Petak 1 ialah untuk plaintif manakala Petak 2 ialah untuk 10 kesemua defendan-defendan. Ini bermakna, kalaupun OS ini dibenarkan, defendan-defendan terpaksa membuat proses yang berasingan untuk menamatkan ketuanpunyaan bersama dan memecah bahagian Petak 2 kepada petak-petak berasingan. [27] Oleh itu OS ini, jika dibenarkan, hanya menyelesaikan masalah plaintif tanpa menyelesaikan masalah defendan-defendan. [28] Kedua, di dalam menentang cadangan di dalam Eksh WZWA-1, plaintif mengatakan dia akan diprejudiskan kerana beliau akan kehilangan akses kepada bahagiannya di dalam tanah tersebut. Tetapi setelah meneliti cadangan pihak-pihak di dalam Eksh WZWA-1 dan Eksh SM-2 saya mendapati bahawa cadangan Petak 7 dan Petak 1 tidak akan memprejudiskan plaintif kerana kedua-dua cadangan petak tersebut adalah bersempadan dengan Lot 3323 milik plaintif. [29] Oleh itu dari aspek mana sekalipun plaintif tidak akan kehilangan akses kepada bahagiannya di dalam tanah tersebut. [30] Sebaliknya cadangan Petak 1 di dalam Eksh SM-2 oleh plaintif akan memprejudiskan defendan ke-6 kerana ianya bertindan dengan rentahan defendan ke-6 di dalam Petak 6 Eksh WZWA-1. [31] Ketiga, plaintif tidak menafikan itu rumah kayu yang terdiri di dalam Petak 7 adalah miliknya. Plaintif juga mengatakan di dalam para 9 AIS-2 bahawa rumah kayu tersebut ialah “untuk tujuan menyimpan 11 peralatan kerja, baja dan sebagainya dan juga tempat istirehat pada waktu siang ketika mengerjakan tanah” di Lot 3323. [32] Pengakuan plaintif di dalam para 9 AIS-2 bahawa dia membina rumah kecil tersebut di Petak 7 Eksh WZWA-1. Kalau benar Petak 1 di dalam Eksh SM-2 itu adalah rentahan plaintif daripada asal, kenapa sahaja dia tidak membina rumah kayu tersebut di dalam petak tersebut? Oleh itu di dalam dapatan saya, pengataan plaintif bahawa Petak 1 di dalam Eksh SM-2 adalah rentahannya yang asal adalah tidak konsisten dengan kedudukan rumah kayu tersebut yang dibina oleh plaintif sendiri di dalam Petak 7 Eksh WZWA-1. [33] Lord Diplock di dalam kes Eng Mee Yong memberikan peringatan di dalam keadaan biasa adalah tidak wajar untuk menyelesaikan masalah afidavit yang bertentangan. Tetapi meneliti AIS dan AIS-2 dari plaintif, tidak meyakinkan saya, kerana ianya bertentangan dengan dokumen yang kontemporari termasuk bil letrik rumah kayu tersebut di dalam Eksh WZWA-5 yang tidak dinafikan oleh plaintif. [34] Di atas alasan tersebut, saya menerima pengataan Wan Zarid di dalam AIR bahawa Eksh WZWA-1 adalah versi yang munasabah tentang rentahan asal pihak-pihak di dalam ini. Mahkamah menerima versi ini sebagai lebih munasabah. [35] Berdasarkan kepada dapatan fakta ini tidak ada keperluan undang-undang untuk saya menukarkan OS ini kepada tindakan writ dan meneruskan dengan perkara tersebut dalam cara yang ditetapkan oleh A 28 k 8(1) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012. 12 Dapatan Mahkamah [36] Oleh yang demikian, dapatan Mahkamah adalah seperti berikut: