(iii) Persetubuhan tersebut berlaku tanpa kerelaan SP1 (lack of consent). Perlu ditekankan bahawa rule of prudence and practice hendaklah menjadi panduan dalam membuat keputusan untuk kes-kes jenayah seksual termasuklah kes rogol. Keterangan mangsa sewajarnya mempunyai keterangan sokongan (corroboration). Perkara ini telah dijelaskan dalam kes Aziz Muhamad Din v Public Prosecutor [1997] 1 CLJ SUPP 523 yang memutuskan bahawa: “Generally in Malaysia there is no specific rule of law that requires the evidence of a witness to be corroborated except in the case of the evidence of a child of tender years under s. 133A of the Evidence Act 1950. However, in certain types of cases there is a rule of practice which requires evidence to be corroborated.This includes the evidence of a complainant in a case involving a sexual offence. Even in such cases a conviction based on uncorroborated evidence is not illegal.But the rule of practice regulates the manner in which uncorroborated evidence is to be treated, that is to say, the Judge must warn himself of the dangers of convicting on such evidence. Alasan Mahkamah Di Akhir Kes Pendakwaan Elemen Kesalahan Di Bawah S. 376 Akta 574 [33] Memandangkan terdapat dua OKT, Khanesen dan Satia, maka saya akan menyatakan dapatan saya ke atas ketiga-tiga elemen tersebut dengan merujuk kepada setiap OKT. Dapatan saya adalah seperti yang berikut: Elemen (i): OKT-OKT telah melakukan persetubuhan dengan SP1 yang merupakan seorang perempuan [34] Ketika berlaku kejadian seperti yang dipertuduhkan, SP1 merupakan seorang perempuan yang berumur 18 tahun. Fakta ini tidak pernah dipertikaikan oleh pihak pembelaan. Maka, fakta bahawa SP1 adalah seorang perempuan dapat dibuktikan oleh pihak pendakwaan. [35] SP1 menerangkan bahawa pada masa kejadian, OKT Khanesen membawanya ke tempat letak kereta basement TREC dengan menggunakan kereta Honda City, bernombor pendaftaran AGS 1002 (P7). SP1 menjelaskan dengan terperinci bagaimana OKT melakukan persetubuhan dengannya. Persetubuhan berlaku dalam kereta tersebut yang diletakkan di tempat letak kereta basement TREC. SP1 dapat melihat dengan jelas muka OKT Khanesen ketika masuk ke dalam kereta tersebut melalui pintu kanan belakang. Ketika SP1 dalam posisi terbaring menelentang di tempat duduk belakang kereta tersebut, OKT Khanesen telah menarik seluar pendek dan seluar dalam SP1 ke bawah kakinya. Selepas itu, OKT Khanesen menanggalkan seluarnya dan seterusnya membuka kaki SP1. Setelah kaki SP1 sedikit terkangkang, OKT Khanesen menindihnya dan kemudiannya memasukkan zakarnya ke dalam faraj SP1. Semasa persetubuhan berlaku, OKT Khanesen juga menekan kedua-dua lengan SP1 sehingga beliau tidak dapat menggerakkan kedua-dua lengannya. SP1 menjelaskan bahawa persetubuhan tersebut berlaku kira-kira dalam tempoh 10 minit. [36] Ketika pemeriksaan balas, peguam OKT Khanesen mencadangkan bahawa persetubuhan tidak pernah berlaku di antara OKT Khanesen dan SP1 kerana terdapat seorang lagi wanita yang bernama Prashantini A/P Maniam di dalam kereta tersebut. Memandangkan Prashantini juga berada dalam kereta tersebut, maka peguam OKT Khanesen menghujahkan bahawa tidak mungkin berlaku persetubuhan tersebut. Berikut diturunkan keterangan yang berkaitan: Semasa anda dimasukkan dalam kereta, setuju, ada seorang wanita di belakang kereta tersebut? Tidak setuju. Ini berlaku pada jam 5 pagi lebih, kamu kata sudah sedar, kamu pasti tidak nampak wanita disebelah anda, selepas pukul 5, lepas masuk kereta? Tiada. Setuju, masa anda berada