Preamble
Mengikut keterangan saksi-saksi pendakwaan, perayu sebenarnya telah berhenti sekejap di hadapan khemah, maka seharusnya dia dapat melihat dengan jelas dalam khemah tersebut dipenuhi dengan orang ramai. Namun, perayu masih lagi mengambil tindakan merempuh dan menyebabkan perlanggaran dengan kereta yang dipandunya. Walaupun perayu menghujahkan perbuatannya itu tidak disertai dengan niat (intention) untuk berbuat demikian, namun perbuatannya itu secara sendirinya merupakan satu perbuatan yang boleh membawa ‘imminent danger’ kepada orang lain. Oleh yang demikian, YA Hakim bicara tidak khilaf apabila membuat dapatan bahawa ini bukanlah satu perbuatan yang lahir daripada kecuaian dan perlakuan terburu-buru, sebaliknya perbuatan ini merupakan satu perbuatan yang disengajakan. 14 Keputusan Kami [20] Kami telah mempertimbangkan dengan secermatnya penghujahan kedua-dua pihak serta butir-butir keterangan dalam rekod. Daripada isu dan cabaran yang ditimbulkan oleh peguam bela perayu yang terpelajar, kami perhatikan peguam bela telah mencabar keabsahan dapatan mengenai pembuktian kesalahan-kesalahan dalam pertuduhan, di peringkat prima facie dan di akhir perbicaraan, dan kewajaran pendakwaan terhadap perayu di bawah s 302 dan s 307 KK. Peguam bela sebaliknya mengatakan perayu seharusnya didakwa di bawah s 41 APJ 1987. Pada kami inilah 2 isu teras yang diperdebatkan. [21] Kami akan menyentuh isu kewajaran pendakwaan terhadap perayu dahulu. Mengenai kewajaran menuduh perayu di bawah s 302 dan s 307 dan tidak di bawah s 41 APJ 1987, kami berpendapat isu ini tidak langsung mempunyai merit. Dalam penghakimannya YA Hakim menyatakan: “[117] Pihak pembelaan akhirnya menghujahkan bahawa memandangkan siasatan kes ini bermula dan berakhir dengan kesalahan di bawah s. 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (‘APJ’), maka mahkamah ini harus menilai keterangan SP7 khasnya untuk melihat jika keterangan yang dikemukakan mencukupi untuk mensabitkan Tertuduh untuk kesalahan di bawah s. 41 APJ. Menurut pembelaan, ini adalah kerana SP12 di dalam keterangannya telah bersetuju walaupun arahan telah diberikan untuk kes ini disiasat di bawah s. 302 Kanun Keseksaan namun, beliau masih menyiasat kes ini di bawah s. 41 APJ dan oleh yang demikian, siasatan yang dijalankan tidak dibuat di bawah s. 302 KK sama sekali. Pembelaan berhujah bahawa seseorang suspek tidak boleh dikelirukan semasa siasatan dijalankan dan ini telah memprejudiskan Tertuduh. [118] Mahkamah mendapati tiada merit di dalam hujahan pembelaan di atas isu ini. Adalah menjadi undang-undang yang mantap bahawa 15 keputusan untuk mendakwa seseorang suspek adalah ditangan Pendakwa Raya. Walaupun keputusan mendakwa seseorang suspek atau Tertuduh dibuat bukan bersandarkan siasatan asal yang dijalankan, mahkamah tidak boleh menyoal keputusan Pendakwa Raya dalam memilih pertuduhan yang dipilih. Tugas mahkamah adalah melihat sama ada pihak pendakwaan berjaya membuktikan sesuatu pertuduhan yang telah dikenakan terhadap seseorang Tertuduh setelah mendengar dan menilai keterangan-keterangan yang dikemukakan.” Kami bersetuju dengan alasan ini. Undang-undang telah terlalu mantap berkenaan dengan kuasa Pendakwa Raya untuk mendakwa atau tidak mendakwa seseorang sepertimana yang termaktub dengan kukuh di bawah Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan. Tidak perlu kami ulangi lagi di sini. Bagaimanapun dalam kes ini walaupun pada asalnya kes ini disiasat di bawah s 41 APJ 1987, namun pegawai penyiasat SP12 kemudiannya telah diarahkan untuk menyiasat di bawah s 302/307 KK. Kami tidak nampak kekhilafan atau kejanggalan di sini memandangkan insiden tersebut telah melibatkan kematian dan kecederaan dalam keadaan yang mewajarkan klasifikasi sedemikian. Kedudukan seperti ini adalah lumrah dalam siasatan polis yang boleh berubah bergantung pada hasil siasatan dan keadaan sesuatu kes itu. Terserah sepenuhnya kepada pihak Pendakwa Raya kemudiannya untuk menentukan jenis dan bentuk pendakwaan, dan terhadap perayu, semasa perbicaraan, untuk mencabarnya, yang telah dilakukan di sini. Oleh itu, kami tidak nampak kekuatan hujahan peguam bela tentang isu ini dan seharusnya ditolak in limine. [22] Mengenai keabsahan dapatan mengenai pembuktian tanpa keraguan munasabah oleh pendakwa raya ke atas kesalahan-kesalahan 16 yang dituduh terhadap perayu, kami tidak mempunyai keraguan akan ketepatan keputusan YA Hakim bicara. Di akhir kes pendakwaan, YA Hakim bicara telah dengan tepat mempertimbangkan elemen-elemen kesalahan bagi semua kesalahan dan mendapati pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie. Bagi kesalahan membunuh yang boleh dihukum di bawah s 302 KK, YA Hakim bicara telah membuat dapatan, daripada keterangan yang melimpah, bahawa: si mati, Thamilarasan a/l Thenarasu (No KPT:111231-08-0485) telah meninggal dunia (disahkan oleh SP6 dan SP9); kematian si mati disebabkan oleh bencana tubuh yang dialaminya (disahkan oleh SP9 dan laporan P24nya); kecederaan yang dialami oleh si mati diakibatkan oleh perbuatan perayu (penerimaan keterangan SP5, SP6, SP7 dan SP8); dan akhirnya, dalam mendatangkan kecederaan yang dialami oleh si mati, perayu mempunyai pengetahuan bahawa perbuatannya itu adalah sebegitu berbahaya sehingga berkemungkinan boleh menyebabkan kematian, atau sesuatu bencana tubuh yang boleh menyebabkan kematian dan perbuatan itu dilakukan tanpa apa-apa alasan sepertimana yang peruntukkan di bawah cabang (d) s.300 KK dan dijelaskan dalam nas-nas autoriti yang dirujuk. Kami bersetuju dengan dapatan pembuktian kes prima facie ini. [23] Peguam bela yang terpelajar telah berhujah bahawa YA Hakim bicara telah melakukan beberapa kekhilafan dalam membuat dapatan kes prima facie tersebut. Didesak di hadapan kami bahawa terdapatnya percanggahan keterangan antara SP6 dengan SP7 tentang bagaimana kereta yang dipandu oleh perayu melanggar mangsa-mangsa dan menyebabkan kecederaan yang dialami oleh mangsa-mangsa itu. 17 Dikatakan YA Hakim bicara membuat andaian tanpa sebarang bukti untuk mewajarkan andaian bahawa kecederaan si mati dan mangsa-mangsa lain disebabkan rempuhan atau perlanggaran kereta tersebut. Agak sukar bagi kami untuk memahami hujahan ini terutamanya dalam limpahan keterangan yang telah dibuktikan. Dicatatkan hakikat pemanduan kereta berkenaan, rempuhan khemah majlis dan kematian serta kecederaan yang dialami oleh mangsa-mangsa tidak dicabar malahan diakui oleh perayu. Keterangan SP5 , SP6, SP7 dan SP8 amat konsisten bahawa perayu dan kereta yang dipandunya berhenti di hadapan khemah majlis sejenak dan dengan tiba-tiba memecut masuk dan merempuh khemah majlis perkahwinan anak abang SP7. Tidak dinafikan majlis tersebut terang benderang dengan cahaya dan ramai tetamu dalam khemah majlis tersebut termasuk si mati dan mangsa-mangsa yang tercedera. SP5, SP6, SP7 dan SP8 dengan jelas mengatakan kereta yang dipandu perayu telah melanggar mangsa-mangsa semasa merempuh, mengundur dan memecut keluar dari khemah itu. Dalam keadaan tersebut, jika adapun percanggahan, itu merupakan sesuatu yang kecil dan semestinya berlaku dalam keadaan yang amat terdesak dan haru biru berbanding dengan hakikat hal keadaan yang tidak berjaya dicabar oleh perayu. YA Hakim bicara telah menilai dan menjawab dengan tepat isu ini apabila memutuskan: “[72] Mahkamah ini seterusnya berpuas hati bahawa