Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KOTA TINGGI 1 DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM, MALAYSIA 2 GUAMAN SIVIL NO: JH-A51KJ-2-04/2022 3 4 SAFIUDDIN ISYRAQ BIN ABDUL AZIZ 5 (NO. K/P: 980222-01-5555) …PLAINTIF 6 7
JH-A51KJ-2-04/2022
Sessions Court of Malaysia19 Aug 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“umber will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 12 MLJ 673, di mana Hakim Low Hop Bing (pada masa itu) menyatakan 1 seperti berikut: 2 3 “Under section 101(1) of the Evidence Act 1950, whoever 4 desires the court to give judgment as to any legal right or 5 liability, dependent on the ex”
“di dalam Revised Compendium of Personal Injury Award 14 bertarikh 16 Oktober 2018 tersebut. 15 16 33. Pemahaman ini adalah berdasarkan kes ABDUL WAFFIY BIN 17 WAHUBBI & ANOR VAK NAZARUDDIN BIN AHMAD [2017] MLJU 18 761 di mana Mahkamah Tinggi menyatakan seperti berikut: 19 20 S/N t9VcaZd5tkq69qmgtkK3vA **Note : Serial n”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KOTA TINGGI 1 DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM, MALAYSIA 2 GUAMAN SIVIL NO: JH-A51KJ-2-04/2022 3 4 SAFIUDDIN ISYRAQ BIN ABDUL AZIZ 5 (NO. K/P: 980222-01-5555) …PLAINTIF 6 7
1
PENGARAH/KETUA JURUTERA DAERAH 10 11 2. 12 3. KERAJAAN NEGERI JOHOR 13 4. PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI JOHOR 14 5. PENGURUS TETO ENGINEERING SDN BHD 15 16 6. TETO ENGINEERING SDN BHD 17 S/N t9VcaZd5tkq69qmgtkK3vA 1 …DEFENDAN-DEFENDAN 2 3 PENGHAKIMAN 4 Setelah meneliti keterangan saksi-saksi, pliding dan dokumen yang 5 difailkan serta hujahan-hujahan kedua-dua pihak Mahkamah ini 6 memutuskan Defendan Pertama, Defendan Kedua, Defendan Ketiga 7 dan Defendan Keempat menanggung 100% liabiliti. 8 Mahkamah dengan ini menolak tuntutan Plaintif terhadap Defendan 9 Keenam dalam kes ini. Tuntutan terhadap Defendan Kelima telah ditarik 10 balik oleh Plaintif memandangkan Defendan Keenam mewakili 11 Defendan Kelima. 12 Kes telah ditetapkan untuk keputusan pada 19 Ogos 2025 dan setelah 13 meneliti hujahan-hujahan kedua-dua pihak maka adalah dihakimi 14 bahawa Defendan Pertama, Defendan Kedua, Defendan Ketiga dan 15 Defendan Keempat hendaklah membayar kepada Plaintif gantirugi am 16 dan gantirugi khas (atas 100% liabiliti) seperti berikut: 17 18 19 S/N t9VcaZd5tkq69qmgtkK3vA 3 1.
a
Close left communited midshaft femur fracture with 1.5 cm 2 shortening, (stiffness and weakness and reduced power of 3 hip, knee, ankle, subtalar joint and toes) = RM45,000 4
b
Left 4th metacarpal bone = RM5,000 5
c
Multiple scars = RM10,000 6
d
Muscles wasting of left thigh and calf = RM5,000 7 Jumlah keseluruhan gantirugi am adalah sebanyak RM65,000 8 9
2
Gantirugi Khas 10
a
Kos perjalanan keluarga Plaintif untuk melawat palintif di 11 hospital dan untuk Plaintif mendapatkan rawatan pesakit 12 luar/rawatan lanjut = RM210 13
b
Kos laporan perubatan dari Hospital Kota Tinggi = RM40 14
c
Kos laporan perubatan dari KPJ Specialist Hospital Johor = 15 RM270 16
d
Kos laporan pakar dari Mahkota Medical Centre = RM1,440 17
e
Dokumen-dokumen polis dan carian JPJ = RM100 18 S/N t9VcaZd5tkq69qmgtkK3vA
f
Kos perbelanjaan hospital swasta = RM77,501.55 1
g
Kos kehilangan punca masa depan/kos kehilangan 2 keupayaan bekerja masa depan (Tanpa faedah) = 3 RM15,000 4
h
