Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI AMPANG DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN KES TANGKAP NO: BC-62JSK-48-07/2022 5 PENDAKWA RAYA LAWAN SERIN BIN SINGGAM 10 (NO. K/P : 800325-12-5721) ALASAN PENGHAKIMAN 15
BC-62JSK-48-07/2022
Sessions Court of Malaysia14 Feb 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“(3) If the court finds that the prosecution has not proved its 510 case beyond reasonable doubt, the court shall record an order of acquittal. [45] Dalam kes MAH KOK CHEONG v. R [1953] MLJ 46, YA Spencer Wilkinson J, di muka surat 47 menjelaskan bahawa: 515 “…in ordinary criminal cases… all discussion as what might rea”
“its case. Therefore, a case can be said to have been proved beyond reasonable doubt only at the conclusion of a trial upon a consideration of all 540 evidence adduced as provided by s. 182A(1) of the Criminal Procedure Code. That would normally be the position where the accused has given evidence. However, where the ac”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI AMPANG DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN KES TANGKAP NO: BC-62JSK-48-07/2022 5 PENDAKWA RAYA LAWAN SERIN BIN SINGGAM 10 (NO. K/P : 800325-12-5721) ALASAN PENGHAKIMAN 15
1
Rayuan ini telah difailkan oleh pihak Pembelaan kerana tidak berpuashati dengan keputusan Mahkamah pada 14 Februari 2025 20 yang telah mendapati OKT adalah bersalah dan mensabitkan OKT di akhir kes Pembelaan (Perintah tersebut) bagi satu pertuduhan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Mahkamah telah menjatuhkan hukuman penjara selama 6 tahun dari tarikh Perintah iaitu 14 25 Februari 2025 dan 1 kali sebatan rotan. OKT juga diperintahkan menjalani kaunseling pemulihan sepanjang tempoh pemenjaraan di 2 bawah Seksyen 26 dan pengawasan polis selama 2 tahun selepas menjalani hukuman pemenjaraan di bawah Seksyen 27. Rayuan ini adalah terhadap Sabitan dan Hukuman tersebut. 30
2
OKT dalam kes ini telah dituduh seperti Pertuduhan Pindaan berikut: “BAHAWA KAMU PADA BULAN MEI 2021 HINGGA DISEMBER 35 2021 BERTEMPAT DI ALAMAT NO. 318, BLOK J, JALAN PERDANA 2, TAMAN INDAH PERDANA, KEPONG, DALAM DAERAH GOMBAK, DALAM NEGERI SELANGOR, TELAH MELAKUKAN AMANG SEKSUAL FIZIKAL TERHADAP SEORANG KANAK-KANAK PEREMPUAN BERNAMA PUTERI 40 MIASARA NASUHA BINTI NORDIN (NO KP: 131205-06-0470) BERUMUR 8 TAHUN KETIKA KEJADIAN DENGAN CARA MEMEGANG KEMALUAN DAN DADA KANAK-KANAK TERSEBUT BAGI TUJUAN SEKSUAL. OLEH ITU, KAMU TELAH MELAKUKAN SUATU KESALAHAN DI BAWAH SEKSYEN 14 (a) 45 AKTA KESALAHAN-KESALAHAN SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK 2017 YANG BOLEH DIHUKUM DI BAWAH SEKSYEN 14 AKTA YANG SAMA.” (Pertuduhan Pindaan ditanda sebagai P18)
3
Secara ringkasnya, pihak TPR telah memanggil enam (6) orang 50 saksi untuk memberi keterangan iaitu: i. SP1: L/Kpl Mohd Azam bin Zulkapli (Jurufoto). ii. SP2: Sjn Muhammad Fitri bin Husin (Pegawai Perakam). 3 iii. SP3: Zainab Bibi binti Mohamad Hanifah (Pengadu). 55 iv. SP4: Puteri Maisara Nasuha binti Nordin (Mangsa). v. SP5: Zanariah binti Ismail (Pegawai Temubual CIC). vi. SP6: Insp Khalpna a/p Rajandhiran (Pegawai Penyiasat).
4
Manakala pihak Pembelaan pula telah memanggil empat (4) orang 60 saksi untuk memberi keterangan iaitu: i. SD1: Serin bin Singgam (OKT). ii. SD2: Romzi bin Mohd Ali (Guru Besar). iii. SD3: Lamsi binti Singgam (Adik OKT). 65 iv. SD4: Zaidi Farid bin Fauzi (Adik ipar OKT).
5
Pihak TPR juga telah mengemukakan eksibit yang berikut untuk menyokong keterangan saksi-saksinya iaitu: 70 EKSIBIT PERKARA P1(1-9) 9 keping gambar tempat kejadian. P2 1 keping gambar mangsa. P3 Sijil Perakuan 90A. P4 1 sampul CD. P4(A) 1 CD. P5 Borang Transkrip CIC
1
P6 Borang CIC
2
P7 Borang CIC
3
P8 Borang CIC
4
P8(A) Appendix CIC 4.
6
P10 1 sampul CD (Sel 96/2022). P10(A) 1 CD Rakaman. P11 Video Rakaman CIC. P12 Salinan Sijil Kelahiran mangsa. P13 Salinan Sijil Perakuan Nikah SP3 dengan OKT. P14 1 laporan polis Desa Jaya/121/22 bertarikh 5/1/2022. P18 Pertuduhan Pindaan. P19 Rajah kasar tempat kejadian. ID20 Laporan Tangkapan [6] Berikut adalah eksibit yang telah dikemukakan oleh pihak Pembelaan: EKSIBIT PERKARA IDD15 1 gambar daftar perkahwinan (14/4/2021). IDD16 1 gambar buka puasa di Raub (15/4/2021). IDD17 1 gambar borang lintas negeri. IDD21 Laporan Perubatan mangsa. D22 Notis Pembelaan Alibi. D23 Gambar A9 di dalam D22. D24 Gambar A10 di dalam D22. D25 Gambar screenshot WhatsApp. D26 (1-4) Gambar screenshot WhatsApp tarikh 18/5/2021. D27 Gambar screenshot WhatsApp tarikh 14/5/2021). D28 Gambar screenshot WhatsApp tarikh 22/5/2021. D29 Gambar screenshot WhatsApp tarikh 20/7/2021. D30 Permohonan bertukar sekolah. D31 Gambar screenshot WhatsApp tarikh 14/12/2021. D32 Gambar screenshot WhatsApp tarikh 25/12/2021. D33 Gambar screenshot WhatsApp tarikh 30/12/2021. D34 Surat Kebenaran Rentas Negeri. IDD35 Senarai nama ke Umrah. D36(1-3) Gambar screenshot WhatsApp tarikh 25/12/2021. D37 Pertuduhan asal. 75 FAKTA KES DI PERINGKAT PENDAKWAAN [7] Sebelum Mahkamah ini melanjutkan kepada Alasan Penghakiman, perlu dijelaskan bahawa keseluruhan kes ini telah didengar di 80 hadapan HMS terdahulu (Puan Norhazani Hamzah) bermula dari kes Pendakwaan sehingga peringkat keputusan di peringkat prima facie. [8] HMS tersebut telah mendapati terdapat suatu kes prima facie 85 terhadap OKT. Memandangkan terdapat pertukaran ke Jabatan Peguam Negara oleh HMS terdahulu, saya pula telah mengambil alih kes ini dengan mendengar keterangan OKT sehingga SD4 dan seterusnya membuat keputusan peringkat Pembelaan. 90 [9] Perlu juga disebutkan bahawa tiada Alasan Penghakiman yang disediakan oleh Puan Norhazani di peringkat Pendakwaan berkaitan alasan OKT dipanggil membela dirinya. Oleh yang demikian, Alasan Penghakiman ini saya sediakan setakat Alasan Penghakiman bagi Keputusan di peringkat Pembelaaan yang mana 95 saya telah mendapati OKT ini bersalah dan disabitkan dengan kesalahan seperti mana Pertuduhan Pindaan (P18), setelah saya meneliti dan menilai keseluruhan keterangan semua saksi Pendakwaan dan Pembelaan dari mula perbicaraan sehinggalah ke peringkat menimbangkan hujahan semua pihak di peringkat 100 Pendakwaan dan Pembelaan. Oleh itu, tiada Alasan Penghakiman peringkat prima facie yang akan disediakan bagi kes ini memandangkan keputusan itu telah dibuat oleh HMS terdahulu yang mengendalikan kes ini sehingga peringkat keputusan prima facie. 105 [10] Mangsa iaitu SP4 ialah anak SP3 yang pada masa kejadian berusia 8 tahun. Kejadian berlaku di rumah OKT. OKT adalah bapa tiri SP4. SP3 ialah pengadu atau ibu mangsa dalam kes ini menyatakan telah melihat SP4 memegang kemaluannya sambil memegang 110 telefon bimbit. Apabila SP3 bertanya mengapa berbuat begitu, SP4 menyatakan kemaluannya gatal. SP3 berasa curiga dan tidak puas hati dengan jawapan SP4 lalu bertanya lagi, lalu SP4 menceritakan bahawa dia belajar daripada OKT (memegang kemaluan). SP4 kemudian bercerita bahawa OKT telah banyak kali memegang 115 dada dan kemaluannya. SP3 lantas bertanya kepada OKT tentang perkara itu dan SP3 menyatakan OKT telah mengakui perbuatan tersebut ke atas mangsa. SP3 telah berbincang dengan ahli keluarganya sama ada untuk membuat laporan polis atau sebaliknya. Akhirnya, dia mendapat nasihat daripada ahli 120 keluarganya untuk membuat laporan polis terhadap OKT. Mereka juga telah bercerai selepas kejadian tersebut. [11] Berdasarkan keterangan SP3, dia dan OKT baru sahaja berkahwin. Pada mula berkahwin, mereka merupakan pasangan suami isteri 125 yang tinggal berasingan. SP3 dan SP4 serta seorang lagi anaknya, Adam (adik mangsa) tinggal di Raub, Pahang manakala OKT tinggal di Kepong (di rumah atau tempat kejadian). Mereka berkahwin pada 10/4/2021 dan bercerai pada 9/8/2022. Berdasarkan keterangan SP3, beliau telah berpindah ke rumah 130 suaminya iaitu OKT di Kepong pada bulan Mei 2021 dan menetap di situ sehingga bulan Disember 2021. Menurut SP3 dan SP4, kejadian yang menimpa SP4 itu berlaku selepas 3 hari mereka menetap di rumah OKT. Keterangan SP3 dan SP4 juga konsisten tentang bila dan bagaimana dan di mana kejadian itu berlaku. 135 [12] Berdasarkan keterangan SP4 yang juga dimaklumkan kepada SP3, kejadian itu berlaku apabila mangsa berada dalam bilik tidurnya dan ketika adiknya Adam sedang tidur di ruang tamu dan SP3 tiada di rumah. Berdasarkan keterangan SP4, OKT telah membuka 140 seluarnya dan memasukkan tangan OKT ke dalam seluar SP4 dan memegang kemaluan SP4, OKT juga telah memegang dada SP4 dan membuka baju SP4. SP4 menyatakan dia tidak beritahu SP3 kerana OKT memberitahu SP4 bahawa “ibu kau tak percaya kau tapi ibu lebih percaya dekat aku.” SP4 juga jadi takut apabila OKT 145 berkata begitu kepadanya. SP4 juga menyatakan dalam keterangannya bahawa dia tidak suka kepada perlakuan OKT terhadapnya. SP4 juga telah memberikan percakapannya kepada pegawai CIC dan keterangan CIC SP4 ditandakan sebagai P5. 