Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI TEMERLOH DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO. CB-21NCVC-6-09/2019 ANTARA SANDRAMADI D/O ADAIKAN ... PLAINTIF (NO. K/P: 310720-06-5042/0918441)
CB-21NCvC-6-09/2019
High Court of Malaysia15 Dec 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“document via eFILING portal 23 “[10] In addition, the learned judge had failed to consider that the defendant stands as an ordinary litigant and is not entitled to the benefit of s 114 (e) of the Evidence Act 1950 which relates to the presumption ‘that judicial and official act have been regularly performed’. The killi”
“enaan dengan pengambilan tanah tersebut telah diperuntukkan di bawah seksyen 18 Land Acquisition Enactment (Cap. 140). Ia adalah merupakan peruntukan baharu di bawah Enakmen tersebut melalui pindaan Land Acquisition Amendment Enactment 1928. Ia adalah pindaan kepada Land Acquisition Enactment 1922 yang berkuatkuasa mul”
“di Nombor 241. Gazette tersebut ditandatangani oleh Pemangku Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang Abdul Razak Hussein. Mahkamah juga mendapati bahawa cadangan pengambilan tanah tersebut dibuat di bawah Land Acquisition Enactment (Cap. 140).”
“(vi) Apakah Seksyen 2 Public Authorities Protection Act 1948 terpakai dalam keadaan semasa?”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI TEMERLOH DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO. CB-21NCVC-6-09/2019 ANTARA SANDRAMADI D/O ADAIKAN ... PLAINTIF (NO. K/P: 310720-06-5042/0918441)
1
PENTADBIR TANAH DAERAH RAUB
2
PENGARAH TANAH DAN GALIAN PAHANG PAHANG DARUL MAKMUR … DEFENDAN-DEFENDAN
1
Tanah adalah nyawa dan harapan kepada seseorang. Setiap inci yang menjadi hakmilik seseorang akan dipertahankan. Pihak 07/01/2026 10:55:20 CB-21NCvC-6-09/2019 Kand. 220 yang berhak akan berusaha mendapatkannya melalui proses undang-undang. Ini yang dilakukan oleh Plaintif di dalam kes ini.
2
Pada masa yang sama pihak berkuasa tanah yang diamanahkan untuk mempertahankan kepentingan individu yang memiliki tanah melalui pendaftaran hakmilik wajar mengesahkan bahawa catatan yang terdapat di dalam hakmilik adalah betul dan tepat, di samping segala proses perundangan yang melibatkan tanah tersebut seperti pengambilan tanah seperti yang tercatat pada suratan hakmilik adalah teratur. Inilah yang dilakukan oleh Defendan-Defendan dalam kes ini.
3
Mahkamah ini mendapati cabaran bagi kedua-dua pihak Plaintif dan pihak Defendan ialah catatan proses dibuat pada tahun 1952. Ini menyebabkan Mahkamah ini perlu meneliti dokumen-dokumen yang usang dan keterangan saksi-saksi yang berdasarkan kepada rekod-rekod yang disimpan dan dapat ditemui di Pejabat Tanah.
4
Namun begitu pihak-pihak telah bersetuju dengan fakta-fakta yang dapat membantu Mahkamah ini dalam kes ini. Fakta-fakta yang dipersetujui ialah:
i
Plaintif adalah seorang warganegara Malaysia (No. K/P: 310720-06-5042/0918441).
II
(ii) Plaintif mempunyai alamat penyampaiannya di No. 231, Kg. Sempalit, Raub, Pahang Darul Makmur.
III
(iii) Defendan Pertama dan Defendan Kedua adalah agen/pekhidmat kepada Kerajaan Negeri.
IV
(iv) Lot No. 1370 EMR 1056 dalam Mukim Gali, Raub, Pahang Darul Makmur asalnya telah didaftar di atas nama Karuppana Thevar dan berukuran 2R 16P.
v
Melalui C A No. 11/22 A K Ramaiya Thevar dilantik sebagai wakil di bawah Surat Kuasa Pentadbiran Raub pada 17 April 1924.
VI
(vi) Hartanah tersebut telah dipindah milik kepada Kailasa Thevar pada 17 April 1924 dengan kebenaran Mahkamah. Seterusnya tanah berkenaan telah dipindah milik kepada Vathalai Ammal w/o Maruthamuthu Pillay pada 17 April 1924.
VII
(vii) Pada 24 Ogos 1930 Vathalai Ammal w/o Maruthamuthu Pillay telah meninggal dunia di mana Arumugam Kanthan telah dilantik sebagai wakil tanpa wasiat pada 13 Oktober 1931 dan pada 07 Mei 1935 tanah tersebut telah dipindah milik kepada Sinnasamy Letchumy (f). Pada 20 September 1940 Sinnasamy Letchumy (f) telah memindah milik tanah tersebut kepada Adaikan s/o Gopalan.