Kos rawatan/ pembedahan masa depan (Tanpa faedah) = 5 RM7,500 6 Jumlah keseluruhan gantirugi khas adalah sebanyak RM102,061.55 7 8 Dan seterusnya adalah dihakimi bahawa selepas mengambil kira isu 9 liabiliti, Defendan Pertama, Defendan Kedua, Defendan Ketiga dan 10 Defendan Keempat dihakimi membayar kepada Plaintif gantirugi am 11 sebanyak RM65,000 (iaitu 100% daripada RM65,000) dan gantirugi 12 khas sebanyak RM102,061.55 (iaitu 100% daripada RM102,061.55). 13 14 Dan seterusnya Defendan Pertama, Defendan Kedua, Defendan Ketiga 15 dan Defendan Keempat dihakimi membayar kepada Plaintif faedah 5% 16 setahun ke atas gantirugi khas dari tarikh kemalangan sehingga tarikh 17 penghakiman. 18 19 S/N t9VcaZd5tkq69qmgtkK3vA Dan seterusnya Defendan Pertama, Defendan Kedua, Defendan Ketiga 1 dan Defendan Keempat dihakimi membayar kepada Plaintif faedah 5% 2 setahun ke atas gantirugi am dari tarikh penyampaian writ saman 3 sehingga tarikh penghakiman. 4 5 Dan selanjutnya adalah dihakimi Defendan Pertama, Defendan Kedua, 6 Defendan Ketiga dan Defendan Keempat membayar kepada Plaintif 7 faedah pada kadar 5% setahun ke atas keseluruhan jumlah 8 penghakiman dari tarikh penghakiman sehingga tarikh penyelesaian 9 penuh. 10 11 Seterusnya jumlah penghakiman yang akan dibayar kepada Plaintif- 12 Plaintif itu hendaklah dibayar ke atas akaun pelanggan Tetuan The Law 13 Chambers of Sakila. 14 15 Kos mengikut skala. 16 17 18 19 S/N t9VcaZd5tkq69qmgtkK3vA 6 1 2 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KOTA TINGGI 3 DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM, MALAYSIA 4 GUAMAN SIVIL NO: JH-A51KJ-2-04/2022 5 6 SAFIUDDIN ISYRAQ BIN ABDUL AZIZ 7 (NO. K/P: 980222-01-5555) …PLAINTIF 8 9 DAN 10 11 1. PENGARAH/KETUA JURUTERA DAERAH 12 13 2. 14 3. KERAJAAN NEGERI JOHOR 15 4. PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI JOHOR 16 5. PENGURUS TETO ENGINEERING SDN BHD 17 S/N t9VcaZd5tkq69qmgtkK3vA 1 6. TETO ENGINEERING SDN BHD 2 3 …DEFENDAN-DEFENDAN 4 5 PENGHAKIMAN 6 7 A. LATAR BELAKANG KES SECARA RINGKAS 8 9 1. Di dalam kes ini, Plaintif telah membawa tuntutan gantirugi 10 terhadap Defendan-Defendan akibat kejadian yang berlaku pada 6 Ogos 11 2021 lebih kurang jam 3 petang. Semasa kejadian, Plaintif sedang 12 menunggang motosikal no. pendaftaran JNC 9867 dari Ulu Tiram 13 menuju ke Felda Sungai Mas, Kota Tinggi. Ketika tiba di jalan masuk ke 14 Teluk Sengat, sebatang pokok telah tiba-tiba tumbang dan 15 menghempap Plaintif. Plaintif mengalami kecederaan akibat kejadian 16 tersebut dan dihantar ke Hospital Kota Tinggi. 17 18 S/N t9VcaZd5tkq69qmgtkK3vA 8 2. Plaintif menghujahkan, antara lain, bahawa menjadi 1 tanggungjawab Defendan Pertama dan Defendan Kedua untuk 2 menjamin keselamatan bagi setiap pengguna jalan raya di 3 Semenanjung Malaysia termasuk Plaintif. Defendan Keenam pula, 4 melalui perjanjian konsesi, telah dilantik oleh Defendan Pertama dan 5 Defendan Kedua bagi menyelenggara jalan-jalan yang diperuntukkan 6 dan ditetapkan dalam perjanjian konsesi tersebut. 7 8 3. Defendan Pertama sehingga Defendan Keempat pula 9 menghujahkan, antara lain, bahawa koordinat tempat kejadian tidak 10 dibuat pengesahan atau semakan lanjut oleh Pejabat Tanah dan Daerah 11 Kota Tinggi. Selain itu, isu integriti gambar-gambar tempat kejadian turut 12 dibangkitkan kerana tidak diambil oleh pihak polis. 13 14 4. Manakala Defendan Keenam pula menghujahkan, antara lain, 15 bahawa pokok tumbang tersebut terletak dan/atau ditanam di padang 16 awam yang di bawah jagaan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor dan 17 diselenggara oleh Pegawai Daerah Kota Tinggi. 