Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KUALA LUMPUR (BAHAGIAN SIVIL) GUAMAN NO. WA – A53-41-11/2024 ANTARA SARAL A/P KERUSSNAN (No. KP: 880121-05-5250) …PLAINTIF DAN KABINA A/P LEVAN ...DEFENDAN (Membawa Amalan Undang-Undang Atas Nama Kabina Levan & Co)
WA-A53-41-11/2024
Sessions Court of Malaysia22 Jul 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“Another way of putting it is that self induced frustration is no frustration. See Dato Yap Peng & Ors v Public Bank Bhd & Ors [1997] 3 MLJ 484. [27] In Maritime National Fish Ltd v Ocean Trawlers Ltd [1935] AC 524 the Privy Council held at p 530 that: S/N Pj1fJVZD/0qcVGMaIILoEg **Note : Serial number will be used to ve”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KUALA LUMPUR (BAHAGIAN SIVIL) GUAMAN NO. WA – A53-41-11/2024 ANTARA SARAL A/P KERUSSNAN (No. KP: 880121-05-5250) …PLAINTIF DAN KABINA A/P LEVAN ...DEFENDAN (Membawa Amalan Undang-Undang Atas Nama Kabina Levan & Co)
Lampiran
Lampiran 12 PENGENALAN [1] Plaintif membuat tuntutan terhadap defendan berdasarkan kausa tindakan frod, penipuan, kecuaian dan perlanggaran tugas kontrak, berkanun dan kewajipan lain defendan di dalam hubungan peguam dan anak guam. [2] Di dalam kes ini defendan adalah peguam yang dilantik oleh plaintif untuk membuat tuntutan kecuaian perubatan terhadap Hospital Pantai dan Doktor Ivan berasaskan kausa kecuaian perubatan yang telah berlaku pada tahun 2016. [3] Pada tahun 2017 iaitu setelah plaintif menerima rawatan daripada Dr. Ivan di Hospital Pantai, Plaintif turut mendapatkan khidmat doktor-doktor lain di hospital-hospital lain termasuk Hospital Asia Colombia-Cheras, Hospital KPJ Ampang Puteri dan Prince Court Medical Centre Sdn Bhd untuk mendapatkan pengesahan berkenaan diagnosis dan prosedur perubatan yang telah dilakukan oleh Dr. Ivan ke atasnya. [4] Plaintif melantik defendan sebagai peguam cara untuk membuat tuntutan pampasan ganti rugi bagi segala kesakitan dan kesengsaraan yang dialami oleh Plaintif berikutan prosedur perubatan yang didakwa dijalankan secara salah. [5] Dalam kes ini, Plaintif memohon perisytiharan bahawa defendan telah melanggar waran untuk bertindak, ganti rugi am dan khas, ganti rugi teladan, faedah dan kos serta lain-lain relif. [6] Saya telah membatalkan Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan bertarikh 25.11.2024 terhadap Defendan tanpa kebebasan untuk memfailkan semula atas permohonan oleh Defendan menurut Aturan 18 Kaedah 19(1)(b) dan/atau (c) dan/atau (d) dan/atau Aturan 92 Kaedah 4 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012. LATAR BELAKANG [7] Selepas pelantikan sebagai Peguam cara Plaintif, pada 16.11.2018, Defendan telah menyediakan deraf notis tuntutan kepada Hospital Pantai dan Dr. Ivan dan deraf tersebut telah diemelkan kepada Plaintif. [8] Perkhidmatan Defendan telah ditamatkan oleh Plaintif pada 07.12.2018 di mana Plaintif telah hadir ke pejabat Bekas Firma Defendan sekitar jam 11.35 pagi [9] Seterusnya, pada hari yang sama, Plaintif telah menghantar e-mel kepada Defendan dan Encik Gurmukh bagi menamatkan perkhidmatan guaman serta-merta. Melalui e-mel bertarikh 07.12.2018 tersebut juga, Plaintif telah mengesahkan bahawa kesemua bayaran Invois tersebut telah dijelaskan dan meminta Defendan mengeluarkan resit bayaran. [10] E-mail plaintif adalah seperti berikut: Dear All, My family has made the decision to discharge both the counsel and solicitor services with immediate effect. The full sum of RM9300 has been fully settled based on the invoice given. Please do send me a receipt for the settlement. I had meeting with Ms Kabina today. I have taken back all the documents and pen drive The only document given to her are a Medical Report from Dr Ivan and 3 other opinions from other specialist from 3 different hospitals. The