Tiada sebarang kelewatan yang keterlaluan dalam membuat permohonan ini memandangkan tarikh bicara belum lagi ditetapkan Kertas-kertas kausa yang dirujuk: A. Writ Saman – Lampiran 1 B. Pernyataan Tuntutan-Lampiran 2 C. Pernyataan tuntutan terhadap pihak Ketiga – Lampiran 22 D. Pembelaan pihak Ketiga - Lampiran 23 E. Notis Permohonan - Lampiran 26 F. Afidavit Sokongan - Lampiran 27 G. Affidavit Jawapan Defendan – Lampiran 28 H. Affidavit Jawapan Plaintif - Lampiran 29 I. Affidavit Jawapan pihak Ketiga – Lampiran 30 J. Hujahan bertulis Defendan – Lampiran 31 K. Hujahan bertulis pihak Ketiga – Lampiran 33 L. Hujahan bertulis Plaintif – Lampiran 35 M. Hujahan balas Defendan – Lampiran 37 N. Hujahan balas pihak Ketiga – Lampiran 39 O. Hujahan balas Plaintif – Lampiran 40 Ringkasan latarbelakang kes Pada 30 Ogos 2022, pihak plaintif Responden telah dilantik sebagai sub kontraktor oleh sebuah syarikat iaitu Ikaamy Enterprise (kontraktor utama) untuk satu projek yang diawadkan oleh pihak Jabatan Kerjaraya Malaysia kepada mereka iaitu “Kerja-kerja membekal, memasang, menguji serta mengujiterima sistem pam penggalak serta lain-lain kerja berkaitan bagi menaiktaraf sistem bekalan air di Sek Keb Pos POI Sungai Siput Perak Darul Ridzuan.” Selanjutnya pihak responden Plaintif telah melantik pula pihak responden Defendan untuk kerja-kerja membina 2 unit tiubwell di Sungai Siput tersebut. Pihak responden Defendan kemudiannya telah melantik pula perayu Pihak Ketiga sebagai sub kontraktor untuk menjalankan kerja tersebut dengan bayaran muka (down payment) RM15,000 sebanyak dua kali kepada pihak perayu Pihak Ketiga. Walaubagaiman pun pihak perayu Pihak Ketiga telah gagal untuk menjalankan dan menyiapkan kerja-kerja pembinaan 2 unit tiubwell tersebut. Lanjutan dari itu, pihak responden Plaintif telah memfailkan tindakan ini terhadap pihak responden Defendan dan pihak responden Defendan selanjutnya telah memfailkan tindakan terhadap pihak perayu Pihak Ketiga . Pada 4 Jun 2024, pihak perayu Pihak Ketiga telah memasukkan pembelaan mereka dan selanjutnya pada 24 September 2024 telah memfailkan pula notis permohonan bagi meminda pembelaan mereka tersebut sepertimana yang digariskan dalam warna merah dalam Cadangan Pernyataan Pembelaan Terpinda yang dilampirkan sebagai“Lampiran A”. Permohonan pihak perayu Pihak Ketiga ini telah dibantah oleh pihak responden Plaintif dan Defendan. Dapatan Mahkamah Setelah meneliti kertas-kertas kausa serta hujahan pihak-pihak, Mahkamah memutuskan permohonan pihak perayu Pihak Ketiga untuk meminda pembelaannya sepertimana Lampiran 26 adalah ditolak.