18 19 S/N t9VcaZd5tkq69qmgtkK3vA 9 5. Saksi-saksi yang telah memberikan keterangan dalam kes ini 1 adalah sebanyak 5 orang iaitu: 2 3 i. Sarjan Jasni Bin Yaakub – Penolong Pegawai Penyiasat 4 (SP1) 5 ii. Mohamed Afiq Bin Zubir – Penolong Pentadbir Tanah (SP2) 6 iii. Safiuddin Isyraq Bin Abdul Aziz – Plaintif (SP3) 7 iv. Mohd Shahrizan Bin Zahir – Penolong Jurutera Kanan 8 Jabatan Kerja Raya (SD1) 9 v. Sheih Saiful Bin Sheih Mansoor – Penyelia TETO 10 Engineering (SD2) 11 12 B. KEPUTUSAN MAHKAMAH ATAS ISU LIABILITI 13 14 6. Setelah mendengar dan menilai keterangan saksi-saksi, meneliti 15 ekshibit-ekshibit yang dikemukakan dan menimbang penghujahan 16 kesemua pihak, Mahkamah memutuskan Defendan Pertama, Defendan 17 Kedua, Defendan Ketiga dan Defendan Keempat menanggung 100% 18 liabiliti. 19 S/N t9VcaZd5tkq69qmgtkK3vA 10 7. Mahkamah juga menolak tuntutan Plaintif terhadap Defendan 1 Keenam dalam kes ini. Tuntutan terhadap Defendan Kelima telah ditarik 2 balik oleh Plaintif memandangkan Defendan Keenam mewakili 3 Defendan Kelima. Kos yang dibenarkan adalah mengikut skala. 4 5 8. Rayuan ini adalah rayuan oleh pihak Defendan-Defendan yang 6 tidak berpuas hati terhadap keseluruhan keputusan Mahkamah ini 7 mengenai isu liabiliti dan kuantum. 8 9 Beban Pembuktian 10 11 9. Adalah menjadi prinsip undang-undang yang mantap (‘trite law”) 12 bahawa beban pembuktian di dalam kes sivil adalah terletak di bahu 13 Plaintif untuk membuktikan tuntutannya atas imbangan kebarangkalian. 14 Prinsip ini dapat dilihat dengan jelas di dalam kes sivil yang melibatkan 15 kemalangan, di mana, beban pembuktian sentiasa terletak di bahu pihak 16 Plaintif untuk membuktikan kecuaian pihak Defendan-Defendan dan 17 bukanlah menjadi tugas Defendan-Defendan untuk membuktikan 18 mereka tidak cuai. 19 20 S/N t9VcaZd5tkq69qmgtkK3vA 11 10. Beban pembuktian ini juga diperuntukkan dengan jelas di bawah 1 Seksyen 101 Akta Keterangan 1950 seperti berikut: 2 3 “101. (1) Whoever desires any court to give judgment as to 4 any legal right or liability, dependent on the existence of facts 5 which he asserts, must prove that those facts exist.
2
When a person is bound to prove the existence of any 7 fact, it is said that the burden of proof lies on that person.” 8 9 11. Selanjutnya, Seksyen 102 Akta Keterangan 1950 turut 10 memperuntukkan seperti berikut: 11 12 “102. The burden of proof in a suit or proceeding lies on that 13 person who would fail if no evidence at all were given on 14 either side.” 15 16 12. Untuk maksud yang lebih jelas bagi peruntukan Seksyen 101 17 Akta Keterangan 1950 ini, Mahkamah ini telah merujuk kepada kes 18 TENAGA NASIONAL BHD V. PERWAJA STEEL SDN BHD [1995] 4 19 S/N t9VcaZd5tkq69qmgtkK3vA MLJ 673, di mana Hakim Low Hop Bing (pada masa itu) menyatakan 1 seperti berikut: 2 3 “Under section 101(1) of the Evidence Act 1950, whoever 4 desires the court to give judgment as to any legal right or 5 liability, dependent on the existence of facts which he asserts, 6 must prove that those facts exist. In other words, the plaintiff 7 must prove such facts as the plaintiff desires the court to give 8 judgment as to its right to claim against the defendant or the 9 defendant's liability to pay the plaintiff. The burden of proof is 10 on the plaintiff: s. 101(2). In order to succeed here, the 11 plaintiff must prove its claim affirmatively.” 12 13 13. Sebagai tambahan, Mahkamah ini turut merujuk kes MOHD 14 YUSOF BIN MOHD RAKIM & ANOR VS SHANTA A/P PERIASAMY & 15 ANOR [2006] 5 MLJ 251 at 257, di mana VT Singham J telah 16 memutuskan seperti berikut: 17 18 “It is important to be reminded that there is no duty on the 19 part of the first defendant in the instant appeal to prove that 20 S/N t9VcaZd5tkq69qmgtkK3vA he is not negligent for the accident until the plaintiffs have 1 established negligence against the first defendant which the 2 plaintiffs have failed” 3 4 14. Berdasarkan peruntukan Seksyen-Seksyen serta nas-nas 5 perundangan yang dirujuk, beban pembuktian adalah terletak di bahu 6 Plaintif dan tidak pernah berpindah kepada Defendan-Defendan. Adalah 7 menjadi tanggungjawab Plaintif untuk membuktikan kesnya. 