Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN 4 KUALA TERENGGANU DALAM NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN (GUAMAN SIVIL NO: TA-A53KJ-32-02/2021) ANTARA SAHZAIMEE BIN ZAKARIA (NO K/P: 710918-11-5335) …PLAINTIF
TA-A53KJ-32-02/2021
Sessions Court of Malaysia1 Oct 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“osis with posterior urethral and bladder neck stenosis complicated with recurrent bladder stone, urethro cutaneous fistula dan left epididimoorchitis merujuk kes Azimi Bahari v Mohd Zaini Ahmad & Ors [2009] PILRU 15 dimana Mahkamah telah membenarkan RM50,000 bagi kecederaan perineum laceration involving anal canal (sph”
“culty in squatting during toileting. He is also unable to perform normal Muslim prayer as before’. ii. Mahkamah ini merujuk panduan di dalam keputusan Azman Bin Ibrahim & Anor And Another Application [2012] MLJU 1256, keputusan YA Roslan Abu Bakar, MTKB dalam kes Muhammad Fakhrul Ashyraff bin Kamil (seorang budak yang”
“kecederaan intramuscular hematoma left pelvic muscle, left abdominal wall muscle, left iliac fossa hematoma dan left psoas hematoma dengan merujuk kes Ahmad Basit Suri v Muhamad Hafizul Abdul Safari [2016] MLRSU 80 dimana bagi kecederaan Grade 3 anal injury, right S/N tICotqegbkCy84r5QgUEA **Note : Serial number will b”
“nts M9 berharga RM25.95 / pek; g) Oleh itu, RM884 (RM26 x 34 keping) x 12 x 26 tahun + RM275,808.00 h) Plaintif hujahkan bahawa tiada tolakan kontingensi dengan merujuk kes Zalizan Junoh v Yusuf Negl [2017] MLRHU 1478; dan kes Intan Nirwana Sdn Bhd v Sri Mahendran [2012] 2 MLRH; Defendan berhujah-a) sejumlah RM27,686.4”
“an extreme gaze eg. Driving or riding motorbike. This defect will be permanent.’. ii. Plaintif menuntut sejumlah RM10,000 bagi kecederaan ini dengan merujuk kes Sia Bee Chin & yang Lain lwn Chin Chow [2018] PILRU 123, dimana Mah telah awad RM8,000 bagi kecederaan diplopia dan juga kes Mohamad Azizul Hakim Pilus v Salim”
“kecederaan ini dengan merujuk kes Sia Bee Chin & yang Lain lwn Chin Chow [2018] PILRU 123, dimana Mah telah awad RM8,000 bagi kecederaan diplopia dan juga kes Mohamad Azizul Hakim Pilus v Salim Saad [2018] PILRU 60, Mah awad RM25,000 untuk right traumatic optic neuropathy and bilateral hyphen & left eye pre-retina haem”
“gi kecederaan degloving wound of left forearms dan demikian Plaintif berhujah amaun yang munasabah adalah RM10,000 bagi kecederaan ini. b) Defendan pula merujuk kes Bong Chee Min v Jacknoris Golinjun [2020] AMEJ 0090 yang mana awad RM10,000 diputuskan untuk degloving injury of right lower limb with (ii) heel pad avulsi”
“YA Roslan Abu Bakar, MTKB dalam kes Muhammad Fakhrul Ashyraff bin Kamil (seorang budak yang mendakwa melalui sahabat wakil dan ibunya yang sah iaitu Roslina bt Zahari) dan satu lagi lwn Tea Cheng It [2021] MLJU 2492 dan juga keputusan HMS JB Sazlina Safie, dalam kes Letchumanan a/l P Perisamy lwn Toh Choon Cheng dan sa”
“k contingency/ perbelanjaan Plaintif) x 12 x 2.5 tahun (55-50/ 2) =RM30,000 (dengan merujuk kes Chang Chong Foo & Anor v Shivanathan Perumal [1992] 1 MLRA 278; kes Khor Boon Chai v Lee Ah Ming & Anor [2021] MLRHU 2723 dan kes Tey Chan & Anor v South Esat Asia Insurance Bhd [1991] 4 MLRH 628. c) Mahkamah telah meneliti”
“bunya yang sah iaitu Roslina bt Zahari) dan satu lagi lwn Tea Cheng It [2021] MLJU 2492 dan juga keputusan HMS JB Sazlina Safie, dalam kes Letchumanan a/l P Perisamy lwn Toh Choon Cheng dan satu lagi [2022] MLJU 993, yang memutuskan berikut: - ‘Multiple pelvic bone fracture-left inferior pubic rami-right inferior pubic”
“NG 3X4CM ; S/N tICotqegbkCy84r5QgUEA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 19 a) Plaintif merujuk kes Azmi Baharim v Yuvaneswary Periasamy [2023] PILRU 316, dimana Mahkamah telah awad RM16,000 bagi kecederaan degloving wound of left forearms dan demikian Plain”
“aintif menuntut sejumlah RM80,000 bagi kecederaan ini mengambilkira keterangan SP7/Dr Azad Pakar Pltf bagi atas erectile dysfunction dan dry ejaculation dengan merujuk kes Iqbal Idlan Khalek v Zarina [2024] PILRU 17 dimana sejumlah RM80,000 telah diberikan bagi kecederaan erectile dysfunction yang dialami Pltf. b.Defen”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN 4 KUALA TERENGGANU DALAM NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN (GUAMAN SIVIL NO: TA-A53KJ-32-02/2021) ANTARA SAHZAIMEE BIN ZAKARIA (NO K/P: 710918-11-5335) …PLAINTIF
1
DENNIS TAN KAE HERN
2
TAN CHENG MENG (NO K/P: 660516-01-5005) ...DEFENDAN-DEFENDAN
1
PENGENALAN Tindakan ini difailkan Plaintif terhadap Defendan Pertama (pemandu) dan Defendan Kedua (pemilik kenderaaan) berkait kemalangan jalan raya yang berlaku pada 4.12.2017 jam lebih kurang 10.00 pagi di Simpang Tiga Taman Bestari Gong Badak dimana Plaintif yang dalam perjalanan dari rumah di Kampung Akur Jambu hendak ke tempat kerja telah menunggang motosikal jenis Honda Wave bernombor pendaftaran TBA 3496, manakala, Defendan Pertama memandu motokar jenis Proton Saga FLX bernombor pendaftaran CDL 6810. Defendan Kedua adalah pemilik berdaftar motokar dipandu Defendan Pertama dalam tindakan ini.
2
Berikut adalah dokumen yang difailkan di Mahkamah ini bagi tujuan perbicaraan: - i. Ikatan Pliding/ Lamp7: A S/N tICotqegbkCy84r5QgUEA ii. Ikatan Dokumen Plaintif/ Lamp 6: B iii. Ikatan Dokumen Tambahan Plaintif/ Lamp 8: C iv. Ikatan Dokumen Tambahan 2/ Lamp 20: D v. Ikatan Dokumen Defendan/ Lamp 11: E vi. Ikatan Dokumen Tambahan 3 Plaintif/ Lamp 29: F vii. Ikatan Dokumen Tambahan 4 Plaintif/ Lamp 30: G
3
Sepanjang perbicaraan Plaintif telah mengemukakan seramai tujuh (7) orang saksi iaitu saksi berkaitan liabiliti adalah seramai dua (2) orang iaitu Pegawai Penyiasat Insp Chia Beng Huah dan SP2/ Plaintif sendiri manakala Defendan hanya mengemukakan Defendan Pertama selaku SD1. Berikut adalah eksibit yang dikemukakan sepanjang perbicaraan: - No Butiran Eksibit 1. Rajah Kasar dan Kunci P1 dan P1K
2
12 keping gambar di ms 6-11 Ikatan B
3
Keputusan Siasatan oleh SP1 di ms 5 Ikatan B
4
Report polis Trafik/ Kuala Terengganu 297/18 oleh SP2/ Plaintif di ms 1 Ikatan B
5
Laporan Perubatan HSNZ Ortopedik di ms 15-17 Ikatan B
6
Laporan Perubatan HSNZ Surgical di ms 18-20 Ikatan
7
Laporan Perubatan HSNZ Oral & Maxillofacial Surgery di ms 21-23 Ikatan B
8
Laporan Perubatan HSNZ Oral & Maxillofacial Surgery di ms 24-26 Ikatan B:
9
Laporan Perubatan HSNZ Oftamologi di ms 27-30 Ikatan B
10
Laporan Perubatan HSNZ general surgery di ms 31-33 Ikatan B):
11
Laporan Perubatan HTAA Urology di ms 37-39 Ikatan P11 S/N tICotqegbkCy84r5QgUEA
12
Laporan Perubatan HSNZ general surgery di ms 1-3 Ikatan C
13
Laporan Perubatan HSNZ general surgery di ms 4-6 Ikatan C
14
Laporan Perubatan HSNZ Psikiatri di ms 7-9 Ikatan C
15
Laporan Perubatan HSNZ Oral & Maxillofacial Surgery di ms 10-12 Ikatan C
16
Laporan Perubatan HTAA Urology di ms 13-15 Ikatan C
17
Salinan Buku Temujanji SP1 di ms 126-136 Ikatan B
18
Salinan Buku Temujanji SP2 di ms 14-17 Ikatan D
19
Salinan BUku Temujanji HTAA SP2 di ms 137-153 Ikatan B
20
Salinan Buku Temujanji HTAA di ms 18-19 Ikatan D
21
300 keping resit teksi di ms 120-195 Ikatan C
22
9 keping resit teksi di ms 20-22 Ikatan D ID22 23. Laporan Pakar Oftamologi KPJ Perdana di ms 40-42 Ikatan B P23 24. Laporan Pakar Otopedik KPJ Perdana di ms 43-48 Ikatan B P24 25. Laporan Radiologi KPJ Perdana di ms 59 Ikatan B P25 26. Laporan Pakar Maxillo-facial surgeri di ms 49-53 Ikatan P26 27. Laporan Radiologi KPJ Perdana di ms 58 Ikatan B P27 28. Laporan Pakar Urologi KPJ Tawakkal KL di ms 54-57 Ikatan B P28 29. Surat klarifikasi KPJ Tawakkal kepada peguam Plaintif di ms 72 Ikatan B P29 30. Resit-resit belian barangan di ms 154-173 Ikatan B
31
63 keping resit di ms 20-83 Ikatan C
32
26 keping resit di ms 23-48 Ikatan D P32 (1-26) S/N tICotqegbkCy84r5QgUEA
33
Resit farmasi di ms 158 Ikatan B P33 34. 5 keping resit di ms 161-165 Ikatan B P34A-E sama dengan P30H-L
35
Resit farmasi di ms 154 Ikatan B P35 sama dengan P30A 36 Resit Klinik Pergigian Husna di ms 196 Ikatan C ID36 37. Resit makan di ms 197- 206 Ikatan C:
38
Resit penginapan di ms 207-208 Ikatan C ID38 39. Resit baiki motosikal di ms 174 Ikatan B ID39 40. Slip gaji SP2 dari bulan 9/2017 hingga 5/2018 di ms 75-83 Ikatan B
41
Lesen C skim kejurulatihan kebangsaan SP2 di ms 74 Ikatan B P41 42. 41 keping Sijil Cuti Sakit SP2 di ms 84-124 Ikatan B
43
37 keping Sijil Cuti Sakit di ms 83-119 Ikatan C
44
18 keping Sijil Cuti Sakit di ms 50-67 Ikatan D
45
Penyata Perubahan Mengenai Pendapatan Seseorang Pegawai SP2 di ms 1 Ikatan D P45 46. Kelulusan Persaraan atas sebab kesihatan SP2 di ms 2 Ikatan D P46 47. Notis Cadangan Persaraan dan Perakuan Persaraan SP2 di ms 3-6 Ikatan D P47 48. Penyata Perubahan mengenai Pendapatan SP2 di ms 7 Ikatan D P48 49. Penyata Perubahan mengenai Pendapatan SP2 di ms 8 Ikatan D P49 50. Penyata Perubahan mengenai Pendapatan SP2 di ms 9-10 Ikatan D P50 51. Slip Gaji SP2 bagi bulan Mei 2022 di ms 11Ikatan D P51 52. Kelulusan Semula Faedah Persaraan SP2 di ms 12-13 Ikatan D P52 53. Surat perlantikan Jurulatih secara kontrak MSNT di ms P53 S/N tICotqegbkCy84r5QgUEA 5 68-70 Ikatan D
54
Surat Perlantikan Tenaga Pengajar UMT di ms 71 Ikatan D P54 55. Resit socius RM12,000 di ms 1 Ikatan F P55 56. Ubat sexual dysfunction di ms 1 Ikatan G P56 57. Laporan Pakar Hospital Sultan Ismail Petra di ms 1-5 Ikatan E D57 58. Laporan Pakar Sunway Medical Centre di ms 6-10 Ikatan E D58 59. Report polis oleh SD1/Defendan Pertama di ms 2
4
D59 Pada 1.10.2024, setelah mengambilkira keseluruhan keterangan, kertas kausa, eksibit serta hujahan dan otoriti rujukan oleh kedua belah pihak, di atas imbangan kebarangkalian Mahkamah ini memutuskan bahawa Defendan Pertama telah cuai 100% dalam kemalangan ini. Bagi kuantum atas dasar 100%, Mahkamah telah membenarkan tuntutan Gantirugi Am dengan jumlah RM192,000.00, manakala Gantirugi Khas yang dibenarkan adalah RM84,781.33 (dengan faedah), RM72,053.50 (tanpa faedah) dan RM7,636.50 (dalam kos tindakan) dengan faedah dan kos tindakan mengikut skala berdasarkan liabiliti yang dibenarkan.
