Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI LENGGONG DALAM NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN NO. KES: AR-83D-22-05/ 2021 PENDAKWARAYA LAWAN SAM PEI LIN (NO. K/P: 820819085326) ALASAN PENGHAKIMAN [A] PENGENALAN
AR-83D-22-05/2021
Magistrates Court of Malaysia6 Dec 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“genap peluang untuk mengemukakan pembelaannya. Ia juga adalah konsisten dengan undang-undang dan prinsip dalam kes-kes terdahulu yang telah diputuskan. Saya juga memetik petikan daripada B.B Mitra on The Code of Criminal Procedure, 19th Ed. pada halaman 845: in more appropriate words the substances of the original char”
“kepada kes Mahkamah Persekutuan PP v. Denish a/l Madhavan [2009] 2 CLJ 209 yang menjelaskan prinsip undang-undang berkenaan isu milikan dadah iaitu: Thomson J, in Chan Pean Leon v. Public Prosecutor [1956] CLJU 17; [1956] 1 LNS 17, said that " for the purposes of criminal law involves possession itself and knowledge of”
“kut: [16] Although there is no burden on the appellant to prove his innocence, it is trite that the appellant ought to put his line of defence during the prosecution's case (see Wong Swee Chin v. PP [1980] CLJU 138; [1980] 1 S/N zjx7yALq9kqEpYa/FXMcKw **Note : Serial number will be used to verify the originality of thi”
“tunjukkan secara inferen yang dibuat berdasarkan fakta dan keadaan tertentu kes. Dalam kes Simon Savarimuthu Thevarajah v. PP [2020] 5 MLJ 105; [2019] 1 LNS 987 CA; [2019] MLJU 702; [2019] MLRAU 259; [2019] AMEJ 0769, Mahkamah Rayuan membuat pengamatan berikut mengenai elemen pengetahuan bagi melengkapkan pembuktian in”
“ement of exclusive power to deal, then what is established is possession, [Penekanan ditambah] [38] Mahkamah ini juga merujuk kepada kes Pendakwa raya lwn Mohd Fauzi bin Mohamad dan satu lagi rayuan [2019] MLJU 2128 yang memutuskan seperti berikut: yang dijumpai dalam beg silang pada badan OKT pula, saya mendapati OKT”
“keterangan langsung dan biasanya ditunjukkan secara inferen yang dibuat berdasarkan fakta dan keadaan tertentu kes. Dalam kes Simon Savarimuthu Thevarajah v. PP [2020] 5 MLJ 105; [2019] 1 LNS 987 CA; [2019] MLJU 702; [2019] MLRAU 259; [2019] AMEJ 0769, Mahkamah Rayuan membuat pengamatan berikut mengenai elemen pengetah”
“ng dan biasanya ditunjukkan secara inferen yang dibuat berdasarkan fakta dan keadaan tertentu kes. Dalam kes Simon Savarimuthu Thevarajah v. PP [2020] 5 MLJ 105; [2019] 1 LNS 987 CA; [2019] MLJU 702; [2019] MLRAU 259; [2019] AMEJ 0769, Mahkamah Rayuan membuat pengamatan berikut mengenai elemen pengetahuan bagi melengka”
“ai kawalan dan pengetahuan ke atas barang kes yang telah dijumpai secara milikan terus darinya. Ia juga adalah sejajar dengan prinsip yang dinyatakan dalam kes Pendakwa raya lwn Mohd Zamri bin Saidin [2020] MLJU 2396 yang memutuskan bahawa: Persoalan mengenai pengetahuan sebagai satu elemen mental adalah bergantung kep”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI LENGGONG DALAM NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN NO. KES: AR-83D-22-05/ 2021 PENDAKWARAYA LAWAN SAM PEI LIN (NO. K/P: 820819085326) ALASAN PENGHAKIMAN [A] PENGENALAN
1
Sam Pei Lin dituduh bagi kesalahan di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 ( ADB 1952 ) yang boleh dihukum di bawah seksyen 39A(1) Akta yang sama. Pertuduhan asal ke atas Perayu adalah seperti berikut: Pertuduhan asal: Bahawa kamu pada 18.12.2020 jam lebih kurang 9.00 malam di rumah no 93, Jalan Bandar Baru 4, Taman Bandar Baru Lenggong, 33400 Lenggong, dalam daerah Hulu Perak, di dalam Negeri Perak, telah ada dalam milikan kamu bahan dadah berbahaya 14.98 gram yang mengandungi methamphetamine. Dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39A(1) Akta yang sama. S/N zjx7yALq9kqEpYa/FXMcKw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 2 Hukuman yang diperuntukkan di bawah Akta: Jika disabitkan kesalahan hendaklah dihukum dengan penjara untuk suatu tempoh tidak kurang daripada dua tahun tetapi tidak lebih daripada lima tahun dan ia juga dikenakan hukuman sebat tidak kurang daripada tiga sebatan tetapi tidak lebih daripada sembilan sebatan.
2
Pada 7 Mei 2021, pertuduhan tersebut telah dibaca dan diterangkan kepada Perayu dan Perayu telah membuat pengakuan tidak bersalah. Jaminan ke atas Perayu telah dibenarkan dengan jumlah RM5,000 dengan seorang penjamin.
3
Prosiding sebutan bagi kes ini telah ditangguhkan beberapa kali bagi lantikan peguam dan atas alasan pihak kerajaan telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan yang melanda dunia akibat wabak Covid 19. Pada 24 September 2021, peguam yang mewakili Perayu iaitu Encik Naim Kamarudin telah pertama kali hadir ke mahkamah dan memohon tarikh untuk mengemukakan reprsentasi kepada pihak pendakwaan. Representasi kemudiannya telah ditolak oleh pihak pendakwaan dan perbicaraan telah bermula pada 29 Oktober 2021.
4
Selepas itu, perbicaraan telah ditangguhkan beberapa kali atas ketiadaan jurubahasa Mandarin, salah komunikasi antara peguam dan Perayu, serta permohonan penangguhan oleh pihak pendakwaan, sebelum kes untuk sambung bicara ditetapkan semula pada 8 Ogos 2022.
5
Pada 8 Ogos 2022, berlaku insiden dimana peguam, Encik Suppiah Palanisamy telah hadir pada awal prosiding dan memaklumkan bahawa kini, beliau mewakili Perayu. Tidak lama kemudian, Encik Naim turut hadir dan kedua-dua S/N zjx7yALq9kqEpYa/FXMcKw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 3 peguam meminta kes ini ditangguhkan sebentar bagi mereka berbincang dengan Perayu. Selanjutnya, selepas perbincangan tersebut, bermula dari tarikh 8 Ogos 2022, Perayu telah diwakili oleh Encik Suppiah.
6
Selepas pertukaran peguam, kes ini telah melalui beberapa siri penangguhan di mana antara lain, penangguhan dipohon memandangkan Perayu dikatakan ingin membuat pengakuan salah dan memerlukan dokumen tambahan bagi tujuan mitigasi hukuman. Kes juga pernah ditangguhkan memandangkan Perayu dan peguam tidak hadir dan peguam juga pernah memohon penangguhan untuk alasan yang sama iaitu mendapatkan autoriti bagi mitigasi hukuman selepas Perayu membuat akuan salah.
7
Namun begitu, memandangkan peguam kerap kali memohon penangguhan menggunakan alasan yang sama, saya telah menetapkan tarikh sambung bicara sehingga semua saksi pendakwaan selesai dipanggil. Pada 10 November 2023, mahkamah ini telah membuat keputusan di akhir kes pendakwaan dan memutuskan bahawa kes prima facie telah berjaya dibuktikan ke atas Perayu.
8
Pada 15 November 2023, pihak pendakwaan telah memohon untuk meminda pertuduhan ke atas Perayu. Pihak pembelaan telah mengemukakan bantahan. Kedua-dua pihak telah diarahkan untuk mengemukakan hujahan masing-masing. Pada 22 November 2023, dengan ketiadaan hujahan oleh pembelaan, saya telah membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk meminda pertuduhan. Di akhir prosiding pada 22 November 2023, pembelaan telah memohon maaf kepada mahkamah kerana tidak mengemukakan hujahan memandangkan peguam baru menyedari bahawa iannya merupakan kuasa pendakwaan untuk meminda pertuduhan, dan tertakluk kepada kebenaran mahkamah. S/N zjx7yALq9kqEpYa/FXMcKw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 4
9
Pertuduhan pindaan adalah seperti berikut: Pertuduhan pindaan: Bahawa kamu pada 18.12.2020 jam lebih kurang 9.00 malam di rumah no 53, Jalan Bandar Baru 4, Taman Bandar Baru Lenggong, 33400 Lenggong, dalam daerah Hulu Perak, di dalam Negeri Perak Darul Ridzuan, telah ada dalam milikan kamu bahan dadah berbahaya 14.98 gram yang mengandungi methamphetamine. Dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39A(1) Akta yang sama. Hukuman yang diperuntukkan di bawah Akta: Jika disabitkan kesalahan hendaklah dihukum dengan penjara untuk suatu tempoh tidak kurang daripada dua tahun tetapi tidak lebih daripada lima tahun dan ia juga dikenakan hukuman sebat tidak kurang daripada tiga sebatan tetapi tidak lebih daripada sembilan sebatan.
10
Perkara yang dipinda adalah pada nombor alamat rumah, daripada nombor 93 ke nombor 53. Pertuduhan pindaan tersebut telah dibacakan dan Perayu membuat akuan tidak bersalah.
11
Perbicaraan di peringkat pembelaan telah dijalankan bermula 22 November 2023 dan pernah ditangguhkan sehingga beberapa bulan memandangkan Perayu telah ditahan di bawah Akta Dadah Berbahaya (Langkah Langkah Pencegahan Khas) 1985 dan turut didakwa untuk kes dadah di Mahkamah Majistret Sungai Siput (U). S/N zjx7yALq9kqEpYa/FXMcKw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 5
12
Seterusnya, di peringkat akhir kes perbicaraan, dan selepas kedua-dua pihak pendakwaan dan pembelaan mengemukakan hujahan masing-masing; pada 6 Disember 2024, Mahkamah ini telah membuat keputusan dengan mensabitkan Perayu ke atas pertuduhan pindaan. [B] KES PENDAKWAAN
13
Naratif kes pendakwaaan adalah seperti berikut. Pada 18 Disember 2020, jam lebih kurang 6.30 petang, pasukan serbuan yang diketuai oleh Inspektor Kingsley Rashpal Singh (SP3) telah mengetuai satu taklimat di Balai Polis Lenggong. Kemudiannya, mereka telah berpecah kepada dua kumpulan yang mana setiap satu kumpulan diketuai oleh SP3 sendiri dan Inspektor Rahman. Mereka telah bergerak ke tempat kejadian yang beralamat di nombor 53, Jalan Bandar Baru 4, Taman Bandar Baru Lenggong, 33400 Lenggong. Tempat kejadian tersebut adalah sebagaimana yang telah dicamkan oleh SP3 sendiri, SP4 dan SP5 sebagai eksibit P12 (A-E).
14
Pada jam 7.00 petang, 3 lelaki Melayu telah ditahan di bahagian garaj tempat kejadian dan pihak polis telah turut merampas dadah daripada salah seorang tahanan. Di dalam rumah pula, SP3 dan kumpulannya telah menahan seorang lelaki Melayu ( SD3 yang berada dalam bilik pertama sebelah kanan rumah tersebut. Barang kes dipercayai dadah telah turut dirampas dari SD3.
15
Temubual telah dijalankan oleh SP3 bersama Konstabel Ashraf Anas Bin Khairun (SP4) ke atas SD3 dan SD3 telah mendedahkan mendapat bekalan dadah S/N zjx7yALq9kqEpYa/FXMcKw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 6 jenis syabu dari satu perempuan Cina dengan nama panggilan Amoi, yang berasal dari Ipoh. SD3 turut mendedahkan Amoi akan menghantar bekalan dadah yang dipesan ke tempat kejadian sekiranya diminta. Oleh itu, SP3 telah meminta kerjasama SD3 untuk membuat pesanan dadah kepada Amoi.
16
SD3 telah menggunakan telefon bimbitnya dan menghantar pesanan Whatsapp kepada Amoi dan Amoi bersetuju untuk membawa bekalan dadah yang dipesan. Kemudian, pada jam 7.50 petang, telah datang 2 lelaki Melayu ke dalam kawasan garaj rumah tersebut dan mereka telah ditahan sebelum dibawa masuk ke dalam rumah.
17
Pada jam lebih kurang 8.15 malam, SP3 telah mengarahkan anggota-anggotaya untuk membawa balik kesemua 5 tahanan (kecuali SD3) ke Balai Polis Lenggong. Selain SD3 yang masih berada di tempat kejadian, SP3 dan Inspektor Rahman dan 6 orang anggota lain kekal berada di situ.
18
Sekitar jam 9.00 malam, telah terdapat satu kereta jenis Proton Saga telah diparkir di garaj tempat kejadian sebelum turun seorang perempuan dan memasuki ke dalam rumah. SP3 dan SP4 telah bersedia menunggu di pintu masuk rumah tersebut. Selepas perempuan tersebut menolak pintu rumah yang sejak awalnya dibiarkan sedikit terbuka, SP3 telah memegang tangan perempuan tersebut dan membawanya masuk ke rumah. Beliau turut mengarahkan dua orang anggotanya yang lain untuk menahan dan memeriksa Proton Saga yang diparkir di garaj rumah tersebut. S/N zjx7yALq9kqEpYa/FXMcKw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 7
19
Pemeriksaan fizikal telah dilakukan ke atas perempuan tersebut. Pemeriksaan telah menjumpai satu beg berjenama ZZNick (eksibit P8) yang disilang pada badan perempuan tersebut. Di dalamnya, SP3 menjumpai satu beg berzip kecil warna hijau berulis Yes (eksibit P9). SP3 telah membuka beg tersebut dan di dalamnya menjumpai 4 paket plastik lutsinar (eksibit P5 (A-D)) yang mengandungi bahan disyaki dadah jenis methamphetamine. Turut dijumpai dalam eksibit P8 adalah satu dompet (eksibit P10) yang didalamnya mengandungi satu kad pengenalan, satu kad ATM Maybank dan satu lesen memandu Malaysia atas nama perempuan tersebut. Adalah dinyatakan di sini bahawa perempuan tersebut telah dicamkan secara positif di mahkamah oleh SP2, SP3 dan SP4 sebagai Perayu, Sam Pei Lin.
20
Pemeriksaan telah dilakukan oleh anggota SP3 pada kereta Proton Saga. Seorang lelaki Cina (dikenali sebagai Lau Jung Hong) telah dikemukakan kepada SP3 dan SP3 dimaklumkan bahawa lelaki Cina tersebut adalah pemandu kereta Proton Saga tadi dan tiada barang salah dijumpai dalam kereta tersebut.
21
Selepas itu, kedua-dua Perayu dan Lau Jung Hong dibawa oleh SP3 dan SP4 ke Balai Polis Lenggong dengan menaiki kereta Proton Saga tersebut. Setibanya di Balai Polis Lenggong, SP3 telah membuat repot tangkapan dan ujian saringan awal air kencing ke atas kesemua tangkapan. Perayu dan Lau Jung Hong kemudiannya telah dibawa ke IPD Narkotik Gerik dengan menaiki kereta Proton Saga yang sama.
22
Di IPD Gerik, SP3 membuat timbangan barang kes yang dijumpai dalam 4 paket plastik eksibit P5 (A-D) serta laporan tangkapan Perayu dan Lau Jung Hong sebagaimana eksibit P16. SP3 juga menyediakan borang bongkar bagi rampasan barang kes dari Perayu sebagaimana eksibit P15. Eksibit tersebut telah dibuat di S/N zjx7yALq9kqEpYa/FXMcKw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 8 hadapan Perayu dan telah ditandatangani sendiri oleh Perayu. Sebagai tambahan, ujian saringan awal air kencing juga telah dibuat ke atas Perayu dan didapati positif dadah jenis methamphetamine (sebagai mana yang dilaporkan di eksibit P19).
23
Kemudiannya, SP2 telah membuat tandaan barang kes yang telah dirampas. Tandaan K telah dibuat ke atas eksibit P8, tandaan K1 pada eksibit P9, tandaan K2, K3, K4 dan K5 pada eksibit P5 (A-D) dan K6 pada eksibit P10. Setiap tandaan tersebut turut dicatatkan dengan tarikh dan tandatangan SP3.
24
Perayu dan kesemua barang kes yang telah dirampas serta dokumen yang telah disediakan diserahkan oleh SP3 kepada Pegawai Penyiasat iaitu Inspektor Nuswana bin Mamat (SP5). Bagi penyerahan barang kes yang dirampas dari Perayu, ianya telah didokumenkan dalam borang serah menyerah. Borang serah menyerah tersebut telah ditandatangani oleh SP3 dan SP5 dan dieksibitkan sebagai eksibit P18.
Preamble
Menurut SP3 lagi, barang kes yang dirampas berada dalam simpanan dan kawalannya sahaja sepanjang masa, bermula daripada waktu rampasan sehingga diserahkan kepada SP5. [25] SP5 mengesahkan menerima barang kes dalam keadaan yang baik. Barang-barang kes yang telah diserahkan juga telah disimpan sendiri oleh SP5 di dalam laci berkunci dalam pejabat sendiri yang hanya boleh diakses oleh beliau sahaja. Pada 19 Disember 2020, SP5 telah merakam gambar tempat kejadian (eksibit P12 (A-E)) dan gambar barang kes (eksibit P17 (A-G)), melukis rajah kasar (eksibit P13), membuat ujian dusting dan mengambil rakaman percakapan saksi-saksi. SP5 juga telah membungkus barang kes yang dirampas daripada Perayu sebelum dimasukkan S/N zjx7yALq9kqEpYa/FXMcKw dalam sampul, bersel PDRM bertanda N (eksibit P3) untuk dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia, Ipoh. [26] Di Jabatan Kimia Malaysia Ipoh, pada 24 Disember 2020, setelah membuat semakan pada beg barang kes, Ahli Kimia iaitu Puan Faznuyr Azilah Binti Mahmud (SP1) telah mengeluarkan satu resit kimia bernombor makmal 21-FR-A-06831 (eksibit P1) dan diserahkan kepada SP5. [27] Seorang pegawai polis bernama Inspektor Muhammad Rohairi bin Awang pada 4 Mac 2021 telah mengambil semula barang kes yang telah dianalisa dan laporan kimia (eksibit P2) dari SP1 di Jabatan Kimia Ipoh. Ianya diserahkan oleh SP1 kepada Inspektor Rohairi pada dalam keadaan yang baik dan sempurna bermeterai. [28] Setelah SP5 menerima semula barang kes daripada Inspektor Rohairi, barang kes telah diserahkan untuk disimpan oleh Sarjan Azura Binti Hamid (SP2) di stor barang kes dan direkodkan dalam buku pendaftaran barang kes yang mana salinan halaman berkenaan pendaftaran bagi barang kes ini telah dieksibitkan sebagai eksibit P7. SP2 mengesahkan bahawa barang kes untuk kes ini merupakan satu-satunya barang kes yang dikendalikannya dan hanya beliau yang mempunyai akses kepada stor barang kes. [29] Hasil analisa ke atas bahan kristal jernih yang terkandung dalam sampul eksibit P3 yang mengandungi 4 paket plastik (eksibit P5(A-D)) adalah disahkan sebagai dadah jenis Methamphetamine seberat 29.68 gram. Methamphetamine adalah disenaraikan dalam Jadual Pertama ADB 1952. S/N zjx7yALq9kqEpYa/FXMcKw Beban Pembuktian di Akhir Kes Pendakwaan [30] Adalah menjadi tugas pihak pendakwaan untuk membuktikan suatu kes prima facie terhadap seseorang tertuduh. Ini adalah selaras dengan seksyen 180 Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593]. [31] Dalam kes Abdullah bin Atan v. PP and other appeal [2020] 9 CLJ 151, Mahkamah Persekutuan telah menerima pakai tafsiran prima facie seperti yang diputuskan dalam kes Public Prosecutor v. Ong Cheng Heong [1998] 6 MLJ 678, iaitu seperti berikut: ment of Vincent Ng J (as he then was) in Public Prosecutor v Ong Cheng Heong [1998] 6 MLJ 678; [1998] 4 CLJ 209 is instructive. Although Ong Cheng Heong was decided prior 691 (MLJ); p 225 (CLJ): A case which is sufficient for an answer. While prima facie evidence is evidence which is sufficient to establish a fact in would follow that there should be credible evidence on each and every ingredient of the offence. Credible evidence is evidence which has been filtered and which was gone through the process of evaluation. Any evidence which is not safe to be acted upon, should be rejected. At pg.224, his Lordship said: aximum evaluation simply means evaluation, on a prima facie basis, of each and every essential ingredient of the charge as S/N zjx7yALq9kqEpYa/FXMcKw tested in cross-examination. In other words, maximum evaluation connotes quantitative rather than qualitative evaluation of the evidence; with focus more on the evidential burden in terms of evidence led, rather [32] Berdasarkan nas undang-undang di atas, Mahkamah hendaklah membuat penilaian yang maksimum terhadap semua keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan untuk setiap elemen yang terdapat dalam pertuduhan ke atas seseorang yang dituduh sebelum menentukan sama ada suatu kes prima facie dapat dibuktikan. [33] Dalam kes ini, Perayu telah dituduh melakukan kesalahan di bawah seksyen 12(2) ADB 1952 yang memperuntukan seperti berikut:
1
(1)
2
No person shall have in his possession, custody or control any dangerous drug to which this Part applies unless he is authorized to be in possession, custody or control of such drug or is deemed to be so authorized under this Act or the regulations made [34] Justeru, dalam membuat penilaian maksimum ke atas kesemua keterangan yang dikemukakan, saya perlu menentukan sama ada elemen-elemen bagi kesalahan di bawah seksyen 12(2) ADB 1952 ini telah dipenuhi iaitu:
i
Perayu mempunyai milikan, kawalan dan jagaan ke atas dadah tersebut serta pengetahuan mengenai kewujudan dadah tersebut; dan S/N zjx7yALq9kqEpYa/FXMcKw
II
(ii) barang kes adalah dadah berbahaya seperti yang disenaraikan di bawah Jadual Pertama, ADB 1952. Elemen (i): Milikan, kawalan dan jagaan serta pengetahuan [35] Dalam kes ini, Mahkamah ini berpuas hati dengan keterangan saksi-saksi polis iaitu SP3 dan SP4 yang menahan Perayu sewaktu Perayu memasuki rumah tempat kejadian. Sewaktu Perayu ditahan, beg eksibit P8 dilihat jelas disilang pada badan Perayu di mana dalam beg eksibit P8 tersebut mengandungi satu beg kecil berzip bertanda Yes (eksibit P9), dan di dalam eksibit P9 mengandungi 4 paket plastik lutsinar (eksibit P5 (A-D)) berisi bahan yang disahkan sebagai methamphetamine seberat 14.98 gram. Tiada mana-mana keterangan sewaktu pemeriksaan balas SP3 mahu pun SP4 tergugat mengenai fakta yang dikemukakan ini. Maka, wujud keterangan secara langsung dan konsisten bahawa eksibit P9 yang mengandungi dadah dalam paket eksibit P5(A-D) berada dalam milikan fizikal, jagaan dan kawalan Perayu sepanjang masa yang material. [36] Keterangan SP3 semasa pemeriksaan utama adalah seperti berikut: Boleh ceritakan apa yang berlaku pada tarikh tersebut? ........ Saya telah lakukan pemeriksaan fizikal luaran saspek perempuan Cina tersebut dan dapati terdapat satu beg bewarna coklat berjenama ZZNick yang disilang pada badan saspek. Saya buka beg tersebut dan di dalamnya jumpa satu beg berzip kecil warna hijau bertulis Yes. Saya buka beg tersebut dan di dalamnya jumpa 4 plastik lutsinar disyaki bahan disyaki jenis methamphetamine. Turut S/N zjx7yALq9kqEpYa/FXMcKw dijumpai dalam beg ZZNick tadi satu dompet didalamnya mengandungi satu kad pengenalan dan satu lesen memandu Malaysia atas nama Sam Pei Lin. Turut dijumpai dalam dompet adalah satu kad ATM Maybank. ............. Keterangan SP4 pula semasa pemeriksaan utama adalah seperti berikut: Lepas itu? Buat pemeriksaan pada perempuan Cina ini, ada beg silang warna coklat. Kemudian Inspektor Rashpal buka dan jumpa dalamnya beg kecil warna hijau Yes dan Inspektor Rashpal buka beg kecil hijau tersebut dan jumpa 4 paket plastik lutsinar yang mengandungi dadah disyaki syabu. Dalam beg itu juga, jumpa satu beg dompet. Dalamnya ada satu IC, kad bank, lesen dan lain-lain kad [37] Mahkamah ini merujuk kepada kes Mahkamah Persekutuan PP v. Denish a/l Madhavan [2009] 2 CLJ 209 yang menjelaskan prinsip undang-undang berkenaan isu milikan dadah iaitu: Thomson J, in Chan Pean Leon v. Public Prosecutor [1956] CLJU 17; [1956] 1 LNS 17, said that " for the purposes of criminal law involves possession itself and knowledge of the nature of thing possessed. As to possession itself he cited the 9th Ed. P 304, in which the exclusive element mentioned by Taylor J appears: A moveable thing is said to be in the possession of a person when he is so situated with respect to it that he has the powers to deal with it as owner to the exclusion of all other persons, and when the circumstances are such that he may be presumed to intend to do so in case of need. S/N zjx7yALq9kqEpYa/FXMcKw Once the elements needed to constitute possession are established, including the element of exclusive power to deal, then what is established is possession, [Penekanan ditambah] [38] Mahkamah ini juga merujuk kepada kes Pendakwa raya lwn Mohd Fauzi bin Mohamad dan satu lagi rayuan [2019] MLJU 2128 yang memutuskan seperti berikut: yang dijumpai dalam beg silang pada badan OKT pula, saya mendapati OKT mempunyai kawalan dan jagaan sekaligus milikan secara fizikal terhadap dadah tersebut. Dalam kes Tan Lay Hwa v. PP [2016] 1 LNS 507, Mahkamah Rayuan telah memutuskan bahawa dalam keadaan beg silang yang menyilang di bahu OKT jelas menunjukkan OKT mempunyai milikan ke atas beg silang tersebut, malahan bukan setakat itu sahaja, OKT juga mempunyai milikan fizikal ke atas apa yang ada di dalam beg silang tersebut. [50] nds want of possession and knowledge: [51] We proposed to deal with the first and second grounds together as they are interwoven; [52] arrest, he had his sling bag slung over his shoulders but submitted that apart from the said drugs, there was nothing else inside the sling bag to connect the said drugs with the appellant. No personal documents or items belonging to the appellant were found inside the sling bag, hence, learned counsel submitted that the evidence is insufficient to fasten the appellant with possession and knowledge of the said drugs. [53] In our view, it is apparent that the factual evidence adduced by the prosecution and accepted by the learned judge indicated that the appellant had custody or control of the sling bad containing the drugs and hence was in possession of the said sling bag. By extension it dictates that he was also having in possession of the S/N zjx7yALq9kqEpYa/FXMcKw item or items inside the sling bag. The item in issue inside the sling bag was the said impugned drugs. [54] material time having the sling bag slung over his shoulders and was thus having a physical possession of the said drugs inside the sling bag, the fact in issue now is whether he had knowledge that the bag contained the said drugs. It was the evidence of PW-pale (pucat) and appeared frighten upon recovery of the said [39] Dalam kes di hadapan saya, pendakwaan telah membuktikan bahawa beg silang tersebut iaitu eksibit P8 berada dalam milikan Perayu sepanjang masa, sebelum ianya dirampas oleh SP3 sewaktu penahanannya. Sebaliknya, pihak pembelaan pula menyangkal kewujudan beg eksibit P9 yang mengandungi eksibit P5 (A-D), yang berada dalam eksibit P8. [40] Berkaitan perkara ini, pemeriksaan balas oleh pihak pembelaan seakan-akan mencadangkan bahawa SP3 dan SP4 memberi keterangan yang tidak benar mengenai kewujudan eksibit P9 yang berada dalam eksibit P8. Oleh itu, mahkamah telah meneliti secara mendalam keterangan SP3 dan SP4 serta turut meneliti demeanor mereka dalam memberi keterangan; dan saya mendapati bahawa saksi-saksi tersebut tidak mempunyai sebab untuk mereka-reka atau menokok tambah cerita kewujudan eksibit P9 dalam beg eksibit P8 yang disilang oleh Perayu dalam kes ini. Tiada sebarang konflik hubungan di antara saksi-saksi dengan Perayu dalam kes ini yang memungkinkan mana-mana barang kes diwujudkan secara penipuan untuk menganiaya Perayu. S/N zjx7yALq9kqEpYa/FXMcKw [41] Mengguna pakai prinsip dalam kes yang Tan Lay Hwa v. PP [2016] 1 LNS 507 dipetik dalam perenggan 38 di atas, pemilikan dan pengetahuan Perayu ke atas dadah yang dirampas dalam beg eksibit P9 tersebut turut diperkukuhkan lagi dengan penemuan bersama dompet eksibit P10 yang turut berada dalam beg eksibit P8. Malah, dompet eksibit P10 yang ditemui tersebut turut mengandungi kad pengenalan miik Perayu. Adalah tidak masuk akal untuk Perayu meletakkan dompet yang mengandungi dokumen terpenting peribadinya dalam beg eksibit P8 sekiranya beg eksibit P8 bukan miliknya. Justeru, adalah juga tidak masuk akal untuk seseorang yang memiliki beg eksibit P8 tidak mengetahui sebarang kandungan di dalamnya, dimana dalam hal ini adalah beg eksibit P9. Sudah terang lagi bersuluh, beg eksibit P9 tersebut adalah milik Perayu dan sememangnya seseorang yang memiliki beg tersebut sepatutnya mengetahui kandungan yang berada di dalamnya, termasuklah plastik eksibit P5 (A-D) serta kandungan dalam plastik-plastik itu. [42] Berdasarkan nas undang-undang dan pemerhatian saya, adalah jelas Perayu mempunyai kawalan dan jagaan malah mempunyai milikan fizikal sebenar ke atas dadah berbahaya yang telah disahkan sebagai methamphetamine yang berada dalam paket-paket plastik eksibit P5(A-D). Jelas satu inferens munasabah dapat dibuat bahawa Perayu memiliki dan mempunyai kawalan dan pengetahuan ke atas barang kes yang telah dijumpai secara milikan terus darinya. Ia juga adalah sejajar dengan prinsip yang dinyatakan dalam kes Pendakwa raya lwn Mohd Zamri bin Saidin [2020] MLJU 2396 yang memutuskan bahawa: Persoalan mengenai pengetahuan sebagai satu elemen mental adalah bergantung kepada fakta sesuatu kes. Ianya sukar dibuktikan melalui S/N zjx7yALq9kqEpYa/FXMcKw keterangan langsung dan biasanya ditunjukkan secara inferen yang dibuat berdasarkan fakta dan keadaan tertentu kes. Dalam kes Simon Savarimuthu Thevarajah v. PP [2020] 5 MLJ 105; [2019] 1 LNS 987 CA; [2019] MLJU 702; [2019] MLRAU 259; [2019] AMEJ 0769, Mahkamah Rayuan membuat pengamatan berikut mengenai elemen pengetahuan bagi melengkapkan pembuktian ingredien milikan: material from which the inference of knowledge can be drawn varies from case to case. It is sufficient for the prosecution to prove facts from which it can be properly inferred that an accused person had the necessary knowledge. The court is not concerned with the knowledge of a reasonable man but is concerned with a reasonable inferences to be drawn from a concrete situation as disclosed in the evidence as it affects a particular person whose knowledge is in issue see Public Prosecutor v. Chia Leong Foo [2000] 4 CLJ 649;; [2000] 6 MLJ 705; Parlan bin [39] Cannabis seberat 448 gram itu dijumpai dalam raga motorsikal yang ditunggangi oleh tertuduh dan hanya tertuduh seorang yang menunggang motorsikal itu tanpa pembonceng. Mahkamah juga mendapati Tertuduh mempunyai pengetahuan mengenai milikan dadah berbahaya itu berdasarkan fakta bahawa dadah berbahaya yang dibungkus dalam plastik hitam itu merupakan satu-satunya barang yang berada dalam raga motorsikal yang ditunggangi tertuduh. Tertuduh ditahan selepas dia menunggang motorsikal dan bukan ketika dia baru sahaja bercadang untuk menunggangnya. Sudah pasti ianya berada dalam pandangan tertuduh ketika dia menunggang motorsikal itu. Ini adalah inferens munasabah yang dirumuskan berpandukan [Penekanan ditambah] S/N zjx7yALq9kqEpYa/FXMcKw Elemen (ii) Barang kes merupakan bahan dadah berbahaya [43] Barang kes yang berada dalam eksibit P5 (A-D) yang ditemui dalam beg eksibit P9 dalam kes ini telah disahkan adalah dadah berbahaya yang disenaraikan dalam
