Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN JENAYAH NO: BA-41S-14-04/2023 SHAH ABD MALIK @ MUHAMAD BIN ALI PERAYU (NO. K/P: 741229-14-5151) LAWAN PENDAKWA RAYA RESPONDEN
BA-41S-14-04/2023
High Court of Malaysia24 Apr 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“ion. A plainly wrong decision happens when the trial court is guilty of no or insufficient judicial appreciation of the evidence (See Chew Yee Wah & Anor v. Choo Ah Pat [1978]1 LNS 32; Watt v. Thomas [1947] AC 484; and Chin v. Lee Ing Chin & Ors [2004] 4 CLJ 309.” [38] Oleh itu, berasaskan kepada prinsip undang-undang”
“gadu dan Perayu menukar harta tersebut untuk kegunaannya sendiri (misappropriated the said property or converted it to his own use). Perayu merujuk kepada keputusan Mahkamah Tinggi PP v Yam Wee Siong [2021] MLJU 3084 sebagai rujukan kepada Mahkamah ini. [2] Kegagalan Majistret memutuskan bahawa tuntutan daripada Pengad”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN JENAYAH NO: BA-41S-14-04/2023 SHAH ABD MALIK @ MUHAMAD BIN ALI PERAYU (NO. K/P: 741229-14-5151) LAWAN PENDAKWA RAYA RESPONDEN
1
Ini adalah rayuan Shah Abd Malik @ Muhammad bin Ali (Perayu) atas keputusan Majistret yang telah mensabitkan Perayu sepertimana pertuduhan dan menjatuhkan hukuman pemenjaraan selama 13 bulan dari tarikh jatuh hukum. 31/05/2024 11:50:11 Kand. 52 S/N y3rPevmSkyYurgdfLZwjQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 2
2
Pertuduhan ke atas Perayu di bawah seksyen 403 Kanun Keseksaan adalah seperti berikut: “Bahawa kamu pada 26.01.2015 dan 10.06.2015 bertempat di pejabat CustomCraft (M) Sdn. Bhd., PT 73680, Jalan 34/1B, Off Jalan Bukit Kemuning, Seksyen 34, 40470 Shah Alam, di dalam Daerah Petaling, di dalam Negeri Selangor Darul Ehsan, sebagai ejen kepada Pengarah Teknikal Syarikat CustomCraft (M) Sdn. Bhd. dan dengan curangnya menyalahgunakan harta, iaitu wang sejumlah RM120,000.00 kepunyaan pengadu dan CustomCraft (M) Sdn. Bhd., dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan.”
3
Setelah mendengar hujahan kedua-dua belah pihak, Mahkamah ini telah memutuskan untuk membenarkan rayuan Perayu.
4
Pihak Pendakwa Raya tidak berpuas hati atas keputusan Mahkamah ini dan telah memfailkan Notis Rayuan ke Mahkamah Rayuan.
5
Susulan itu, berikut adalah keputusan Mahkamah ini.
6
Perayu tidak mengaku salah apabila pertuduhan dibacakan dan mohon dibicarakan.
