Lampiran
lampiran 4 muka surat 90 pdf. dan seterusnya): S/N T6nRfqq0ykeFJiXpgtCdKw NO. TARIKH ADVANCE REWARD AGREEMENT PROJEK ID NAMA PELANGGAN JUMLAH PENDAHULUAN DITERIMA DEFENDAN 1. 24.3.2017 SCI(M)1603- 101-FS(PC) TAN SZE CHIT RM3,000.00 2. 29.12.2017 SCI(M)17020 20®-FS(PC) NG SOO FEN RM2,538.42 3. 18.4.2018 SCI(M)1710- 146-FS(PC) SAT BIR KAUR A/P GINDER RM1,607.42 4. 26.4.2018 SCI(M)1704- 042®-FS(PC) RIDZUAN BIN RM16,040.10 5. 24.7.2018 SCI(M)1701- 002-FS RIDZUAN BIN RM10,000.00 Perlanggaran terma dan syarat Associate Agreement dan Advance Reward Agreement oleh Defendan. [7] Bagi tujuan kerja-kerja “Interior Design” ini termasuk renovasi, Encik Mohamed Ridzuan Bin Haja Mohidin telah menjadi pelanggan Plaintif (Responden) dengan menandatangani Agreement for Interior Design Work pada 24.3.2018 untuk jumlah kontrak RM793,704.26 di bawah projek ID SCI(M)1704-042®-FS(PC) di mana Defendan dilantik menguruskan projek tersebut. [8] Walau bagaimanapun, pada 10.10.2018 Defendan melalui suratnya bertarikh 10.09.2018 telah meletak jawatan dan menamatkan kontrak sebagai Associate Executive Designer dengan Plaintif (lihat: lampiran 4 S/N T6nRfqq0ykeFJiXpgtCdKw muka surat 75 pdf.). Defendan telah beralih dengan menjalankan pekerjaan sebagai Designer dengan satu syarikat bernama D’Cruz Interior Design Sdn Bhd yang menjalankan perniagaan sama seperti Plaintif. [9] Ini membawa kepada Defendan berjumpa dengan Encik Ridzuan (pelanggan Plaintif) dan isterinya pada sekitar lewat Januari 2019 dan awal Februari 2019 untuk menawarkan perkhidmatan kerja “carpentry” dengan menghantar “quotation” bertarikh 1.12.2019 atas syarikat D’Cruz Interior Design Sdn Bhd untuk projek yang sama yang dipersetujui En. Ridzuan bersama Plaintif. [10] Atas tawaran ini, mengakibatkan En. Ridzuan membatalkan kerja-kerja “carpentry” bernilai RM302,250.00 dari projek dengan Plaintif dan menandatangani satu Variation Order Form 3.2 untuk mengeluarkan kerja-kerja carpentry ini daripada projek Plaintif. [11] Selain fakta dan keterangan di atas yang telah membentuk satu dapatan oleh Hakim bicara, Mahkamah bicara juga mendapati wujud satu surat aduan bertarikh 3.1.2019 dari pelanggan Plaintif Ng Soo Fan yang mengadu perihal mutu kerja Defendan yang sama sekali tidak memuaskan dengan kerosakan pada kerja-kerja projek yang dijalankan Defendan. [12] Mahkamah bicara turut membuat penemuan bahawa terdapat tuntutan yang dibuat oleh Defendan terhadap Plaintif dan seorang lagi di Mahkamah Buruh pada 8.11.2018 bagi baki komisyen dan insentif berjumlah RM50,633.31 yang tidak dibayar Plaintif bagi projek yang S/N T6nRfqq0ykeFJiXpgtCdKw dikendalikan Plaintif. Tuntutan ini telah ditolak oleh Mahkamah Buruh dan rayuan ke Mahkamah Tinggi oleh Defendan juga telah ditolak. Dapatan Hakim bicara dan penemuan oleh Mahkamah ini [13] Terma kontrak “Associate Agreement”, memperuntukkan Defendan hanya berhak ke atas komisyen bagi setiap projek yang diuruskan setelah projek siap dan proses handover dilengkapkan oleh Defendan. Budi bicara Plaintif, walau bagaimanapun boleh dipohon untuk Defendan diberi pendahuluan komisyen bagi projek-projek yang masih belum siap dan proses handover yang belum dilengkapkan. Namun, ini tertakluk kepada Defendan bersetuju dan menandatangani “Advance Reward Agreement”. [14] Defendan telahpun bersetuju dengan syarat ini dan telahpun menandatangani “Advance Reward Agreement” ini dan menerima bayaran pendahuluan komisyen sebagaimana yang dinyatakan di para 6 Alasan Penghakiman ini dan Mahkamah bicara membuat dapatan bahawa fakta ini disokong oleh keterangan bukti dokumentar seperti berikut: No Tarikh “Advance Reward Agreement” Projek ID Nama Pelanggan Jumlah Pendahuluan diterima Defendan No. cek Bayaran Rujukan Salinan bayaran 1. 24.3.2017 SCI(M)1 603- TAN SZE CHIT RM3,000.00* Berdasar kiraan ialah: 230.65 327742 Lampiran 4 2. 29.12.2017 SCI(M)1 702020 ®- NG SOO FEN RM2,538.42 333631 S/N T6nRfqq0ykeFJiXpgtCdKw No Tarikh “Advance Reward Agreement” Projek ID Nama Pelanggan Jumlah Pendahuluan diterima Defendan No. cek Bayaran Rujukan Salinan bayaran 3. 