VIII
(viii) Di atas kematian Adaikan s/o Gopalan pada 9 April 1943 Surat Kuasa Mentadbir telah diperolehi oleh Letchumy d/o Sinnasamy sebagai wakil tanpa wasiat.
IX
(ix) Pada 11 Jun 1964 Letchumy d/o Sinnasamy melalui Perserahan No. 9317 telah memindah milik tanah tersebut kepada:
a
Subramaniam s/o Adekan (No. K/P: 0918307); dan
b
Sanijara Madi d/o Adekan (No. K/P: 310720-06- 5042/0918441) dalam sama bahagian.
x
Pada 01 Oktober 1970 Subramaniam s/o Adekan (No. K/P: 0918307) telah memindah milik ½ beliau atas Lot 1370 EMR 1056, Mukim Gali kepada Sandra Madi d/o Adekan (No. K/P: 310720-06-5042/0918441).
5
Plaintif dan Defendan-Defendan juga telah mencapai kata sepakat untuk isu-isu yang perlu dibicarakan oleh Mahkamah ini adalah seperti yang berikut:
i
(i)
Preamble
Menurut Warta Kerajaan No. 241 bertarikh 27 Mei 1952 adakah Defendan Pertama dan Defendan Kedua telah melakukan dan menyempurnakan sebarang pengambilan tanah?
II
(ii) Apakah arahan yang telah dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri Pahang pada 21 Januari 1958 adalah hanya “requisition for survey” iaitu 15/51C dan bukannya pengambilan tanah dan ini telah menyebabkan EMR 1056 dibatalkan pada 01 Oktober 1973?
III
(iii) Maka oleh itu apakah pengeluaran GM 464 salah di sisi undang-undang?
IV
(iv) Pada 01 Oktober 1970 adakah Subramaniam s/o Adekan (No. K/P: 0918307) telah memindah milik ½ saham beliau di atas Lot 1370 EMR 1056, Mukim Gali kepada Sandra Madi a/o Adaikan (No. K/P: 310720-06-5042/0918441)?
v
Apakah surat bertarikh 27 Oktober 2017 sahih dan betul?
VI
(vi) Apakah Seksyen 2 Public Authorities Protection Act 1948 terpakai dalam keadaan semasa?
VII
(vii) Apakah Defendan Pertama dan Defendan Kedua “owe a duty of care” kepada Plaintif?
VIII
(viii) Apakah betul dan benar bahawa Defendan Pertama dan Defendan Kedua gagal, enggan dan cuai mengikuti “reasonable standard on conduct”? Rentetan Perjalanan Kes Ini
6
6.
22
Kes ini telah mula dibicarakan pada 09.12.2022. Ia juga dibicarakan pada 21.12.2022,
12
12.2022,
08
08.02.2023,
10
10.04.2023, 25.10.2023, 25.03.2024, 29.03.2024, 24.05.2024,
27
27.05.2024, 09.08.2024, 16.08.2024, 11.10.2024, 22.11.2024,
13
13.12.2024, 27.01.2025, 19.03.2025, 14.04.2025, 17.04.2025,
23
23.06.2025 dan berakhir pada 24.06.2025. Ia juga ditetapkan untuk perbicaraan pada 07.07.2025. Pada tarikh tersebut didapati bahawa saksi-saksi pembelaan tidak hadir dan satu tarikh baharu perbicaraan dipohon namun ia telah ditolak oleh Mahkamah dan telah menetapkan keputusan pada tarikh 15.09.2025.
7
Kes ini telah difailkan pada 29.09.2019. Mahkamah Tinggi telah membenarkan permohonan pembatalan kes ini. Pihak Plaintif telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Rayuan telah memerintahkan agar kes ini dikembalikan untuk perbicaraan di Mahkamah ini yang bermula pada 09.12.2022.
8
Semasa memberi keterangan pada 09.12.2022, Plaintif menyatakan bahawa dia telah berumur 93 tahun. Kes ini telah ditangguhkan beberapa kali di atas beberapa sebab sama ada dipohon oleh pihak-pihak dan ada ditangguhkan atas keputusan Mahkamah. Ini bermakna kes ini telah mengambil masa lebih kurang 6 tahun sebelum perbicaraan selesai.
9
Tuntutan ini adalah berkaitan dengan bahagian tanah Plaintif yang dikatakan telah tidak didaftarkan oleh pihak Defendan dengan sewajarnya. Plaintif memohon agar Mahkamah memerintahkan bahawa terdapatnya kesilapan di dalam dokumen suratan hakmilik dan memohon pihak Defendan memperbetulkannya. Sementara itu pihak Defendan menyatakan bahawa tuntutan Plaintif adalah tidak wajar dibenarkan kerana segala ukuran dan keluasan yang dicatatkan adalah teratur.
10
Plaintif telah mengemukakan keterangan Warta Kerajaan yang menyatakan hasrat untuk mengambil tanah tersebut. Plaintif menyatakan bahawa pengambilan tanah itu tidak disempurnakan. Ia masih kekal sebagai cadangan pengambilan tanah. Oleh itu, sepatutnya keluasan tanah Plaintif adalah seperti sebelum pengambilan tanah itu dibuat.
