(1) When a person who is an escaped convict or is undergoing a sentence of imprisonment is sentenced to imprisonment, such imprisonment shall commence either immediately or at the expiration of the imprisonment to which he has been previously sentenced, as the Court awarding the sentence may direct. [13] Mahkamah menghargai pengakuan salah Tertuduh yang dibuat di peringkat awal kes sebelum perbicaraan kerana perkara ini telah menjimatkan masa dan kos semua pihak, oleh itu wajar diambil pertimbangan paling utama dalam menjatuhkan hukuman. Dalam kes PP v Muhammad Fiqry Jafri & Anor (2021) 3 MLRH 703; (2021) 9 MLJ 915; (2021) 4 CLJ 552, mengenai faktor mitigasi melalui pengakuan salah Tertuduh, Mahkamah telah memutuskan bahawa- “[48] I take note that the repsondents pleaded guilty before the trial started. Judicial time and expenses were saved. Witnesses are spared of not only trips to the Court away from work or other responsibilities but more importantly, they are spared of rigorous cross-examination in a criminal trial”. [14] Walau bagaimanapun, dalam menimbangkan mitigasi Tertuduh, Mahkamah tidak boleh melupakan tanggungjawabnya untuk memastikan keadilan tercapai bagi maksud kes ini di mana kepentingan awam juga perlu diambil kira. Mitigasi pengakuan salah Tertuduh yang diterima untuk meringankan hukumannya hendaklah diseimbangkan dengan kepentingan awam sebagaimana yang telah dibincangkan dalam banyak kes terdahulu dan merupakan prinsip matan sebelum menjatuhkan hukuman. [15] Dalam kes Nor Azuwan Hafifi Md. Akhir v. PP (2022) 1 LNS 2182, Mahkamah Rayuan telah merujuk kes Bachik Abdul Rahman v. PP (2004) 2 CLJ 572 dalam m/s 583 mengenai pengakuan salah OKT yang boleh diterima bagi meringankan hukumannya, di mana Augustine Paul HMR menyatakan, "The position in law is that it is generally accepted that an accused person should be given credit or discount for pleading guilty. The discount that is given is normally a reduction of the sentence by about a third of what would otherwise have been imposed." [16] Augustine Paul seterusnya menyatakan bahawa pengakuan salah semata-mata tidak juga menjadi satu-satunya asas untuk memberikan keringanan hukuman kerana Mahkamah juga perlu melihat kepada tahap kekerasan (severity) sesuatu kesalahan atau rekod kesalahan lampau yang boleh mengatasi nilai pengakuan salah tersebut, kerana pada akhirnya Mahkamah perlu memberi penekanan kepada kepentingan awam. "One of the principles in sentencing is that a convicted person should be given a discount for pleading guilty. A reduction of about one third of the sentence that would otherwise have been imposed is normally given. This, however, is not a strict rule and the court may, in the exercise of its discretion, refuse to grant any discount. The severity of the offence or the existence of a previous conviction may outweigh the mitigating effect of the guilty plea; so may the demands of public interest for a deterrent sentence as well as the absence of a good defence or of other mitigating factors. The guilty plea does not automatically entitle the convict to a lesser punishment.” Mahkamah Rayuan selanjutnya menyatakan: "...The exercise of the discretion to determine the date of commencement of the sentence of imprisonment is dependent on the facts and circumstances of each case.” [17] Dalam hal ini, Mahkamah mengambil perhatian tentang sabitan lampau Tertuduh dan kekerapan kes dadah di Mahkamah ini untuk dikaitkan dengan kepentingan awam, kerana hukuman yang sesuai hendaklah memberikan pengajaran bukan saja kepada Tertuduh tetapi juga kepada masyarakat supaya tidak terlibat dengan najis dadah yang sememangnya adalah musuh negara. Tertuduh dilihat tidak insaf walaupun telah menjalani hukuman pemenjaraan bagi kesalahan sama pada tahun 2021 dan 2023. Tertuduh masih mengulanginya pada tahun 2024. Oleh itu hukuman yang keras seperti sebatan lebih daripada sekali, adalah sesuai untuk memberi peringatan kepada Tertuduh. [18] Mahkamah seterusnya memutuskan, selepas menilai kesemua keterangan yang dikemukakan dan mitigasi Tertuduh serta pemberatan oleh pihak pendakwaan, Mahkamah merekodkan bahawa Tertuduh bersalah dan disabitkan bersalah atas pertuduhan ke atasnya bagi kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 di mana hukumannya di bawah Seksyen 39C(1) dibaca bersama Seksyen 38B Akta yang sama dan menetapkan hukuman penjara 5 tahun bermula tarikh hukuman iaitu 16-6-2025 dengan 2 kali sebatan dan 2 tahun pengawasan selepas pemenjaraan. Tarikh permulaan hukuman adalah pada tarikh perintah ini iaitu 16-6-2025 kerana tarikh Tertuduh selesai menjalani hukuman adalah lebih jauh iaitu pada 3-7-2025. Mahkamah tidak boleh memberikan hukuman penjara bermula dari tarikh tangkap kerana terikat dengan peruntukan Seksyen 292(1) KTJ. Dalam hal ini, kesemua keperluan di bawah Seksyen 173 KTJ telah dipenuhi dan hukuman dijatuhkan kepada Tertuduh adalah berdasarkan keperluan dalam undang-undang. Selanjutnya eksibit dikembalikan kepada pihak pendakwaan untuk pelupusan. [19] Tertuduh tidak berpuas hati dengan hukuman ini dan merayu ke Mahkamah Tinggi. Notis Rayuan difailkan pada 24-6-2025 melalui pihak Penjara Kajang. Norazlin binti Othman Hakim Mahkamah Sesyen 3 Shah Alam Disediakan pada 30-6-2025 Pihak Pendakwaan: Timbalan Pendakwaraya Negeri Selangor Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor, IDCC Shah Alam, Selangor