7
Seramai 7 orang saksi pendakwaan telah dipanggil, iaitu:
i
Yeong King Hui (pengadu) – SP1
II
(ii) Yong Yee Tack – SP2 S/N y3rPevmSkyYurgdfLZwjQ
III
(iii) Eng Beng Chuan (Senior Executive of Custom Craft M Sdn Bhd) – SP3
IV
(iv) Burhanuddin Hassan Basri (Ketua Bahagian Special Portfolio – Business Risk and Governance CIMB Bank) – SP4
v
Ms Chia Jia Che (Pengurus Bahagian Operasi Hong Leong
VI
(vi) Sarjan Mohd Zin Md Jusin (IO) – SP6 [8] Secara ringkasnya, SP1/pengadu sebagai Pengarah Teknikal Customcraft (M) Sdn Bhd membuat laporan polis/P1 ke atas Perayu kerana tidak berpuas hati dan mengesyaki telah ditipu oleh Perayu dan mahu mendapatkan semula duit beliau berjumlah RM120,000.00. [9] Sekitar 5 tahun sebelum kejadian berlaku, SP1 memaklumkan bahawa SP1 telah berjaya menuntut kerugian yang telah dialami sebanyak RM12.7 juta dalam suatu kes sivil di mahkamah dengan satu pihak yang berasal daripada Singapura. SP1 telah menuntut bayaran tersebut dan SP1 maklumkan akibat daripada ketidakpuasan hati pihak tersebut, SP1 telah menerima ancaman kacau ganggu oleh samseng dan menerima ancaman akan diculik dan ugutan bunuh oleh pihak tersebut. [10] Isu tersebut telah diketahui oleh kakak SP1 di mana kakak SP1 telah memperkenalkan SP1 kepada Perayu yang merupakan rakan niaga kakak SP1. [11] Pada 26.01.2015, SP1 telah bersetuju melantik Perayu sebagai ejen untuk mendapatkan permit bagi pemilikan senjata api di mana suatu S/N y3rPevmSkyYurgdfLZwjQ perjanjian telah ditandatangani pada tarikh tersebut (selepas ini dirujuk sebagai ”P2”) dengan bayaran berjumlah RM120,000.00 telah dipersetujui sebagai yuran ejen kepada Perayu. [12] Pada 26.01.2015, iaitu hari yang sama, bayaran dengan jumlah RM50,000 melalui cek Hong Leong Bank (No. Cek: 914109) telah diserahkan oleh SP1 kepada Perayu. [13] Pada 10.06.2015, satu lagi bayaran dengan jumlah RM70,000 melalui cek CIMB Bank (No. Cek: 247723) telah disediakan di mana cek yang sama telah diakui penerimaan oleh Perayu pada 11.06.2015. KES PENDAKWAAN [14] Elemen penting di dalam pertuduhan yang mesti dibuktikan oleh pihak pendakwaan untuk berjaya membuktikan satu kes prima facie ke atas Perayu adalah berikut:
a
Perayu dengan secara tidak jujur menyalahgunakan, atau menjadikan bagi kegunaannya sendiri wang berjumlah RM120,000.00;
b
Kelakuan Perayu adalah dilakukan secara curang (dishonest). [15] Di akhir kes pendakwaan, puan Majistret yang bijaksana telah memutuskan satu kes prima facie ke atas Perayu yang mana pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan semua elemen pertuduhan dan Perayu dipanggil untuk membela diri. S/N y3rPevmSkyYurgdfLZwjQ KES PEMBELAAN [16] Perayu memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah. Perayu adalah saksi tunggal pihak pembelaan. [17] Menurut SD1 bayaran RM120,000.00 yang dibuat sebanyak dua peringkat adalah merupakan yuran bagi perkhidmatan bagi tujuan meminta pertolongan untuk menghentikan kacau ganggu samseng. Pembelaan ini adalah konsisten dengan keterangan SP1 semasa pemeriksaan balas oleh pihak peguambela bahawa sekiranya Perayu tidak dibayar, sudah pasti Perayu tidak akan memberikan perkhidmatan berkenaan kepada SP1. [18] Ini jelas membuktikan bahawa RM 120,000.00 tersebut merupakan bayaran kepada Perayu yang dilantik sebagai ejen dan bukannya kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi permohonan lesen senjata api atau mana-mana pihak lain bagi tujuan yang sama. Justeru, memandangkan RM 