Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KUALA LUMPUR (BAHAGIAN SIVIL) GUAMAN NO. WA–B52NCC–3114–12/2023 ANTARA SG Entertainment & Advertising (No. Syarikat: 200603059000/001611611-D) … Plaintif
WA-B52NCC-3114-12/2023
Sessions Court of Malaysia21 May 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“nt misrepresentation. In a situation like this the duty of the court is confined to the construction of the written documents and extrinsic evidence is not admissible by virtue of ss 91 and 92 of the Evidence Act. [30] Pihak-pihak yang menandatangani perjanjian adalah terikat dengannya. Di dalam kes HA CHEE LENG v. CHI”
“encukupi bagi maksud serahan. [18] Berkaitan serahan writ, kes Dato Tan Chin Woh V Dato' Haji Zulkamain Bin Dato Sheikh Ahmad Yang Di-Pertua Council Of Justices Of The Peace State Of Negeri Sembilan, [2004] MLJU 63 memutuskan bahawa dengan meninggalkan writ saman tersebut di rumah Defendan ia telah memenuhi syarat yang”
“trinsic evidence is not admissible by virtue of ss 91 and 92 of the Evidence Act. [30] Pihak-pihak yang menandatangani perjanjian adalah terikat dengannya. Di dalam kes HA CHEE LENG v. CHIN YUEN SEE [2025] CLJU 1047 , telah diputuskan seperti berikut: **Note : Serial number will be used to verify the originality of thi”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KUALA LUMPUR (BAHAGIAN SIVIL) GUAMAN NO. WA–B52NCC–3114–12/2023 ANTARA SG Entertainment & Advertising (No. Syarikat: 200603059000/001611611-D) … Plaintif
1
Dan
2
Coco Matrix Sdn Bhd (No. Syarikat: 201201018737/1004250-D) Boobalan a/l Krishnan (No. K/P: 810522-14-5827) … Defendan-Defendan ALASAN PENGHAKIMAN (Lampiran 24 Permohonan Mengetepikan Penghakiman Ingkar) PENGENALAN [1] Ini adalah alasan penghakiman saya bagi keputusan menolak permohonan defendan kedua untuk mengetepikan penghakiman ingkar bertarikh 2.2.2024 dengan kos. [2] Saya mendapati serahan writ dan penyata tuntutan ke atas defendan kedua adalah teratur dan defendan kedua tidak mempunyai pembelaan bermerit. LATAR BELAKANG DAN ASAS TUNTUTAN PLAINTIF [3] Defendan Pertama selaku Penerbit Eksekutif (Executive Producer) melalui surat setuju terima bertarikh 08 Disember 2022 (No. Rujukan. RTM.BPS(UKK).400-10/8/12/SST/SWJld.10(47)-47) daripada Jabatan Penyiaran Malaysia di bawah Kementerian Komunikasi dan Digital di mana kerajaan telah terima tawaran tender daripada Penerbit Eksekutif untuk mencipta dan membangunkan program bersiri Tamil yang diketahui sebagai Pakkam Pathinainthu (Drama Bersiri Tamil)(13 episod x 60minit) dengan harga kontrak sebanyak RM676,000.00 (Ringgit Malaysia Enam Ratus Tujuh Puluh Enam Ribu). Defendan Pertama sebagai Penerbit Eksekutif telah menjemput Plaintif untuk melabur dalam Projek tersebut dan telah memasuki satu perjanjian dengan Defendan Pertama selaku Penerbit . [4] Eksekutif di mana perjanjian tersebut dikenali sebagai Investment in Film Production Agreement. Berdasarkan perjanjian tersebut, antara lain, Defendan Pertama harus memastikan bahawa Projek tersebut disiapkan pada/sebelum 20.08.2023 dan memastikan bahawa pembayaran balik jumlah keseluruhan pelaburan sebanyak RM330,000.00 mesti dibayar balik selewat-lewatnya pada 31.11.2023 kepada Plaintif seperti yang diperuntukkan di dalam perjanjian tersebut. [5] Selain itu, Defendan Pertama telah memberikan jaminan korporat bertarikh 06.04.2023 kepada Plaintif dan Defendan Kedua juga telah memberikan jaminan peribadi kepada Plaintif bertarikh 06.04.2023 menurut klausa 6.1 Perjanjian Surat-Surat Jaminan tersebut di mana:-
a
Defendan Pertama secara tidak bersyarat (‘unconditionally’) dan tidak boleh ditarik balik (‘irrevocably’) telah menjamin untuk menepati segala kewajipan Penerbit Eksekutif dan menjamin bahawa Defendan Pertama akan membayar jumlah keseluruhan pelaburan sebanyak wang RM330,000.00 kepada Plaintif selewat-lewatnya pada 31.11.2023 seperti yang diperuntukan dalam Perjanjian tersebut;
b
