1
Perayu telah dituduh di Mahkamah Tinggi Temerloh dengan suatu kesalahan membunuh iaitu menyebabkan kematian Kamal bin Long, suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan.
C-05(M)-370-10/2021
Court of Appeal of Malaysia22 Aug 2023
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
1
Perayu telah dituduh di Mahkamah Tinggi Temerloh dengan suatu kesalahan membunuh iaitu menyebabkan kematian Kamal bin Long, suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan.
2
Selepas suatu perbicaraan penuh, Hakim Mahkamah Tinggi telah mensabitkan perayu dengan kesalahan dan beliau dikenakan hukuman mati.
3
Ini adalah rayuan perayu terhadap sabitan dan hukuman.
4
Insiden pembunuhan berlaku pada 4.10.2017 jam lebih kurang 10.30 malam di Lorong Koridor Aras 2, Kuarters Sri Layang, Asrama Pekerja Awana Genting Highlands, Bentong, Pahang.
5
Punca kejadian ini berlaku ialah kerana perayu mengesyaki simati telah mencuri telefon bimbit perayu. SP13 yang tinggal di aras 2 kuarters tersebut telah memberi keterangan bahawa pada jam 10.15 malam, ketika beliau sedang berada di dalam biliknya di L2-10 bersama Mohammad Afif Asyraf bin Razali (Afif), beliau terdengar bunyi lelaki menjerit 'mana handphone aku'. SP13 keluar dari biliknya bersama Afif dan melihat perayu dan simati sedang berdiri di hadapan pintu tangga berdekatan biliknya.
6
Pada masa itu, SP13 dan Afif melihat perayu memukul dan menolak badan simati beberapa kali sambil bertanya simati dimana telefon bimbitnya, sehingga simati undur ke belakang dan masuk ke kawasan tangga. Afif cuba menghalang, tetapi perayu memberi amaran supaya Afif tidak masuk campur.
7
Perayu dilihat terus menyiku bahagian belakang kepala simati menyebabkan simati terhuyung hayang. Perayu juga dilihat menyepak kaki kanan simati dengan menggunakan kaki kanannya dari belakang sehingga menyebabkan simati terpelanting dan terlanggar pintu bilik SP13. Simati bangun dan bersandar pada dinding sebelah kanan pintu bilik SP13. Perayu terus menyepak muka simati sehingga simati jatuh tertiarap di tengah laluan koridor. Sebelum simati jatuh, SP13 nampak kepala simati terhantuk pada dinding. Perayu mengangkat kepala simati dengan menarik rambut dan dengan kuat menyepak sebelah kanan muka simati dengan lutut kanan sebanyak tiga kali. SP13 mengatakan simati tidak melawan dan tidak membalas pukulan perayu walaupun perayu memukul simati tanpa henti. Oleh kerana takut, SP13 dan Afif telah masuk semula ke dalam biliknya. SP13 mengatakan kejadian ini berlaku lebih kurang 15 minit.
8
Keterangan SP13 mengenai perbuatan perayu memukul, menyepak, menendang, menarik rambut simati dan bahawa simati tidak melawan disokong oleh keterangan SP3, SP4 dan SP12.
9
Pada 6.10.2017 jam lebih kurang 11.15 pagi, pakar bedah (SP10) telah membuat bedah siasat luaran dan dalaman ke atas simati. Hasil pemeriksaan luaran, SP10 mengatakan simati mengalami kecederaan-kecederaan berikut:
i
Terdapat kesan bengkak, lebam dan pendarahan pada kedua-dua belah mata. Kelopak telinga kanan bengkak. Bibir mulut biru dan terdapat kesan bengkak dan lebam di bahagian dalam bibir mulut.
II
(ii) Terdapat kesan lebam pada muka sebelah kiri dan dagukanan.
III
(iii) Dua kesan lebam di bahagian belakang kepala serta kesan abrasion.
IV
(iv) Bengkak di tangan kanan. [10] Bedah siasat dalaman di bahagian kepala, dada dan abdomen mendedahkan simati mengalami kecederaan berikut:
i
Kepala
a
Kulit kepala membengkak, lebam dan adap pengumpulan darah beku (haematoma);
b
Tulang tengkorak kepala ada kesan renggangan tulang (diastasi) tetapi tiada kesan patah;
c
Seluruh otak bengkak serta ada pendarahan pada selaput otak di kedua-dua bahagian serebrum otak dan berlaku himpitan isi otak; dan
d
Ada kesan lebam dan pembentukan darah beku pada batang otak (brainstream).
II
(ii) Dada
a
Patah tulang dada, tulang rusuk kiri ketiga dan tulang rusuk kanan ketiga dan keempat;
b
Pengumpulan darah dalam sangkar dada kanan; dan
c
Kedua-dua organ paru-paru menunjukkan kesan sembab dan kongensi.
III
(iii) Abdomen
a
Tiada kesan kecederaan. [11] Hasil pemeriksaan bedah siasat, SP10 merumuskan bahawa punca kematian ialah kecederaan di bahagian kepala. Menurut SP10, bahagian batang otak adalah pusat kawalan pernafasan dan pengaliran darah tubuh seorang manusia. Jika batang otak mengalami kecederaan serius, ia boleh menyebabkan kematian dengan cepat. Kecederaan di bahagian kepala boleh disebabkan oleh objek tumpul dan lembut seperti kaki dan tangan manusia. [12] SP10 mengatakan pendarahan pada selaput otak simati adalah pendarahan yang baru berlaku dalam tempoh 24 jam hingga 48 jam berdasarkan warna darah cerah serta kesan bengkak pada otak simati dan menafikan dakwaan peguam perayu bahawa ianya pendarahan lama yang berpunca dari kemalangan jalanraya yang simati terlibat. Menurut SP10, jika terdapat pendarahan lama, ianya akan berwarna jingga. SP10 juga mengatakan pemeriksaan organ jantung mendapati saluran jantung tidak tersumbat dan tidak ada penyakit pada otot jantung. [13] Keterangan SP10 disokong oleh keterangan doktor-doktor di bahagian kecemasan Hospital Selayang iaitu SP6 dan SP9 yang mula-mula merawat simati sebelum dibuat pemeriksaan lanjut oleh SP10. SP6 mengatakan semasa beliau menerima simati pada pukul 2.03 pagi 5.10.2017 yang dihantar oleh Klinik Genting Highlands, simati dalam keadaan tidak sedar diri dan kritikal walaupun diberi alat bantuan pernafasan. Diagnosis yang dibuat mendapati simati mengalami pendarahan otak 'traumatic brain injury'. [14] SP9 telah membuat pemeriksaan terhadap simati pada jam 8.00 pagi hari yang sama dan mengatakan hasil imbasannya terhadap bahagian otak, mendapati simati mengalami pendarahan otak yang teruk.Bahawa otak simati telah mati kerana anak mata simati tidak kecut apabila disuluh dengan lampu dan tiada 'Gag Reflex'. SP9 mengesahkan simati telah meninggal dunia pada 5.10.2017 jam lebih kurang 7.30 malam akibat dari pendarahan otak yang teruk. [15] SP8 iaitu doktor di Klinik Genting Highlands juga mengatakan simati telah tidak sedar diri semasa dihantar ke klinik itu. Hasil pemeriksaan awal, beliau juga mengesyaki simati mengalami kecederaan di bahagian otak kerana terdapat bengkak yang teruk pada mata kiri dan pada bahagian muka. [16] Di akhir kes pendakwaan, Hakim Bicara memutuskan bahawa pendakwaan telah berjaya membuktikan suatu kes prima facie dan memanggil perayu