Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KLANG DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN GUAMAN SIVIL NO: BL-24NCvC-148-10/2024 ANTARA SARAF BIN MARU PLAINTIF DAN KHATAMMI DEVELOPMENT SDN BHD DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN Ini adalah permohonan Plaintif untuk perintah-perintah berikut: i. Kaveat persendirian yang didaftarkan di bawah No. Perserahan: 01B8833/2023 (“Kaveat tersebut”) atas tanah hak milik yang dipegang di bawah Hakmilik PM 1039, Lot No. 23682, Mukim Kapar, Tempat Kampung Bukit Kapar, Daerah Klang, Selangor (“Tanah tersebut”) dibatalkan; 17/06/2025 08:58:06 BL-24NCvC-148-10/2024 Kand. 29 S/N 3Bd/vgaNSk6fS1l03Jh0Sg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 2 ii. Defendan membuat segala yang perlu untuk memastikan bahawa pengindorsan kaveat persendirian atas dokumen hakmilik tanah tersebut dikeluarkan dengan segera dalam masa 7 hari dari tarikh perintah; iii. Defendan dam/atau pengarahnya dan/atau wakilnya dihalang daripada memasukkan dan/atau mengekalkan sebarang kaveat atas tanah tersebut; iv. Defendan adalah bertanggungan untuk membayar Plaintif gantirugi am dan taladan yang akan ditaksirkan oleh Mahkamah berkaitan dengan kewujudan Kaveat Persendirian Defendan atas tanah tersebut; v. Defendan membayar Plaintif faedah pada kadar 5% setahun atas jumlah gantirugi am dan gantirugi teladan yang akan ditaksirkan oleh Mahkamah; vi. Kos berkenaan dengan pembatalan kaveat persendirian Defendan atas tanah tersebut ditanggung oleh Defendan. S/N 3Bd/vgaNSk6fS1l03Jh0Sg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 3 A. LATAR BELAKANG [1] Plaintif adalah pemilik tanah yang dikenali sebagai PM 1039, Lot No. 23682, Mukim Kapar, tempat Kampung Bukit Kapar, Klang, Selangor dengan keluasan 1.889 hektar (tanah tersebut).