Pada mengenakan sekatan-sekatan demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahaginnya atau ketenteraman awam dibawah Perenggan (a) Fasal (2), Parlimen boleh meluluskan undang-undang melarangdipersoalkan apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau prerogatif yang ditetapkan atau dilindungi oleh peruntukan Bahagian III, Perkara 152, 153 atau 181 melainkan yang berhubungan dengan pelaksanaannya sebagaimana yang dinyatakan dalam undang-undang itu. [22] Walau bagaimanapun dari kertas-kertas kausa yang dikemukakan oleh pihak-pihak, Mahkamah berpendapat bahawa terdapatnya kausa tindakan yang munasabah terhadap Defendan. Dalam keadaan dimana pliding ada mendedahkan kausa tindakan dan telah menimbulkan persoalan yang layak diputuskan secara perbicaraan penuh, maka adalah tidak wajar untuk Mahkamah membatalkan kes pada peringkat ini. [23] Terdapatnya persoalan fakta dan undang-undang yang terlibat dan ini bukanlah sesuatu kes yang jelas untuk dibatalkan dibawah Aturan 18 kaedah 19 KKM 2012. (rujukan kes Cepatwawasan Group Bhd v Tengku Dato Kamal Ibni Sultan Sir Abu Bakar [2008] 2 MLJ 915 muka surat 919 ) [24] Dalam kes ini Defendan bersetuju beliau adalah calon Parti tersebut dan telah memenangi kerusi kawasan pilihan raya Parlimen Ampang dan telah menerima faedah dari Parti tersebut semasa PRU14. ( Rujukan kepada Afidavit Sokongan Defendan Lampiran11). 12 [25] Isu berkaitan Bon adalah tidak sah dan ultra vires yang mana telah ditandatangani oleh Defendan pada 25.4.2018 perlu diperjelaskan dalam perbicaraan penuh. Terdapatnya isu-isu undang-undang dan fakta yang perlu diputuskan [rujuk kes Linde Gas Malaysia Sdn Bhd v Pasifik Utama Sdn Bhd [2011] 5 CLJ 40]. [26] Bon tersebut tidak melarang Defendan untuk meletak jawatan atau untuk bersama dengan parti politik yang lain, tetapi Bon tersebut menghendaki Defendan membayar jumlah yang setimpal dengan segala kemudahan yang diperolehi oleh Defendan daripada Parti tersebut dan kerugian yang dialami oleh Parti tersebut akibat dari tindakan Defendan. [27] Mahkamah diperingkat ini tidak mengambilkira merit kes. [28] Mahkamah berpendapat bahawa perlunya Defendan memberi keterangan berkaitan persoalan-persoalan berikut:- a) atas kapasiti apa Defendan menandatangani Bon tersebut; b) sama ada Defendan menandatangani Bon tersebut dengan persetujuan / atau terdapatnya apa-apa paksaan; c) apakah tujuan Bon tersebut ditandatangani; d) sama ada terdapatnya syarat-syarat tersirat antara pihak-pihak; dan e) sama ada ianya bercanggah dengan Perlembagaan Parti tersebut. [29] Perkara-perkara di atas adalah isu yang perlu diperjelaskan secara perbicaraan penuh. 13 [30] Mahkamah berpendapat perlunya keterangan saksi-saksi kedua-dua pihak untuk menjelaskan tujuan Bon tersebut dilaksanakan dalam sesuatu Parti. [31] Berkaitan dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang ditimbulkan oleh Defendan, Mahkamah berpendapat perkara ini tidak bermerit. Bon tersebut ditandatangani oleh Defendan seorang individu dengan Parti tersebut. Tindakan Defendan menandatangani Bon tersebut adalah berdasarkan Perlembagaan Parti yang mana telah dipersetujui oleh pihak-pihak dan remedi adalah dibawah undang-undang kontrak. [32] Mahkamah juga merujuk kes Bandar Builder Sdn Bhd & Ors v. United Malayan Banking Corporation Bhd [1993] 4 CLJ 7, [1993] 3 MLJ 36 the court held that : “The principles upon which the Court acts in exercising its power under any of the four limbs of O. 18 r. 19 (1) Rules of the High Court are well settled. It is only in plain and obvious cases that recourse should be had to the summary process under this rule (per Lindley M.R. in Hubbuck v. Wilkinson [1899] 1 QB 86, p. 91) , and this summary procedure can only be adopted when it can be clearly seen that a claim or answer is on the face of it “obviously unsustainable” (Attorney-General of Duchy of Lancaster v. L. & N.W. Ry. Co. [1892] 3 Ch. 274, CA). It cannot be exercised by a minute examination of the documents and facts of the case, in order to see whether the party has a cause of action or a defence (Wenlock v. Moloney [1965] 1 WLR 1238; [1965] 2 All ER 871, CA.). The authorities further show that if 14 there is a point of law which requires serious discussion, an objection should be taken on the pleadings and the point set down for argument under O. 33 r. 3 (which is in pari materia with our O. 33 r. 2 Rules of the High Court) (Hubbuck v. Wilkinson) (supra). The Court must be satisfied that there is no reasonable cause of action or that the claims are frivolous or vexatious or that the defences raised are not arguable. [33] Memandangkan terdapat isu-isu yang perlu dibicarakan dan bagi mencapai keputusan yang adil, Mahkamah berpendapat adalah tidak wajar tuntutan ini dibatalkan pada peringkat ini. [34] Oleh itu, Mahkamah menolak Lampiran 10 dengan kos RM5,000.00 tertakluk kepada fi alokatur. tt ( LATIFAH BINTI HAJI MOHD TAHAR ) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi NCVC 1 Kuala Lumpur Bertarikh : 4.2.2022 15 Peguam Bagi Pihak Plaintif Tetuan Zharif Nizamuddin 18-30 Plaza Azalea, Persiaran Bandaraya, Seksyen 14, Shah Alam, 40000 Selangor Darul Ehsan. (Tel : 03-55246612 / 6613 Fax : 03-55246614 (email : office@zn.legal ) (No. Ruj: L.20.011) Peguam Bagi Pihak Defendan Tetuan William Leong & Co. Suite 812 & 813, Blok E, Phileo Damansara 1, No. 9, Jalan 16/1, 46350 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan. (No. Ruj. : WL/LT-06/PKR/013/20)