8 9 15. Oleh yang demikian, di dalam memutuskan isu liabiliti, Mahkamah 10 ini perlu menentukan terlebih dahulu sama ada Plaintif telah berjaya 11 membuktikan kecuaian pihak Defendan-Defendan dalam kemalangan ini. 12 Hanya setelah kecuaian berjaya dibuktikan terhadap Defendan- 13 Defendan, barulah Mahkamah ini memutuskan seterusnya sama ada 14 Plaintif telah menyumbang cuai dalam kemalangan ini. 15 16 Penelitian Isu Liabiliti 17 18 16. Di dalam kes ini terdapat dua versi yang berbeza dari kedua-dua 19 belah pihak terutamanya mengenai koordinat tempat kejadian dan sama 20 S/N t9VcaZd5tkq69qmgtkK3vA ada pokok tumbang tersebut terletak dan/atau ditanam di dalam 1 kawasan bidang kuasa Defendan Pertama sehingga Keempat atau di 2 dalam kawasan bidang kuasa Defendan Keenam. Memandangkan 3 terdapat percanggahan di antara versi Plaintif dan Defendan-Defendan, 4 Mahkamah perlu meneliti versi manakah yang lebih berkemungkinan 5 atau tidak berkemungkinan (inherently probable or improbable) 6 bersandarkan kepada keterangan-keterangan yang ada. 7 8 17. Mahkamah ini merujuk kepada kes TABARANI MOHD ARSHAD 9 V CHAN TEN YEU [1993] 3 CLJ 1888, di mana diputuskan bahawa: 10 11 “When confronted with two conflicting versions, the duty of 12 the trial court was to consider which version was inherently 13 probable or improbable. The trial court should have been 14 more meticulous and considered other probable versions 15 provided they were within the scope and ambit of the 16 pleadings and supportable by admissible evidence including 17 the neutral ones. This approach provides a wide leverage for 18 the trial court to manoeuvre bearing in mind, always, the 19 testimony of the credible witnesses.” 20 S/N t9VcaZd5tkq69qmgtkK3vA 15 1 18. Secara asasnya, Mahkamah ini mendapati bahawa Plaintif dan 2 Defendan-Defendan masing-masing mempertikaikan bahawa kejadian 3 yang berlaku adalah disebabkan oleh kecuaian masing-masing. 4 5 19. Mahkamah ini telah meneliti keterangan-keterangan dalam kes ini 6 terutamanya keterangan SD1 iaitu Penolong Jurutera Kanan Jabatan 7 Kerja Raya. Berdasarkan siasatan SD1, yang mewakili pihak Jabatan 8 Kerja Raya dan telah melawat tapak kejadian tersebut, mengesahkan 9 bahawa koordinat pokok yang tumbang adalah berada di kawasan rizab 10 awam dan bukannya kawasan rizab jalan. SD1 juga telah mengesahkan 11 kawasan seliaan dan/atau selenggara Defendan Keenam adalah terhad 12 kepada jalan-jalan negeri yang terletak dalam kawasan konsesi. 13 14 20. SP2 iaitu Penolong Pentadbir Tanah, telah sahkan bahawa 15 Padang Awam Teluk di mana pokok tumbang tersebut terletak dan/atau 16 ditanam adalah di bawah jagaan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor 17 serta diselenggara oleh Pegawai Daerah Kota Tinggi. Keterangan SP2 18 juga turut disokong oleh SD1 di mana SD1 telah mengesahkan bahawa 19 Padang Awam Teluk Sengat merupakan tanah yang diluluskan di Warta 20 S/N t9VcaZd5tkq69qmgtkK3vA Kerajaan Negeri Johor dalam bahagian nombor 481/2008, yang mana 1 padang tesebut adalah di bawah jagaan dan/atau bidang kuasa 2 Pegawai Daerah Kota Tinggi 3 4 21. Berdasarkan keterangan yang dirujuk di atas, Mahkamah 5 berpandangan bahawa Mahkamah ini boleh menerima keterangan SD1 6 dan SP2 mengenai koordinat tempat kejadian dan sama ada pokok 7 tumbang tersebut terletak dan/atau ditanam di dalam kawasan bidang 8 kuasa Defendan Pertama sehingga Keempat atau di dalam kawasan 9 bidang kuasa Defendan Keenam. 