11
Sebaliknya pihak Defendan menyatakan bahawa pengambilan tanah telah disempurnakan. Oleh itu keluasan tanah yang dikatakan dalam suratan hakmilik adalah baki tanah setelah ditolak pengambilan tanah tersebut.
12
Plaintif mengemukakan saksi-saksi dan dokumen-dokumen bagi membuktikan kesilapan catatan di dalam suratan hakmilik tersebut yang tidak sejajar dengan pengambilan tanah yang dibuat.
13
Sebaliknya Defendan-Defendan mengemukakan keterangan daripada pegawai dan kakitangan Pejabat Tanah Raub yang mengesahkan bahawa catatan dilakukan dalam suratan hakmilik adalah bersumberkan kepada catatan sebelum ini dan telah mengambil kira pengisytiharan pengambilan tanah yang dibuat sebelum ini.
14
Mahkamah ini mendapati bahawa terdapat suatu pemberitahuan berkenaan dengan pengambilan tanah yang dikatakan melibatkan tanah Plaintif. Penelitian kepada dokumen-dokumen mendapati terdapat pemberitahuan tersebut di dalam Warta Kerajaan Negeri Pahang bertarikh 10 Jun 1952 di Nombor 241. Gazette tersebut ditandatangani oleh Pemangku Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang Abdul Razak Hussein. Mahkamah juga mendapati bahawa cadangan pengambilan tanah tersebut dibuat di bawah Land Acquisition Enactment (Cap. 140).
15
Mahkamah ini juga mendapati terdapat satu surat atau pengesahan yang dibuat oleh Anjang Saith bin Haji Abas, Pemungut Hasil Tanah bagi Daerah Raub Pahang bertarikh 22 Jun 1953 yang menyatakan bahawa kawasan yang diambil yang melibatkan tanah EMR 1056 Lot No. 1370 Mukim Gali telah diambil sebanyak 0 a 1 r. 04 p.
16
Namun demikian Plaintif mempertikaikan berkenaan dengan pengambilan tanah tersebut disebabkan warta pengambilan atau pemakluman pengambilan tanah tersebut tidak pernah dimuktamadkan. Ini ditambah pula dengan terdapat kekeliruan dalam catatan suratan hakmilik dengan buku pengukuran tanah. Ini pada hemat Plaintif menunjukkan bahawa pengambilan tanah tersebut belum dimuktamadkan. Ia membawa maksud Plaintif adalah sepatutnya pemilik berdaftar bagi tanah 0 a. 2 r. 16 p. iaitu sebelum pengambilan tanah tersebut.
17
Oleh itu Mahkamah sewajarnya menurut Plaintif mengesahkan bahawa Plaintif adalah pemilik keseluruhan keluasan 0 a. 2 r. p. Ia membawa maksud pihak Defendan telah mengambil secara tidak sah tanah tersebut. Ini ditambah pula dengan terdapatnya catatan di dalam suratan hakmilik berkenaan dengan pemindahan hakmilik kepada Plaintif ½ bahagian daripada tanah tersebut yang dicatatkan di dalam suratan hakmilik.
18
Mahkamah juga meneliti Memorandum of Transfer yang dibuat pada 11 Jun 1964 yang melibatkan pemindahan daripada Letchumy d/o Sinnasamy kepada Subramaniam s/o Adekan dan Sanijara Madi d/o Adekan pada jumlah bahagian yang sama seperti yang terdapat di muka surat 32 Ikatan Dokumen B iaitu P3 yang pada ketika itu menunjukkan bahawa keluasan yang terlibat adalah 0 a. 2 r. 16 p. yang melibatkan tanah EMR 1370. Ini yang menyokong dakwaaan Plaintif sebenarnya tanah tersebut tidak pernah dimuktamadkan pengambilannya pada tahun 1953 kerana pada tahun 1964 tanah yang tersebut masih dicatatkan berkeluasan 0 a. 2 r. 16 p.
19
Sebaliknya pihak Defendan menyatakan bahawa telah terdapat catatan di dalam hakmilik seperti yang terdapat di muka surat 15 Ikatan Dokumen B yang menunjukkan catatan seperti berikut: “Presentation Number 2481 MISC Doc. Vol II Folio 94 Declaration of Acquisition under section 6 (1) …”
20
Selain daripada itu terdapat juga catatan Presentation Number 2697 MISC Doc. Vol III Folio 7 Declaration by Collector of Acquisition of Portion of one poles 04 poles of … land compensation yang tidak jelas kelihatan.
21
Adalah tidak dapat dinafikan bahawa pada masa itu pengambilan tanah adalah tertakluk kepada Land Acquisition Enactment (Cap. 140) sehinggalah pengenalan kepada Akta Pengambilan Tanah
1960
Apa yang jelas dalam kes ini adalah terdapatnya seolah-olah pertentangan catatan sama ada pengambilan tanah itu telah dimuktamadkan atau tidak.