120,000.00 adalah bayaran kepada Perayu selaku ejen bagi mendapatkan lesen senjata api, wang tersebut adalah milik Perayu sepenuhnya dan pembelaan Perayu ialah ia bukanlah suatu kesalahan jenayah untuk menggunakan harta milik sendiri dan tiada istilah salahguna harta sekiranya pemilik harta tersebut menggunakan harta miliknya sendiri. [19] Perayu juga mengakui bahawa SP1 ada bertanyakan mengenai permit permohonan senjata api dan Perayu telah menggunakan wang tersebut bagi proses permit senjata api dengan perjumpaan bersama beberapa pegawai PDRM. Oleh itu, Perayu percaya S/N y3rPevmSkyYurgdfLZwjQ bahawa bayaran yang dibuat adalah bagi perkhidmatan tersebut selain menghentikan kacau ganggu samseng ke atas SP1. [20] Perayu di dalam keterangannya menyatakan bahawa untuk mendapatkan lesen permit senjata api perlu melalui beberapa proses ditetapkan oleh PDRM sepertimana di dalam website PDRM. Memandangkan permit senjata api gagal dilaksanakan, Perayu ingin membayar balik wang berkenaan kepada SP1 menurut klausa perjanjian. Namun SP1 menolaknya. [21] Tiada dinyatakan di dalam Eksibit P2, iaitu Perjanjian yang dimasuki antara Pengadu dan Perayu, bahawa RM120,000.00 adalah bayaran kepada pihak PDRM secara khususnya ataupun mana-mana pihak bagi permohonan senjata api tersebut. Tiada juga mana-mana terma di dalam Ekshibit P2 tersebut yang menghalang Perayu untuk menggunakan wang berjumlah RM120,000.00 bagi dirinya sendiri. Justeru, memandangkan RM120,000.00 telah diserahkan kepada Perayu selaku ejen dan tiada perincian khusus berhubung penggunaan RM120,000.00 tersebut, wang tersebut adalah hak sebenar Perayu. [22] Oleh itu, tiada elemen penyalahgunaan harta Pengadu dan Perayu menukar harta tersebut untuk kegunaannya sendiri (misappropriated the said property or converted it to his own use). [23] Terma “refund clause” di dalam Eksibit P2 tersebut jelas menyokong keterangan SD1 bahawa wang RM120,000 tersebut adalah merupakan agency fees Perayu yang mana jelas dinyatakan di dalam Eksibit P2 bahawa sekiranya Perayu gagal melaksanakan S/N y3rPevmSkyYurgdfLZwjQ tugas/servis Perayu iaitu gagal untuk mendapatkan lesen senjata api tersebut, Perayu hendaklah memulangkan bayaran yang telah dibayar kepada Perayu selaku ejen bagi perkhidmatannya yang berjumlah sebanyak RM120,000.00 tersebut kepada Pengadu semula. [24] Oleh yang demikian, memandangkan RM120,000.00 tersebut merupakan bayaran servis Perayu dan Perayu perlu memulangkan wang tersebut semula sekiranya Perayu gagal untuk mendapatkan lesen senjata api tersebut menurut Klausa 4(b) Eksibit P2, Perayu berhujah isu sebenar di dalam kes dan pertikaian di antara Perayu dan Pengadu adalah isu kegagalan/kemungkiran Perayu untuk mematuhi Klausa 4(b) di dalam Eksibit P2 tersebut yang terjumlah kepada pertikaian di bawah kausa tindakan kemungkiran kontrak. [25] Pihak pembelaan menghujahkan tiada unsur jenayah penyalahgunaan harta Pengadu di dalam kes ini, sekiranya Perayu gagal untuk melaksanakan tugasnya untuk mendapatkan senjata api tersebut. Apa yang sewajarnya dilakukan oleh Perayu apabila mengetahui bahawa senjata api tersebut tidak berjaya diperolehi adalah Perayu adalah beliau perlu memulangkan wang RM 120,000.00 tersebut kepada Pengadu sepetimana yang diperuntukkan di bawah Klausa 4(b) Eksibit P2. Dan sekiranya Perayu gagal berbuat sedemikian dan mengingkari Klausa 4(b) tersebut, Pengadu boleh mengambil tindakan di bawah kausa tindakan kemungkiran kontrak yang berada di bawah bidangkuasa Mahkamah Sivil dan ini membawa kepada hujahan Perayu yang akan dibincangkan selepas ini. S/N y3rPevmSkyYurgdfLZwjQ [26] Menurut keterangan pegawai penyiasat SP6, saksi bersetuju bahawa P2 adalah dokumen kontrak yang mengikat SP1 dan Perayu yang mana Perayu dilantik sebagai ejen. [27] Selanjutnya SP6 bersetuju bahawa bayaran RM120,000 adalah bayaran yuran perkhidmatan kepada Pengadu dan Pengadu boleh melakukan apa sahaja termasuk membeli kereta dengan wang tersebut. DAPATAN MAJISTRET [28] Pada akhir kes pendakwaan, Puan Majistret yang bijaksana telah mendapati bahawa wujudnya kes prima facie terhadap Perayu dan Perayu dipanggil untuk membela diri. [29] Alasan keputusan Majistret adalah sepertimana di perenggan 18 - 24
1
[30] Majistret memutuskan bahawa Perayu di peringkat pendakwaan dan pembelaan adalah berbeza dan telah menimbulkan keraguan kepada Majistret akan pembelaan yang dibangkitkan oleh Perayu. Dua versi berbeza pembelaan menyebabkan Majistret memutuskan bahawa pembelaan yang bercanggah, tidak konsisten ini mengelirukan, bersifat penafian dan afterthought. Oleh itu, pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. [31] Majistret telah menyatakan dalam alasannya bahawa pihak pembelaan telah gagal membangkitkan keraguan yang munasabah S/N y3rPevmSkyYurgdfLZwjQ dan selanjutnya, setelah pembuktian prima facie di akhir kes pendakwaan, pertuduhan ke atas OKT telah dibuktikan melampaui keraguan munasabah. DI PERINGKAT RAYUAN [32] Mengikut Petisyen Rayuan, pihak Perayu telah merayu atas sabitan dan hukuman berdasarkan kepada 11 alasan sepertimana di dalam Petisyen Rayuan dari muka surat 9 sehingga 11 Rekod Rayuan Jilid 1. [33] Bolehlah dirumuskan terdapat dua alasan kritikal di dalam rayuan ini- [1] Kekhilafan Majistret dari segi undang-undang dan fakta memutuskan intipati pertuduhan telah dipenuhi apabila pihak pendakwaan gagal membuktikan elemen mustahak iaitu tiada elemen penyalahgunaan harta Pengadu dan Perayu menukar harta tersebut untuk kegunaannya sendiri (misappropriated the said property or converted it to his own use). Perayu merujuk kepada keputusan Mahkamah Tinggi PP v Yam Wee Siong [2021] MLJU 3084 sebagai rujukan kepada Mahkamah ini. [2] Kegagalan Majistret memutuskan bahawa tuntutan daripada Pengadu/SP1 hanyalah tuntutan sivil dan tidak ada elemen jenayah. [34] Manakala pihak Responden berhujah dapatan Majistret adalah tepat berdasarkan alasan-alasan bahawa intipati pertuduhan yang perlu dibuktikan oleh pihak pendakwaan telah berjaya dibuktikan, iaitu: S/N y3rPevmSkyYurgdfLZwjQ
a
Terdapat kemasukan wang sebanyak RM120,000 ke dalam akaun CIMB Perayu oleh SP1;
b
Wang RM120,000 tersebut telah digunakan secara curangnya oleh Perayu;
c
Perayu mempunyai niat untuk menyebabkan SP1 mengalami ‘wrongful loss’. PRINSIP UNDANG-UNDANG BERKAITAN RAYUAN [35] Prinsip undang-undang berkaitan rayuan sepertimana diputuskan Mahkamah Persekutuan di dalam kes Herchun Singh v. Public Prosecutor [1969] 2 MLJ 209 adalah mengikat Mahkamah ini. Ong Hock Thye C.J telah menyebut: “An appellate court should be slow in disturbing such finding of fact arrived at by the judge, who had the advantage of seeing and hearing the witness, unless there are substantial and compelling reasons for disagreeing with the finding.” [36] Prinsip tersebut tidak bermaksud bahawa Mahkamah ini tidak akan mengakas keputusan Mahkamah perbicaraan, tetapi Mahkamah ini hendaklah menganalisa secara