Schedule
Jadual Pertama, Akta Dadah Berbahaya 1952. Laporan kimia (eksibit P2) yang dikeluarkan oleh SP1 bertarikh 26 Februari 2021 mengesahkan bahan kristal jernih tersebut mengandungi 14.98 gram Methamphetamine. [44] Mahkamah mendapati bahawa SP1, sebagai seorang saksi pakar telah melaksanakan analisis dengan baik dan tiada keterangan atau bukti yang memungkan berlakunya putusan rantaian atau pencemaran barang kes daripada saat beliau menerima barang kes sehingga diambil semula daripada beliau pada 4 Mac 2021. Mahkamah ini selanjutnya berpendirian bahawa SP1 tidak perlu memperjelaskan langkah demi langkah secara terperinci mengenai prosedur yang dilakukannya termasuklah mengemukakan segala SOP atau arahan dalaman yang dirujuk dalam menjalankan tugas rasminya. [45] SP1 juga terbukti merupakan seorang pegawai yang berkelayakan dan berpengalaman luas dalam bidang tugasnya. Tambahan pula, pihak pembelaan juga tidak pernah membuat sebarang aku janji untuk mengemukakan saksi pakar mereka sebagai saksi rebuttal bagi mencabar keboleh percayaan SP1. [46] Mahkamah ini berpegang teguh kepada prinsip kes Munusamy Vengadasalam v. PP [1987] 1 CLJ 250 yang menyatakan seperti berikut: S/N zjx7yALq9kqEpYa/FXMcKw the chemist is confined only to the elementary nature and identity of substance, the Court is entitled to accept the opinion of the expert of its face value, unless it is inherently incredible or the defence calls evidence in rebuttal by another expert to contradict the opinion. So long as some credible evidence is given by the chemist to support his opinion, there is no necessity for him to go into details of what he did in the laboratory, step by step [Penekanan ditambah] [47] Justeru, Mahkamah ini membuat dapatan bahawa elemen kedua ini telah berjaya dibuktikan dan keputusan analisis seperti yang dinyatakan dalam eksibit P2 adalah kekal tidak tercabar. Isu ketiadaan bukti pesanan dadah yang dibuat oleh SD3 dan kegagalan memanggil SD3 sebagai saksi pendakwaan [48] Dihujahkan oleh pembelaan bahawa peranan SD3 adalah sangat penting kerana SD3 didakwa oleh saksi pendakwaan telah membuat pesanan dadah kepada seorang wanita dengan nama panggilan Amoi sehingga membawa kepada penangkapan Perayu. Malah, menurut pembelaan, bukti pesanan antara Amoi dan SD3 juga perlu dikemukakan oleh pihak pendakwaan. [49] Dalam hal ini, saya mendapati bahawa ketiadaan sebarang bukti pesanan antara SD3 dan Perayu tidak langsung menjejaskan kes pendakwaan. Begitu juga dengan ketiadaan SD3 dipanggil sebagai saksi pendakwaan. Mahkamah ini membuat kesimpulan tersebut berdasarkan dua pertimbangan utama. S/N zjx7yALq9kqEpYa/FXMcKw [50] Pertama, sekali pun ketiadaan bukti pesanan antara Amoi dan SD3, adakah ia menjejaskan fakta bahawa Perayu berada di tempat kejadian dan telah ditangkap dengan beg silang yang mengandungi dadah yang berada dalam milikannya? [51] Kedua, adakah pihak pendakwaan telah cuba menyembunyikan sebarang fakta yang mungkin tidak memihak bagi kes pendakwaan dengan tidak memanggil SD3? [52] Mahkamah mendapati kedua-dua perkara ini adalah berkaitan antara satu sama lain. Kehadiran SD3 sebagai saksi pendakwaan selanjutnya boleh mengesahkan bukti terdapatnya pesanan dadah antaranya dan Amoi. Kemungkinan juga yang kehadiran SD3 sebagai saksi pendakwaan boleh mengesahkan sama ada Amoi adalah orang yang sama dengan Perayu. [53] Berkaitan persoalan yang mungkin ditimbulkan di atas, saya berpandangan bahawa kegagalan pihak pendakwaan dalam mengemukakan bukti pesanan dadah antara Perayu dengan seorang wanita dengan nama panggilan Amoi tidak langsung menjejaskan kes pihak pendakwaan. Begitu juga dengan kronologi perjalanan Perayu dari lokasi asalnya sebelum ditangkap di Lenggong. Keterangan dan fakta berkaitan perkara ini hanya melengkapkan perjalanan cerita sebelum berlakunya tangkapan Perayu dan rampasan barang kes daripada Perayu. [54] Sekali pun jika tiada pesanan dadah berlaku antara SD3 dan Amoi, ianya tidak mematahkan fakta keberadaan Perayu di tempat kejadian sekali gus tidak mematahkan bukti bahawa barang kes telah dirampas daripada milikan ekslusif S/N zjx7yALq9kqEpYa/FXMcKw Perayu. Keraguan yang perlu ditimbulkan sekarang oleh pembelaan adalah berkaitan keberadaan barang kes dalam milikan Perayu. Dan bukannya keraguan mengenai sebarang perbincangan antara Perayu dengan seorang wanita yang dipanggil sebagai Amoi. [55] Begitu juga keraguan mengenai pesanan dadah yang dibuat antara Perayu dengan Amoi yang pada hemat mahkamah ini, tidak relevan untuk mematahkan keberadaan barang kes dalam milikan Perayu pada hari kejadian. Adalah tidak wajar untuk isu barang kes yang telah dirampas dalam milikan ekslusif Perayu ini dilencongkan kepada isu sampingan lain yang tidak relevan. [56] Justeru, mahkamah ini tidak bersetuju bahawa kegagalan pihak pendakwaan memanggil SD3 sebagai saksi pendakwaan merupakan satu tindakan yang telah meranapkan kes pendakwaan. [57] Walau pun tidak dibangkitkan oleh pembelaan di peringkat pendakwaan, mahkamah ini turut ingin menyentuh mengenai kegagalan pihak pendakwaan untuk memanggil Lau Jung Hong sebagai saksi pendakwaan. Saya melihat sekali pun dipangil, keterangan kedua-dua SD3 dan Lau Jung Hong tetap tidak menguatkan atau menafikan fakta bahawa Perayu telah ditangkap dengan barang kes berada secara ekslusif dalam milikannya. [58] Dalam kes ini, saya memutuskan bahawa berdasarkan fakta, mahkamah tidak akan mengguna pakai seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950. Begitu juga, adalah menjadi penghakiman saya dalam kes ini bahawa kegagalan pihak pendakwaan S/N zjx7yALq9kqEpYa/FXMcKw memanggil atau menawarkan SD3 mahu pun Lau Jung Hong tidak langsung menyebabkan sebarang jurang kepada kes pendakwaan. Isu alamat tempat kejadian dalam pertuduhan asal [59] Pihak pembelaan telah berhujah bahawa kes prima facie gagal dibuktikan ke atas Perayu memandangkan pihak pendakwaan telah mengemukakan pertuduhan yang salah mengenai tempat kejadian. Dinyatakan dalam pertuduhan asal bahawa Perayu dipertuduhkan bagi kesalahan yang di alamat bernombor 93, sedangkan tangkapan sebenarnya berlaku di alamat bernombor 53. [60] Mahkamah ini telah mempertimbangkan isu ini secara mendalam. Peruntukan undang-undang di bawah seksyen 153 Kanun Tatacara Jenayah (KTJ) adalah dirujuk sebagai mana berikut: Particulars as to time, place and person 153. (1) The charge shall contain such particulars as to the time and place of the alleged offence and the person, if any, against whom or the thing, if any, in respect of which it was committed as are reasonably sufficient to give the accused notice of the matter with which he is charged. [61] Mahkamah ini tidak menolak peruntukan undang-undang keperluan untuk meletakkan butiran tempat kejadian yang tepat dalam pertuduhan ke atas Perayu. Namun begitu, peruntukan di bawah seksyen 156 dan seksyen 422 KTJ turut dirujuk: S/N zjx7yALq9kqEpYa/FXMcKw 156. Effect of errors No error in stating either the offence or the particulars required to be stated in the charge, and no omission to state the offence or those particulars shall be regarded, at any stage of the case, as material unless the accused was in fact misled by that error or omission. 422. Irregularities not to vitiate proceedings Subject to the provisions contained in this Chapter no finding, sentence or order passed or made by a Court of competent jurisdiction shall be reversed or altered on account of (a) any error, omission or irregularity in the complaint, sanction, consent, summons, warrant, charge, judgment or other proceedings before or during trial, or in any inquiry or other proceedings under this Code; (b) the want of any sanction; or (c) the improper admission or rejection of any evidence, unless such error, omission, irregularity, want, or improper admission or rejection of evidence has occasioned a failure of justice. [62] Merujuk kepada peruntukan undang-undang yang dinyatakan di atas, isu yang perlu ditentukan sekarang adalah sama ada kesilapan ini menghasilkan satu bentuk failure of justice? [63] Didapati bahawa pertuduhan asal ke atas Perayu jelas menyatakan bila tarikh dan masa kesalahan tersebut dilakukan. Pertuduhan juga jelas menyatakan bagaimana Perayu melakukan kesalahan tersebut. Intipati-intipati kesalahan yang akan dibuktikan terhadap Perayu telah dijelaskan dalam pertuduhan tersebut. [64] Kesilapan pada nombor rumah tempat kejadian tidak menyebabkan Perayu tersalah arah mengenai apakah hal perkara yang menjadi asas kepada pertuduhan terhadapnya. Salah satu sebab utama adalah sepanjang keterangan, SP3, SP4 dan S/N zjx7yALq9kqEpYa/FXMcKw SP5 berjaya mengecamkan secara positif gambar tempat kejadian sebagai mana dalam eksibit P12(A-E). Keterangan dan rujukan ke atas eksibit dokumen (termasuk eksibit P16) juga adalah berkisarkan kepada rumah bernombor 53. Malah tiada mana-mana saksi pendakwaan yang menyebut tangkapan berlaku di alamat nombor 93. [65] Keterangan SP3 disalinkan semula seperti berikut: Di mana serbuan dibuat? Rumah No 53, Jalan Bandar Baru 4, Taman Bandar Baru Lenggong, Lenggong, Perak ..... Pohon saksi dirujuk 5 keping gambar tempat kejadian Adakah ini rumah yang Inspektor buat serbuan? Pohon gambar dijadikan ID12 (A)-(E) Boleh ceritakan di mana tangkapan berlaku? Tangkapan berlaku di gambar D Adakah gambar B, C dan D merujuk kepada pintu sama? S/N zjx7yALq9kqEpYa/FXMcKw [66] Keterangan SP4 Di mana tempat serbuan? Boleh camkan gambar tempat kejadian? Boleh Pohon ditunjukkan ID12 (A-E) Adakah ini tempat kamu dan Inspektor Rashpal buat serbuan pada hari tersebut? Tunjukkan mana tempat perempuan Cina itu ditahan? Gambar D B dan D pintu sama ke? B, C dan D pintu yang sama [67] Selain daripada itu, sepanjang kes di peringkat pendakwaan, mana-mana pihak termasuk pihak pembelaan tidak pernah terkeliru dengan alamat tempat kejadian. Ia dapat dilihat dalam nota prosiding dimana pihak pembelaan sendiri merujuk tempat kejadian sebagai nombor 53 dan bukannya nombor 93 sewaktu pemeriksaan balas dilakukan. Pemeriksaan balas ke atas SP3 disalin semula seperti berikut: S/N zjx7yALq9kqEpYa/FXMcKw Sebelum serbuan dibuat di rumah nombor 53, ada buat taklimat kepada anggota serbuan? Ada Dalam kes ini, sebelum tangkapan dibuat, kereta datang ke rumah nombor 53. Anda lihat dari tingkap, perempuan Cina masuk dan anda tarik tangannya semasa masuk. Masa itu mana Inspektor Rahman? Bersama saspek nama Azlin, dalam bilik pertama, sebelah kanan rumah Siapa berada dalam kereta tersebut dari rumah nombor 53 ke IPD Gerik? Saya, Lans Koperal Anas dan 2 saspek iaitu Sam Pei Lin dan Lau Jong Hong [68] Petikan daripada nota prosiding menunjukkan bahawa nombor 93 hanyalah alamat yang tertera pada pertuduhan sedangkan sepanjang perbicaraan, nombor rumah yang dirujuk adalah nombor 53. Jelas di sini bahawa kesemua pihak tidak pernah tersalah arah berkaitan nombor rumah dimana tangkapan ke atas Perayu berlaku. Rujukan ke atas eksibit, keterangan dan pengecaman gambar tempat kejadian oleh saksi serta soalan pemeriksaan balas oleh peguam juga mengukuhkan lagi fakta bahawa pembelaan tidak pernah diprejudiskan dengan kesilapan kecil ini. [69] Ya, tangkapan ke atas Perayu dilakukan di premis tempat kejadian, namun barang kes yang dirampas berada secara terus pada badan Perayu. Kes ini adalah kes straight forward yang mana barang kes berada pada milikan terus Perayu. S/N zjx7yALq9kqEpYa/FXMcKw Keterangan mata oleh SP3 dan SP4 adalah memadai. Ia bukanlah satu kes di mana barang rampasan ditemui pada mana-mana sudut premis tempat kejadian. Sekali pun ianya ditemui di mana-mana bahagian premis tempat kejadian (dimana tidak terjadi bagi kes ini), mana-mana pihak tidak diprejudiskan memandangkan pengecaman positif sepanjang perbicaraan ini telah dibuat ke atas gambar tempat kejadian. [70] Malah, Perayu tidak akan tersalah arah di dalam penyediaan pembelaannya akibat kesilapan kecil butiran tersebut. Perayu juga tidak pernah memberi indikasi untuk mengguna pakai atau mengemukakan pembelaan bersifat alibi sepanjang perbicaraan kes. Sekiranya ada, kesilapan pada nombor premis tersebut berkemungkinan menjejaskan kes pendakwaan. [71] Oleh itu, Perayu tidak diprejudis dan telah menjalani satu perbicaraan yang sempurna di hadapan saya. Perayu tidak boleh mengambil peluang mudah untuk melepaskan diri hanya bersandarkan kepada isu teknikal yang tidak langsung mengelirukan atau memprejudiskannya. Tanggung jawab Perayu adalah untuk mengemukakan atau menyediakan satu bentuk pembelaan yang berkesan. Keputusan Mahkamah di akhir kes pendakwaan [72] Di akhir kes pendakwaan, saya perlu membuat analisis maksimum ke atas keseluruhan keterangan. Mahkamah berpandukan dengan prinsip yang dinyatakan oleh Mahkamah Persekutuan di dalam kes PP v. Lee Hock Lai [2004] 1 CLJ 57, yang telah menghuraikan maksud penilaian maksima seperti berikut; S/N zjx7yALq9kqEpYa/FXMcKw "In my view the "maximum evaluation" refers to a proper and complete evaluation of all the evidence adduced to determine whether a prima facie case has or not been made out Thus, all the evidence adduced has to be scrutinised properly and this should not be just a perfunctory, cursory evaluation or an exercise of skimming over the surface of the evidence only. The prosecution must make out the ingredients of the charge with the evidence adduced. If the evaluation of the evidence results in doubts in the prosecution's case at this stage of the proceedings itself then it cannot be said that a 'prima facie' has been made out the defence ought not to be called merely to clear or clarify the doubts. The benefit of the doubt, if any, at the end of the prosecution's case must go to the accused." [73] Berpandukan kepada semua nas undang-undang yang telah dirujuk dan penelitian terhadap keterangan saksi-saksi pendakwaan, sekali lagi Mahkamah ini menekankan bahawa tidak terputus rantaian keterangan berkaitan dadah dalam eksibit P5 (A-D) yang ditemui dalam beg eksibit P8, seterusnya eksibit P9. Segala barang kes berkaitan telah dicamkan secara fizikal oleh saksi-saksi pendakwaan semasa memberi keterangan di mahkamah dan tiada sebarang keterangan yang menunjukkan bahawa barang kes telah diganggu usik bermula ia ditemui/ dirampas sehingga dikemukakan di hadapan saya. Saya dengan ini berpuas hati bahawa barang kes dadah yang dirampas dalam milikan ekslusif Perayu adalah barang kes yang sama dikemukakan di mahkamah. [74] Berdasarkan penilaian secara maksimum terhadap keterangan kesemua saksi pendakwaan, saya mendapati bahawa pihak pendakwaan telah membuktikan setiap elemen pertuduhan di bawah seksyen 12(2) ADB 1952, yang boleh dihukum di bawah seksyen 39A(1) Akta yang sama ke atas Perayu, bagi barang kes dalam plastik eksibit P5 (A-J) yang ditemui. S/N zjx7yALq9kqEpYa/FXMcKw [75] Justeru, Mahkamah ini memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan suatu kes prima facie terhadap Perayu dan Perayu dengan ini dipanggil untuk membela diri. [C] KES PEMBELAAN [76] Keputusan di akhir kes pendakwaan telah diberikan pada 10 November 2023. Perayu telah memilih untuk memberi keterangan bersumpah dari kandang saksi. Pihak pembelaan juga memaklumkan ingin memanggil Lau Jung Hong sebagai saksi pembelaan. [77] Pada 15 November 2023, yang sepatutnya merupakan prosiding sambung bicara; pihak pendakwaan telah memohon untuk meminda pertuduhan ke atas Perayu. Namun begitu, pihak pembelaan telah mengemukakan bantahan. Oleh yang demikian, kedua-dua pihak telah diarahkan untuk mengemukakan hujahan masing-masing. [78] Kronologi berkenaan permohonan pindaan adalah seperti yang telah dinyatakan pada perenggan 8-10 alasan penghakiman ini. Keputusan saya ini dibuat bersandarkan prinsip undang-undang yang termaktub di bawah Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan dibaca bersama seksyen 376 KTJ. Malah, saya turut merujuk kepada beberapa kes-kes yang telah diputuskan termasuklah kes Lee Weng Sang v PP [1977] 1 MLJ 166 dan Teo Chee Kong v PP [2021] 6 CLJ 883. [79] Saya juga mendapati bahawa pindaan ini tidak dalam apa cara sekali pun memudaratkan atau memprejudiskan Perayu memandangkan Perayu telah S/N zjx7yALq9kqEpYa/FXMcKw mempunyai segenap peluang untuk mengemukakan pembelaannya. Ia juga adalah konsisten dengan undang-undang dan prinsip dalam kes-kes terdahulu yang telah diputuskan. Saya juga memetik petikan daripada B.B Mitra on The Code of Criminal Procedure, 19th Ed. pada halaman 845: in more appropriate words the substances of the original charge. The addition or alteration of charges does not open up the trial from the beginnning, and the court may immediately proceed with trial if it is of opinion that there will be no . [80] Pertuduhan pindaan, yang telah dijadikan sebagai Lampiran A adalah seperti berikut: Pertuduhan pindaan: Bahawa kamu pada 18.12.2020 jam lebih kurang 9.00 malam di rumah no 53, Jalan Bandar Baru 4, Taman Bandar Baru Lenggong, 33400 Lenggong, dalam daerah Hulu Perak, di dalam Negeri Perak Darul Ridzuan, telah ada dalam milikan kamu bahan dadah berbahaya 14.98 gram yang mengandungi