5
Tidak berpuas hati dengan keputusan kuantum oleh Mahkamah ini, Plaintif telah memfailkan Notis Rayuan bertarikh 13.10.2024 merayu terhadap sebahagian keputusan Gantirugi Am dan Gantirugi Khas yang telah diawadkan kepada Plaintif. Defendan juga melalui Notis Rayuan bertarikh 14.10.2024 telah memfailkan rayuan merayu terhadap keseluruhan keputusan atas isu Liabiliti dan Kuantum oleh Mahkamah ini dan demikian Alasan ini telah disediakan. S/N tICotqegbkCy84r5QgUEA
6
LIABILITI Seksyen 101 Akta Keterangan 1950 memperuntukkan bahawa Plaintif menanggung beban pembuktian kesnya terhadap Defendan: - “Burden of proof 101.
1
Whoever desires any court to give judgment as to any legal right or liability, dependent on the existence of facts which he asserts, must prove that those facts exist.
2
When a person is bound to prove the existence of any fact, it is said that the burden of proof lies on that person.”
7
Prinsip undang-undang matan ini dinyatakan dengan jelas di dalam kes Mahkamah Persekutuan, Wong Thin Yit v. Mohamed Ali [1971] 2 MLJ 175 di mana Mahkamah Persekutuan menyatakan berikut; “In a negligence action the onus of proof rests wholly on the Plaintiff, whether or not the Defendant gives evidence. The Plaintiff cannot succeed without proof of the Defendant’s negligence. Evidence is the foundation of proof, with which it must not be confounded. Proof is that which leads to a conclusion as to the truth or falsity of alleged facts which are the subject of inquiry. Evidence, if accepted and believed, may result in proof, but it is not necessarily proof of itself.”; see 15 Halsbury (3rd Edn.) p. 260.
8
VERSI PLAINTIF Plaintif/ SP2 dalam keterangannya menyatakan bahawa pada tarikh kejadian beliau sedang menunggang motosikalnya dari rumah di Alor Jambu hendak ke tempat kerja. Apabila sampai di hadapan Tunas Manja, Gong Badak, ada sebuah motokar Saga FLX no pendaftaran CDL 6810 dari arah bertentangan telah membelok masuk ke simpang kanan. Oleh kerana jarak yang terlalu S/N tICotqegbkCy84r5QgUEA dekat dia tidak dapat mengelak dan membrek lalu terlanggar motokar itu di bahagian sebelah bucu kiri hadapan keretanya. Akibat kemalangan itu motosikal ditunggang SP2 telah remuk teruk di bahagian hadapan dan SP2 telah mengalami kecederaan patah dibahagian muka patah bahu, tulang kipas dan patah tulang pelvik dan dirawat selama 32 hari di Hospital. Menurut SP2 pada masa kemalangan tidak ada kenderaan lain di hadapan mahupun dilaluannya dan SP2 tidak setuju apabila dicadangkan motokar Defendan telah berikan signal untuk belok ke kanan dan berhenti di tengah jalan.
9
Keterangan SP1/ IO menyatakan bahawa daripada hasil siasatannya kejadian berlaku apabila motokar dipandu Defendan Pertama dari perumahan Taman Bestari Gong Badak telah membelok masuk ke simpang belah kanan lalu bertembung dengan motosikal ditunggang Plaintif yang datang dari arah bertentangan. Kerosakan pada motosikal adalah di bahagian hadapan manakala motokar mengalami kerosakan di bahagian lampu depan sebelah kiri pecah, Hasil siasatannya, pemandu motokar iaitu Defendan Pertama telah disaman di bawah Rule 3(2) (B) LN 166/59 kerana cuai ketika memasuki simpang.
10
VERSI DEFENDAN Defendan/SD1 dalam keterangannya menyatakan bahawa pada 4.12.20217 jam lebih kurang 10.00 pagi ketika sedang memandu motokar Proton Saga FLX no pendaftaran CDL 6810 dari perumahan Taman Bestari Gong Badak menghala ke Pasar Borong Taman Bestari, apabila sampai di simpang 3 Jalan Perumahan Bestari dan beri isyarat ke kanan untuk membelok ke sebelah kanan, semasa membelok, sebuah motosikal dari arah bertentangan terlanggar bucu hadapan kiri motokar dipandunya. SD1 menyatakan beliau memandu dengan kelajuan lebih kurang 10 ke 20 km/jam. SD1 telah cuba mengelakkan kemalangan dengan membrek dan cuba mengelak tetapi motosikal tersebut datang dari arah bertentangan secara tiba-tiba dan oleh kerana jarak terlalu dekat sehingga mustahil untuk mengelak lalu berlakulah kemalangan tersebut. S/N tICotqegbkCy84r5QgUEA
11
Dalam hujahnya Defendan menyatakan bahawa liabiliti adalah 70:30 yakni tanggungan Plaintif adalah 30% dan Defendan adalah 70% kerana kemalangan berlaku turut disumbang cuai oleh Plaintif yang gagal berhati-hati di persimpangan dan tidak memperlahankan motosikalnya sehingga menyebabkan berlakunya perlanggaran dengan motokar dipandu Defendan Pertama. Defendan Pertama telah mengambil langkah untuk memberhentikan kenderaannya sebelum membelok, beliau telah berhenti selama 30 saat sebelum membelok dan tidak dapat melihat motosikal akibat kehadiran kereta lain yang menghalang pandangannya dan kemalangan berlaku adalah di luar kawalannya.
12
ANALISA DAN DAPATAN MAHKAMAH ATAS ISU LIABILITI Mengambilkira fakta dan hal keadaan yang diakui, kemalangan telah berlaku di dalam laluan sah / haluan sah Plaintif yang sedang bergerak lurus di laluannya. Defendan mengakui bahawa beliau tidak dapat nampak/lihat kehadiran motosikal Plaintif sehinggalah dalam jarak dimana beliau sedang membelok memasuki laluan bertentangan Defendan Pertama yakni laluan sah Plaintif. Defendan jelas gagal bertindak dengan penuh hati-hati dan memastikan bahawa laluan bertentangannya adalah benar-benar selamat sebelum beliau membelok dan masuk ke laluan bertentangan tersebut. Keadaan ini menimbulkan risiko kepada pengguna di laluan bertentangan.
13
13.Mahkamah ini telahpun mempertimbangkan keterangan Defendan Pertama yang mengatakan beliau ada memberikan isyarat ke kanan dalam tempoh 30 saat sebelum membelok ke laluan bertentangan itu, namun Mahkamah ini dapati bahawa ia tidak menunjukkan Defendan Pertama telahpun bertindak dengan hati-hati dan selamat kerana selain memberikan isyarat sebelum masuk ke laluan bertentangan i.e. ke kanan, Defendan Pertama masih mempunyai tanggungjawab untuk memastikan laluan bertentangan benar-benar selamat dengan tiada kenderaan di arah bertentangan sebelum beliau S/N tICotqegbkCy84r5QgUEA bergerak membelok dan memasuki laluan bertentangan untuk ke laluan Pasar Borong tersebut.
14
14.SD1/ Defendan Pertama telahpun mengakui di dalam keterangannya bahawa beliau tidak nampak kehadiran motosikal yang berada di sebelah kereta di laluan bertentangan. SD1 dalam keterangannya di Mahkamah menyatakan bahawa kali pertama beliau tengok motosikal tu semasa dia lalu sebuah kereta daripada tepi kereta, tepi kiri dalam jarak (kedudukan saksi di kandang saksi ke tingkap Mahkamah (8.657 meter). Lebar A1 ke A2 dan A2 ke A3 masing-masing adalah 3.50 meter. Bermakna jarak penglihatan kali pertama SD1 terhadap motosikal ditunggangi Plaintif adalah lebih jauh dan sewajarnya SD1 boleh mengambil langkah hati-hati untuk mengelakkan kemalangan tersebut. SD1 sendiri akui impak perlanggaran dan motosikal ditunggang SD1 adalah pada tandaan Y (tandaan oleh SD1 tempat mangsa berada selepas kemalangan) dan X (menurut SD1 kedudukan motosikal selepas kemalangan) yang pada pemerhatian Mahkamah ini kedua-duanya adalah lebih hampir ke sebelah kiri (laluan bertentangan SD1) yang merupakan laluan sah Plaintif. Kegagalan Defendan Pertama untuk memastikan laluan bertentangannya adalah benar-benar selamat sebelum bertindak membelok telah menyebabkan Plaintif yang sedang menunggang di laluan A2-A3 secara lurus telah terhalang laluannya dan telah melanggar motokar dipandu Defendan Pertama di bahagian penjuru hadapan sebelah kiri kenderaannya.
15
15.Kerosakan motokar Proton Saga FLX di sebelah penjuru kiri hadapan jelasnya menunjukkan motokar dipandu Defendan Pertama telahpun membelok dan berada di kedudukan melintang/ menghalang laluan tunggangan Plaintif.
16
16.Oleh itu, mengambilkira keseluruhan keterangan, kertas kausa, eksibit serta hujahan dan otoriti rujukan oleh kedua belah pihak, di atas imbangan kebarangkalian Mahkamah ini membenarkan tuntutan Plaintif dengan kos kerana didapati Defendan-Defendan cuai 100% dalam kemalangan ini. S/N tICotqegbkCy84r5QgUEA
17
KUANTUM Dalam menentukan kuantum, Mahkamah merujuk panduan di dalam keputusan kes Mahkamah Rayuan, Inas Faiqah Mohd Helmi (A Child Suing Through His Father And Next Friend; Mohd Helmi Abdul Aziz) v. Kerajaan Malaysia & Ors [2016] 2 CLJ 885 di mana YAA Abdul Hamid Embong HMP (ketika itu) menyatakan berikut: “It is trite that damages serve as compensation, not a reward, less still a punishment (see Ong Ah Long v. Dr S Underwood [1983] 2 CLJ 198; 1983] CLJ (Rep) 300; [1983] 2 MLJ 324). In assessing damages, the court should not be motivated by sympathy and award fair compensation based on cogent evidence. The court should not descend into a domain of speculation. The evaluation of those evidence, which form the basis of any risk of future damage, must therefore still be undertaken. And the trial judge can only evaluate such evidence based on the recognised balance of probabilities standard.