terperinci keterangan dan keadaan berkaitan penemuan fakta tersebut sepertimana diputuskan di dalam kes Dato’ Seri Anwar Ibrahim v. Public Prosecutor & Another Appeal [2004] 3 CLJ 737. S/N y3rPevmSkyYurgdfLZwjQ [37] Prinsip yang sama di dalam kes LCY v. TWY [2019) 7 CLJ 158, YAA Tun Tengku Maimun Tuan Mat HMR (kini Ketua Hakim Negara) menyatakan seperti berikut: “[26] The principle of law on appellate intervention is settled. In Dream Property Sdn Bhd v. Atlas Housing Sdn Bhd [2015] 2 CLJ 453, the Federal Court reiterated the principle as follows at p.476: [60] It is now established that the principle on which an appellate court interfere with findings of fact by the trial court is “the plainly wrong test” principle; see the Federal Court in Gan Yook Chin & Anor (P) v. Lee Ing Chin @ Lee Teck Seng & Anor [2004] 4 CLJ 309; [2005] 1 MLJ 1 (at p. 10) per Steve Shim CJ SS. More recently, this principle of appellate intervention was affirmed by the Federal Court in UEM Group Berhad v. Genisys lntergrated Engineers Pte Ltd /2010] 9 CLJ 785 where it was held at p. 800: It is well settled law that an appellate court will not generally speaking intervene with the decision of a trial court unless the trial court is shown to be plainly wrong in arriving at its decision. A plainly wrong decision happens when the trial court is guilty of no or insufficient judicial appreciation of the evidence (See Chew Yee Wah & Anor v. Choo Ah Pat [1978]1 LNS 32; Watt v. Thomas [1947] AC 484; and Chin v. Lee Ing Chin & Ors [2004] 4 CLJ 309.” [38] Oleh itu, berasaskan kepada prinsip undang-undang mantap berkenaan rayuan, adalah menjadi tugas Mahkamah ini di peringkat rayuan meneliti keterangan saksi dan dokumen eksibit untuk menentukan sama ada terdapat kekhilafan dilakukan Majistret yang gagal mempertimbangkan fakta kes ini dan undang-undang yang mana merupakan justifikasi kepada Mahkamah ini mengganggu keputusan Majistret. S/N y3rPevmSkyYurgdfLZwjQ DAPATAN MAHKAMAH [39] Bagi pencerahan isu yang terlibat, adalah baiknya seksyen 403 Kanun Keseksaan dinyatakan. Ia memperuntukkan: “403. Dishonest misappropriation of property Whoever dishonestly misappropriates, or converts to his own use, or causes any other person to dispose of, any property, shall be punished with imprisonment for a term which shall not be less than six months and not more than five years and with whipping and shall also be liable to fine.” [40] Oleh itu, intipati pertuduhan di bawah seksyen 403 Kanun Keseksaan sepertimana rujukan Ratanlal & Dhirajlal’s Law of Crimes (32nd edn. 1988). Rujuk PP v Muhammed Eruan Yakob [2018] 5 LNS 199. [41] 2 elemen mustahak yang mesti dibuktikan oleh pihak pendakwan adalah diulangi di sini, iaitu: [1] Perayu dengan secara tidak jujur menyalahgunakan, atau menjadikan bagi kegunaannya sendiri wang berjumlah RM120,000.00; [2] Kelakuan Perayu adalah dilakukan secara curang (dishonest). S/N y3rPevmSkyYurgdfLZwjQ [42] Dokumen utama di dalam kes ini iaitu P2 merungkai isu pokok di dalam kes ini. Iaitu sama ada 2 intipati pertuduhan telah dibuktikan oleh pihak pendakwaan. [43] Persoalan utama yang perlu ditentukan oleh Majistret ialah substance bayaran RM120,000.00 yang dibayar secara 2 peringkat kepada Perayu. Kekhilafan Majistret adalah mengupas mengenai bayaran berkenaan menurut P2. [44] Bayaran pertama sebanyak RM70,000.00 telah dibuat melalui Syarikat Customcraft (M) Sdn Bhd berdasarkan kepada payment voucher Syarikat