Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM (RAYUAN SIVIL NO.: DA-11A-06-09 TAHUN 2017) DI ANTARA SEH SOO THOO … PERAYU/PLAINTIF (NO. K.P.: 530322-03-5010/7664980)
DA-11A-06-09 TAHUN 2017
High Court of Malaysia26 Apr 2018
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM (RAYUAN SIVIL NO.: DA-11A-06-09 TAHUN 2017) DI ANTARA SEH SOO THOO … PERAYU/PLAINTIF (NO. K.P.: 530322-03-5010/7664980)
1
KUA CHAI ENG
2
LOW WAN HER (NO. K.P.: 420709-71-5283/7697830) … RESPONDEN-RESPONDEN/DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN [Interlokutari – Membatalkan Writ Saman dan Penyata Tuntutan
a
(A) LATAR BELAKANG [1] Plaintif telah membuat tuntutan terhadap Defendan supaya mengembalikan wang deposit berjumlah RM20,000.00 sebagai deposit pembelian satu hartanah daripada Defendan. Namun, 2 Defendan telah gagal menyerahkan harta tersebut kepada Plaintif. Justeru Plaintif telah membuat tuntutan ini dan juga ganti rugi lain. Tindakan Plaintif tersebut difailkan pada 21.11.2016 di Mahkamah Majistret. [2] Di dalam prosiding di Mahkamah Majistret, Defendan telah memohon supaya Writ Saman dan tuntutan Plaintif dibatalkan di bawah Aturan 18 Kaedah 19, Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 2012 (striking out). Majistret telah membenarkan permohonan tersebut. [3] Tidak berpuashati dengan keputusan tersebut, Plaintif telah mengemukakan rayuan kepada Mahkamah ini. Setelah mendengar hujahan kedua-dua pihak, Mahkamah ini telah membenarkan permohonan Plaintif untuk mengenepikan keputusan Majistret tersebut, dengan kos sebanyak RM2,000.00. [4] Ini merupakan alasan-alasan terhadap keputusan tersebut.
b
(B) FAKTA KES [5] Pada sekitar tahun 2010 Plaintif bersetuju untuk membeli daripada Defendan satu premis yang terletak dalam No. Hakmilik No. PM 3, Lot 3538, Mukim Wakaf Delima, Kampung Wakaf Bahru Kelantan pada harga RM200,000.00. 3 [6] Plaintif telah membayar sejumlah RM20,000.00 melalui cek pada 19.8.2010 kepada Defendan sebagai deposit bagi keseluruhan harga tersebut. [7] Pihak-pihak telah meminta Tetuan Wong Yam Kah untuk menyediakan perjanjian jual beli antara mereka namun Plaintif tidak bersetuju terhadap terma-terma yang ditetapkan di dalam deraf perjanjian dan meminta Peguam tersebut untuk memindanya. [8] Plaintif seterusnya telah dimaklumkan oleh pihak Peguam bahawa deraf perjanjian tersebut telah hilang. [9] Oleh kerana perjanjian jual beli tersebut tidak dapat dimeterai, Plaintif telah melalui Peguamnya menuntut dari Defendan agar wang depositnya dikembalikan. Namun, Defendan menyatakan bahawa Plaintif sebenarnya ingkar untuk menandatangani perjanjian tersebut dan oleh kerana tuntutan Plaintif telah melebihi enam bulan maka wang deposit tersebut telah dirampas. [10] Defendan seterusnya melalui Peguamnya telah memohon kepada Mahkamah melalui Notis Permohonan di bawah Aturan 18, Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 untuk membatalkan tindakan Plaintif atas alasan tindakan tersebut telah melebihi had masa enam tahun. Majistret telah membenarkan permohonan Defendan-Defendan dan membatalkan tindakan Plaintif. Plaintif seterusnya telah merayu ke Mahkamah ini. 4
c
(C) PENGANALISAAN DAN DAPATAN MAHKAMAH INI [11] Adalah menjadi undang-undang yang mantap bahawa permohonan untuk "striking out" hanya boleh dibenarkan di dalam kes yang jelas dan nyata serta tidak dapat dipertahankan (plain and obvious) sebagaimana yang diputuskan di dalam kes Bandar Builder Sdn Bhd & Ors v. United Malayan Banking Berhad [1993] 4 CLJ 7; [1993] 3 MLJ 36. [12] Tugas Plaintif di dalam kes 'striking out' ialah membuktikan bahawa adanya kausa tindakan yang munasabah terhadap Defendan-Defendan dan perbicaraan perlu diteruskan kerana terdapat isu-isu yang perlu dibicarakan. Sekiranya pun, kausa tindakan tersebut adalah lemah dan tidak mempunyai prospek untuk berjaya namun selagi terdapat isu-isu yang layak dibicarakan atau isu-isu yang membawa kausa tindakan yang munasabah terhadap Defendan-Defendan maka permohonan 'striking out' tidak sewajarnya dibenarkan sepertimana yang diputuskan di dalam kes Abu Bakar Bin Haji Yusuf v. Mohamed Hamzah Bin Hanapiah & Anor [1978] 1 LNS 2; [1978] 2 MLJ 78 seperti berikut: "As a general rule it is only in plain and obvious cases that recourse should be had to this summary procedure. The mere fact that the case is weak and unlikely to succeed is no ground for striking out a pleading". 