Content
DI MAHKAMAH SESYEN TELUK INTAN DI DALAM NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN AC-63-15-12/2024 PP V. S. RAJAN A/L SOLAI
AC-63-15-12/2024
Sessions Court of Malaysia8 Oct 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
DI MAHKAMAH SESYEN TELUK INTAN DI DALAM NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN AC-63-15-12/2024 PP V. S. RAJAN A/L SOLAI
1
PENGENALAN Pertuduhan ke atas OKT adalah seperti berikut: “Bahawa kamu pada 27 Mac 2024 jam lebih kurang 1.30 petang di premis Rajan Excavator Contractor Sdn Bhd, Lot 52, Jalan Sabak Bernam, 36400 Hutan Melintang, di dalam daerah Bagan Datuk di dalam negeri Perak Darul Ridzuan, telah didapati ada dalam kawalan kamu barang kawalan berjadual sebanyak 4,415 liter diesel di dalam (4) unit tangki dan di dalam (2) unit tangki di atas motolori Mitsubishi Fuso, nombor pendaftaran AJQ 7112 dan di dalam (1) unit tangki di atas motolori Mitsubishi Fuso, nombor pendaftaran TBS 7112 yang telah menimbulkan syak munasabah satu kesalahan akan dilakukan iaitu berniaga dengan jual runcit barang berjadual minyak diesel tanpa suatu lesen yang mana melanggar Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 yang merupakan kesalahan di bawah seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan boleh dihukum di bawah seksyen 22(1) Akta yang sama. Apabila disabitkan kesalahan, boleh didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjara tidak melebihi tiga tahun penjara atau kedua-duanya dan bagi kesalahan yang kedua dan seterusnya, didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau dipenjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya.”
2
2.1 OKT telah dituduh dengan pertuduhan di atas di mahkamah ini pada Januari 2025, dan OKT telah tidak mengaku salah terhadap pertuduhan tersebut. Satu lagi pertuduhan berkaitan dengan pertuduhan di atas telah dikenakan ke atas syarikat milik OKT dan OKT juga tidak mengaku bersalah ke atas pertuduhan tersebut.
2
2.2 Sementara menunggu tarikh perbicaraan bermula, OKT telah memasukkan permohonan representasi kepada Jabatan Peguam Negara. Permohonan representasi beliau kemudiannya telah diterima, di mana pertuduhan terhadap syarikat milik OKT telah ditarik balik dan OKT mengaku bersalah terhadap pertuduhan ke atasnya, seperti di atas.
2
2.3 Mahkamah telah menerima pengakuan salah OKT dan telah mensabitkan OKT bersalah. OKT kemudiannya dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM20,000, dan sekiranya gagal dibayar penjara selama enam bulan. Mahkamah juga mengarahkan agar motolori yang dirampas dikembalikan kepada OKT, dan wang hasil jualan barang rampasan sebanyak RM12,671.05 dilucuthakkan kepada kerajaan.
2
2.4 Pihak pendakwaraya kemudiannya telah memfailkan rayuan terhadap hukuman yang dijatuhkan oleh mahkamah ini.
3
3.1 Mahkamah telah mempertimbangkan perkara-perkara berikut di dalam menjatuhkan hukuman terhadap OKT.
3
3.1.1 Rayuan mitigasi oleh OKT Tertuduh merayu agar hukuman yang paling ringan dikenakan ke atasnya kerana beliau menanggung lima orang anak yang masih belajar dan isteri beliau tidak bekerja. Beliau juga memaklumkan bahawa beliau mempunyai lesen untuk perniagaan beliau tersebut tetapi diletakkan atas alamat yang berlainan, dan beliau masih dalam proses permohonan lesen atas alamat yang baru.
3
3.1.2 Hujah pendakwaan Pegawai pendakwa telah berhujah bahawa suatu hukuman setimpal haruslah dijatuhkan ke atas OKT agar menjadi suatu pengajaran buat beliau.
3
3.1.3 Kepentingan awam mestilah diberikan kepentingan yang lebih tinggi berbanding dengan kepentingan peribadi OKT. Kesalahan yang melibatkan barangan kawalan seperti diesel ini adalah suatu kesalahan yang serius.
3
3.1.4 Mahkamah juga telah mengambilkira pengakuan salah OKT dalam menentukan hukuman paling sesuai dan munasabah.
4
4.1 Setelah mempertimbangkan sebab-sebab di atas, mahkamah telah menjatuhkan hukuman tersebut kepada OKT. NORHAMIZAH BINTI SHAIFFUDDIN
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.