berkenaan. Namun, tidak ada resolusi Syarikat yang mengesahkan keperluan bayaran tersebut bagi membuktikan apakah tujuan Syarikat membuat bayaran tersebut kepada Perayu. [45] Mahkamah ini juga mendapati bayaran RM50,000 dibuat oleh SP1 sendiri. Mahkamah ini mendapati timbul keraguan terhadap bayaran RM120,000.00 yang dibuat oleh pengadu/SP1 kepada Perayu. [46] Berdasarkan kepada P2, adalah jelas dan tidak dinafikan bahawa suatu perjanjian telah dimasuki antara Syarikat Customcraft (M) Sdn Bhd dan Perayu. [47] Klausa 3 eksibit P2 menyatakan secara jelas bahawa bayaran RM120,000 yang dibuat secara dua peringkat merupakan fi yang dipersetujui “Agreed Fee” untuk perkhidmatan mendapatkan senjata api. S/N y3rPevmSkyYurgdfLZwjQ [48] Subklausa 4(b) P2 juga memperuntukkan mengenai klausa bayaran balik atau “Refund Clause” sekiranya Perayu gagal mendapatkan lesen senjata api berkenaan. [49] Mahkamah ini juga mendapati terdapat percanggahan keterangan SP1 mengenai tarikh perjanjian ditandatangani semasa disoal balas oleh peguambela SP1. [50] Semasa pemeriksaan utama SD1 memberi keterangan bahawa bayaran di peringkat pertama sebanyak RM50,000.00 adalah bayaran berhubungkait dengan pertolongan untuk menghentikan kacau ganggu (debt collector) atau samseng yang menggangu pengadu. [51] Keterangan pegawai penyiasat SP6 juga tidak komprehensif untuk membuktikan bahawa terdapat penyalahgunaan wang sebanyak RM120,000.00 bagi tujuan sendiri Perayu sedangkan bayaran tersebut merupakan bayaran fi yang telah dipersetujui antara pengadu dan Perayu. Dalam erti kata lain, tiada money trail dalam kes ini untuk menjejaki penyalahgunaan wang RM120,000.00 sepertimana dikatakan SP1/pengadu. [52] Mahkamah ini juga telah meneliti Nota Keterangan saksi-saksi pendakwaan dan mendapati tidak ada bukti Perayu telah mengunakan wang sebanyak RM120,000.00 secara curang memandangkan wang yang dibayar adalah fi menurut perjanjian P2 sedangkan peruntukan statutori di bawah seksyen 24 Kanun Keseksaan memperuntukkan bahawa “Dishonestly” seperti berikut: S/N y3rPevmSkyYurgdfLZwjQ “24. Dishonestly Whoever does anything with the intention of causing wrongful gain to one person, or wrongful loss to another person, irrespective of whether the act causes actual wrongful loss or gain, is said to do that thing “dishonestly”.” [53] Memandangkan intipati pertuduhan telah gagal dibuktikan, Mahkamah ini berpandangan bahawa pihak pendakwaan telah gagal membuktikan sat ukes prima facie ke atas Perayu. [54] Mahkamah ini mendapati timbul keraguan terhadap bayaran RM120,000.00 yang dibuat oleh pengadu/SP1 kepada Perayu. [55] Mahkamah ini juga percaya bahawa tidak ada keperluan untuk memutuskan sama ada tuntutan sivil wajar diselesaikan antara SP1 dan Perayu, terutamanya setelah diputuskan bahawa elemen pertuduhan gagal dibuktikan oleh pihak pendakwaan di akhir kes pendakwaan. [56] Berdasarkan kepada alasan di atas, terdapat kelompangan pihak pendakwaan membuktikan intipati pertuduhan dan terdapat keraguan yang munasabah oleh pihak pembelaan. KESIMPULAN [73] Atas alasan di atas, ini merupakan rayuan kes yang mana Mahkamah ini wajar mengganggu keputusan Majistret yang telah khilaf dari aspek undang-undang dan fakta. Mahkamah memutuskan keputusan Majistret diketepikan. Perayu dilepas dan dibebaskan dari pertuduhan. Wang jaminan sebanyak RM6000 dikembalikan. S/N y3rPevmSkyYurgdfLZwjQ S/N y3rPevmSkyYurgdfLZwjQ
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.