5 [13] Di dalam kes di hadapan Mahkamah sekarang, isu yang dibangkitkan Defendan ialah tiada kausa tindakan yang wujud lagi kerana tindakan Plaintif adalah di luar had masa. Tugas Plaintif adalah untuk membuktikan bahawa adanya kausa tindakan yang munasabah terhadap Defendan dan perbicaraan perlu diteruskan. [14] Setelah mendegar hujahan kedua-dua pihak, Mahkamah berpendapat isu had masa ini perlu diteliti secara mendalam. [15] Ke arah itu, Mahkamah telah meneliti secara judicial appreciation of evidence, dan memutuskan seperti di bawah:
i
(I) Bilakah kausa tindakan Plaintif terakru? [16] Di dalam menentukan Plaintif telah melebihi had masa tindakan, Mahkamah perlu menilai bilakah tempoh 6 tahun tersebut bermula. Majistret telah gagal membuat penelitian terperinci. Ini kerana tempoh 6 tahun tersebut dianggap bermula dari tarikh kausa tindakan terakru. Di dalam kes ini, terdapat beberapa tarikh yang diplidkan oleh pihak-pihak. [17] Persoalan seterusnya ialah adakah ianya bermula dari tarikh cek dikeluarkan iaitu pada 19.8.2010 (telah tamat 6 tahun), atau tarikh cek tersebut ditunaikan iaitu pada 6.9.2010 (telah tamat 6 tahun) atau pada tarikh Peguam Defendan menerima surat dari Plaintif. Malahan Plaintif telah 2 kali menulis surat kepada Peguam Defendan bertanyakan berkenaan deposit tersebut. Ini semua pada 6 pandangan Mahkamah menunjukkan bahawa terdapat isu-isu yang perlu diselesaikan dengan memanggil saksi-saksi untuk memberi keterangan. Di dalam erti kata lain satu perbicaraan penuh perlu diadakan. [18] Selain itu, Peguam Defendan menyatakan bahawa kausa tindakan bermula dari tarikh perjanjian lisan iaitu pada 19.8.2010 namun pada pandangan Mahkamah sekiranya benar wujud perjanjian lisan pada tarikh itu ianya bukanlah titik permulaan kausa tindakan Plaintif. Oleh itu, saksi-saksi perlu dipanggil untuk mengesahkan fakta ini. [19] Oleh kerana tarikh kausa tindakan Plaintif terakru hanya boleh disahkan melalui keterangan saksi-saksi maka Mahkamah berpendapat satu perbicaraan penuh wajar diadakan. Justeru itu, Majistret tidak sepatutnya membatalkan Writ Saman dan Penyata Tuntutan Plaintif ini.
II
Adakah perjanjian tersebut perjanjian yang sah di antara pihak-pihak? [20] Selain dari isu kausa tindakan di atas, Mahkamah juga berpandangan di dalam kes ini, perjanjian jual beli yang dikatakan wujud antara pihak-pihak bukanlah perjanjian yang sah. Ini kerana jika dirujuk di dalam perjanjian tersebut tiada tarikh yang ditetapkan. Malahan Plaintif masih lagi belum menandatangani perjanjian tersebut. Oleh itu, Mahkamah berpandangan untuk Defendan 7 menguatkuasakan klausa di dalam perjanjian tersebut dan mengatakan bahawa deposit Plaintif telah dirampas, ianya adalah pra matang. [21] Peguam Responden/Defendan juga menyatakan bahawa berdasarkan perjanjian tersebut Plaintif hanya mempunyai tempoh enam bulan dari tarikh perjanjian tersebut untuk menyelesaikan bayaran sekiranya tidak, deposit akan dirampas. Namun tiada tarikh yang dinyatakan pada perjanjian tersebut. [22] Selain dari itu, untuk menguatkuasakan perjanjian tersebut, Mahkamah berpendapat bahawa ianya perlu disetemkan sepertimana diperuntukkan di bawah Akta Setem.
d
(D) KESIMPULAN [23] Di atas alasan-alasan di atas, Mahkamah berpendapat Majistret telah tersilap apabila membenarkan permohonan untuk membatalkan Writ Saman dan Penyata Tuntutan ini. [24] Justeru itu, rayuan Plaintif dibenarkan dengan kos sebanyak RM2,000.00. Keputusan Majistret dengan itu diketepikan. 8 Tarikh: 28 Disember 2018 (DATO’ AHMAD BIN BACHE) Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Peguamcara Plaintif/Perayu: Cik Casie Chua Suan Cheng, Tetuan SC Chua and Co, PT 108, Tingkat 1, Seksyen 9, Jalan Wakaf Mek Zainab, Kg. Paya Purnama, 15300 Kota Bharu, Kelantan. Peguamcara Defendan/Responden: Pn. Siti Nor binti Mohd. Ghazali Tetuan Wong Yam Kah & Co, 3818, Jalan Hamzah, 15050 Kota Bharu, Kelantan.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.