22
Plaintif dalam keterangannya menyatakan bahawa dia tidak pernah menerima sebarang bayaran pampasan daripada pengambilan tanah tersebut. Oleh itu Plaintif menegaskan bahawa tiada sebarang pengambilan tanah dibuat ke atas tanah miliknya. Ini bermakna tanah tersebut sepatutnya mempunyai keluasan yang sama sebelum pengambilan tanah dilakukan yang dinafikan oleh pihak Defendan. Mahkamah juga mendapati terdapat beberapa surat yang diutuskan kepada pihak berkuasa bagi mendapatkan kepastian kedudukan pengambilan tanah tersebut. Ada di antara surat-surat tersebut yang diberikan maklum balas dan ada yang tiada sebarang maklumbalas yang diperolehi oleh Plaintif. Berdasarkan kepada surat-surat tersebut dan tiadanya pembayaran pampasan diterima oleh Plaintif, maka Plaintif berpendirian bahawa dia mempunyai tanah yang keluasannya seperti sebelum diambil oleh pihak Defendan.
23
Sementara itu pihak Defendan dalam keterangannya telah menjelaskan bahawa catatan-catatan yang dibuat dalam suratan hakmilik adalah berdasarkan kepada apa yang sebenarnya berlaku terhadap tanah tersebut. Saksi Defendan juga mengesahkan bahawa melalui dokumen-dokumen yang terdapat di Pejabat Tanah telah berlakunya pengambilan tanah ke atas tanah tersebut sehingga menyebabkan keluasannya lebih kecil daripada keluasan asal tanah tersebut. Apa yang menarik dalam kes ini adalah keterangan saksi-saksi Defendan adalah berdasarkan kepada dokumen-dokumen yang tersimpan di Pejabat Tanah Raub. Ini adalah disebabkan pihak Defendan tidak dapat mengemukakan saksi-saksi hidup yang dapat mengesahkan apakah yang sebenarnya berlaku terhadap tanah tersebut. Ia dapat difahami disebabkan pengambilan tanah tersebut telah berlaku pada masa yang silam yang tidak memungkinkan saksi-saksi tersebut hadir ke Mahkamah untuk memberikan keterangan. Ini bermakna Mahkamah perlu meneliti keterangan-keterangan saksi-saksi dan dokumen-dokumen bagi menentukan sama ada Plaintif dapat membuktikan kesnya terhadap Defendan-Defendan. Adakah Pengambilan Tanah Sah?
24
Mahkamah ini meneliti dokumen bertarikh 07 Disember 1951 di muka surat 23 Ikatan Dokumen B yang menunjukkan bahawa terdapatnya catatan di dalam suratan hakmilik bahawa sebahagian daripada tanah yang menjadi isu dalam kes ini telah dimasukkan dalam suratan hakmilik. Ia dibuat di bawah seksyen 19 (1) Land Acquisition Enactment (Cap. 140). Mahkamah mendapati bahawa seksyen 19 (1) Land Acquisition Enactment (Cap. 140) memerlukan catatan berkenaan dengan pengambilan tanah perlu dicatatkan dalam suratan hakmilik. Ini dapat dilihat di dalam P2 yang mencatatkan berkenaan dengan pengambilan tanah tersebut.
25
Namun demikian Mahkamah juga perlu mempertimbangkan hujahan pihak Plaintif yang menyatakan bahawa tanah tersebut tidak pernah diambil oleh pihak Defendan. Apa yang ada hanyalah niat untuk pengambilan tanah tersebut yang dibuat di bawah seksyen 6 Land Acquisition Enactment (Cap. 140). Namun demikian sekiranya dilihat kepada seksyen 11 Land Acquisition Enactment (Cap. 140) tersebut ia adalah berkaitan dengan inkuiri dan award yang dibuat oleh pemungut hasil tanah dan bukan sekadar niat untuk mengambil tanah tersebut. Apa yang dapat dilihat di seksyen 6 Land Acquisition Enactment (Cap. 140) tersebut telah memperuntukan bahawa sesuatu tanah boleh diisytiharkan untuk pengambilan. Seksyen 6 Land Acquisition Enactment (Cap. 140) adalah seperti berikut: “
6
6.
i
Subject to the provision of Section 3, whenever it appears to the Resident that any particular land is needed for any of the purposes specified therein, he shall make a declaration to that effect under his signature.
II
(ii) The declaration shall be published in the Gazette and shall state the district or other territorial division in which the land is situate, the particular purpose for which it is needed, it approximate area and all other particulars necessary for identifying it and if a plan has been made of the land the place and time where and when such plan may be inspected.
III
(iii) The said declaration shall be conclusive evidence that the land is needed for the purpose specified in such declaration.
IV
(iv) Upon the publication of such declaration in the Gazette the Collector of Registrar of Titles as the case may be shall make a memorial thereof upon the registered title for the land affected.”