Defendan Kedua secara tidak bersyarat (‘unconditionally’) dan tidak boleh ditarik balik (‘irrevocably’) telah menjamin secara peribadi bahawa Defendan Pertama akan menepati segala kewajipan Penerbit Eksekutif dan menjamin bahawa Defendan Pertama akan membayar balik jumlah keseluruhan pelaburan sebanyak wang RM330,000.00 kepada Plaintif selewat-lewatnya pada 31.11.2023 seperti yang diperuntukkan dalam Perjanjian tersebut;
c
Liabiliti Defendan Pertama di bawah surat jaminan korporat dan Defendan Kedua di bawah surat jaminan peribadi tersebut adalah sebagai penghutang prinipal (‘principal debtor’); dan
d
Defendan Pertama dan Defendan Kedua secara tidak bersyarat dan tidak boleh ditarik balik mengaku janji untuk secara bersesama dan/atau berasingan untuk membayar balik jumlah keseluruhan pelaburan sebanyak wang RM330,000.00 kepada Plaintif selewat-lewatnya pada 31.11.2023 seperti yang diperuntukkan dalam Perjanjian tersebut. [6] Disebabkan kegagalan, pengabaian, kecuaian, keingkaran dan/atau keengganan Defendan-Defendan membayar balik jumlah keseluruhan pelaburan sebanyak wang RM330,000.00 kepada Plaintif selewat-lewatnya pada 31.11.2023 seperti yang diperuntukkan dalam Perjanjian tersebut maka Plaintif telah memfailkan guaman di atas pada 27.12.2023. [7] Defendan-Defendan tidak memasuki kehadiran maka Penghakiman Ingkar Kehadiran Terpinda telah dimasuki terhadap Defendan-Defendan pada 12.03.2024. PRINSIP UNDANG-UNDANG [8] Di dalam kes Lai Yoke Ngan & Anor v Chin Teck Kwee& Anor [1997] 3 CLJ 305 di muka surat 313 – 314 Mohd Azmi FCJ menyatakan:- “... Where the default judgment has been obtained regularly, in order to succeed the Defendant must file an affidavit of merits, i.e. the Defendant must disclose by affidavit evidence that prima facie he has a defence on the merits. Put in another way, the affidavit must disclose that he has an arguable or triable issue on the merits.” [9] Manakala di dalam kes Hasil Bumi Perumahan Sdn. Bhd. & 5 Ors v United Malayan Banking Corp. Bhd. [1994] 1 MLJ 312, dinyatakan:- “When the judgment is a regular judgment, this Defendant: must show to the Court that he has a defence that has some merits of which the Court should try. To use common and plain language, the applicant must show that his defence is not a sham defence but one that is prima facie, raising serious issues as a bona fide reasonable defence that ought to be tried because obviously if the defence is a sham defence, there is no defence and the application must fail.” Penghakiman Ingkar dimasukkan secara teratur [10] Saya telah meneliti afidavit penyampaian dan mendapati ia adalah serahan yang teratur dan sempurna selaras dengan peruntukan undang-undang. [11] Berdasarkan rekod serahan yang dibuktikan melalui afidavit penyampaian, writ dan penyata tuntutan telah diserahkan dengan sempurna. Ia diserahkan selaras dengan peruntukan di bawah Aturan 10 Kaedah 1 KKM 2012 dan juga bagi serahan kediri dan Aturan 62 Kaedah 4 bagi serahan terhadap syarikat. [12] Alamat serahan seperti di dalam afidavit penyampaian adalah seperti berikut: Pada 04.01.2024, pada jam 3:00 petang saya telah menghantar kertas-kertas kausa tersebut bersama surat iringan tersebut kepada rumah Defendan Kedua di No.11854, Jalan Jinjang Setia 3, Jinjang Utara Tambahan, 52000, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, tetapi apabila berada di premis tersebut seorang perempuan India telah keluar daripada rumah tersebut dan kemudiannya beliau telah mengenali dirinya sebagal isteri kepada Defendan Kedua. Setelah melihat surat iringan tersebut bersama kertas-kertas kausa tersebut, beliau secepat telah menutup pintu secara keras dan memasuki rumahnya sekali lagi. Pada 05.01.2024 pada jam 2:00 petang saya telah menghantar kertas-kertas kausa tersebut bersama surat iringan tersebut semula kepada rumah defendan kedua di No.11854, Jalan Jinjang Setia 3, Jinjang Utara Tambahan, 52000, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala lumpur. Apabila berada di premis tersebut isteri defendan kedua keluar semual dan memberitahu bahawa suaminya tak nak menerima kertas-kertas kausa tersebut. Saya berada di luar dan nampak di tingkat atas bahawa seorang lelaki India yang merupakan defendan kedua beberapa kali memberitahu enggan menerima kertas-kertas