1
Perayu adalah Plaintif manakala Responden adalah Defendan di Mahkamah Sesyen.
JB-12BNCvC-17-11/2022
High Court of Malaysia20 Jul 2023
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
What the court ordered
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“ktikan oleh Perayu dalam satu tuntutan untuk tort fitnah. [26] Di dalam kes Ayob Bin Saud v. TS Sambanthamurthi [1988] 1 MLRH 653; [1989] 1 MLJ 315 :- “In our law on libel, which is governed by the Defamation Act 1957, the burden of proof lies on the plaintiff to show (1) the words are defamatory; (2) the words refer t”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
1
Perayu adalah Plaintif manakala Responden adalah Defendan di Mahkamah Sesyen.
2
Perayu dan Responden adalah suami dan isteri pada waktu material dan dalam proses perceraian di Mahkamah Syariah ketika itu.
3
Perayu telah failkan satu tuntutan di Mahkamah Sesyen untuk tort fitnah libel dan slander terhadap Responden untuk Gantirugi Am, Gantirugi Tambahan dan Gantirugi Teladan.
4
Perayu juga turut memohon perintah injunksi untuk menghalang Responden daripada menerbitkan lebih lanjut perkataan-perkataan berunsur slander dan/atau libel terhadap Plaintif dan meminta Responden untuk menerbitkan maaf secara bertulis.
5
Perkataan-perkataan yang didakwa oleh Perayu sebagai telah menyebabkan slander dan/atau libel kepada beliau adalah terkandung dalam suatu mesej yang telah dihantar melalui aplikasi WhatsApp oleh Responden kepada seorang penama Abdul Razak Bin Juhdi (SP4) yang merupakan abang ipar kepada Plaintif.
6
Kandungan mesej WhatsApp tersebut adalah seperti berikut :- July 20, 2023 3 “assalam..dahlah dok jadi pengacau dalam rumahtangga orang..ingat ko tu ada anak2...tak payah nak jadi hero baik bantu bini kerja.. aku pun tak tahu skandal ko dgn uji ni sejak bila..tapi mungkin dah lama kot baru sekarang terbuka.. sayang sangat ko sgn bini orang uji ni sampai bim ap2 bak ambik tanggungjawab…nak kerja tanggung anak bini malas sebut nak jaga tepi kain orang sbb tu satu kilang dok sebut ko mcm gini... sayang dgn uji kalau ada peluang uji susah je peluk tanda simpati…macam gian sangat dengan bini orang ya… dahlah jak jangan nak jdi penipu dan tak perlu c/tangan hal orang..baik ko pergi cari rezeki halal dari dok makan kudrat anak bini… tak payah nak bomoh... blm apa3 dah ambik gambar gila ke apa ko ni.. kalau Allah nak izin jadi tapi kalau tak izin aku mohon supaya Allah balikkan pada ko laki bini dan anak2. serta keturunannya...”
7
Responden tidak menafikan beliau ada menaip dan menghantar mesej tersebut. Mesej WhatsApp inilah yang menjadi pertikaian samada mesej ini telah memfitnah Perayu dan seterusnya melayakkan Perayu untuk mendapatkan gantirugi daripada Responden.
8
HMS YB telah pada 27.10.2022 menolak tuntutan Perayu selepas suatu perbicaraan penuh. July 20, 2023 4
9
Perayu tidak berpuashati dengan keputusan tersebut dan merayu ke Mahkamah ini.
10
Peguam Perayu berhujah bahawa Responden melalui mesej WhatsApp tersebut telah menuduh abang ipar Perayu (SP4) mempunyai skandal dengan Perayu dan penyataan fitnah tersebut telah disebarkan kepada pihak ketiga iaitu SP4.
11
Peguam Perayu selanjutnya berhujah bahawa isi kandungan mesej tersebut mengandungi perkataan-perkataan fitnah terhadap Perayu dan membawa maksud bahawa Perayu dan abang iparnya (SP4) mempunyai hubungan terlarang serta menggambarkan bahawa Perayu berlaku curang di belakang suaminya iaitu Responden.