26
Apabila pengambilan tanah dibuat bagi maksud seksyen 2 Land Acquisition Enactment (Cap. 140) tersebut maka Menteri Besar hendaklah mengarahkan pemungut hasil tanah mengambil atau melakukan prosiding pengambilan tanah. Ini bermakna pada hemat Mahkamah ini adalah tidak tepat untuk menyatakan bahawa apabila suatu deklarasi niat untuk pengambilan tanah dibuat di bawah seksyen 6 Enakmen tersebut, maka ianya tidak menyebabkan pengambilan tanah itu tidak lengkap. Ini adalah disebabkan selepas daripada pengisytiharan niat untuk pengambilan tanah tersebut proses yang seterusnya akan berjalan iaitu seperti di bawah seksyen 11 Land Acquisition Enactment (Cap. 140).
27
Penelitian dalam kes ini menunjukkan bahawa terdapat dokumen yang menunjukkan bahawa pengambilan tanah telah dibuat di bawah seksyen 11 Land Acquisition Enactment (Cap. 140) seperti yang terdapat di muka surat 14 Ikatan Dokumen B. Mahkamah ini mendapati tiada keterangan yang menunjukkan bahawa pengambilan tanah di bawah seksyen 11 Land Acquisition Enactment (Cap. 140) itu telah tidak dilakukan dengan gagal mematuhi seksyen 9 Land Acquisition Enactment (Cap. 140). Adalah sukar untuk dipertahankan bahawa pampasan yang diberikan di bawah seksyen 11 Land Acquisition Enactment (Cap. 140) tersebut boleh dibuat tanpa mematuhi kehendak seksyen 9 Land Acquisition Enactment (Cap. 140).
28
Mahkamah mendapati tiada keterangan yang dikemukakan bagi menyokong dakwaan bahawa prosedur-prosedur yang perlu dipatuhi sebelum award diberikan di bawah seksyen 11 Land Acquisition Enactment (Cap. 140) telah tidak dipatuhi. Mahkamah ini tidak boleh membuat dapatan hanya berdasarkan kepada sudut pandang pihak-pihak. Sebaliknya hendaklah berdasarkan kepada dokumen-dokumen yang menyokong dakwaan bahawa pengambilan tanah tersebut adalah tidak teratur dan ia masih di peringkat niat untuk mengambil tanah tersebut. Pada masa yang sama Mahkamah juga mendapati tiada keterangan yang menunjukkan bahawa pada bila-bila masa terdapatnya pemakluman bahawa pihak kerajaan pada masa itu telah menarik balik tindakan pengambilan tanah seperti yang diperuntukkan di bawah seksyen 49 Land Acquisition Enactment (Cap. 140) seperti yang berikut: “49. (i) The Government shall be at liberty to withdraw from the acquisition of any land of which possession has not been taken.”
29
Mahkamah ini berpendapat pengambilan tanah tidak dapat ditunjukkan oleh Plaintif sebagai tidak muktamad dan hanya merupakan niat untuk pengambilan sahaja. Ini adalah disebabkan terdapatnya pembayaran pampasan kepada seseorang. Fakta bahawa Plaintif tidak memperolehi bayaran tersebut atau tiada sebarang dokumen yang ditunjukkan kepada Defendan bahawa notis niat untuk pengambilan tanah ini telah dimuktamadkan tidak wajar dikatakan menunjukkan ia masih belum muktamad. Ini adalah disebabkan adalah tugas Plaintif untuk membuktikan tuntutannya sejajar dengan seksyen 101 Akta Keterangan 1950 yang memperuntukkan seperti yang berikut: “101 Burden of proof
1
Whoever desires any court to give judgment as to any legal right or liability, dependent on the existence of facts which he asserts, must prove that those facts exist.
2
When a person is bound to prove the existence of any fact, it is said that the burden of proof lies on that person. ILLUSTRATIONS
a
A desires a court to give judgment that B shall be punished for a crime which A says B has committed. A must prove that B has committed the crime.
b
A desires a court to give judgment that he is entitled to certain land in the possession of B by reason of facts which he asserts and which B denies to be true. A must prove the existence of those facts.”
30
Sebaliknya keterangan yang dikemukakan oleh Defendan menunjukkan terdapat catatan pada suratan hakmilik di Pejabat Tanah yang mencatatkan bahawa terdapat pengambilan tanah tersebut sehingga menyebabkan keluasan tanah tersebut lebih kecil jika dibandingkan sebelum pengambilan tanah tersebut. Mahkamah ini mendapati tiada keterangan daripada pihak Plaintif untuk menyatakan terdapat kesilapan atau frod di dalam catatan suratan hakmilik tersebut.
