Lampiran
lampiran 4 muka surat 57 pdf), manakala tuntutan balas Defendan terhadap Plaintif ditolak. Latarbelakang [2] Pada 10.5.2013, Defendan telah berjaya mengemukakan tender untuk kontrak bagi “Proposed Upgrading of Electrical Tension System Consisting of Switchgear, Ring Main Unit, Transformer & LV Main Switchboard Installation and Other Related Works at Galleria Kotaraya, Johor Bharu for M/s Damansara Assets Sdn Bhd (DASB)” yang dimasuki di antara Defendan dan DASB (lihat: lampiran 4 muka surat 32 kontrak bertarikh 26.9.2013). [3] Fakta yang tidak dipertikaikan ialah Plaintif telah menerima tawaran daripada Defendan sebagai subkontraktor untuk projek ini. Isu yang dipertikaikan ialah sama ada jumlah RM855,823.33 ini adalah hasil daripada satu tekad (pilihan perkataan oleh Plaintif di dalam Penyata Tuntutan) ataupun “determination” yang dipersetujui oleh Defendan atas satu pesanan pembelian bertarikh 16.5.2013 tersebut yang dikeluarkan Defendan bersabit satu penamatan kontrak melalui surat bertarikh 31.12.2014. Pesanan pembelian ini berbangkit daripada satu sebut harga S/N aaT1ze/fsk63e5kTsdy7pQ oleh Plaintif untuk sejumlah RM3,310,678.00 bagi kerja-kerja sub kontrak berkaitan. [4] Defendan telah menerima sebutharga Plaintif bertarikh 13.5.2013 dengan mengeluarkan satu pesanan pembelian No. SHSB/PO/0337/2013 bertarikh 16.5.2013. Plaintif telah memulakan kerja-kerja menurut sub kontrak tetapi akibat daripada kelewatan di bawah kontrak utama yang bukan disebabkan oleh Plaintif (dapatan Mahkamah ini ialah fakta kelewatan kerja dalam kontrak utama adalah selari dengan kandungan surat bertarikh 31.12.2014 tersebut yang diperakui oleh Defendan melalui tandatangan penerimaan dalam surat yang sama), mengakibatkan berlaku kegagalan di pihak Plaintif untuk menyiapkan kerja-kerja. [5] Akibat daripada kelewatan dalam kontrak utama, yang membawa kepada perbincangan pada 18.12.2014 dan hasilnya, Defendan telah bersetuju untuk “menekad” (determine) sub kontrak bersama Plaintif, dengan Defendan mengambil alih kerja-kerja Plaintif. Seterusnya, melalui surat bertarikh 31.12.2014, terdapat persetujuan kedua-dua pihak untuk penamatan pesanan pembelian tersebut (lihat: “Fakta yang Dipersetujui” di lampiran 4 mukasurat 12 dan surat bertarikh 31.12.2014 ini di lampiran 4 mukasurat 125 pdf). [6] Di bawah “penekad” yang dipersetujui, Defendan akan membayar Plaintif secara “back to back basis with DASB” (iaitu Defendan akan membayar Plaintif apabila dibayar oleh DASB) bagi perkhidmatan dan bahan-bahan yang dibekalkan Plaintif (yang dinyatakan di dalam surat ini sebagai RM783,384.67) sehingga tarikh “penekadkan” 19.12.2014. Dengan bersandarkan “statement of accounts” di bawah Apendiks 1 dan S/N aaT1ze/fsk63e5kTsdy7pQ salinan invois no. 00920 serta “Application Certificate for Payment”, menjadikan jumlah tertunggak sebanyak RM1,061,973.33 (malangnya apendiks 1 tidak dilampirkan bersama surat 31.12.2014 dalam Rekod Rayuan lampiran 4 ini namun perakuan melalui tandatangan oleh Defendan pada surat yang sama, bermaksud Defendan tidak mempertikaikannya). [7] Menurut Alasan Penghakiman Hakim Bicara, beberapa siri bayaran telah dibuat oleh Defendan kepada Plaintif pada 23.10.2014, 19.12.2014, 17.4.2015 dan 25.5.2015 masing-masing untuk jumlah RM278,588.66, RM783,384.67, RM47,500.00 dan RM158,650.00. Walau bagaimanapun, Mahkamah ini mendapati hanya 2 voucher bayaran yang dikemukakan (lihat para 9 Alasan Penghakiman ini). Melalui surat bertarikh 31.12.2014 ini juga, adalah jelas Defendan menyatakan persetujuan kepada “penekadkan” kerja kontrak di bawah pesanan pembelian Defendan beserta