meeting today wsan’t pleasant. Therefore to Ms Kabina please don’t take it to your heart. Imagine being in my shoe who have lost everything in life. It is a frustration to the core. Thank you for your time and effort Regards Saral [11] Bayaran telah dilakukan oleh Plaintif secara berperingkat. Bayaran terakhir Invois tersebut berjumlah RM2,300.00 telah di buat pada 07.12.2018 kira-kira jam 10.18 pagi pada hari penamatan defendan. Resit bayaran telah dikeluarkan oleh bekas firma defendan kepada plaintif seperti diminta. FAKTA-FAKTA DIPERSETUJUI [13] Pada 24.4.2018 Plaintif dan abangnya Timothy A/L Kerussnan bertemu dengan Defendan dan Encik Gurmukh Singh A/L Somukh Singh untuk perbincangan awal. Plaintif menandatangani waran untuk bertindak bagi saman kecuaian perubatan terhadap Hospital Pantai, Ampang. Plaintif bersetuju untuk melantik Encik Gurmukh sebagai peguam bersama dalam perkara itu. [14] Pada 13.6.2018 Plaintif dan keluarganya telah berjumpa dengan Defendan dan Gurmukh untuk perbincangan. [15] Pada 3.9.2018 firma guaman Defendan berpindah kepada Suit 20, 1B-15, Block 1B, Level 15, Plaza Sentral, Jalan Stesen Sentral 5, 50470 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan. [16] Plaintif telah membuat beberapa bayaran sebagai sebahagian daripada yuran guaman untuk sejumlah RM9,300 kepada firma guaman Defendan seperti jadual di bawah: TARIKH 30. RM 4.2018 1000 15.5.2018 2000 19.5.2018 2000 26.7.2018 2000 7.12.2018 2300 [17] Plaintif dan/atau ahli keluarga bertemu dengan Defendan dan/atau Gurmukh pada 24.4.2018, 13.6.2018, 27.7.2018, 3.10.2018 dan 7.12.2018. [18] Pada 3.10.2018 Plaintif dan/atau keluarganya telah berjumpa dengan Defendan dan Gurmukh untuk menandatangani borang kebenaran untuk memulakan perolehan rekod perubatan dan laporan perubatan daripada semua hospital. [19] Pada 5.10.2018 Defendan telah menghantar surat kepada Pusat Perubatan Prince Court, KPJ Ampang Puteri dan Hospital Columbia Asia Cheras untuk memohon laporan perubatan melalui pos biasa. [20] Pada 30.10.2018 Defendan dan Plaintif telah berkomunikasi melalui e-mel mengenai perkara di bawah: a. Plaintif memaklumkan Defendan mengenai ketidaksetujuannya dalam mengambil tindakan undang-undang terhadap American Express (M) Sdn Bhd (“AMEX”) bekas majikannya dan seterusnya tidak bersetuju untuk menjadikan Hospital Pantai Ampang sebagai pihak ketiga; b. Defendan telah mencatatkan pendirian Plaintif mengenai perkara ini; dan c. Plaintif meminta nilai ganti rugi. [21] Pada 12.11.2018 Defendan dan Plaintif telah berkomunikasi melalui e-mel mengenai perkara di bawah: a. Defendan menghantar invois no 001 kepada Plaintif untuk meminta bayaran fi guaman; b. Defendan melalui surat bertarikh 12.11.2018 menasihati Plaintif berikutan pendirian Plaintif pada 30.10.2018 saman itu adalah mengenai tuntutan kecuaian perubatan dan ianya terhadap Hospital Pantai Indah Sdn Bhd (“Hospital Pantai”) dan Dr Ivan Randal Ranatunga (“Dr Ivan”); c. AMEX telah dikecualikan kerana kegagalan menyediakan persekitaran kerja yang selamat dan kondusif; d. Defendan telah mengambil kira semua pembayaran yang di buat oleh Plaintif sebelum pengeluaran invois no 001 bertarikh 12.11.2018; dan e. Defendan seterusnya menasihati Plaintif bahawa beliau belum menerima sebarang laporan perubatan daripada Columbia Asia Hospital-Cheras, Pusat Perubatan Prince Court dan KPJ Ampang Puteri setakat 12.11.2018. [22] Pada 16.11.2018 Defendan dan Plaintif telah berkomunikasi melalui e-mel mengenai perkara di bawah: a. Plaintif menuntut deraf surat tuntutan (“deraf ST”); b. Defendan menghantar deraf ST kepada Plaintif; c. Defendan meminta Plaintif mengesahkan ketepatan fakta dan membantunya di bahagian yang ditonjolkan; dan d. Plaintif meminta nilai ganti rugi kewangan. [23] Pada 19.11.2018 Defendan dan Plaintif telah berkomunikasi melalui e-mel mengenai perkara di bawah: a. Defendan menasihati Plaintif bahawa mereka hanya boleh menasihati jumlah anggaran / nilai untuk ganti rugi pada peringkat itu bergantung kepada beberapa faktor seperti laporan perubatan dari hospital lain yang telah diminta oleh Defendan, slip gaji terakhir dikeluarkan dan sebab penamatan kerja; b. Defendan meminta pembayaran gaji terakhir Plaintif untuk menganggarkan ganti rugi; c. Defendan menasihatkan Plaintif bahawa untuk Surat Tuntutan pertama (“ST”) mereka akan mendapatkan Hospital Pantai dan Dr Ivan (sekiranya mereka mengaku liabiliti dan memang mencadangkan penyelesaian) untuk mencadangkan penyelesaian. Jika angka itu tidak boleh diterima maka permintaan balas akan di buat; dan d. Defendan meminta Plaintif membalas balik deraf ST. [24] Pada 20.11.2018 Defendan dan Plaintif telah berkomunikasi melalui e-mel mengenai perkara di bawah: a. Plaintif meminta Defendan tidak menghantar ST keluar; b. Plaintif meminta pertemuan dengan Defendan dan Gurmukh; dan c. Plaintif menasihati Defendan dan Gurmukh gaji terakhir yang diterima adalah sebanyak RM4338.00. 15. Pada 26.11.2018 Plaintif melalui e-mel meminta kuantum ganti rugi. [25] Pada 27.11.2018 Defendan, Gurmukh dan Plaintif telah berkomunikasi melalui e-mel mengenai perkara di bawah: a. Gurmukh menasihatkan Defendan untuk mengadakan mesyuarat pada 5.12.2018 memandangkan mesyuarat terdahulu tidak menjadi kenyataan; b. Gurmukh menasihatkan perlu menangani sebarang isu yang belum selesai dan/atau berkaitan saman itu; c. Gurmukh dan Defendan perlu memastikan semua dokumen yang berkaitan dan penting diberikan kepada mereka; d. Semua pihak bersetuju untuk bertemu pada 5.12.2018; e. Plaintif meminta kuantum ganti rugi (anggaran); f. Plaintif menasihati Gurmukh dan Defendan bahawa mereka perlu menyemak dokumen sebelum menghantar ST; dan g. Gurmukh menasihatkan Plaintif untuk membawa slip gaji 6 bulan sebelum penamatan kerjanya untuk memberitahu jumlah anggaran ganti rugi. [26] Pada 7.12.2018 Plaintif telah menamatkan perkhidmatan Kabina & Gurmukh dan meminta resit bayaran untuk bayaran yang telah dibayar kepada Defendan. [27] Seperti yang diminta, Defendan mengeluarkan resit bayaran kepada Plaintif untuk penyelesaian penuh invois Defendan. Analisa dan Dapatan [28] Plaintif tidak pernah mempersoalkan butirannya dan/ataupun jumlahnya jelas membuktikan apa-apa alegasi yang dibangkitkan oleh Plaintif dalam prosiding ini berkenaan Invois tersebut adalah satu pemikiran kemudian (afterthought) semata-mata. Saya mendapati bahawa prinsip estopel terpakai dalam kes ini di mana Plaintif adalah diestop daripada menuntut bayaran balik yuran guaman yang telah dibayar kepada Bekas Firma Defendan. [29] Saya merujuk kepada kes-kes berikut sebagai autoriti atas pemakaian prinsip estopel terhadap defendan , iaitu kes-kes Sri Kerdau Commodities Sdn Bhd .v. Liziz Plantation Sdn Bhd [2020] 1 LNS 1532 dan CLLS Power System Sdn Bhd (No. 2) v. Sara-Timur Sdn Bhd [2015] 11 MLJ 674 di mana isu yang terlibat dan prinsip yang dinyatakan adalah lebih kurang sama dalam kes ini. Apabila Invois tersebut diterima oleh Plaintif, bayaran-bayaran telah di buat tanpa bantahan, persoalan dan syarat, maka estopel terpakai dan plaintif tidak boleh lagi membuat bantahan pada masa kemudian. [30] Sepatutnya apa-apa persoalan harus dibangkitkan di tahap pengeluaran Invois tersebut dan/atau pada masa Defendan masih lagi bertindak bagi Plaintif, dan bukan hampir 6 tahun selepas perkhidmatan guaman telah ditamatkan dan pembayaran telah di buat. Di dalam kes Boustead Trading (1985) Sdn Bhd v. Arab-Malaysian Merchant Bank Bhd [1995] 3 MLJ 331, Mahkamah Persekutuan memutuskan seperti berikut: “The time has come for this court to recognize that the doctrine of estoppels is a flexible principle by which justice is done according to the circumstances of the case. It is a doctrine of wide utility and has been resorted to in varying fact patterns to achieve justice. Indeed, the circumstances in which the doctrine may operate are endless. It did not merely remain silent. It actually made payments on those very invoices without any protest. A reasonable man similarly circumstanced as the Respondent would have been entitled to assume, as the Respondent did, that the Appellant was agreeable to the imposition of the 14-day limit.” [30] Manakala di dalam kes HTC Global Services MSC Sdn Bhd .v. Kompakar Ebiz Sdn Bhd [2011] 9 MLJ pula dinyatakan seperti berikut: “(1) From the affidavits of the parties it was clear that having received the invoices issued by the plaintiff on those two written contracts the defendant had not seen it fit to lodge any complaint or disagreement on the items in the invoices until the suit was filed. It is settled law that where a party failed to raise any objections on the invoice it had been served relating to any contract it was estopped from denying that payment was due from it. Similarly with respect to the PPMA contract, which was oral in nature, the defendant had failed to object to the invoices issued and received by it until the suit was filed. As such, the principle of estoppel would apply [31] Saya mendapati plaintif di dalam afidavitnya, gagal mengemukakan walau satu dokumen pun untuk menyokong kuantum ganti rugi khas yang dituntutnya. Ini boleh disimpulkan bahawa tuntutan Plaintif ternyata amat jelas tidak dapat dipertahankan di sisi undang-undang (obviously unsustainable) [32] Mengenai isu kontrak tersebut tidak boleh dilaksanakan lagi, saya mendapati jika plaintif tidak menamatkan kontrak, ia masih boleh dilaksanakan. Perkhidmatan guaman Defendan tidak menjadi mustahil untuk dilaksanakan Malah, perkhidmatan guaman pada masa tersebut sememangnya boleh dan sedang dilaksanakan sehinggalah ianya ditamatkan secara pra-matang oleh Plaintif tanpa sebarang sebab yang munasabah. [33] Oleh itu, sekiranya Plaintif menyatakan kontrak dalam kes ini telah dikecewakan, kekecewaan tersebut telah diakibatkan oleh tindakan Plaintif sendiri dan oleh itu Plaintif adalah dihalang daripada mendakwa bahawa kontrak di antara pihak-pihak telah kononnya dikecewakan. [34] Dalam isu kekecewaan kontrak, saya merujuk kepada kes Mahkamah Rayuan Maxisegar Sdn Bhd .v. Silver Concept Sdn Bhd [2005] 5 MLJ 1 yang menyatakan seperti berikut: “[26]... We hasten to add that on the factual matrix of this case there was no frustration at all. It was a self-induced frustration, if at all to be called frustration. In Yee Seng Plantations Sdn Bhd v Kerajaan Negeri Terengganu & Ors [2000] 3 MLJ 699 at p 710 the Court of Appeal held that: Now, it is well-settled that the doctrine of frustration has no room where there is fault on the part of the party pleading it. Another way of putting it is that self induced frustration is no frustration. See Dato Yap Peng & Ors v Public Bank Bhd & Ors [1997] 3 MLJ 484. [27] In Maritime National Fish Ltd v Ocean Trawlers Ltd [1935] AC 524 the Privy Council held at p 530 that: S/N Pj1fJVZD/0qcVGMaIILoEg 23 ‘The essence of ‘frustration’ is that it should not be due to the act or election of the party. I think it is now well settled that the principle of frustration of an adventure assumes that the frustration arises without blame or fault on either side. Reliance cannot be placed on a self-induced frustration; indeed, such conduct might give the other party to treat the contract as repudiated.” [35] Mengenai isu frod, di dalam kes ini dakwaan frod tidak disertakan butiran dan tanpa butiran-butiran khusus diplidkan, menjadikan kausa tindakan tersebut amat jelas tidak boleh dipertahankan. [36] Plaintif memplidkan dalam tindakan ini bahawa Defendan tidak menjalankan tugasnya walaupun hakikatnya Plaintif telah campur tangan secara sulit dalam kerja-kerja yang sedang dilakukan oleh Bekas Firma Defendan pada masa tersebut; [37] Plaintif secara sendiri cuba mengambil alih tugas peguam bila mana Plaintif telah meminta Hospital-Hospital Swasta tersebut untuk memberikan laporan-laporan perubatannya terus kepada Plaintif tanpa memaklumkan kepada Defendan walaupun permohonan di buat oleh Bekas Firma Defendan [38] Plaintif telah melantik Bekas Firma Defendan pada April 2018 dan perkhidmatannya telah ditamatkan pada 07.12.2018. Fakta ini tidak dipertikaikan. Namun prosiding ini hanya difailkan ke Mahkamah pada 21.11.2024 (6 tahun kemudian) KESIMPULAN [39] Adalah jelas, tiada kausa yang munasabah ke atas defendan. Plaintif sendiri yang menamatkan perkhidmatan defendan tanpa sebab yang munasabah. Pada masa itu Defendan masih bersedia dan sanggup menggalas tugas sebagai Peguam cara Plaintif. Pengakuan Plaintif sendiri menyatakan beliau telah mengambil segala dokumen termasuk pen drive dari Defendan . [40] Defendan tidak boleh dikatakan telah abai dan cuai dari menjalankan tugasnya sebagai peguam. Tiada sebarang notis, tiada sebarang rasa tidak puas hati diluahkan sebelum penamatan. Semuanya berdasarkan tekanan dari keluarga Plaintif sehingga membawa kepada penamatan Defendan sebagai Peguam cara Plaintif. [41] Jumlah yang dinyatakan di dalam invois untuk khidmat guaman adalah setimpal dan munasabah serta tidak melampau. Saya mengambil kira faktor bahawa Defendan perlu masa untuk mendapatkan laporan dan menyediakan deraf tuntutan. [42] Saya tidak nampak apakah sebenarnya kausa tindakan di sini. Pembayaran di buat oleh Plaintif tanpa sebarang protes atau komplen, semua dokumen sudah diambil balik oleh plaintif, pen drive yang mengandungi maklumat dan butiran serta dokumen kes diambil oleh Plaintif dari Defendan . [43] Persoalan yang tidak terjawab dan tidak ada sebarang penjelasan adalah kenapa selepas hampir enam tahun barulah tindakan diambil oleh Plaintif dalam kes ini untuk prayer-prayer yang dinyatakan. [44] Langsung tidak ada bukti di dalam afidavit mengenai kegagalan Defendan untuk bertindak mengikut waran. Plaintif yang menafikan Defendan hak untuk bertindak mengikut waran dengan secara pra matang menghentikan perkhidmatan Defendan . [44] Sekiranya benar Defendan telah menipu Plaintif dan/atau melakukan frod dan/atau telah memungkiri kewajipannya terhadap Plaintif seperti mana didakwa Plaintif, adalah munasabah bagi Plaintif mengambil tindakan secepat mungkin terhadap Defendan. Mana-mana pihak munasabah tidak akan menunggu saat terakhir untuk berbuat demikian. [45] Doktrin ‘laches’ juga terpakai di dalam kes ini di mana Plaintif memfailkan tuntutan ini di saat terakhir iaitu kira-kira 12 hari sahaja sebelum had masa 6 tahun tanpa memberikan walau satu penjelasan pun berkenaan kelewatan melampau tersebut. [46] Mengguna pakai dapatan Mahkamah dalam Faber Merlin dan bersandarkan kepada Seksyen 32 Akta Had Masa 1953, tuntutan Plaintif sememangnya dihalang oleh ‘laches’ dan harus dibatalkan. [47] Di dalam kes ini, tuntutan plaintif secara jelas tidak dapat dipertahankan Tuntutan Plaintif kerana sebab-sebab berikut: • Diestop daripada menuntut bayaran balik, • Tiada bukti ganti rugi khas, • Dakwaan frod dan penipuan tidak diplidkan dengan butiran, • Tindakan difailkan selepas kelewatan melampau, dan • Tiada asas bagi dakwaan frustrasi kontrak atau prinsip agensi. Keputusan [48] Permohonan defendan dibenarkan dan writ dan penyata tuntutan plaintif dibatalkan tanpa kebebasan memfailkan semula. Bertarikh pada hari ini 25.8.2025 Zaman Mohd Noor Hakim Mahkamah Sesyen 1 Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.