31
Persoalannya ialah adakah Mahkamah ini boleh memutuskan pada masa itu bahawa pemilikan atau pengambilan tanah tersebut sudah dimuktamadkan atau sebaliknya. Mahkamah ini merujuk kepada kes-kes yang melibatkan pengambilan tanah di bawah Land Acquisition Enactment (Cap. 140) bagi memahami bagaimanakah pengambilan tanah dibuat di bawah Enakmen tersebut. Ini dapat dilihat dalam kes Woo Chee Meng & Ors v The Collector of Land Ravenue, Lower Perak [1950] 1 MLJ 262 yang menunjukkan bagaimana proses pengambilan tanah di bawah Enakmen tersebut seperti yang berikut: “By a declaration published in the Gazette on the 27th October, 1949, the State Secretary, Perak, intimated that certain land in the mukim Durian Sebatang was required for the purpose of constructing a marine dockyard. On the 3rd of November, 1949, the Mentri Besar of the State instructed the Collector of Land Revenue (hereinafter referred to as the Collector), under section 7 of the Land Acquisition Enactment (hereinafter referred to as the Enactment), to acquire the land. On the 7th November, 1949, the Collector served on the registered proprietors of the said land the notice required by section 9 (iv) of the Enactment and also a requisition under section 10 (i) of the Enactment. The proprietors made no reply to the requisition and apparently the Collector took no steps to compel a reply but proceeded with the acquisition. The Collector held the enquiry required by section 11 of the Enactment on the 28th November, 1949, and it was attended by one of the registered proprietors who also represented the other two proprietors.”
32
Ia juga dapat dilihat dalam kes Semantan Estate (1952) Ltd v Collector of Land Revenue [1960] 1 MLJ 300. Dalam kes tersebut dapat dilihat bagaimana proses pengambilan tanah dibuat dan kesan kepada notis penarikan balik pengambilan tanah di bawah seksyen 49 Land Acquisition Enactment (Cap. 140) seperti yang berikut: “The Notification under section 4(i) was signed on July 19, 1956 and appeared as notice No. 401 in the Selangor Government Gazette of July 26, 1956. The declaration under section 6(i) was signed on October 20, 1956 and appeared in the Gazette as notice No. 577 on October 25, 1956. An award was made, under section 11, by the Collector on November 27, 1956. The applicants did not accept this award and on June 10, 1957 made a written application to the Collector stating their objections and requesting a reference to Court under section 22. Subsequently a notice of withdrawal from acquisition under section 49 was given by Government on January 22, 1958 in respect of 22 Acres 1 Rood 24 Poles; but by Notification No. 117 of March 6, 1958 a further acquisition was made of 60 Acres 2 Roods 27.5 Poles, with the result that the area finally acquired was 263.272 acres.”
33
Rujukan kepada kes-kes tersebut adalah bertujuan untuk melihat dan memahami bagaimana proses pengambilan tanah di buat di bawah Land Acquisition Enactment (Cap. 140) bagi membantu Mahkamah ini menimbangkan sama ada telah berlaku pengambilan tanah atau sebaliknya dalam kes ini. Mahkamah ini berpendapat berdasarkan kepada keterangan yang dikemukakan tiada sebarang keterangan yang boleh mengakaskan bahawa pengambilan tanah tersebut telah diambil yang disokong dengan catatan yang terdapat di dalam suratan hakmilik yang dikemukakan di Mahkamah. Keperluan untuk memasukkan butiran berkenaan dengan pengambilan tanah tersebut telah diperuntukkan di bawah seksyen 18 Land Acquisition Enactment (Cap. 140). Ia adalah merupakan peruntukan baharu di bawah Enakmen tersebut melalui pindaan Land Acquisition Amendment Enactment 1928. Ia adalah pindaan kepada Land Acquisition Enactment 1922 yang berkuatkuasa mulai 08 Disember 1928. Ini bermakna dengan peruntukan di bawah seksyen 18 Land Acquisition Enactment (Cap. 140) tersebut ia memberikan kewajipan kepada pendaftar hakmilik untuk memasukkan maklumat berkenaan dengan mana-mana pengambilan tanah yang dibuat. Seksyen 18 Land Acquisition Enactment (Cap. 140) memperuntukkan seperti yang berikut: “18. (i) Where the whole of the land comprised in a document of title is being acquired the Collector upon taking possession of the land under Section 16 or Section 17, shall
a
if the register document of title is kept in his office make an entry theron to the effect that the land has been acquired and has vested in the Ruler of the State, or
b
if the register document of the title is kept in the office of the Registrar or Titles give notice to the Registrar that he has taken possession of the land and the Registrar shall thereupon make a like entry.
II
(ii) As soon as may be after an entry has been made under subsection (i) the Collector shall by notice in writing served upon the person in shoes possession the issue document of title may be require him to deliver up the same, and such person shall be legally bound to deliver it. If the register document of title is kept in the office of the Registrar of Titles the Collector shall upon receipt thereof forward the issue document of title to the Registrar.
III
(iii) The Collector or Registrar as the case may be shall then cancel the documents of title.”
