Content
Penghakiman Page 1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN RAYUAN JENAYAH NO: BA-42S-8-03/2023 (Dalam Mahkamah Sesyen Sepang Kes Tangkap No: BK-62D-18-03/2023) ANTARA SAWINDRAN A/L SUBRAMANIAM … PERAYU DAN PENDAKWA RAYA ... RESPONDEN PENGHAKIMAN PENDAHULUAN [ 1 ] Perayu pada asalnya dituduh di Mahkamah Sesyen Sepang atas tuduhan di bawah seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 39C(1) Akta yang sama. Perayu telah mengaku salah pada tarikh pertama dituduh iaitu 3 Mac 2023 di mahkamah dan dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun dari tarikh tangkap 2 Mei 2023 dengan satu sebatan dan perintah pengawasan selama dua tahun selepas tamat menjalani hukuman penjara. S/N fLRCddn/q0SkzADFuuyScw Penghakiman Page 2 [ 2 ] Perayu yang tidak berpuas hati telah merayu ke Mahkamah Tinggi dan rayuannya telah didengar pada 28.11.2023. Mahkamah telah menolak rayuan Perayu dan mengekalkan sabitan dan hukuman Hakim Mahkamah Sesyen (“HMS”) yang bijaksana. Perayu telah memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi tersebut. [ 3 ] Tuduhan terhadap Perayu adalah seperti di bawah - “Bahawa kamu pada 28/09/2022 jam lebih kurang 12.35 pagi, di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Kuala Langat, dalam Daerah Kuala Langat, dalam Negeri Selangor Darul Ehsan telah didapati kamu memasukkan dadah berbahaya jenis Morphine ke dalam diri kamu. Oleh yang demikian kamu telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan kamu boleh dihukum di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta yang sama dan dibaca bersama Seksyen 38B Akta yang sama. Dan selanjutnya bahawa kamu sebelum melakukan kesalahan tersebut pada 28/09/2022, pada 09/03/2006, 28/07/2008, 08/06/2009, 27/06/2011 (2 pertuduhan), 16/10/2019 dan 18/05/2020 telah disabitkan di Mahkamah Majistret Telok Datok dengan tujuh kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 seperti di Lampiran 2, iaitu memberikan diri sendiri dadah berbahaya ke dalam badan kamu yang sabitannya masih lagi berkuatkuasa dengan sepenuhnya dan bahawa kamu adalah dengan ini boleh ditambahkan hukuman di bawah seksyen 39C(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan juga dihukum di bawah seksyen 38B Akta yang sama.” FAKTA KES PENDAKWAAN [ 4 ] Ujian urin telah dibuat ke atas Perayu pada 28.9.2022 jam 12.35 pagi di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, IPD Kuala Langat, Selangor S/N fLRCddn/q0SkzADFuuyScw Penghakiman Page 3 oleh Inspektor Mohd Khairul Ismail bin Rodzlan dan didapati positif dadah jenis Opiate. Setelah dimaklumkan hasil ujian saringan urin tersebut, Perayu telah ditangkap. [ 5 ] Botol berisi sampel urin Perayu telah dihantar untuk analisa ke Makmal Dadah, Jabatan Patologi, Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang. Hasil analisa mengesahkan urin Perayu mengandungi dadah jenis Morphine yang disenaraikan dalam Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952 (“ADB 1952”). [ 6 ] Sebelum pertuduhan ini, Perayu pernah disabitkan dengan tujuh kesalahan di bawah seksyen 15(1)(a) ADB 1952 seperti disenaraikan dalam Fakta Kes di ms. 5 dan 6, RR, Jilid 3.