Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET JENAYAH 13 (TRAFIK) DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR NO KES : WA-83-8794-12/2021 ANTARA PENDAKWA RAYA LAWAN SANJAY KUMAR A/L SELVAKUMARU [NO K/P:780228-05-5375]
WA-83-8794-12/2021
Magistrates Court of Malaysia16 May 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET JENAYAH 13 (TRAFIK) DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR NO KES : WA-83-8794-12/2021 ANTARA PENDAKWA RAYA LAWAN SANJAY KUMAR A/L SELVAKUMARU [NO K/P:780228-05-5375]
1
Ini adalah Alasan Penghakiman yang telah disediakan bagi rayuan oleh pihak Pendakwaan ke atas keputusan Tertuduh dilepaskan dan dibebaskan di akhir kes pendakwaan.
2
Tertuduh di dalam kes ini telah dituduh dan dibicarakan atas pertuduhan di bawah seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
3
Dilampirkan pertuduhan ke atas tertuduh: Bahawa kamu pada 3.11.2021 jam lebih kurang 0010 hrs di Jalan Damansara Link dari arah Sprint Highway ke arah Bangsar dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebagai pemandu kenderaan no pendaftaran NDB 9922 telah memandu kenderaan jenis BMW di mana kandungan alkohol di dalam badan kamu didapati sebanyak 315 mg dalam 100 ml darah iaitu lebih 265 mg alcohol daripada had yang ditetapkan iaitu 50 mg alcohol dalam 100 ml darah. Oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (pindaan 2020). Hukuman: Penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun dan denda tidak kurang RM10,000 dan tidak melebihi RM30,000 dan hilang kelayakan daripada memegang atau mendapatkan lesen memandu selama tempoh tidak kurang daripada dua tahun dari tarikh sabitan.
4
Pendakwaan telah mengemukakan seramai tujuh (7) orang saksi pendakwaan iaitu: SAKSI NAMA PERANAN SP1 Kpl Khairul Azreen bin Khozen Jurugambar SP2 Kpl Shazrul Izham bin Abdul malek Anggota Penahan SP3 Kpl Mohd Khairul Nizam bin Redzuan Pengadu/Anggota Operasi SP4 Noor Hidaya binti Abdul Nasri Pegawai SIRIM SP5 Sjn Jasni bin Ismail Anggota yang membawa Tertuduh pulang ke balai SP6 Insp Mohd Hafiz Hafizul bin Mohd Khaidir Pegawai Hembusan
5
Di akhir kes pendakwaan, Mahkamah ini telah mendapati pihak pendakwaan telah gagal membuktikan satu kes prima facie ke atas Tertuduh dan Tertuduh telah dilepaskan dan dibebaskan dari pertuduhan pada 16.5.2025.
6
Fakta ringkas bagi kes ini adalah pada 3.11.2021 jam 0010 hrs, Kpl Shazrul Izham bin Abdul Malek (SP2) sebagai anggota bahagian penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur telah menahan sebuah motokar jenis BMW dengan no pendaftaran NDB 9922 di Jalan Damansara Link dari arah Jalan Sprint Highway menghala ke Jalan Bangsar.
7
Kereta tersebut dipandu oleh seorang lelaki India bernama Sanjay Kumar A/L Selvakumaru (No. Kad Pengenalan 780828-05-5375) (selepas ini dirujuk sebagai “Tertuduh”) kerana dipercayai di bawah pengaruh alkohol. Kpl Jasni bin Ismail (SP5) telah membawa pulang Tertuduh ke Balai Polis Trafik Tun H.S Lee bagi ujian pernafasan
8
Hasil ujian pernafasan menggunakan mesin EBA yang dijalankan oleh Insp Mohd Hafiz Hafizul bin Mohd Khaidir (SP6) mendapati bahawa kandungan alcohol dalam darah Tertudh adalah 315 mg/100 ml darah iaitu 265 mg/100 ml melebihi had yang dibenarkan.
9
Tertuduh telah dituduh di Mahkamah Majistret Jenayah 13 (Trafik) pada 15.12.2021 bagi pertuduhan di bawah Seksyen 45A Akta Pengangkutan Jalan 1987.
10
10.