34
Mahkamah ini hanya boleh merungkaikan isu sama ada pengambilan tanah ini adalah sah atau tidak dengan hanya berdasarkan kepada catatan-catatan di dalam suratan hakmilik yang dikemukakan kepada Mahkamah dan juga keterangan- keterangan yang dikemukakan oleh saksi-saksi Plaintif dan Defendan terutama dari Pejabat Tanah Raub dan kakitangan Pejabat Tanah. Mereka hanya dapat mengemukakan dokumen-dokumen tersebut dan bersandarkan kepada catatan-catatan yang terdapat pada dokumen-dokumen yang tersimpan di Pejabat Tanah Raub. Mahkamah ini adalah hanya berpandukan kepada dokumen-dokumen tersebut.
35
Pada masa yang sama Mahkamah juga tidak boleh menolak dokumen-dokumen tersebut melainkan terdapat keterangan-keterangan yang dengan jelas menunjukkan bahawa terdapatnya tindakan memalsukan dokumen-dokumen tersebut dikemukakan oleh pihak Plaintif. Pada masa yang sama Mahkamah juga mengambil kira peruntukan di bawah 114 (e) Akta Keterangan 1950 yang menyatakan seperti yang berikut: “114 Court may presume existence of certain fact The court may presume the existence of any fact which it thinks likely to have happened, regard being had to the common course of natural events, human conduct, and public and private business, in their relation to the facts of the particular case. ILLUSTRATIONS The court may presume:-
a
…
b
…
c
…
d
…
e
that judicial and official acts have been regularly performed.” Iaitu berdasarkan kepada maksim omnia praesumuntur rite esse acta.
36
Mahkamah dalam kes Commissioners of The Municipality of Malacca v Sinniah [1974] 1 MLJ 77 telah memperihalkan pemakaian seksyen 114 (e) Akta Keterangan 1950 tersebut seperti yang berikut: “Apart from the presumption under section 90 there is the presumption under section 114 illustration (e). Acts of officers of the Municipality are presumed to have been regularly performed, i.e. correctly done. The Municipal officer concerned who appointed the defendant must have presumably been satisfied that the defendant was twenty five years of age in 1938. The minimum age required for recruitment was eighteen. …”
37
Pada masa yang sama Mahkamah mengambil perhatian bahawa seksyen 114 (e) Akta Keterangan 1950 adalah terpakai kepada tindakan kehakiman dan rasmi yang dilakukan secara teratur. Ini telah dinyatakan dalam kes Nurasmira Maulat Bt Abd Jaafar & Ors v Ketua Polis Negara & Ors [015] 3 MLJ 105 oleh Mahkamah Rayuan seperti yang berikkut: “[10] In addition, the learned judge had failed to consider that the defendant stands as an ordinary litigant and is not entitled to the benefit of s 114 (e) of the Evidence Act 1950 which relates to the presumption ‘that judicial and official act have been regularly performed’. The killing of the deceased has nothing to do with judicial or official act. The court should have taken into consideration that all the main witness for the defence were interested witness and no independent witness was called though the incident took place in day light and public place, etc. Further, there was evidential short coming in the case. The pleaded case of the defendant in respect of the gun was a different serial number and the gun produced in the court was another. This itself will be fatal to the defence case. There are many more short comings in the assessment of the evidence which need not be repeated as learned counsel for the plaintiffs have highlighted in the submission.”
38
Pada hemat Mahkamah dalam kes ini catatan-catatan yang dibuat di dalam suratan hakmilik adalah dilakukan semasa menjalankan tugas rasmi. Pada hemat Mahkamah pada pegawai yang membuat catatan tersebut sudah barang tentu mengambil kira ketepatan dan kepatuhan kepada undang-undang tanah ketika itu bagi memastikan catatan-catatan tersebut adalah selaras dengan kehendak undang-undang. Pada masa yang sama tiada keterangan yang dikemukakan oleh pihak Plaintif bagi menunjukkan bahawa catatan-catatan tersebut telah dibuat menyalahi peruntukan undang-undang sehingga menyebabkan Mahkamah ini tidak boleh menggunakan anggapan di bawah seksyen 114 (e) Akta Keterangan 1950 tersebut.
39
Mahkamah ini berpendapat berdasarkan keterangan saksi-saksi dan dokumen-dokumen yang dikemukakan di Mahkamah, pengambilan tanah tersebut adalah teratur.
40
Disebabkan Mahkamah mendapati bahawa pengambilan tanah tersebut adalah teratur, maka isu sama ada Defendan-Defendan telah cuai dan tidak berhati-hati menjalankan tanggungjawab kepada Plaintif. Ini adalah disebabkan catatan yang dilakukan di dalam surat hakmilik adalah berdasarkan prosedur pengambilan tanah diputuskan teratur. Defendan-Defendan hanya mencatatkannya seperti yang dikehendaki oleh undang-undang ke dalam suratan hakmilik.