membela diri. Kes Pembelaan [17] Perayu memberi keterangan bersumpah seperti berikut. Simati adalah rakan sebiliknya. Pada 4.10.2017, jam lebih kurang 3.30 petang hingga 8.45 malam, beliau dan simati telah minum arak di bilik mereka sehingga mabuk. Keterangan perayu mengenai minum arak tidak disokong oleh laporan kimia, P41 yang mengesahkan tidak ada kesan alkohol dalam darah dan urin simati. Perayu kemudiannya mendapati telefon bimbitnya hilang dan mendakwa simati yang curi. Perayu tidak dapat menahan kemarahannya, lalu keluar mencari simati dan berjumpa simati di hujung koridor asrama. Perayu menanya simati di mana telefon bimbitnya dan simati mengatakan tidak tahu. Perayu berulang kali menanya simati, tetapi simati menafikan beliau mengambilnya. [18] Perayu kemudiannya menolak badan simati dan simati membalas tolakan. Perayu menumbuk pipi kiri, pipi kanan dan menendang dada simati sehingga simati terjatuh di atas lantai. Kejadian ini kononnya hanya berlaku lebih kurang 3 minit. Perayu menafikan beliau menyepak muka simati sehingga 10 kali. Beliau menafikan menyepak rusuk kanan dan perut simati sehingga 10 kali. Perayu mengatakan beliau tidak berniat untuk menyebabkan kematian, tetapi untuk memberi pengajaran kepada simati. Perayu mengaku tidak ada orang lain memukul simati pada malam kejadian. [19] Selepas insiden ini berlaku, perayu membuat laporan polis mengaku memukul simati dan mengaku bahawa telefon bimbitnya telah dijumpai terselit di hujung kerusi dalam biliknya. Maknanya, telefon beliau tidak hilang pun. [20] Setelah mendengar keterangan pembelaan, Hakim Bicara membuat dapatan fakta berikut:-
a
Pembelaan perayu ialah bangkitan marah yang besar dan mengejut (kecualian 1 kepada seksyen 300 Kanun Keseksaan) dan beliau mabuk semasa melakukan kesalahan tersebut (seksyen 85(2) Kanun Keseksaan).
b
Sungguh pun begitu, perayu didapati memberikan keterangan yang berbeza-beza. Di para 28 pernyataan saksinya, perayu mengatakan beliau tidak boleh mengawal kemarahan apabila mendapati telefon bimbitnya hilang. Tetapi, semasa disoalbalas, perayu mengatakan beliau sebenarnya tidak marah.
c
Mahkamah mendapati pengakuan perayu bahawa beliau tidak marah dan sedar apa yang perlu dilakukan membuktikan tidak wujudnya bangkitan marah yang besar dan mengejut dan memusnahkan pembelaan perayu di bawah kecualian 1 seksyen 300 Kanun Keseksaan.
d
Jika pun benar dakwaan perayu bahawa simati telah mencuri telefon bimbitnya, seorang yang munasabah tidak akan bertindak seperti perayu. Tindak balas perayu yang begitu kejam terhadap simati tidak berpadanan dengan dakwaan kehilangan sebiji telefon bimbit. Perayu juga telah bertindak agresif walaupun simati tidak melawan. Tidak ada keterangan perubatan untuk menunjukkan perayu telah mengalami kecederaan dalam insiden ini.
e
Pembelaan mabuk tidak terpakai kepada perayu kerana perayu sendiri mengatakan dia memukul simati untuk memberi pengajaran kepadanya.
f
Perayu gagal membuktikan atas imbangan kebarangkalian bahawa beliau telah hilang akal sementara disebabkan oleh arak.
g
Pembelaan perayu bersifat penafian semata-mata dan pemikiran semula.
