A Judge may, on the application of any person desirous of appealing who may be debarred from so doing upon the ground of his not having observed some formality or some requirement of this Code, permit an appeal upon such terms and with such directions to the Magistrate and to the parties as the Judge shall consider desirable, in order that substantial justice may be done in the matter.”. [15] Berdasarkan peruntukan tersebut, seorang Hakim mempunyai kuasa budi bicara untuk membenarkan permohonan rayuan oleh mana-mana pihak yang telah dihalang untuk merayu akibat kegagalan pihak tersebut untuk mematuhi mana-mana formaliti atau kehendak di bawah Kanun Prosedur Jenayah dan bagi maksud ini, keadilan substantial hendaklah menjadi pertimbangan Hakim tersebut. [16] Setelah Mahkamah ini meneliti, menilai dan mempertimbangkan alasan-alasan yang dinyatakan dalam Afidavit Sokongan Pemohon dan Afidavit Jawapan Responden serta penghujahan kedua-dua pihak Pemohon dan Responden, Mahkamah ini bersetuju sepenuhnya dengan alasan-alasan yang dinyatakan dalam Afidavit Jawapan Responden tersebut. [17] Oleh itu, Mahkamah ini telah menggunakan budi bicaranya untuk menolak permohonan Pemohon untuk memfailkan Petisyen Rayuan di luar tempoh masa. Alasan Mahkamah ini adalah seperti di bawah. [18] Pada 23/2/2023, Pemohon telah didapati bersalah dan disabitkan dengan kesalahan di bawah seksyen 14(A) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 oleh HMS. Justeru, Pemohon telah dikenakan hukuman penjara 12 tahun dari tarikh 23/2/2023 serta perintah untuk menjalani kaunseling pemulihan sepanjang tempoh penjara di bawah subseksyen 26(1) Akta yang sama dan pengawasan polis selama 2 tahun selepas selesai menjalani hukuman penjara di bawah subseksyen 27(1) Akta yang sama. [19] Pemohon tidak berpuas hati dengan keseluruhan keputusan HMS tersebut dan telah memfailkan Notis Rayuan pada 1/3/2023 (Kandungan 113) melalui peguam bela Pemohon yang terdahulu, iaitu Tetuan Haffiz Zuhair Adawiah & Co. [20] Melalui surat bertarikh 12/5/2023 (Kandungan 7), Tetuan Saidina & Co. telah memaklumkan Pendaftar Mahkamah Kangar bahawa mereka telah dilantik oleh Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Negeri Perlis sebagai peguam bela Pemohon yang baru untuk mewakili Pemohon (selepas ini dirujuk sebagai “peguam bela Pemohon”). [21] Pada 12/7/2023, peguam bela Pemohon telah berjumpa Pemohon di Penjara tersebut dan telah menerima salinan Nota Keterangan dan Alasan Penghakiman HMS daripada Penolong Penguasa Penjara tersebut. Oleh itu, peguam bela Pemohon telahpun mempunyai maklumat, pengetahuan dan akses ke atas Nota Keterangan dan Alasan Penghakiman HMS tersebut sejak tarikh 12/7/2023 tersebut. [22] Justeru, berdasarkan subseksyen 307(4) dan (9) KPJ, peguam bela Pemohon hendaklah memfailkan Petisyen Rayuan Pemohon dalam tempoh 14 hari selepas penerimaan Nota Keterangan dan Alasan Penghakiman HMS tersebut. Sekiranya Pemohon gagal berbuat demikian, Pemohon dianggap telah menarik balik rayuannya. Sungguhpun begitu, Hakim mempunyai kuasa budi bicara di bawah seksyen 310 KPJ untuk membenarkan pelanjutan masa untuk memfailkan Petisyen Rayuan tersebut di luar tempoh masa. [23] Subseksyen 307(4) dan (9) KPJ tersebut memperuntukkan seperti yang berikut: “Procedure for appeal