18
18.Plaintif memplidkan bahawa pada masa kemalangan Plaintif berumur 46 tahun dan bekerja sebagai pegawai Bomba dengan pendapatan purata bulanan sebanyak RM3,100.00 sebulan. Akibat kemalangan ini, Plaintif telah mengalami kecacatan kekal menyebabkan Plaintif tidak dapat melakukan kerja-kerja berat serta aktivit harian. Plaintif juga memplidkan beliau bekerja sambilan sebagai jurulatih renang dengan pendapatan purata RM2,000.00 sebulan dan akibat kecederaan dari kemalangan ini Plaintif tidak lagi mampu untuk meneruskan kerja sambilannya ini. Plaintif adalah penanggung tunggal keluarganya. S/N tICotqegbkCy84r5QgUEA
19
TUNTUTAN GANTIRUGI AM Akibat kemalangan ini Plaintif telah memplidkan bahawa beliau mengalami kecederaan berikut: a) Open book fracture; b) Closed fracture distal end right clavicle and scapular; c) Undisplaced fracture bilateral sacral; d) Total transection of urethra; e) Superficial degloving wound below the right knee measuring 3x4cm; f) Left testicle injury; g) Intramuscular hematoma of the left pelvic muscles and left abdominal; h) Pubic diatasis; i) Cholelithiasis; j) Small left psoas hematoma; k) Right zygomatic complex fracture; l) Facial asymmetry; m) Depressed fracture of floor of right orbit; n) Right inferior orbital wall fracture; o) Bladder dysfunction; dan p) Sexual dysfunction
20
TUNTUTAN GANTIRUGI KHAS Plaintif juga menuntut Gantirugi Khas dengan butiran berikut: a) Kos Laporan Perubatan: RM 320.00 b) Kos Laporan-Laporan Pakar: -
1
Laporan Pakar Urologi: RM1,500.00
2
Laporan Pakar Ortopedik: RM 1,634.95
3
Laporan Pakar Oftalmologi: RM1,027.00
4
Laporan Pakar OMFS: RM1,708.60 S/N tICotqegbkCy84r5QgUEA c) Kos Perubatan / Pembedahan d) Kos rawatan/ pembedahan masa depan e) Perbelanjaan masa rawatan susulan di HTAA dan HSNZ: RM3,000 f) Kos mendapatkan ubat-ubatan tambahan g) Kos perjalanan ke HSNZ dan HTAA untuk rawatan susulan: RM3,000 h) Kos perjalanan untuk temujanji pakar i) Kos mendapatkan Rawatan Alternatif j) Perbelanjaan perjalanan untuk mendapatkan Rawatan Alternatif k) Kos mengupah pengasuh (dari tarikh kemalangan dan berterusan) l) Kos penjagaan diri (dari tarikh kemalangan dan berterusan) m) Kos pembelian alat rawatan pemulihan n) Kos kerusi roda: RM 400 o) Kos lampin pakai buang (berterusan) p) Kehilangan pendapatan (tetap dan sampingan) q) Kos membaiki motosikal: RM2,480.00 r) Kos dokumen perlu RM100.00
21
ANALISA DAN DAPATAN MAHKAMAH TERHADAP KUANTUM Berikut adalah keputusan Mahkamah terhadap kuantum atas dasar 100%: bagi GANTIRUGI AM :- 1) Bagi kecederaan OPEN BOOK FRACTURE; 2)PUBIC DIATASIS dan 3)UN-DISPLACED FRACTURE BILATERAL SACRAL/ FRACTURE OF BOTH SACRUM: a. Plaintif-i. menghujahkan sejumlah RM50,000 kerana menilai kepatahan symphysis pubis diathesis by 2.0 cm dengan undisplaced fracture bilateral sacral sebagai dua (2) S/N tICotqegbkCy84r5QgUEA kepatahan yang perlu dinilai berasingan dan bukan secara global kerana melibatkan tulang yang berasingan. b.Defendan-i. merujuk kes Mazlan bin Zainol v Abu said bin Mohamad Farook (2015) 1 PIR 41, open book pelvic fracture (3cm symphysis pubic diathesis) awad RM 20,000 kerana Plaintif dalam kes ini suffers from chronic lower back ache, degenerative spine disease (lumbar spondylosis) and difficulty in walking far distances, standing for long period, squatting fully and folding leg for prayers). ii. Dan berhujah bahawa amaun yang wajar bagi kecederaan Open book fracture ini adalah RM18,000, iii. manakala untuk kecederaan fracture of both sacrum (malunited fracture)-rujuk item 6 pada Gantirugi Am di dalam Hujahan Defendan) Defendan hujahkan amaun RM18,000 dengan merujuk kes Sathiswaran a/l Muniandy v Kartheegesu [2020] 1 PIR 18. c. Compendium memperuntukkan bagi kecederaan Diatheses symphysis pubis julat awad adalah dari RM 12,000 kepada RM 24,000 dan bagi kecederaan bilateral fractures of Ilic/ Pubic Rami julatnya adalah di antara RM18,000 ke RM30,000. d.Mahkamah-i. merujuk P5 (laporan HSNZ Ortopedik bertarikh 12.12.2018), P24 bertarikh 19.2.2020 (pakar Plaintif) dan P25 (laporan radiologi bertarikh 9.2.2020) dan juga D58 bertarikh 22.11.2021 (repot pakar Defendan) dan juga mendapati bahawa kecederaan ini turut disahkan oleh pakar Defendan/ D58 (terkini). Final diagnosis as per P24/ laporan pakar Plaintif mengesahkan Plaintif alami- ‘symphysis pubis diathesis by 2.0cm dan mal-united fracture both sacral (dimana dalam laporan radiologi/ S/N tICotqegbkCy84r5QgUEA P25 awal pada 9.2.2020 dapatan adalah ‘symphysis pubis diathesis by 20.0 mm (normal is between 3- 5mm). Plaintif able to ambulate unaided but will feels pain over his buttock (pelvis), hips and both lateral thighs especially on prolong standing and walking, he is unable to run, jump, squat and climbing up and down stairs as before and has difficulty in squatting during toileting. He is also unable to perform normal Muslim prayer as before’. ii. Mahkamah ini merujuk panduan di dalam keputusan Azman Bin Ibrahim & Anor And Another Application [2012] MLJU 1256, keputusan YA Roslan Abu Bakar, MTKB dalam kes Muhammad Fakhrul Ashyraff bin Kamil (seorang budak yang mendakwa melalui sahabat wakil dan ibunya yang sah iaitu Roslina bt Zahari) dan satu lagi lwn Tea Cheng It [2021] MLJU 2492 dan juga keputusan HMS JB Sazlina Safie, dalam kes Letchumanan a/l P Perisamy lwn Toh Choon Cheng dan satu lagi [2022] MLJU 993, yang memutuskan berikut: - ‘Multiple pelvic bone fracture-left inferior pubic rami-right inferior pubic rami-Right acetabular wall fracture-fracture right superior pubic rami-right acetabular wall-periurethral air pocket
1
Bagi kecederaan-kecederaan ini, Plaintif menuntut secara berasingan iaitu: a)
2
Multiple pelvic bone fracture = RM80,000.00, b) Right acetabular fracture =RM50,000.00 Defendan berhujah “multiple pelvic bone fracture i.e bilateral inferior pubic rami, fracture right superior pubic rami and right acetabular wall and peri urethral air pocket = RM45,000.00 S/N tICotqegbkCy84r5QgUEA
3
Mahkamah membenarkan RM55,000.00 bagi kecederaan yang dinyatakan di atas.
4
Mahkamah berpandukan compedium award dan juga kes-kes Mahkamah atas yang memutuskan bahawa, kecederaan di satu bahagian yang sama perlu diberikan di bawah satu award dan bukan dinilai secara berasingan.
5
Jika dirujuk pecahan yang diberikan Mahkamah, ia adalah kecederaan dibahagian pelvic bone.
6
Jika dirujuk kepada laporan perubatan awal daripada Hospital Sultanah Aminah, kecederaan dinyatakan sebagai multiple pelvic fracture fracture dan kecederaan telah dirawat secara “conservative management.”
7
Mahkamah merujuk juga kepada kes Tan Cheong Poh & Anor V Teoh Ah Keow [1996] 3 Clj yang menyatakan “The principle of scalling down the total sum assessed for several disabilities on the ground of overlapping is too well established to be disregarded. Thus, where the disabilities stem from one injury, the extent of overlap will be such that there would be a merger. The practice of making separate assessments for the different disabilities that arise from the same injury and then make reduction or an allowance for overlapping is wrong. Unless there is distinct remoteness between the disabilities and pain and suffering that arise from different injuries, the approach in assessing damages for pain and suffering and loss of amenities should be towards awarding one lump sum.”
8
Mahkamah merujuk laporan perubatan, laporan pakar Plaintif daripada Dr Praba dan seterusnya laporan paling akhir dari doktor pakar orthopedik Defendan, Vivek, mengesahkan bahawa kecederaan di bahagian “right acetabulum and left inferior pubic rami have united without shortening … (dan seterusnya) menunjukkan dan doktor S/N tICotqegbkCy84r5QgUEA sendiri mengesahkan ia sudah bertambah baik jika dibandingkan dari keadaan awal SP3.
9
Mahkamah bersetuju bahawa pemeriksaan Vivek adalah pemeriksaan terkini dan adalah lebih tepat bagi menggambarkan keadaan dan keilatan SP3.
10
Oleh itu, jika dibandingkan dengan award yang diberikan berdasakan compedium, bagi pelvic bone fracture dan acetabulum adalah antara RM18,000.00 – RM72,000.00 (lebih serius dengan hip disabilities).
11
Mengambilkira keadaan dan komen daripada doktor pakar dan laporan perubatan, bagi keseluruhan kecederaan dan keilatan bagi item ini serta award compedium, jumlah RM55,000.00 secara keseluruhan adalah adil, munasabah dan berpatutan.