41
Selain daripada itu isu-isu yang lain Mahkamah ini berpendapat ia telah ditimbangkan dan diputuskan ianya tidak lagi relevan setelah pokok utama kes ini telah diputuskan iaitu pengambilan tanah tersebut adalah sah dan teratur. Permohonan Defendan untuk membuka semula kes setelah Defendan menutup kes
42
Pada masa yang sama Mahkamah juga telah memutuskan apabila pihak Defendan telah mengemukakan permohonan untuk membuka semula kes ini akibat daripada ketiadaan seorang daripada kakitangan yang telah dikatakan tidak dapat hadir memberikan keterangan penuh dan ingin menyambung semula keterangan setelah Defendan menutup kesnya. Mahkamah telah menolak permohonan tersebut. Adalah tidak dapat dinafikan di dalam satu perbicaraan saksi-saksi adalah merupakan tonggak utama untuk membuktikan satu tuntutan atau pembelaan. Ketidakhadiran saksi-saksi akan menjejaskan pihak-pihak. Oleh yang demikian saksi-saksi yang sepatutnya dikemukakan oleh pihak-pihak hendaklah dihadirkan semasa perbicaraan. Oleh itu terdapat tindakan untuk memohon sepina bagi memastikan kehadiran saksi-saksi tersebut. Mahkamah berpendapat apabila sesuatu tarikh perbicaraan ditetapkan maka pihak-pihak adalah diharapkan dapat menyediakan saksi-saksi dan keterangan-keterangan yang dikemukakan.
43
Adalah tidak dapat dinafikan bahawa Mahkamah boleh mempertimbangkan penangguhan sesuatu kes pada tarikh yang telah ditetapkan. Ini dapat dilihat di bawah Aturan 35 kaedah 3 KKM 2012 memperuntukkan seperti yang berikut: “3. Penangguhan perbicaraan (A. 35 k. 3) Tertakluk kepada peruntukan Kaedah-Kaedah ini, Hakim boleh, sekiranya difikirkannya suai manfaat bagi kepentingan keadilan, menangguhkan perbicaraan tidak lebih daripada tiga kali, melainkan jika hal keadaan menghendaki selainnya, dan atas apa-apa terma, sekiranya ada, sebagaimana yang difikirkannya patut.”
44
Pertimbangan untuk satu penangguhan dijelaskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Go Pak Hoong Tractor And Building Construction v Syarikat Pasir Perdana [1982] 1 MLJ 77 dan Hup San Timber Trading Co Sdn Bhd v Tan Ah Lan [1979] 1 MLJ 238.
45
Oleh yang demikian pada 07.07.2025 permohonan penangguhan tidak dibenarkan oleh Mahkamah disebabkan alasan penanggguhan tersebut tidak dapat diterima oleh Mahkamah apabila saksi tersebut tidak dapat hadir kerana terlibat dalam sukan jabatan. Pada hemat Mahkamah ini bukanlah satu alasan yang mewajarkan penangguhan diberikan berdasarkan kepada kedudukan kes ini yang telah lama difailkan oleh Plaintif dan saksi Defendan Ke-4 ini telah memberikan keterangan pada 24.06.2025 dan telah mengemukakan pernyataan saksi yang ditandakan sebagai PSSD4.
46
Persoalannya sekarang dalam kes ini ialah adakah wajar pada peringkat ini Mahkamah ini menggunakan bidang kuasa sedia ada bagi membuka semula kes Defendan setelah saksi-saksi Defendan memberikan keterangan dan saksi Defendan Ke-4 ini telah memberikan pernyataan saksinya. Mahkamah ini berpendapat apabila seseorang saksi telah ditetapkan untuk memberikan keterangan dia hendaklah memberikan keutamaan untuk hadir ke Mahkamah. Saksi yang tidak hadir dalam kes ini adalah seorang pegawai awam yang sepatutnya memberi keutamaan kepada perbicaraan di Mahkaman ini.
47
Mahkamah memutuskan bahawa penangguhan tidak dibenarkan dan pembukaan semula kes oleh pihak Defendan juga tidak dibenarkan. Oleh kerana itu Mahkamah dalam memutuskan kes ini hanyalah berdasarkan keterangan-keterangan saksi-saksi Plaintif dan Defendan-Defendan yang telah memberikan keterangan dan dokumen-dokumen yang dikemukakan di hadapan Mahkamah.
48
Akhirnya, Mahkamah ini berpendapat setelah meneliti keterangan-keterangan dan eksibit-eksibit yang dikemukakan, Mahkamah berpendapat bahawa tuntutan Plaintif ditolak dengan kos RM 10,000.00 tertakluk kepada alokator. Bertarikh : 07 hb. Januari 2026 (ROSLAN BIN MAT NOR) HAKIM MAHKAMAH TINGGI MALAYA TEMERLOH, PAHANG DARUL MAKMUR Peguam Bagi Pihak Plaintif : R. Kengadharan Tetuan R. Kengadharan & Co. Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan Peguam Bagi Pihak Defendan-Defendan : Fatin Nadhira binti Kasim Pejabat Penasihat Undang-undang Negeri Pahang Kuantan, Pahang Darul Makmur
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.