Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR (BAHAGIAN JENAYAH) PERMOHONAN JENAYAH NO.: WA-44-60-06/2024 ANTARA SEEMA ELIZABETH ISOY ...PEMOHON (NO. K/P : 670719-03-5160) DAN PENDAKWA RAYA
WA-44-60-06/2024
High Court of Malaysia25 Sept 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
What the court ordered
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR (BAHAGIAN JENAYAH) PERMOHONAN JENAYAH NO.: WA-44-60-06/2024 ANTARA SEEMA ELIZABETH ISOY ...PEMOHON (NO. K/P : 670719-03-5160) DAN PENDAKWA RAYA
1
Permohonan ini difailkan bagi mendapatkan perintah mengenepikan dan/atau membatalkan pertuduhan di bawah seksyen 403 Kanun Keseksaan atas alasan pertuduhan ini tidak berasas, dilakukan dengan niat jahat (mala fide) dan ia tidak mendedahkan sebarang kesalahan yang diketahui oleh undang-undang sepertimana Kandungan [1] Notis Permohonan. S/N uvYvszt1dkWjNYzlP7fYjw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 2
2
Pemohon dalam kes ini dituduh menyalahgunakan harta iaitu wang milik Waldof & Windsor Management Corporation (WWMC) berjumlah RM81,806.65 pada 23.12.2019, iaitu: “Bahawa kamu pada 23/12/2019, di B-22-20, Windsor Tower, 62, Jalan Sri Hartamas 1, Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur di dalam Daerah Brickfields, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dengan curangnya telah menyalahgunakan wang milik Waldorf & Winsor Management Corporation berjumlah RM81,806.65 yang mana kamu tahu wang tersebut bukan milik kamu, oleh itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 403 Kanun Keseksaan”.
3
Kedua-dua pihak telah memfailkan hujahan bertulis masing-masing dan bersetuju yang Mahkamah ini sememangnya mempunyai bidangkuasa/kuasa sedia ada (inherent jurisdiction) untuk mendengar permohonan ini dan sewajarnya hanya digunapakai dalam keadaan khusus sahaja (special circumstances).
4
Oleh itu, saya tidak bercadang untuk membincangkan isu ini dengan lebih lanjut di sini mencukupi sekadar membuat rujukan kepada kes Karpal Singh v PP [1991] 2 MLJ 544 dan Ahmad Zubair @ Ahmad Zubir bin Hj Murshid v Public Prosecutor [2014] 6 MLJ 831.
5
Permohonan untuk membatalkan/mengenepikan pendakwaan terhadap Pemohon dibuat berasaskan kepada 3 alasan, iaitu: S/N uvYvszt1dkWjNYzlP7fYjw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 3
5
5.1 Pertuduhan terhadap Pemohon adalah tidak berasas di mana pertuduhan yang dipertuduhkan tidak mempunyai asas;
5
5.2 Tidak wujud sebarang penyalahgunaan harta dan niat tidak jujur di pihak Pemohon; dan 5.3 Pertuduhan dilakukan dengan mala fide terhadap Pemohon. [6] Sebelum permohonan ini didengar, pihak pendakwaan telah mengemukakan bantahan awal dan berhujah bahawa permohonan Pemohon adalah satu tindakan penyalahgunaan proses Mahkamah dan permohonan ini adalah pra-matang. [7] Saya memutuskan untuk mendengar kedua-dua permohonan daripada Pemohon dan bantahan awal oleh pihak pendakwaan secara bersekali. [8] Setelah mendengar hujah daripada keda-dua pihak, saya telah menolak bantahan awal oleh pihak pendakwaan dan membenarkan permohonan Pemohon untuk membatalkan pertuduhan terhadapnya. [9] Berikut adalah alasan saya:
9
9.1 Pihak pendakwaan telah memetik seksyen 173(g) Kanun Tatacara Jenayah (KTJ) sebagai asas kepada bantahan awal yang dikemukakan. Turut dihujahkan juga bahawa permohonan ini sewajarnya dibuat di Mahkamah di mana Pemohon dituduh kerana peruntukan ini membenarkan Mahkamah berkenaan untuk membuat keputusan sama ada pertuduhan yang dikenakan adalah berasas atau sebaliknya. S/N uvYvszt1dkWjNYzlP7fYjw
9
9.2 Saya memutuskan yang tiada sebab ataupun alasan untuk menghalang Pemohon membuat permohonan ini di Mahkamah Tinggi memandangkan perbicaraan masih belum dimulakan. Pada hemat saya, peruntukan seksyen 173(g) Kanun Tatacara Jenayah (KTJ) hanya terpakai apabila perbicaraan telah bermula dan di sepanjang perbicaraan itu, sebelum pihak pendakwaan menutup kesnya, pihak pembelaan mempunyai alasan ataupun kepercayaan bahawa keterangan yang dikemukakan tidak menunjukkan sebarang kesalahan berlaku.
9
9.3 Atas alasan ini, saya menolak bantahan awal pihak pendakwaan. [10] Bagi permohonan Pemohon pula, merujuk alasan di para 5.3, saya mendapati tiada sebarang keterangan yang dikemukakan yang boleh menyokong dakwaan ini. Keputusan untuk mengemukakan sebarang pertuduhan terletak di bahu Pendakwa Raya dan bukannya Pegawai Penyiasat ataupun badan yang melakukan siasatan. [11] Dalam kesemua afidavit sokongan dan jawapan yang ada di hadapan Mahkamah pada hari ini, dakwaan bahawa Pegawai Penyiasat didorong atau ditekan untuk membuka semula siasatan terhadap Pemohon bukanlah urusan Pendakwa Raya. Sebaliknya Pendakwa Raya hanya membuat keputusan secara bebas dan setelah membuat kajian dan pertimbangan yang sewajarnya. [12] Adalah tiada keperluan di sini untuk saya mengulas lebih lanjut tentang kuasa dan budi bicara yang ada di tangan Pendakwa Raya S/N uvYvszt1dkWjNYzlP7fYjw mengenai hal ini kerana prinsip ini amat jelas termaktub dalam Perlembagaan dan Kanun Tatacara Jenayah (KTJ). [13] Bagi alasan 5.1 dan 5.2 pula, akan saya bincangkan secara bersama di sini. [14] Pemohon merupakan salah seorang Ahli Jawatankuasa Waldorf & Windsor Management Corporation (WWMC). Dalam kedudukannya itu, Pemohon telah menggunakan khidmat guaman untuk menangani isu yang timbul berkaitan tindakan yang telah diambil. Yuran guaman sebanyak RM81,806.65 telah dibayar oleh Pemohon menggunakan perbelanjaannya sendiri dan kemudiannya telah dibayar balik kepadanya oleh WWMC. [15] Menurut afidavit sokongan oleh Pemohon, di muka surat 12-16 yang merujuk kepada minit mesyuarat agung tahun 2019 di dalam lampiran eksibit SEL-1, jelas bahawa satu resolusi yang membenarkan pihak pengurusan membayar balik kos yang ditanggung oleh Ahli Jawatankuasa telah diluluskan. [16] Dalam minit yang sama, dapat dilihat yang seorang individu bernama Jack Long Chee Seng telah tidak bersetuju dengan usul ini. Namun begitu, usul ini telah diluluskan dalam mesyuarat agung dengan 37 undi menyokong dan 10 membantah. [17] Perkara ini telah dibawa kepada perhatian Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) selaku Commissioner of Buildings Kuala Lumpur di mana melalui surat jawapan seperti di lampiran SEI-4 dan SEI-5 dalam afidavit S/N uvYvszt1dkWjNYzlP7fYjw Pemohon dapat dilihat yang pihak DBKL tidak menemui apa-apa kesalahan atau ketidakpatuhan dalam pembayaran ini. [18] Selain daripada itu, dapat juga dibuktikan yang bayaran ini dibuat oleh pihak ketiga iaitu Crest Management Corporation yang merupakan Pengurus Bangunan yang bebas tanpa melibatkan Pemohon. [19] Bidang kuasa yang diberikan kepada Mahkamah adalah untuk memastikan supaya tidak berlaku sebarang ketidakadilan terhadap mana-mana individu yang menghadapi pertuduhan di Mahkamah dan saya berpendapat, dalam kes ini adalah sesuatu yang bertepatan untuk bidang kuasa ini digunapakai.
para
[20] Berdasarkan apa yang dinyatakan di atas, permohonan Pemohon di Kandungan [1] untuk membatalkan tuduhan di bawah seksyen 409 Kanun Keseksaan yang dikenakan terhadapnya adalah dibenarkan. Bertarikh : 14 Mei 2026 (AZHAR BIN ABDUL HAMID) Hakim Mahkamah Tinggi Jenayah (7) Kuala Lumpur S/N uvYvszt1dkWjNYzlP7fYjw Pihak-Pihak:- Bagi pihak Pemohon : Datuk C. Vignesh Kumar & Rubanyah Sedopathy Tetuan Vignesh Kumar & Associates Bagi pihak Responden/ : Goh Ai Rene Pendakwa Raya Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Peguam Negara S/N uvYvszt1dkWjNYzlP7fYjw
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.