Content
DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUANTAN DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR RAYUAN SIVIL NO: CA-12B-07-03-2018 ANTARA SA’AMRAN A/L ATAN PERAYU
AP-12B-07-03/2018
High Court of Malaysia13 Sept 2018
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUANTAN DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR RAYUAN SIVIL NO: CA-12B-07-03-2018 ANTARA SA’AMRAN A/L ATAN PERAYU
2
RESPONDEN NAKIUDDIN BIN AHMAD (DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KUANTAN DALAM NEGERI PAHANG DARUL AMKMUR GUAMAN NO. A53KJ-99-04-2016) ANTARA SA’AMRAN A/L ATAN PLAINTIF
2
RESPONDEN NAKIUDDIN BIN AHMAD 1 ALASAN PENGHAKIMAN PENGENALAN [1] Tuntutan Perayu terhadap Responden adalah gantirugi khas dan am akibat kemalangan jalan raya yang dialami oleh Perayu. Kemalangan jalan raya telah berlaku pada 6.9.2015 sekitar jam 7.30 malam berhampiran persimpangan Jalan Pekan-Nenasi/Tanjung Agas, Pekan, Pahang. Kemalangan adalah di antara Perayu yang menunggang motosikal CDB 3666 dengan Responden Kedua merupakan pemandu motokar no. JFS
3133
Responden Pertama adalah pemilik motokar JFS 3133. [2] Perayu telah mengalami kecederaan diri dan kerugian. Kes telah dibicarakan dengan saksi-saksi dan Hakim Sesyen Terpelajar telah menolak tuntutan Perayu dan memutuskan kecuaian adalah dipihak Perayu. Meskipun tuntutan Perayu telah ditolak, Hakim Sesyen Terpelajar juga memberikan awad untuk gantirugi khas dan am. Perayu tidak berpuas hati dengan keputusan liabiliti dan kuantum yang diberikan oleh Hakim Sesyen dan merayu terhadap keputusan liabiliti dan kuantum tersebut. [3] Mahkamah ini merujuk kepada memorandum rayuan Perayu di mukasurat 3-7 rekod rayuan Perayu yang menyatakan alasan-alasan rayuan Perayu bahawa Hakim Sesyen telah khilaf dari segi fakta dan undang-undang apabila;
i
Memutuskan Perayu cuai sepenuhnya dan tiada cuai sumbang daripada Responden Kedua terhadap kemalangan yang berlaku.
II
(ii) Gagal mempertimbangkan bahawa Responden-Responden tiada pembelaan di dalam tindakan ini.
III
(iii) Gagal mempertimbangkan bahawa Responden-Responden tidak mempunyai sebarang versi tentang bagaimana kemalangan berlaku dan ia bertentangan dengan versi Perayu. Ketiadaan versi dari Responden-Responden memberi satu anggapan undang-undang bahawa versi Perayu adalah benar.
IV
(iv) Gagal mempertimbangkan prinsip “doctrine of supremacy of pleadings” seperti yang diputuskan dalam kes Miskinah Jaya & Ors v Mohamed Salleh & Anor [1983] CLJ Rep 630.
v
Gagal mempertimbangkan bahawa pegawai penyiasat hanya merakam percakapan daripada Responden Kedua semata-mata tanpa merakam sebarang percakapan daripada Perayu.
VI
(vi) Gagal mempertimbangkan bahawa versi Perayu mengenai kemalangan adalah lebih munasabah. Tempat kemalangan adalah di kawasan simpang Kampung Pasir Panjang di sebelah kanan laluan Perayu. Perayu telah berhenti disimpang dan memberi lampu isyarat sebelum membelok ke kanan dan tidak dicabar oleh Responden-Responden semasa perbicaraan.
VII
(vii) Laporan polis di pihak Responden Kedua adalah bercanggah dengan bagaimana kemalangan berlaku.
VIII
(viii) Hanya membenarkan gantirugi kehilangan pendapatan Perayu setakat RM3,000.00 sahaja. Pendapatan Perayu adalah RM800.00 sebulan dan hanya memutuskan RM500.00 sebulan sahaja.