h
Perayu gagal menimbulkan keraguan munasabah ke atas kes pendakwaan. Rayuan [21] Satu-satunya isu yang dibangkitkan oleh perayu ialah Hakim Bicara gagal mengambilkira fakta bahawa perayu tidak mempunyai niat untuk membunuh atau menyebabkan kecederaan yang boleh 'in the ordinary course of nature' menyebabkan kematian. [22] Secara khususnya, perayu bergantung kepada keterangan SP3, SP4, SP12, SP13 untuk menunjukkan bahawa perbuatan perayu membelasah simati hanya berlaku selama 2-3 minit (bukannya 15 minit) dan kepala simati terhantuk ke dinding. [23] Daripada keterangan SP3, SP4, SP12 dan SP13, peguam perayu menghujahkan bahawa kecederaan kepala simati berpunca daripada hentakan kepala simati kepada dinding selepas muka simati disepak oleh perayu. Dihujahkan bahawa perayu tidak mempunyai niat dengan sengaja supaya sepakannya di bahagian muka simati akan membawa kepada kepala simati terhantuk kepada dinding. Keputusan Kami [24] Kami mendapati tidak ada merit dalam hujahan perayu. Ini adalah kes di mana perayu sendiri mengaku beliau sangat marah kepada simati kerana mencuri telefon bimbitnya dan telah membelasah simati seperti bola, dalam keadaan simati tidak melawan. Perayu juga tidak membenarkan orang lain campur tangan untuk menghalang beliau dari terus membelasah simati. [25] Mengenai insiden kepala simati terhantuk kepada dinding, keterangan saksi-saksi pendakwaan ialah mereka melihat perayu menyepak muka simati dengan kuat hingga simati terpelanting. Maknanya sepakan kuat perayu menjadi penyebab kepala simati terhantuk ke dinding. Perbuatan perayu menyepak dengan kuat menggunakan kakinya di bahagian muka simati hingga terkena kepala simati menunjukkan beliau telah menggunakan kekerasan di bahagian badan yang sangat penting dengan niat untuk mengakibatkan kecederaan teruk kepada simati. Otak manusia yang terletak di bahagian kepala adalah organ yang sangat penting untuk pernafasan. Bila kekerasan dihalakan ke muka dan terkena kepala sekali, kedua-dua kecederaan muka dan kepala adalah terhasil bersekali dari sepakan yang sama. Bila otak terjejas, ia boleh membawa maut. Perkara ini boleh dijangkakan oleh perayu. Apatah lagi bila pukulan dan sepakan perayu terhadap simati juga dibuat di bahagian dada simati. Adalah suatu fakta yang tidak dinafikan bahawa perayu memukul, menyepak dan membelasah simati tanpa henti. Tempoh masa 2 hingga 3 minit yang dikatakan oleh SP3 adalah anggaran saksi ini sahaja. SP13 mengatakan kejadian berlaku selama 15 minit. Hakim Bicara yang telah mendengar, melihat dan menilai keterangan SP3, SP4, SP12 dan SP13 telah membuat dapatan fakta bahawa perayu membelasah simati selama 15 minit. Mengambilkira kecederaan teruk yang dialami simati, adalah tidak mungkin perayu membelasah simati selama 2-3 minit sahaja. Pada pandangan kami, dapatan fakta Hakim Bicara mengenai tempoh masa kejadian berlaku adalah munasabah, tepat dan tidak perlu diganggu. [26] Mengambilkira keseluruhan keterangan, kami mendapati Hakim Bicara tidak terkhilaf apabila memutuskan perayu telah menyebabkan kecederaan yang 'in the ordinary course of nature' boleh menyebabkan kematian. Oleh itu, kami mendapati sabitan adalah selamat.Maka,rayuan perayu terhadap sabitan ditolak. [27] Mengenai hukuman,Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 (Akta 846) telah diwartakan pada 16.6.2023. Di bawah Akta 846, hukuman bagi kesalahan di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan bukan lagi hukuman mati mandatori. Sebaliknya, mahkamah diberi kuasa budibicara untuk mengenakan hukuman penjara tidak kurang dari 30 tahun dan tidak lebih dari 40 tahun dan juga sebatan tidak kurang dari 12 sebatan. [28] Kami sebulat suara memutuskan untuk mengenepikan hukuman mati yang dikenakan oleh Hakim Mahkamah Tinggi dan menggantikannya dengan hukuman penjara selama 35 tahun dari tarikh tangkap dan 12 sebatan rotan. Bertarikh: 16 $ ^{hb}} $ Oktober 2023 the usual Hadhariah binti Syed Ismail Mahkamah Rayuan Bagi Perayu : Nik Mohamed Ikhwan bin Nik Mahamud; Tetuan Nik Ikhwan & Co Bagi Responden : Timbalan Pendakwa Raya Parvin Hameedah; Jabatan Peguam Negara.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.