Pengedaran dadah tidak menghendaki pihak pendakwaan dan pembelaan untuk membuktikan pemunyaan ke atas dadah tersebut. Apa yang penting dibuktikan, ialah OKT mempunyai kawalan dan jagaan ke atas dadah tersebut. Fakta-fakta di dalam kes ini telah menunjukkan bahawa OKT mempunyai kawalan dan jagaan ke atas dadah tersebut.” [19] Kami juga dapati Hakim bicara bijaksana tidak khilaf apabila mengambil kira bagaimana dadah yang dijumpai tersorok di dalam beg P11, untuk menunjukkan Perayu mengetahui kewujudan dadah tersebut. Sebagaimana diperhatikan oleh Mahkamah ini dalam kes Teh Hock Leong v PP [2010] 1 MLJ 741 dan telah dijadikan panduan oleh Hakim bicara bijaksana dalam kes ini: “Turning to the fact of the present instance, we agree with the learned trial judge that the method employed to bring the drugs in question from Thailand into Malaysia was done in a most cunning fashion to escape detection by the authorities. The method employed to convey or transport a drug may sometimes furnish evidence of knowledge. For example, an attempt to carefully conceal a drug may indicate an intention to avoid detection and hereby point to know ledge. Of course it all depends on the facts of each individual case.” [20] Berhubung isu tiada keterangan DNA Perayu atas pelapik N1 dan N2; tiada pengesanan cap jari atas kedua-duanya dibuat bagi mengaitkan Perayu dan ujudnya DNA campuran atas pakaian dan tali pinggang yang dijumpai di dalam beg, kami bersependapat dengan Hakim bicara bijaksana bahawa perkara ini tidak seharusnya diberi penekanan oleh mahkamah. Seperti diputuskan dalam kes Mazlani bin Mansor v PP [2014] 2 MLJ: 14 “30. With regard to the absence of the Appellants finger prints on the incriminating items, we find that not much weight can be attached to such evidence either because in criminal law a person may still be in possession of a movable thing without actually being in physical contact with it. What is required is that he is so situated with respect to it that he has the power to deal with it as owner to the exclusion of all other persons which as we found earlier, is the case here.” [21] Seperkara lagi yang dibangkitkan oleh peguam bela terpelajar ialah berhubung kelakuan Perayu yang bersahaja semasa ditahan. Mengikut peguam bela terpelajar, perlakuan Perayu yang bersahaja ini seharusnya diterima oleh Hakim bicara bijaksana untuk menyokong dakwaan Perayu bahawa dia tidak mengetahui tentang kewujudan dadah di dalam beg P11. [22] Setelah Rekod Rayuan diteliti, kami dapati memang benar bahawa semasa ditahan, kelakuan Perayu adalah bersahaja. Dia juga tidak membuat sebarang protes. Walaupun begitu, kami dapati perlakuan bersahaja Perayu semasa ditahan tidak boleh dijadikan asas untuk mendapati Perayu tidak tahu beg P11 mengandungi dadah. Seperti mana diperhatikan oleh Hakim bicara dalam kes PP v Akbar Jafarishorestani Mohamad [2012] 6 AMR 439 M.S 448-449: “Being a former police officer and drawing from my police experience, a modus operandi of cross borders or professional drugs traffickers are deceiving and cunning to avoid detection or suspicion by law enforcement officers - the narcotic, police and customs officers. They display various ploys and deception, among others, a docile conduct during the duration of their arrest and examination of the drugs. The bag or container which contain the drugs are deliberately left unlocked and also without 15 placing any security sticker. But the drugs in the bags are professionally packed and concealed which the traffickers believed that the drugs cannot be seen or detected, not only by the naked eyes but also by whatever form of scanning or detecting machines. Further, in the event of being detected and arrested, the unscrupulous traffickers are prepared to remain silent, do not protest and project themselves to be innocent. ” [23] Begitu juga dengan fakta bahawa Perayu tidak protes semasa dia ditahan. Kami berpendapat, ini tidak bermakna Perayu tidak mengetahui bahawa beg P11 mengandungi dadah yang dirampas. Seperti mana diperhatikan oleh Edgar Joseph FCJ di dalam kes Alcontara a/I Ambross Anthony v. PP [1996] 1 AMR 817; [1996] 1 CLJ 705: “In my view the real reason why the first accused did not protest, as any innocent man naturally would in the circumstances, is because he knew all along that there were drugs concealed at the underside of the box. His silence when the drugs were found is not evidence of his innocence. Rather it is evidence of his resignation to the fact that he had been caught. If indeed he was innocent he would have protested his innocence at the available opportunity. That would be the natural reaction of an innocent man. Instead both he and the second accused kept quiet when the inspection of the box was being carried out. A victim of circumstances or a frame up would have told the police straight away and vigorously that the box belonged to someone else. After all they knew what the police were there for.” [24] Atas alasan-alasan di atas, kami dapati isu pertama yang dibangkitkan oleh Perayu tiada bermerit. 16 [25] Berhubung isu kedua, hujah peguam bela terpelajar pada dasarnya ialah, memandangkan kes ini tidak melibatkan “agent provocateur” atau Perayu ditangkap semasa sedang berurusan dengan dadah yang dirampas, maka elemen pengedaran telah gagal dibuktikan. Oleh itu, mengikut hujahan peguam bela terpelajar, Hakim bicara bijaksana terkhilaf apabila mendapati Perayu bersalah atas pertuduhan mengedar dadah yang dirampas. [26] Kami dengan hormat tidak dapat bersetuju dengan hujahan peguam bela terpelajar. Ketiadaan penglibatan “agent provocateur” bagi membuktikan urusan jual beli atau Perayu tidak ditangkap semasa sedang berurusan dengan dadah yang dirampas, pada pendapat kami, bukan bermakna elemen pengedaran tidak dibuktikan. Kami dapati, perbuatan pengedaran dadah di bawah seksyen 2 Akta adalah luas. Ianya termasuk “transporting, carrying, importing, concealing,”. Hashim Yeop Sani dalam kes Teh Geok Hock v PP [1989] 3 MLJ 162 ada menyebut: “True, the definition in the Act sound artificial and not according to ordinary meaning of the word “trafficking” which is normally understood to mean to trade in, buy or sell, any commodity, albeit often with sinister implication. See also the Shorter Oxford English Dictionary. The definition of “trafficking” in the Act is wide and includes not only buying and selling, but also carrying, concealing and keeping.” [27] Berbalik kepada kes ini, memandangkan Perayu telah didapati membawa dadah yang disembunyikan di dalam beg P11 dan membawanya dari Iran ke Malaysia, maka kami dapati, Hakim bicara bijaksana adalah betul apabila membuat dapatan pengedaran di bawah seksyen 2 Akta. 17 Kesimpulan [28] Berdasarkan alasan-alasan di atas, kami dapati kedua-dua isu yang dibangkitkan oleh Perayu tiada sebarang merit. Kami dapati sabitan adalah selamat dan disokong dengan keterangan yang kukuh dan mencukupi. Rayuan Perayu ditolak. Sabitan dan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi disahkan dan dikekalkan. Bertarikh: 4.3.2020 t.t MOHAMAD ZABIDIN BIN MOHD DIAH Hakim Mahkamah Rayuan, Malaysia Mewakili Perayu: Saha Deva A. Arunasalam [Saha & Associates] Mewakili Responden: Nik Syahril bin Nik Ab Rahman Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Peguam Negara