IX
(ix) Hanya membenarkan kos pembedahan dan rawatan masa hadapan Perayu setakat RM500.00 sahaja sedangkan laporan pakar menunjukkan kos pembedahan keseluruhannya adalah RM11,300.00.
x
Telah khilaf apabila memberikan secara bersekali bagi kecederaan “fracture (L) 2nd metacarpal, fracture base on middle phalanx (L) index finger dan fracture of 4th (L) metacarpal sebanyak RM15,000.00. Kecederaan-kecederaan tersebut adalah berasingan.
XI
(xi) Gagal mengambilkira kes-kes yang telah diputuskan mengenai awad gantirugi yang diberikan. [4] Pada 13.8.2018, Mahkamah ini telah mendengar rayuan Perayu dan telah memutuskan bahawa rayuan Perayu terhadap liabiliti dibenarkan dan rayuan terhadap kuantum ditolak dan mengekalkan awad yang diberikan oleh Hakim Sesyen Terpelajar. Responden-Responden kemudiannya telah memfailkan Notis Usul memohon kebenaran merayu di Mahkamah Rayuan dan pada 29.1.2019, Mahkamah Rayuan telah membenarkan Notis Usul Responden-Responden untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah ini bertarikh 13.8.2018. [5] Responden-Responden kemudiannya memfailkan Notis Rayuan kepada Mahkamah ini pada 25/2/2019. Rayuan Responden-Responden adalah terhadap keputusan liabiliti sahaja. Mahkamah ini memberikan alasan terhadap keputusan liabiliti sahaja. [6] HUJAHAN PERAYU Perayu berhujah bahawa Responden-Responden tidak mempunyai pembelaan dalam tindakan ini. Ini adalah kerana Perayu telah memfailkan suatu permohonan untuk membatalkan perlantikan dan pembelaan yang 4 difailkan oleh Tetuan VP Nathan & Partners yang mewakili Responden-Responden. Pada 30/11/2017 Mahkamah Sesyen telah membenarkan permohonan Perayu (Rujuk Perintah Mahkamah Sesyen di Tab A, rekod rayuan) untuk membatalkan perlantikan Tetuan VP Nathan & Partners sebagai peguam cara Responden-Responden dan juga membatalkan pembelaan yang difailkan. Tiada rayuan difailkan terhadap keputusan pembatalan tersebut. [7] Responden-Responden kemudiannya diwakili oleh Tetuan Wee Rahiza & Lee dan tiada pembelaan baru difailkan bagi pihak Responden-Responden. Kegagalan Responden-Responden memfailkan pembelaan menyebabkan tiada sebarang versi bagaimana kemalangan berlaku diplidkan oleh Responden-Responden. Perayu merujuk kepada kes Sivakumar a/l Varatharju Naidu v Ganesan a/l Retanam [2010] 7 MLJ 355 yang memutuskan bahawa pihak-pihak adalah terikat dengan pliding dan Mahkamah tidak boleh membuat keputusan bagi perkara-perkara atau isu yang tidak diplidkan dalam pliding. [8] Ketiadaan pliding oleh Responden-Responden menjadikan setiap pengataan dalam setiap kandungan Pernyataan Tuntutan Plaintif dipersetujui oleh Responden-Responden. Bagi menyokong hujahan Perayu merujuk kepada keputusan kes Dato’ Mohamad Salim Fateh bin Fateh Bin v Nadeswaran a/l Rajah (No.1) [2012] 10 MLJ 203 yang memutuskan seperti berikut; “[8] At the outset, the court had asked parties to address the court as regards the effect of there being no defence in this case. From the authorities, it is clear that where the defendant has failed to serve a defence or where a defence has been struck off, the defendant would be 5 deemed to have admitted the averments of the plaintiff. The defendant would be allowed to testify but only to mitigate as to damages. [11] On this issue, the court had found that the authorities cited and before the court are clear and unambiguous. Where there is no defence before the court, the defendant is now deemed to have admitted each and every averment in the statement of claim. As such the court found that it was open to the defendant in this case to either tender the proposed witnesses, Mohd Kamil Ismail, or to cross-examine the plaintiff’s witnesses as regards any positive