In the Writ of Summons herein, the Plaintiff claims for the following orders and reliefs: a) Satu Deklarasi bahawa kandungan Laporan Perubatan Simati, Renganathen a/l Ramasamy [No. K/P : 370607-10-5107] bertarikh 23 April 2015 yang disediakan oleh Defendan Kedua, Dr. Haji Anuar Masduki adalah tidak benar dan/atau mengelirukan dan/atau tidak wajar; b) Satu perintah bahawa Laporan Perubatan Simati, Renganathen a/l Ramasamy [No. K/P : 370607-10-5107] bertarikh 23 April 2015 yang disediakan oleh Defendan Kedua, Dato’ Setia Dr. Haji Anuar Masduki ditarik balik oleh Defendan Kedua, Dato’ Setia Dr. Haji Anuar Masduki dan Defendan Ketiga, Ara 3 Damansara Medical Centre Sdn. Bhd. dan tidak digunapakai dengan sepenuhnya; c) Satu Deklarasi bahawa penggunaan Laporan Perubatan Simati, Renganathen a/l Ramasamy [No. K/P : 370607-10- 5107] bertarikh 23 April 2015 yang disediakan oleh Defendan Kedua, Dato’ Setia Dr. Haji Anuar Masduki oleh Defendan Pertama, Sowbhagyavati a/p Renganathen [No. K/P: 680418- 10-6008] bagi mana-mana tujuan dan/atau urusan sebelum pemfailan tindakan ini adalah tidak sah; d) Satu perintah bahawa Laporan Perubatan Simati, Renganathen a/l Ramasamy [No. K/P : 370607-10-5107] bertarikh 23 April 2015 yang disediakan oleh Defendan Kedua, Dato’ Setia Dr. Haji Anuar Masduki tidak digunapakai oleh Defendan Pertama bagi mana-mana tujuan dan/atau urusan dengan sepenuhnya pada masa depan; e) Defendan Pertama, Sowbhagyavati a/p Renganathen [No. K/P: 680418-10-6008], Defendan Kedua, Dato’ Setia Dr. Hj Anuar Masduki dan Defendan Ketiga, Ara Damansara Medical Centre Sdn. Bhd. membayar gantirugi am yang ditaksirkan oleh Mahkamah kepada Estet Renganathen a/l Ramasamy [No. K/P : 370607-10-5107]; f) Defendan Pertama, Sowbhagyavati a/p Renganathen [No. K/P: 680418-10-6008], Defendan Kedua, Dato’ Setia Dr. Hj Anuar Masduki dan Defendan Ketiga, Ara Damansara Medical Centre Sdn. Bhd. membayar gantirugi teladan (exemplary damages) dangan gantirugi keterlaluan (aggravated damages) yang 4 ditaksirkan oleh Mahkamah kepada Estet Renganathen a/l Ramasamy [No. K/P : 370607-10-5107]; g) Satu Perintah bahawa Defendan Pertama, Sowbhagyavati a/p Renganathen [No. K/P: 680418-10-6008], Defendan Kedua, Dato’ Setia Dr. Hj Anuar Masduki dan Defendan Ketiga, Ara Damansara Medical Centre Sdn. Bhd. membayar faedah pada kadar 5% ke atas jumlah gantirugi am, gantirugi teladan (exemplary damages) dangan gantirugi keterlaluan (aggravated damages) yang ditaksirkan oleh Mahkamah kepada Estet Renganathen a/l Ramasamy [No. K/P : 370607-10-5107] dari tarikh penghakiman sehingga ke tarikh penyelesaian penuh; h) Satu Perintah bahawa Defendan Pertama, Sowbhagyavati a/p Renganathen [No. K/P: 680418-10-6008], tidak berhak ke atas segala gantirugi serta faedah ke atas segala gantirugi dalam tindakan ini yang dibayar kepada Estet Renganathen a/l Ramasamy [No. K/P : 370607-10-5107]; i) Kos tindakan ini; j) Perintah bahawa Defendan Pertama, Sowbhagyavati a/p Renganathen [No. K/P: 680418-10-6008], tidak berhak ke atas Kos dalam tindakan ini yang dibayar kepada Estet Renganathen a/l Ramasamy [No. K/P : 370607-10-5107]; k) Apa-apa relif lain yang Mahkamah Yang Mulia ini fikirkan adil dan suaimanfaat untuk diberikan. 5