methamphetamine. Dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39A(1) Akta yang sama. Hukuman yang diperuntukkan di bawah Akta: Jika disabitkan kesalahan hendaklah dihukum dengan penjara untuk suatu tempoh tidak kurang daripada dua tahun tetapi tidak lebih daripada lima tahun S/N zjx7yALq9kqEpYa/FXMcKw dan ia juga dikenakan hukuman sebat tidak kurang daripada tiga sebatan tetapi tidak lebih daripada sembilan sebatan. [81] Perkara yang dipinda adalah pada nombor alamat rumah, daripada nombor 93 ke nombor 53. Pertuduhan pindaan tersebut telah dibacakan dan Perayu membuat akuan tidak bersalah. [82] Untuk memastikan bahawa sebarang pindaan ke atas pertuduhan tidak memprejudiskan Perayu, saya mendapati bahawa seksyen 162 KTJ telah memperuntukkan seperti berikut: Recall of witnesses when charge altered 162. Whenever a charge is altered or added by the Court after the commencement of the trial the prosecutor and the accused shall be allowed to recall or resummon and examine, with reference to the alteration or addition, any witness who may have been examined, and may also call any further evidence which may be material. [83] Justeru, sebagai langkah yang lebih berhati-hati, saya telah menyemak dengan peguam bela sama ada terdapat saksi pendakwaan yang ingin dipanggil semula untuk disoal balas, khas untuk pindaan yang telah dilakukan pada pertuduhan. Peguam bela memaklumkan telah berbincang dengan Perayu dan mengesahkan tidak ingin memanggil semula mana-mana saksi pendakwaan untuk disoal balas semula. Perkara ini telah dicatatkan dalam minit prosiding pada 22 November 2023. Kemudiannya, Perayu telah diterangkan sekali lagi mengenai 3 pilihan untuk membela S/N zjx7yALq9kqEpYa/FXMcKw diri yang ada dan Perayu memilih untuk memberi keterangan bersumpah dari kandang saksi. Perbicaraan diperingkat pembelaan diteruskan pada tarikh tersebut dengan Perayu memberikan keterangan. [84] Menurut Perayu, 2 hari sebelum tangkapan, keretanya telah dilanggar dan rosak. Perayu menyatakan bahawa dia diperkenalkan oleh Lau Jung Hong dengan bengkel cat di Lenggong dengan harga yang murah. Pada hari kejadian, Perayu mendakwa dimaklumkan bahawa keretanya telah siap dibaiki dan semasa dalam perjalanan untuk mengambil kereta, dia mendapat panggilan bahawa keretanya memerlukan tempoh tambahan sejam untuk disiapkan sepenuhnya. Perayu seterusnya bersama Lau Jung Hong singgah sebentar di rumah rakannya yang dipanggil dengan nama panggilan Asang di Gua Badak. [85] Semasa di rumah Asang, Perayu mendakwa telah pergi ke dapur untuk memasak mi segera sebelum Lau Jung Hong menerima panggilan bahawa kereta telah siap dibaiki. Perayu dan Lau Jung Hong seterusnya bergerak ke tempat kejadian dan semasa membuka pintu rumah di tempat kejadian, Perayu telah ditahan oleh SP3. [86] Perayu mengakui menyandang beg eksibit P8 namun menafikan mengetahui kewujudan beg eksibit P9 yang di dalamnya mengandungi 4 paket plastik (P5(A-D)). Perayu hanya mengetahui kewujudan beg eksibit P9 selepas ditangkap. Semasa pemeriksaan utama juga, Perayu mengakui bahawa hanya dirinya sahaja yang berada dengan beg eksibit P8 tersebut. Perayu memaklumkan bahawa kali terakhir dirinya membuka beg eksibit P8 adalah ketika tiba di Lenggong untuk menghubungi Asang bertanya sama ada Asang berada di rumah. Ketika itu, beg eksibit P9 tidak berada dalam beg eksibit P8. S/N zjx7yALq9kqEpYa/FXMcKw [87] Di rumah Asang di Gua Badak, Perayu mendakwa meletakkan beg eksibit P8- nya di sofa ruang tamu dan mengesyaki Lau Jung Hong meletakkan beg eksibit P9 dalam beg eksibit P8 tersebut ketika itu. Alasan yang diberikan oleh Perayu adalah kerana Lau Jung Hong pernah menyukainya dan mereka pernah bergaduh. [88] Perayu juga mendakwa bahawa Lau Jung Hong merupakan rakan baiknya dan selalu membawa bekalan dadah jenis syabu kepadanya. Lau Jung Hong juga didakwa sebagai penjual dadah. [89] Selepas tangkapan dan semasa di lokap, Perayu memaklumkan bahawa Lau Jung Hong menyuruh Perayu untuk mengaku bersalah dan berjanji akan membantu Perayu selepas Lau Jung Hong bebas. Namun, selepas dituduh (hanya Perayu yang dituduh) dan dijamin, Lau Jung Hong tidak menjawab sebarang panggilan dan pesanan mesej Perayu. Menurut Perayu lagi, Lau Jung Hong sekarang berada dalam penjara bagi pertuduhan di bawah seksyen 39B ADB. [90] Perayu mengakui telah berhenti menjual dadah sejak 2 tahun sebelum ditangkap. Justeru menafikan membawa bekalan dadah ke Lenggong dan menafikan hadir ke tempat kejadian dengan membawa barang kes yang mengandungi 14.98 gram methamphetamine tersebut. Menurut Perayu lagi, keretanya yang telah dibaiki kemudiannya diambil semula di Lenggong oleh suaminya (SD2). [91] Selepas Perayu selesai memberikan keterangannya, sambung bicara pada tarikh tersebut telah ditangguhkan ke tarikh lain dan pihak pembelaan memaklumkan tidak bercadang memanggil Lau Jung Hong, sebaliknya ingin memanggil Mohd Azlin Bin Mohd Azmi (SD3) bagi memberikan keterangan. S/N zjx7yALq9kqEpYa/FXMcKw [92] Pada prosiding sambung bicara pada 11 Januari 2024, pihak pembelaan memaklumkan bahawa Asang telah meninggal dunia. Pihak pembelaan juga memohon untuk memanggil semula SP5 untuk bertanyakan soalan sama ada Lau Jung Hong ada ditahan di rumah Asang bagi kes lain. Menurut peguam bela, isu ini tidak ditanya sebelum ini kerana ianya belum timbul sewaktu pemeriksaan balas ke atas SP5 dilakukan di peringkat pendakwaan. Tujuan peguam bela memanggil semula SP5 adalah untuk membuktikan bahawa rumah Asang adalah wujud kerana Lau Jung Hong ditangkap bagi kes lain di rumah Asang. Prosiding ditangguhkan ke tarikh lain untuk peguam bela memasukkan surat berkenaan permohonan ini supaya permohonan ini jelas difahami. [93] Pada 26 Januari 2024, berdasarkan seksyen 425 KTJ, saya telah membenarkan SP5 untuk dipanggil semula namun terhad kepada isu sama ada Lau Jung Hong ditangkap di rumah sama dengan rumah yang Perayu dakwa singgah di Gua Badak (rumah Asang). Keputusan ini dibuat demi kepentingan keadilan kepada Perayu dan pendakwaan diberi kebenaran untuk pemeriksaan semula berkenaan isu tersebut, sekiranya ada. [94] Pada 11 Julai 2024, SP5 telah disoal balas semula oleh pembelaan. SP5 mengaku bahawa Lau Jung Hong ada ditahan di Lenggong untuk kes seksyen 39B ADB dan telah pun dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah Tinggi Taiping. Namun begitu, beliau tidak mengingati lokasi spesifik Lau Jung Hong ditangkap kerana beliau bukan merupakan pegawai penyiasat bagi kes tersebut. [95] Pembelaan seterusnya turut memanggil Chiah Hong Horn (SD2) yang merupakan suami kepada Perayu untuk memberi keterangan. Keterangan SD2 S/N zjx7yALq9kqEpYa/FXMcKw berkisarkan kepada tujuan Perayu ke Lenggong pada hari kejadian untuk mengambil kereta di bengkel dan SD2 mengesahkan dirinya yang mengambil kereta di bengkel selepas Perayu ditangkap. [96] Mohd Azlin Bin Mohd Azmi (SD3) yang merupakan saksi pembelaan terakhir yang dipanggil oleh pembelaan, mengesahkan tidak mengenali Perayu dan tidak pernah membuat pesanan dadah kepada Perayu. SD3 juga memaklumkan semasa pemeriksaan balas bahawa dia tidak mempunyai pengetahuan bagaimana Perayu ditangkap memandangkan dia berada dalam bilik sewaktu tangkapan ke atas Perayu dilakukan. [97] Pada peringkat akhir kes pihak pembelaan, pembelaan hanya perlu menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan. Maksud keraguan yang munasabah telah dijelaskan dalam kes PP v. Saimin & Ors [1971] 2 MLJ 16 yang dinyatakan seperti berikut: quoted: It is not mere possible doubt, because everything relating to human affairs and depending upon moral evidence is open to some possible or imaginary doubt. It is that state of the case which after the entire comparison and consideration of all evidence leaves the minds of the jurors in that condition that they cannot say they feel an abiding conviction to a moral certainty of the truth of the hesitate as to the correctness of the conclusion which you reach. If under your oaths and upon your conscience, after you have fully investigated the evidence and compared it in all its parts, you say to yourself, I doubt if he is guilty, then it S/N zjx7yALq9kqEpYa/FXMcKw is reasonable doubt, it is a doubt which settles in your judgment and finds a [98] Mahkamah telah meneliti keterangan Perayu, SD2 serta SD3 dan mendapati bahawa keterangan saksi pembelaan mengenai kronologi kejadian adalah bersifat pemikiran terkemudian (afterthought), penafian dan rekaan semata-mata. Keterangan mereka telah menonjolkan tahap keboleh percayaan saksi-saksi pembelaan. [99] Semasa pemeriksaan balas saksi pendakwaan SP3 dilakukan, pihak pembelaan telah mencadangkan bahawa Perayu datang berjumpa SD3 untuk mendapatkan kenderaan yang telah dibaiki. Namun begitu, adalah sesuatu yang pelik sewaktu pemeriksaan utama di peringkat pembelaan, perkara ini tidak diketengahkan oleh pihak pembelaan kepada SD3. Malah, SD3 pula sewaktu pemeriksaan utama dan pemeriksaan balas mengakui tidak mengenali Perayu. Pemeriksaan balas saksi pendakwaan SP3 diperingkat pendakwaan adalah seperi berikut: Saya cadangkan pada tarikh tersebut, OKT datang jumpa Azlin untuk dapatkan kenderaan beliau yang berada di workshop. Kenderaan Kia