150 [13] Berdasarkan Pemeriksaan Balas Pembelaan, Mahkamah dapati pada asasnya, line of defence atau isu OKT ini adalah berkaitan tarikh spesifik kejadian amang seksual berlaku. Dalam kes ini mangsa yang kecil usianya ini tidak mengingati dengan jelas bilakah tarikh khusus kejadian itu berlaku namun beliau boleh 155 mengingati kejadian tersebut berlaku 3 hari selepas mereka berpindah masuk ke rumah OKT. Hal ini sangat jelas SP4 ingat dan ini adalah sesuatu yang luar biasa. Pada hemat Mahkamah, bukanlah sesuatu yang mudah bagi seorang anak kecil berumur 8 tahun untuk ingat secara spesifik bilangan hari iaitu 3 hari selepas 160 dia pindah ke rumah OKT, kejadian seksual itu berlaku kepadanya. Ianya sesuatu yang luar biasa. Pada hemat Mahkamah, sudah pasti kejadian itu meninggalkan kesan trauma kepada SP4 sehingga beliau boleh ingat secara spesifik tempoh atau masa kejadian. Walaupun dia tidak ingat tarikh yang khusus namun dia mampu 165 memberikan tempoh atau jangka masa khas juga sudah memadai untuk Mahkamah mempercayai kredibiliti kanak-kanak ini. Tidak mungkin beliau boleh atau memetik angka 3 hari yang kelihatan spesifik, dan bukan seminggu, sebulan atau beberapa hari yang kelihatannya lebih general atau am. 170 [14] Pada pandangan Mahkamah, isu tarikh spesifik adalah tidak material bagi kes-kes seksual apatah lagi yang melibatkan seorang kanak-kanak kecil di bawah 12 tahun. Dalam kes Ku Lip See V PP
1982
1MLJ 194, HMP telah memutuskan: 175 “walaupun pertuduhan tidak menyatakan tarikh yang spesifik kesalahan itu dilakukan tetapi cuma menyatakan ianya dilakukan pada bulan Mei dan Jun 1978, pertuduhan adalah tidak cacat kerana masa dan tempat telah dibutirkan dengan 180 cukup bagi OKT membela diri.” [15] Begitu juga dalam kes Dato Seri Anwar Ibrahim v PP (2004) 3 MLJ 405, HMP menyatakan: 185 “in a sexual offence, the essential ingredients are the sexual act and the identity of the offender. The date is not vital ingredient of the charge.” [16] Dalam kes tersebut, pertuduhan telah merangkumi antara bulan 190 Januari hingga Mac 1993, manakala dalam kes Ku Lip See merangkumi antara “bulan Mei 1978 lebih kurang jam 7.00 petang dan bulan Jun 1978 jam lebih kurang 7.00 petang.” [17] Oleh yang demikian, OKT tidaklah diprejudiskan disebabkan 195 tiadanya tarikh atau masa yang spesifik. Lingkungan masa dan tempat kejadian adalah cukup jelas dalam pertuduhan tersebut yang membolehkan OKT menyediakan pembelaannya dengan secukupnya dan adalah memadai baginya tanpa menjejaskan hak OKT untuk membela diri. 200 [18] OKT juga ada membangkitkan isu alibi dan peguam juga ada memasukkan notis alibi. Alibi OKT ini didapati lebih menjurus kepada isu pada tahun 2021 adalah tempoh PKP yang memberi gambaran isterinya iaitu SP3 tidak dapat merentas sempadan atau 205 tidak pulang ke Kepong pada bulan April dan OKT juga terpaksa memohon borang untuk merentas negeri. Namun pembelaan ini juga didapati tidak begitu jelas memandangkan berdasarkan keterangan SP3 dan SP4, mereka telah pun berpindah ke rumah OKT di Kepong atau tempat kejadian pada Mei dan tinggal bersama 210 OKT sehingga Disember 2021. Kejadian juga berlaku dalam tempoh tersebut. [19] Dalam kes Duis Akim & ors v PP (2014) 1 MLJ 49, HMP memutuskan: 215 “however alibi could not prevail over the positive identification of an accused person especially so in the face of categorically statements coming from credible witness who had no ill motives in testifying.” 220 [20] Dalam kes Magendran Mohan v PP (2011) 1 CLJ 805, HMP memutuskan: “In Lillian and anor v PP 1988 1LNS 139, The Supreme 225 Court in dealing with the issue of alibi held that as regards the defence of alibi, all that an accused person had to do is to raise a reasonable doubt that he was the person at the scene lof the crime. The proper approach is for the learned trial Judge to consider at the close of defence case whether he 230 had indeed succeeded in doing so…”. [21] Pada dapatan Mahkamah setelah menilai seluruh keterangan semua saksi Pendakwaan, SP4 didapati telah berjaya mengecam identiti OKT sebagai orang yang ada bersamanya di tempat 235 kejadian dalam biliknya dan OKT adalah orang yang telah memegang kemaluan dan dadanya. OKT telah dicamkan oleh SP4 dengan yakin dan sempurna. Pada hemat Mahkamah, alibi adalah suatu pembelaan yang hendaklah dinilai secara keseluruhan fakta dan keterangan di hadapan Mahkamah sehingga ke akhir kes 240 Pembelaan. Pengecaman yang positif oleh mangsa terhadap OKT telah berjaya meruntuhkan alibi yang dikemukakan oleh OKT dalam kes ini. [22] Berdasarkan Pemeriksaan Balas Pembelaan terhadap saksi 245 Pendakwaan, Mahkamah dapati terdapat juga beberapa isu kecil seperti laporan perubatan mangsa yang seperti mencadangkan terdapat koyakan pada hymen SP4 sedangkan kes yang dipertuduhkan adalah kes amang seksual. Pihak Pembelaan seolah ingin menimbulkan bahawa laporan perubatan tersebut 250 mengelirukan, tidak konsisten dengan pertuduhan terhadap OKT atau terdapat kesilapan dalam pertuduhan dan lain-lain lagi yang Mahkamah tidak pasti mengapakah isu tersebut dibangkitkan. Ini kerana pertuduhan rogol adalah lebih berat daripada pertuduhan di bawah Seksyen 14 yang hanyalah amang seksual. Mahkamah 255 berpendapat terpulanglah kepada pihak DPP untuk merangka pertuduhan di bawah seksyen apa terhadap OKT berdasarkan keterangan yang ada. Lagi pula pertuduhan terhadap OKT adalah pertuduhan di bawah kesalahan amang seksual yang mana pengemukaan laporan perubatan adalah tidak material dan 260 hanyalah suatu keterangan sokongan sahaja, jika pun pihak DPP ingin mengemukakan di Mahkamah.
23
Keterangan SP4 yang mengesahkan dengan yakin dan konsisten bahawa kemaluan dan dadanya telah dipegang oleh OKT dan SP4 265 juga telah membuat demonstrasi bagaimana cara OKT memperlakukannya melalui rakaman video (yang boleh dilihat atau dikemukakan dalam perbicaraan) telah cukup menjelaskan perlakuan tersebut berlaku kepadanya. Dalam kes Razali Salleh v PP (2019) 12 MLJ 205, HMT memutuskan: 270 “unlike for an offence of rape, no medical evidence is available for a case of this nature. Bjut the overwhelming feature of ths case is the victims consistency in testimony”. 275 [24] Dalam kes di hadapan saya, SP4 adalah seorang yang konsisten dalam keterangannya dan tidak kelihatan keliru dalam keterangan lisannya walaupun beliau masih kecil namun masih dapat memahami soalan balas peguam yang cuba mengelirukan beliau dan membuat asakan dalam soalan terhadap SP4. Namun 280 keterangannya adalah teguh dan konsisten. KEPUTUSAN PERINGKAT PENDAKWAAN [25] HMS terdahulu telah mendengar keterangan saksi-saksi 285 Pendakwaan dan telah mendapati Pendakwaan telah berjaya membuktikan suatu kes prima facie terhadap OKT di bawah pertuduhan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 (Akta) (Pertuduhan Pindaan ditanda P18). Maka OKT telah dipanggil untuk membela dirinya. 290 [26] Tiada Alasan Penghakiman yang disediakan oleh HMS tersebut pada peringkat ini. FAKTA RINGKAS KES PEMBELAAN 295 [27] Secara ringkasnya OKT telah memberikan keterangan secara bersumpah. OKT juga telah memanggil 4 orang saksi iaitu SD2, SD3 dan SD4. Saksi-saksi Pembelaan merupakan dari kalangan keluarga OKT iaitu adik dan adik ipar OKT serta seorang Guru 300 Besar sekolah SP4. Secara keseluruhannya pembelaan OKT adalah bersifat penafian, keterangan yang direka-reka dan pemikiran terkemudian. Pembelaan OKT yang tidak disokong dengan keterangan saksi-saksi yang lain bagi mengesahkan alibi OKT. 305 PEMBELAAN OKT
28
Saya mengulangi isu Pembelaan pada perenggan 13-18 yang merupakan line of defence OKT namun OKT juga telah membawa satu isu baru yang tidak pernah dibangkitkan dalam kes 310 Pendakwaan iaitu isu SP4 tidak menunjukkan reaksi takut atau trauma apabila bersama-sama OKT. OKT cuba untuk menunjukkan keterangan beberapa gambar SP4 menyambut harijadi di rumah OKT, OKT membawa SP4 ke lapangan terbang untuk menghantar ibu bapanya mengerjakan Umrah dan beberapa gambar mereka 315 bersama yang menunjukkan wajah ceria SP4 yang tidak pun kelihatan trauma atau takut apabila berdekatan dengan OKT.
29
Pihak Pembelaan cuba membawa masuk suatu keterangan baru bagi menunjukkan sekiranya benar terdapat kejadian amang 320 seksual yang dilakukan oleh OKT, tidak mungkin SP4 boleh menjadi kanak-kanak ceria dan bersahaja seperti mana dalam gambar tersebut. Pihak Pembelaan mempersoalkan bahawa tiada trauma yang kelihatan berlaku pada SP4 seolah mencadangkan bahawa perlakuan seksual tersebut tidak berlaku dan keterangan 325 SP4 tidak boleh dipercayai dan kredibiliti SP4 dipertikaikan. PENILAIAN KESELURUHAN KETERANGAN PEMBELAAN DAN PENDAKWAAN OLEH MAHKAMAH 330 [30] Mahkamah dapati pembelaan OKT seperti mana di perenggan di atas adalah suatu pembelaan yang pada hemat Mahkamah adalah lemah dan tidak disokong dengan keterangan saksi-saksi lain bagi mengesahkan keterangan alibi OKT. OKT mengemukakan beberapa keterangan bergambar tentang text WhatsApp dalam 335 group WhatsApp keluarga bagi menunjukkan alibi OKT tentang apa yang dia lakukan dan keberadaannya yang beliau kongsikan dalam grup WhatsApp keluarga. Pembelaan seperti yang dibangkitkan oleh OKT jauh sekali mampu mencabar keterangan semua saksi Pendakwaan terutamanya keterangan SP3 dan SP4 yang lebih 340 kukuh, konsisten dan meyakinkan.
31
Mahkamah dapati pembelaan seperti ini adalah suatu pemikiran terkemudian memandangkan dokumen tersebut tidak pernah dibangkitkan dan ditunjukkan kepada mana-mana saksi 345 Pendakwaan terutamanya kepada SP3 dan SP4 bagi memberi peluang kepada mereka untuk menjawab dan menjelaskan situasi tersebut. Eksibit D25 dan D35 hanya dikemukakan sewaktu pembelaan dipanggil. Sewaktu pertuduhan dipinda tentang tempoh masa kejadian, pihak Pembelaan tidak memanggil semula saksi- 350 saksi Pendakwaan sepertima yang dibenarkan dalam Seksyen 162 KTJ. Pihak Pembelaan juga tidak menyoal balas Pegawai Penyiasat tentang D25 dan D35. Namun, walau apa pun keterangan D25 dan D35, Mahkamah dapati keterangan tersebut adalah gagal dan sia-sia atau tidak relevant kerana kejadian berlaku 355 dalam tempoh Mei hingga Disember 2021 sewaktu SP3 dan SP4 telah pun berpindah ke rumah OKT di Kepong.
32
Perjalanan OKT ulang alik ke Raub sewaktu PKP berlaku sebelum SP3 dan SP4 berpindah ke Kepong iaitu sewaktu OKT dan SP3 360 masih menjalani kehidupan suami isteri jarak jauh dan tinggal berasingan. Hal tersebut tidak lagi berlaku apabila mereka telah tinggal bersama pada bulan Mei dan seterusnya pada tahun 2021. Pada hemat Mahkamah keterangan alibi tersebut tidak lagi relevant setelah pertuduhan tersebut dipinda kepada tempoh masa yang 365 berbeza dengan pertuduhan asal. Pertuduhan pindaan telah memasukkan tempoh masa yang sesuai dengan keberadaan SP3 dan SP4 di rumah OKT setelah mereka berpindah dan menetap secara kekal di rumah OKT pada bulan Mei 2021. 370
33
SD3 dan SD4 juga tidak tinggal dengan OKT maka keterangan mereka tidak begitu berkesan bagi mencabar kes Pendakwaan. Ini kerana kebanyakan masa mereka ini tiada pengetahuan pun tentang apa-apa yang berlaku dalam rumah OKT sepanjang tempoh kejadian itu. Pengetahuan SD3 dan SD4 adalah setakat 375 apa yang OKT laporkan dalam WhatsApp group keluarga sahaja. Keterangan mereka hanyalah terhad kepada mesej-mesej yang dihantar oleh OKT dalam WhatsApp group tersebut.
34
Pada dapatan Mahkamah setelah menilai seluruh keterangan 380 semua saksi Pendakwaan, SP4 didapati telah berjaya mengecam identiti OKT sebagai orang yang ada bersamanya di tempat kejadian dalam biliknya dan OKT adalah orang yang telah memegang kemaluan dan dadanya. OKT telah dicamkan oleh SP4 dengan yakin dan sempurna. Pada hemat Mahkamah, alibi adalah 385 suatu pembelaan yang hendaklah dinilai secara keseluruhan fakta dan keterangan di hadapan mahkamah sehingga ke akhir kes pembelaan. Pengecaman yang positif oleh mangsa terhadap OKT telah berjaya meruntuhkan alibi yang dikemukakan oleh OKT dalam kes ini. Maka keterangan alibi OKT yang hanya bersandarkan 390 kepada mesej yang dia hantar tidak dapat menjejaskan keterangan saksi-saksi Pendakwaan serta pengecaman positif SP4 terhadap OKT yang dicamkan sebagai orang yang berada dengannya sewaktu tempoh kejadian dalam rumah tempat kejadian dalam pertuduhan tersebut. 395 [35] Keterangan SP3 saling menyokong keterangan SP4 dan keterangan SP4 juga adalah konsisten dengan apa yang diceritakan kepada SP3 selaku ibunya yang merupakan orang pertama yang menerima maklumat tersebut daripada SP4 selepas 400 kejadian itu berlaku. Saksi yang dipanggil oleh OKT bukanlah saksi material yang boleh benar-benar mengesahkan bahawa OKT tidak ada di dalam negara atau di tempat kejadian sepanjang tempoh yang dinyatakan dalam pertuduhan. Oleh kerana OKT yang menyatakan alibi itu, maka OKT hendaklah membuktikan alibinya 405 adalah benar.
36
SD2 iaitu Guru Besar sekolah SP4 juga tidak dapat mengesahkan tempoh masa sebenar SP4 bersekolah di Raub. Tarikh di D30 hanyalah tarikh pertukaran yang dikehendaki di sekolah Kepong 410 iaitu 11/10/2021. SD2 juga bukanlah Guru Besar SK Taman Ehsan pada tahun 2021 untuk sahkan tarikh sebenar SP4 bersekolah di situ. Keterangan yang cuba dibawa oleh OKT tentang D30 juga tidak jelas dan mengelirukan. Oleh kerana SD2 juga bukan merupakan Guru Besar di sekolah itu pada tahun yang berkenaan, 415 beliau juga tidak dapat mengesahkan bilakah tarikh sebenar SP4 bersekolah di situ. Mahkamah juga tidak diberikan sebarang keterangan sama ada SP4 masuk sekolah atau tidak atau sama ada beliau belajar online di rumah atau sebaliknya tidak juga dikemukakan sebarang keterangan.
37
Mahkamah mendapati SP4 pada waktu kejadian berumur lebih 8 tahun. Namun sebelum dia berikan keterangan di Mahkamah, pihak DPP telah pun membuat ujian kredibiliti SP4 sepertimana kehendak dalam Akta, samada beliau kompeten untuk memberikan 425 keterangannya dan sama ada dia boleh memahami sumpah atau pun tidak. HMS terdahulu telah memutuskan SP4 adalah saksi yang kompeten untuk memberikan keterangan dan tahu serta faham erti bercakap benar namun beliau tidak memberikan keterangan secara bersumpah kerana tidak faham apakah makna sumpah. Namun 430 secara keseluruhannya, Mahkamah mengakui bahawa SP4 mempunyai kecerdikan yang mencukupi bagi memberikan keterangan dan faham makna memberikan keterangan yang benar sahaja di Mahkamah. Mahkamah dapati keterangan SP4 adalah keterangan yang credible dan boleh dipercayai. 435 [38] Mahkamah juga mengulangi dapatan Mahkamah di perenggan terdahulu tentang isu yang dibangkitkan oleh Pembelaan sewaktu kes Pendakwaan (sila lihat perenggan 13 dan seterusnya). [39] Mahkamah juga perlu berhati-hati dalam menerima masuk 440 keterangan yang bersifat ada kepentingan peribadi dengan OKT. Mahkamah perlu mengingatkan diri sendiri bahawa hubungan SD1 dan SD3 dan SD4 adalah ahli keluarga rapat. Mereka sudah pasti memberi keterangan memihak kepada OKT yang juga adalah abang atau ipar mereka sendiri. Sudah pasti mereka akan memberi 445 keterangan yang boleh memberikan manfaat dan faedah kepada OKT supaya OKT boleh terlepas daripada pertuduhan tersebut. Maka Mahkamah harus berhati-hati dalam menilai keterangan mereka yang bersifat peribadi kepada OKT. 450 [40] Mahkamah mempercayai keterangan SP3 dan SP4 yang lebih logik, konsisten dan tidak goyah walaupun cuba dicabar oleh peguam. Mahkamah dapati jangka masa SP3 dan SP4 tinggal bersama-sama OKT dalam rumah itu merupakan suatu jangka masa yang lebih panjang daripada OKT ulang alik ke Raub bagi 455 tempoh sebulan sahaja. Jangka masa Mei-Disember 2021 adalah jangka masa yang lama ini sudah cukup untuk mendedahkan SP4 kepada OKT dan perlakuan amang seksual tersebut dan lebih daripada mencukupi bagi SP4 mengecam wajah OKT sebagai orang yang dipanggil daddy iaitu suami ibunya dan orang yang 460 berada bersama-samanya dalam bilik itu. SP4 dengan yakin dapat mengecam wajah OKT sebagai orang yang melakukan amang seksual terhadap SP4. [41] Mahkamah dapati keterangan ini gagal dicabar oleh Pembelaan. 465 SP4 juga telah menceritakan secara terperinci perlakuan OKT terhadapnya. SP4 juga telah membuat demonstrasi bagaimana OKT memegang dadanya dan kemaluannya dan memasukkan tangannya ke dalam seluar SP4 dan lain-lain lagi. 470 [42] Mahkamah dapati semua perlakuan ini terjatuh di bawah kontak fizikal berbentuk seksual kerana bahagian yang disentuh oleh OKT merupakan anggota seksual bagi kanak-kanak perempuan. Bagi kesalahan amang seksual di bawah Seksyen 14(a), elemen kesalahan yang harus dibuktikan adalah:
a
OKT melakukan kontak fizikal berbentuk seksual. Dalam kes ini pihak DPP telah berjaya membuktikan tangan OKT telah memegang dengan memasukkan tangan ke dalam seluar dan baju SP4, 480
b
kontak fizikal itu tidak melibatkan persetubuhan; dan
c
mangsa adalah seorang kanak-kanak semasa kejadian berlaku. [43] Mahkamah dapati semua elemen ini telah dibuktikan oleh 485 Pendakwaan apabila HMS terdahulu telah memutuskan terdapat keterangan prima facie terhadap OKT dan memerintahkan OKT dipanggil untuk membela dirinya. Semua intipati ini telah berjaya dibuktikan. 490 BEBAN PEMBUKTIAN DI AKHIR KES PEMBELAAN 495 [44] Di akhir kes Pembelaan, Mahkamah perlu menimbangkan keseluruhan keterangan OKT dan saksinya dan merujuk kembali keterangan saksi-saksi di peringkat kes Pendakwaan sebelum memutuskan sama ada di akhir kes Pembelaan ini, pihak TPR telah berjaya membuktikan kes di luar keraguan munasabah seperti yang 500 dinyatakan di dalam Seksyen 182A Akta 593:
1
At the conclusion of the trial, the court shall consider all the evidence adduced before it and shall decide whether the prosecution has proved its case beyond reasonable 505 doubt.
2
If the court finds that the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt, the court shall find the accused guilty and he may be convicted on it.
3
If the court finds that the prosecution has not proved its 510 case beyond reasonable doubt, the court shall record an order of acquittal. [45] Dalam kes MAH KOK CHEONG v. R [1953] MLJ 46, YA Spencer Wilkinson J, di muka surat 47 menjelaskan bahawa: 515 “…in ordinary criminal cases… all discussion as what might reasonably be true or what is consistent with innocence are both irrelevant and misleading. Almost every defence put forward by an accused is consistent with innocence or it would 520 not be put forward; nor would it be a very good defence if it could not reasonably be true. But whatever may be the defence to a criminal charge the sole question which a subordinate court has to ask itself at the conclusion of the trial is-Does the defence raise a reasonable doubt as to the 525 truth of the prosecution case or as to the accused’s guilt?” [46] Dalam kes BALACHANDRAN v. PP (supra), Mahkamah Persekutuan telah mengulas berkenaan dengan beban pembuktian 530 di luar keraguan munasabah: “Proof beyond reasonable doubt involves two aspects. While one is the legal burden on the prosecution to prove its case beyond reasonable doubt the other is the evidential burden 535 on the accused to raise a reasonable doubt. Both these burdens can only be fully discharged at the end of the whole case when the defence has closed its case. Therefore, a case can be said to have been proved beyond reasonable doubt only at the conclusion of a trial upon a consideration of all 540 evidence adduced as provided by s. 182A(1) of the Criminal Procedure Code. That would normally be the position where the accused has given evidence. However, where the accused remain silent there will be no necessity to re evaluate the evidence in order to determine whether there is a 545 reasonable doubt in the absence of any further evidence for such a consideration. Prima facie which was capable of supporting a conviction beyond reasonable doubt will constitute proof beyond reasonable doubt.” 550 [47] Di dalam kes NAGAPPAN KUPPUSAMY v. PP (1988) 1 CLJ 238, Mahkamah Agung memutuskan: “In a criminal proceeding, the onus on the prosecution throughout is to prove beyond reasonable doubt. From the 555 beginning to the end the burden remains on the prosecution to prove the guilt of the accused. At the close of the whole case, the Court has to consider all the evidence adduced by both the prosecution and the defence and has to be satisfied that the case has been proved beyond reasonable doubt.” 560 [48] Seterusnya di dalam kes MOHD RADHI BIN YAAKOB v. PP (1991) 6 MLJ 169, Mohamed Azmi SCJ menyatakan: “It is well established principle of Malaysian criminal law that 565 the general burden of proof lies throughout the trial on the prosecution to prove beyond reasonable doubt the guilt of the accused for the offence with which he is charge. There is no similar burden placed on the accused to prove his innocence. He is presumed innocent until proven guilty. To earn an 570 acquittal his duty is merely to cast a reasonable doubt in the prosecution’s case”. [49] Mahkamah juga telah merujuk kepada prinsip undang-undang di dalam membuat keputusan di akhir kes Pembelaan seperti mana 575 yang telah digariskan di dalam kes MAT v. PP (1963) MLJ 263 di mana Suffian J memutuskan seperti berikut: “The correct law for Magistrates to apply is as follows. If you accept the explanation given by or on behalf of the accused, 580 you must of course acquit. But this does not entitle you to convict if you do not believe that explanation, for he is still entitled to an acquittal if it raises in your mind a reasonable doubt as to his guilt, as the onus of proving his guilt lies throughout on the prosecution. If upon the whole evidence 585 you are left in a real state of doubt, the prosecution has failed to satisfy the onus of proof which lies upon it.” ALASAN KEPUTUSAN MAHKAMAH DI AKHIR KES PEMBELAAN 590 Saksi Yang Berkepentingan [50] Mahkamah telah merujuk kes LIM GUAN ENG v. PP [1998] 3 MLJ di mana GOPAL SRI RAM - JCA di muka surat 48 telah memetik penghakiman WAN YAHYA H (pada ketika itu) dalam kes HJ. 595 ABDUL GHANI BIN ISHAK & ANOR v. PP [1981] 2 MLJ 230 mengenai keterangan saksi yang berkepentingan: “The witness Kipah is the wife of the first accused and she had to be called by the prosecution to fill up the chain of 600 events in the case. Answers elicited from her cross-examination by the defence had to be scrutinized with some care. As a wife testifying in a serious case against her husband, she could not be expected to be entirely immune from being unbiased or in any event, 605 uninterested. Moreover, when there are other evidences to the contrary, this court is not bound to accept each and every word in her evidence. If what was suggested is to be followed in the unqualified from, the function of the trial judge or jury will become obsolete and such function could be decided by 610 computer. There is nothing to deter the trial judge or jury picking or choosing any piece of evidence from a witness while rejecting others which he or they felt not credible enough. After all, a witness is capable of saying both truths and untruths. If for any good reason, the court feels that part 615 of his evidence should be preferred to the other, then it is at liberty to accept that part and reject the others …” [51] Di dalam kes PP v. NG NAI LIM [2011] 1 LNS 487 di mana YA HAKIM AHMADI ASNAWI telah memutuskan isu berkaitan 620 ‘interested witness’ seperti yang berikut: “Lagipun SB-2 adalah anak OKT, layak dikelaskan sebagai “interested witness”. Memang benar seperti diputuskan dalam kes Balasingham v. PP [1959] 1 LNS 8 “… there is no legal 625 presumption that an interested witness should not be believed. He is entitled to credence until cogent reasons for disbelief can be advanced in the light of evidence to the contrary and the surrounding circumstances …” 630 [52] Mahkamah mendapati OKT dan SD3 dan SD4 adalah saksi yang mempunyai kepentingan di dalam kes ini. Mereka adalah adik dan abang serta ipar. Oleh yang demikian keterangan mereka naturally in favour of the OKT. Namun Mahkamah dapati keterangan mereka gagal mematahkan keterangan semua saksi Pendakwaan. 635 Keterangan mereka jelas banyak memihak kepada OKT walau pun beliau sendiri tidak melihat apa yang berlaku dan tidak ada sebarang pengetahuan tentang kejadian tersebut. Peranan mereka tidak banyak membantu OKT. 640 Mere Denial & Reasonably Dislodge The Prosecution’s Case [53] Pembelaan OKT ialah pembelaan alibi yang bermakna dia tidak memegang kemaluan dan dada SP4 atau melakukan perbuatan amang seksual adalah satu mere denial yang konsisten dari OKT 645 sejak awal perbicaraan kes ini. Mahkamah telah merujuk kepada kes RAZI AMNIN v. PP [2010] 7 CLJ 771 (Criminial Appeal) di mana Hakim telah memutuskan: “…It is trite law that mere denial without other proof to 650 reasonably dislodge the prosecution’s case is insufficient to earn an acquittal...,” [54] Persoalan bagi Mahkamah di dalam kes ini ialah jika terdapat keterangan yang munasabah untuk mematah atau menangkis (i.e 655 reasonably dislodge) kes pihak Pendakwaan. Untuk menjawab soalan tersebut, Mahkamah telah menghalusi keterangan saksi-saksi Pendakwaan seperti mana yang diterangkan dalam perenggan terdahulu. Di antara keterangan corroboration yang material adalah keterangan SP3. 660 [55] Di dalam kes CAMARA MAMODOU v. PP [2014] CRIMINAL APPEAL NO: B-05-195-07/2013 (GIN) - CLJ LAW pula, YA Hakim Mahkamah Rayuan Dato’ Zamani A. Rahim telah menyatakan seperti berikut: 665 “26. …Learned counsel cited the English Court of Appeal case of R v Ward [1993], where it was held that: “The prosecution’s duty at common law to disclose to 670 the defence all elevant material, i.e. evidence which tended either to weaken the prosecution’s case or to strengthen the defence case, required the police to disclose to the prosecution all witness statements and the prosecution to supply copies of such witness 675 statement to the defence or to allow them to inspect the statements and make copies unless there was good reasons for not doing so. Furthermore, the prosecution was under a duty, which continued during pretrial period and throughout the trial, to disclose to the defence all 680 relevant scientific material, whether it strengthened the prosecution case or assisted the defence case and whether or not the defence made a specific request for disclosure. Pursuant to that duty the prosecution was required to make available records of all relevant 685 experiments and tests which tended to cast doubts on the opinions he was expressing was under a clear obligation to bring the records of such experiments and tests to the attention of the solicitor who was instructing him so that they might be disclosed to the other party.” 690 A Reasonable Doubt [56] Keraguan yang munasabah adalah satu pembelaan undang-undang jenayah yang mantap dan menjadi nadi bagi seorang OKT 695 untuk melepaskan dari sesuatu pertuduhan. Di sini Mahkamah merujuk kes MOHD RADHI BIN YAAKOB v. PP (supra), di mana Mohamed Azmi SCJ telah menyatakan: “…. To earn an acquittal his duty is merely to cast a 700 reasonable doubt in the prosecution’s case.” [57] Keraguan yang munasabah telah gagal ditimbulkan oleh pihak OKT dengan gagal mematahkan keterangan saksi Pendakwaan dan Pembelaan gagal memanggil saksi yang membenarkan 705 bahawa OKT tidak memegang dada dan kemaluan SP4, sebaliknya keterangan SP4 dan SP3 adalah konsisten. SP3 adalah saksi material kerana dia orang yang pertama menerima maklumat itu daripada mangsa dan melihat perlakuan mangsa yang luar biasa kerana memegang kemaluan sendiri dengan menyatakan dia 710 belajar perlakuan itu daripada OKT. Namun perlu diingat dalam kes seksual kanak-kanak, keterangan corroboration adalah tidak perlu. Namun, kehadiran SP3 yang merupakan saksi merupakan bonus kepada pihak Pendakwaan bagi mengukuhkan lagi keterangan SP4. 715 [58] Merujuk kes MILLER v. MINISTER OF PENSIONS [1947] 2 ALL ER 373 DAN PP v. SAIMIN & ORS [1971]2 MLJ 16, Mahkamah ini mendapati pembelaan yang dikemukakan oleh OKT adalah satu mere denial, afterthought, bersifat fanciful ataupun imaginary 720 semata-mata. KESIMPULAN/KEPUTUSAN [59] Berdasarkan alasan-alasan yang tersebut di atas dan setelah 725 meneliti dan menilai kembali keseluruhan keterangan di peringkat kes Pendakwaan dan kes Pembelaan secara maksima dan setelah merujuk kepada prinsip di dalam kes MAT v. PP (supra) yang tersebut di atas, Mahkamah memutuskan di akhir kes Pembelaan ini bahawa OKT telah gagal menimbulkan keraguan yang 730 munasabah terhadap kes Pendakwaan. [60] Oleh yang demikian, Mahkamah memutuskan bahawa pihak TPR telah berjaya untuk membuktikan pertuduhan terhadap OKT di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual 735 Terhadap Kanak-Kanak 2017 melampaui keraguan yang munasabah. Justeru, OKT adalah didapati bersalah dan disabitkan dengan pertuduhan tersebut. RAYUAN 740 [61] OKT berumur 45 tahun, seorang duda dan mempunyai seorang anak. Anaknya dijaga oleh kedua ibu bapa dan isteri secara bergilir-gilir. Ada bagi nafkah RM500.00 kepada isteri. OKT juga seorang pemandu lori dengan pendapatan RM3000.00 sebulan. OKT juga 745 menyara ayahnya yang berumur 75 tahun yang mempunyai sakit kronik. Ini kesalahan pertama OKT. OKT insaf dan tidak akan ulangi lagi. HUJAHAN PEMBERATAN TPR 750 [62] TPR memohon hukuman yang berat atas faktor kepentingan awam, keseriusan kesalahan, jenayah yang melibatkan kesalahan seksual kanak-kanak adalah isu kepentingan awam dan juga trauma terhadap mangsa hendaklah juga dipertimbangkan. 755 HUKUMAN [63] Setelah Mahkamah menimbangkan mitigasi OKT dan hujahan TPR, Mahkamah memutuskan seperti berikut: 760 i. OKT dihukum penjara selama 6 tahun dari tarikh Perintah ini dan 1 kali sebatan rotan. ii. OKT diperintahkan untuk menjalani kaunseling pemulihan selama dia ditahan dalam penjara di bawah Seksyen 26. iii. 2 tahun pengawasan polis di bawah Seksyen 27. 765 Alasan Mahkamah (Hukuman) [64] Mahkamah telah mempertimbangkan semua aspek mitigasi dan hujahan TPR dan juga pada masa yang sama perlu mengimbangi 770 dan menimbangkan juga kesalahan seksual terhadap kanak-kanak adalah isu kepentingan awam dan kesalahan yang serius, namun menimbangkan juga nature of the offence ialah amang seksual (bukan kesalahan merogol). Mahkamah juga menimbangkan factor usia mangsa yang masih terlalu muda iaitu 8 tahun. 775 [65] Mahkamah juga dalam masa yang sama tidak memandang ringan perbuatan menyentuh mana-mana anggota tubuh badan kanak-kanak adalah juga suatu kesalahan jenayah dan anggota tubuh yang disentuh oleh OKT adalah kemaluan dan dada iaitu suatu 780 anggota tubuh yang sangat sensitive dan privacy kepada seorang perempuan. Mahkamah turut menimbangkan trauma mangsa dan ahli keluarga mangsa setelah kejadian itu berlaku serta kesempatan yang diambil oleh OKT apabila peluang terbuka luas (tiada orang dewasa yang lain yang boleh menghalang perlakuan 785 tersebut) untuk melakukan perlakuan tidak baik kepada mangsa yang masih merupakan seorang kanak-kanak yang tidak matang dan masih terlalu muda berusia 8 tahun. OKT yang waktu itu telah pun dewasa berusia 43 tahun sepatutnya melindungi mangsa dan bukannya mengambil kesempatan terhadap kelemahan mangsa 790 yang masih kanak-kanak. Mangsa juga adalah seorang kanak-kanak yang lemah dan tidak mampu untuk mempertahankan dan melindungi dirinya sendiri. [66] Oleh itu, Mahkamah berpendapat hukuman penjara 6 tahun dan 795 satu kali sebatan rotan ini adalah mencukupi dan wajar bagi memberi pengajaran kepada OKT dan orang awam di luar sana agar tidak melakukan perbuatan yang sama kerana jenayah ini serius dan berat dari segi hukuman mandatori adalah penjara sahaja dan tiada hukuman selain itu. 800 (NORSHILA BINTI KAMARUDDIN) Hakim Mahkamah Sesyen 805 Ampang, Selangor Bertarikh : 5/4/2025 810 Timbalan Pendakwa Raya : Pn. Nurfadzlin binti Mahmad Zulhasnan Peguambela : Pn. Aida (Tetuan Aida Zainuddin & Co)
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.