Tertuduh telah juga melanggar bukan sahaja si mati tetapi juga SP8 dan juga kanak-kanak bernama Tarmenthiran a/l Selvarajoo dengan menggunakan kereta tersebut. Mahkamah ini berpuas hati melalui keterangan-keterangan SP5, SP6, SP7 dan SP8 bahawa kereta tersebut yang dipandu oleh Tertuduh telah merempuh ke dalam khemah majlis. Walaupun terdapat beberapa percanggahan di dalam keterangan- 18 keterangan SP6 dan SP7 mengenai bagaimana kereta tersebut yang dipandu oleh Tertuduh melanggar ketiga-tiga mangsa namun, apa yang jelas dari keseluruhan keterangan-keterangan yang dikemukakan, kecederaan-kecederaan yang dialami oleh ketiga-tiga mangsa adalah akibat dari satu insiden. Insiden tersebut adalah rempuhan kereta yang dipandu oleh Tertuduh ke dalam khemah majlis. Rempuhan yang berlaku bukanlah hanya sekali, tetapi kereta tersebut apabila tersangkut kerana melanggar meja dan kerusi di dalam khemah majlis, terpaksa berundur dan kemudiannya memecut keluar yang mana ini adalah merupakan rempuhan kedua yang berlaku. Mahkamah mengambil kira bahawa insiden tersebut berlaku dengan pantas dan situasi ketika itu adalah kelam kabut.Maka, amatlah sukar untuk saksi-saksi menyatakan dengan jelas dan terperinci bagaimana kereta yang dipandu oleh Tertuduh tersebut melanggar ketiga-tiga mangsa.” Selanjutnya: “[78] Melalui keterangan-keterangan yang telah dikemukakan oleh pihak pendakwaan, tidak ada inferens lain yang menjuruskan atau dapat dibuat melainkan kecederaan-kecederaan yang dialami oleh mangsa adalah akibat dilanggar oleh kereta yang dipandu oleh Tertuduh semasa ketiga-tiga mangsa berada di dalam khemah majlis. Sama ada si mati dilanggar semasa rempuhan pertama atau semasa kereta tersebut berundur, keterangan yang jelas dan boleh dipercayai ialah bahawa si mati telah mengalami kecederaan semasa berada di dalam khemah majlis kerana telah dilanggar oleh kereta tersebut. Si mati telah juga disahkan meninggal dunia akibat kecederaan yang dialaminya di mana kecederaan tersebut adalah konsisten dengan pelanggaran kenderaan bermotor.” Dan: “[114] Walaupun terdapat percanggahan-percanggahan di dalam keterangan SP6 dan SP7, namun mahkamah ini mendapati keterangan-keterangan mereka adalah konsisten dari segi penglibatan Tertuduh di dalam menyebabkan kecederaan yang dialami oleh si mati.” Dapatan YA Hakim bicara tersebut melibatkan penemuan fakta yang berasaskan kebolehpercayaan saksi-saksi. Kami tidak nampak adanya 19 cacat cela dalam huraian dan dapatan tersebut. Tiada alasan bagi kami untuk campur tangan. Hujahan peguam bela dengan ini ditolak. [24] Peguam bela menegaskan, antaranya, bahawa kehendak s 300 (d) KK telah gagal dibuktikan oleh pendakwaan kerana tindakan yang dilakukan oleh perayu lebih merupakan satu tindakan spontan dan cuai tanpa niat atau pengetahuan dalam maksud s 300 (d) tersebut. Kami juga berpendapat penghujahan ini tidak mempunyai kekuatan. [25] Perundangan tentang skop pemakaian s 300 (d) KK telah dibincangkan dalam banyak kes. Dalam PP v Thenegaran Murugan & Another Appeal (2013) 4 CLJ 364 (MR): [13] It is well settled that the nature of injury as well as the mode to cause the injury as well as the force used to cause the injury will be a determining factor for the court to determine whether s. 300 will or will not apply. For example, (i) if a person just slaps the victim and the victim dies, it may not attract s. 300. However, if repeated slapping has caused the death it is likely to attract s. 300. (iii) If death is caused by attacking brutally with a knife or attacking with firearms it will attract s. 300. There is abundance of literature in this area of jurisprudence. The legal manner of analysing murder and culpable homicide not amounting to murder is well articulated in the Indian Supreme Court case of Kesar Singh v. State of Haryana [2009] 3 SCC 1193. Two passages from the learned author Nandi on Criminal Ready Referencer 3rd edn. 2012 in our view will stand as a useful guide. The said paragraph at vol. 3 p. 614 reads as follows: Culpable homicide Scope The section defines the offence of culpable homicide. The essential pre-requisite of the offence is the death of a human being by a human being. According to the Supreme Court decision of Akram v. Seikh AIR 1964 SC 1263: (1964) 2 Cr LJ 350, the causing of death of a person accompanied by intention expressed in two different ways or with the knowledge as mentioned in the section is distinguishable from cases of death resulting from rash or negligent act, or from hurt, grievous or 20 simple. Once it is proved that the act was deliberate, and not the result of accident or negligence, the offence committed was culpable homicide. If a person willfully drives a motor car into the midst of a crowd and thereby causing death of some person, it will not be case of rash or negligent driving, but the act will amount to culpable homicide - State v. Haidar Ali AIR 1976 SC 1012: 1976 Cr LJ 732. Where death was not proved to have been intended, neither s. 299 (1st or 2nd part), nor s. 300 would be attracted. But where there was the knowledge that the act was likely to cause death, 3rd part of s. 299 would be attracted - Laxman v. State AIR 1968 SC 1390.” Begitu juga dalam kes Kenneth Fook Mun Lee v PP [2006] 4 CLJ 359 Mahkamah Persekutuan telah menerangkan skop pemakaian s. 300(d) Kanun Keseksaan seperti yang berikut: “The invocation of section 300(c) of the Code by the learned trial judge is altogether erroneous. Intention is not a necessary element of an offence under section 300(d). All that is needed is knowledge that the act is likely to cause death. The emphasis in section 300(d) is on the imminently dangerous character of the act itself. Further, section 300(d) is usually applied where the act of the offender is in general disregard for human life and safety. What is clear from the evidence is the respondent did not know the deceased. He discharged the gun in absolute callousness towards the result. The act of the respondent cannot fall within the purview of section 304(b) of the Code. He has committed culpable homicide amounting to murder and the offence committed by him clearly fall under section 300(d) of the Code. All the evidence proved beyond doubt that he had performed the act knowingly and voluntarily and hence must be guilty of an offence under section 302 of the Code. The respondent had failed to show on a balance of probabilities that he did not know that his act of discharging his gun at the deceased at such close quarters is so imminently dangerous that it must in all probability cause death or such bodily injury as is likely to cause 21 death. The learned trial judge's ruling at the conclusion of the trial that the facts cannot fall within section 300(d) of the Code cannot be supported having regard to the evidence. On the evidence it was clearly open to the learned trial judge to find that it was established beyond reasonable doubt that the respondent caused the death of the deceased.” Untuk menentukan pengetahuan tersebut, Sir Hari Singh Gour, dalam The Penal Law of India, Edisi ke-11 Jilid 3 di ms 2381, menyatakan: "Criminal knowledge, is then, in such cases demonstrated a posteriori. It takes into account not only knowledge but means of knowledge, not only the knowledge which is, but which, judging from the effect, ought to have been in the