1
Tertuduh/OKT mengaku salah bagi dua pertuduhan di bawah s. 12(2) bagi kesalahan memiliki dadah berbahaya yang boleh dihukum di bawah s. 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 (“ADB”).
CA-45A-24-12/2022
High Court of Malaysia8 Aug 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“used to verify the originality of this document via eFILING portal Mahkamah Singapura akan mengambil kira faktor itu untuk menambah tempoh pemenjaraan dalam hukuman Pesalah tersebut. [24] Di bawah Criminal Procedure Code (Cap 68, 2012 Rev Ed) (“CPC Singapura”), kategori pesalah yang dikecualikan dari dikenakan hukuman”
“den dikenakan hukuman berbentuk 'deterrent' berbanding 'reformation' atau 'rehabilitation' (lihatTia Ah Leng v. PP [2004] 4 CLJ 77; [2004] 4 MLJ 249; Chang Liang Sang & Ors v. PP [1982] CLJ (Rep) 74; [1982] CLJ 399; [1982] 2 MLJ 231).” [19] Mahkamah ini selanjutnya telah meneliti rekod jenayah lampau OKT di eksibit P35”
“an tetapi juga hendaklah mempunyai impak untuk mencegah mana-mana individu lain yang berhasrat untuk melibatkan diri dengan kesalahan sebegini. Mahkamah Rayuan dalam kes PP v. Muhammad Faiz bin Fazil [2016] CLJU 523; [2016] 1 LNS 523, telah menekankan tentang keperluan Mahkamah mengambil kira faktor kepentingan awam ta”
“] Untuk menjawab persoalan ini, Mahkamah ini merujuk keputusan Ketua Hakim Negara Singapura Sundaresh Menon CJ ketika menyampaikan keputusan Mahkamah Tinggi Singapura dalam kes Amin bin Abdullah v PP [2017] SGHC 215, [2017] 5 SLR 904. Walaupun keputusan ini tidak mengikat Mahkamah ini, namun ia adalah keputusan yang “h”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
1
Tertuduh/OKT mengaku salah bagi dua pertuduhan di bawah s. 12(2) bagi kesalahan memiliki dadah berbahaya yang boleh dihukum di bawah s. 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 (“ADB”).
2
Mahkamah ini telah menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun dari tarikh tangkap bagi pertuduhan pertama. Manakala bagi pertuduhan kedua pula Mahkamah menjatuhkan hukuman 10 tahun penjara dari tarikh tangkap. Kedua-dua hukuman penjara adalah diarahkan untuk berjalan serentak. Disebabkan OKT telah berumur melebihi 50 tahun pada tarikh hukuman dijatuhkan, maka Mahkamah tidak mengenakan hukuman mandatori sebatan rotan, sejajar dengan peruntukan s. 289(c) Kanun Prosedur Jenayah.
3
OKT sekarang memfailkan dua rayuan terhadap hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah ini bagi kedua-dua pertuduhan. Alasan Penghakiman ini adalah terpakai bagi kedua-dua rayuan OKT.
4
OKT dihadapkan dengan dua (2) pertuduhan dalam dua kes berasingan.
5
Bagi kes CA-45A-24-12/2022, OKT dihadapkan dengan pertuduhan mengedar dadah berbahaya iaitu Methamphetamine seberat 77.71 gram, yang merupakan kesalahan di bawah s. 39B(1)(a) ADB dan boleh dihukum di bawah s. 39B(2) Akta yang sama. Pertuduhan Pertama yang asal ini adalah seperti di eksibit P3.
6
Setelah representasi OKT bagi pertuduhan mengedar dadah ini diterima oleh Pendakwa Raya, OKT ditawarkan dengan Pertuduhan Pilihan bagi kes ini dengan pertuduhan memiliki dadah berbahaya iaitu Methamphetamine seberat 77.71 gram, yang merupakan kesalahan di bawah s. 12(2) ADB dan boleh dihukum di bawah s. 39A(2) Akta yang sama. Pertuduhan Pilihan bagi Pertuduhan Pertama ini adalah seperti di eksibit P5.
7
Bagi kes CA-45-15-12/2022 pula, OKT dihadapkan dengan pertuduhan memiliki dadah berbahaya iaitu Heroin seberat 11.27 gram, yang merupakan kesalahan di bawah s. 12(2) ADB dan boleh dihukum di bawah s. 39A(2) Akta yang sama. Pertuduhan Kedua ini adalah seperti di eksibit P4. Representasi yang dikemukakan oleh OKT kepada Pendakwa Raya tidak meliputi kes ini.
8
OKT telah mengaku salah bagi kedua-dua pertuduhan di eksibit P4 dan P5.
9
Selaras dengan peruntukan s. 178(2) Kanun Prosedur Jenayah, saya telah menerangkan secara terus kepada OKT -
i
mengenai perbezaan antara Pertuduhan Pertama yang asal yang dihadapinya seperti di eksibit P3 dengan Pertuduhan Pilihan kepada Pertuduhan Pertama yang ditawarkan kepada beliau setelah representasi yang beliau buat melalui peguamnya diterima oleh Pendakwa Raya, seperti di eksibit P5, yang mana kedua-dua P3 dan P5 telah dibacakan kepadanya oleh jurubahasa Mahkamah;
II
(ii) mengenai Pertuduhan Kedua yang dihadapinya seperti di eksibit P4 yang juga telah dibacakan kepadanya oleh jurubahasa Mahkamah;
III
(iii) sifat, kesan dan akibat pengakuan salah OKT terhadap kedua-dua pertuduhan di eksibit P4 dan P5 di sisi undang-undang;
IV
(iv) perihal Mahkamah tidak akan jalankan perbicaraan dengan memanggil saksi-saksi setelah Mahkamah menerima pengakuan OKT bagi kedua-dua pertuduhan itu;
IV
(iv) mengenai hukuman yang menanti OKT di bawah s. 39A(2) ADB bagi kedua-dua pertuduhan di eksibit P4 dan P5;
v
setelah Mahkamah berpuashati bahawa OKT faham sifat dan akibat pengakuan salahnya tanpa syarat serta faham segala penerangan yang Mahkamah buat mengenai perkara-perkara di atas, maka OKT akan disabitkan dengan kedua-dua pertuduhan di eksibit P4 dan P5. [10] Setelah mendengar penerangan Mahkamah seperti dinyatakan, OKT memaklumkan kepada Mahkamah bahawa beliau telah diberi nasihat oleh peguamnya mengenai segala perkara yang diterangkan oleh Mahkamah tadi. OKT memaklumkan Mahkamah beliau faham sifat dan akibat pengakuan salahnya dan kekal membuat pengakuan salah terhadap kedua-dua pertuduhan di eksibit P4 dan P5. [11] Setelah Mahkamah ini berpuashati bahawa OKT faham sifat dan akibat pengakuan salahnya tanpa syarat serta faham segala penerangan yang Mahkamah buat mengenai perkara-perkara di atas, maka OKT disabitkan dengan kedua-dua pertuduhan di eksibit P4 dan P5. MITIGASI HUKUMAN [12] Setelah OKT mengakui fakta kes serta barang-barang kes dadah yang dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya yang ditunjukkan kepadanya, Mahkamah seterusnya mendengar mitigasi OKT dan peguamnya serta Timbalan Pendakwa Raya sebelum menjatuhkan hukuman. [13] Mitigasi peringanan hukuman yang dikemukakan oleh peguam Perayu adalah:
i
OKT telah berumur 50 tahun, telah berkahwin, isteri tidak bekerja, dan ada 2 anak;
II
(ii) Sebelum ditangkap, OKT bekerja sebagai wireman di Kemaman, dengan gaji RM2,500.00 sebulan;
III
(iii) Pengakuan salah OKT menunjukkan beliau insaf atas kesilapannya dan berjanji tidak akan ulangi kesilapannya dan hendaklah diberikan diskaun dalam kiraan hukuman yang akan dijatuhkan oleh Mahkamah kepadanya : Zaidon Shariff v PP [1996] 4 CLJ 441;
IV
(iv) Dadah yang dijumpai adalah untuk kegunaannya sendiri;
v
Mahkamah wajar mengambil kira dasar dan niat Parlimen dalam menangani jenayah berkaitan dadah sejajar dengan keputusan Parlimen untuk meminda peruntukan s. 39B ADB;
VI
(vi) OKT ada beberapa rekod kesalahan lampau namun sabitan kali terakhir beliau adalah pada tahun 2014 dan untuk kes ini beliau ditangkap pada tahun 2022. Mahkamah ini hendaklah mengambil kira bahawa jangka masa 8 tahun antara tarikh sabitan yang lalu dengan tarikh beliau ditangkap bagi kes sekarang menunjukkan OKT bukanlah pesalah tegar dan “gap principle” terpakai kepada OKT seperti diputuskan oleh Augustine Paul J (pada waktu itu) dalam kes Soosainathan v PP [2001] 6 CLJ 44; dan
VII
(vii) Pohon hukuman minima dan pohon hukuman penjara bagi kedua-dua kes dijalankan serentak. [14] Mitigasi pemberatan hukuman oleh Timbalan Pendakwa Raya :
i
OKT disabitkan dengan dua pertuduhan jenayah berat;
II
(ii) Pengakuan salah OKT hendaklah tidak diambil kira oleh Mahkamah dalam menjatuhkan hukuman: Tia Ah Leng v PP [2004] 4 MLJ 249, Cha Siang Hock v PP [2018] 1 LNS 463;
III
(iii) Rujuk trend hukuman bagi kesalahan yang sama dihadapi OKT bagi dadah Methamphetamine adalah untuk tempoh 8 - 14 tahun. Manakala bagi dadah Heroin lebih berat dari dadah jenis lain yakni hukuman penjara antara 11 - 15 tahun;
IV
(iv) Mahkamah juga hendaklah mengambil kira fakta kes yang diakui oleh OKT menunjukkan semasa OKT ditahan pada hari kejadian, berlaku pergelutan antara OKT dengan anggota polis;
v
Mahkamah hendaklah mengambil kira rekod jenayah lampau OKT mengikut rekod Pusat Pendaftaran Penjenayah (eksibit P35) menunjukkan sabitan terakhir OKT bukanlah pada tahun 2014 seperti dinyatakan oleh Peguam OKT tetapi pada bulan April 2023; dan
VI
(vi) Mahkamah hendaklah mengambil kira faktor bahawa memandangkan OKT telah mencapai usia 50 tahun maka s.289(c) Kanun Prosedur Jenayah akan terpakai terhadap OKT dan OKT akan terlepas dari hukuman mandatori 20 sebatan rotan seperti ditetapkan di bawah s. 39A(2) ADB. KEPUTUSAN MAHKAMAH MENGENAI HUKUMAN [15] Perkara pertama yang diambil kira oleh Mahkamah semasa menentukan hukuman yang sesuai untuk dijatuhkan terhadap OKT ialah hukuman yang dijatuhkan hendaklah mencerminkan bahawa Mahkamah ini menjaga kepentingan awam memandangkan jenayah berkaitan dadah semakin berleluasa di negara ini walaupun undang-undang ketat telah diwujudkan dan tindakan penguatkuasaan giat dijalankan oleh pihak berkuasa: PP v Ooi Teng Chian [2006] 1 MLJ 213, MR, Tia Ah Leng v PP [2004] 4 MLJ 249. [16] Selanjutnya Mahkamah ini mengambil kira bahawa jumlah dadah yang dijumpai dalam milikan OKT bukanlah dalam kuantiti yang biasanya untuk kegunaan sendiri. Perkara ini ditegaskan oleh Mahkamah Rayuan dalam kes PP lwn. Suhardi Idris [2015] 3 CLJ 43 sebegini: “[13] Seterusnya, berat dadah berbahaya adalah merupakan suatu faktor yang harus diambil kira di dalam mengenakan hukuman. Dadah berbahaya yang terlibat di dalam kes ini adalah 48.6g heroin dan 21.8g monoacetylmorphines, di mana berat heroin itu hampir sepuluh kali ganda lebih besar dari berat minimum yang diperuntukkan di bawah s. 39A(2) Akta tersebut. Walaupun Hakim Mahkamah Tinggi menyebut tentang berat dadah berbahaya di dalam alasan penghakimannya, kami mendapati bahawa beliau gagal memberi pertimbangan sewajarnya kepada berat dadah, khususnya kepada berat heroin.” [17] Tidak dapat dinafikan bahawa kesalahan memiliki dadah berbahaya merupakan kesalahan yang serius dan tidak boleh dipandang ringan. Oleh itu, hukuman yang dijatuhkan hendaklah mempunyai kesan yang bukan sahaja akan menghalang OKT dari mengulangi kesalahan sama pada masa hadapan tetapi juga hendaklah mempunyai impak untuk mencegah mana-mana individu lain yang berhasrat untuk melibatkan diri dengan kesalahan sebegini. Mahkamah Rayuan dalam kes PP v. Muhammad Faiz bin Fazil [2016] CLJU 523; [2016] 1 LNS 523, telah menekankan tentang keperluan Mahkamah mengambil kira faktor kepentingan awam tatkala menjatuhkan hukuman yakni memastikan hukuman itu boleh mendatangkan kesan mencegah perlakuan kesalahan dadah berbahaya: “[14] Uppermost on our mind when dealing with this kind of an appeal is the factor of public interest. As is trite, criminal law is publicly enforced and the reason underlying that policy has been that a crime must be dealt with in such a way that would-be offenders would be deterred from committing similar offence.” [18] Prinsip sama ditekankan oleh Mahkamah Rayuan dalam PP lwn. Suhardi Idris (supra) bahawa hal berkaitan peribadi OKT hendaklah tidak diberi pertimbangan tatkala Mahkamah menjatuhkan hukuman. Sebaliknya Mahkamah hendaklah menjatuhkan hukuman yang berbentuk pengajaran kepada OKT dan orang lain. Mahkamah Rayuan dalam kes itu menyatakan sebegini: “[12] Kami juga mendapati bahawa hakim yang bijaksana terlalu memberi penekanan kepada kepentingan peribadi responden tanpa mempertimbangkan bahawa kepentingan awam menuntut kesalahan yang dilakukan oleh responden dikenakan hukuman berbentuk 'deterrent' berbanding 'reformation' atau 'rehabilitation' (lihatTia Ah Leng v. PP [2004] 4 CLJ 77; [2004] 4 MLJ 249; Chang Liang Sang & Ors v. PP [1982] CLJ (Rep) 74; [1982] CLJ 399; [1982] 2 MLJ 231).” [19] Mahkamah ini selanjutnya telah meneliti rekod jenayah lampau OKT di eksibit P35 yang menunjukkan sabitan ini merupakan sabitan ke-enam OKT yang semuanya melibatkan jenayah dadah. Mahkamah ini dapati dari rekod tersebut bahawa sabitan terakhir terhadap OKT adalah pada tahun 2023 dan bukannya pada tahun 2014 seperti dihujahkan oleh peguam OKT. Ini bermakna, semasa kes di hadapan Mahkamah ini sedang berjalan, OKT telahpun disabitkan pula dengan suatu kesalahan lain di bawah s. 15(1)(a) ADB. Selain itu, rekod tersebut juga menunjukkan bahawa pada 8.1.2020 OKT telah disabitkan dengan 2 pertuduhan dan dihukum di bawah s. 15(1)(a) ADB dan s. 39A(1) ADB. Untuk kes di bawah s. 39A(1), OKT dijatuhkan hukuman penjara 2 tahun dan 2 sebatan rotan mulai tarikh tangkap. Ini bermakna, semasa OKT ditangkap bagi kes di hadapan Mahkamah ini pada 10.8.2022, OKT baru sahaja dibebaskan dari penjara setelah selesai menjalani hukuman penjara dan sebatan di bawah s. 39A(1) ADB yang dijatuhkan pada 8.1.2020 tersebut. [20] Mengambil kira semua keadaan tersebut di atas, Mahkamah ini memutuskan Perayu hendaklah dihukum dengan tempoh pemenjaraan yang lebih panjang bersesuaian dengan fakta dalam kesnya. [21] Faktor terakhir yang diambil kira oleh Mahkamah ini semasa menjatuhkan hukuman terhadap OKT adalah mengenai umur OKT iaitu 50 tahun 3 bulan pada tarikh hukuman dijatuhkan. Walaupun OKT sepatutnya dikenakan hukuman mandatori minima 20 kali sebatan rotan bagi kedua-dua pertuduhan yang dihadapinya, tetapi OKT adalah terlepas dari hukuman sebatan kerana dikecualikan menurut s.298(c) Kanun Prosedur Jenayah. [22] Timbalan Pendakwa Raya dalam hujahan lisannya telah meminta Mahkamah ini untuk menambah tempoh hukuman penjara OKT dengan mengambil kira bahawa OKT terlepas dari sekurang-kurangnya 20 sebatan rotan disebabkan umur OKT yang melebihi 50 tahun. Tanpa merujuk kepada mana-mana keputusan Mahkamah, Timbalan Pendakwa Raya berhujah bahawa adalah menjadi amalan di Mahkamah-Mahkamah di Singapura bahawa andainya seseorang pesalah yang disabitkan didapati terlepas dari hukuman sebatan disebabkan faktor yang dibenarkan oleh undang-undang, termasuklah faktor usia, maka Mahkamah Singapura akan mengambil kira faktor itu untuk menambah tempoh pemenjaraan dalam hukuman Pesalah. [23] Setelah membuat semakan kepada undang-undang berkaitan di Singapura dan dengan merujuk kepada keputusan beberapa kes mengenai perkara ini yang diputuskan oleh Mahkamah di Singapura, Mahkamah ini memutuskan bahawa perkara pertama yang perlu dibezakan antara Malaysia dan Singapura dalam hal ini adalah wujudnya peruntukan undang-undang yang khusus di Singapura yang memperuntukkan bahawa andainya seseorang pesalah yang disabitkan didapati terlepas dari hukuman sebatan disebabkan faktor yang dibenarkan oleh undang-undang, termasuklah faktor usia, maka Mahkamah Singapura akan mengambil kira faktor itu untuk menambah tempoh pemenjaraan dalam hukuman Pesalah tersebut. [24] Di bawah Criminal Procedure Code (Cap 68, 2012 Rev Ed) (“CPC Singapura”), kategori pesalah yang dikecualikan dari dikenakan hukuman sebat adalah:
i
Semua pesalah wanita – s. 325 (1)(a) CPC Singapura;
II
(ii) Semua pesalah lelaki yang berumur melebihi 50 tahun pada waktu sebatan – s. 325(1)(b);
III
(iii) “Offenders who are sentenced at the same sitting of the court to more than the specified limit of 24 strokes of the cane (in the case of an adult) or 10 strokes of the cane (in the case of a juvenile)” – s. 328(1); dan
IV
(iv) Pesalah yang disahkan oleh pegawai kesihatan sebagai tidak sesuai dari segi perubatan untuk disebat – s.331. [25] Melalui pindaan yang dibuat kepada CPC Singapura yang mula berkuat kuasa pada 2.1.2011, Mahkamah diberi kuasa untuk menambah/meningkatkan hukuman bagi semua pesalah yang dikecualikan dari dikenakan hukuman sebat tersebut. Tambahan hukuman yang dibenarkan oleh CPC Singapura ialah maksima 12 bulan penjara. [26] Peruntukan berkenaan yang terpakai bagi pesalah lelaki yang berumur melebihi 50 tahun adalah s. 325(2) CPC Singapura yang menyebut: “325. (2) Subject to any other written law, if a person is convicted of one or more offences punishable with caning (referred to in this section as the relevant offences) but the person cannot be caned because subsection (1)(a) or (b) applies, the court may, in addition to any other punishment to which that person has been sentenced, impose a term of imprisonment of not more than 12 months in lieu of the caning which it could, but for this section, have ordered in respect of the relevant offences.
3
A court may impose a term of imprisonment under subsection (2) notwithstanding that the aggregate of such term and the imprisonment term imposed for any of the relevant offences exceeds the maximum term of imprisonment prescribed for any of those offences.” [27] Adalah jelas, tidak ada peruntukan sebegini dalam Kanun Prosedur Jenayah kita. [28] Namun, walaupun Kanun Prosedur Jenayah kita tidak membuat peruntukan yang sama seperti dalam CPC Singapura, adakah prinsip yang sama - yakni menambah tempoh pemenjaraan bagi seseorang pesalah yang disabitkan tetapi terlepas dari hukuman sebatan disebabkan faktor usia melebihi 50 tahun seperti dalam kes Perayu – boleh dipertimbangkan oleh Mahkamah ini? [29] Untuk menjawab persoalan ini, Mahkamah ini merujuk keputusan Ketua Hakim Negara Singapura Sundaresh Menon CJ ketika menyampaikan keputusan Mahkamah Tinggi Singapura dalam kes Amin bin Abdullah v PP [2017] SGHC 215, [2017] 5 SLR 904. Walaupun keputusan ini tidak mengikat Mahkamah ini, namun ia adalah keputusan yang “highly persuasive” yang boleh dirujuk oleh Mahkamah ini dalam membuat keputusan yang adil dalam kes OKT. [30] Dalam kes ini, Amin disabitkan dengan kesalahan mengedar 13.23 gram dadah Diamorphine, dan juga kesalahan memiliki 0.27 gram Diamorphone. Untuk sabitan bagi kesalahan pertama, Amin dijatuhkan hukuman 20 tahun penjara dan 15 sebatan rotan. Manakala bagi kesalahan kedua dia dijatuhkan hukuman 3 tahun penjara. Kedua-dua hukuman diputuskan untuk dijalankan secara serentak. Amin kemudiannya disahkan oleh pegawai perubatan sebagai tidak sesuai untuk disebat. Rayuan di Mahkamah Tinggi ini adalah susulan keputusan hakim daerah yang menambah hukuman sebelum ini dengan 30 minggu pemenjaraan lagi sebagai ganti kepada hukuman sebatan yang tidak dapat dijalankan. [31] Ketika membacakan keputusan Mahkamah Tinggi Singapura, Sundaresh Menon CJ menjelaskan perkara pertama yang perlu diketahui ialah keputusan-keputusan Mahkamah Singapura jelas menunjukkan bahawa sejak sekian lama walaupun sebelum pindaan kepada CPC Singapura dibuat pada 2011, Mahkamah Singapura memang telahpun meninggikan atau menambah tempoh pemenjaraan pesalah sebagai ganti kepada sebatan rotan yang tidak dapat dijalankan disebabkan mereka termasuk dalam pengecualian yang diberikan oleh undang-undang. [32] Sundaresh Menon CJ selanjutnya menjelaskan prinsip yang terpakai dalam menentukan keadaan apa yang mewajarkan penambahan tempoh pemenjaran dalam kes pesalah dikecualikan dari dikenakan sebatan rotan adalah sebegini: “In our judgment, the correct starting point is that an offender’s term of imprisonment should not be enhanced, unless there are grounds to justify doing so. ... We first note that the relevant provisions are all worded as open-ended discretion-conferring provisions. On a plain reading of the provisions, the courts have been given the discretion to enhance the sentences for the exempted offenders. What this means is that the courts have the power to impose additional imprisonment for such offenders. There is no mandatory requirement that this power be exercised, even where the caning would have been a mandatory part of the sentence, but for the exemption. .... We considered that the following factors may warrant an enhancement of the sentence of an exempted offender:
a
The need to compensate for the deterrent effect of caning that is lost by reason of the exemption.;
b
The need to compensate for the retributive effect of caning that is lost by reason of the exemption; and
c
The need to maintain parity among co-offenders. ... However, even if these factors are present, as they often will be, that does not necessarily mean that enhancement of the exempted offender’s sentence will be warranted. The court should instead consider the matter holistically and assess whether there are any factors which could militate against the imposition of an additional term of imprisonment. A non-exhaustive list of such factors would include:
a
Medical grounds;
b
Old age;
c
Compassionate grounds;
d
The need for proportionality; and
e