12
Peguam Perayu juga selanjutnya berhujah bahawa mesej tersebut mempunyai makna bahawa terdapat hubungan sulit antara Perayu dengan abang iparnya sekian lama, Perayu adalah seorang yang tidak boleh dipercayai, tidak bermoral kerana telah menipu dan berlaku curang terhadap Responden.
13
Menurut peguam Perayu lagi, semua ini merupakan fitnah yang serius secara libel dan slander yang telah membawa kesan negatif terhadap Perayu, menyebabkan skandal awam, menimbulkan kebencian dan penghinaan terhadap Perayu oleh ahli-ahli keluarga Perayu, saudara-mara, rakan-rakan, kenalan-kenalan serta masyarakat awam di Batu Pahat yang mengenali Perayu. July 20, 2023 5
14
Manakala berkenaan unsur penyebaran mesej tersebut, Perayu menyatakan ianya telah disebarkan kepada pihak ketiga iaitu abang ipar Perayu (SP4).
15
Perayu juga ada memplidkan bahawa mesej tersebut telah disebarkan kepada ahli-ahli keluarganya.
16
Peguam Responden berhujah bahawa penyataan-penyataan dalam mesej tersebut ditujukan secara khususnya kepada abang ipar Perayu (SP4) dan bukannya kepada Perayu.
17
Peguam Responden juga selanjutnya berhujah bahawa penyataan-penyataan tersebut bukanlah suatu penyataan-penyataan yang mempunyai elemen-elemen fitnah, namun pernyataan tersebut adalah lebih kepada amaran daripada Responden kepada abang ipar Perayu (SP4) untuk tidak mencampuri urusan keluarga.
18
Peguam Responden juga hujahkan bahawa selain daripada menghantar mesej tersebut yang merupakan suatu teguran khusus kepada abang ipar Perayu (SP4), Responden tidak pernah menghantar atau menerbitkan perkataan-perkataan tersebut kepada pihak ketiga lain termasuk Perayu kerana ianya adalah teguran dan ingatan buat SP4 sahaja.
19
Penemuan HMS YB dikemukakan di bawah ini :- July 20, 2023 6 “[7] Adalah tidak dipertikaikan mesej berkenaan telah dihantar kepada SP4. Jika dilihat secara keseluruhan, konteks mesej tersebut adalah Defendan menuduh SP4 mencampuri urusan rumahtangga Defendan. Pertuduhan tersebut ditujukan kepada SP4 dan bukan kepada Plaintif. Sekiranya tuduhan Defendan itu tidak benar, apa-apa unsur fitnah yang wujud adalah wujud terhadap SP4 dan bukan terhadap Plaintif. Plaintif tidak mempunyai apa-apa kausa tindakan terhadap Defendan yang lahir daripada mesej tersebut. Apa-apa kausa tindakan, sekiranya wujud, adalah terletak pada SP4. Namun, memandangkan mesej tersebut telah dihantar terus kepada SP4 dan bukan kepada orang Iain, ia tidak memenuhi takrifan kenyataan fitnah yang diterbitkan di bawah undang-undang di negara kita sebagaimana yang digariskan oleh Mohamed Dzaiddin J dalam kes Ayob Saud.
8
Berdasarkan keterangan yang telah dikemukakan dan juga prinsip undang-undang yang terpakai, saya memutuskan Plaintif gagal membuktikan Defendan telah memfitnah beliau melalui mesej berkenaan. Atas sebab itu saya menolak kesemua tuntutan Plaintif yang disenaraikan di perenggan 19 penyataan tuntutan.”