Forte. Ada dalam pengetahuan anda? Tiada dalam pengetahuan saya Pemeriksaan utama SD3 di peringkat pembelaan adalah seperti berikut: Ada kenal OKT nama Sam Pei Lin? Tak S/N zjx7yALq9kqEpYa/FXMcKw Pada tarikh tersebut, anda tahu OKT ditangkap di rumah sama anda ditangkap? Tak tahu Pemeriksaan balas SD3 di peringkat pembelaan adalah seperi berikut: Tadi awak kata tak kenal OKT? Sebelum ditangkap tak kenal? [100] Berdasarkan petikan di atas, bagaimana Perayu boleh dikatakan ke Lenggong untuk mengambil semula keretanya daripada SD3 namun SD3 tidak pernah disoal mengenai perkara ini walaupun SD3 merupakan saksi pihak pembelaan sendiri. Jelas bahawa versi Perayu ingin mengambil kereta dari SD3 tidak mempunyai sebarang asas. Malah diperkukuhkan lagi dengan keterangan SD3 seperti di atas yang mengaku tidak mengenali Perayu. Bagaimana boleh wujud transaksi mengambil kereta daripada SD3 dan Perayu sedangkan SD3 mengaku tidak mengenali antara satu sama lain? [101] Mahkamah ini juga menghalusi keterangan berkaitan kronologi perjalanan Perayu ke tempat kejadian yang mana Perayu menyatakan bahawa dia dan Lau Jung Hong singgah di rumah individu yang dipanggil Asang. Di rumah Asang lah tempat di mana Perayu mendakwa Lau Jung Hong memasukkan beg eksibit P9 ke dalam beg eksibit P8. Sekiranya benar dakwaan Perayu tersebut, sudah pasti pembelaan telah menimbulkan perkara ini seawal peringkat pendakwaan lagi sewaktu saksi-saksi pendakwaan disoal balas. Tiada langsung cadangan atau soalan yang S/N zjx7yALq9kqEpYa/FXMcKw dikemukakan oleh pembelaan untuk menimbulkan versi ini sedangkan watak Lau Jung Hong telah disebut seawal kes pendakwaan. [102] Selain itu, sewaktu keterangan Perayu di peringkat pembelaan, Perayu mendakwa bersama Lau Jung Hong ke rumah Asang sebelum ke tempat kejadian. Versi ini tidak pernah ditimbulkan melalui pemeriksaan balas saksi-saksi pendakwaan. Versi cerita ini adalah jelas bersifat afterthought dan hanya ditimbulkan sewaktu peringkat pembelaan. [103] Ianya dikukuhkan lagi apabila pembelaan sendiri memohon untuk memanggil semula SP5 untuk disoal balas berkaitan kewujudan rumah Asang, selepas Perayu memberikan keterangan. Sekiranya versi ini adalah benar, sudah pasti pihak pembelaan telah mengemukakan perkara ini seawal mungkin kepada saksi-saksi pendakwaan terutamanya SP5 yang merupakan pegawai penyiasat kes. Jelas ianya bersifat afterthought dan inherently improbable. Segala ruang dan peluang untuk menimbulkan pembelaan tidak pernah dimanfaatkan oleh pembelaan sepanjang perbicaraan di peringkat pendakwaan berlangsung. [104] Terdapat banyak otoriti yang mapan berkaitan isu afterthought ini, namun saya ini ingin memetik penghakiman dalam kes Norman Ismail v. PP [2013] 1 LNS 850 yang menyatakan seperti berikut: [16] Although there is no burden on the appellant to prove his innocence, it is trite that the appellant ought to put his line of defence during the prosecution's case (see Wong Swee Chin v. PP [1980] CLJU 138; [1980] 1 S/N zjx7yALq9kqEpYa/FXMcKw LNS 138; [1981] 1 MLJ 212; Tan Kim Ho & Anor v. PP [2009] 3 CLJ 236). Failure to do so will render the defence being labelled as one of a recent invention or an afterthought (see Megat Halim Megat Omar v. PP [2009] 1 CLJ 154). [Penekanan ditambah] [105] Mahkamah ini juga memetik kes Public Prosecutor v Abang Abdul Rahman [1981] 1 LNS 169 yang turut membuat rujukan kepada kes klasik Inggeris Browne v Dunn reported in (1893) 6 R 67 seperti berikut: This case, again, emphasized the need for cross-examining a witness on matters disputed by the defence which form part of the defence. In Public Prosecutor v Mohd Isa bin Awang & Anor Kedah Criminal Trial No 26 of 1978 (unreported), the learned trial judge stated in his judgment on the matter of cross-examination: "It is right and proper that the witnesses should be challenged in the witness box, or at any rate that it should be made plain while the witness is in the box that his evidence is not accepted." This, however, the defence has failed to do so. (See Re Pichi Muthu, supra; Chua Beow Huat v Public Prosecutor [1970] 2 MLJ 29 and AEG Carapiet v AY Derderian AIR 1961 Cal 359). In the last-named case, it was held, inter alia, that: "Wherever the opponent has declined to avail himself of the opportunity to put his essential and material case in cross-examination, it must follow that he believed that the testimony given could not be disputed at all. This is not merely a technical rule of evidence. It is a rule of essential justice. It serves to prevent surprise at trial and miscarriage of justice, because it gives notice to the other side of the actual case that is going to be made when the turn of the party on whose behalf the cross-examination is being made comes to give and S/N zjx7yALq9kqEpYa/FXMcKw lead evidence by producing witnesses. This much a counsel is bound to do when cross-examining that he must put to each of his opponent's witnesses in turn, so much of his own case as concerns that particular witness or in which that witness had any share." At page 362, in giving the reasons for this decision, Mukharji, J. said (at paras. (11) to (13): "(11) On this point the most important and decisive authority is Browne v Dunn reported in (1893) 6 R 67. It is a decision of the House of Lords where Lord Herschell, L.C., Lord Halsbury, Lord Morris and Lord Bowen were all unanimous on this particular point. Lord Chancellor Herschell, at page 70 of the report observed: 'Now, my Lords, I cannot help saying that it seems to me to be absolutely essential to the proper conduct of a cause where it is intended to suggest that a witness is not speaking the truth on a particular point, to direct his attention to the fact, by some questions put in cross-examination showing that the imputation is intended to be made, and not to take his evidence and pass it by as a matter altogether unchallenged and then, when it is impossible for him to explain, as perhaps he might have been able to do if such questions had been put to him, the circumstances which it is suggested indicate that the story he tells ought not to be believed, to argue that he is a witness unworthy of credit. My Lords, I have always understood that if you intend to impeach a witness you are bound, whilst he is in the box, to give him an opportunity of making any explanation which is open to him; and, as it seems to me, that is not only a rule of professional practice in the conduct of a case, but is essential to fair play and fair dealing with witnesses'. (12) Lord Halsbury, the other member of the House of Lords, at page 76 of the same report said: 'My Lords, with regard to the manner in which the evidence was given in this case, I cannot too heartily express my concurrence with the Lord Chancellor as to the mode in which a trial should be conducted. To my S/N zjx7yALq9kqEpYa/FXMcKw mind nothing would be more absolutely unjust than not to cross-examine witnesses upon evidence which they have given, so as to give them notice, and to give them an opportunity of explanation, and an opportunity very often to defend their own character, and, not having given them such an opportunity, to ask the jury afterwards to disbelieve what they have said, although not one question has been directed either to their credit or to the accuracy of the facts they have deposed to'. (13) In fact Lord Halsbury described the situation as a 'perfect outrage' at page 77 of the said report." [Penekanan ditambah] [106] Ingin saya tekankan di sini, walaupun keterangan berkaitan kronologi sebelum tangkapan ke atas Perayu bukanlah faktor penentu sama ada Perayu memilik barang kes seberat 14.98 gram methamphetamine; ia mencerminkan keboleh percayaan dan kejujuran saksi-saksi pembelaan. Sekali pun kronologi sebelum tangkapan ini adalah sesuatu yang wajar diterima, ianya tetap tidak dapat mematahkan pembuktian bagaimana barang kes telah dirampas dari milikan ekslusif Perayu. [107] Di samping itu, pihak pembelaan turut mencadangkan bahawa terdapat seseorang memasukkan beg eksibit P9 dalam beg eksibit P8 tersebut sewaktu menyoal balas SP4. Namun dalam masa yang sama, turut menyatakan barang kes tidak dijumpai dalam beg eksibit P8 tersebut. S/N zjx7yALq9kqEpYa/FXMcKw [108] Di sini, saya mendapati bahawa Perayu tidak langsung mempunyai satu bentuk pembelaan yang konsisten dan hanya cuba hadir dengan versi pelbagai yang berbentuk satu penafian. Pemeriksaan balas SP4 berkaitan isu ini disalin semula seperti di bawah: Setuju, sebelum Sam Pei Lin sampai di rumah, kalau ada orang masukkan dadah dalam beg itu, kamu tak tahu? Pada tarikh tersebut, barang kes tidak dijumpai dalam beg coklat ini. Setuju? Tak setuju [109] Pembelaan bahawa barang kes tidak dijumpai dalam beg eksibit P8 juga adalah sangat tidak konsisten dan bercanggah bila mana Perayu sendiri mengaku barang kes dijumpai dalam begnya. Malah kini, Perayu meletakkan kesalahan tersebut kepada Lau Jung Hong pula. [110] Walau bagaimana pun, saya perlu tetap mempertimbangkan segala pembelaan ini. Namun, setelah peneletian dibuat, saya mendapati pembelaan ini adalah lemah dan tidak dapat diperkukuhkan dengan mana-mana