18.4.2018 SCI(M)1 710- SAT BIR KAUR A/P GINDER RM1,607.42 335003 4. 26.4.2018 SCI(M)1 704- 042®- RIDZUAN BIN RM16,040.10 335011 5. 24.7.2018 SCI(M)1 701- 002-FS RIDZUAN BIN RM10,000.00 336272 JUMLAH: RM30,416.59 *RM3,000.00 adalah bayaran komisyen pendahuluan tetapi oleh kerana margin keuntungan adalah rendah, dan dengan bersandarkan perjanjian bahawa Defendan perlu mengekalkan margin keuntungan pada kadar 18%,1 maka Defendan perlu membayar lebihan komisyen yang dibayar dikira berjumlah RM230.65 (lihat para 15 alasan penghakiman ini di bawah dan muka surat 50 Ikatan C dan Nota Keterangan muka surat 410). [15] “Advance Reward Agreement” turut mengandungi syarat yang jelas dan nyata sepeti berikut: 1 Lihat mukasurat 20-22 ikatan C Klausa 2(d) dan (f) serta klausa 5(a) memperuntukkan seperti berikut: 2(d). “In the event that any projects result[s] in any losses, clause 3(a) above shall not apply. In such an event, you will be liable (1) for all such losses and (2) to the Company for an amount equivalent to 18% of the profit margin”. 2(f). “Company reserves the rights to take any action(s) against any project(s)/confirm sales pertaining to cancellation of contract(s)/complaint. In the event that the Company incurred costs expenses or deductions as a result of the cancellation of the contract or complaints from the customers, all such costs, expenses and deductions will be included as costs and expenses of the project before computation of the profits of the project. Associate shall be bound by any decision made by the Company”. 5(a). “In the event that any projects result[s] in any losses, you (associate) will be liable for all such losses. In the event that any projects result[s] in any losses, you will be liable (1) for all such losses and (2) to the Company for an amount equivalent to 18% of the profit margin”. S/N T6nRfqq0ykeFJiXpgtCdKw “I, hereby agreed the above advance amount to be progressively deducted from my upcoming project reward. In the event of resignation, I shall clear[ed](sync) all outstanding balance of the above advance amount before my last day of service in the company”. Adalah menjadi dapatan Hakim bicara dan dipersetujui oleh Mahkamah ini bahawa Defendan, dengan menandatangani perjanjian ini jelas tahu dan faham bahawa apa-apa bayaran pendahuluan komisyen adalah bersyarat kepada terma di atas. [16] Dakwaan Defendan yang timbul dan dibangkitkan semasa bicara bahawa dia dipaksa untuk bersetuju dengan syarat ini telah ditolak oleh Hakim bicara sebagai tidak munasabah dan “belated”, kerana tidak pernah dibangkitkan di dalam pliding ataupun dikemukakan semasa tuntutan di Mahkamah Buruh (lihat: Ranjit Kaur a/p S Gopal Singh v Hotel Excelsior (M) Sdn Bhd [2009] 5 MLJ 770). Mahkamah ini berpendapat tiada apa-apa yang khilaf berhubung dapatan ini. [17] Hakim bicara juga menerima penjelasan Plaintif bahawa terma dan syarat dalam “Advance Reward Agreement” ini adalah adil dan wajar mengambil kira kos dan perbelanjaan sesuatu projek. Syarat ini juga bertujuan memenuhi keperluan jika berlaku keadaan pendahuluan komisyen diberi kepada seorang associate tetapi kemudiannya menghilangkan diri, yang akan mengakibatkan syarikat menanggung kos dan kerugian yang lebih besar. [18] Oleh itu, penemuan fakta oleh Hakim bicara bahawa Defendan ialah seorang kontraktor bebas yang mendapat bayaran komisyen dengan S/N T6nRfqq0ykeFJiXpgtCdKw pengetahuan bahawa komisyen hanya akan dikeluarkan setelah projek siap sepenuhnya, disokong oleh fakta-fakta di atas. [19] Tuntutan Plaintif pula dibenarkan oleh Hakim bicara setelah membuat dapatan bahawa Defendan telah menerima komisyen pendahuluan tetapi apabila Defendan meletak jawatan pada 10.10.2018, Defendan telah gagal membayar semula pendahuluan komisyen berjumlah RM30,416.59. Ini adalah satu perlanggaran terma perjanjian “Advance Reward Agreement”, satu dapatan yang dipersetujui oleh Mahkamah