syarat tiada tuntutan selanjutnya daripada Plaintif mahupun Defendan, melainkan bersabit jumlah tertunggak, dengan Defendan menurunkan perakuan persetujuan kepada penekadkan ini (lihat: lampiran 4 muka surat 126 pdf.) [8] Mahkamah ini juga mendapati pada 1.10.2015, Plaintif telah memberhentikan perniagaannya di Malaysia menurut seksyen 340 Akta Syarikat 19651 (lihat: lampiran 4 muka surat 84 pdf) tetapi menurut SP2 1 Section 340. Cesser of business in Malaysia. (1) If a foreign company ceases to have a place of business or to carry on business in Malaysia, it shall, within seven days after so ceasing, lodge with the Registrar notice of that fact, and as from the day on which the notice is so lodged its obligation to lodge any document (not being a document that ought to have been lodged before that day) with the Registrar shall cease, and the Registrar shall, upon the expiration of twelve months after lodging of the notice, remove the name of that foreign company from the register. (2) … (3) … (4) … S/N aaT1ze/fsk63e5kTsdy7pQ Masahiko, Plaintif menutup operasinya di Malaysia pada 30.6.2018 (Mahkamah ini berpendapat tarikh di Penyata saksi SP2, 30.6.2015 adalah kesilapan menaip: lihat lampiran 4 muka surat 21 pdf.) dan menurut SP2 lagi, telah menutup Pejabat Plaintif di Malaysia pada 16.10.2018. Tarikh ini berdasarkan surat Lembaga Hasil pada 16.10.2018 yang menyatakan tiada apa-apa pulangan cukai yang terakru (lihat: QA7 penyata saksi SP2 di lampiran 4 muka surat 21 pdf. Surat LHDN walau bagaimanapun tidak dikemukakan). Bayaran yang telah dibuat Defendan [9] Bersandarkan voucher bayaran yang difailkan dalam ikatan dokumen dan disediakan Defendan bertarikh 12.4.2015 dan 22.5.2015 masing-masing untuk jumlah RM47,500.00 (lihat: lampiran 4 ms 127 pdf) dan RM158,650.00 (lihat: lampiran 4 ms 128), Mahkamah mendapati jumlah telah dibayar ialah sebanyak RM206,150.00. Ini menjadikan baki tertunggak yang selari dengan keterangan SP3 seperti berikut: RM1,061,973.33 - RM206,150.00 = RM855,823.33 [10] Defendan melalui surat bertarikh 13.5.2019 (lihat: lampiran 4 ms 134 pdf.) telah memohon penjelasan bagaimana jumlah RM759,954.37 diperolehi tetapi tidak mempertikaikan jumlah RM855,823.33 yang dinyatakan sebagai jumlah tertunggak di tajuk surat. Plaintif telah menjelaskannya melalui surat bertarikh 6.3.2015 dengan merujuk persetujuan pihak-pihak bahawa tiada apa-apa tuntutan selanjutnya daripada Plaintif mahupun Defendan, melainkan bersabit jumlah (5) … (6) … (7) … S/N aaT1ze/fsk63e5kTsdy7pQ tertunggak, (lihat para 7 alasan penghakiman ini) di mana Defendan menurunkan perakuan persetujuan kepada penekadkan ini (lihat: lampiran 4 ms 144 pdf). [11] Oleh itu, dengan berpandukan kepada persetujuan kedua-dua pihak bahawa bayaran akan dibuat oleh Defendan kepada Plaintif berdasarkan “back to back basis with DASB”, maka menurut “Perakuan Siap Kerja” bertarikh Julai 2019 yang dikeluarkan oleh DASB kepada Defendan (lihat: lampiran 4 ms 105 pdf) dan Penyata Akaun Muktamad DASB kepada Defendan (lihat: lampiran 4 ms 106 pdf) bertarikh 30.6.2020 menunjukkan bayaran telah dibuat oleh DASB kepada Defendan. Malahan SP1 Pengurus Projek DASB juga mengesahkan bayaran akhir DASB kepada Defendan telah dibuat berjumlah RM219,415.92. Kes Defendan [12] Oleh itu, Defendan adalah tertakluk dengan persetujuan untuk membayar Plaintif jumlah yang terakru mengikut kiraan kerana tiada apa-apa cadangan lain untuk menunjukkan kesilapan dalam jumlah ini. Jika adapun bayaran lain yang telah dibuat oleh Defendan seperti di para 7 di atas untuk jumlah RM278,588.66 dan RM783,384.67 yang dibuat pada 23.10.2014 dan 10.12.2014 (lihat: lampiran 4 ms 123 dan ms 58 pdf), keterangan perlu datang daripada pihak Defendan untuk menjelaskan tujuan bayaran jumlah ini. [13] Defendan telah memilih untuk membuat hujahan “no case to answer”. Mahkamah ini bersetuju dengan hujahan pihak Plaintif@ Responden dengan merujuk kepada nas otoriti yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan dengan melihat S/N aaT1ze/fsk63e5kTsdy7pQ keterangan yang telah dikemukakan oleh pihak Plaintif termasuk keterangan dokumentar bahawa atas imbangan kebarangkalian, Plaintif telah berjaya membuktikan kesnya tanpa dicabar oleh pihak Defendan apabila tiada keterangan sebaliknya dikemukakan apabila mengambil pendirian “no case to answer” sedangkan keterangan kes Plaintif bukanlah suatu yang luarbiasa atau tidak munasabah dan janggal seperti “a cow jumping over the moon” (lihat: Takako Sakao (F) v Ng Pek Yuen (f) & Anor [2009] 6 MLJ 751 (MP), KSK Sawmill Sdn Bhd v FW Solutions Sdn Bhd [2020] 2 MLJ 423 (MR)). [14] Mahkamah ini memetik keputusan Hakim Lee Swee Seng JCA sebagai panduan di dalam kes KSK Sawmill Sdn Bhd (supra) yang memutuskan seperti berikut: “Whether the plaintiff’s version is more probable or the defendant’s version is more probable, is a matter that the trial judge would have to decide after the defendant’s witnesses have given evidence and subjected themselves to the plaintiff’s cross-examination through its counsel. [62] Here whilst the High Court had the benefit of the plaintiff’s explanation which is not inherently incredible nor excessively fanciful, the defendant by submitting a ‘no case to answer’ had not rebutted the plaintiff’s evidence at all”. [15] Atas alasan ini, dan dengan berpandukan prinsip yang diputuskan oleh Mahkamah di dalam kes Yong Sze Fatt v Pengkalan Securities Sdn Bhd [2010] 1 MLJ 85 (CA) di mukasurat 106-107 seperti berikut: “[64] Finally, I will now say something about the finding of facts by the High Court which has been alluded to by my learned brother S/N aaT1ze/fsk63e5kTsdy7pQ Low Hop Bing JCA. An appellate court will not readily interfere with the finding of facts arrived at by the trial court. It is trite law that the primary task of evaluation of the evidence and the function of determining where the truth lies, on a balance of probabilities, is entrusted by law to the trial court. In this appeal it is to the High Court. And the appellate court is under a duty to intervene with the finding of facts by the trial court where the trial court has so fundamentally misdirected itself that a reasonable man may safely say that no reasonable court which had properly directed itself and asked the right questions would have arrived at the same conclusion (Renal Link (KL) Sdn Bhd v Dato' Dr Harnam Singh [1997] 2 MLJ 373 at p 379; [1997] 3 AMR 2430 (CA) at p 2440D-E; Heller Factoring Sdn Bhd (previously known as Matang Factoring Sdn Bhd) v Metaico Industries (M) Sdn Bhd [1995] 2 MLJ 153; [1995] 2 AMR 1353 (CA) at pp 171H-173A; Associated Tractors Sdn Bhd v Woo Sai Wa [1997] 5 MLJ 441 at p 450F-H; and Setapak Heights Development Sdn Bhd v Tekno Kota Sdn Bhd [2006] 3 MLJ 131; [2006] 3 AMR 410; [2006] 2 CLJ 337 (CA) at p 417, at para 18)”. [16] Di dalam kes Abdul Rahim Abdul Hamid & Ors v Perdana Merchant Bankers Bhd & Ors [2006] 5 MLJ 1 (FC) di muka surat 10, menyentuh mengenai intervensi di peringkat rayuan seperti berikut: “(18) We have had to reassess the entire facts of this case, as there was precious little analysis of the evidence by the intermediate court. We find the approach of the Court of Appeal, which merely endorsed the findings of the trial judge