keterangan atau bukti sokongan. Transkrip nota prosiding disalin semula seperti berikut: S/N zjx7yALq9kqEpYa/FXMcKw Selepas ditangkap, anda direman dan kes ini dibicarakan. Apakah anda rasa sama ada ada orang letakkan dadah dalam beg anda? Saya mengesyaki Lau Jung Hong letakkan beg P9 dan dadah dalam beg saya. Tiada orang lain boleh menghampiri saya selain Lau Jung Hong. Selepas saya dijamin, saya diberitahu oleh ramai orang yang Lau Jung Hong letakkan dadah ke dalam beg saya Apakah perasaan anda ke atas Lau Jung Hong? Saya sangat marah Adakah anda ada cuba buat laporan polis? Tidak. Saya tak tahu, saya berada dalam lokap selama 4 bulan setengah. Lepas saya keluar, saya tak tahu apa yang perlu dibuat Tahu bila Lau Jung Hong masukkan dadah ke dalam beg anda? Saya rasa dia masukkan P9 ke dalam P8 semasa berada di rumah kawan saya di Guar Badak [111] Harus saya nyatakan sekali lagi di sini, apa pun alasan Perayu berada di tempat kejadian, sebab dan motif ke tempat kejadian serta bagaimana Perayu ke sana, ia tetap tidak menimbulkan keraguan bagaimana keberadaan beg eksibit P9 dalam beg eksibit P8 yang disilang di badannya. Jelas pembelaan yang Perayu tidak tahu menahu bagaimana beg eksibit P9 berada dalam begnya adalah satu rekaan semata-mata tanpa adanya sebarang bukti dan keterangan yang jelas serta kukuh yang boleh menyokong versi ini. [112] Berkaitan isu alamat rumah tempat kejadian, semasa keterangan Perayu di peringkat pembelaan juga, Perayu tidak dilihat terkeliru dan diprejudiskan langsung dengan kesilapan pada nombor rumah tempat kejadian tersebut. Malah, Perayu sendiri mengesahkan gambar tempat kejadian sebagai lokasi tangkapannya. S/N zjx7yALq9kqEpYa/FXMcKw Petikan keterangan Perayu semasa pemeriksaan utama dan balas adalah seperti berikut: Pemeriksaan utama: Pada 18.12.2020, anda ditangkap? Bukan 18.11.2020? Di rumah number 53? Pemeriksaan balas: Saya cadangkan anda ditangkap pada 18.12.2020 di sebuah rumah? Di luar sebuah rumah. Kalau saya tunjukkan satu gambar, boleh camkan? Ya. Pohon tunjukkan P12. Lihat P12 (A-E), anda ditangkap di rumah ini? Ya. Dan sekiranya isu lokasi ini menjadi asas untuk menimbulkan keraguan, perkara ini tidak pernah disoal semula oleh pembelaan sewaktu pemeriksaan semula dilakukan ke atas Perayu. [113] Kesimpulannya, saksi-saksi pendakwaan dilihat telah memberi keterangan yang kredibel. Tiada alasan untuk Mahkamah ini mengenepikan keterangan-keterangan tersebut. Tidak berlakunya sebarang percanggahan yang menggugat kes S/N zjx7yALq9kqEpYa/FXMcKw pendakwaan dan tiada keterangan untuk Mahkamah ini menolaknya. [114] Adalah dinyatakan juga bahawa percanggahan kecil (sekiranya ada) dalam keterangan atau laporan tidak semestinya merosakkan terus kes pendakwaan. Keseluruhan keterangan harus dilihat dalam konteks yang lebih luas dan harus diberikan tafsiran yang munasabah. Dalam kes Public Prosecutor v. Datuk Haji Harun Bin Haji Idris (No 2) [1977] 1 MLJ 15, Yang Amat Arif Raja Azlan Shah (pada ketika itu) telah menyatakan: "...In opinion discrepancies there will always be, because in the circumstances in which the events happened, every witness does not remember the same thing and he does not remember accurately every single thing that happened. It may be open to criticism, or it might be better if they took down a notebook and wrote down every single thing that happened and every single thing that was said. But they did not know that they are going to be witnesses at this trial. I shall be almost inclined to think that if there are no discrepancies, it might be suggested that they have concocted their accounts of what had happened or what had been said because their versions are too consistent. The question is whether the existence of certain discrepancies is sufficient to destroy their credibility. There is no rule of law that the testimony of a witness must either be believed in its entirety or not at all. A court is fully competent, for good and cogent reasons, to accept one part of the testimony of a witness and to reject the other. It is, therefore, necessary to scrutinize each evidence very carefully as this involves the question of weight to be given to certain evidence in particular circumstances." [115] Berdasarkan keseluruhan keterangan dan eksibit yang dikemukakan, setelah membuat penilaian semula secara maksima, Mahkamah mendapati pembelaan S/N zjx7yALq9kqEpYa/FXMcKw Perayu dan saksi-saksi pembelaan adalah bersifat lemah, afterthought, penafian dan rekaan semata-mata dan ditolak oleh Mahkamah ini. Mahkamah dengan ini memutuskan Perayu telah gagal menimbulkan keraguan yang munasabah ke atas kes pendakwaan. [116] Sebaliknya, secara keseluruhan pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah seperti mana pertuduhan. Oleh itu Perayu didapati bersalah dan disabitkan dengan pertuduhan pindaan tersebut. [D] HUKUMAN [117] Peguambela Perayu telah memohon supaya Perayu dijatuhi hukuman yang ringan atas alasan-alasan berikut: Perayu mempunyai 5 orang anak, dimana 3 orang anak masih bersekolah; Perayu telah insaf dan kesal dengan perbuatannya; Perayu berjanji tidak akan ulangi kesalahan; dan Perayu memohon peluang diberikan dan dikenakan hukuman penjara ringan [118] Manakala Timbalan Pendakwa Raya terpelajar telah berhujah seperti berikut: Hukuman berat wajar dikenakan ke atas Perayu sebagai pengajaran; dan kes telah berjalan lama dan kesalahan ini merupakan satu kesalahan yang serius. S/N zjx7yALq9kqEpYa/FXMcKw [119] Sebelum menjatuhkan hukuman ke atas Perayu, Mahkamah ini telah mengambil kira hujahan mitigasi oleh pihak pembelaan dan juga mempertimbangkan faktor kepentingan awam. Semua sedia maklum bahawa kes melibatkan pemilikan dadah semakin berleluasa dalam kalangan masyarakat dan semakin membimbangkan. Sebelum ini, kes-kes dadah sering dikaitkan dengan lelaki, kini telah merebak kepada segenap lapisan masyarakat termasuk Perayu yang merupakan seorang ibu dan wanita yang telah berumah tangga. [120] Selain daripada itu, fakta bahawa kes ini merupakan kes bicara penuh yang melibatkan ramai saksi, memakan masa dan kos perlu juga diambil kira dalam menentukan hukuman yang bersesuaian ke atas Perayu. [121] Dalam masa yang sama, saya turut mengambil pertimbangan bahawa kes ini telah berlarutan sejak tahun 2021. Penangguhan disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan dan alasan penjadualan semula atas permohonan pihak-pihak tidak diambil kira. [122] Namun, saya perlu mengambil kira bahawa pihak Perayu telah beberapa kali memaklumkan niat untuk menukar pengakuan, yang menyebabkan kes ini ditangguhkan beberapa kali. Walaupun demikian, Perayu tetap tidak mengaku bersalah. Insiden ini berlaku lebih dari sekali, yang sedikit sebanyak telah membuang masa semua pihak dan menanggung kos tambahan memandangkan jurubahasa Mandarin perlu dipanggil khas untuk setiap prosiding yang melibatkan Perayu. Ia juga menunjukkan seolah-olah pihak Perayu dan pembelaan mempermainkan proses mahkamah ini. S/N zjx7yALq9kqEpYa/FXMcKw [123] Justeru, setelah mensabitkan Perayu, saya menjatuhkan hukuman pemenjaraan 42 bulan bermula dari tarikh sabitan iaitu 6 Disember 2024. Sejajar dengan seksyen 289(a) KTJ, Perayu dikecualikan daripada dikenakan sebatan rotan. [124] Diharap tempoh pemenjaraan ini menjadi pengajaran kepada Perayu untuk berubah dan menjadi asbab untuk menjadi ibu serta isteri yang lebih baik kepada anak-anak dan suaminya. Tempoh pemenjaraan ini sewajarnya dijadikan peluang untuk Perayu muhasabah diri dan menginsafi kesalahan yang dilakukan. [125] Peguam bela telah memohon untuk hukuman bagi kes ini digantung sementara menunggu rayuan didengar dan diputuskan oleh Mahkamah Tinggi. Alasan yang dikemukakan oleh peguam bela adalah seperti berikut: peguam telah menyediakan Notis Rayuan dan akan memfailkannya petang ini; Perayu mempunyai anak; Mahkamah mempunyai budi bicara untuk membenarkan penangguhan Perayu tidak pernah gagal hadir ke mahkamah sebelum ini; sebelum ini pernah ditahan di Batu Gajah namun Perayu tetap hadir sebelum ini; dan suami Perayu hadir di mahkamah untuk bantu bayar jamin [126] Secara dasarnya, penggantungan pelaksanaan hukuman adalah atas budi bicara mahkamah sekiranya tertuduh berjaya melepasi ambang "keadaan istimewa" yang ditetapkan. Dalam kes ini, saya berpandangan tiada alasan atau keadaan istimewa yang melayakkan Perayu untuk penggantungan hukuman. Hujahan kerana S/N zjx7yALq9kqEpYa/FXMcKw Perayu akan merayu terhadap keputusan hari ini bukan faktor semata-mata yang perlu dianggap sebagai keadaan istimewa. Rayuan ke Mahkamah Tinggi (yang belum difailkan) tidak memberi hak automatik kepada penangguhan hukuman. [127] Oleh yang demikian, hukuman pemenjaraan selama 42 bulan terhadap Perayu akan bermula dari tarikh sabitan iaitu 6 Disember 2024. Permohonan untuk penggantungan hukuman pemenjaraan ini adalah ditolak. Bertarikh pada 22 Januari 2025 MOHD SHAZMEER BIN ZAMHARI Majistret Mahkamah Majistret Lenggong Perak Darul Ridzuan Timbalan Pendakwa Raya : Edry Rusyaidi bin Edmy Peguam bela : Suppiah Palanisamy Tarikh keputusan : 6 Disember 2024 S/N zjx7yALq9kqEpYa/FXMcKw
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.