ini. [20] Oleh itu, keputusan Hakim bicara yang membenarkan tuntutan Plaintif berjumlah RM243,721.62 adalah berdasarkan kepada kiraan seperti berikut: ASAS TUNTUTAN JUMLAH (RM): Pembatalan kerja carpentry oleh pelanggan untuk Projek ID SCI(M)1704-02-FS (CARPENTRY WORKS) *lihat: lampiran 5 muka surat 27 pdf. kenyataan saksi SP2 General Manager *lihat: lampiran 4 muka surat 209 pdf. perjanjian dan quotation “Budgetary Carpentary Quotation” berjumlah: Ground floor: RM137,420.00 First floor : RM152,830.00 Attic floor : RM 12,000.00 RM302,250.00 60,450.00* Mengikut kiraan: RM302,250.00 X20% profit margin (RM302,250.00 adalah jumlah “budgetary carpentary quotation di bawah perjanjian) (20% adalah berdasarkan klausa B(vii) “Payment Terms” yang memperuntukkan “in the event that the Client chooses to cancel the Renovation Contract Agreement prior to the commencement of the Works, the deposit paid shall be forfeited to the Contactor. In addition, the Client shall be liable to the Contractor for an administrative fee equivalent to 20% of the Contract sum” S/N T6nRfqq0ykeFJiXpgtCdKw Bayaran komisyen pendahuluan perlu dibayar balik atas kiraan margin keuntungan yang sepatutnya diterima 18% sebagaimana syarat perjanjian: *Untuk (a): lihat para 14 alasan penghakiman ini; *Untuk (b): lihat lampiran 4 muka surat 259 pdf.; dan Lihat: lampiran 8 muka surat 26 pdf. kiraan kegagalan mencapai profit margin dikira atas 18% a. Pendahuluan komisyen yang diterima: 30,416.59;* b. Pelanggan Ho Bee: 833.53;* Jumlah: 31,250.12 31,250.12 Kerugian atau kos projek di bawah ID No. SCI(M)1704- 042-FS pelanggan Mohamed Ridzuan Bin Haja Mohidin *(lihat: para (34) alasan penghakiman Hakim bicara berhubung pembuktian kiraan, dan perkiraan ini dipersetujui Mahkamah dalam mendengar rayuan ini) *lihat: lampiran 5 muka surat 20 dan 25 pdf. kenyataan saksi SP2 General Manager Projek ID SCI(M)1704-0-42- FS “Cost incurred: RM1,264,185.91 Payment received: RM1,112,164.41 Difference: RM152,021.50 (RM60,450.00 + RM152,021.50= RM212,471.50 152,021.50* Jumlah 243,721.62 S/N T6nRfqq0ykeFJiXpgtCdKw Fakta dan keterangan yang disandarkan Hakim bicara dalam pembuktian tuntutan Plaintif [21] Isu-isu yang dibangkitkan oleh Perayu semasa rayuan ini ialah isu yang sama dan ia melibatkan dapatan fakta Hakim Bicara. Kuasa Mahkamah yang mendengar rayuan berdasarkan kes otoriti yang diputuskan oleh Mahkamah atasan, adalah terhad atas ujian jika berlaku ‘no judicial appreciation of the evidence’ yang menjadikan keputusan Hakim Bicara ‘plainly wrong’. Ini sebagaimana yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan di dalam kes Ng Hoo Kui & Anor v Wendy Tan Lee Peng [2020] 12 MLJ 67 yang dirujuk oleh Perayu sendiri di dalam hujahannya. Kes ini turut merujuk kepada kes-kes Mahkamah Persekutuan yang terdahulu (lihat:Tengku Dato’ Ibrahim Petra bin Tengku Indra Petra v Petra Perdana Bhd and another appeal [2018] 2 MLJ 177 (FC), Gan Yook Chin (P) & Anor v Lee Ing Chin @ Lee Teck Seng & Ors [2005] 2 MLJ 1 (FC). [22] Manakala bagi dapatan Mahkamah bicara hasil daripada membuat inferens berdasarkan fakta, rujukan kepada kes Azman bin Mahmood & Anor v SJ Securities Sdn Bhd [2012] 6 MLJ 1 (FC) berhubung kuasa Mahkamah yang mendengar rayuan membuat intervensi ke atas dapatan Mahkamah bicara ini, Mahkamah Persekutuan memutuskan inferen yang betul hendaklah dibuat atas keterangan yang diakui oleh kedua-dua pihak dan ini boleh dilihat daripada keterangan dokumentar yang turut disokong oleh keterangan saksi. [23] Oleh itu, proses yang perlu dibuat oleh Mahkamah ini yang mendengar rayuan ialah untuk melihat jika analisa Mahkamah ini boleh membawa kepada satu keputusan bahawa hakim bicara telah mencapai keputusan yang nyata salah dari segi dapatannya. Ini bermaksud tiada S/N T6nRfqq0ykeFJiXpgtCdKw forum yang munasabah akan mencapai keputusan yang sama seperti yang diputuskan oleh Hakim bicara dengan mengambil kira keseluruhan keterangan yang telah diterima masuk (admissible evidence). Jawapan