20
Menurut Mahkamah Persekutuan dalam kes Ng Hoo Kui & anor v. Wendy Tan Lee Peng, Administrator of the Estates of Tan Ewe July 20, 2023 7 Kwang, deceased & ors 2020 10 CLJ 1, melalui penghakiman Zabariah Mohd Yusof HMP, prinsip-prinsip berkenaan campurtangan dalam suatu kes Rayuan adalah seperti berikut :- “(1) An appellate court should not interfere with the trial judge’s conclusions on primary facts unless satisfied that he was plainly wrong. The ‘plainly wrong’ test operates on the principle that the trial court has had the advantage of seeing and hearing the witnesses on their evidence as opposed to the appellate court that acts on the printed records. In the UK, the test adopted by the appellate courts is not whether the higher courts feels that it would have reached a different conclusion on the same fact as the trial court, but whether or not the decision by the lower court on findings of fact was reasonable. If the trial judge’s decision can be reasonably explained and justified, then the appellate courts should refrain from intervention. (paras 33, 34 & 60)
2
The court in Henderson separated the four non-exhaustive identifiable errors of a trial judge from the plainly wrong test: (i) a material error of law; (ii) a critical finding of fact which has no basis in the evidence; (iii) demonstrable misunderstanding of relevant evidence; and (iv) a demonstrable failure to consider relevant evidence. The phrase ‘lack of judicial appreciation of evidence’ used in Gan Yook Chin & Anor v. Lee Ing Chin & Ors could very well encompass three out of four errors of a trial judge identifiable in Henderson. Whilst there July 20, 2023 8 was a slight difference in the approach of the appellate intervention, both the UK Supreme Court and the Federal Court effectively shared a common thread where it had been held that appellate intervention was justified where there is lack of judicial appreciation of evidence. What is pertinent is that the ‘plainly wrong’ test is not intended to be used by an appellate court as a means to substitute its own decision for that of the trial court on the facts. (paras 54, 72, 74 & 76)
3
An appellate court should not interfere with the factual findings of a trial judge unless it was satisfied that the decision of the trial judge was ‘plainly wrong’ where in arriving at the decision it could not reasonably be explained or justified and so was one which no reasonable judge could have reached.” [penekanan ditegaskan] [21] Mahkamah akan berpandukan prinsip yang diputuskan dalam kes Ng Hooi Kui (supra) ini dalam memutuskan Rayuan di sini. PRINSIP UNDANG-UNDANG TORT FITNAH [22] Fitnah (“Defamation”) tergolong kepada dua jenis kausa tindakan berasingan dalam undang-undang tort iaitu libel dan slander. Libel merujuk kepada tort fitnah bertulis manakala slander merujuk kepada tort fitnah yang ditutur. July 20, 2023 9 [23] Pernyataan-pernyataan dalam mesej WhatsApp yang menjadi pertikaian dalam kes ini tergolong sebagai tort fitnah bertulis. [24] Maka tuntutan Perayu setakat yang memplidkan bahawa pernyataan-pernyataan ini sebagai slander adalah tidak betul dan tidak berasas (“misconceived”). [25] Selanjutnya di bawah ini, Mahkamah akan membincangkan apakah kehendak-kehendak yang perlu dibuktikan oleh Perayu dalam satu tuntutan untuk tort fitnah. [26] Di dalam kes Ayob Bin Saud v. TS Sambanthamurthi [1988] 1 MLRH 653; [1989] 1 MLJ 315 :- “In our law on libel, which is governed by the Defamation Act 1957, the burden of proof lies on the plaintiff to show (1) the words are defamatory; (2) the words refer to the plaintiff; and
3
the words were published.” [27] Mahkamah Rayuan pula dalam kes Chok Foo Choo v. The China Press Berhad [1998] 2 MLRA 287; [1999] 1 MLJ 371 menyatakan :- “It cannot, I think, be doubted that the first task of a court, in an action for defamation, is to determine whether the words complained of are capable of bearing a defamatory meaning. And it is beyond argument that this is in essence a question of law that turns upon the construction of the words published.” July 20, 2023 10 [28] Di dalam kes Chok Foo Choo (supra) juga, Mahkamah Rayuan juga menegaskan bahawa :- “[6] In my judgment, the test which is to be applied lies in the question: do the words published in their natural and ordinary meaning impute to the plaintiff any dishonourable or discreditable conduct or motives or a lack of integrity on his part? If the question invites an affirmative response, then the words complained of are defamatory.” [29] Manakala Hakim Lim Beng Choon (ketika itu) di dalam kes The Institute of Commercial Management United Kinqdom v News Straits Time Press (M) Bhd [1992] 3 MLRH 724; [1993] 1 MLJ 408 menyatakan :- “It is stated by the author of Gatiey on Libel and Slander 8th Edn. that to succeed in an action of defamation the plaintiff