averments in the statement of claim. All that the defendant would be allowed to do is to cross-examine the plaintiff and his witnesses only as regards the issue of quantum of damages”. Hujahan Perayu bahawa Responden-Responden dihalang dari menyoalbalas mengenai bagaimana kemalangan berlaku dan terhad kepada gantirugi sahaja. [9] Perayu selanjutnya berhujah bahawa Hakim Sesyen Terpelajar telah berulangkali merujuk kepada keterangan saksi Responden Kedua yang menurut perintah Mahkamah bertarikh 30/11/2017 Pernyataan Pembelaan Responden-Responden telahpun dibatalkan oleh Hakim Sesyen yang sama. Menurut perintah bertarikh 20/11/2017, sebenarnya tiada versi kemalangan daripada Responden Kedua. Hanya versi Perayu sahaja yang ada sepertimana Pernyataan Tuntutan. [10] Perayu berhujah bahawa tempat perlanggaran bukan berlaku di tanda ‘X’ sebagaimana yang dibuat oleh pegawai penyiasat (SP2). Tandaan oleh SP2 berdasarkan tempat yang ditunjukkan oleh Responden Kedua sahaja. SP2 juga menyatakan kesan-kesan kemalangan juga boleh 6 dilihat pada lorong J dan K. Perayu menyatakan adalah tidak munasabah kesan kemalangan berada di lorong J dan K. Ini adalah kerana jarak dari ‘X’ ke J dan K tidak memungkinkan kemalangan berlaku di tanda ‘X’. SP2 juga tidak mengukur jarak dari ‘X’ ke simpang. Kesan goresan yang ditandakan oleh SP2 sebagai ‘M’ juga tidak menunjukkan bahawa kemalangan berlaku di ‘X’. [11] Perayu menyatakan versi Perayu adalah lebih konsisten iaitu apabila sampai di simpang, Perayu memberi isyarat untuk membelok ke kanan dan setelah memasuki simpang sebelah kanan, tiba-tiba motokar yang dipandu Responden Kedua datang dari arah hadapan telah menggesel bahagian kiri sebelah belakang motosikal Perayu. Keterangan Perayu bahawa Perayu memberi isyarat untuk membelok ke kanan tidak dicabar. Perayu telah membuat tandaan ‘Y’ sebagai tempat Perayu memberhentikan motosikalnya sebelum membelok ke kanan. [12] Versi bahawa Perayu mencelah antara dua buah kenderaan sebelum masuk ke kanan adalah versi Responden Kedua semasa memberi keterangan dan keterangan Responden Kedua ini tidak disokong oleh mana-mana keterangan. Perayu menafikan keterangan Responden Kedua tersebut. Responden-Responden tiada pembelaan. Responden diestop dari menafikan sebarang versi Plaintif mengenai bagaimana kemalangan berlaku. [13] Perayu berhujah Responden Kedua telah memandu motokarnya dengan laju dikawasan simpang dan sewajarnya menyumbang cuai kepada kemalangan yang berlaku. 7 [14] HUJAHAN RESPONDEN-RESPONDEN Responden-Responden berhujah bahawa adalah menjadi beban kepada pihak Perayu untuk membuktikan tuntutannya atas imbangan kebarangkalian. Responden merujuk kepada s.101(i) dan (ii) Akta Keterangan 1950 dan kes Tenaga Nasional Bhd v Perwaja Steel Sdn Bhd [1995] 4 MLJ 673. Perayu dikehendaki membuktikan bahawa beliau tidak cuai dengan merujuk kepada keputusan kes Krishna Murthey & Anor v Law Lye Chua [1992] 2 CLJ (Rep). [15] Responden berhujah bahawa kemalangan adalah disebabkan kecuaian Perayu sendiri kerana menurut laporan polis Perayu, Perayu telah menyatakan Perayu telah masuk ke simpang meskipun nampak motokar Responden datang dari arah hadapan. Responden menyatakan kemalangan berlaku pada laluan Responden Kedua. [16] Responden-Responden juga berhujah bahawa Perayu tidak mempunyai lesen menunggang yang sah dan tidak berkompeten untuk menunggang motosikal. [17] KEPUTUSAN MAHKAMAH INI Isu sama ada Responden-Responden mempunyai pembelaan dalam kes yang dibicarakan Responden-Responden telah diwakili oleh Tetuan VP Nathan & Partners dan pembelaan telah difailkan terhadap tuntutan Perayu. Perayu kemudiannya memfailkan permohonan membatalkan perwakilan Tetuan VP