10 11 22. Berdasarkan penelitian Mahkamah ini, terdapat keterangan yang 12 mencukupi untuk Mahkamah ini memutuskan bahawa pokok tumbang 13 tersebut terletak dan/atau ditanam di dalam kawasan bidang kuasa 14 Defendan Pertama sehingga Keempat di mana semasa kejadian, Plaintif 15 yang sedang menunggang motosikal no. pendaftaran JNC 9867 dari Ulu 16 Tiram menuju ke Felda Sungai Mas, Kota Tinggi telah dihempap oleh 17 pokok tersebut yang tiba-tiba tumbang ketika Plaintif tiba di jalan masuk 18 ke Teluk Sengat menyebabkan Plaintif mengalami kecederaan dan 19 dihantar ke Hospital Kota Tinggi. 20 S/N t9VcaZd5tkq69qmgtkK3vA 17 23. Setelah Plaintif berjaya membuktikan bahawa kejadian berpunca 1 daripada pokok tumbang yang terletak dan/atau ditanam di dalam 2 kawasan bidang kuasa Defendan Pertama sehingga Keempat, maka 3 Mahkamah ini seterusnya perlu memutuskan sama ada Plaintif telah 4 menyumbang cuai dalam kemalangan ini. 5 6 24. Berkenaan prinsip sumbang cuai ini, Mahkamah ini telah merujuk 7 kes LAI YEW SEONG VS CHAN KIM SANG [1987] CLJ REP 151; 8 [1987] 1 CLJ 352, di mana Mahkamah Agong telah memutuskan seperti 9 berikut: 10 11 “…negligent as used in the expression 'contributory 12 negligence,' does not mean breach of duty. It means the 13 failure by the person to use reasonable care for the safety of 14 himself or his property so that he becomes the author of his 15 own wrong.”. 16 17 25. Dalam kes SITI ATHIRAH MOHD SAPUAN V. RAZANATUL AIN 18 HASSAN & ANOR [2015] 6 CLJ 295, Mahkamah Rayuan memutuskan 19 bahawa: 20 S/N t9VcaZd5tkq69qmgtkK3vA 18 1 “The claim, being a claim for the tort of negligence, the 2 appropriate approach to be taken by the SCJ, first and 3 foremost, was to make a finding of mixed fact and law 4 whether or not the first defendant had breached her legal 5 duty of care towards the plaintiff. Only once negligence has 6 been established against the first defendant should the SCJ 7 proceed to determine contributory negligence on the part of 8 the plaintiff.” 9 10 26. Keterangan keseluruhan dalam kes ini telah membantu 11 Mahkamah ini memutuskan bahawa kemalangan tidak berpunca 12 daripada kecuaian Plaintif yang hanya menunggang motosikal no. 13 pendaftaran JNC 9867 dari Ulu Tiram menuju ke Felda Sungai Mas, 14 Kota Tinggi sebelum dihempap oleh pokok tersebut yang tiba-tiba 15 tumbang ketika Plaintif tiba di jalan masuk ke Teluk Sengat. 16 17 27. Mahkamah ini merujuk kes SABRI ABDUL TALIB AND VT 18 LOGISTICS (M) SDN. BHD. V. TIONG MEE KOOI [2021] 1 LNS 2275, 19 di mana Evrol Mariette Peters J, menyatakan bahawa: 20 S/N t9VcaZd5tkq69qmgtkK3vA 19 1 “The standard of proof on the Plaintiff to prove his claim was 2 on a balance of probabilities. The term ‘balance of 3 probabilities’ was described in Miller v. Minister of Pensions 4 [1947] 2 All ER 372 by Denning J (as he then was) as ‘more 5 probable than not’ and which is ‘not so high as required in a 6 criminal case…but if the probabilities are equal, it is not 7 discharged’. The standard, therefore, does not allow for any 8 guesswork, speculation, surmise, or conjecture. Miller v. 9 Minister of Pensions has been assimilated into Malaysian 10 jurisprudence through several cases, including Inas Faiqah 11 bt Mohd Helmi (an infant suing through her father and next 12 friend, Mohd Helmi bin Abdul Aziz) v. Kerajaan Malaysia & 13 Ors [2016] 2 MLJ 1.”. 14 15 28. Berdasarkan perkara-perkara yang telah dinyatakan di atas, 16 Mahkamah memutuskan bahawa, di atas imbangan kebarangkalian, 17 Mahkamah memutuskan Defendan Pertama, Defendan Kedua, 18 Defendan Ketiga dan Defendan Keempat menanggung 100% liabiliti. 