kausa. Oleh yang demikian, saya telah meninggalkan surat firma guaman dan kertas-kertas kausa tersebut di dalam peti surat rumah tersebut dan telah mengambil balik sesalinan surat iringan. Sesalinan gambar gambar peti surat dan kerta-kerta kausa tersebut dan surat iringan 3.1.2024 dilampirkan Bersama sama secara kolektif di sini. [13] Alamat serahan yang dinyatakan di dalam afidavit penyampaian terhadap defendan kedua adalah sama seperti alamat defendan kedua seperti dinyatakan di dalam afidavit sokongan permohonan di dalam permohonan ini iaitu seperti berikut: Saya, BOOBALAN AL KRISHNAN (NO K/P: 810522-14-5827) adalah warganegara Malaysia yang cukup umur dan mempunyai alamat tinggal di No, 11854, Jalan Jinjang Setia 3, Jinjang Utara Tambahan, 52000 Kuala Lumpur dengan ini sesungguhnya berikrar dan menyatakan seperti berikut:- [14] Serahan kendiri bukan bermaksud serahan di buat secara peribadi kepada defendan. Adalah memadai sekadar memberikan notis kepada pengetahuan defendan bahawa tindakan telah diambil ke atas beliau agar beliau boleh memutuskan untuk mengakui atau membuat pembelaan. [15] Dalam kes ini, dua kali notis telah diberikan iaitu pada kali pertama bilamana isteri defendan kedua melihat kertas kausa, beliau menutup pintu dengan keras. Walaupun yang menutup pintu adalah isteri defendan kedua, sudah tentu beliau mempunyai sebab untuk berbuat demikian. Ini membayangkan beliau mempunyai pengetahuan mengenai tuntutan plaintif dan pengetahuan ini kemungkinan besar hasil dari maklumat yang diberikan oleh defendan kedua sebelum itu. Jadi, adalah munasabah untuk menganggap bahawa cubaan serahan writ dan penyata tuntutan ini telah diberitahu kepada defendan kedua. [16] Manakala untuk serahan kali kedua, secara terang dan jelas isteri defendan kedua memberitahu suami beliau tidak mahu menerima serahan saman. Jadi, writ dan penyata tuntutan ini sememangnya sudah berada di dalam pengetahuan defendan kedua. [17] Maka, tindakan penghantar saman meletakkan writ saman dan penyata tuntutan ke dalam peti surat rumah kediaman defendan kedua adalah mencukupi bagi maksud serahan. [18] Berkaitan serahan writ, kes Dato Tan Chin Woh V Dato' Haji Zulkamain Bin Dato Sheikh Ahmad Yang Di-Pertua Council Of Justices Of The Peace State Of Negeri Sembilan, [2004] MLJU 63 memutuskan bahawa dengan meninggalkan writ saman tersebut di rumah Defendan ia telah memenuhi syarat yang telah ditetapkan dalam Aturan 18 Kaedah 19,maka writ itu telah secara berkesan dibawa ke perhatiannya secara peribadi seperti berikut:- “...In my view, the purpose of effecting personal service of the writ is to bring notice to the person to be served ie, the second defendant herein that the action has been taken against him, so that he can decide whether to defend or not to defend the allegations, averments and the remedy or relief against him. In other words, so long as the writ has been effectively brought to his attention personally, it is sufficient to constitute personal service under O. 10 r. 1(1) read with O. 62 r. 3. It is not necessary that the writ be handed personally to the second defendant...”. [19] Defendan Ke-Dua juga merupakan Pengarah di Defendan Pertama dan juga mempunyai saham di dalam Defendan Pertama. Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan telah juga diserahkan secara sempurna kepada Defendan Pertama dan ia juga diakui diterima. Sebagai pengarah dan pemegang saham, adalah munasabah untuk membuat anggapan bahawa Defendan Ke-Dua mempunyai pengetahuan berkenaan dengan guaman ini. [20] Penghakiman Ingkar di dalam kes ini adalah satu penghakiman yang teratur kerana Plaintif telah menyempurnakan penyampaian Writ dan Pernyataan Tuntutan selaras dengan Aturan 10 Kaedah
1