Nathan & Partners dan pembelaan yang difailkan. Pada 30.11.2017 8 permohonan Perayu untuk membatalkan perwakilan Tetuan VP Nathan & Partners dan pembelaan dibenarkan oleh Hakim Sesyen Terpelajar. [18] Mahkamah merujuk kepada nota prosiding dalam rekod rayuan mengenai latar belakang kes sebelum kes dibicarakan. Beberapa tarikh pengurusan kes telah diadakan dan perbicaraan kes telah ditangguhkan. Pada 25.12.2017, permohonan penggantungan (Stay) oleh Responden-Responden kemudiannya telah ditolak oleh Hakim Sesyen Terpelajar. Kes telah ditetapkan untuk perbicaraan pada 18.12.2017 (tarikh akhir) kemudiannya telah ditunda kepada 25.1.2018. Pada 25.1.2018 Responden Kedua telah melantik Tetuan Rahiza & Lee dan Hakim Sesyen Terpelajar telah mengarahkan kes diteruskan perbicaraan. [19] Hakim Sesyen Terpelajar di dalam Alasan Penghakimannya menyatakan Responden-Responden tiada pembelaan dalam plidingnya dan memutuskan Perayu masih lagi perlu membuktikan tuntutannya terhadap Responden-Responden. Mahkamah merujuk kepada Alasan Penghakiman Hakim Sesyen Terpelajar di perenggan [7] mukasurat 72 rekod rayuan yang menyatakan seperti berikut; “[7] Oleh yang demikian, pihak Defendan Kedua yang diwakili peguam tidak dibenarkan menggunapakai pembelaan yang telah difailkan sebelum ini. Walaupun tiada pembelaan dari segi prosedur di dalam pliding ini, Mahkamah ini memutuskan bahawa pihak Plaintif masih lagi perlu membuktikan tuntutan mereka terhadap Defendan-Defendan. Ini adalah satu tuntutan berhubung kecuaian dan pihak plaintif perlu membuktikan tuntutan mereka atas imbangan kebarangkalian terlebih dahulu”. 9 Hakim Sesyen Terpelajar mengesahkan bahawa Responden-Responden tiada pembelaan dalam plidingnya. [20] Adakah Hakim Sesyen Terpelajar boleh meneruskan perbicaraan tanpa pliding atau pembelaan Responden-Responden sebagaimana perintah Mahkamah Sesyen bertarikh 30.11.2017? Peguam cara Responden telah merujuk kepada A.18 k.22 (2) Rules of Court 2012 (ROC 2012) dan berhujah bahawa Hakim Sesyen Terpelajar boleh meneruskan perbicaraan tanpa pliding. Mahkamah ini berpendapat A.18 k.22(2) ROC 2012 hanya terpakai Responden-Responden memfailkan suatu permohonan kepada Mahkamah memohon kes dibicarakan tanpa pliding sebagaimana yang diperuntukkan di bawah A.18 k.22(1). A.18 k.22(1) ROC 2012 menyatakan seperti berikut; “Trial without pleadings (O 18 r 22)
1
(1)Where in an action to which this rule applies a defendant has entered an appearance in the action, the plaintiff or that defendant may apply to the Court by notice of application for an order that the action shall be tried without pleadings or further pleadings, as the case may be”. Mahkamah ini mendapati dalam kes ini tiada sebarang permohonan difailkan oleh Responden-Responden untuk meneruskan kes tanpa pliding. Tiada juga sebarang perintah dari Hakim Sesyen Terpelajar bahawa kes boleh diteruskan tanpa pliding. [21] Mahkamah juga merujuk kepada A. 18 k.21 ROC 2012 yang menetapkan bahawa setiap pliding hendaklah difailkan ke Mahkamah. “Filing of pleadings (O.18 r 21) 10 Every pleading shall be filed in the registry”. Pemfailan pliding adalah mandatori. [22] A.18 k.20 ROC 2012 pula menetapkan tempoh masa untuk menutup suatu pliding iaitu selepas 14 hari diserahkan kepada plaintif atau defendan. “Close of pleadings (O 18 r 20)
1
(1)The pleadings in an action are deemed to be closed –
a
(a)at the expiration of fourteen days after service of the reply or, if there is no reply but only a defence to a counterclaim, after service of the defence to the counterclaim; or
b
(b)if neither a reply nor a defence to the counterclaim is served, at the expiration of fourteen days after service of the defence.
