the improper admission or rejection of any evidence, unless such error, omission, irregularity, want or improper admission or rejection of evidence has occasioned a failure of justice. [32] Untuk menyokong point salah laksana keadilan telah berlaku terhadap perayu, peguam perayu telah merujukkan kami kepada beberapa kes berikut. Dalam kes Yap Liow Swee v PP [1937] 6 MLJ 225, perayu disabitkan dengan pertuduhan memandu melulu atau cuai. Dalam menjawab isu sama ada duplicity dalam pertuduhan adalah semata-mata ketidakaturan (mere irregularity) atau kepenyalahan undang-undang (illegality), Terrell Ag CJ menyatakan di m.s 226: “But in a case like the present, the prosecution do not set out to prove both recklessness and negligence but merely one or the other. Accordingly, the accused is embarrassed in his plea and if he is convicted he is left in doubt as to the offence of which he has been convicted. I have no doubt therefore that duplicity of his kind is illegality,” Di muka surat 226 kes yang sama, Cussen J menyatakan: “It is impossible to make a simple plea of “guilty” to the charge in this case; and that shows clearly that the charge is bad-it is an illegal charge because it contains two distinct offences contrary to the provisions of section 163 of the Criminal Procedure Code. A charge must contain one offence and no more.” Seterusnya, di muka surat 227 kes itu, Cussen J menyatakan: “Finally, I do not consider that this is an irregularity curable under section 422 of the CPC. This is not such an error, omission or irregularity. It is a contravention of an express provision of the Code i.e section 163; it is a matter of substance and not of form; it creates uncertainty and embarrassment; it is a charge to which it is impossible to make a simple pleas; it is an illegality.” [33] Dalam kes Yap Liow Swee, sabitan terhadap perayu diketepikan kerana pertuduhan menyalahi undang-undang (illegal). [34] Dalam kes Wee Hui Hoo v PP [1987] 1 MLJ 498, perayu disabitkan dengan pertuduhan memandu melulu atau secara merbahaya. Perayu merayu terhadap sabitan dan hukuman. Isu di hadapan mahkamah ialah sama ada duplicity dalam pertuduhan telah mengakibatkan kegagalan peradilan (failure of justice). Chong Siew Fai J memutuskan kegagalan peradilan telah berlaku kerana perayu disabitkan bukan untuk satu dari dua kesalahan alternatif, tetapi atas pertuduhan yang cacat. Oleh itu, sabitan diketepikan. [35] Isu duplicity dalam pertuduhan berlaku dalam kes Ravindran a/l Ramasamy v Public Prosecutor [2015] 6 MLJ 509. Dalam kes itu,perayu telah disabitkan dengan pertuduhan di bawah seksyen 3A Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 (FIPA) yang dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan. Perayu merayu terhadap sabitan dan hukuman atas alasan duplicity dan salah laksana keadilan. Dalam mengenepikan sabitan terhadap perayu, Mahkamah Persekutuan memutuskan: “Di bawah FIPA, seseorang pesalah tidak boleh menjadi kedua-dua pesalah utama dan rakan sejenayah pada masa yang sama. Pertuduhan menerangkan dua kesalahan, satu di bawah s.3 dan satu lagi di bawah s.3A. Ini bertentangan dengan s.163 Kanun Tatacara Jenayah dan cacat kerana kependuaan. Pertuduhan tidak diketahui di bawah undang-undang (unknown in law). Pertuduhan yang cacat tidak boleh diperbetulkan di bawah seksyen 422 Kanun yang sama kerana perayu telah dikelirukan dan berlaku kegagalan peradilan. Sabitan menjadi terbatal (nullity) dan diketepikan.” [36] Pada peringkat ini, perhatian kami dibawa kepada para 47-50 Alasan Penghakiman Hakim Pertama mengenai duplicity di mana Hakim Pertama menyatakan: “[47] Mahkamah ini juga membuat pemerhatian berhubung pertuduhan yang dikemukakan terhadap responden. Pertuduhan tersebut menyebut “..sebagai pemandu motokar JQB 9984 telah memandu kenderaan tersebut atas jalan raya dengan cara melulu atau cara merbahaya setelah mengambilkira tentang segala hal keadaan jalan termasuk jenis, keadaan dan ukuran jalan tersebut). [48] Kes Ng Beng Kok v PP [2017] 7 CL J 157 ada menyebut bahawa: [36] In our view, there is no rhyme nor reason to say that “speed” and/or “reckless” cannot be considered as one of the circumstances or elements in determining the offence of “dangerous driving” under the third limb of s.41 (1) of the RTA because “speeding” or “recklessness” constitutes manner of driving. [49] Dalam rayuan ini, pihak perayu bergantung kepada limb ketiga, yakni memandu kenderaan tersebut atas jalan raya dengan cara melulu atau cara merbahaya setelah mengambilkira tentang segala hal keadaan jalan termasuk jenis, keadaan dan ukuran jalan tersebut. [50] Walaupun ia mempunyai kesilapan atau peninggalan, perkara ini boleh diperbetulkan di bawah seksyen 422 Kanun Tatacara Jenayah. Mahkamah merujuk kepada kes Mahkamah Rayuan Cantona Lim Xiang Kim v PP [2020] 1 CLJ 63.” [37] Kami mendapati Hakim Pertama telah terkhilaf dari segi undang-undang apabila memutuskan kecacatan pertuduhan boleh diperbetulkan di bawah seksyen 422 Kanun Tatacara Jenayah (KTJ) sedangkan pertuduhan itu mengandungi dua kesalahan, bertentangan dengan peruntukan seksyen 163 Kanun Tatacara Jenayah. Seksyen 163 menghendaki satu pertuduhan mengandungi satu kesalahan sahaja. Kes-kes yang dirujuk sebelum ini telah mengesahkan bila seksyen 163 tidak dipatuhi, kecacatan tidak boleh diperbetulkan di bawah seksyen 422 KTJ. [38] Seterusnya, kami juga mendapati Hakim Pertama telah terkhilaf bila bergantung kepada kes Cantona Lim kerana dalam kes tersebut pertuduhan terhadap perayu mengandungi satu kesalahan sahaja iaitu memandu secara merbahaya di bawah limb ketiga seksyen 41