dalam kereta, sampai anda keluar, wanita itu bersama dengan kamu sepanjang kamu dalam kereta? Tidak setuju. Pada ketika ini kamu tidak ada pengetahuan atau tidak ingat, selepas anda di masukkan dalam kereta? Tidak ada wanita, saya ingat, ya semasa saya bangun first time. Sekiranya kamu kata first time, adakah kamu bangun balik 2nd time? For 1st time, saya rasa kereta tengah bergerak, tapi sebelum masuk parking basement. Selepas kamu bangun 1st time adakah kamu tidak sedar diri balik? Saya bangun 1st time, lepas itu saya tutup mata, tapi saya sedar apa yang terjadi. Jadi tiada second time? Tiada. Sekiranya anda kata sedar dan ingat apa berlaku dalam kereta, setuju saya cadangkan, ada seorang wanita duduk dalam kereta dengan kamu yang namanya, Prashantini A/P Maniam, No. K/P: 990718045132? Tidak setuju.” [37] Saya dapati keterangan SP1 yang menyatakan OKT Khanesen telah menyetubuhinya adalah konsisten dan utuh walaupun beliau telah disoal balas secara giat oleh peguam OKT. SP1 juga telah membuat pengecaman yang positif terhadap OKT Khanesen dalam prosedur kawad cam (ekshibit P39) yang dijalankan oleh Inspektor Zadatul ‘Iffah binti Zainuddin (SP11). Pengecaman di dalam mahkamah juga telah dibuat secara positif oleh SP1, dan kualiti pengecaman adalah mantap dan tiada sebab untuk mempertikaikannya. Sebelum membuat pengecaman yang positif, SP1 telah menjelaskan secara terperinci bagaimanakah beliau pasti dan masih ingat muka OKT Khanesen: Kenapa masih ingat muka dia? Sebab masa kejadian tersebut, ada cahaya lampu di basement itu, cahaya masuk sikit ke kereta itu, dan posisi muka dia dekat dengan badan saya, masa itu saya buka mata, dan saya dapat ingat muka dia.” [38] Adalah menjadi undang-undang yang mantap bahawa keterangan substantif adalah pengecaman ke atas OKT sebagai orang yang telah melakukan kesalahan oleh saksi dalam mahkamah semasa perbicaraan. Keterangan pengecaman dalam kawad cam adalah relevan dan boleh digunakan sebagai keterangan sokongan kepada keterangan substantif (lihat Lim Tiong Seng & Satu Lagi lwn. PP [2011] 5 CLJ 1). Prinsip ini diterangkan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Suthakar Sivakumar Lwn. PP & Rayuan Yang Lain [2024] 10 CLJ 3350: “[57] Berkenaan isu ini, kami bersetuju dengan MT dan MR bahawa kawad cam hanyalah bersifat sebagai keterangan sokongan (corroborative evidence) dan keterangan substantif ialah pengecaman di dalam mahkamah.” [39] SP1 jelas tidak bersetuju dengan cadangan kononnya terdapat seorang perempuan yang bersamanya di dalam kereta tersebut ketika kejadian. Saya mendapati terdapat keterangan yang menyokong (corroborative evidence) penjelasan SP1 bahawa tiada perempuan ketika beliau dimasukkan ke dalam kereta tersebut. Keterangan sokongan ini adalah berbentuk rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang ditandakan sebagai ekshibit P16. Dalam folder 6, rakaman tersebut, rakaman bertarikh 13.5.2023 bagi tempoh 04:58:04 hingga 04:58:23 menunjukkan OKT Khanesen bersama-sama 2 orang wanita telah menggangkat SP1 dan memasukkannya ke dalam kereta tersebut melalui pintu belakang sebelah kanan. Kemudian kelihatan OKT Khanesen pergi ke sebelah kiri kereta dan masuk melalui pintu belakang sebelah kiri, seolah-olah ingin menyambut badan SP1 yang ingin dibaringkan di atas tempat duduk belakang kereta. Dapat dilihat kereta tersebut menurun ke bawah sedikit akibat menampung berat OKT Khanesen. Sekiranya terdapat seorang perempuan lain di tempat duduk belakang tersebut, sudah pasti tiada keperluan untuk OKT Khanesen