Content
DALAM MAHKAMAH TINGGI TAIPING DALAM NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN GUAMAN NO: AB-22NCvC-19-09/2023 ANTARA SA'ODAH BINTI AHMAD SHAARI ...PLAINTIF (NO. K/P: 630926-08-5658)
AB-22NCvC-19-09/2023
High Court of Malaysia19 May 2026
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“25. Jikapun undang-undang had masa diambil kira, tindakan Plaintif ini masih di dalam had masa tersebut. Dalam hal ini, Mahkamah merujuk kepada kes Mahkamah Persekutuan Nasri v. Mesah [1970] CLJU 85 yang memutuskan kausa tindakan hanya bermula dari tarikh berlakunya "unequivocal threat" kepada had Plaintif untuk hartan”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
DALAM MAHKAMAH TINGGI TAIPING DALAM NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN GUAMAN NO: AB-22NCvC-19-09/2023 ANTARA SA'ODAH BINTI AHMAD SHAARI ...PLAINTIF (NO. K/P: 630926-08-5658)
1
ROBAAYAH BINTI ZAINUN
2
AZMAN BIN AHMAD SHAARI (NO. K/P: 660202-08-5879) ...DEFENDAN KEDUA
1
Tuntutan Plaintif adalah untuk perkara-perkara berikut:
i
Satu deklarasi bahawa Surat Perjanjian Jual Beli Hartanah yang bertarikh 18.5.2010 antara Defendan Kedua dan Plaintif diiktirafkan sebagai sah di sisi undang-undang dan Plaintif telah menyempurnakan obligasinya di bawah perjanjian tersebut;
II
(ii) Satu perintah perletakan hak diberikan supaya 1/1 bahagian bagi hartanah No. Hakmilik Geran Mukim 1886 Lot 5956 Mukim Sayung, Daerah Kuala Kangsar Negeri Perak diletak hak ke atas Plaintif;
III
(iii) Bahawa Defendan Pertama dan/atau Defendan Kedua hendaklah menyerahkan hakmilik asal 1/1 bahagian bagi hartanah No. Hakmilik Geran Mukim 1886 Lot 5956 Mukim Sayung, Daerah Kuala Kangsar Negeri Perak kepada Peguamcara Plaintif (Tetuan Hakimi, Lalitha, Mardhiyah & Associates) sebagai peguamcara pemegang pertaruhan (stakeholder solicitor) dalam tujuh (7) hari daripada tarikh Penghakiman;
IV
(iv) Sebagai relif alternatif, jika hartanah tersebut tidak dapat dipindahmilik ke atas nama Plaintif, Plaintif akan dipampaskan dengan sejumlah wang yang setimpal berdasarkan nilai pasaran semasa hartanah tersebut dan/atau perbelanjaan yang telah dikeluarkan oleh Plaintif dalam mengusahakan hartanah tersebut;
v
Ganti Rugi Teladan (exemplary damages);
VI
(vi) Faedah ke atas jumlah Ganti Rugi Teladan pada kadar 5% setahun bermula dari tarikh Penghakiman sehingga penyelesaian penuh;
VII
(vii) Kos Tindakan ini; dan
VIII
(viii) Relif lain atau relif lanjut yang Mahkamah Mulia ini fikirkan suaimanfaat.
2
Plaintif telah memanggil dua orang saksi iaitu Plaintif sendiri [SP1] dan suami Plaintif bernama Wan Mohd Shamsudin Bin Wan Abdul Rahman [SP2].
3
Sementara Defendan-Defendan telah mengisytiharkan Tiada Kes Untuk Dijawab dan tiada saksi dipanggil untuk memberikan keterangan.
4
Setelah mendengar keterangan, Mahkamah memutuskan untuk membenarkan tuntutan Plaintif dan Defendan-Defendan kini merayu terhadap keputusan tersebut.
5
Plaintif dan Defendan Kedua adalah adik beradik. Plaintif adalah kakak dan Defendan Kedua adalah adik.
6
Pada tahun 2010, Plaintif mendapat tahu daripada seorang lagi adiknya bernama Nor Akmar Binti Ahmad Shaari bahawa Defendan Kedua ingin menjual tanah No. Hakmilik Geran Mukim 1886, Lot 5956, Mukim Sayung Daerah Kuala Kangsar, Negeri Perak tersebut kepadanya kerana Defendan Kedua memerlukan wang. Namun demikian, Nor Akmar pada masa itu tidak berkemampuan untuk membelinya. Oleh itu, Plaintif telah menawarkan untuk membeli tanah tersebut daripada Defendan Kedua dengan harga RM45,000.00.
7
Plaintif dan Defendan Kedua kemudiannya telah menandatangani Surat Perjanjian Penjualan Tanah pada 18.5.2010 yang telah disaksikan oleh Cik Noormastura Binti Aznam.
8
Semasa menandatangani Surat Perjanjian Penjualan Tanah tersebut pada 18.5.2010, Plaintif telah mengeluarkan wang dari akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB) berjumlah RM25,000.00 dan menokok RM2,000.00 lagi wang simpanan sendiri lalu membuat pembayaran berjumlah RM27,000.00 kepada Defendan Kedua. Kemudian pada 20.5.2010, Plaintif sekali lagi telah membuat pengeluaran wang dari akaun ASB berjumlah RM18,000.00 lalu membayar sepenuhnya harga jual beli kepada Defendan Kedua.
9
Selepas membayar sepenuhnya harga belian jual beli tersebut, Defendan Kedua telah menyerahkan salinan asal hakmilik hartanah tersebut kepada Plaintiff. Plaintiff dan suami bernama Wan Mohd Shamsudin Bin Wan Abdul Rahman (SP2), kemudiannya telah mengusahakan tanaman getah di atas hartanah tersebut.
10
Namun demikian, pada bulan Februari 2018, semasa Plaintif hendak membayar cukai tanah hartanah tersebut, Plaintif mendapati Bil Cukai Tanah telah ditukar nama daripada Defendan Kedua kepada isterinya iaitu Defendan Pertama. Pada 1.2.2018, Plaintif telah membuat Carian Persendirian di Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Kangsar dan Plaintif mendapati Defendan Kedua telah memindahmilik hartanah tersebut kepada Defendan Pertama pada 9.1.2018.
11
Menyedari keadaan ini, Plaintif terus memasukkan Kaveat Persendirian bagi melindungi serta menuntut hak serta kepentingannya di atas hartanah tersebut. Plaintif juga telah berulang kali menghubungi dan berjumpa dengan Defendan Pertama dan Defendan Kedua bagi meminta penjelasan serta menggesa mereka memindahmilik hartanah tersebut kepadanya, tetapi mereka tidak menghiraukan permintaan Plaintif.
12
Selain daripada memasukkan Kaveat Persendirian, Plaintif saya juga telah pada 21.12.2018, membuat laporan polis di Balai Polis Kuala Kangsar terhadap Defendan-Defendan kerana telah menipu Plaintif dan memungkiri Surat Perjanjian Penjualan Tanah yang telah ditandatangani.
13
Plaintif seterusnya telah melantik Peguam Tetuan Hakimi, Lalitha, Mardhiyah & Associates untuk membuat tuntutan terhadap Defendan-Defendan iaitu supaya hartanah tersebut dipindahmilik kepada Plaintif sebagaimana yang sepatutnya mereka patuhi menurut Surat Perjanjian Penjualan hartanah tersebut.
14
Setelah meneliti Pliding, Fakta-Fakta Yang Dipersetujui serta Isu-Isu Untuk Dibicarakan yang telah difailkan, mahkamah ini mendapati hanya terdapat 2 isu sahaja untuk diputuskan iaitu: i. Samada perjanjian jual beli bertarikh 18.5.2010 di antara Plaintif dan Defendan Kedua untuk pembelian 1/1 bahagian bagi hartanah No. Hakmilik Geran Mukim 1886 Lot 5956 Mukim Sayung, Daerah Kuala Kangsar Negeri Perak tersebut wujud dan boleh dilaksanakan; dan ii. Samada tindakan dan/atau tuntutan Plaintif terhadap Defendan Pertama dan Defendan Kedua telah difailkan dan / atau dimulakan di luar had masa undang-undang.
15
Di dalam kes ini, pihak Defendan-Defendan membuat keputusan untuk tidak memanggil sebarang saksi untuk memberikan keterangan. Sebaliknya mereka bergantung kepada isu had masa untuk menolak tuntutan Plaintif.
16
Setelah menilai keterangan yang dikemukakan oleh Plaintif, Mahkamah ini mendapati bahawa Plaintif telah berjaya membuktikan kesnya atas imbangan kebarangkalian.
17
Mahkamah mendapati bahawa perjanjian bertarikh 18.5.2010 di antara Plaintif dan Defendan Kedua tersebut wujud dan Plaintif telah membayar keseluruhan harga belian sebanyak RM45,000.00 dalam 2 bayaran iaitu sebanyak RM27,000.00 pada 18.5.2010 dan RM18,000.00 pada 20.5.2010.
18
Fakta di atas serta tindakan Plaintif dan suami yang telah masuk ke hartanah tersebut dan mengusahakan kebun getah di situ secara jelas menunjukkan Plaintif telah pun mempunyai kepentingan benefisiari ke atas hartanah tersebut.
19
Persoalan utama yang ditimbulkan oleh Defendan-Defendan adalah samada Plaintif masih boleh menguatkuasakan perjanjian tersebut memandangkan tindakan ini diambil setelah 12 tahun perjanjian ini ditandatangani. Tindakan di dalam kes ini telah difailkan pada 27.9.2023 iaitu setelah lebih 13 tahun berlalu.
