Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI TEMERLOH DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR SAMAN PEMULA NO. CB-24NCVC-15-03/2022 Dalam Perkara mengenai kesemua satu per satu (1/1) bahagian di dalam rumah teres berkembar Dua Tingkat (Semi-D) yang dipegang di bawah hakmilik No. Berdaftar HS (D) 18096, PT 15017 Bandar Temerloh Daerah Temerloh Negeri Pahang Darul Makmur yang beralamat di No. 7 Jalan Cempaka Jaya Off Jalan Pak Sako, 28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur Dan Dalam perkara Perjanjian Jual Beli bertarikh 18.12.2013 di antara Rosma Juliana Binti Derahman (No. KP: 771005-03-5018) dengan Salmah Binti Ab Salam (No. K/P: 551020-11-5018) Dan Dalam perkara Perjanjian Pinjaman Perumahan bertarikh 22.03.2016 di antara Affin Bank Berhad (25046-T) dengan Roseerviyana Binti Ahmad (No. K/P: 760512-06-5492) dan Salmah binti Ab Salam (No. K/P: 551020- 11-5018) 07/07/2022 14:20:15 CB-24NCvC-15-03/2022 Kand. 11 Dan Dalam Perkara mengenai Seksyen 417 (1) Kanun Tanah Negara 1965 Dan Dalam Perkara mengenai Aturan 7 Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 Dan Dalam Perkara mengenai Seksyen 11 (1) (c) Akta Spesifik Relief 1950 ANTARA SALMAH BINTI AB SALAM (NO. K/P: 551020-11-5018) … PEMOHON DAN ROSMA JULIANA BINTI DERAHMAN (NO. K/P: 771005-03-5866 / A3810332) … DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN [1] Ini adalah permohonan daripada Pemohon untuk satu perintah pelaksanaan spesifik bagi Responden menyerahkan semua dokumen-dokumen berkenaan permohonan kebenaran memindahmilik dan menggadai yang ditandatangani oleh Responden kepada Pemohon untuk tujuan pindahmilik. Fakta Dan Keterangan Affidavit-Affidavit [2] Pemohon dan Responden telah menandatangani perjanjian jual beli bertarikh 18.12.2013. Perjanjian tersebut terdapat di dalam eksibit ‘SAS-2’ affidavit Pn. Salmah binti Ab Salam iaitu Pemohon. Dalam perjanjian tersebut telah dinyatakan bahawa harga belian hartanah tersebut iaitu HS (D) 18096, PT 15017 Bandar Temerloh Daerah Temerloh Negeri Pahang Darul Makmur yang beralamat di No. 7 Jalan Cempaka Jaya Off Jalan Pak Sako, 28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur. Penjualan tersebut dipersetujui dengan harga RM300,000.00. Pembeli iaitu Pemohon telah bersetuju untuk menjelaskan wang pendahuluan sebanyak RM50,000.00 kepada penjual iaitu Responden. Dalam perjanjian tersebut juga di perenggan (ii) telah menyatakan bahawa penjual sekiranya gagal memperolehi pindahmilik dalam tempoh enam (6) bulan dan juga termasuk tempoh lanjutan yang diberikan oleh pembeli maka perjanjian tersebut adalah tamat dan menjadi terbatal. ii. Jika sekiranya penjual gagal memperolehi Kebenaran Pindahmilik (kecuali jika diketepikan secara bertulis oleh Pembeli) di dalam tempoh masa enam (6) bulan (atau suatu tempoh lanjutan lain yang dipersetujui oleh Pembeli secara bertulis di atas budibicaranya secara mutlak) dari tarikh Perjanjian ini, maka Perjanjian hendaklah pada masa tamatnya temph masa itu (atau suatu tempoh lanjutan lain yang dipersetujui oleh Pembeli secara bertulis di atas budibicaranya secara mutlak) menjadi terbatal dan tamat dengan sendirinya dan di dalam tempoh empat belas (14) kemudiannya, Penjual hendaklah mengembalikan kepada Pembeli wang pendahuluan yang dirujuk di dalam Fasal 1 di atas lain-lain bayaran (jika ada) yang mana telah dibayar di bawah perjanjian ini oleh Pembeli kepada Penjual di mana Perjanjian hendaklah dianggap telah tamat dengan sempurnanya serta luput dari seberang kesan dan pihak-pihak hendaklah dilepaskan dari kewajipan masing-masing di bawah Perjanjian ini dan kedua-dua pihak tidak lagi mempunyai Perjanjian tuntutan terhadap satu salah lain di bawahnya. [3] Begitu juga sekiranya pihak penjual gagal membuat pendaftaran dokumen-dokumen secara sempurna, penjual harus mengembalikan semua wang pendahuluan yang dibayar kepada pembeli. JIKA PENDAFTARAN DOKUMEN GAGAL DISEMPURNAKAN Sekiranya pendaftaran semua dokumen yang berkenaan bagi urusan pindahmilik Harta tersebut ke atas nama Pembeli atau bagi urusan pindahmilik penama-penama beliau dan gadaian kepada nama Bank Pemberi Pinjaman tidak dapat disempurnakan oleh kerana apa-apa sebab sekalipun, kecuali jika disebabkan keingkaran syarat, kecuaian yang disengajakan, peninggalan atau perilaku yang salah oleh mana-mana pihak, Penjual harus mengembalikan semua wang (termasuk wang pendahuluan) yang telah dibayar oleh Pembeli kepada Penjual dalam tempoh Sepuluh (10) hari setelah menerima notis bertulis dari Pembeli atau Peguam Pembeli dan setelah itu Perjanjian ini akan ditamatkan dan tidak lagi berkuatkuasa. [4] Ekoran daripada perjanjian tersebut Pemohon telah membuat pinjaman perumahan daripada pihak Affin Bank Berhad sebanyak RM220,000.00. Ia dapat dilihat di eksibit ‘SAS-3’ affidavit Pn. Salmah Ab Salam di mana kemudahan tersebut diberikan secara bersesama dengan seorang yang bernama Roseerviyana binti Ahmad. Kelulusan tersebut diberikan pada 26.02.2014. Perjanjian pinjaman tersebut telah ditandatangani pada 22.03.2016 seperti di eksibit ‘SAS-5’. [5] Di dalam perjanjian pembiayaan bank tersebut iaitu di Jadual Pertama telah dinyatakan bahawa hartanah yang terlibat adalah HS (D) 18096, PT 15017 Bandar Temerloh Daerah Temerloh Negeri Pahang Darul Makmur yang beralamat di No. 7 Jalan Cempaka Jaya Off Jalan Pak Sako, 28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur. Wang sebanyak RM220,000.00 tersebut telah dikeluarkan oleh pihak Affin Bank Berhad kepada HSBC Amanah pada 04.07.2016 iaitu bayaran penebusan. [6] Pada 21.04.2016 pihak Responden telah menandatangani satu surat akujanji untuk memulangkan bayaran tersebut iaitu RM220,000.00 kepada pihak Bank Affin Berhad sekiranya memorandum pindah milik tidak dapat didaftarkan. Mahkamah juga meneliti eksibit ‘SAS-7’ iaitu surat daripada Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Pahang yang memberikan kebenaran pindah milik tanah tersebut kepada Pemohon. Surat tersebut adalah bertarikh 03.12.2014. Di dalam perenggan 3 surat tersebut dinyatakan seperti berikut: