di mukasurat 121 Rekod Rayuan – Soalan peguam defendan: Ok, kamu sudah baca. Setuju dalam laporan polis kamu, kamu yang cakap kamu memotong motorvan? SP3: Tuan, laporan ini, dia bermaksud van itu, apa, jalanraya itu… dia, jalanraya itu macam tu Tuan. Dia … van itu pun naik atas, tengah-tengah naik atas, masa itu saya buat signal ke kiri dan dia… saya pergi sebelah kiri, Tuan. Soalan peguam defendan: Can I see the report? Jadi kamu punya keterangan di Mahkamah adalah bahawa kamu signal ke kiri, untuk memotong ke kiri. Kamu tahu apa kiri, apa S/N gP8pcotr5UGcjBH4dowIig kanan? Kamu kata kamu memotong ini van, kamu memotong ke kiri. Kamu cakap sekarang kamu signai ke kiri , jadi … SP3: Tuan, saya tak buat signal tuan. Soalan peguam defendan: Tadi, baru tadi kamu cakap, masa tu saya signal kiri. SP3: Tuan, dah lima tahun, Tuan, saya tak ingat. [22] Pada pandangan Mahkamah ini, HMS telah terkhilaf apabila gagal membuat penilaian yang sepatutnya terhadap keterangan SP3 yang sebegini. Dapatan HMS mengenai plaintif didapati berkecuaian sumbangan 20% hanya di atas alasan plaintif tidak sepatutnya memotong motorvan ketika kejadian nyata tidak mencukupi. [23] Sementara itu, hujah peguam defendan bahawa defendan sepatutnya tidak didapati cuai kerana perlanggaran adalah tidak dapat dielakkan (inevitable or agony of the moment) pula tidak dapat dipersetujui oleh Mahkamah ini kerana bukti-bukti prima facie jelas menunjukkan bahawa motorvan defendan, akibat cuba mengelak kenderaan lain, telah memasuki laluan plaintif sehingga menyebabkan kemalangan. Untuk itu, Mahkamah ini bersetuju dengan dapatan HMS bahawa defendan telah memandu kenderaannya secara tidak berhati-hati terhadap pengguna jalanraya yang lain yang mana defendan sepatutnya membrek terlebih dahulu (yang diakui defendan bahawa beliau tidak membrek) dan tidak secara melulu mengelak ke kanan sehingga memasuki laluan plaintif secara tiba-tiba. S/N gP8pcotr5UGcjBH4dowIig [24] Berikutan itu, Mahkamah ini berpandangan isu yang sepatutnya menjadi perhatian HMS adalah setakat manakah plaintif menyumbang kecuaian dalam kejadian kemalangan tersebut. Ternyata, apabila plaintif semasa disoal balas menyatakan “…masa itu saya buat signal ke kiri dan dia… saya pergi sebelah kiri, Tuan” dan kemudiannya menukar keterangannya kepada beliau tidak memberi signal, jelas menunjukkan plaintif sendiri tidak berupaya memberikan keterangan yang jelas untuk menunjukkan kecuaian sumbangan di pihaknya adalah kecil. [25] Maka, berdasarkan keterangan plaintif yang goyah semasa diperiksa balas, Mahkamah ini berpendapat dalam keadaan ketiadaan keterangan lain sama ada keterangan langsung atau keterangan mengikut keadaan yang boleh membantu plaintif menunjukkan kecuaian sumbangan plaintif adalah kecil, maka plaintif juga sebenarnya cuai apabila gagal memberikan perhatian yang sewajarnya terhadap pengguna jalanraya yang lain dan telah gagal mengawal motorsikalnya dengan baik sehingga gagal untuk mengelak motorvan defendan yang memasuki laluannya. [26] Oleh yang demikian, Mahkamah ini mengambil keputusan bahawa liabiliti wajar dikongsi bersama di antara plaintif dan defendan iaitu pada perkadaran 50%-50%. B. Kuantum [27] Sebagai mana yang dinyatakan pada permulaan alasan penghakiman ini, rayuan defendan terhadap keputusan HMS S/N gP8pcotr5UGcjBH4dowIig adalah terhadap ‘kehilangan pendapatan’ sahaja yang mana dipecahkan kepada tiga iaitu:-