20
Di dalam hujahannya, pihak Defendan-Defendan menghujahkan bahawa tindakan Plaintif adalah diluar had masa berdasarkan kepada 2 peruntukan di bawah Akta Had Masa 1953 [Akta 254].
21
Pertamanya, Defendan-Defendan merujuk kepada peruntukan seksyen 6 Akta tersebut yang menyatakan: "6. Limitation of actions of contract and tort and certain other actions (1) Save as hereinafter provided the following actions shall not be brought after the expiration of six years from the date on which the cause of action accrued, that is to say -
a
actions founded on a contract or on tort;"
22
Keduanya, Defendan-Defendan merujuk kepada peruntukan seksyen 9 Akta yang sama yang menyatakan: "9. Limitation of actions to recover land
1
No action shall be brought by any person to recover any land after the expiration of twelve years from the date on which the right of action accrued to him, or if it first accrued to some person through whom he claims, to that person."
23
Defendan-Defendan menghujahkan bahawa berdasarkan kepada peruntukan seksyen 6 dan 9 Akta Had Masa 1953 [Akta 254] ini maka tuntutan Plaintif yang telah difailkan pada 27.9.2023 iaitu lebih 13 tahun dari tarikh perjanjian adalah di luar had masa.
24
Berkaitan isu had masa ini, Mahkamah mendapati bahawa pengiraan had masa oleh Defendan-Defendan adalah salah sama sekali. Ini kerana tindakan Plaintif untuk berada di atas hartanah tersebut dan mengusahakannya telah menjadi suatu perisai terhadap undang-undang had masa. Sepertimana yang telah disebut sebelum ini, Plaintif telah mempunyai kepentingan benefisiari ke atas hartanah tersebut.
25
Jikapun undang-undang had masa diambil kira, tindakan Plaintif ini masih di dalam had masa tersebut. Dalam hal ini, Mahkamah merujuk kepada kes Mahkamah Persekutuan Nasri v. Mesah [1970] CLJU 85 yang memutuskan kausa tindakan hanya bermula dari tarikh berlakunya "unequivocal threat" kepada had Plaintif untuk hartanah tersebut dipindahkan kepadanya. Di dalam kes ini, had masa tersebut bermula pada 1.2.2018, bilamana Plaintif telah membuat Carian Persendirian di Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Kangsar dan mendapati Defendan Kedua telah memindahmilik hartanah tersebut kepada Defendan Pertama pada 9.1.2018.
26
Tindakan ini telah difailkan pada 27.9.2023 dan jika diambil kira dari tarikh 1.2.2018, ia telah difailkan lebih kurang 5 tahun dari tarikh timbulnya kausa tindakan. Apatah lagi kalau tempoh untuk tindakan dikira berdasarkan kepada peruntukan seksyen 9 Akta Had Masa 1953 [Akta 254] iaitu 12 tahun, maka tindakan Plaintif ini adalah jauh berada di dalam limitasi had masa yang ditetapkan.
27
Berdasarkan kepada alasan-alasan di atas, Mahkamah ini memutuskan untuk membenarkan tuntuan Plaintif di para 17 Pernyataan Tuntutan dan memberikan perintah-perintah berikut:
i
Satu deklarasi bahawa Surat Perjanjian Jual Beli Hartanah yang bertarikh 18.5.2010 antara Defendan Kedua dan Plaintif diiktirafkan sebagai sah di sisi undang-undang dan Plaintif telah menyempurnakan obligasinya di bawah perjanjian tersebut;
II
(ii) Satu perintah perletakan hak diberikan supaya 1/1 bahagian bagi hartanah No. Hakmilik Geran Mukim 1886 Lot 5956 Mukim Sayung, Daerah Kuala Kangsar Negeri Perak diletak hak ke atas Plaintif;
III
(iii) Bahawa Defendan Pertama dan/atau Defendan Kedua hendaklah menyerahkan hakmilik asal 1/1 bahagian bagi hartanah No. Hakmilik Geran Mukim 1886 Lot 5956 Mukim Sayung, Daerah Kuala Kangsar Negeri Perak kepada Peguamcara Plaintif (Tetuan Hakimi, Lalitha, Mardhiyah & Associates) sebagai peguamcara pemegang pertaruhan (stakeholder solicitor) dalam tujuh (7) hari daripada tarikh Penghakiman.
28
Kos dibenarkan sebanyak RM10,000.00 tertakluk kepada alokatur. Bertarikh pada 22.7.2026. SYED FAISAL BIN SYED AMIR Pesurunjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Taiping Perak Darul Ridzuan Peguamcara bagi pihak Plaintif: Mohd Aidil b Arshad [TETUAN HAKIMI, LALITHA, MARDHIYAH & ASSOCIATES] Peguamcara bagi pihak Defendan-Defendan: Robin Lim Fang Say & Priya Darshini Naidu [TETUAN ROBIN LIM]
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.