Parliamentary intention in enacting a sentencing regime for a given offence. ... Where the need for deterrence has been identified as the dominant sentencing principle behind the imposition of caning, there are at least two factors that should be taken into account in determining whether an enhanced term of imprisonment will further the objective of deterrence. ... First, the court should consider whether an additional term of imprisonment is needed to replace the lost deterrent effect of caning, having regard to why the offender was exempted from caning. ... whether such potential offenders would have known before committing the offence that by reason of their own circumstances, they would be exempted from caning. If so, then an additional term of imprisonment in lieu of caning may be more readily seen as necessary or appropriate in order to compensate for the general deterrent effect lost because the offender knows he or she will be exempted from caning. Second, the court should consider whether an additional term of imprisonment would be effective in replacing the deterrent effect of caning. ... Where retribution is the dominant sentencing objective behind the imposition of caning, then the need to compensate for the retributive effect of caning lost by reason of the exemption would be a factor militating in favour of enhancing the offender’s sentence.” [33] Apa yang boleh dititip dari keputusan Mahkamah Tinggi Singapura ini ialah :
i
Dalam menentukan sama ada wajar atau tidak hukuman pemenjaraan ditinggikan atau ditambah bagi seseorang pesalah seperti dalam keadaan OKT – walaupun sabitannya mewajibkan dia dikenakan sebatan rotan tetapi dia terlepas dari hukuman sebatan disebabkan faktor usia – Mahkamah ini hendaklah berpegang kepada prinsip bahawa secara asasnya penambahan tempoh pemenjaraan dalam kes sedemikian tidak wajar dibuat, kecuali terdapat keadaan dan sebab-sebab yang mewajarkan penambahan itu;
II
(ii) Antara keadaan dan sebab-sebab yang boleh membuatkan hukuman pemenjaraan itu ditambah adalah:
a
Keperluan untuk mengganti kehilangan kesan pencegahan dan pengajaran akibat dari pengecualian hukuman sebatan (the need to compensate for the deterrent and/or retributive effect of caning that is lost by reason of the exemption);
b
pesalah terbabit dituduh bersama seorang pesalah lain, yang mana pesalah yang seorang lagi itu tidak termasuk dalam kategori orang yang dikecualikan dari dikenakan hukuman sebat (the need to maintain parity among the sentences of co-offenders);
c
keadaan kesihatan dan usia pesalah;
d
kewujudan alasan dipihak pesalah yang disifatkan oleh Mahkamah boleh menimbulkan ihsan Mahkamah terhadap pesalah;
e
kepentingan awam; dan
f
niat Parlimen dalam penggubalan undang-undang terkait. [34] Setelah mengambil kira segala faktor yang disebutkan dan Mahkamah berpuashati bahawa perlu dan wajar untuk hukuman penjara ditambah, maka persoalan seterusnya yang perlu diputuskan oleh Mahkamah ialah apakah tempoh yang sesuai, munasabah dan adil. [35] Dalam menjawab isu ini, Sundaresh Menon CJ dalam kes Amin bin Abdullah itu memutuskan sebegini: “We turn to the second broad issue which pertains to how the extent of the enhancement should be determined. In our judgment, if the court decides to enhance an offender’s sentence, the extent of such enhancement should bear some correlation to the number of strokes of the cane that the offender has been exempted from. However, we would not go so far as to adopt a pro-rated approach. Rather, we consider that indicative ranges of sentences would better allow sentencing judges to calibrate the extent of the enhancement to fit the circumstances of each case. We thus provide the following indicative guidelines:
a
1 to 6 strokes avoided: up to 3 months’ imprisonment.
b
7 to 12 strokes avoided: 3 to 6 months’ imprisonment.
c
13 to 18 strokes avoided: 6 to 9 months’ imprisonment.
d
More than 19 strokes avoided: 9 to 12 months’ imprisonment.” [36] Setelah meneliti segala alasan dan justifikasi yang dinyatakan secara terperinci oleh Mahkamah Tinggi Singapura dalam kes Amin bin Abdullah (supra), Mahkamah ini memutuskan walaupun Kanun Prosedur Jenayah kita tidak membuat peruntukan yang sama seperti dalam CPC Singapura, prinsip yang sama - yakni menambah tempoh pemenjaraan bagi seseorang pesalah yang disabitkan tetapi terlepas dari hukuman sebatan disebabkan faktor usia melebihi 50 tahun seperti dalam kes OKT – boleh dipertimbangkan oleh Mahkamah ini dengan mengambilkira segala faktor berkaitan OKT. Ini khususnya apabila Mahkamah Tinggi Singapura memutuskan bahawa walaupun CPC Singapura membuat peruntukan mengenai penambahan hukuman, ia bukanlah peruntukan yang mewajibkan Mahkamah melaksanakan penambahan itu tetapi hanya memberikan Mahkamah kuasa budibicara untuk melaksanakan penambahan hukuman. [37] Selain itu, dapat dilihat dalam keputusan kes Amin bin Abdullah itu bahawa walaupun sebelum pindaan kepada CPC Singapura dibuat bermulanya semasa peruntukan CPC Singapura sama seperti peruntukan Kanun Prosedur Jenayah kita sekarang – Mahkamah-mahkamah Singapura telahpun memutuskan wajar untuk menambah tempoh pemenjaraan bagi mereka yang disabitkan tetapi terlepas dari hukuman sebat disebabkan kehendak statutori. [38] Kuasa budibicara ini hanya wajar diguna hanya jika terdapat alasan-alasan yang kukuh. Mahkamah ini memutuskan ini membuatkan kedudukan di Singapura, walaupun selepas pindaan kepada CPC Singapura, tidak banyak berubah dengan kedudukan di Malaysia. Oleh itu, Mahkamah ini juga mempunyai budibicara untuk menambah hukuman jika wujud keadaan yang sesuai dan wajar. [39] Mahkamah ini memutuskan bahawa terdapat keadaan yang sesuai dan wajar untuk Mahkamah ini menggunapakai budibicara untuk menambah hukuman penjara terhadap OKT setelah mendapati OKT dikecualikan dari hukuman sebatan rotan. Keadaan-keadaan itu termasuklah yang berikut:
i
OKT disabitkan dengan dua pertuduhan di bawah s. 12(2) yang kedua-duanya boleh dihukum di bawah s. 39A(2) ADB. Bagi pertuduhan pertama OKT asalnya dituduh di bawah pertuduhan yang boleh dihukum di bawah s. 39B(2). Perihal keseriusan pertuduhan-pertuduhan yang dihadapi OKT tidak perlu dijelaskan;
II
(ii) Rekod jenayah lampau OKT menunjukkan OKT bukanlah penjenayah yang kesal dan terkesan dengan hukuman-hukuman yang telah dia lalui bagi sabitan-sabitan jenayah terhadapnya sebelum ini;
III
(iii) Prinsip yang sedia terpakai dalam penetapan hukuman, khususnya untuk memberi pengajaran kepada OKT serta pencegahan kepada orang awam, hendaklah dipastikan akan terlaksana sepenuhnya;
IV
(iv) Sebagai seorang pesalah tegar bagi jenayah berkaitan dadah, OKT tentunya sedia maklum tentang peruntukan undang-undang yang mengecualikan beliau dari dikenakan hukuman sebat disebabkan faktor umur beliau;
v
Andainya OKT di bawah umur 50 tahun, beliau akan dijatuhkan hukuman minima 20 kali sebatan rotan bagi dua sabitan di bawah s. 39A(2) ADB. Namun undang-undang berpihak kepadanya dan OKT dikecualikan dari 20 sebatan rotan itu;
VI
(vi) Keadaan kesihatan OKT yang tiada apa-apa penyakit kronik, serta usia OKT yang tidak menghalang untuk menjalani hukuman penjara bagi tempoh yang munasabah panjangnya; dan
VII
(vii) Tidak wujud alasan dipihak OKT yang disifatkan oleh Mahkamah boleh menimbulkan ihsan Mahkamah terhadapnya, selain dari pengakuan salah OKT yang telah menjimatkan masa dan kos Mahkamah. PENUTUP [40] Setelah mengambil kira semua faktor yang dinyatakan, serta mengambil kira cadangan yang dinyatakan dalam kes Amin bin Abdullah (supra) mengenai “indicative guidelines” bagi pengiraan tempoh yang wajar ditambah, Mahkamah ini memutuskan bahawa tempoh 15 tahun penjara dari tarikh tangkap bagi pertuduhan pertama, dan 10 tahun penjara dari tangkap bagi pertuduhan kedua, dengan kedua-dua hukuman berjalan serentak, adalah hukuman yang amat munasabah, wajar dan tidak keterlaluan. Bertarikh pada : 30 Disember 2024 -t.t- (MOHD RADZI BIN HARUN) Hakim Mahkamah Tinggi Malaya PIHAK-PIHAK : Pendakwa Raya: Puan Haryati binti Abdullah Timbalan Pendakwa Raya Pejabat Timbalan Pendakwa Raya Pahang No. 402, Tingkat 4, Mahkota Square Jalan Mahkota 25000 Kuantan, Pahang Darul Makmur Peguam OKT: Encik Ahmad Nizam bin Hamid Tetuan Sazali & Lim No. 15, Tingkat Atas Pusat Komersial Temerloh Jalan Dato’ Bahaman 3 28000 Temerloh, Pahang
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.