must not only prove that the defendant published the words and that they are defamatory: he must also identify himself as the person defamed. This proposition is elementary bearing in mind that the law of defamation recognises in every man a right to have the estimation in which he stands in the opinion of others ui tartiished by false statements to his discredit. It is therefore an essential element of the cause of action for defamation that the words complained of should be published ‘of the plaintiff’.” July 20, 2023 11 [30] Manakala Mahkamah Rayuan di dalam kes Keluarga Communication Sdn Bhd v. Normala Samsuddin & Another Appeal [2006] 1 MLRA 464; [2006] 2 MLJ 700 memutuskan :- “[16] At the outset we would state that the test to be applied when considering whether a statement is defamatory of a Plaintiff is well settled in that it is an objective one in which it must be given a meaning a reasonable man would understand it and for that purpose, that is, in considering whether the words complained of contained any defamatory imputation, it is necessary to consider the whole article. Gatley on Libel & Slander, 10th edn on this point at pp 108 and 110 inter alia states as follows :- It is necessary to take into consideration, not only the actual words used, but the context of the words. It follows from the fact that the context and circumstances of the publication must be taken into account, that the plaintiff cannot pick and choose parts of the publication which, standing alone, would be defamatory. This or that sentence may be considered defamatory, but there may be other passages which take away the sting.” [31] Hakim Mohamed Azmi (ketika itu) pula menyatakan di dalam kes Syed Husin Ali v Sharikat Penchetakan Utusan Melayu Berhad & Anor [1973] 1 MLRH 153; [1973] 2 MLJ 56 seperti berikut :- July 20, 2023 12 “Thus, the test of defamatory nature of a statement is its tendency to excite against the plaintiff the adverse opinion of others, although no one believes the statement the plaintiff the adverse opinion of others, although no one believes the statement.” ANALISA DAN DAPATAN MAHKAMAH [32] Mahkamah mendapati mesej tersebut merujuk kepada seorang penama dikenali “Uji”. [33] Mahkamah mendapati Perayu gagal untuk memplidkan fakta-fakta material dalam Pernyataan Tuntutan bahawa penama “Uji” tersebut merujuk kepada Perayu atau pun penama “Uji” dan Perayu adalah orang yang sama. [34] Adalah menjadi satu keperluan dalam undang-undang tort fitnah bahawa orang yang telah difitnah mesti dikenalpasti dalam Pernyataan Tuntutan untuk membolehkan bagaimana seseorang Defendan boleh memplid terhadap Pernyataan Tuntutan. [35] Dalam kes Bruce v Odhams Press Limited [1936] 1 KB 697, Mahkamah Rayuan di England telah putuskan seperti berikut :- “Held, that the material facts on which a plaintiff must rely a libel action necessarily included the facts and matters from which it was to be inferred that the words were published of the plaintiff. Without a statement of those facts and matters it was impossible for the defendants to be in a position to decide how to plead to the statement July 20, 2023 13 of claim. The matters and facts referred to in the Order of the Master were material facts on which the plaintiff relied as a matter of necessity in support of her allegation that she was defamed by the article in question, and under the provisions of Order XIX., r. 4, such facts ought to have been stated in the statement of claim, and if not so stated the defendants were entitled to have further particulars of the allegation that the words referred to the plaintiff.” [penekanan ditegaskan] Sila juga rujuk kepada kes Sandison v. Malayan Times Ltd & Ors [1964] 1 LNS 182. [36] Dalam kes ini, mesej tersebut tidak merujuk kepada penama Ruziah binti Salleh tetapi merujuk kepada penama “Uji”. Oleh yang demikian, adalah penting untuk Plaintif memplidkan dalam Pernyataan Tuntutan, fakta-fakta dan perkara-perkara yang Perayu bergantung untuk menunjukkan bahawa perkataan-perkataan tersebut membawa maksud ianya merujuk kepada Perayu yang dikenali sebagai penama “Uji” atau pun penama “Uji” dan Perayu adalah orang yang sama dalam mesej tersebut. [37] Selanjutnya, Mahkamah juga dapati tiada keterangan daripada abang ipar Perayu iaitu SP4 bahawa selepas beliau membaca mesej tersebut yang diterima daripada Responden, beliau berpendapat atau berfikiran yang Perayu adalah seorang isteri yang curang di belakang suaminya. July 20, 2023 14 [38] SP4 hanya memberi keterangan dalam pemeriksaan utamanya bahawa mesej tersebut adalah tidak benar seperti berikut :- “6. S : Bagaimana dengan penerimaan kamu setelah membaca penyataan-penyataan tersebut? J : Saya sangat terkejut dan marah kerana pernyataan-penyataan yang dilontarkan kepada saya dan Ruziah adalah suatu yang tidak benar sama sekali.