Isu samada terdapat pembelaan bermerit [21] Saya merujuk kepada kes berikut mengenai prinsip bahawa cadangan pembelaan mestilah mempunyai merit. Di dalam kes Bank Bumiputra Malaysia Bhd. v Majlis Amanah Rakyat [1979] 1 MLJ 23 diputuskan:- Raja Azian Shah (Ag CJ Malaya as His Royal Highness then was):- “It is axiomatic that if the judgment is regular, then it is an inflexible rule that there must be an affidavit of merits, that is, an affidavit stating facts showing a Defence on the merits.” [22] Di dalam kes Lai Yoke Ngan & Anor v Chin Teck Kwee & Anor [1997] 3 CLJ 305 di muka surat 313 – 314 Mohd Azmi FCJ menyatakan:- “... Where the default judgment has been obtained regularly, in order to succeed the Defendant must file an affidavit of merits, i.e. the Defendant must disclose by affidavit evidence that prima facie he has a defence on the merits. Put in another way, the affidavit must disclose that he has an arguable or triable issue on the merits.” [23] Manakala di dalam kes in Hasil Bumi Perumahan Sdn. Bhd. & 5 Ors v United Malayan Banking Corp. Bhd. [1994] 1 MLJ 312, dinyatakan:- “When the judgment is a regular judgment, this Defendant: must show to the Court that he has a defence that has some merits of which the Court should try. To use common and plain language, the applicant must show that his defence is not a sham defence but one that is prima facie, raising serious issues as a bona fide reasonable defence that ought to be tried because obviously if the defence is a sham defence, there is no defence and the application must fail.” [24] Dalam permohonan ini , defendan kedua bergantung kepada dua alasan utama untuk menyokong pendirian bahawa defendan kedua mempunyai pembelaan bermerit iaitu
1
Terma perjanjian dalam perjanjian investment mengelirukan dan kabur
2
Isu tuntutan pra matang Adakah perjanjian pelaburan mengelirukan dan Kabur [25] Defendan Kedua secara tidak bersyarat dan tidak boleh ditarik balik telah menjamin secara peribadi bahawa Defendan Pertama akan menepati segala kewajipan Penerbit Eksekutif dan menjamin bahawa Defendan Pertama akan membayar balik jumlah keseluruhan pelaburan sebanyak wang RM330,000.00 kepada Plaintif selewat-lewatnya pada 31.11.2023. [26] Defendan Ke-Dua juga telah aku janji untuk membayar balik keseluruhan wang tersebut dan aku janji untuk membayar yuran guaman Plaintif dan juga mempunyai niat dan telah aku janji untuk menarik balik Notis Permohonan tiada kewujudan pinjaman wang haram seperti yang didakwa oleh Defendan Ke-Dua. [27] Wang pelaburan hanya dikeluarkan kepada Defendan Pertama hanya selepas Defendan Pertama telah memberikan jaminan korporat dan Defendan Ke-Dua telah memberikan jaminan peribadi untuk Defendan Pertama kepada Plaintif. [28] Mahkamah Rayuan Lim Chon Jet & Ors v Wee Ai Hua & Anor [2022] 10 CLJ7 telah menjelaskan kontrak jaminan secara terperinci. Akujanji dan jaminan yang diberikan menepati peruntukan seksyen 79 Akta Kontrak dan definisi yang di berikan di dalam kes Lim Chon Jet ( supra). [29] Kes Koh Siak Poo v Perkayaan OKS Sdn Bhd & Ors [1989] 3 MLJ 164 di 165 menyatakan jika perjanjian bertulis adalah jelas, Mahkamah tidak boleh bertindak dengan memperkenalkan terma di luar perjanjian tersebut, seperti berikut: - Where the written contracts are clear and unambiguous the court should not go behind the written terms of the contract to introduce or add new terms to it. See also Tindok Besar Estate Sdn Bhd v Tinjar Co [1979] 2 MLJ 229. The respondents did not challenge the validity of the contract on the ground of fraud or want or failure of consideration. What they sought to do was to attempt to establish that when the demand for payment was made to them the appellant had made some fraudulent misrepresentation. In a situation like this the duty of the court is confined to the construction of the written documents and extrinsic evidence is not admissible by virtue of ss 91 and 92 of the Evidence Act. [30] Pihak-pihak yang menandatangani perjanjian adalah terikat dengannya. Di dalam kes HA CHEE LENG v. CHIN YUEN SEE [2025] CLJU 1047 , telah diputuskan seperti berikut: [39] It is a well-established principle of contract law that parties are bound by the terms of a written contract that they have signed, except in limited circumstances where fraud, undue influence, or misrepresentation may be established. [45] Taking all these factors into consideration, I find that the MUAs are valid and binding contracts between the parties. The Defendant, having signed the MUAs and having participated in the businesses, cannot now disavow the contracts merely because they may not have worked out as favourably as she had hoped. [31] Kes Polygram Records Sdn Bhd v. The Search & Anor [1994] 3 CLJ 806 menjelaskan prinsip yang sama, seperti berikut: "... There is no principle of law which states that where a party does not fully understand certain terms of a contract, the contract may be vitiated.The general principle of law, of course, is that a party who signs a written contract is bound by the terms of the contract, except in the limited cases where fraud, undue influence, or misrepresentation may be established.This rule is strict that even if a party to a contract has not read the contents of a contract, he is held to be bound by its terms...." [32] Mahkamah Tinggi di dalam kes di atas telah merujuk kepada kes The High Court in that case further referred to the leading case of L'Estrange v. F Graucob [1934] 2 KB 394, where Scrutton LJ pronounced (at page 403): “When a document containing contractual terms is signed, then in the absence of fraud, or, I will add, misrepresentation, the party signing it is bound, and it is wholly immaterial whether he has read the document or not.” [33] Defendan kedua mengakui tentang tanggungjawab beliau untuk membayar balik pinjaman tetapi disebabkan kekangan kewangan kerana menunggu bayaran RM676,000.00 dari Jabatan Penyiaran Malaysia, tidak dapat berbuat demikian. Ini bermaksud, tuntutan ini diakui oleh defendan kedua. [34] Saya mendapati perjanjian pelaburan dan jaminan yang diberikan adalah sangat jelas dan tidak ada langsung kekeliruan. Malah defendan sendiri mengakui akan membayar wang tersebut. [35] Saya mendapati perjanjian adalah jelas , tidak kabur dan tidak mengelirukan dan defendan kedua memahami sepenuhnya perjanjian tersebut dan juga jaminan yang telah diberikan. Adakah Tuntutan plaintif Pra Matang [36] Berdasarkan Perjanjian Pelaburan antara Plaintif dan Defendan Pertama, Defendan Pertama harus memastikan bahawa Projek tersebut disiapkan pada/sebelum 20.08.2023 dan pembayaran balik jumlah keseluruhan pelaburan sebanyak RM330,000.00 dilakukan tepat pada masa yang dinyatakan dalam Perjanjian tersebut. [37] Jadi, Plaintif sepatutnya telah dibayar balik selewat-lewatnya pada 31.11.2023 namun Defendan Pertama telah gagal serta ingkar terhadap perjanjian pelaburan tersebut maka guaman ini dibawa terhadap Defendan Pertama dan Defendan Kedua berdasarkan kepada jaminan-jaminan yang diberikan [38] Defendan Kedua juga telah secara khususnya memberikan aku janji bertarikh 04.09.2024 dan telah mengakui secara jelas bahawa Defendan Ke-Dua mengakui wang pelaburan sebanyak RM330,000.00 masih tertunggak kepada Plaintif. Defendan Kedua juga telah aku janji untuk membayar balik keseluruhan wang tersebut dan juga telah aku janji untuk membayar yuran guaman Plaintif dan juga telah aku janji untuk menarik balik Notis Permohonan. [39] Cadangan defendan kedua untuk lanjutan masa membuat bayaran apabila bayaran telah diterima bagi drama RTM telah ditolak oleh plaintif. Jadi, tiada lanjutan masa diberikan dan masa bayaran yang dinyatakan di dalam perjanjian adalah kekal. [40] Defendan Kedua secara tidak bersyarat dan tidak boleh ditarik balik (‘irrevocably’) telah menjamin secara peribadi bahawa Defendan Pertama akan menepati segala kewajipan Penerbit Eksekutif dan menjamin bahawa Defendan Pertama akan membayar balik jumlah keseluruhan pelaburan sebanyak wang RM330,000.00 kepada Plaintif selewat-lewatnya pada 31.11.2023. [41] Oleh yang demikian, saya mendapati tuntutan plaintif bukan pra matang. Kesimpulan [42] Di dalam kes ini, saya mendapati bahawa serahan writ saman dan penyata tuntutan telah di buat dengan sempurna, .maka penghakiman ingkar terhadap Defendan adalah teratur. Seterusnya, saya mendapati bahawa Defendan tidak mempunyai pembelaan bermerit. [43] Oleh yang demikian, permohonan Defendan untuk mengetepikan Penghakiman Ingkar ditolak dengan kos. Bertarikh pada hari ini 20.6.2025.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.