accused. A person may then truthfully declare that he did not know that his act was likely to cause death and yet he may be rightly found to have had that knowledge. The truth is that in civil cases arising out of tort as well as in criminal cases, the standard which the Court fixes before itself is that of a reasonable man and the question it ultimately asks itself is, not whether the accused had the knowledge, but whether as a reasonable man he could have had that knowledge. And for this purpose, the act itself is the real test." (Penekanan diberikan). [26] Mengaplikasikan prinsip di atas, kesemua keterangan yang dibentangkan menunjukkan perayu telah melakukan perbuatan rempuhan tersebut dengan sengaja dan berpengetahuan akan risiko yang diambilnya tanpa menghiraukan keselamatan dan nyawa manusia. Tidak dinafikan perayu telah memberhentikan seketika kereta yang dipandunya di hadapan khemah majlis yang terang benderang, bermuzik, dan dipenuhi dengan para jemputan. Lampu kereta dan enjin kereta itu dimatikan. Dia seharusnya sedar akan hal keadaan di khemah majlis tersebut. Bagaimanapun sepertimana yang dinyatakan oleh SP5, SP6 dan SP7, perayu dengan tiba-tiba menghidupkan enjin kereta dan memecut kereta berkenaan dengan laju menuju dan merempuh khemah 22 majlis tersebut. Tindakan yang sengaja ini (deliberate) ternyata begitu sekali berbahaya dan perayu semestinya berpengetahuan bahawa tindakan itu berkemungkinan besar boleh menyebabkan kematian. Dalam keadaan keterangan yang dikemukakan, amat tidak munasabah untuk mengatakan perbuatannya itu spontan atau pun cuai sebab takut kepada pihak polis. Pada hemat kami itu tidak terjumlah kepada justifikasi dalam maksud s 300 (d) KK. Berlandaskan nas autoriti yang kini mantap, penguatkuasaan s 300 (d) ini tidak semestinya memerlukan perayu mengetahui atau mengenali siapa yang akan dilanggarnya atau yang akan dicederakan. Dalam kes Kenneth Fook Mun Lee, supra, si mati tidak dikenali oleh tertuduh, dan dalam menyentuh isu ini YA Hakim Augustine Paul (Mahkamah Tinggi ketika itu) menyuarakan: “In considering the extent of the clause the Indian Supreme Court said in State of Madhya Pradesh v. Ram Prasad AIR [1968] SC 881 that although it is usually invoked in those cases where there is no intention to cause the death of any particular person, as shown by the illustration, it may on its own terms be used in those cases where there is such callousness towards the result and the risk taken is such that it may be stated that the person knows that the act is likely to cause death or such bodily injury as is likely to cause death”. (Rujuk juga kes State v Haidar Ali, supra, melanggar orang ramai (crowd)). Susulan itu, hujahan peguam bela bahawa perayu tidak tahu atau tidak dapat melihat ada kanak-kanak, termasuk si mati, semasa merempuh, mengundur atau bergerak ke hadapan jelas tidak bermerit. Malahan hal keadaan sedemikian menguatkan lagi perbuatannya yang tidak menghiraukan keselamatan dan nyawa manusia. Kami telah menghayati 23 alasan YA Hakim bicara berkenaan isu ini dan kami mendapati tiadanya cacat cela dalam penemuan dan penghakiman beliau. Tiada alasan bagi kami untuk campur tangan dalam dapatan yang berikut: [86] Tindakan Tertuduh tidak boleh dikatakan sebagai satu tindakan yang terburu-buru atau cuai (rash and negligence). Mahkamah berpuas hati bahawa terdapat perbuatan yang disengajakan oleh Tertuduh (A deliberate act on the part of the accused) memandangkan Tertuduh telah memberhentikan kereta tersebut terlebih dahulu dan boleh melihat apa yang sedang berada dan berlaku di hadapannya. Tertuduh tahu apakah risiko yang diambilnya dalam melakukan perbuatan merempuh khemah majlis. Namun, Tertuduh masih meneruskan tindakan menghidupkan semula enjin kereta tersebut serta memandu dalam keadaan yang laju dan merempuh masuk ke dalam khemah majlis tanpa mengambil kira terdapatnya ramai orang di dalamnya. Perbuatan yang bersifat jenayah di pihak Tertuduh adalah bilamana dia tahu bahawa perbuatannya itu amat berbahaya dan dia sanggup mengambil risiko dalam melakukan rempuhan tersebut sedangkan beliau tahu akibat dari risiko yang diambilnya itu. …… [90] Namun demikian, di dalam kes di hadapan mahkamah ini tiada manifestasi seperti mana yang dinyatakan di dalam kes di atas. Yang jelas, Tertuduh sedar apa yang ada di hadapannya. Terdapat aktiviti yang sedang berlangsung di dalam khemah majlis. Terdapat ramai orang yang sedang menikmati jamuan di majlis perkahwinan tersebut. Hakikat bahawa Tertuduh telah melihat dan nampak apa yang sedang berlangsung di dalam khemah majlis tersebut dan dia sudahpun memberhentikan kereta tersebut terlebih dahulu serta kenderaan polis yang dinaiki oleh SP5 yang mengejar kereta tersebut juga telah berhenti di belakang, tidak mewajarkan tindakan Tertuduh seterusnya iaitu menghidupkan kembali enjin kereta tersebut dan merempuh masuk ke dalam khemah majlis. Tertuduh didapati tahu akibat perbuatannya itu. Tertuduh telah melakukannya dengan sengaja kerana beliau boleh mencongak risiko yang diambilnya iaitu dalam keadaan sedemikian dia boleh mengakibatkan kematian atau bencana tubuh yang boleh mengakibatkan kematian.” 24 [27] Berdasarkan huraian di atas kami bersetuju dengan dapatan YA Hakim bicara bahawa pihak pendakwaan telah juga berjaya membuktikan kes prima facie bagi kesalahan membunuh yang boleh dihukum di bawah s 302 KK. Selanjutnya berdasarkan keterangan yang sama, kami juga bersetuju dengan dapatan YA Hakim bicara bahawa pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie terhadap pertuduhan di bawah s 307. Kami bersetuju dengan dapatan yang berikut: “[131] Melalui keterangan-keterangan yang dikemukakan dan setelah menilai keterangan-keterangan tersebut seperti yang dinyatakan terlebih dahulu di atas secara maksima, mahkamah ini mendapati pihak pendakwaan juga telah berjaya memenuhi elemen-elemen tersebut secara prima facie. Sememangnya Tertuduh telah melakukan satu percubaan membunuh di mana dalam mengambil tindakan merempuh khemah majlis, Tertuduh mempunyai pengetahuan bahawa perbuatannya itu adalah sebegitu berbahaya di mana satu kematian atau bencana tubuh yang boleh menyebabkan kematian boleh berlaku. [132] Bagi memenuhi elemen-elemen tersebut di atas, tidak semestinya satu kematian mesti berlaku. Apa yang penting ialah mens rea di pihak Tertuduh adalah untuk menyebabkan kematian. Dua orang mangsa telah mengalami kecederaan iaitu Punjala a/p Sinniah dan Tarmenthiran a/l Selvarajoo. Walaupun kedua-dua mangsa ini terselamat dari menemui ajal mereka dan hanya mengalami kecederaan, namun kecederaan yang dialami oleh kedua-dua mangsa adalah hasil dari perbuatan Tertuduh melanggar mereka dengan memandu kereta tersebut dalam keadaan sebegitu berbahaya yang mana Tertuduh tahu perbuatan tersebut boleh menyebabkan kematian. Elemen yang perlu dibuktikan di bawah s 307 ialah bahawa satu percubaan telah dilakukan oleh Tertuduh untuk membunuh walaupun kematian tidak berlaku. Dalam semua keadaan, sekiranya kedua-dua mangsa tersebut menemui kematian, Tertuduh melakukan kesalahan membunuh orang dan perbuatan 25 perbuatan itu telah menyebabkan kecederaan kepada kedua-dua mangsa.” [28] Bagi isu terakhir, peguam bela menegaskan bahawa perayu, dalam pembelaannya, telah berjaya menimbulkan alasan (excuse) berkaitan dengan tindakannya merempuh khemah majlis berkenaan.