9
S : Bagaimana dengan penerimaan Plaintif semasa kamu memaklumkan perkara tersebut kepadanya? J : Plaintif berasa tidak puas hati kerana kandungan Whatsapp tersebut adalah tidak benar sama sekali dan Plaintif mahu mengambil tindakan terhadap Defendan kerana telah menyebarkan sesuatu yang tidak benar terhadap dirinya kepada orang lain. Plaintif juga kelihatan sangat kecewa, sedih dan amat tertekan. Ini ditambah dengan hal Defenda yang telah berkahwin kali kedua tanpa pengetahuan dan Defendan juga telah melakukan banyak penipuan terhadap Plaintif.” [39] Keterangan dari SP4 iaitu abang ipar Perayu ini yang menerima mesej tersebut daripada Responden tidak membuktikan bahawa Perayu telah difitnah oleh mesej tersebut. [40] Selanjutnya Mahkamah berpendapat bahawa perkataan skandal dalam mesej tersebut tidak harus dibaca secara berasingan (“in July 20, 2023 15 isolation”) dan harus dibaca secara keseluruhan bersama dengan pernyataan-pernyataan lain dalam mesej tersebut. [41] Prinsip ini adalah sebagaimana yang diputuskan dalam kes Keluarga Communication Sdn Bhd v Normala Samsudin & Another [2006] 1 MLRA 464 oleh Mahkamah Rayuan seperti berikut :- “[16] At the outset we would state that the test to be applied when considering whether a statement is defamatory of a plaintiff is well settled in that it is an objective one in which it must be given a meaning a reasonable man would understand it and for that purpose, that is, in considering whether the words complained of contained any defamatory imputation, it is necessary to consider the whole article. Gatley on Libel & Slander, 10th edn on this point at pp 108 and 110 inter alia states as follows :- It is necessary to take into consideration, not only the actual words used, but the context of the words. It follows from the fact that the context and circumstances of the publication must be taken into account, that the plaintiff cannot pick and choose parts of the publication which, standing alone, would be defamatory. This or that sentence may be considered defamatory, but there may be other passages which take away the sting. (emphasis added).” July 20, 2023 16 [42] Manakala dalam kes Abdul Rahman Mamat lwn. Zakaria Senik Dan Lain-Lain [2000] 7 MLRH 399 Hakim Nik Hashim (ketika itu) telah putuskan :- “[24] Adalah menjadi prinsip undang-undang bahawa perkataan-perkataan yang diadukan harus dibaca dan dipertimbangkan secara menyeluruh dan bukan secara berasingan dalam konteks yang betul dalam mana ia dibentangkan (sila lihat Tun Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman Ya’kub, supra; Institute of Commercial Management United Kingdom v. New Straits Times Press (Malaysia) Bhd [1992] 3 MLRH 724; [1993] 1 MLJ 408; [1993] 2 CLJ 365).” Sila juga rujuk kepada kes Ayob Bin Saud v. TS Sambanthamurthi (supra). [43] Mahkamah berpendapat bahawa sekiranya mesej tersebut dibaca secara keseluruhan, ianya tidak membawa maksud bahawa Perayu adalah isteri yang berlaku curang dan ada hubungan sulit terlarang bersama abang iparnya (SP4). [44] Ini adalah hanya satu tanggapan di pihak Perayu sahaja yang membaca perkataan skandal tersebut secara berasingan. [45] Keterangan yang diberikan oleh Perayu mengenai mesej tersebut adalah seperti berikut:- July 20, 2023 17 “28. S : Selepas pernyataan WhatsApp tersebut disebarkan, adakah memberi sebarang kesan kepada kamu? J : Ya, ianya sangat memberi kesan kepada emosi dan diri saya. Saya berasa amat malu untuk berhadapan dengan ahli keluarga dan juga orang sekeliling seperti rakan sekerja saya di sekolah serta jiran-jiran saya. Fitnah tersebut sangat menghina saya dimana selama tempoh perkahwinan saya adalah isteri yang berkhidmat dengan taat untuk Defendan dan keluarga. Sepanjang perkahwinan kami, tidak pernah wujud isu atau laporan