12
Pendekatan Plaintif dalam menuntut secara berasingan adalah tidak dapat dipertimbangkan dan mahkamah juga mengambil pendekatan sama sebagaimana diputuskan dalam kes TAN CHENG POH di atas.’ iii. Menggunapakai prinsip dalam kes-kes dirujuk di atas dengan fakta dalam kes ini dimana Mahkamah mendapati bahawa kedua-duanya adalah berakibat dari kecederaan yang sama dan Plaintif dalam kes ini juga telah dirawat dengan cara conservative management bagi merawat symphysis pubis diathesis and sacral fracture with rest and Hammock sling reduction in ward (merujuk ms 44 Ikatan B) tersebut. Oleh itu, Mahkamah memutuskan bahawa Awad/ amaun yang wajar dan munasabah bagi kedua-dua kecederaan Open Book Fracture; Dan Un-Displaced Fracture Bilateral Sacral/ Fracture of Both Sacrum ini adalah sebanyak RM36,000.00 (secara global) 4)Bagi kecederaan CLOSED FRACTURE DISTAL END RIGHT CLAVICLE AND SCAPULAR; S/N tICotqegbkCy84r5QgUEA a. Plaintif-i. Merujuk P5 dan P24, dan berhujah bahawa jumlah wajar bagi kecederaan closed fracture distal end right clavicle ini adalah RM 28,000 dengan merujuk kes R Zakariya bin R Abdul Hamid v Ruthren Theodore [2018] 2 PIR 43 dimana Mahkamah dalam kes tersebut telah awad RM20,000 untuk fracture of right clavicle. ii. Dalam kes di hadapan Mahkamah ini Plaintif telah mengalami mal-united fractures yang mana kecederaannya lebih serius dan Plaintif mengalami sakit berpanjangan. iii. Manakala untuk fracture of distal end right scapula Plaintif hujahkan amaun RM25,000 dengan menggunapakai nas yang sama. Plaintif berhujah kedua-dua kecederaan ini untuk diawad secara berasingan. b.Defendan-i. Merujuk kes Mohammed Shafari bin Sufri v Teoh Teck Meng (2018) 1 PIR 36, dimana Mah dalam kes tersebut awad RM25,000 bagi fracture of the right clavicle and scapula dan Plaintif as a result suffers from restricted motion of the right shoulder joint and inability to raise the right arm and shoulder fully dan berhujah amaun munasabah bagi kecederaan dalam kes ini adalah juga c. Julat compendium bagi kepatahan scapula adalah RM12,000 ke RM21,500; manakala untuk Clavicle dari RM13,000 ke RM28,000 d.Mahkamah-S/N tICotqegbkCy84r5QgUEA i. merujuk ms 46 Ikatan B/ P24 dimana kesan dari kecederaan ini Plaintif telah mengalami slight limitation of his right shoulder motion especially in full abduction and external rotation. He will feel dull aching pain and stiffness. ii. Kedua-dua kepatahan ini telah sembuh dan tidak bercantum / mal-united. iii. Mahkamah juga dapati dengan ms 47 akibat kecederaan tersebut beliau tidak lagi boleh melakukan aktiviti berenang atau menyelam dalam pekerjaan sebagai bomba – ‘final diagnosis & problem, Plaintif unable to perform diving and swimming as before as dull aching pain over his right shoulder and both hips (previously he was a diver and swimmer with the Firefighter and Rescue unit). His right shoulder pain and stiffness on full motion and carrying heavy weights; iv. Meneliti hujah kedua belah pihak sebagaimana di atas dan juga rujukan Compendium dan mengambilkira hal keadaan Plaintif dalam kes ini yang tidak lagi dapat meneruskan pekerjaannya sebagai pegawai bomba, malah beliau telah diminta bersara awal dan beliau telahpun bersara awal daripada perkhidmatan awamnya berakibat kecederaan daripada kemalangan ini (merujuk P46 dan P47), walaupun tidak ada kependekan (shortening), Mahkamah berpendapat amaun yang tidak terlalu rendah iaitu bagi closed fracture distal end right clavicle and scapular adalah wajar dan munasabah diawad kepada Plaintif bagi item ini. 5)Bagi kecederaan SUPERFICIAL DEGLOVING WOUND BELOW THE RIGHT KNEE MEASURING 3X4CM ; S/N tICotqegbkCy84r5QgUEA a) Plaintif merujuk kes Azmi Baharim v Yuvaneswary Periasamy [2023] PILRU 316, dimana Mahkamah telah awad RM16,000 bagi kecederaan degloving wound of left forearms dan demikian Plaintif berhujah amaun yang munasabah adalah RM10,000 bagi kecederaan ini. b) Defendan pula merujuk kes Bong Chee Min v Jacknoris Golinjun [2020] AMEJ 0090 yang mana awad RM10,000 diputuskan untuk degloving injury of right lower limb with (ii) heel pad avulsion dan berhujah bahawa sejumlah RM6,000 adalah jumlah yang munasabah bagi kecederaan ini. c) Compendium memperuntukkan julat antara RM12,000 ke RM 24,000 untuk kecederaan degloving injury to leg. d) Mahkamah telah mengambilkira hujah dan rujukan kes pihak-pihak serta julat compendium di atas dan memutuskan bahawa Awad yang wajar dan munasabah bagi kecederaan Superficial Degloving Wound Below the Right Knee Measuring 3x4cm ini, Mahkamah putuskan adalah RM6,000 sahaja. Ini kerana kecederaan yang dialami adalah hanya superficial/ ringan atau sedikit sahaja dengan ukuran hanya 3x4cm. 6)Bagi kecederaan INTRAMUSCULAR HAEMATOMA OF THE LEFT PELVIC MUSCLES AND LEFT ABDOMINAL; 7)SMALL LEFT PSOAS HEMATOMA; dan 8)BLADDER CONTUSION a. Plaintif-i. berhujah sejumlah RM 15,000 bagi kecederaan intramuscular hematoma left pelvic muscle, left abdominal wall muscle, left iliac fossa hematoma dan left psoas hematoma dengan merujuk kes Ahmad Basit Suri v Muhamad Hafizul Abdul Safari [2016] MLRSU 80 dimana bagi kecederaan Grade 3 anal injury, right S/N tICotqegbkCy84r5QgUEA adrenal gland and pancreatic injury Mahkamah awad sebanyak RM10,000. ii. Manakala bagi kecederaan bladder contusion Plaintif hujahkan jumlah munasabah bagi kecederaan ini secara berasingan dengan yang lain adalah RM10,000 dengan merujuk kes Arumugam Marimuthu v Leong Ming Houng [2015] 1 LNS 1279, dimana Mahkamah telah awad RM10,000 untuk kecederaan retroperitoneal hematoma with bladder contusion. b.Defendan-i. berhujah bahawa bagi intramuscular haematoma of the pelvic muscle and left abdominal wall muscle, bladder contusion, left testicular injury with scrotal hematoma sejumlah RM15,000 adalah munasabah dengan merujuk kes Goh Hock Siang v Hardeep Singh [2018] 2 PIR 25, ‘laceration wound over the right scrotum and contusion of the right testis RM10,000, dan kes Arshad bin Salleh v Mohan a/l Selvakumar [2018] 1 PIR 2, ‘Haematoma RM3,000’ c. Compendium memperuntukkan julat antara RM1,200 ke RM2,500 bagi haematoma/ contusion. d.Setelah menimbangkan hujah kedua belah pihak di atas serta kes dirujuk dengan julat Compendium di atas, Mahkamah memutuskan bahawa oleh kerana kecederaan-kecederaan haematoma dan contusion ini melibatkan organ dalaman dan ianya adalah pada kawasan yang sama (pelvic), Mahkamah memutuskan awad global berjumlah RM15,000 bagi kesemua kecederaan pada item ini. 9)Bagi kecederaan TOTAL TRANSECTION OF URETHRA; S/N tICotqegbkCy84r5QgUEA a. Plaintif-ii. merujuk P10, P11/ Laporan Urologi, P29/Pakar Urologi, P12, P13 dan P16, dimana final diagnosis adalah anterior urethral stenosis with posterior urethral and bladder neck stenosis complicated with recurrent bladder stone, urethro cutaneous fistula dan left epididimoorchitis merujuk kes Azimi Bahari v Mohd Zaini Ahmad & Ors [2009] PILRU 15 dimana Mahkamah telah membenarkan RM50,000 bagi kecederaan perineum laceration involving anal canal (sphincter disruption) and posterior urethra. iii. Plaintif juga merujuk kes Iqbal Idlan (2024) PILRU 17, dimana Mahkamah telah membenarkan awad RM70,000 untuk kecederaan neurogenic bladder and bowel. Bagi kes ini, Plantif telah jalani 4 kali pembedahan namun tidak berjaya dan Plaintif alami komplikasi Urine tract infection dan mengalami kesakitan berpanjangan oleh itu kecederaan ini dihujah wajar diawad RM80,000 b.Defendan-i. pula merujuk kes Sam Thayalan [2018] 2 PIR 63 dimana bagi kecederaan urethra injury dan dalam kes ini plaintif was unable to pass urine and use the help of catherer awad sebanyak RM25,000 diberikan. ii. amaun yang wajar adalah RM22,000 c. Compendium-bagi rupture of ureter/ urethra adalah dalam julat RM12,000 ke RM18,000. d.Mahkamah-i. telah merujuk report D58/ pakar Defendan yang juga mengesahkan perihal sejarah Plaintif yang telah menjalani beberapa pembedahan, ‘multiple attempts at urethral reconstruction that has failed and suffers from S/N tICotqegbkCy84r5QgUEA persistent urinary incontinence from a urethro cutaneous fistula’ (rujuk ms 9 conclusion oleh Pakar Defendan di Ikatan E). ii. Dalam kes ini Mahkamah mendapati bahawa kecederaan dialami Plaintif ini adalah yang paling serius dimana Plaintif, menurut Pakar Defendan memerlukan further surgery to resolve this issue dan he may end of with a urinary diversion surgery in the form of continent pouch using the small bowell. iii. Oleh itu, setelah mengambilkira hujah dan rujukan kes pihak-pihak serta julat Compendium sebagaimana di atas, Mahkamah memutuskan awad yang wajar dan munasabah berjumlah bagi TOTAL TRANSECTION OF URETHRA (Azimi Bahari v Mohd Zaini Ahmad & Ors [2009] PILRU 15 diikuti). 10)Bagi kecederaan LEFT TESTICLE INJURY/ TRAUMATIC SCROTAL LACERATION/ LEFT TESTICULAR INJURY WITH SCROTAL HAEMATOMA; a. Plaintif menuntut sejumlah RM7,000 untuk traumatic scrotal laceration dengan merujuk kes Goh Hock Siang v Hardeep Singh (2018) 2 PIR [25] dimana Mah dalam kes tersebut telah awad RM10,000 untuk contusion of the right tesis with laceration wound over the right scrotum. b.Defendan berhujah kecederaan left testicular injury with scrotal haematoma adalah disekalikan dengan kecederaan bladder contusion dan intramuscular haematoma of the pelvic muscle and left abdominal wall muscles dengan jumlah RM15,000 c. Compendium bagi laceration of scrotum / perineum adalah dalam julat RM7,000 ke RM9,500 S/N tICotqegbkCy84r5QgUEA d.Mahkamah-i. Merujuk ms 17 Ikatan B/ P5 yang menyatakan bahawa Plaintif telah dirujuk ke surgical team untuk rawatan scrotal hematoma, initial nick skin done and wound became infected dan setelah melalui prosedur cystourethroscopy + CBD insertion+ wound debridement, urethroplasty, open cystomy with small bowel restriction and primary repair dan urethral resection, bladder repair and wound debridement sebagaimana Laporan HSNZ P6 di ms 20 Ikatan B; ii. Mahkamah ini tidak bersetuju awad bagi kecederaan left testicle injury/ traumatic scrotal laceration/ left testicular injury with scrotal haematoma ini disekalikan dengan kecederaan bladder contusion dan intramuscular haematoma of the pelvic muscle and left abdominal wall muscles sebagaimana hujah Defendan kerana ini adalah kecederaan yang tidak sama dan melibatkan organ yang berbeza. iii. Setelah menimbangkan hujah serta kes rujukan pihak-pihak sebagaimana di atas serta julat Compendium, Mahkamah ini bersetuju dengan Plaintif dan mengawadkan RM7,000 bagi kecederaan left testicle injury/ traumatic scrotal laceration/ left testicular injury with scrotal haematoma ini. 11)Bagi kecederaan CHOLELITHIASIS: a) Bagi item ini, ia ada diplidkan Plaintif pada butir-butir kecederaan sub para (9) di perenggan 9 Pernyataan Tuntutan Plaintif di ms 7 Ikatan A, namun ia tidak dibuktikan mahupun dihujahkan Plaintif, begitu juga Defendan, maka tuntutan bagi CHOLELITHIASIS adalah ditolak. S/N tICotqegbkCy84r5QgUEA 24 12)Bagi kecederaan MULTIPLE FACIAL FRACTURE iaitu: A. RIGHT ZYGOMATIC COMPLEX FRACTURE; B. FACIAL ASYMMETRY; C. DEPRESSED FRACTURE OF FLOOR OF RIGHT ORBIT; D. RIGHT INFERIOR ORBITAL WALL FRACTURE; a. Plaintif menuntut sejumlah RM70,000 bagi kecederaan multiple facial fractures dengan merujuk kepada Laporan P6, P7, P8, ID9/ Laporan Perubatan Oftamologi, P10, ID15 dan laporan pakar OMFS P26 dan P27 dengan merujuk petikan diagnosis pada ms 52 Ikatan B/ P26 oleh Dr Ramizu:- ‘Patient had injuries on right face including fracture right zygomatic complex, fracture floor of right orbit, fracture right of maxilla, mal-union of fracture right zygomatic comple, internal TMJ derangement and paraesthesia of right upper and right middle face’ b. Defendan pula berhujah bahawa-i. untuk kecederaan multiple facial wall fractures iaitu right zygomatic complex fractures, right maxilla dan floor of right orbit berdasarkan keterangan SP3/Dr Soh Jun Jun, SP5/ Dr Mohd Hafiz Syazwan, dan SP6/ Prof Ramizu harus ditolak kerana daripada keterangan saksi-saksi ini tiada pengesahan bahawa ia adalah berakibat dari kemalangan ini; S/N tICotqegbkCy84r5QgUEA ii. Kecederaan hanya disahkan setelah 1 tahun 8 bulan selepas kemalangan apabila Pltf dirujuk ke Jab OMFS HSNZ (merujuk P7 oleh Dr Soh/ SP3- accident on 4.12.2017, post trauma patient was not seen by OMFS HSNZ team. Patient was referred to ophthalmology dept on 19.6.2019 for second opinion regarding old depressed fracture of floor of right orbit. (di ms 21 Ikatan B) dan juga P8 oleh Dr Soh/ SP3. c. Julat compendium-i. bagi zygoma RM 9,000 ke RM12,000; ii. Orbit RM7,000 ke RM9,500; dan iii. maxilla dari 14,500 ke 30,000 d. Oleh itu, mengambilkira hujah pihak-pihak sebagaimana di atas serta Julat Compendium, Mahkamah memutuskan amaun yang wajar dan munasabah secara global bagi kecederaan ini adalah sebanyak RM34,500 (bagi Multiple Facial Fracture) atas asas berikut: - i. Berkenaan dengan hujah Defendan bahawa keterangan saksi-saksi perubatan yang dipanggil Plaintif iaitu SP3, SP5 dan SP7 tidak dapat mengesahkan bahawa kecederan ini adalah terjadi berakibat kemalangan, adalah menjadi dapatan Mahkamah bahawa terdapat keterangan oleh SP2 sendiri yang menjelaskan perihal mengapa kecederaan ini lewat diperiksa oleh pihak Perubatan. ii. Mahkamah ini berpuas hati dan mendapati bahawa keterangan SP2 gagal disangkal Defendan bahawa memang kecederaan multiple facial wall fracture yang didiagnosis setelah lebih kurang 1 tahun 8 bulan oleh Dr S/N tICotqegbkCy84r5QgUEA Soh/SP3 sebagai old zygomatic complex fracture ini adalah kecederaan yang berakibat dari kemalangan ini. Dr Soh/ SP3 juga telah menjelaskan bahawa hal keadaan lewat kesan ini jarang-jarang berlaku tapi boleh berlaku. iii. Mahkamah ini juga mengambilkira fakta bahawa Plaintif dalam kes ini mengalami banyak kecederaan dan dirujuk kepada banyak Jabatan di HSNZ yang semua rujukannya akan hanya boleh ditentukan oleh pihak Hospital/ Dr dan bukan dia. iv. Mahkamah juga mendapati bahawa keterangan Defendan melalui Laporan D57 di ms 4 Ikatan E/ Pakar Defendan turut mengesahkan daripada pemeriksaan radiologi, ‘…shows signs of malunion over the area of right front zygomatic, right zygomaticimaxialliary and right zygomatic arch, corelates with the previous maxillofacial injury sustained. Selain Pakar Plaintif, SP6 kandungan report pakar Defendan D57 juga turut mencadangkan rawatan lanjut bagi kecederaan ini (rujuk ms 4 conclusion Ikatan E). 13)Bagi kecederaan BLADDER DYSFUNCTION: a. Plaintif hanya menghujahkan perihal bladder contusion dengan amaun RM10,000 yang mana Mahkamah telahpun awad secara global rujuk kecederaan di perenggan 6, 7 dan 8 di atas. b.Oleh kerana bladder dysfunction tidak dihujahkan Plaintif maka, Mahkamah menganggap Plaintif telah tidak berminat dan tidak menuntut bagi keilatan ini. S/N tICotqegbkCy84r5QgUEA c. Oleh itu, tuntutan ini adalah ditolak/ Tiada awad dibenarkan. 14)Bagi kecederaan SEXUAL DYSFUNCTION: a. Plaintif menuntut sejumlah RM80,000 bagi kecederaan ini mengambilkira keterangan SP7/Dr Azad Pakar Pltf bagi atas erectile dysfunction dan dry ejaculation dengan merujuk kes Iqbal Idlan Khalek v Zarina [2024] PILRU 17 dimana sejumlah RM80,000 telah diberikan bagi kecederaan erectile dysfunction yang dialami Pltf. b.Defendan merujuk kes Lee Boon Kim v Suhaimi b Mesdi
2023
1 PIR 22 dimana Mahkamah awad RM30,000 bagi erectile dysfunction dan menghujahkan jumlah adalah memadai. c. Julat compendium bagi erectile dysfunction adalah RM24,000 ke RM60,000 d.Mahkamah mendapati bahawa di dalam kes ini Plaintif tidak kehilangan sepenuhnya erectile function namun terpaksa bergantung dengan ubatan dan masih perlu kepada rawatan berkenaan saluran kencingnya bagi memastikan fungsi seksualnya pulih sebagaimana keterangan SP7/ Dr Azad. Oleh itu, Awad yang wajar dan munasabah bagi kecederaan sexual dysfunction ini adalah sebanyak RM25,000.00 sahaja. 15) Bagi PSYCHIATRY DISORDER: a. Mahkamah dapati bahawa salinan Laporan Perubatan HSNZ Psikiatri asal di ms 7-9 Ikatan C kekal ID14. b.Plaintif/SP2 pertama kali dirujuk Jabatan Psikiatri pada 30.8.2020 (kemalangan pada 4.12.2017). S/N tICotqegbkCy84r5QgUEA c. Adalah menjadi dapatan Mahkamah ini bahawa Doktor yang mengesahkan Plaintif didiagnosis mengalami major depressive disorder perlu dipanggil untuk mengesahkan demikian. d.Laporan Perubatan sungguhpun adalah dokumen awam (merujuk seksyen 74 Akta Keterangan 1950, kes Teoh Kong Joo v Penguasa Tempatan Hospital Sultanah Aminah, Johor Baharu [1990] 2 MLJ 235 (HC)) yang boleh diperolehi si pesakit/ penama yang dirawat, namun pengemukaan dan kebolehterimaannya adalah tertakluk kepada peruntukan seksyen 60 dan 62 Akta Keterangan 1952, yang menghendaki si pembuat/ maker dipanggil memberi keterangan memandangkan diagnosis itu hanya boleh disahkan oleh Dr yang membuat laporan tersebut. e. Oleh itu, tiada awad dibenarkan/ tuntutan bagi item ini ditolak kerana ianya tidak dibuktikan. 16)LOSS OF TEETH: a. Plaintif merujuk P8 dan ID15 dan berhujah bahawa Plaintif berhak terhadap gantirugi kehilangan gigi dengan jumlah RM35,000 (merujuk kes Tiong Hock Yong v Muhammad Amsyar Kamaruzzaman (2018) MLRHU 1892 dental trauma diawad RM35,000) b.Mahkamah-i. Merujuk Laporan OFMS HSNZ pertama, P8/ bertarikh 15.9.2019 yang menyatakan Plaintif dirujuk ke jabatan ini untuk second opinion dari Opthamology yang menyatakan, ‘regarding old depressed fracture of floor of right orbit’. Di dalam report ini melalui pemeriksaan intra-oral dikesan, ‘mouth opening: normal but right TMJ will dislocate upon wide opening, oral hygiene-poor, no stable occlusion, maxilla and mandible-firm. S/N tICotqegbkCy84r5QgUEA ii. Tidak ada penyataan berkenaan gigi Plaintif telah tiada sebagaimana dihujahkan. iii. Dan bagi ID15, adalah menjadi dapatan Mahkamah ini bahawa, Dr yang mengesahkan keadaan upper and lower completely edentoulous" perlu dipanggil untuk mengesahkan hal demikian. (merujuk seksyen 60 dan 62 Akta Keterangan 1952 [Akta 56]) iv. Oleh itu, tuntutan ini ditolak/tidak dibenarkan kerana ia tidak dibuktikan. 17)DIPLOPIA OF EXTREME GAZE: a. Plaintif-i. merujuk ID9 dan P23/ ms 40-42 Ikatan B dan berhujah bahawa Plaintif mengalami facial asymmetry akibat depressed fracture of floor of right orbit dan Laporan Pakar P23 bertarikh 13.1.2020 mengesahkan disebabkan oleh ‘old depressed fracture of floor of right orbit, Plaintif mengalami double vision of extreme gaze (right, left and upward). Ini akan menyebabkan limitation kepada beberapa aktiviti melibatkan extreme gaze eg. Driving or riding motorbike. This defect will be permanent.’. ii. Plaintif menuntut sejumlah RM10,000 bagi kecederaan ini dengan merujuk kes Sia Bee Chin & yang Lain lwn Chin Chow [2018] PILRU 123, dimana Mah telah awad RM8,000 bagi kecederaan diplopia dan juga kes Mohamad Azizul Hakim Pilus v Salim Saad [2018] PILRU 60, Mah awad RM25,000 untuk right traumatic optic neuropathy and bilateral hyphen & left eye pre-retina haemorrhage S/N tICotqegbkCy84r5QgUEA b.Defendan berhujah bahawa Plaintif tidak layak dipampas untuk kecederaan ini kerana tidak dibuktikan bahawa ia berbangkit dari kecederaan akibat kemalangan. c. Compendium bagi diplopia adalah dalam julat RM12,000 ke RM24,000 d.Mahkamah-i. telah meneliti kandungan P23 yang disetujui Peguam Defendan dan mendapati bahawa Diplopia ini adalah berpunca dari kecederaan akibat kemalangan iaitu fracture floor of right orbit (rujuk ms 41 Ikatan B bahagian comment). ii. Penyataan berkenaan kecederaan fracture floor of right orbit ini telahpun dibuktikan melalui Laporan P7 oleh Dr Soh/ SP3 (rujuk ms 23 Ikatan B extra-oral examination:
3
Eye assessment-right eye: diplopia detected on upward, downward, medial and lateral gaze). iii. Keterangan P23 konsisten dengan P7 dan demikian tuntutan ini dibenarkan dan Mahkamah memutuskan bahawa bagi item diplopia of extreme gaze ini Awad yang wajar dan munasabah dibenarkan berjumlah RM12,000. 18)Bagi kecederaan MUSCLE WASTING OF LEFT THIGH: a. Plaintif merujuk P24/ Pakar Ortopedik dan menuntut sejumlah RM3,000 bagi kecederaan ini dengan merujuk kes Sia Bee Chin & lain v Chin Chow Leong. (Laporan Pakar Orthopedic KPJ Perdana di ms 43-48 Ikatan B/P24 di ms 47-mild wasting of left thigh muscles) b.Defendan merujuk kes Muhammad Affendy bin Harun v Ismail b Bakar (2015) 1 PIR 32 dimana Mah awad RM2,000 S/N tICotqegbkCy84r5QgUEA untuk muscle wasting 1.5cm in the right forearm, 3 cm in the right thigh and 4 cm in the right arm, dan berhujah amaun yang wajar adalah RM1,500 sahaja c. Compendium bagi muscle wasting adalah dalam julat RM3,000 ke RM5,000. d.Mengambilkira hujah dan rujukan kes pihak-pihak serta Julat Compendium dan fakta daripada Laporan Pakar Orthopedic KPJ Perdana di P24, khusus di ms 47 Ikatan B, Plaintif/ SP2 hanya mengalami MILD wasting of left thigh muscles sahaja, Mahkamah ini bersetuju dengan Defendan dan memutuskan amaun yang wajar dan munasabah bagi kecederaan ini hanyalah RM1,500 sahaja 19)PAIN & SUFFERING: a. Plaintif - i. merujuk Tiong Hock Yong v Muhammad Amsyar Kamaruzzaman, dimana Mahkamah dalam kes itu membenarkan tuntutan pain & suffering RM5,000 bagi pembedahan membuang implant. ii. Menurut Plaintif berdasarkan P11 / Laporan Urologi mencatatkan Plaintif telah menjalani empat (4) kali prosedur untuk merawat kecederaan urethra yang dihadapi pada 14.2.2018,
8
8.8.2018,
10
10.7.2019 dan 8.7.2020. iii. Oleh itu, Plaintif menghujahkan sejumlah RM20,000 adalah wajar bagi pembedahan yang telah dilalui. iv. Plaintif juga menuntut pain & suffering masa depan iaitu bagi 2 kali pembedahan reconstructive sebagaimana keterangan Pakar Urologi/ P28 sebanyak RM5,000 x 2= RM10,000 S/N tICotqegbkCy84r5QgUEA b.Defendan hujahkan tuntutan ini ditolak. c. Mahkamah telah mengambilkira hujah pihak-pihak di atas dan memutuskan bahawa tuntutan bagi item pain and suffering ini dibenarkan dengan jumlah RM5,000 sahaja mengambilkira Plaintif masih memerlukan pembedahan dan rawatan masa hadapan. 20)Oleh itu, atas dasar kuantum 100%, Mahkamah telah membenarkan tuntutan GANTIRUGI AM berjumlah RM192,000.00. UNTUK GANTIRUGI KHAS 21) BAGI TUNTUTAN KEHILANGAN PENDAPATAN SEBENAR/ ACTUAL LOSS OF EARNING (TETAP SAMPINGAN) BERJUMLAH RM63,857.55: a. Tuntutan Gantirugi Kehilangan Pendapatan Sebenar: i. Plaintif - menuntut actual loss of earning (sebelum dibersarakan/ merujuk P46 dan P47) dengan berhujah atas fakta berikut:
1
Gaji Plaintif RM3,098.62 (merujuk P40A-I);
2
Plaintif diberikan cuti sakit dari 4.12.2017-9.12.2021 dan Cuti Perubatan Khas Jabatan dari 29.12.2021-31.3.2022 (merujuk P47 di ms 6 Ikatan D]. Merujuk P45 sepanjang cuti sakit Plaintif diberikan gaji berikut: - i. gaji penuh (4/12/17-30/7/18) RM2988.62 ii. gaji separuh (1/8/18-2/11/18) RM 1,494.31 S/N tICotqegbkCy84r5QgUEA iii. tanpa gaji (3/11/18-15.11.18)
3
Oleh itu, Plaintif berhujah jumlah layak bagi kehilangan pendapatan sebenar adalah: RM5977.24 (separuh gaji) + RM1,826.81(tanpa gaji) =RM7,804.05 ii. Defendan-
1
sebaliknya berhujah Plaintif menerima gaji kasar RM3,098.62 termasuk insentif berikut: - • imbuhan tetap perumahan RM300; • imbuhan tetap khidmat awam RM115; • elaun khas/ BI Menyelam RM100; • elaun tetap RM110;dan •
2
Bantuan Sara hidup RM250 Dari Feb-Julai 2018 gaji Plaintif dipotong RM210 (merujuk P40A-I) iaitu bersamaan tempoh 6 bulan [6 bulan x RM 210=RM1260].
3
Dari 1.8.2018-2.11.2018 cuti separuh gaji dibayar hanya RM1494.31(RM3098.62-RM1494.31-RM210) =RM1394.31 (P45) [RM1394.31 x 3 bulan =RM4,182.93].
4
Dari 3.11.2018 ke 5.11.2018 hanya dibayar RM1,161.81 (RM3098.62-RM1494.31-RM210-RM1,161.81) =RM232.50 (P45)
5
Oleh itu, Defendan hujahkan bahawa jumlah Kehilangan Pendapatan Sebenar/ actual loss of income adalah RM5,675.43 S/N tICotqegbkCy84r5QgUEA iii. Mahkamah telah pertimbangkan hujah dan kaedah pengiraan kedua-dua pihak sebagaimana di atas dan mendapati bahawa bagi tuntutan Gantirugi Kehilangan Pendapatan Sebenar-i. Plaintif semasa kemalangan bekerja sebagai pegawai Bomba Gred KB19 dengan gaji RM3098.62 (rujuk P40 ms75-80 Ikatan B); ii. Bermula Mac 2018 (rujuk P40/ms 81-83 Ikatan B), gaji Plaintif ini ditolak RM210 (elaun tetap RM110 dan Bantuan imbuhan menyelam RM100) menjadikan gaji Plaintif hanya RM 2888.62; dan iii. Mahkamah memutuskan bagi item kehilangan pendapatan tetap sebenar bagi pekerjaannya sebagai pegawai Bomba sahaja yang dibenarkan (actual loss of earning) dengan jumlah RM5,675.43 (dengan faedah). b. Tuntutan Gantirugi Kehilangan Pendapatan Sampingan (Actual And Future Loss): i. Mahkamah dapati Tuntutan Gantirugi Kehilangan Pendapatan SAMPINGAN (actual and future loss) tidak dihujahkan langsung oleh Plaintif; ii. Oleh itu, tuntutan kehilangan pendapatan SAMPINGAN (sebenar dan masa depan) adalah ditolak oleh Mahkamah; iii. Ini kerana selain ia tidak dihujahkan langsung oleh Plaintif, Mahkamah juga setelah meneliti keseluruhan keterangan dan dokumentasi eksibit telah berpuas hati dan memutuskan bahawa tidak ada keterangan membuktikan kerja sampingan Plaintif ini semasa kemalangan. S/N tICotqegbkCy84r5QgUEA iv. Dokumentasi perlantikan bagi pekerjaan sambilan yang dikemukakan di mahkamah adalah bukan dalam tempoh kejadian iaitu bukan pada tahun 2017. v. P53 yang dikemukakan Plaintif iaitu surat perlantikan secara kontrak jurulatih sambilan hanya menyatakan tempoh kuatkuasa lantikan hanya dari 1.2.2013 hingga 31.12.2013. vi. Begitu juga dengan P54, perlantikan Plaintif sebagai tenaga pengajar bagi Latihan Asas Survival Laut dan latihan Renang UMT hanyalah bagi semester II sesi 2012/2013 dan semester I sesi 2013/2014. Ia bukanlah tempoh pekerjaan sampingan yang dikatakan semasa tempoh kemalangan dalam kes ini yang berlaku pada 4.12.2017. vii. Kesimpulannya tuntutan kehilangan pendapatan sebenar dan masa depan (actual and future loss) bagi pekerjaan sampingan yang dikatakan Plaintif ini adalah ditolak kerana tidak dibuktikan dan langsung tidak dihujahkan Plaintif dalam walaupun ada diplidkan. 22)BAGI TUNTUTAN KEHILANGAN PENDAPATAN AKAN DATANG / FUTURE LOSS OF EARNING (TETAP) BERJUMLAH RM56,053.50: a) Plaintif juga menuntut future loss of earnings (pekerjaan tetap) akibat dibersarakan dengan pengiraan seperti berikut: i. RM3,598.62 (gaji sebelum bersara) – RM1,730.17 (pencen)= RM1,868.45 ii.RM1,868.45 x 12 x 2.5 = RM 56,053.50 S/N tICotqegbkCy84r5QgUEA b) Defendan pula berhujah dan mengemukakan rujukan pengiraan berikut-i. RM3,598.62 (gaji sebelum bersara) – RM1,730.17 (pencen)= RM1,868.45 ii. RM1,868.45 ditolak dengan perbelanjaan Plaintif RM1,000 iii. Masa hadapan: RM1,000 (gaji terakhir tolak contingency/ perbelanjaan Plaintif) x 12 x 2.5 tahun (55-50/ 2) =RM30,000 (dengan merujuk kes Chang Chong Foo & Anor v Shivanathan Perumal [1992] 1 MLRA 278; kes Khor Boon Chai v Lee Ah Ming & Anor [2021] MLRHU 2723 dan kes Tey Chan & Anor v South Esat Asia Insurance Bhd [1991] 4 MLRH 628. c) Mahkamah telah meneliti hujah kedua belah pihak sebagaimana d atas dan mempertimbangkan keseluruhan keterangan di hadapan Mahkamah ini dan memutuskan bahawa bagi item kehilangan pendapatan masa depan (future loss of earning) pekerjaannya sebagai pegawai Bomba sahaja yang dibenarkan dengan kaedah pengiraan berikut: - i. Perbezaan nilai selepas gaji ditolak pencen diterima Plaintif): RM3,598.62 (gaji sebelum bersara) – RM1,730.17 (pencen)= RM1,868.45 ii. Selanjutnya, Mahkamah mendapati berdasarkan keterangan Plaintif dan juga isterinya SP4, bagi kiraan tolakan (less contigency) sebanyak RM800 adalah lebih munasabah berbanding jumlah RM1,000 bagi kos perbelanjaan dirinya sendiri mengambilkira keadaan Plaintif yang menanggung dua (2) keluarga (dari isteri pertama dengan anak-anak dan isteri kedua dengan anak-anak) maka, nilai RM1,868.45 (selepas tolakan S/N tICotqegbkCy84r5QgUEA gaji akhir dengan pencen) selepas tolakan (less contingency) berjumlah RM800 (merujuk keterangan Plaintif yang menyatakan kos perbelanjaan dirinya sendiri adalah lebih kurang M800 hingga RM1,000 sebulan) adalah bersamaan RM1068.45 iii. Oleh itu, Mahkamah berpuas hati dan memutuskan bahaw awad bagi kehilangan pendapatan masa hadapan Plaintif sebagai bomba (tetap) yang dibenarkan adalah RM1068.45 x 12 x (55-50/2) = RM32,053.50 (tanpa faedah). d) Selanjutnya, Mahkamah juga memutuskan bahawa bagi tuntutan kehilangan pendapatan masa hadapan bagi pekerjaan SAMPINGAN adalah ditolak kerana selain ia tidak dihujahkan langsung oleh Plaintif, Mahkamah juga setelah meneliti keseluruhan keterangan dan dokumentasi eksibit telah berpuas hati dan memutuskan bahawa tidak ada keterangan membuktikan kerja sampingan Plaintif ini semasa kemalangan. Dokumentasi dikemukakan adalah bukan pada tahun 2017. P53 yang dikemukakan Plaintif iaitu surat perlantikan secara kontrak jurulatih sambilan hanya menyatakan tempoh kuatkuasa lantikan hanya dari 1.2.2013 hingga 31.12.2013. Begitu juga dengan P54, perlantikan Plaintif sebagai tenaga pengajar bagi Latihan Asas Survival Laut dan latihan Renang UMT hanyalah bagi semester II sesi 2012/2013 dan semester I sesi 2013/2014. ia bukanlah tempoh pekerjaan sampingan yang dikatakan semasa tempoh kemalangan dalam kes ini yang berlaku pada 4.12.2017. Oleh itu, tuntutan kehilangan pendapatan sebenar bagi pekerjaan sampingan yang dikatakan Plaintif ini adalah ditolak kerana tidak dibuktikan dan langsung tidak dihujahkan Plaintif dalam walaupun ada diplidkan. S/N tICotqegbkCy84r5QgUEA 38 23)KOS LAMPIN PAKAI BUANG (BERTERUSAN): Plaintif menuntut sejumlah RM275,808.00 dengan kaedah pengiraan berikut:- a) Pakar urology SP7 mengesahkan Plaintif mengalami bladder dysfunction dan masalah ini kemungkinan kekal akibat kecederaan total transection of urethra b) Nilai pampers digunakan Plaintif adalah RM895 sebulan; c) Rujuk resit-resit lampin pakai buang P30A-N, P31 (1-63), dan P2; d) Sebahagian resit yang lain menurut Plaintif/ SP2 ada yang terlepas pandang dan terbuang; e)
Preamble
Menurut Plaintif/SP2 perlukan 10 keping lampin pakai buang sehari; f) Merujuk ms 47 Ikatan D, Tena Pants M9 berharga RM25.95 / pek; g) Oleh itu, RM884 (RM26 x 34 keping) x 12 x 26 tahun + RM275,808.00 h) Plaintif hujahkan bahawa tiada tolakan kontingensi dengan merujuk kes Zalizan Junoh v Yusuf Negl [2017] MLRHU 1478; dan kes Intan Nirwana Sdn Bhd v Sri Mahendran [2012] 2 MLRH; Defendan berhujah-a) sejumlah RM27,686.40 sahaja wajar dibenarkan dengan mengambilkira umur Plaintif pada tahun 2022 (kemalangan berlaku pada tahun 2017) dan jangka hayat umur lelaki adalah 72 tahun dengan purata kos lampin sebulan adalah hanya RM164.80. b) Defendan merujuk kes Wong Kuan Kay V Rohaizad Othman & Anor, Majlis Perbandaran Johor Bahru (Pihak Ketiga) & Anor Appeal [2015] 4 CLJ 902 dan menghujahkan pengiraan bagi item ini hendaklah dibuat tolakan 1/3 (less 1/3) menjadikan pengganda dikurangkan menjadi 14 tahun. S/N tICotqegbkCy84r5QgUEA c) Oleh itu, awad dihujahkan wajar adalah RM27,686.40 bersamaaan dengan (RM164.80 x 12 x 14) III. Mahkamah-a) merujuk jumlah pembelian pampers adalah RM5602.90/ bagi tempoh 34 bulan (merujuk carta kiraan Defendan/ sepertimana eksibit resit-resit P31(1-63) di ms 20-83 Ikatan C) menjadikan purata bulanan RM164.80/ bulan. Oleh itu, Mahkamah tidak dapat bersetuju dengan pengiraan purata oleh Plaintif sebanyak RM895/bulan; b) Bagi kos Lampin Pakai Buang (berterusan ini) Mahkamah berpuas hati darpada keterangan saksi SP2 dan keterangan perubatannya termasuklah Laporan Pakar Defendan sendiri iaitu D58 dimana SP2 disahkan, ‘he is troubled by ongoing urinary symptom, has persistent incontinence due to a proximal urethral cutaneous fistula and is dependent on diapers.” dengan demikian Mahkamah membenarkan tuntutan kos lampin pakai buang berterusan kepada Plaintif dengan kiraan berikut:
1
Mempertimbangkan nilai purata bulanan adalah RM164.80 (RM5602.90/34 bulan);
2
jumlah pembelian pampers adalah RM5602.90/ bagi tempoh 34 bulan (merujuk eksibit resit-resit P31(1-63) di ms 20-83
3
Maka, Kos Lampin Pakai Buang (Berterusan) dibenarkan adalah berjumlah RM 47,132.50 (RM5,602.90 [kos yang telah dibelanjakan] + RM41,529.60 [kos yang bakal dibelanjakan](RM164.80x(72-51)x12) S/N tICotqegbkCy84r5QgUEA 40 24)KOS RAWATAN/ PEMBEDAHAN MASA DEPAN: I. Plaintif-a) menuntut RM100,000 (dengan mengambilkira kos dan inflasi terkini); b) merujuk keterangan SP7/ Pakar Urology yang mengesahkan Plaintif perlu menjalani paling kurang 2 major reconstructive surgery dengan kos RM40,000 ke RM50,000 bagi setiap prosedur bagi masalah kecederaan utrethra (bladder incontinence dan juga bladder stone) Defendan-a) sebaliknya menghujahkan bahawa keterangan pakar Urologi Plaintif/ SP7 mengesahkan bahawa reconstructive prosedur hanya boleh ditentukan setelah penilaian / proper assessment dapat dibuat (merujuk ms 56 Ikatan B); b) Oleh itu, prosedur continent pouch surgery yang dicadangkan pakar Defendan sepertimana di ms 9 Ikatan E/D59 dengan kos RM40,000 ke RM100,000 dan kos di Hospital Kerajaan adalah RM20,000 ke RM40,000 (rujuk prinsip dalam kes Inas Faiqah Mohd Helmi v Govt of Malaysia [2016] 1 MLRA 647 (36) III. Mahkamah telah mengambilkira hujah kedua belah pihak di atas dan keseluruhan keterangan yang dikemukakan pihak-pihak dan memutuskan awad berjumlah RM40,000 (tanpa faedah) iaitu sebagaimana kos maksimum Hospital Kerajaan dibenarkan bagi kos rawatan/ pembedahan masa depan. Ini juga setelah Mahkamah mengambilkira fakta bahawa SP2/ Plaintif setelah kemalangan telah hanya menjalani rawatan lanjut dan pembedahan di Hospital Kerajaan dan tidak selainnya. S/N tICotqegbkCy84r5QgUEA 41 25)KOS MENGUPAH PENGASUH (DARI TARIKH KEMALANGAN DAN BERTERUSAN) Plaintif-a) menuntut RM24,800. berdasarkan keterangan SP2/ Pltf beliau tidak mampu menguruskan diri selepas kemalangan, memerlukan bantuan dari isterinya selama 31 bulan dengan upah RM800/ sebulan. b) Sekiranya diupah jururawat peribadi tentu kosnya lebih tinggi. Penjaga uruskan keperluan harian makan, minum, mandi, tukar lampin, cuci luka dan tukar beg kencing. Defendan-a) Berhujah bahawa tiada bukti dokumentasi berhubung pembayaran RM800/ sebulan selama 31 bulan yang dikemukakan Pltf ataupun isterinya selaku penjaga/SP4. b) Defendan hujahkan amaun wajar adalah RM600 bagi tempoh hanya 11 bulan sahaja kerana Plaintif telah kembali bekerja dalam tempoh itu menjumlahkannya kepada amaun RM6,600 sahaja III. Mahkamah-a) setelah mengambilkira fakta dan hujah kedua belah pihak sebagaimana di atas Mahkamah memutuskan bahawa amaun yang wajar dan munasabah bagi tuntutan upah pengasuh yang dibenarkan adalah RM6,600 (RM600x 11 bulan) sahaja; b) Ini kerana amaun yang dituntut Plaintif tidak dibuktikan tiada resit/ slip transaksi dikemukakan; c) merujuk keterangan Plaintif di ms 52 dengan ms 1 Ikatan D/P45- Plaintif/ SP2 ada diberikan cuti sakit lanjutan tanpa gaji dengan elaun bantuan sehingga 15.11.2018; d) Berkenaan tuntutan upah pengasuh berterusan, adalah menjadi dapatan Mahkamah ini bahawa daripada keterangan Plaintif/SP2 S/N tICotqegbkCy84r5QgUEA dan isterinya SP4, SP2/Plaintif tidak lagi memerlukan jagaan penuh sepertimana keadaan sejurus selepas kemalangan dan demikian tuntutan upah pengasuh berterusan adalah tidak dibenarkan.. 26)KOS IMPLAN /P55 Plaintif menuntut dibayar kos implant RM12,000 yang telah dibelinya pada 30.3.2023 (rujuk P55 / ms 1 Ikatan F) daripada Socious M Sdn Bhd kepada HSNZ / Klinik Pakar Bedah Mulut Defendan menghujahkan bahawa item ini harus ditolak kerana tiada keterangan ianya adalah berkenaan dengan apa. III. Mahkamah-a) Dapati berdasarkan keterangan Plaintif/ SP2 menyatakan bahawa beliau telah jalani pembedahan memasukkan implant di HSNZ (rujuk PSP2 soalan 39 dan 40) dan pembelian implan adalah ada 30.3.2023; b) keterangan tersebut konsisten dengan kandungan Laporan Pakar P26 bertarikh 7.3.2020 (sebelum pembedahan implan tersebut dibuat) dan keterangan pakar tersebut iaitu SP6/Dr Ramizu, yang mencadangkan ‘he needs osteotomy or onlay surgery’ di perenggan 3 bahagian conclusion di ms 51 Ikatan B. c) Oleh itu, setelah Mahkamah ini meneliti keterangan dan hujah pihak-pihak Mahkamah memutuskan tuntutan bagi item kos implan sepertimana P55 ini adalah dibenarkan dengan jumlah RM12,000 sebagaimana resit; S/N tICotqegbkCy84r5QgUEA 43 27)PERBELANJAAN MASA RAWATAN SUSULAN DI HTAA DAN HSNZ: RM3,000; DAN 28)KOS PERJALANAN KE HSNZ DAN HTAA UNTUK RAWATAN SUSULAN: RM3,000 Setelah mengambilkira fakta dan hujah kedua belah pihak Mahkamah memutuskan seperti berikut:- a) nilai/ jumlah yang diplidkan Plaintif di Butir-butir Gantirugi Khas Plaintif perenggan (e) dan (g) di ms 8 Ikatan A yang hanya berjumlah RM6,000 (RM3,000+ RM3,000 sahaja) adalah sangat berbeza dengan nilai yang Plaintif hujahkan berdasarkan resit-resit kereta sewa yang dikemukakannya di eksibit ID21(I-300) dan ID22 (merujuk ms 120-195 ([1-9] dan ms 20-22 Ikatan D), dimana mengikut resit ID ini jumlah yang dituntut adalah RM34,591.00 b) merujuk Buku Temujanji Plaintif telah menghadiri ke HSNZ sebanyak 182 kali (P17A-K dan P18 A-D) dan HTAA sebanyak 35 kali (P19A-Q dan P20 A-B) c) Mahkamah juga mengambilkira hujah Defendan bahawa maker kepada resit-resit teksi tidak dipanggil (merujuk seksyen 73A Akta Keterangan 1950) dan walaupun resit sepadan dengan tarikh temujanji Plaintif ini ia boleh saja dapatkan isterinya / saudara untuk pandu Plaintif ke Hospital. d) Tuntutan ini Mahkamah tidak benarkan sebagaimana resit dikemukakan Plaintif kerana resit-resit yang kekal ID iaitu eksibit ID21(I-300) dan ID22 disebabkan maker tidak dipanggil. e) Walaubagaimanapun mengambilkira perjalanan memang ada dibuat ke HSNZ sebanyak 182 kali sepertimana (P17A-K dan P18 A-D) dan HTAA sebanyak 35 kali (P19A-Q dan P20 A-B), Mahkamah putuskan nilai yang wajar dan munasabah bagi kos perjalanan dan perbelanjaan rawatan ke HSNZ pergi balik adalah RM40 dan ke HTAA pergi balik adalah RM150. S/N tICotqegbkCy84r5QgUEA f) Oleh itu, bagi kos perbelanjaan dan perjalanan (secara global) pergi balik HTAA dibenarkan sebanyak RM5,250 (35 kali x RM150 pergi balik HTAA Bt Rakit) dan sebanyak RM7280 (RM40 pergi balik HSNZ Batu Rakit x 182 kali ). g) Jumlah keseluruhan awad bagi kedua-dua item yang dibenarkan oleh Mahkamah ini adalah sebanyak RM12,530 (global) 29)KOS PERJALANAN UNTUK TEMUJANJI PAKAR Plaintif dalam hujahnya menuntut kos sebanyak RM800 bagi menghadiri temujanji di KPJ Tawakkal KL pada 15.6.2020 dan kos sebanyak RM500 bagi menghadiri temujanji di KPJ Perdana Kota Bharu menggunapakai resit teksi dan eksibit resit hotel dan makan (dengan merujuk ID37A-J dan ID38) . Defendan sebaliknya berhujah memohon tuntutan ini ditolak kerana jumlah tersebut tidak sepadan dengan resit. III. Mahkamah telah ambilkira hujah kedua belah pihak dengan keterangan yang ada dan memutuskan amaun yang wajar dan munasabah dibenarkan adalah RM 250 pergi balik (perjalanan untuk ke temujanji Pakar di KL) dan RM120 pergi balik (perjalanan untuk ke temujanji Pakar di Kota Bharu) menjumlahkan keseluruhan yang dibenarkan Mahkamah bagi item ini adalah hanya RM370 sahaja. 30)KOS FISIOTERAPI MASA HADAPAN Pakar Plaintif mencadangkan rawatan fisioterapi dijalani oleh SP2 untuk mengatasi masalah muscle wasting, malunion clavicle and hip stiffness di Pusat Fisioterapi Flex dengan kos RM150/ sesi dimana S/N tICotqegbkCy84r5QgUEA Plaintif memerlukan 3 sesi seminggu selama sebulan. Oleh itu jumlah kos dituntut adalah RM10,800 Defendan pula menghujahkan agar tuntutan ini ditolak kerana Plaintif boleh hadiri sesi fisioterapi di Hospital Kerajaan/Klinik Kesihatan sebagai pesara. Setelah kemalangan tahun 2017 Plaintif seharusnya berkesempatan ke fisioterapi di Hospital Kerajaan namun tiada rekod menunjukkan beliau hadir ke sesi demikian. III. Mahkamah telah mengambilkira hujah kedua pihak dan keterangan di hadapan Mahkamah ini dan berpuas hati bahawa:- a) tidak berbangkit untuk Plaintif dibayar kos fisioterapi masa hadapan sebagaimana dituntut ini kerana memang tidak ada keterangan sepanjang rawatan dan selepas pembedahan dijalani Plaintif selepas kemalangan sehingga yang terkini Plaintif ada menghadiri apa-apa sesi fisioterapi lanjutan rawatan dan pembedahan yang telah diberikan pihak HTAA mahupun HSNZ; b) Malah dengan merujuk P18A-D, P19A-Q dan P20A-B juga tiada temujanji fisio sepanjang rawatan di HSNZ dan HTAA c) Oleh itu tuntutan bagi item ini adalah ditolak. 31)KOS PERUBATAN/ KOS SUPPLEMEN TAMBAHAN Plaintif - a) merujuk resit P33 / ms 158 Ikatan B beliau telah membeli surbex zink berharga RM126.50 selama 6 bulan. b) Oleh itu Plaintif menuntut bagi perbelanjaan yang telah dibuatnya berjumlah RM 759 bagi kos suplemen tambahan ini. S/N tICotqegbkCy84r5QgUEA Defendan tidak bersetuju Plaintif dibayar bagi tempoh 6 bulan tetapi hanya dibayar mengikut resit P33 iaitu RM126.50 sahaja. III. Mahkamah bersetuju dengan hujah Defendan oleh kerana hanya resit P33 dikemukakan maka jumlah RM126.50 sahaja dibenarkan (prinsip dalam kes Mahkamah Persekutuan, Sam Wun Hoong v Kader Ibramshah [1981] 1 MLJ 295 diikuti). 32)KOS PENJAGAAN DIRI (DARI TARIKH KEMALANGAN BERTERUSAN) Bagi item ini Plaintif berhujah dengan merujuk P34(A-E) yang sama dengan P30 (H-L) iaitu 5 keping resit di ms 161-165 Ikatan B yang berjumlah RM257, dan menurut Plaintif lagi oleh kerana penggunaannya adalah selama tempoh enam (6) bulan, maka, ia menjadikan jumlah keseluruhan bagi item ini adalah RM1,542. Defendan pula berhujah bahawa kos penjagaan diri pada P30H-L sebanyak RM257 bagi tuntutan 6 bulan adalah perlu dibuktikan dengan ketat. Oleh itu Defendan berhujah memohon hanya kos berdasarkan resit yang dibenarkan iaitu RM257 sahaja. III. Mahkamah telah meneliti hujah kedua-duanya dengan keterangan dan eksibit P30H-L dan bersetuju dengan Defendan dimana tidak ada keterangan membuktikan penggunaan selama tempoh enam (6) bulan sebagaimana dihujahkan Plaintif dan dengan itu Mahkamah hanya membenarkan tuntutan kos penjagaan diri berjumlah RM257 sepertimana resit sahaja. S/N tICotqegbkCy84r5QgUEA 47 33)KOS PEMBELIAN ALAT RAWATAN PEMULIHAN: Terdapat tiga (3) item dituntut Plaintif di bawah tajuk ini namun hanya satu (1) item dibenarkan manakala dua (2) lagi item ditolak . Butirannya adalah seperti berikut:- A. KOS STOKING PERUBATAN BERJUMLAH RM89.90 Item ini telah disetujui Defendan sebagaimana resit P35 [rujuk ms 154 Ikatan B]. Oleh itu mengambilkira fakta bahawa kos ini adalah berakibat perubatan yang dijalani Plaintif setelah kemalangan Mahkamah ini membenarkan tuntutan dengan jumlah RM89.90 sepertimana resit P35. B. KOS GIGI PALSU BERJUMLAH RM850.00 Mahkamah dapati Plaintif telahpun membayar jumlah tersebut sepertimana eksibit ID36/ di ms 196 Ikatan C yang kekal ID. Defendan dalam hujahnya menyatakan bahawa tuntutan bagi item ini wajar ditolak kerana ia tidak dibuktikan berkaitan dengan kecederaan. III. Mengambilkira hal keadaan tidak ada keterangan dikemukakan sama ada melalui Dr Perubatan/ Pakar berkaitan dan eksibit ID36 ini kekal ID dan Mahkamah juga berpuas hati bahawa kos ini tidak dibuktikan berbangkit daripada kecederaan berakibat kemalangan, maka, tuntutan Plainitf bagi kos gigi palsu ini adalah ditolak. C. KOS KERUSI RODA BERJUMLAH RM 400 a) Bagi item ini ia ada diplidkan Plaintif pada butir-butir kecederaan sub para (n) di perenggan 9 Pernyataan Tuntutan Plaintif di ms 9 Ikatan A namun Mahkamah dapati ianya langsung tidak dibuktikan mahupun dihujahkan Plaintif, begitu juga Defendan. b) Oleh itu, Mahkamah menolak tuntutan bagi item ini. S/N tICotqegbkCy84r5QgUEA 48 34)KOS MENDAPATKAN RAWATAN ALTERNATIF PERBELANJAAN PERJALANAN UNTUK MENDAPATKAN RAWATAN ALTERNATIF a) Bagi item ini walaupun ianya diplidkan Plaintif pada butir-butir kecederaan sub para (h) dan (i) di perenggan 9 Pernyataan Tuntutan Plaintif di ms 8 Ikatan A, Mahkamah dapati ianya langsung tidak dibuktikan mahupun dihujahkan Plaintif, begitu juga Defendan. b) Oleh itu, mengambikira hal keadaan tersebut dan fakta bahawa memang tidak ada langsung keterangan dikemukakan bersabit tuntutan ini, maka, tuntutan bagi item kos mendapatkan rawatan alternatif dan perbelanjaan perjalanan untuk mendapatkan rawatan alternatif ini adalah ditolak oleh Mahkamah. 35)KOS MEMBAIKI MOTOSIKAL BERJUMLAH RM2,480.00 a) Mahkamah telah mengambilkira fakta bahawa tidak ada hujahan dibuat Plaintif berkait tuntutan ini dan Resit baiki motosikal di ms 174 Ikatan B kekal ID39 tanpa dipanggil repairer dan demikian tuntutan Plaintif bagi item ini adalah ditolak. 36)KOS LAPORAN DAN PAKAR a) Sebagaimana telah disetujui pihak-pihak untuk dimasukkan ke dalam kos tindakan, berikut adalah kos dibenarkan oleh Mahkamah (dalam kos tindakan):-
1
Kos Laporan Perubatan RM480;
2
Kos Laporan Pakar KPJ Perdana Specialist RM 5,155.50; dan S/N tICotqegbkCy84r5QgUEA
3
Kos Pakar KPJ Tawakkal RM 2,001.00 37) Oleh itu, jumlah keseluruhan yang dibenarkan bagi GANTIRUGI KHAS berjumlah RM84,781.33 (dengan faedah), RM72,053.50 (tanpa faedah) dan RM7,636.50 (dalam kos tindakan) 38)FAEDAH DAN KOS a) Faedah dibenarkan sebagaimana berikut:- i. 5% setahun terhadap gantirugi am bermula dari tarikh penyerahan saman sehingga tarikh penghakiman, ii.
2
2.5% setahun terhadap gantirugi khas bermula dari tarikh kemalangan sehingga ke tarikh penghakiman, iii. 5% setahun atas gantirugi yang dibenarkan dikira dari tarikh penghakiman sehingga penyelesaian penuh; dan b) Kos tindakan adalah mengikut skala berdasarkan liabiliti yang dibenarkan ; dan c) Defendan-Defendan hendaklah membayar jumlah penghakiman di atas kepada Plaintif melalui Akaun Pelanggan Peguamcara Plaintif, Tetuan Azira & Partners untuk diuruskan pembayarannya kepada Plaintif KESIMPULAN Berdasarkan keseluruhan keterangan dan dokumentasi eksibit serta Hujahan dan Ikatan Otoriti yang telah dikemukakan oleh kedua belah pihak, Mahkamah telah membuat penilaian terhadap keseluruhannya dan mendapati bahawa diatas imbangan kebarangkalian, Defendan adalah 100% bertanggungan di dalam kemalangan ini dan demikian awad dibenarkan atas dasar 100% bagi gantirugi Am S/N tICotqegbkCy84r5QgUEA berjumlah RM192,000.00 dan Gantirugi Khas berjumlah RM84,781.33 (dengan faedah), RM72,053.50 (tanpa faedah) dan RM7,636.50 (dalam kos tindakan). Bertarikh pada 7.12.2024 (NAZLYZA BINTI MOHAMAD NAZRI) HAKIM MAHKAMAH SESYEN 4 KUALA TERENGGANU Bagi pihak Plaintif: Pn Azira Nor Azira Binti Kasim @ Awin [Tn Azira & Partners] bagi pihak Defendan: En Raymond Sivasothey [Tn Kenneth William & Associates] S/N tICotqegbkCy84r5QgUEA
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.