19 20 S/N t9VcaZd5tkq69qmgtkK3vA 20 29. Mahkamah juga menolak tuntutan Plaintif terhadap Defendan 1 Keenam dalam kes ini. Tuntutan terhadap Defendan Kelima telah ditarik 2 balik oleh Plaintif memandangkan Defendan Keenam mewakili 3 Defendan Kelima. Manakala kos yang dibenarkan adalah mengikut 4 skala. 5 6 C. KEPUTUSAN MAHKAMAH ATAS ISU KUANTUM 7 8 Gantirugi Am 9 10 30. Dalam mempertimbangkan gantirugi am yang sewajarnya bagi 11 Plaintif-Plaintif, Mahkamah ini merujuk kepada prinsip undang-undang 12 mengenai gantirugi am sebagaimana yang telah diputuskan di dalam 13 kes KU JIA SHIUEN (AN INFANT SUING THROUGH HER MOTHER 14 AND NEXT FRIEND, TAY PEI HOON) & ANOR V GOVERNMENT OF 15 MALAYSIA & ORS [2013] 4 MLJ 108, di mana Mahkamah telah 16 menyatakan seperti berikut: 17 18 “It is settled law that damages in tort are not meant to be 19 punitive; neither a reward. Damages are meant to be a 20 S/N t9VcaZd5tkq69qmgtkK3vA form of compensation that will give the injured party 1 reparation for the wrongful act so far as money can 2 compensate. It is not meant to enrich the injured party. 3 Therefore, the compensation must by fair, reasonable and 4 adequate but not excessive (Yang Salbiah & Anor v Jamil bin 5 Harun [1981] 1 MLJ 292) The aim is to put the injured party 6 back as it were, as far as possible to his original position 7 prior to the tortuous act which caused the damage 8 (Shanmugam a/l Gopal v Zinal Abidin bin Nazim & Anor 9 [2003] 3 MLJ 76; Ong Ah Long v Dr S Underwood [1983] 2 10 MLJ 324 (FC)). 11 12 31. Mahkamah ini turut merujuk kepada kes ONG AH LONG V DR S 13 UNDERWOOD (1983) CLJ REP 300 di mana Mahkamah mengatakan 14 seperti berikut: 15 16 “It has to be borne in mind that damages for personal injuries 17 are not punitive and still less a reward. They are simply 18 compensation that will give the injured party reparation 19 for the wrongful act and for all the natural and direct 20 consequences of the wrongful act, so far as money can 21 S/N t9VcaZd5tkq69qmgtkK3vA compensate. …The award under general damages should 1 be a global sum commensurate with the injury sustained and 2 not a full compensation which might result in ruinous 3 consequences to the defendant.” 4 5 32. Dalam mempertimbangkan gantirugi am yang sewajarnya bagi 6 Plaintif-Plaintif, Mahkamah ini turut merujuk kepada Revised 7 Compendium of Personal Injury Award bertarikh 16 Oktober 2018. 8 Meskipun Mahkamah ini merujuk kepada Revised Compendium of 9 Personal Injury Award bertarikh 16 Oktober 2018 tersebut, Mahkamah 10 ini memahami bahawa Revised Compendium of Personal Injury Award 11 bertarikh 16 Oktober 2018 tersebut merupakan satu garis panduan. 12 Justeru itu, Mahkamah ini tidak terikat secara ketat dengan jumlah yang 13 dinyatakan di dalam Revised Compendium of Personal Injury Award 14 bertarikh 16 Oktober 2018 tersebut. 15 16 33. Pemahaman ini adalah berdasarkan kes ABDUL WAFFIY BIN 17 WAHUBBI & ANOR VAK NAZARUDDIN BIN AHMAD [2017] MLJU 18 761 di mana Mahkamah Tinggi menyatakan seperti berikut: 19 20 S/N t9VcaZd5tkq69qmgtkK3vA “I would also venture to say that it is the duty of counsel on 1 both sides to guide the court to make an award which falls 2 within the range as provided in the Compendium. Of course, 3 even then there has to be medical evidence to support an 4 award which leans towards either the higher or lower end of 5 the range. Having said that, I do accept that the 6 Compendium is not a statutory code but only a guideline 7 which does not fetter the court’s discretion and that the 8 court is, subject to exceptional factual circumstances, at 9 liberty to depart from the Compendium. But, it would take 10 compelling and extenuating facts (medical evidence) to 11 persuade a court to depart from the Compendium. Otherwise, 12 the Compendium will be rendered useless in so far achieving 13 consistency in awards for damages for personal injuries.” 