Preamble
Menurut Seksyen 173(f)(i) Kanun Tatacara Jenayah (KTJ), apabila kes bagi pihak pendakwaan ditutup, Mahkamah hendaklah menimbangkan sama ada pendakwaan telah membuktikan suatu kes prima facie terhadap tertuduh. Dalam menjelaskan maksud kes prima facie, Mahkamah telah memutuskan dalam kes PP v Khee Thuan Giap [2017] 1 LNS 1838 seperti berikut: - “… A prima facie case is made out against the accused where the prosecution has adduced credible evidence proving each ingredient of the offence which if unrebutted or unexplained would warrant a conviction. Based on the established principle of law, before the Court can rule that a prima facie case has been made out, a maximum evaluation of the credibility of the witnesses must be done at the close of the case for the prosecution … [15] Maximum evaluation means the assessment process for the essential purpose of analysing the credibility and reliability as well as trustworthiness of the evidence of the prosecution. Credible evidence is evidence which had been filtered and which had gone through the process of evaluation and any evidence which is not safe to be acted upon should be rejected (see PP v. Ong Cheng Heong [1998] 4 CLJ 209). Thus, what is required by a trial Court is to test the evidence of a witness from all angles as well as its reliability and credibility by considering the entire evidence placed before the Court. The evidence must not be accepted at face value but must be tested and evaluated before reliance can be placed on each piece of evidence adduced. Further, the trial Court has the duty to consider the evidence which favours the defence. This requires a consideration of the existence of any reasonable doubt in the case for the prosecution and if there is any such doubt, there can be no prima facie case (Balachandran v. PP (supra)). [16] The above principle of law on maximum evaluation should be read together with the principle relating to judicial appreciation of evidence which is set out in the following words of Gopal Sri Ram JCA in Lee Ing Chin & Ors v. Gan Yook Chin & Anor [2003] 2 CLJ 19;; [2003] 2 MLJ 97. A trier of fact who makes findings based purely upon the demeanour of a witness without undertaking a critical analysis of that witness’s evidence, runs the risk of having his findings corrected on appeal. It does not matter whether the issue for decision is one that arises in a civil or criminal case, the approach to judicial appreciation of evidence is the same.”
11
Mahkamah dalam memutuskan sama ada pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes prima facie terhadap tertuduh, Mahkamah bertanggungjawab mempertimbangkan keterangan kes pendakwaan dengan memberikannya satu penilaian yang maksima. Seterusnya, Mahkamah perlu mengutarakan persoalan muktamad berikut: Jika Mahkamah membuat keputusan untuk memerintahkan tertuduh membela diri dan tertuduh memilih untuk berdiam diri, adakah Mahkamah bersedia untuk mensabitkan tertuduh dengan kesalahan berdasarkann keseluruhan keterangan yang telah dikemukakan oleh pendakwaan. Jika jawapan bagi persoalan ini adalah "Ya", maka tertuduh mestilah diperintahkan untuk membela diri. Jika jawapan bagi persoalan ini adalah "Tidak", maka kes prima facie adalah tidak berjaya dibuktikan dan tertuduh hendaklah dilepas dan dibebaskan tanpa dipanggil untuk membela diri. (Rujuk kes-kes: Mat v. Public Prosecutor [1963] 1 LNS 82; [1963] MLJ 263, Balachandran v. PP [2005] 1 CLJ 85; [2005] 2 MLJ 301; [2004] 2 MLRA 547; [2005] 1 AMR 321 FC).
12
Justeru, dalam membuat penilaian maksimum ke atas semua keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan, Mahkamah perlu menentukan sama ada elemen-elemen bagi kesalahan di bawah Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 telahpun berjaya dipenuhi oleh pihak Pendakwaan atau tidak.
13
Mahkamah ini akan mengulas berkenaan kegagalan pihak pendakwaan untuk memenuhi setiap elemen tersebut di bawah ini. ELEMEN-ELEMEN PERTUDUHAN Intipati pertama: Tertuduh adalah pemandu motokar yang mempunyai jagaan dan kawalan terhadap motokar pada masa material.