2
(2)The pleadings is an action are deemed to be closed at the time provided by paragraph (1) notwithstanding that any request or order for particulars has been made but has not been complied with at that time”. Dalam kes Responden-Responden ini, semestinya Responden-Responden gagal mematuhi A.18 k.20 kerana tiada pembelaan baru difailkan dan permohonan untuk lanjutan masa bagi memfailkan pembelaan baru juga tidak dibuat oleh Responden-Responden. [23] Mahkamah ini juga berpendapat sekiranya tiada pembelaan difailkan dan tiada sebarang serahan mengenainya, Perayu selepas tamat 14 hari boleh memasukkan penghakiman interlokutori terhadap Responden-Responden dan gantirugi boleh ditaksirkan sebagaimana yang diperuntukkan di bawah A.19 k.3 ROC 2012. 11 “Default of defence: Claim for unliquidated damages (O 19 r 3) Where the plaintiff’s claim against a defendant is for unliquidated damages only, then, if that defendant fails to serve a defence on the plaintiff, the plaintiff may, after the expiration of the period fixed under these Rules for service of the defence, enter interlocutory judgment against the defendant for damages to be assessed and costs, and proceed with the action against the other defendants, if any”. Dalam kes ini keadaan yang dinyatakan seperti dalam A.19 k.3 juga tidak berlaku. [24] Bolehkah Hakim Sesyen Terpelajar meneruskan perbicaraan kes tanpa pembelaan Responden-Responden? Jawapan Mahkamah ini ialah “Boleh” tetapi tidak mengenai liabiliti kerana tiada versi Responden-Responden mengenai liabiliti yang dipertikaikan diplidkan yang sekali gus menerima versi Perayu tentang bagaimana kemalangan berlaku. Hakim Sesyen Terpelajar telah salah arah apabila merujuk kepada keterangan Responden Kedua (SD1) mengenai bagaimana kemalangan berlaku apabila tiada pembelaan mengenainya diplidkan. Ketiadaan pembelaan dan kegagalan Responden-Responden memfailkan pliding pembelaannya memberi kesan serius kepada asas kes pembelaan. Sekiranya Mahkamah membenarkan perbicaraan tanpa pembelaan difailkan, maka secara seriusnya telah melanggar peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh ROC 2012 dan ianya tidak adil dan sangat memprejudiskan pihak yang menuntut. 12 [25] Suatu penghakiman interlokutori sepatutnya dimasukkan terhadap Responden-Responden pada 25.1.2018 dan Hakim Sesyen Terpelajar meneruskan dengan perbicaraan mengenai kuantum gantirugi am dan khas sahaja. Pada peringkat ini Responden-Responden masih boleh menyoalbalas saksi-saksi Perayu mengenai tuntutan gantirugi yang dituntut oleh Perayu. [26] Mahkamah ini juga berpendapat sekiranya kes diteruskan dengan saksi-saksi Perayu, kesemua versi Perayu patut diterima kerana Mahkamah hanya mempunyai versi Perayu sahaja dan tiada versi Responden-Responden untuk mahkamah membuat pertimbangan mengenai tahap kecuaian antara Perayu dan Responden. Mahkamah menerimapakai keputusan kes Tan Sri Dato’ Vincent Tan Chee Yioun v Haji Hasan Bin Hamzah & Ors [1995] 1 MLJ 39 yang memutuskan seperti berikut; “As such for all intents and purposes, there is no defence filed by these defendants. Since no defence has been filed, the defendants are deemed to admit the averment pleaded by the plaintiff. Though the first, second, third, fifth and sixth defendants gave evidence in court, I have allowed them to do so only for the purposes of mitigating the damages against them and not as evidence as to their defences”. [27] Isu Kuantum Perayu dalam hujahannya telah berhujah bahawa rayuan atas kuantum hanya bertumpu kepada 2 isu sahaja iaitu;