because they were findings of fact, slightly discomfiting. We wish to state that we are well aware of the settled principle that a trial court is in a more advantageous position to make findings of fact and assessing the S/N aaT1ze/fsk63e5kTsdy7pQ credibility of witnesses, hence generally as an appellate court we will not interfere with a decision which is based on such findings of fact unless there is a clear justification for doing so. Further, a distinction has to be made between a finding on a specific fact which relies on the credibility of witnesses and a finding of fact which depends upon inferences drawn from other facts. In the latter case, an appellate court will more readily interfere with the trial judge's findings of fact and form an independent opinion, than in the case of the former (see China Airlines Ltd v Maltran Air Corp Sdn Bhd [1996] 2 MLJ 517). Having said the foregoing we are also of the view that an appellate court cannot in a peremptory fashion say, because it is an assessment of facts of a trial judge against the oral and written evidence presented before him, they are not prepared to interfere with such a finding of fact, without even making any distinction as to the nature of the findings. It is only after an analysis of the evidence afresh, and on a review of the law can such a finding be made by an appellate court. Without this approach, the endorsement of the appellate court, deserves little or no weight at all”. [17] Steve Shim CJ (Sabah and Sarawak) di dalam kes Gan Yook Chin (P) & Anor v Lee Ing Chin @ Lee Teck Seng & Ors [2005] 2 MLJ 1 (FC) di muka surat 10–11, menyatakan berhubung intervensi mahkamah yang mendengar rayuan seperti berikut: “(14) In our view, the Court of Appeal in citing these cases had clearly borne in mind the central feature of appellate intervention, ie to determine whether or not the trial court had arrived at its decision or finding correctly on the basis of the relevant law and/or the established evidence. In so doing, the Court of Appeal was perfectly entitled to examine the process of evaluation of the S/N aaT1ze/fsk63e5kTsdy7pQ evidence by the trial court. Clearly, the phrase 'insufficient judicial appreciation of evidence' merely related to such a process. This is reflected in the Court of Appeal's restatement that a judge who was required to adjudicate upon a dispute must arrive at his decision on an issue of fact by assessing, weighing and, for good reasons, either accepting or rejecting the whole or any part of the evidence placed before him. The Court of Appeal further reiterated the principle central to appellate intervention, ie that a decision arrived at by a trial court without judicial appreciation of the evidence might be set aside on appeal. This is consistent with the established plainly wrong test”. [18] Atas sandaran ini, Mahkamah telah melihat keterangan lisan dan dokumentar saksi Plaintif dengan terperinci dan memutuskan keputusan Hakim bicara bukan suatu yang “plainly wrong”, oleh itu rayuan ini tiada merit dan ditolak. -Tandatangan- (NURULHUDA NUR’AINI BINTI MOHAMAD NOR) Hakim Mahkamah Tinggi Malaya Johor Bahru Bertarikh: 17 Disember 2024 S/N aaT1ze/fsk63e5kTsdy7pQ KAUNSEL Bagi pihak Perayu/Defendan: Shahir bin Razak (Raja Noor Syuhada Raja Khairuddin bersamanya) Tetuan Shahir Khubayb & Co Peguambela & Peguamcara E-2-13, Plaza Damas Jln Sri Hartamas 1 50480 Kuala Lumpur Bagi pihak Responden/Plaintif: Christopher Khushi (Lee Eu Kong bersamanya) Tetuan Vincent Lim & Partners Peguambela & Peguamcara No. 18-3A, 3rd Floor Jalan Kampong Attap 50460 Kuala Lumpur S/N aaT1ze/fsk63e5kTsdy7pQ