14 15 34. Plaintif dan Defendan-Defendan turut membuat rujukan terhadap 16 nas-nas perundangan dalam membantu Mahkamah ini 17 mempertimbangkan gantirugi am yang sewajarnya bagi Plaintif dalam 18 kes ini. Di dalam membuat rujukan terhadap nas-nas perundangan 19 tersebut, Mahkamah ini sentiasa dipandu oleh kes LAW KOK LEONG & 20 ANOR V NOR HAPIZA BINTI ABU HASSAN (WIFE TO THE 21 S/N t9VcaZd5tkq69qmgtkK3vA DECEASED, ABDUL MANAP BIN HAMID) [2017] 1 PIR [3] di mana 1 Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa: 2 3 “The amount awarded by the SCJ for damages was not 4 entirely excessive. The awards were given by referring to 5 and being guided by recent cases” 6 The defendants had proposed the sum of RM220,000.00 in 7 the Sessions Court, and are maintaining the same figure in 8 this appeal. It was submitted that the award of 9 RM300,000.00 by the Sessions Court was excessive, 10 particularly as the maximum award set out in the Revised 11 Compendium of Personal Injury Awards is RM220,000.00. 12 I am disinclined to disturb the award, as the learned SCJ 13 had referred to the awards given in recent cases and 14 was guided by them. He also correctly pointed out that 15 the Compendium is merely a guideline, and that he was 16 not bound to adhere to the amount set out in it.” 17 18 19 20 S/N t9VcaZd5tkq69qmgtkK3vA Penelitian Isu Kuantum 1 2 35. Bagi gantirugi am kepada Plaintif, Mahkamah ini memberikan 3 gantirugi am seperti berikut: 4 1. Gantirugi Am 5
a
Close left communited midshaft femur fracture 6 with 1.5 cm shortening, (stiffness and weakness and 7 reduced power of hip, knee, ankle, subtalar joint and 8 toes) = RM45,000 9
b
Left 4th metacarpal bone = RM5,000 10
c
Multiple scars = RM10,000 11
d
Muscles wasting of left thigh and calf = 12 RM5,000 13 Jumlah keseluruhan gantirugi am adalah sebanyak RM65,000 14 15 36. Mahkamah ini telah merujuk nas perundangan yang telah 16 dikemukakan oleh pihak-pihak di dalam kes ini serta mengambil kira 17 jumlah yang dinyatakan di dalam Revised Compendium of Personal 18 Injury Award bertarikh 16 Oktober 2018. Mahkamah mengimbangi 19 S/N t9VcaZd5tkq69qmgtkK3vA faktor-faktor ini dan berpandangan bahawa jumlah yang wajar telah 1 diberikan kepada Plaintif dalam kes ini. Jumlah ini turut mengambil kira 2 faktor bahawa kes ini diselesaikan pada tahun 2025. 3 4 Gantirugi Khas 5 6 38. Dalam mempertimbangkan gantirugi khas yang sewajarnya bagi 7 Plaintif dalam kes ini, Mahkamah ini merujuk kepada prinsip undang- 8 undang mengenai gantirugi khas sebagaimana yang telah diputuskan di 9 dalam kes SAM WUN HOONG V KADER IBRAMSHAH (1981) 1 MLJ 10 295 yang memutuskan seperti berikut: 11 12 “Special damage consists of out-of-pocket expenses, such 13 as hospital bills and actual losses of earning during period of 14 total incapacity, and is generally capable of substantially 15 exact calculation.” 16 17 39. Mahkamah ini turut merujuk kepada kes TUMBUNG ANAK 18 NAKIS & ANOR V CHRISTOPHER ANAK BANDI@JOSNY (2018) 1 19 LNS 1514 yang memutuskan seperti berikut: 20 S/N t9VcaZd5tkq69qmgtkK3vA 27 1 “…lest it be forgotten, the claim under this head is a claim 2 under special damages, the Plaintiff is required not only to 3 plead precisely but also to prove it. The Plaintiff is 4 expected to provide evidence so that the Court can then 5 decide the reasonable costs which had been reasonably 6 incurred by the Plaintiff as pre-trial loss arising from the injury. 7 The Plaintiff cannot simply throw a figure at the court and 8 expect the Court to award the asserted sum as special 9 damages or to pluck a figure in the air.” 10 11 Penelitian Isu Kuantum 12 13 40. Bagi gantirugi khas kepada Plaintif, Mahkamah ini memberikan 14 gantirugi khas seperti berikut:
a
Kos perjalanan keluarga Plaintif untuk melawat palintif 16 di hospital dan untuk Plaintif mendapatkan rawatan 17 pesakit luar/rawatan lanjut = RM210 18
b
Kos laporan perubatan dari Hospital Kota Tinggi = 19 RM40 20 S/N t9VcaZd5tkq69qmgtkK3vA
c
Kos laporan perubatan dari KPJ Specialist Hospital 1
d
Kos laporan pakar dari Mahkota Medical Centre = 3 RM1,440 4
e
Dokumen-dokumen polis dan carian JPJ = RM100 5
f
Kos perbelanjaan hospital swasta = RM77,501.55 6
g
Kos kehilangan punca masa depan/kos kehilangan 7 keupayaan bekerja masa depan (Tanpa faedah) = 8 RM15,000 9
h
Kos rawatan/ pembedahan masa depan (Tanpa faedah) 10 = RM7,500 11 Jumlah keseluruhan gantirugi khas adalah sebanyak RM102,061.55 12 13 41. Mahkamah ini berpandangan bahawa jumlah di atas adalah wajar 14 diberikan kepada Plaintif dalam kes ini di mana jumlah gantirugi khas 15 tersebut adalah jumlah melibatkan kos-kos laporan berkaitan dan kos 16 perubatan yang telah ditanggung atau dijangka akan ditanggung oleh 17 Plaintif. 18 19 S/N t9VcaZd5tkq69qmgtkK3vA 29 42. Bagi kos-kos yang telah ditanggung dan dibayar oleh Plaintif, 1 Mahkamah ini tidak membuat sebarang penolakan 1/3 terhadap kos-kos 2 tersebut. Namun bagi kos-kos yang dijangka akan ditanggung oleh 3 Plaintif pada masa hadapan, Mahkamah ini telah membuat penolakan 4 1/3 terhadap kos-kos tersebut. 5 6 43. Justeru itu, Mahkamah ini memerintahkan bahawa, selepas 7 mengambil kira isu liabiliti, Defendan Pertama, Defendan Kedua, 8 Defendan Ketiga dan Defendan Keempat dihakimi membayar kepada 9 Plaintif gantirugi am sebanyak RM65,000 (iaitu 100% daripada 10 RM65,000) dan gantirugi khas sebanyak RM102,061.55 (iaitu 100% 11 daripada RM102,061.55). 12 13 44. Mahkamah ini juga memerintahkan Defendan Pertama, Defendan 14 Kedua, Defendan Ketiga dan Defendan Keempat dihakimi membayar 15 kepada Plaintif faedah 5% setahun ke atas gantirugi khas dari tarikh 16 kemalangan sehingga tarikh penghakiman. 17 18 45. Seterusnya, Mahkamah ini memerintahkan Defendan Pertama, 19 Defendan Kedua, Defendan Ketiga dan Defendan Keempat dihakimi 20 S/N t9VcaZd5tkq69qmgtkK3vA membayar kepada Plaintif faedah 5% setahun ke atas gantirugi am dari 1 tarikh penyampaian writ saman sehingga tarikh penghakiman. 2 3 46. Selanjutnya, Mahkamah ini memerintahkan Defendan Pertama, 4 Defendan Kedua, Defendan Ketiga dan Defendan Keempat dihakimi 5 membayar kepada Plaintif faedah pada kadar 5% setahun ke atas 6 keseluruhan jumlah penghakiman dari tarikh penghakiman sehingga 7 tarikh penyelesaian penuh. 8 9 47. Mahkamah berpandangan bahawa kadar faedah ini adalah jumlah 10 yang wajar diberikan kepada Plaintif-Plaintif dalam kes ini. Jumlah ini 11 turut mengambil kira faktor bahawa kes ini diselesaikan pada tahun 12
2025
Kos adalah mengikut skala. 13 14 C. KESIMPULAN 15 16 48. Di dalam kes ini setelah Mahkamah mendengar keterangan 17 bersumpah dari saksi-saksi, meneliti dokumen-dokumen dan ekhibit- 18 eksibit berkaitan yang telah dikemukakan serta membaca hujahan- 19 hujahan bertulis yang telah difailkan oleh kedua-dua pihak, maka atas 20 S/N t9VcaZd5tkq69qmgtkK3vA beban imbangan kebarangkalian dan prinsip undang-undang yang ada 1 Mahkamah berpendapat bahawa keputusan yang diberikan adalah adil 2 dan munasabah serta mengikut undang-undang. 3 4 Sekian, terima kasih. 5 6 Hayda Faridzal Bin Abu Hasan 7 Hakim Mahkamah Sesyen 8 Kota Tinggi 9 Bertarikh: 1 April 2026 10 11 12 13 14 15 16 17 S/N t9VcaZd5tkq69qmgtkK3vA
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.