14
Elemen ini telah dipenuhi kerana keterangan bahawa Tertuduh sebagai pemandu motokar jenis BMW no pendaftaran NDB 9922 yang berada di Jalan Damansara Link, Kuala Lumpur pada 3.11.2021 jam lebih kurang 0100 pagi tidak dicabar oleh pihak pembelaan semasa pemeriksaan balas. Intipati kedua: Kandungan alkohol di dalam badan Tertuduh melebihi had yang dibenarkan.
15
Mahkamah juga berpandangan elemen kedua ini dipenuhi kerana slip EBA eksibit tandaan P3(a) dan P3(b) telah dikemukakan melalui keterangan Pegawai Hembusan (SP6) dan keputusaanya adalah 315mg.
16
Keputusan ini menunjukkan kandungan alkohol di dalam badan Tertuduh melebihi kadar 265mg. Intipati ketiga: Ujian pengadaan spesimen nafas bagi analisa yang dijalankan ke atas Tertuduh hendaklah mematuhi peruntukkan seksyen 45C(1)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Kaedah-kaedah Kenderaan Motor (Ujian Nafas, Darah dan Air Kencing) 1995 [PU(A) 227/1995]
17
Semasa saya memberikan keputusan di akhir pendakwaan pada 16.5.2025, saya telah melepaskan dan membebaskan Tertuduh berdasarkan tiga alasan yang berikut: a) Terdapat ketidakpatuhan Prosedur di bawah Item 4, Jadual Pertama, Kaedah 4 Kaedah-kaedah Kenderaan Motor (Ujian Nafas, Darah dan Air Kencing) 1995 (selepas ini dirujuk sebagai Kaedah 1995) di mana, SP6 gagal memaklumkan kepada Tertuduh keperluan Tertuduh untuk memberikan 2 specimen. Mahkamah bersetuju dengan pembelaan bahawa keperluan memberikan hembusan yang Panjang dan keperluan memberikan dua specimen pernafasan adalah dua perkara yang berbeza. b) Kedua, terdapat ketidakpatuhan Prosedur di Item 5(i) Jadual Pertama Kaedah 4, Kaedah 1995 di mana SP6 gagal membuktikan sebelum hembusan pertama dibuat corong mulut telah ditukar. SP6 hanya menyatakan corong mulut ditukar sebelum hembusan kedua dimulakan. c) Ketiga, terdapat ketidakpatuhan Prosedur di Item 5(iii) & 5(v) Jadual Pertama Kaedah 1995 yang menghendaki selepas ujian hembusan pertama dan ujian hembusan kedua perlu membuat catatan bertulis. SP6 ada memaklumkan keputusan bacaan namun gagal membuat apa apa catatan ujian hembusan pertama dan ujian hembusan kedua.
18
18.Mahkamah ini telah merujuk kepada satu kes Mahkamah Tinggi iaitu KANNAN LETCHUMANAN V PP [2024] 8 CLJ 486, di mana pada perenggan 4, Mahkamah Tinggi memutuskan seperti berikut: “Section 45C(1) of the Act must be declared as mandatory. PW4, after receiving the appellant from PW3, did not comply with the mandatory provision of s. 45C(1), resulting in a miscarriage of justice. The preliminary test conducted by PW3 under s. 45B(1) was insufficient to prove the offence under s. 45A(1) as the mandatory provision of s. 45C(1) was entirely disregarded. The appellant was deprived of the procedural law, which required him to provide two breath specimens for analysis under s. 45(1)(a). He was also denied the procedural safeguards made under the Motor Vehicles (Breath, Blood and Urine Tests) Rules 1995 (‘BBUT Rules’). The appellant was not given a fair trial and had lost a fair chance of being acquitted, which was reasonably open to him. The failure to strictly observe the provision of s. 45C(1) and the BBUT Rules and to adduce cogent evidence against the appellant, on the prescribed limit of alcohol in the appellant’s body, based on two breath specimens, meant that the prosecution failed to prove the offence against the appellant beyond reasonable doubt. The conviction against the appellant by the Magistrate was unsafe”.