Mahkamah ini ialah tiada apa-apa alasan yang memerlukan ‘appellate intervention’ dan dengan itu, rayuan ini ditolak dan keputusan Hakim bicara dikekalkan. [24] Atas analisa kes Plaintif dan Defendan, Mahkamah ini membuat dapatan bahawa tiada apa-apa dapatan Hakim bicara yang ‘plainly wrong’ untuk menjustifikasikan apa-apa ‘appellate intervention’ sebagaimana yang diputuskan oleh otoriti kes Mahkamah Persekutuan yang dirujuk dalam alasan penghakiman ini. Ini termasuk keputusan Hakim bicara untuk menerima masuk dokumen surat aduan pelanggan Ng Foo Sen terhadap mutu kerja Defendan yang asalnya ditanda sebagai “ID” tetapi telah dirujuk dan dijelaskan oleh saksi Plaintif dan sepina ke atas saksi Ng Foo Sen ini telah dipohon dan cubaan serahan dibuat tetapi gagal. [25] Dengan memakai peruntukan seksyen 73A Akta Keterangan 19502 serta bersandarkan kes otoriti (lihat: Ahmad Abid Abdul Hamid v 2 Section 73A. Admissibility of documentary evidence in civil cases, etc. (1) Notwithstanding anything contained in this Chapter, in any civil proceedings where direct oral evidence of a fact would be admissible, any statement made by a person in a document and tending to establish that fact shall, on production of the original document, be admissible as evidence of that fact if the following conditions are satisfied: (a) if the maker of the statement either- (i) had personal knowledge of the matters dealt with by the statement; or (ii) where the document in question is or forms part of a record purporting to be a continuous record, made the statement (so far as the matters dealt with thereby are not within his personal knowledge) in the performance of a duty to record information supplied to him by a person who had, or might reasonably be supposed to have had, personal knowledge of those matters; and (b) if the maker of the statement is called as a witness in the proceedings: S/N T6nRfqq0ykeFJiXpgtCdKw Subangi Munusamy [2015] MLRHU 1132 dan IJM Corporation Berhad v Zamri Haji Ibrahim & Anor [2014] 3 MLRA 549), Mahkamah bicara memutuskan menandakan ID27 sebagai P27. Mahkamah ini juga berpendapat tiada kekhilafan yang telah berlaku kerana keputusan Hakim bicara ini disokong oleh suatu peruntukan undang-undang. [26] Atas alasan-alasan ini, rayuan ini ditolak dan keputusan Hakim bicara dikekalkan. -Tandatangan- (NURULHUDA NUR’AINI BTE MOHAMAD NOR) Hakim Mahkamah Tinggi Malaya Johor Bahru Bertarikh: 16.1.2025 Provided that the condition that the maker of the statement shall be called as a witness need not be satisfied if he is dead, or unfit by reason of his bodily or mental condition to attend as a witness, or if he is beyond the seas and it is not reasonably practicable to secure his attendance, or if all reasonable efforts to find him have been made without success. (2) In any civil proceedings, the court may at any stage of the proceedings, if having regard to all the circumstances of the case it is satisfied that undue delay or expense would otherwise be caused, order that such a statement as is mentioned in subsection (1) shall be admissible as evidence or may, without any such order having been made, admit such a statement in evidence- (a) notwithstanding that the maker of the statement is available but is not called as a witness; and (b) notwithstanding that the original document is not produced, if, in lieu thereof, there is produced a copy of the original document or of the material part thereof certified to be a true copy in such manner as may be specified in the order or as the court may approve, as the case may be. (3) … S/N T6nRfqq0ykeFJiXpgtCdKw KAUNSEL Bagi pihak Perayu: Nur’Aini binti Mohammed Tetuan Zulkiflee Othman & Co Peguambela & Peguamcara Bilik 5D, Tingkat 5, Bangunan Foh Chong No. 66 Jln Ibrahim 80888 International Ibrahim Business District Johor Bahru Bagi pihak Responden: Azmi bin Azahar Tetuan Azmi Azahar Peguambela & Peguamcara No. 7 Jln Padi Mahsuri 12 Bandar Baru UDA 81200 Johor Bahru S/N T6nRfqq0ykeFJiXpgtCdKw