menyambut badan SP1 melalui pintu sebelah kiri kereta tersebut. Tambahan pula, tiada sebarang rakaman daripada rakaman CCTV P16 tersebut yang menunjukkan wujudnya perempuan lain selain SP1 di dalam kereta tersebut. [40] Saya juga telah meneliti rakaman dalam folder 7, ekshibit P16 tersebut. Dalam tempoh 05:06:33 hingga 05:15:14, rakaman tersebut menunjukkan bahawa kereta tersebut memasuki kawasan tempat letak kereta basement TREC. Semasa kereta itu diparkir, kelihatan badan kereta tersebut bergerak naik apabila OKT Khanesen keluar dari bahagian kiri kereta. Kedudukan kereta tersebut dan OKT Khanesen ketika tempoh tersebut menyokong keterangan SP1 bahawa di antara tempoh tersebut, berlaku persetubuhan seperti yang dijelaskannya. Berdasarkan keterangan SP1 dan keterangan-keterangan sokongan di atas bagi elemen pertama ini, saya mendapati bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan bahawa OKT Khanesen telah melakukan persetubuhan dengan SP1 yang merupakan seorang perempuan. [41] SP1 menerangkan bahawa setelah OKT Khanesen merogolnya, beliau dibawa pula ke Slip Road dan OKT Khanesen telah meletakkan keretanya di kawasan parkir sebelah kanan jalan. Setelah OKT Khanesen keluar dari kereta, dalam tempoh tidak sampai 1 minit, OKT Satia pula masuk ke dalam kereta tersebut melalui pintu kanan belakang. Ketika OKT Satia masuk ke dalam kereta tersebut, SP1 masih dalam posisi terbaring. OKT Satia kemudiannya meraba payudara SP1. Selepas itu, OKT Satia membuka seluarnya dan terus masukkan zakarnya ke dalam mulut SP1 beberapa kali. Selepas mengeluarkan zakarnya dari mulut SP1, OKT Satia menarik seluar pendek dan seluar dalam SP1 ke bawah kakinya. Setelah membuka kedua-dua belah kaki SP1, OKT Satia menindih SP1 IaIu memasukkan zakarnya ke dalam faraj SP1. Selepas itu, SP1 menjerit sekuat hati sehingga menyebabkan OKT Satia terkejut dan mencabut zakarnya dari faraj SP1. SP1 kemudiannya keluar dan berlari ke pintu masuk utama TREC Kuala Lumpur. [42] SP1 menjelaskan bagaimana persetubuhan tersebut berlaku dengan terperinci. SP1 menerangkan bahawa OKT Satia memakai uniform pekerja syarikat parking tersebut. SP1 juga telah membuat pengecaman yang positif terhadap OKT Satia dalam prosedur kawad cam (ekshibit P40) yang dijalankan oleh SP1. Pengecaman di dalam mahkamah juga telah dibuat secara positif oleh SP1, dan kualiti pengecaman adalah mantap dan tiada sebab untuk mempertikaikannya (lihat Lim Tiong Seng & Satu Lagi lwn. PP [2011] 5 CLJ 1 dan Suthakar Sivakumar Lwn. PP & Rayuan Yang Lain [2024] 10 CLJ 3350). Sebelum membuat pengecaman yang positif, SP1 telah menjelaskan seperti yang berikut: Kamu masih cam dan ingat muka dia? Ya, saya dapat mengecam mukanya. Kenapa kamu ingat? Sama seperti yang pertama, jarak muka dia dari muka saya tidak jauh, pada akhir itu, semasa saya berlawan, dari posisi baring saya duduk, jadi saya dapat tengok muka dia dengan full, lagi jelas muka dia.” [43] Peguam OKT Satia semasa menyoal balas SP1 mencadangkan bahawa OKT Satia tidak melakukan persetubuhan dengan SP1 kerana adalah mustahil OKT Satia, yang agak tinggi dan besar, menyetubuhi SP1 dan juga memasukkan zakarnya ke mulut SP1 di ruang belakang kereta P7 yang sempit. Berikut adalah keterangan SP1 apabila dicadangkan sedemikian: Setuju Honda city kereta sedan segmen sederhana? Apabila kamu baring kepala sehingga kaki kamu memenuhi seat kereta itu? Kemudian kamu kata, dia buka seluar dan masukkan kemaluannya ke dalam mulut, dalam keadaan sebegini, setuju, untuk seseorang masuk dan untuk masukkan kemaluan ke dalam mulut kamu, memerlukan effort yang sangat-sangat tinggi, kedudukan kamu berbaring, badan kamu penuhi seat kereta dan seorang lelaki ketinggian 175-178cm untuk masuk dia perlu tunduk, dan kalau masuk ke dalam kereta untuk masukkan kemaluannya ke dalam mulut kamu, kedua-dua lutut perlu ada atas badan kamu? ............................................ .............................................. Dalam keadaan kamu berbaring dan lelaki itu melutut di atas badan kamu, which is very ridiculous, dia tidak tarik kepala kamu rapat kepada kemaluannya, tak ada kan? Ya, tiada. ............................................ ............................................... dalam posisi itu, dia tidak tarik kepala kamu ke arah kemaluannya, jadi mustahil dia letak kemaluannya di mulut kamu? Tidak setuju .................................................... .................................................... perkara ini tidak terjadi dan kamu tidak tau ia reality atau fantasy? Tidak setuju” [44] Merujuk kepada dakwaan peguam Satia, yang mencadangkan bahawa persetubuhan OKT Satia dengan SP1 di ruang belakang kereta itu tidak mungkin berlaku kerana badan OKT Satia agak tinggi dan besar. Cadangan ini jelas tidak dipersetujui oleh SP1. Semasa kereta tersebut dikemukakan di Mahkamah, saya telah meneliti ruang tempat duduk belakang kereta tersebut ketika OKT Satia diminta untuk masuk di ruang tersebut sambil membuat posisi merangkak. Saya dapati, tiada masalah untuk OKT Satia bergerak dan melakukan aksi-aksi seperti yang diterangkan oleh SP1. Ini kerana ruang tersebut tidak menghadkan pergerakan OKT Satia dalam konteks melakukan persetubuhan tersebut. [45] Selain keterangan SP1, saya dapati, terdapat juga keterangan sokongan berdasarkan rakaman CCTV ekshibit P16. Dalam folder 9A, rakaman bertarikh 13.5.2023 pada 05:18:48 menunjukkan OKT Satia sedang berjalan kaki melalui slip road dan menuju ke arah tempat kereta tersebut diletakkan. Pada 05:25:14 pula kelihatan SP1 berjalan dari tempat kereta tersebut diletakkan menuju ke arah bertentangan iaitu dari arah OKT Satia datang sebelum itu. Rakaman tersebut menunjukkan bahawa OKT Satia berada di tempat parkir kereta tersebut dan ketika SP1 berada dalam kereta tersebut, sepertimana yang diterangkan oleh SP1. Berdasarkan keterangan yang terperinci oleh SP1 dan keterangan sokongan berdasarkan rakaman CCTV tersebut, dan juga pemerhatian Mahkamah ini terhadap ruang belakang kereta tersebut, saya mendapati bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan bahawa OKT Satia telah melakukan persetubuhan dengan SP1 yang merupakan seorang perempuan. Elemen (ii): Telah berlaku kemasukan zakar OKT ke dalam kemaluan/faraj SP1 (penetration); [46] SP1 menerangkan bahawa sewaktu berada dalam kereta P7 dan dalam keadaan terbaring, OKT Khanesen menarik seluar pendek dan seluar dalamnya. Selepas membuka paha SP1, OKT Khanesen terus menindihnya dan kemudiannya memasukan zakarnya ke dalam faraj SP1. SP1 telah menerangkan dengan jelas dan terperinci apa yang berlaku sebelum dan selepas zakar OKT Khanesen memasuki farajnya. SP1 juga menjelaskan bahawa farajnya terasa pedih ketika zakar OKT Khanesen memasuki farajnya secara paksa. Berikut diturunkan keterangan SP1 berkenaan penetrasi zakar OKT Khanesen ke dalam farajnya: “8. .......... Semasa dia masukkan kemaluan dia dalam kemaluan saya, kemaluan saya rasa pedih dan kemaluan dia dalam keadaan tegang. Saya tahu kemaluan dia dalam keadaan yang tegang kerana saya berasa pedih dan keras.