19
19.Walaubagaimanpun, kes yang dirujuk tersebut telah dirayu ke Mahkamah Rayuan oleh pihak pendakwaan, no kes adalah A-09-133- 05/2024, Pendakwa Raya lawan Kannan Letchumanan. Pada 17.6.2025, Mahkamah Rayuan telah mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi tersebut dan mengekalkan sabitan Responden. Mahkamah Rayuan menyatakan seperti berikut: “[69] For this reason, we find that the High Court fell into error and was plainly wrong to have read words into the RTA — that the breath test under section 45B was an “initial breath test” and that the breath test, or blood or urine test under section 45C is mandatory if the “initial breath test” under section 45B was “positive” — when no such words are stated in the said sections RTA. [70] Further, we find that the High Court was plainly wrong to hold based on Rule 4 of the BBU Test Rules that a police officer is under a legal duty to procure two specimens of breath for the breath test under section 45B(1) RTA. Rule 4 of the BBU Test Rules expressly state that the procedures in the First Schedule of the BBU Test Rules are applicable for breath tests conducted under section 45C RTA. Nowhere does it state that it is applicable for breath tests conducted under section 45B RTA. Similar to what it did with sections 45B and 45C RTA, the High Court had read words into the BBU Test Rules where none exist.”
20
Kes di hadapan mahkamah ini adalah tertakluk di bawah seksyen 45B Akta Pengangkutan Jalan 1987. Mahkamah berpandangan memandangkan Seksyen 45C Akta Pengangkutan Jalan 1987 tidak terpakai, maka pematuhan prosedur pengambilan ujian nafas dalam
Schedule
Jadual Pertama, Kaedah 4 Kaedah-kaedah Kenderaan Motor (Ujian Nafas, Darah dan Air Kencing) 1995 adalah tidak terpakai. 21. Mahkamah mendapati elemen yang harus dipenuhi hanya melibatkan elemen pertama dan elemen kedua seperti yang dinyatakan di atas. Justeru, pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima faice terhadap Tertuduh. 22. ISU YANG DIBANGKITKAN PEMBELAAN Pihak pembelaan telah membangkitkan dua isu iaitu (i) ketidakpatuhan terhadap prosedur pengambilan ujian nafas dalam Jadual Pertama, Kaedah 4 Kaedah-kaedah Kenderaan Motor (Ujian Nafas, Darah dan Air Kencing) 1995 dan (ii) hal keadaan butiran dalam Slip EBA/Rekod Ujian Hembusan (P3) yang kabur, tidak boleh dibaca dan mengelirukan telah menyebabkan kesan prejudis kepada OKT. 23. Mahkamah telah menjawab isu di bahagian initipati ketiga pertuduhan dan kini menjawab isu kedua yang dibangkitkan. Mahkamah bersetuju dengan hujahan bertulis pendakwaan bahawa bacaan yang relevan kepada pertuduhan masih tertera dan dapat dilihat dengan jelas. Dengan merujuk eksibit P3B salinan Rekod Ujian Hembusan, nama OKT dan keputusan315mg/100ml adalah dapat dibaca. 24. Mahkamah juga mendapati eksibit P3A dan P3B hanyalah satu keterangan sokongan kerana SP3 telah memberikan keterangan secara lisan berkenaan keputusan bacaan alkohol. Mahkamah menerima pakai eksibit P3B sebagai keterangan sekunder di bawah Seksyen 63(b) Akta Keterangan dibaca bersama Seksyen 65 Akta Keterangan. 25. PENUTUP Dengan adanya perkembangan kes dari Mahkamah Rayuan terhadap kes PP v Kannan Letchumanan no kes A-09-133-05/2024, saya mohon agar Mahkamah Tinggi mengakas keputusan saya yang telah melepaskan dan membebaskan Tertuduh di akhir kes pendakwaan dan memanggil Tertuduh untuk membela diri. 26.Walaubagaimanapun, saya dengan rendah diri memohon pertimbangan Mahkamah Tinggi Yang Mulia terhadap keputusan ini. (KHAIRUNNISAK BINTI HASSNI) Majistret Mahkamah Majistret Kuala Lumpur Bertarikh: 23 Ogos 2025 Timbalan Pendakwa Raya: TPR NUR BATRISYIA BINTI RAZIB JABATAN PEGUAM NEGARA CAWANGAN KUALA LUMPUR Peguambela Tertuduh: TETUAN ISHRAKH SAAD & CO 58 JALAN BM 6/10A BANDAR BUKIT MAHKOTA, 43000 KAJANG, SELANGOR
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.