Content
1
DA-33-1-01/2022
High Court of Malaysia29 Oct 2023
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“edua dan anak bongsu dalam jagaan Responden. [40] Dalam membuat keputusan bagi tuntutan ini, saya merujuk kes-kes berikut sebagai panduan: Thavamani Deve Govindasamy v N. Sugumaran Neelmehan & Anor [1995] MLRH 679: “[13] The father as guardian, would normally have custody of the child, unless the mother can show the fa”
“ted the wife during the duration of their marriage, the parties earning capabilities and whether the divorce would have affected the husband's position financially”. Tan Kok Sung v Yap Sew Moy & Ors [2015] MLRU 1976: [4] Further s 78 of the LRA provides that in assessing the amount of maintenance to be paid by a man to”
“tuk mendapat nafkah kewangan dari Responden. Malah jika Pempetisyen mempunyai pekerjaan pun, dia masih layak mendapat nafkah tersebut. Ini telah diputuskan dalam kes-kes: Loh Poh Yee v Ang Hua Keong [2018] MLRHU 1256: “[49] Currently, the petitioner is gainfully employed, but that could not preclude her from claiming m”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1
1
Pempetisyen (isteri) memfailkan petisyen penceraian ini bagi mendapatkan (antara lain) perintah pembubaran perkahwinan, nafkah bulanan dirinya serta anak-anak, hak penjagaan anak dan harta sepencarian dari Responden (suami).
2
Pempetisyen dan Responden telah berkahwin secara sah pada 12.12.2014 di Pertubuhan Penganut Tokong Mek, Tin Hin Kong, Kota Bharu, Kelantan (selepas ini dipanggil “Perkahwinan Tersebut”).
3
Selepas berkahwin, kedua-dua mereka tinggal bersama di sebuah rumah beralamat PT 631, Taman Sri Kutan, Kampung Kutan, Wakaf Bharu, Kelantan (selepas ini dipanggil “Rumah Matrimonial”). Mereka telah dikurniakan dengan tiga orang anak iaitu Chua Sher Ling (Perempuan – berumur 6 tahun), Chua Yu Xuan (Perempuan – 2 tahun) dan Chua Chong Bao (Lelaki – 1 tahun).
4
Sepanjang Perkahwinan Tersebut, Pempetisyen pernah bekerja sebagai seorang pereka grafik. Manakala Responden pula adalah pencari rezeki utama kepada keluarga ini. Responden juga telah membelikan Pempetisyen sebuah kenderaan MPV Mazda CX5 untuk kegunaan Pempetisyen dan didaftarkan atas nama Pempetisyen.
5
Anak ketiga mereka (bongsu) dilahirkan pramatang pada 25.6.2020 i.e. dalam tempoh kandungan 25 minggu dan disahkan mengidap penyakit paru instrisil (childhood interstitial lung disease). Anak tersebut telah dimasukan ke wad penjagaan intensif bayi (NICU) di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan (selepas ini dipanggil “HUSM”) dan selepas itu dipindahkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu, Kelantan (selepas ini dipanggil “HRPZ2”).
6
Pempetisyen telah keluar dari Rumah Matrimonial bersama anak sulongnya pada bulan Jun 2021 dan menyewa sebuah rumah lain. Anak kedua dan ketiga kini tinggal bersama-sama dengan Responden.
7
Sepanjang Perkahwinan Tersebut, terdapat beberapa harta alih dan tak alih yang didaftarkan atas nama Responden iaitu lima (5) buah hartanah, dua (2) buah syarikat dan dua (2) buah kenderaan.
8
Isu-isu yang perlu diputuskan mahkamah dalam perbicaraan ini adalah:
i
apakah yang menyebabkan Perkahwinan Tersebut pecah belah dan tidak dapat dipulihkan lagi.
II
(ii) sama ada Responden wajib membayar nafkah bulanan kepada Pempetisyen dan berapakah jumlahnya sebulan.
III
(iii) sama ada hak penjagaan anak-anak sesuai dan sepatutnya diberikan kepada Pempetisyen.
IV
(iv) berapakah peruntukan nafkah bulanan bagi anak-anak yang perlu diberikan oleh Responden.
v
sama ada Pempetisyen berhak mendapat harta sepencarian yang didaftarkan atas nama Responden dan jika berhak, bagaimana harta sepencarian tersebut perlu dibahagikan.