i
Gantirugi am Kecederaan “fracture (L) 2nd metacarpal, fracture base on middle phalanx
l
(L) index finger dan fracture of 4th (L) metacarpal yang dibenarkan sebanyak RM15,000.00 sahaja; dan
II
(ii) Gantirugi Khas Kos pembedahan dan rawatan masa hadapan yang dibenarkan sebanyak RM500.00 sahaja. [28] Bagi kecederaan fracture (L) 2nd metacarpal, fracture base on middle phalanx (L) index finger dan fracture of 4th (L) metacarpal, Perayu berhujah bahawa kecederaan-kecederaan tersebut adalah berasingan dan tidak patut diberikan gantirugi secara menyeluruh. Peguam cara Perayu mengsyorkan awad yang wajar patut diberikan dibuat secara berasingan seperti berikut;
i
fracture (L) 2nd metacarpal - RM4,000.00
II
(ii) fracture base on middle phalanx - RM9,000.00
l
(L) index finger
III
(iii) fracture of 4th (L) metacarpal - RM8,000.00 Kecederaan yang dialami Perayu adalah pada jari-jari tangan sebelah kiri. Kesemua kepatahan pada metacarpal dan jari Perayu adalah pada tangan kiri Perayu. Mahkamah tidak wajar memberikan awad secara berasingan pada kecederaan yang dialami pada bahagian anggota yang sama. Gantirugi secara berasingan adalah keterlaluan. Awad yang diberikan oleh Hakim Sesyen Terpelajar adalah munasabah dengan kecederaan. 14 [29] Perayu berhujah bahawa kos pembedahan dan rawatan masa hadapan yang dicadangkan oleh pakar orthopedik sekiranya dilakukan di hospital swasta adalah seperti berikut;
i
removal of implant (screw on 4th (l) metacarpal – RM3,300.00
II
(ii) surgical reconstruction of mallet deformity - RM8,000.00 Jumlah keseluruhan adalah RM11,300.00. Perayu menyatakan awad sebanyak RM500.00 adalah terlalu rendah. [30] Mahkamah merujuk kepada keterangan SP1 (pakar orthopedik) yang mengesahkan bahawa pembedahan masa hadapan patut dibuat dan jika dilakukan lebih awal adalah lebih baik. SP1 juga berpendapat kos pembedahan jika dilakukan di Hospital Kerajaan adalah lebih murah berbanding di Hospital Swasta. SP1 mengesahkan kedua-dua pembedahan jika dilakukan di Hospital Kerajaan adalah lebih kurang RM100.00 dan bagi “surgical reconstruction of mallet deformity” adalah lebih kurang RM400.00. Mahkamah ini berpendapat kos pembedahan masa hadapan sebanyak RM500.00 yang diberikan oleh Hakim Sesyen Terpelajar adalah wajar munasabah. [31] Kesimpulan Mahkamah ini mendapati Hakim Sesyen Terpelajar telah khilaf dari segi fakta dan undang-undang apabila memutuskan Perayu adalah cuai sepenuhnya dalam kemalangan yang berlaku pada 6.9.2015 dan menolak tuntutan Perayu. Responden-Responden tidak memfailkan pembelaannya dan tiada versi liabiliti memihak kepada Responden-Responden.Undang- 15 undang adalah jelas bahawa sekiranya tiada pembelaan difailkan maka setiap pengataan oleh Perayu mengenai kemalangan adalah tidak dipertikaikan dan patut diterima. [32] Mahkamah membenarkan rayuan Perayu dan mengenepikan keputusan liabiliti oleh Hakim Sesyen Terpelajar. Rayuan kuantum oleh Perayu ditolak dan keputusan Hakim Sesyen Terpelajar atas kuantum gantirugi dikekalkan. Kos rayuan ini ditanggung pihak masing-masing. MARIANA BT HAJI YAHYA HAKIM MAHKAMAH TINGGI MALAYA KUANTAN, PAHANG DARUL MAKMUR BERTARIKH: 30 APRIL 2019 Peguam Cara bagi pihak Perayu Encik Muhamad Afiq bin Abu Bakar, Tetuan Balendran Chong, Kuantan, Pahang Darul Makmur. Peguam Cara bagi pihak Responden-Responden Cik Nurul Syazreen binti Mohd Yahya, Tetuan SN Fam & Co, Kuantan, Pahang Darul Makmur.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.