(vi) setelah kelulusan diberikan oleh Pihak Berkuasa Negeri, Defendan Kedua diperintahkan untuk menandatangani dokumen-dokumen berkaitan termasuk Borang 14A untuk diserahkan kepada Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Puteh bagi tindakan mendaftar bahagian pemilik-pemilik baharu. [31] Tuntutan untuk gantirugi am dan khas oleh Plaintif ditolak kerana tiada keterangan dikemukakan semasa perbicaraan bagi menunjukan sedemikian. [32] Mahkamah mengawardkan kos bagi perbicaraan ini sebanyak RM12,000 kepada Plaintif dan tertakluk kepada 4% alokatur. 12 [33] Tuntutan balas oleh Defendan-Defendan. Berdasarkan pada keterangan-keterangan dan alasan-alasan yang saya berikan dalam tindakan ini dan atas imbangan kebarangkalian, saya menolak tuntutan balas Defendan-Defendan. Bertarikh: 15 November 2021. (ROSLAN BIN HAJI ABU BAKAR) Hakim Mahkamah Tinggi Kota Bharu. 13 PIHAK-PIHAK: Bagi pihak Plaintif: Noradilah bt Othman, Tetuan Fauzana Nurihan & Harwani, Lot No 43F, Jalan Kasturi, Taman Uda Murni, 15400 Kota Bharu, Kelantan. Bagi pihak Defendan: Mohd Nasir bin Abdullah, Tetuan Mohd Nasir & Co, PT 311-T1, Wisma Jaza, Seksyen 22, Jalan Kuala Krai 15200 Kota Bharu, Kelantan.