VI
(vi) sama ada kredit KWSP Responden merupakan harta sepencarian dan 50% bahagian kredit itu patut diberikan kepada Pempetisyen. Kes Pempetisyen [9] Memandangkan anak bongsu mereka dilahirkan pramatang dan memerlukan penjagaan serta rawatan rapi, Pempetisyen dan Responden mencapai persetujuan supaya Pempetisyen berhenti kerja sepenuhnya dan Responden menjadi pencari rezeki tunggal. [10] Pempetisyen menyatakan sepanjang anak bongsu mereka dirawat di HUSM dan HRPZ2 (lebih kurang 1 tahun 1 bulan), Responden tidak pernah menemani, membantu atau menjenguk anak itu di hospital. Hanya keluarga Pempetisyen sahaja yang membantunya. Selepas dibenarkan keluar dari HRPZ2, anak bongsu tersebut perlu mendapat pemeriksaan serta rawatan susulan yang kerap dan kadangkala memerlukan bermalam di hospital. Tugas ini digalas oleh Pempetisyen tanpa bantuan Responden. [11] Begitu juga dengan dua lagi anak mereka di mana Responden hanya memberikan sumbangan kewangan sahaja tanpa membantu menjaga dan menguruskan mereka. Oleh yang demikian Pempetisyen terpaksa menempatkan mereka di rumah ibubapanya semasa dia membawa anak bongsu ke hospital. [12] Pempetisyen juga mengatakan dia bersabar dengan sikap Responden ini bagi menjaga keharmonian rumahtangga mereka. Namun kesabarannya tercabar apabila mendapat tahu Responden mempunyai hubungan sulit dengan seorang wanita (selepas ini dipanggil “Wanita Tersebut”) dan berlaku curang di Hotel Grand Renai, Kota Bharu, Kelantan sejak bulan Februari 2020 iaitu semasa Pempetisyen mengandung anak bongsu. [13] Kemuncaknya pada 27.5.2021 jam lebih kurang 4.30 petang, Pempetisyen bersama adiknya (SP2) telah berjaya menangkap perbuatan curang Responden bersama Wanita Tersebut di sebuah bilik hotel berkenaan. SP2 telah membuat rakaman video berhubung dengan kejadian tersebut (dikemukakan sebagai eksibit P4 dan P5). [14] Pempetisyen masih memberikan peluang kepada Responden untuk berubah tetapi Responden memaklumkan bahawa dia tidak dapat melupakan dan tidak dapat melepaskan Wanita Tersebut. [15] Disebabkan kecewa dengan insiden tersebut, Pempetisyen telah keluar dari Rumah Matrimonial dengan anak sulongnya pada 1.6.2021 dan menyewa sebuah rumah di Kota Bharu, Kelantan dengan sewaan RM1,000 sebulan. Mulai tarikh tersebut, Responden telah menghentikan bayaran nafkah Pempetisyen dan juga bayaran ansuran bulanan kenderaan Mazda CX5. Disebabkan kesempitan kewangan, Pempetisyen telah menjualkan kenderaan tersebut dan balik ke rumah ibubapanya. [16] Pempetisyen cuba membawa pulang anak kedua dan ketiga ke rumah ibubapanya tetapi dihalang oleh ibubapa Responden. Sebaliknya Responden tidak langsung datang melawat anak sulong mereka di rumah ibubapa Pempetisyen. Kes Responden [17] Responden bersetuju dengan permohonan Pempetisyen supaya Perkahwinan Tersebut dibubarkan dan dikri nisi menjadi mutlak serta merta. Responden mempertikaikan tuntutan nafkah bulanan Pempetisyen dan anak-anak kerana terlalu tinggi dan tidak munasabah. Pendapatannya juga merosot disebabkan salah sebuah syarikatnya telah digulungkan kerana tidak mampu membayar hutang. [18] Responden juga tidak bersetuju dengan permohonan Pempetisyen untuk mendapatkan hak penjagaan terhadap ketiga-tiga anak mereka. Ini adalah kerana Pempetisyen telah menyerahkan sendiri anak bongsu mereka kepada Responden dan tidak mahu menjaganya kerana anak tersebut mengalami masalah kesihatan. Dan semasa dalam jagaan Responden, kesihatan anak bongsu itu telah mula baik dan tidak lagi bergantung kepada tangki oksigen untuk bernafas. [19] Selanjutnya Responden menyatakan kesemua harta alih dan tidak alih adalah diperolehinya sebelum mereka berkahwin dan kesemuanya menggunakan wangnya sendiri. [20] Responden menghujahkan Perkahwinan Tersebut tidak dapat diselamatkan lagi kerana Pempetisyen tidak menguruskan rumahtangga dengan baik dan tidak melayan Responden. Penelitian dan penemuan mahkamah [21] Dalam perbicaraan ini Pempetisyen mengemukakan seramai tiga
3
orang saksi iaitu ayahnya (SP1), adik lelakinya (SP2) dan dirinya sendiri (SP3). Manakala Responden hanya mempunyai seorang sahaja saksi iaitu dirinya sendiri (SD1). [22] Relif-relif yang dituntut Pempetisyen adalah:
i
Perkahwinan Tersebut dibubarkan dan dikri nisi dijadikan mutlak serta merta.
