Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: DA-A52NCC-46-10/2022 ANTARA SEALAND COLDSTORAGE (M) SDN. BHD. (No. Pendaftaran Syarikat: 926533-X) . . . PLAINTIF DAN GELOMBANG SEAFOOD MARKETING SDN BHD (No. Pendaftaran Syarikat: 201101026110 (954246-M)) . . . DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN A. LATAR BELAKANG Pernyataan Tuntutan [1] Pada 17/10/2022 Plaintif telah memfailkan writ saman dan pernyataan tuntutan terhadap Defendan. Tuntutan Plaintif (Penjual) adalah bagi mendapatkan jumlah tunggakan harga barangan yang telah dibekalkan kepada Defendan iaitu produk hasil laut sebanyak RM147,519.30 untuk invois dari tarikh 3/7/2020 hingga 7/8/2020. Pernyataan Pembelaan [2] Pada 29/11/2022 Defendan telah memfailkan pernyataan pembelaan dan pada 10/8/2023 Defendan telah memfailkan pernyataan pembelaan terpinda. Pembelaan Defendan secara ringkasnya adalah seperti yang berikut: