjaman dengan Defendan ataupun menyerahhak hartanah tersebtu kepada Defenfan. Kandungan iklan tersebut boleh diakses berkali-kali oleh semua pengguna yang mempunyai akses internet dan seterusnya diterbitkan dan/ atau diterbitkan semula di dalam akhbar “The Star” bertarikh 10.11.2023 secara fizikal. [11] Pada 5.6.2002, Defendan telah membeli hartanah tersebut dengan mendapat pembiayaan dari Ambank Islamic (M) Berhad. Walaupun perjanjian pembiayaan pada awalnya dimasuki antara Defendan dan Ambank Berhad, tetapi disebabkan oleh perintah perletakhakan bertarikh 18.4.2006, Defendan telah dihentikan haknya atas pembiayaan tersebut dan hak tersebut dipindahkan kepada Ambank Islamic (M) Berhad. Defendan dan Ambank Islamic (M) Berhad adalah 2 entiti yang berbeza mengikut rekod carian Suruhanjaya Syarikat Malaysia. [12] Defendan menegaskan ketika penyataan-penyataan fitnah tersebut diiklankan, Defendan bukan pemegang serahan hak hartanah Plaintif. Tindakan Defendan ini telah merosakkan nama baik dan reputasi Plaintif. Plaintif mendakwa penyataan-penyataan fitnah S/N eyMC/3eIMkeRl5/mbnGC5w tersebut adalah tidak benar, satu rekaan palsu, tidak berasas dan untuk memenuhi niat jahat Defendan. [13] Pada 4.6.2024, peguamcara Plaintif telah menghantar surat tuntutan kepada Defendan memohon mereka menarik balik penyataan fitnah tersebut dan memohon maaf, namun Defendan gagal dan/atau enggan berbuat demikian.