II
(ii) Responden membayar nafkah bulanan Pempetisyen.
III
(iii) Pempetisyen diberikan hak jagaan ketiga-tiga anak mereka dan Responden diberikan akses untuk melawat.
IV
(iv) Responden membayar nafkah bulanan ketiga-tiga anak mereka.
v
harta sepencarian dijual kepada pihak ketiga dan harga jualan bersih dibahagikan sama rata atau secara alternatifnya, hartanah yang dikenali sebagai Lot 1940, Hakmilik GM 1832, Kampong Seberang Sekil, Daerah Salor, Mukim Salor, Kelantan diberikan kepada Pempetisyen secara mutlak untuk dijadikan rumah kediaman Pempetisyen bersama anak-anak.
VI
(vi) deklarasi bahawa kredit KWSP Responden adalah merupakan harta perkahwinan dan 50% bahagian kredit KWSP itu diberikan kepada Pempetisyen. [23] Setelah meneliti dan menimbangkan kes kedua-dua pihak, saya mendapati dan memutuskan seperti berikut (berdasarkan isu-isu yang ditimbulkan):
i
apakah yang menyebabkan Perkahwinan Tersebut pecah belah dan tidak dapat dipulihkan lagi [24] Pempetisyen menyatakan sebab utama berlakunya pemecahan Perkahwinan Tersebut sehingga tidak dapat diselamatkan lagi adalah kerana Responden melakukan kecurangan dalam perkahwinan iaitu mempunyai hubungan sulit dengan Wanita Tersebut dan tidak dapat melupakan serta tidak dapat melepaskannya. [25] Keterangan SP2 dan Pempetisyen (SP3) bersama dengan rakaman video yang ditunjukan dalam perbicaraan (P4 dan P5) sudah cukup menunjukan perlakuan ini. Saya tidak dapat menerima penjelasan Responden bahawa Wanita Tersebut adalah bekas pekerjanya dan datang ke bilik hotel tersebut untuk menghantar dokumen perniagaan. Penjelasan ini pada pendapat saya adalah tidak munasabah. [26] Sikap Responden yang tidak membantu dalam penjagaan anak-anak terutamanya anak bongsu, masih boleh diterima oleh Pempetisyen bagi menjaga keharmonian rumahtangga. [27] Responden pula menyatakan keruntuhan Perkahwinan Tersebut adalah disebabkan oleh sikap Pempetisyen yang tidak melayannya sebagai seorang suami. Pempetisyen memberi alasan bahawa dia terpaksa menjaga anak bongsu mereka yang mengalami masalah kesihatan yang kronik. [28] Meneliti dan menimbangkan kepada alasan oleh kedua-dua pihak, saya mendapati perbuatan yang dilakukan oleh Responden iaitu hubungan dengan Wanita Tersebut adalah punca utama kepada runtuhnya Perkahwinan Tersebut. Ini adalah suatu fitrah manusia apabila berlakunya perbuatan curang sebegini sama ada oleh suami atau pun isteri, perkahwinan tidak dapat diselamatkan lagi.
II
(ii) sama ada Responden wajib membayar peruntukan nafkah bulanan untuk Pempetisyen dan berapakah jumlahnya sebulan [29] Kuasa mahkamah dalam memberikan perintah nafkah isteri diperuntukan di bawah Seksyen 77(1)(b), Akta Memperbaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Penceraian) 1976 (selepas ini dipanggil “Akta 164”): “Mahkamah boleh memerintahkan seseorang lelaki membayar nafkah kepada isterinya atau isterinya yang dahulu:
a
semasa penjalanan prosiding perkahwinan;
b
apabila memberi atau selepas daripada memberi sesuatu dekri perceraian atau perpisahan kehakiman.” [30] Meneliti kepada keterangan di hadapan saya, Pempetisyen telah berhenti kerja sebagai seorang pereka grafik di kedai ayahnya (Tiara Signs & Advertising) dengan persetujuan Responden bagi menjaga anak bongsu mereka yang dilahirkan pramatang dan mengalami masalah kesihatan kronik. Ini membuktikan Pempetisyen sanggup berkorban untuk keluarga dan rumahtangganya. Selepas berhenti kerja, Pempetisyen hanya mengharapkan wang saraan dari Responden untuk kehidupannya. Apabila telah berpisah dengan Responden atas alasan yang saya huraikan di perenggan (i) di atas, Pempetisyen tidak lagi mempunyai sumber kewangan. [31] Keadaan ini melayakkan Pempetisyen untuk mendapat nafkah kewangan dari Responden. Malah jika Pempetisyen mempunyai pekerjaan pun, dia masih layak mendapat nafkah tersebut. Ini telah diputuskan dalam kes-kes: Loh Poh Yee v Ang Hua Keong [2018] MLRHU 1256: “[49] Currently, the petitioner is gainfully employed, but that could not preclude her from claiming maintenance from the Respondent. During all those years the parties were together, it was the Respondent who supported the petitioner”. Koay Cheng Eng v Linda Herawati Santoso [2008] 1 MLRA 230 CA: “[23] We observed that in his written judgment the learned judge had considered if not all but most of the authorities cited. ... She had sacrificed her career to follow the husband to his various postings in the United Kingdom and ultimately in Malaysia in order to set up a home. Today the husband has very successfully advanced his status in life and is now a successful ENT surgeon. Surely the husband cannot just abandoned the wife by refusing to provide maintenance for her. This court will not be doing justice if no maintenance is ordered against the husband.” [32] Selanjutnya mahkamah perlu memutuskan berapa kadar nafkah bulanan yang boleh diberikan kepada Pempetisyen. Dalam penghujahannya, Pempetisyen menuntut sebanyak RM4,745 sebulan iaitu:
a
keperluan asas seperti makanan, petrol, bil elektrik, bil air, bil telefon, bil internet dan lain-lain yang kesemuanya berjumlah RM2,000.
b
ansuran motokar (yang akan dibeli): RM1,500.
c
insuran dan cukai jalan motokar: RM245.
d
sewaan rumah: RM1,000. [33] Dalam membuat keputusan bagi isu ini, saya merujuk kepada Seksyen 78, Akta 164: “78. Pentaksiran nafkah. Pada menentukan amaun sesuatu nafkah yang hendak dibayar oleh seseorang lelaki kepada isteri atau isterinya yang dahulu atau oleh seseorang perempuan kepada suami atau suaminya yang dahulu, mahkamah hendaklah mendasarkan pentaksirannya terutama sekali atas kemampuan dan keperluan pihak-pihak itu dengan tidak mengira kadar nafkah itu berbanding dengan pendapatan suami atau isteri itu, mengikut mana yang berkenaan, tetapi hendaklah memberi perhatian kepada darjah tanggungjawab yang diperuntukkan oleh mahkamah kepada tiap-tiap satu pihak terhadap kepecahbelahan perkahwinan itu.” [34] Juga kepada kes-kes: Koay Cheng Eng v Linda Herawati Santoso [supra]: “[25] We are of the view that with the standard and cost of living of the Respondent, the sum awarded is justifiable. We are in agreement with the learned counsel for the Respondent that the Respondent is to be placed in a position to enjoy the same standard of living as she had during the existence of the marriage. In Lumsden v. Lumsden [1963] 5 FLR 388, the court held: ... In the second place in awarding maintenance the court endeavours, subject to the husband's financial position, to place the wife in a position to enjoy the same standard of living as she did during the marriage...” “..What is needed to be decided now is the amount of maintenance to be awarded to the wife. It is an established principle that in deciding what amount of maintenance the husband should pay the wife, the court must take into consideration the means and needs of the parties. In assessing the means and needs of the parties the court has always had regard to the duration of the marriage, whether there were any children of the marriage, the age of the parties, whether the husband had financially supported the wife during the duration of their marriage, the parties earning capabilities and whether the divorce would have affected the husband's position financially”. Tan Kok Sung v Yap Sew Moy & Ors [2015] MLRU 1976: [4] Further s 78 of the LRA provides that in assessing the amount of maintenance to be paid by a man to his wife or former wife, ‘the court shall base its assessment primarily on the means and needs of the parties, regardless of the proportion such maintenance bears to the income of the husband, but shall have regard to the degree of responsibility which the court apportions to each party for the breakdown of the marriage’. (emphasis added). [35] Panduan dari peruntukan dan kes-kes tersebut adalah bahawa mahkamah perlu menimbangkan:
a
keperluan dan kemampuan (means and needs) kedua-dua pihak.
b
kadar tanggungjawab (degree of responsibility) pihak-pihak terhadap keruntuhan Perkahwinan Tersebut.
c
taraf kehidupan (standard of living) Pempetisyen semasa perkahwinan masih berjalan. [36] Berdasarkan kepada panduan tersebut, saya berpendapat keperluan Pempetisyen seperti yang dipohon adalah tinggi walau pun hendak disamakan dengan taraf kehidupan Pempetisyen semasa Perkahwinan Tersebut masih berjalan. Saya berpendapat tiada keperluan Pempetisyen menuntut bayaran sewa rumah kerana beliau tinggal dengan ibubapa dan juga telah membuat tuntutan kepada harta sepencarian. Keperluan asas juga boleh dikurangkan kerana Pemetisyen tidak lagi tinggal dengan Responden seperti dahulu. Kemampuan Responden juga perlu dipertimbangkan kerana sekarang dia perlu membiayai perbelanjaan untuk dua buah rumah (i.e. Pempetisyen dan Responden). [37] Berdasarkan kepada pertimbangan tersebut, saya memutuskan nafkah bulanan Pempetisyen yang perlu diberikan oleh Responden setiap bulan adalah RM3,200. Jumlah ini adalah munasabah dan adil kepada kedua-dua pihak.
