Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KLANG DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN GUAMAN SIVIL NO. BL-23NCvC-3-06/2024 ANTARA SELVAKUMARAN A/L GANASEN PLAINTIF
BL-23NCvC-3-06/2024
High Court of Malaysia22 Jan 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
What the court ordered
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KLANG DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN GUAMAN SIVIL NO. BL-23NCvC-3-06/2024 ANTARA SELVAKUMARAN A/L GANASEN PLAINTIF
1
SAKTHIVEL NAGALINGAM (Beramal undang-undang di bawah firma guaman Tetuan
2
JOSEPH A/L SEBESTIAN (Beramal undang-undang di bawah firma guaman Tetuan
3
TETUAN AMRAN JOSEPH CHAN & CO DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN [LAMPIRAN 16] 06/03/2025 11:24:25 BL-23NCvC-3-06/2024 Kand. 42 S/N ki2zcCV8kUmenJZkk/DQ Ini adalah permohonan oleh Defendan 2 dan Defendan 3 untuk perintah-perintah berikut: i. Penghakiman Ingkar yang diperolehi pasa 28.4.2024 dalam tindakan ini diketepikan; ii. Penyataan Pembelaan bertarikh 19.8.2024 yang difailkan dan diserahkan kepada Peguam Plaintif pada 27.8.2024 diterima oleh Mahkamah sebagai pembelaan Defendan Kedua dan Defendan Ketiga. A. LATAR BELAKANG [1] Kelewatan dalam memfailkan pembelaan adalah disebabkan D2 terpaksa pergi ke Kota Kinabalu kerana dia mempunyai rayuan kes di Mahkamah Rayuan yang ditetapkan pada 26.9.2024. Penyataan Pembelaan itu telah disiapkan pada 19.8.2024 dan dia telah meminta keraninya untuk memfailkan Penyataan Pembelaan itu di Mahkamah tetapi keraninya telah terlupa untuk memfailkannya. [2] Walaupun Penyataan Pembelaan Defendan 2 dan Defendan 3 difailkan sebelum tarikh pengurusan kes (tetapi selepas tempoh yang diperuntukkan), Plaintif masih memohon penghakiman ingkar dimasukkan. S/N ki2zcCV8kUmenJZkk/DQ [3] Penghakiman ingkar yang diperolehi oleh Plaintif patut diketepikan kerana terdapat isu-isu yang perlu dibicarakan: i. D2 telah mengeluarkan cek-cek seperti yang dikehendaki dan pihak-pihak yang menerima bayaran adalah dinamakan termasuk jumlah wang seperti yang terkandung dalam Penyataan Pembelaan Defendan Kedua dan Ketiga; iii. Kesemua bayaran yang diterima melalui Penghakiman Persetujuan kes yang dikendalikan oleh Defendan Pertama telah pun dibayar termasuk yuran peguam iaitu yuran Defendan Pertama iii. Defendan 2 ingin memfailkan Notis Pihak Ketiga demi keadilan terhadap semua pihak yang menerima bayaran melalui cek Defendan Ketiga untuk penjelasan tentang bayaran yuran yang diterima oleh mereka. [4] Selain itu, Defendan 2 dalam proses memfailkan permohonan untuk memindahkan kes ini ke Mahkamah Tinggi Ipoh kerana Defendan-defendan berada di Ipoh, Perak. Tuntutan Plaintif ini adalah berdasarkan satu transaksi mengenai seorang penjual kereta, seorang yang mempunyai ha katas kereta tersebut (simati) dan S/N ki2zcCV8kUmenJZkk/DQ seorang bernama Manogaran a/l Munusamy dan Defendan Pertama. B. JAWAPAN PLAINTIF [5] Plaintif membangkitkan bantahan awal berkenaan dengan permohonan Defendan 2 dan Defendan 3 untuk mengenepikan penghakiman ingkar di Lampiran 16 ini. Peguam cara Plaintif telah menerima Lampiran 16 dan permohonan untuk menggantungkan prosiding (Lampiran 18) secara pos berdaftar pada 8.10.2024 namun affidavit sokongan bagi kedua-dua permohonan tersebut tidak disampaikan kepada peguam Plaintif. [6] Ketika pengurusan kes secara e-Review pada 11.10.2024, peguam cara Plaintif telah membangkitkan bantahan awal terhadap permohonan tersebut yang tidak teratur iaitu kegagalan Defendan-defendan menyampaikan affidavit sokongan dalam tempoh 14 hari seperti kehendak Aturan 32 kaedah 13(2)(a) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012. Timbalan Pendaftar telah menetapkan satu pengurusan kes di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Klang secara siding video pada 14.10.2024. S/N ki2zcCV8kUmenJZkk/DQ [7] Ketika siding video pada 14.10.2024, setelah mendengar bantahan awal daripada peguam cara Plaintif, YA Hakim telah memberikan satu peluang terakhir kepada peguam cara Defendan 2 dan Defendan 3 dan mengarahkan mereka menyerahkan affidavit sokongan untuk Lampiran 16 dan Lampiran 18 kepada peguam cara Plaintif pada 14.10.2024. Namun, affidavit sokongan tersebut hanya diserahkan pada 15.10.2024. [8] Selain itu, tiada sebarang bukti yang dikemukakan oleh Defendan 2 untuk menunjukkan bahawa dia berada di Kota Kinabalu sepertimana yang didakwa. Defendan 2 tidak mempunyai kerana dan hanya ada Defendan 1 yang merupakan peguam yang beramal dengan firma guamannya (Defendan 3). Pada setiap masa material, Defendan 1 dari firma Defendan 3 yang mengendalikan kes bagi pihak Defendan 2 dan yang menghadiri pengurusan kes pada 25.7.2024, 28.8.2024 (tarikh penghakiman ingkar direkodkan) dan 14.10.2024. Oleh itu, Defendan 2 dan Defendan 3 pada setiap masa material mempunyai lebih dari seorang peguam cara untuk mengendalikan kes guaman ini dan boleh memastikan pembelaan difailkan dalam tempoh masa yang ditetapkan. S/N ki2zcCV8kUmenJZkk/DQ [9] Kesemua Defendan-defendan adalah peguam yang berkelayakan dan seharusnya mematuhi kehendak undang-undang dengan lebih tegas berbanding dengan orang awam. Penghakiman Ingkar hanya dibenarkan oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Klang selepas mendengar hujahan pihak-pihak pada 28.8.2024 dan telah menolak pembelaan yang lewat difailkan oleh Defendan 2 dan 3 tanpa kebenaran Mahkamah. Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Klang telah memasukkan penghakiman ingkar pembelaan atas Defendan Kedua dan Ketiga selaras dengan Aturan 18 kaedah 2(1) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012. [10] Defendan Kedua dan Ketiga dan/ atau peguam caranya tidak boleh menggunakan kecuaian mereka sebagai alasan untuk menafikan hak Plaintif dalam menikmati hasil litigasinya. Penghakiman ingkar pembelaan ini diperolehi dengan kehadiran Defendan 1 sebagai peguam cara Defendan 2 dan Defendan 3 dalam tempoh masa yang diperuntukkan. [11] Tiada merit dalam pembelaan Defendan 2 dan 3 selain penafian semata-mata. Sekiranya Defendan 2 dan 3 ingin memfailkan tuntutan atas pihak ketiga, mereka bebas untuk berbuat demikian kerana ianya tiada kaitan dengan Plaintif. S/N ki2zcCV8kUmenJZkk/DQ
para
[12] Untuk permohonan mengenepikan penghakiman ingkar, Pemohon hendaklan menunjukkan kepada Mahkamah bahawa penghakiman ingkar yang diperolehi itu adalah di luar aturan dan seharusnya diketepikan. Sekiranya penghakiman ingkar itu diperolehi secara teratur, maka Pemohon perlu menunjukkan dia mempunyai pembelaan bermerit. Inilah yang diputuskan di dalam The Hong Kong & Shanghai Banking Corp v Ismail bin Daud & Anor [1978]1 2 MLJ 160 it was held: - “In an application of this nature, the defendant must produce to the court evidence that he had a prima facie defence. In Evans v Bartlam, Lord Atkins said thus - The courts however, have laid down for themselves rules to guide them in the normal exercise of their discretion. One is that where the judgment was obtained regularly there must be an affidavit of merits, meaning that the applicant must produce to the court evidence that he has a prima facie defence”. S/N ki2zcCV8kUmenJZkk/DQ [13] Ianya juga selaras dengan keputusan Mahkamah Persekutuan di dalam Lai Yoke Ngan & Anor v Chin Teck Kwee & Anor [1997] 2 MLJ 565 dimana diputuskan: - “Accordingly, when such judgment is obtained irregularly, such irregularity would be a sufficient ground by itself for setting it aside. But where the default judgment has been obtained regularly, in order to succeed, the defendant must file an affidavit of merits, ie the defendant must disclose by affidavit evidence that prima facie he has a defence on merits. Put in another way, the affidavit must disclose that he has an arguable or triable issue on merits.” [14] Penghakiman ingkar pembelaan ini dimasukkan oleh Plaintif terhadap 2 orang peguam iaitu Defendan 2 dan Defendan 3. Ianya dimasukkan oleh Mahkamah Tinggi Klang pada 28.8.2024 dalam kehadiran peguam cara yang bertindak bagi pihak Defendan 1 ketika e-Review yang dijalankan pada 28.8.2024 dan juga peguam Plaintif. Defendan-defendan 2 dan 3 tidak hadir dalam e-Review tersebut. Alasan yang diberikan oleh peguam cara Defendan 1 untuk kegagalan memfailkan pembelaan adalah kerana ada cadangan penyelesaian yang diberikan kepada peguam cara Plaintif melalui ‘WhatsApp’ sehari sebelum tarikh akhir pemfailan pembelaan oleh S/N ki2zcCV8kUmenJZkk/DQ Defendan 1 (tarikh akhir pemfailan adalah pada 15.8.2024). Peguam cara Plaintif membalas ‘WhatsApp’ tersebut dan memaklumkan kepada peguam cara Defendan 1 bahawa Plaintif menolak cadangan penyelesaian tersebut. Peguam cara Plaintif juga telah memaklumkan kepada Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Klang, arahan Plaintif adalah untuk memasukkan penghakiman ingkar atas Defendan 1 kerana kegagalan Defendan 1 memfailkan pembelaannya. [15] Bagi Defendan 2 dan 3 pula, peguam cara Plaintif telah memaklumkan kepada Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Klang dalam siding e-Review tersebut bahawa mereka telah menerima emel dari Defendan 2 dan 3 yang melampirkan sesalinan pembelaan mereka tetapi peguam cara Plaintif bahawa pembelaaan tersebut difailkan di luar masa dan tanpa kebenaran Mahkamah. [16] Setelah Mahkamah membaca affidavit-afidavit yang difailkan, Mahkamah mendapati penghakiman ingkar kehadiran yang dimasukkan atas Defendan 2 dan 3 adalah teratur. Oleh kerana penghakiman ingkar kehadiran adalah teratur, maka adakah mereka mempunyai pembelaan bermerit? S/N ki2zcCV8kUmenJZkk/DQ Antara pembelaan-pembelaan bermerit yang cuba dibangkitkan adalah: i. Kelewatan pemfailan pembelaan oleh Defendan 2 dan 3 adalah kerana sebenarnya Defendan 2 telah menyiapkan pembelaan pada 18.8.2024 dan telah mengarahkan keraninya memfailkan di Mahkamah kerana dia perlu menghadiri persidangan Mahkamah Rayuan di Kota Kinabalu pada 26.9.2024. Namun, keraninya gagal memfailkan pembelaan tersebut kerana terlupa; ii. Defendan-defendan 2 dan 3 dalam proses memindahkan prosiding ini ke Mahkamah Tinggi Ipoh dan juga akan memfailkan tuntutan atas pihak ketiga. [17] Defendan-defendan 2 dan 3 adalah peguam dan firma peguam; pastinya lebih arif mengenai peruntukan di dalam Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012. Jika pembelaan telah disiapkan pada 18.8.2024 dan sekiranya diluar masa, Defendan-defendan 2 dan 3 bukan orang awam, mereka tahu apa yang sepatutnya dilakukan namun gagal dilakukan. Alasan yang digunakan adalah mempunyai persidangan Mahkamah Rayuan di Kota Kinabalu adalah satu S/N ki2zcCV8kUmenJZkk/DQ alasan yang tidak munasabah kerana persidangan Mahkamah Rayuan di Kota Kinabalu adalah pada 26.9.2024. Defendan 2 sepatutnya memfailkan pembelaannnya pada 18.8.2024 kerana ianya lebih penting kerana kegagalan memfailkan pembelaan tersebut mempunyai risiko penghakiman ingkar dimasukkan dan inilah yang telah berlaku. Defendan-defendan 2 dan 3 juga gagal menulis surat memohon pelanjutan masa daripada peguam cara Plaintif dan/ atau Mahkamah untuk memfailkan pembelaan tersebut. [18] Sikap sambil lewa Defendan-defendan 2 dan 3 ini dalam mempertahankan hak mereka bukanlah suatu yang boleh dipandang ringan lebih-lebih lagi mereka adalah peguam. Oleh itu, berdasarkan alasan-alasan di atas, Mahkamah memutuskan untuk menolak permohonan Defendan-defendan 2 dan 3 di Lampiran 16 dengan kos sebanyak RM3,000.00 Bertarikh 22 Januari 2025 t.t. (NORLIZA BINTI OTHMAN) HAKIM MAHKAMAH TINGGI MAHKAMAH TINGGI MALAYA KLANG S/N ki2zcCV8kUmenJZkk/DQ PEGUAM CARA BAGI PIHAK PLAINTIF : Tetuan Loh Velu & Partners Unit A701, Tingkat 7 Blok A, Phileo Damansara 1, Seksyen 16, 46350 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan PEGUAM CARA BAGI PIHAK DEFENDAN : Tetuan Zul Vijay Chander & Assoc Peguambela & Peguamcara No. 602, Tingkat 2, Blok B, Menteri Business Park, Jalan PJS 8/5, Dataran Mentari, 46150 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan S/N ki2zcCV8kUmenJZkk/DQ
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.