yang saya seorang isteri yang curang. Tambahan pula, tugas saya sebagai seorang guru mendidik anak kurang upaya (OKU) menuntut saya dengan kesabaran yang tinggi dan perlu sentiasa memberikan contoh dan tauladan yang baik kepada anak didik dan masyarakat secara amnya.” [46] Mahkamah berpendapat bahawa keterangan daripada Perayu sendiri ini adalah tidak mencukupi untuk membuktikan bahawa mesej tersebut membawa maksud beliau ada hubungan sulit dan terlarang bersama abang iparnya (SP4). [47] HMS YB setelah mendengar keterangan saksi-saksi dan meneliti kandungan mesej tersebut, telah membuat dapatan bahawa mesej tersebut merupakan Responden menuduh Perayu mencampuri urusan rumahtangga Responden dan pertuduhan tersebut ditujukan kepada SP4 dan bukannya kepada Parayu. July 20, 2023 18 [48] Menurut HMS YB lagi, sekiranya tuduhan Responden itu tidak benar, apa-apa unsur fitnah yang wujud adalah wujud terhadap SP4 dan bukannya terhadap Perayu. [49] Mahkamah juga mendapati bahawa perkataan-perkataan dalam mesej tersebut merupakan satu teguran khusus kepada Abdul Razak Bin Juhdi (SP4) untuk tidak mencampuri urusan rumahtangganya. [50] Malah, Responden tidak menghantar mesej tersebut kepada Perayu. [51] Mahkamah mendapati HMS YB telah dengan betulnya membuat dapatan ini berdasarkan keterangan lisan dan kandungan mesej tersebut. [52] Mahkamah ini bersetuju dengan dapatan HMS YB bahawa mesej tersebut telah ditujukan kepada SP4 dan bukannya kepada Perayu dan Perayu gagal membuktikan Responden telah memfitnah beliau melalui mesej tersebut. [53] Dapatan HMS YB ini bukanlah “plainly wrong”. Oleh yang demikian penemuan fakta ini oleh HMS YB yang telah berpeluang mendengar saksi-saksi tidak boleh diusik. [54] Untuk menyangkal dapatan HMS YB ini, Peguam Perayu pula telah mengemukakan beberapa kes tort fitnah melibatkan penerbitan tort fitnah terhadap seorang suami yang dikomunikasikan kepada isterinya. July 20, 2023 19 [55] Perayu telah merujuk kepada kes Wenman v. Ash (1853) 138 ER 1432 dan kes Watt v. Longsdon [1930] 1 KB 130. Kedua-dua kes ini melibatkan si isteri menerima komunikasi berunsur fitnah terhadap suami masing-masing. [56] Kedua-dua kes ini boleh dibezakan dengan kes di sini kerana mesej yang dihantar oleh Responden kepada SP4 bukan berunsur fitnah tetapi sebagai satu teguran daripada Responden kepada SP4 yang telah mencampuri urusan rumahtangganya. [57] Malah dalam kes Wenman (supra), Mahkamah telah mendapati komunikasi dalam kes tersebut yang didapati sebagai satu fitnah adalah disebabkan situasi dalam mana komunikasi tersebut dibuat (“occasion did not justify the writing of the letter, so as to make it a privileged communication”). [58] Manakala dalam kes Watt (supra) pula Mahkamah telah putuskan bahawa adalah suatu tanggungjawab moral atau sosial untuk suatu pihak supaya tidak komunikasi “gossip” yang didengar “at men’s clubs or women’s bridge parties” kepada pasangan suami tersebut. [59] Saya berpendapat fakta dalam kedua-dua kes yang dikemukakan oleh peguam Perayu ini boleh jauh berbeza dengan kes di sini. [60] Manakala kes Syed Farouk Azlan Bin Syed Abdul Aziz v. Putrajaya Holding Sdn Bhd & Anor [2003] 5 MLRH 661 juga boleh dibezakan kerana dalam kes tersebut kenyataan fitnah telah diterbitkan kepada pekerja Defendan, 3 orang ahli penel Inkuiri Domestik selain daripada isteri Plaintif. July 20, 2023 20 PENERBITAN [61] Perayu dalam perenggan 5 dan 8 Pernyataan Tuntutan telah memplidkan seperti berikut :- “5. Defendan dengan berniat jahat telah memfitnah Plaintif dan turut menyebarkan fitnah tersebut kepada Encik Abdul Razak Bin Juhdi. Bukan itu sahaja, fitnah tersebut telah disebar kepada ahli keluarga yang lain iaitu Aminah Bte Salleh, Mastura Bte Salleh dan Habsah Bte Salleh melalui “WhatsApp group keluarga”.
8
Defendan telah berniat jahat dengan memfitnah Plaintif dengan menyebarkan perkataan-perkataan fitnah tersebut kepada ahli keluarga yang lain serta dan orang ramai walaupun mempunyai pengetahuan penuh bahawa fitnah tersebut akan meninggalkan kesan negatif dan/atau anggapan yang buruk dan/atau meninggalkan kesan serta kerugian yang mendalam terhadap reputasi Plaintif dan/atau menyebabkan nama baik Plaintif tercemar.” [62] Mahkamah mendapati tiada keterangan langsung di pihak Perayu bahawa mesej yang dihantar kepada SP4 tersebut telah diterbitkan atau disebarkan oleh Responden kepada Perayu dan atau pun ahli-ahli keluarga Perayu. [63] Dalam kes S Pakianathan v. Jenni Ibrahim & Another Case [1988] 1 MLRA 110; [1988] 2 MLJ 173; [1988] 1 CLJ (Rep) 233, YAA Wan Hamzah SCJ (ketika itu) menegaskan bahawa :- July 20, 2023 21 “In order to constitute publication, the defamatory matter must be published to a third party, and not simply to the plaintiff. By publication is meant the making known of the defamatory matter, after it has been written, to some person other than the person of whom it is written. The uttering of a libel to the party libelled is no publication for the purposes of a civil action: Wennhak v Morgan [1880] 20 QBD at p 637.” Juga sila rujuk kepada Dr Chong Eng Leong v Tan Sri Harris bin Mohd Salleh [2017] 4 MLRA 382. [64] Mahkamah memutuskan Perayu gagal membuktikan penerbitan atau penyebaran mesej tersebut kepada Perayu dan atau ahli-ahli keluarga Perayu. [65] Perayu juga gagal memanggil mana-mana ahli keluarga sebagai saksi untuk membuktikan fakta penerbitan yang diplidkan ini.
para
[66] Maka, berdasarkan kepada alasan-alasan yang diberikan di atas, Mahkamah mendapati HMS YB telah dengan betulnya menolak tuntutan Plaintif. [67] Keputusan HMS YB bertarikh 27.10.2022 adalah dikekalkan dan Rayuan ini ditolak dengan kos. July 20, 2023 22 Bertarikh pada 20 Julai 2023 di Muar dalam Negeri Johor Darul Takzim. t.t. SURIA KUMAR A/L DJ PAUL Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Malaya Muar Johor Darul Ta’zim Kaunsel : Bagi pihak Perayu : Manian K. Marappan Bagi pihak Responden : Syaffie Bin Naim Peguamcara : Bagi pihak Perayu Tetuan Manian K. Marappan & Company Peguambela & Peguamcara Suite 7-02, 7th Floor, Wisma Sing Long No. 9, Jalan Zabedah 83000 Batu Pahat Johor [Ruj. No.: MKM/BP/10164/2019/nur/mayen] July 20, 2023 23 Bagi pihak Responden Tetuan M N Halim Syaffie & Associates Peguambela & Peguamcara No. 13, Bangunan KAAK BP Berhad No. 1, Jalan Pegawai 83000 Batu Pahat Johor [Ruj. No.: MSA(BP).L22-114582/NMH-975 (APPEAL)] Tarikh Pendengaran : 20 April 2023, 21 Jun 2023, 3 Julai 2023 Tarikh Keputusan : 20 Julai 2023
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.