III
(iii) sama ada hak penjagaan anak-anak sesuai dan sepatutnya diberikan kepada Pempetisyen [38] Kuasa mahkamah bagi isu ini diperuntukan di bawah Seksyen 88, Akta 164:
88
Kuasa bagi mahkamah membuat perintah mengenai penjagaan.
2
Pada memutuskan ke dalam jagaan siapa seseorang anak patut diletakkan pertimbangan utama ialah kebajikan anak itu dan tertakluk kepada ini mahkamah hendaklah memberi perhatian kepada:
a
kemahuan ibu bapa anak itu; dan
b
kemahuan anak itu, jika dia telah meningkat umur dapat menyatakan sesuatu pendapatnya sendiri.
3
Adalah menjadi suatu anggapan yang boleh dipatahkan bahawa adalah untuk kebaikan seseorang anak di bawah umur tujuh tahun supaya ia berada dengan ibunya tetapi pada memutuskan sama ada anggapan itu terpakai bagi fakta sesuatu kes tertentu, mahkamah hendaklah memberi perhatian kepada ketidakwajaran mengganggu kehidupan seseorang.” [39] Pempetisyen menuntut ketiga-tiga orang anaknya diberikan penjagaan kepadanya. Anak sulong pada masa ini berada dalam jagaan Pempetisyen, manakala anak kedua dan anak bongsu dalam jagaan Responden. [40] Dalam membuat keputusan bagi tuntutan ini, saya merujuk kes-kes berikut sebagai panduan: Thavamani Deve Govindasamy v N. Sugumaran Neelmehan & Anor [1995] MLRH 679: “[13] The father as guardian, would normally have custody of the child, unless the mother can show the father is no longer alive; or if he is still alive, grounds why she should have custody. In making any order under the powers conferred upon it by the Act, the Court or Judge is charged by s 11 as follows:
11
The Court or a Judge, in exercising the powers conferred by this Act, shall have regard primarily to the welfare of the infant and shall, where the infant has a parent or parents, consider the wishes of such parent or both of them, as the case may be. [17] There is generally a presumption that a young child is better off with its mother than father. It is however, only a presumption and not of its own necessarily a decisive factor. It must be weighed together with all other factors relevant to the question of the primary consideration, which is the welfare of the child. [18] From the point of view of the welfare of the child, the familiarity and certainty of what the child is used to now, living with the first and second defendant is preferable to the unfamiliarity uncertainty of life in Taiping. The applicant in making her application failed to show in certain terms what kind of living conditions the child will have in Taiping. There is indeed no evidence the child is not well looked after or cared for with the defendants. Although the father is an alleged drug addict, there is no evidence he seeks to make his child a drug addict. The child in fact had always stayed with the defendants, who are the natural father and the paternal grandmother respectively. The child is living in the house the father ordinarily resides, and it cannot be said he has no custody. There is not put before the Court anything to compare with to show that the welfare of the child is better attended to in Taiping with the mother. In such circumstances the status quo should remain. Lee Soh Choo v Tan Ket Huat [1986] 1 MLRH 98: “… on the other hand, the children are still at the matrimonial home, an environment they have been used to and adapted to since they were very young. They are being taken care of by respondents and his mother and the elder of the 2 children attends a kindergarten that has reported that she has adapted very well to school life and enjoys going to school. As for the younger child, there is no evident of any ill treatment and for that matter, there is no proof that the health of any of them is in any threatened by their continuing to live with their father.” Sivajothi K. Suppiah v Kunathasan Chelliah [1999] 4 MLRH 266 “Children Of Tender Years Should Have The Benefit Of Being Brought Up By Their Own Mother Rather Than Grandmother [26] In the case of Helen Ho Quee Neo v. Lim Pui Heng [1974] 1 MLRA 304; [1974] 2 MLJ 51 at p 53 the Singapore Court of Appeal held: In our judgment, having considered all the facts, both disputed and otherwise, the proper order to make was to reverse the order for custody made by the judge and order that the appellant should have custody, including care and control over the child and responsibility for its upbringing. This would ensure that during his tender years he would have the benefit of being brought up by his own mother as opposed to being brought up in a haphazard way by others to whom the respondent might feel disposed to entrust his upbringing.” [41] Faktor utama yang perlu ditimbangkan mahkamah adalah kebajikan (welfare) anak-anak tersebut. Pempetisyen menyatakan Responden telah tidak menjaga anak kedua dengan baik atas alasan beberapa kali ditegur guru sekolah kerana tidak membayar yuran. Responden juga telah menukar perkhidmatan pembantu rumah sebanyak tiga kali dan ini menunjukkan Responden gagal mengawasi pembantu rumah dalam menjaga anak kedua dan anak bongsu. [42] Manakala Responden pula menyatakan sejak anak bongsu dijaganya, keadaan kesihatan anak itu telah bertambah baik dan tidak memerlukan lagi pemakaian tangki oksigen. [43] Berdasarkan kepada keterangan yang dikemukakan di hadapan mahkamah, saya mendapati fakta-fakta berikut:
a
semasa Pempetisyen keluar dari Rumah Matrimonial pada 1.6.2021, dia cuma membawa anak sulong sahaja dan pada masa material berumur 6 tahun 2 bulan.
b
anak kedua (berumur 2 tahun 2 minggu pada masa material) dan anak bongsu yang masih belum semboh dari penyakit yang dialaminya (berumur 11 bulan 24 hari pada masa material).
c
dari tempoh Pempetisyen keluar dari Rumah Matrimonial pada 1.6.2021 hingga ke tarikh keputusan hari ini (29.10.2023) iaitu 2 tahun 4 bulan, anak sulong berada dalam jagaan Pempetisyen dan anak kedua serta anak bongsu berada dalam jagaan Responden.
d
dalam tempoh 2 tahun 4 bulan itu, saya percaya ketiga-tiga anak mereka telah dapat menyesuaikan diri, timbul kasih sayang pada penjaga mereka (Pempetisyen/Responden/ibubapa mereka) dan sudah selesa dengan kehidupan harian di tempat masing-masing.
e
jika hak penjagaan ditukar i.e. sama ada Pempetisyen dapat penjagaan ketiga-tiga anak atau Responden yang dapat hak itu, saya berpendapat keadaan ini akan mendatangkan kesusahan, kesedihan dan kesulitan kepada anak-anak tersebut kerana perlu menyesuaikan diri dengan tempat serta persekitaran baharu. [44] Maka disinilah timbulnya maksud kebajikan (welfare) yang sebenarnya yang perlu dipertimbangkan mahkamah. Dengan mengekalkan status quo seperti sekarang, saya berpendapat anak-anak tersebut akan hidup lebih gembira dan selesa. Tambahan pula Pempetisyen atau Responden diberikan akses untuk melawat anak-anak mereka. [45] Saya juga menimbangkan bahawa terdapat kes-kes yang memutuskan hak jagaan anak-anak kecil adalah kepada ibu. Tetapi ini hanyalah anggapan dan tidak menimbangkan faktor kebajikan. Keadaan kes ini adalah berbeza di mana anak-anak telah tinggal berasingan dengan penjaga masing-masing dalam suatu tempoh yang lama sebelum petisyen pembubaran perkahwinan diputuskan (2 tahun 4 bulan). Ini berbeza dengan keadaan di mana kesemua anak-anak tinggal dengan ibubapa mereka sebelum perintah penceraian dibenarkan. [46] Sehubungan itu saya menolak relif ini yang dipohon oleh Pempetisyen.
IV
(iv) berapakah peruntukan nafkah bulanan bagi anak-anak yang perlu diberikan oleh Responden [47] Memandangkan keputusan saya supaya hak jagaan anak-anak kekal seperti sekarang (status quo), maka tanggungjawab Responden adalah untuk memberikan nafkah bulanan kepada anak sulong yang berada dalam jagaan Pempetisyen. [48] Kewajipan ini diperuntukan di bawah Seksyen 92 dan Seksyen 93 Akta 164:
92
Kewajipan untuk menanggung anak Kecuali jika sesuatu perjanjian atau perintah mahkamah memperuntukkan sebaliknya, adalah menjadi kewajipan seseorang ibu atau bapa untuk menanggung atau menyumbang terhadap nafkah anaknya, sama ada anak itu berada dalam penjagaannya atau dalam penjagaan manamana orang lain, sama ada dengan mengadakan bagi mereka sesuatu tempat tinggal, pakaian, makanan dan pendidikan sebagaimana yang munasabah dengan mengambil kira kepada kemampuannya dan kedudukannya dalam kehidupan atau dengan membayar kosnya.
93
Kuasa mahkamah untuk memerintahkan nafkah bagi anak
1
Mahkamah boleh pada bila-bila masa memerintahkan seseorang lelaki untuk membayar nafkah untuk faedah anaknya—
a
jika dia telah enggan atau secara munasabahnya abai untuk mengadakan peruntukan bagi anak itu;
b
jika dia telah meninggal langsung isterinya dan anak itu berada dalam jagaan isterinya;
c
dalam masa menunggu penyelesaian apa-apa prosiding perkahwinan; atau
d
apabila membuat atau selepas daripada membuat sesuatu perintah meletakkan anak itu dalam penjagaan mana-mana orang lain.” [49] Juga seperti yang diputuskan dalam kes Parkunan Achulingam v Kalaiyarasy Periasamy [2004] 2 MLRH 38: [4] Therefore it is clear that the husband has the primary obligation to maintain the children. The mother only has a secondary obligation where the court "is satisfied that having regard to her means it is reasonable to do so.” [50] Pempetisyen menuntut nafkah untuk anak sulong sebanyak RM1,500 sebulan iaitu meliputi keperluan asas seperti makanan (RM600), yuran tuisyen (RM300), perubatan (RM150), baju (RM150), alat permainan (RM200) dan lain-lain (RM100). Daripada tuntutan ini saya berpendapat item baju dan alat permainan tiada keperluan untuk membeli setiap bulan. Dengan itu saya membenarkan nafkah kewangan kepada anak sulong sebanyak RM1,200 sebulan.
v
sama ada Pempetisyen berhak mendapat harta sepencarian yang didaftarkan atas nama Responden dan jika berhak, bagaimana harta sepencarian tersebut perlu dibahagikan [51] Kuasa mahkamah bagi isu ini diperuntukan di bawah Seksyen 76,
76
Kuasa bagi mahkamah untuk memerintahkan pembahagian aset perkahwinan.
1
Mahkamah hendaklah mempunyai kuasa, apabila memberi sesuatu dekri perceraian atau perpisahan kehakiman, memerintahkan pembahagian antara pihak-pihak itu apa-apa aset yang diperoleh oleh mereka semasa perkahwinan itu atau memerintahkan penjualan mana-mana aset itu dan pembahagian hasil jualan itu antara pihak-pihak itu.
2
(2)
Preamble
Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh subseksyen
1
(1), mahkamah hendaklah mengambil perhatian:
a
tentang setakat mana sumbangan telah diberikan oleh tiap-tiap satu pihak dalam bentuk wang, harta atau kerja terhadap pemerolehan aset itu atau pembayaran perbelanjaan untuk faedah keluarga; (aa) takat sumbangan yang diberikan oleh pihak lain yang tidak memperoleh aset itu untuk kebajikan keluarga dengan menjaga rumah tangga atau memelihara keluarga;
b
tentang apa-apa hutang yang terhutang oleh salah satu pihak yang telah dilakukan bagi faedah bersama mereka;
c
tentang keperluan anak-anak belum dewasa, jika ada, dari perkahwinan itu;
d
tempoh perkahwinan itu, dan tertakluk kepada pertimbangan itu, mahkamah hendaklah cenderung kepada pembahagian yang sama rata.” [52] Dalam menentukan hak untuk mendapatkan harta sepencarian, mahkamah perlu menimbangkan sumbangan yang telah diberikan oleh pihak-pihak berkenaan dalam memperolehi harta-harta tersebut. Sumbangan ini tidak sahaja kepada sumbangan kewangan tetapi juga sumbangan tanggungjawab dan fizikal seperti menjaga, mengurus, membersihkan dan sebagainya. Berdasarkan kepada penemuan ini, Pempetisyen berhak kepada harta sepencarian walau pun didaftarkan atas nama Responden. [53] Merujuk kepada senarai harta sepencarian iaitu lima (5) buah hartanah, dua (2) buah syarikat dan dua (2) buah kenderaan, mahkamah boleh memerintahkan kesemua harta-harta tersebut dijual kepada pihak ketiga dan harga bersih (berbentuk kewangan) dibahagikan sama rata kepada Pempetisyen dan Responden. Dalam keadaan ini kedua-dua pihak akan kehilangan terus harta-harta tersebut dan akan sukar untuk mendapat ganti. Kedua-dua pihak hanya mendapat keuntungan berbentuk kewangan tetapi rugi dalam bentuk harta yang semakin sukar serta mahal untuk diperolehi sekarang. [54] Bagi mencapai keadilan kepada kedua-dua pihak, saya memutuskan (seperti yang dipohon secara alternatif oleh Pempetisyen), hartanah yang dikenali sebagai Lot 1940, Hakmilik GM 1832, Kampong Seberang Sekil, Daerah Salor, Mukim Salor, Kelantan diberikan kepada Pempetisyen secara mutlak untuk dijadikan rumah kediaman Pempetisyen bersama anak sulong. Dalam keadaan ini Responden masih lagi mempunyai hakmilik terhadap harta-harta lain.
VI
(vi) sama ada kredit KWSP Responden merupakan harta sepencarian dan 50% bahagian kredit itu patut diberikan kepada Pempetisyen [55] Berdasarkan keputusan kes Koay Cheng Eng v Linda Herawati Santoso [supra] dan kes Ching Seng Woah @ Cheng Song Huat v Lim Shook Lin & Anor [1995] 2 MLRA 487, caruman KWSP Responden adalah matrimonial assets yang dicarum sepanjang perkahwinan berjalan. [56] Saya dengan ini memberikan deklarasi bahawa caruman KWSP Responden semasa Perkahwinan Tersebut berjalan adalah suatu harta sepencarian yang mana Pempetisyen layak mendapat 50% bahagiannya. Harta sepencarian ini bermula dari tarikh perkahwinan iaitu 12.12.2014 (salinan daftar perkahwinan dikemukakan dan ditandakan sebagai eksibit P6) hingga tarikh keputusan mahkamah membenarkan pembubaran Perkahwinan Tersebut iaitu 29.10.2023. Keputusan [57] Memandangkan Responden tiada bantahan kepada relif pertama, maka saya membenarkan pembubaran Perkahwinan Tersebut dan dikri nisi menjadi mutlak serta merta. [58] Responden membayar nafkah bulanan kepada Pempetisyen sebanyak RM3,200 sebulan mulai 7.11.2023 dan berikutnya setiap 7 haribulan melalui akaun Malayan Banking Berhad Pempetisyen (no. akaun: 1531-0428-1582) sehingga Pempetisyen berkahwin semula. [59] Hak penjagaan anak sulong adalah kepada Pempetisyen dan anak kedua serta anak bongsu kepada Responden. Pihak-pihak diberikan akses untuk melawat anak-anak tersebut pada bila-bila masa yang sesuai dengan kedua-dua pihak dan mendapat persetujuan kedua-dua pihak dahulu. [60] Responden membayar nafkah bulanan kepada anak sulong sebanyak RM1,200 sebulan mulai 7.11.2023 dan berikutnya setiap 7 haribulan melalui akaun Malayan Banking Berhad Pempetisyen (no. akaun: 1531-0428-1582). [61] Harta sepencarian iaitu Lot 1940, Hakmilik GM 1832, Kampong Seberang Sekil, Daerah Salor, Mukim Salor, Kelantan diberikan kepada Pempetisyen secara mutlak dan didaftarkan atas nama Pempetisyen untuk dijadikan rumah kediamannya. Responden diperintahkan menyempurnakan/melaksanakan pindah milik/pendaftaran/penukaran nama dalam masa 30 hari dari tarikh menerima arahan/dokumen dari peguamcara Pempetisyen. [62] Jika Responden gagal mematuhi perintah di perenggan (5), maka Timbalan Pendaftar/Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya di Kota Bharu berhak menyempurnakan/melaksanakan/menanda tangani dokumen/suratcara pindah milik/borang permohonan kebenaran pindah milik EXCO Negeri bagi pihak Responden. [63] Lain-lain harta sepencarian kekal kepada Responden. [64] Pentadbir/Pengarah Tanah dan Galian Kelantan dan/atau Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu hendaklah memberi efek serta merta dengan melaksanakan perintah di perenggan (5) dan/atau (6) dalam masa 30 hari bermula dari tarikh penyerahan dokumen/suratcara pindah milik/borang permohonan pindah milik (kelulusan EXCO Negeri) di Pejabat Tanah dan Galian Kelantan dan/atau Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu. [65] Segala kos/perbelanjaan/cukai yang timbul/terakru ekoran dari perintah di perenggan (5) dan (6), hendaklah ditanggung oleh Responden. [66] Deklarasi diberikan bahawa Pempetisyen berhak kepada 50% caruman KWSP Responden sepanjang Perkahwinan Tersebut berjalan iaitu dari 12.12.2014 hingga 29.10.2023. [67] Kos petisyen ini masing-masing ditanggung oleh pihak-pihak sendiri. Bertarikh: 29 Oktober 2023. (ROSLAN BIN ABU BAKAR) Hakim Mahkamah Tinggi Kota Bharu. PIHAK-PIHAK: Bagi pihak Pempetisyen: Tetuan Yeap & Ang, No. 5P5 & 5P12, Tingkat 5, Kota Bharu City Point, Jalan Ismail Hilir, 15000 Kota Bharu, Kelantan. Bagi pihak Responden: Tetuan Fazlan Allaudin & Izasuhana, PT 1732-A, Tingkat Atas, Bangunan Koperasi YIK (Sebelah Stesen BHPetrol), Jalan Tunjung – Pasir Mas Salor, 15100 Kota Bharu, Kelantan.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.