Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN JENAYAH (2) DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM, MALAYSIA KES TANGKAP NO. JA-61JSK-1-06/2020 DI ANTARA PENDAKWARAYA
JA-61JSK-1-06/2020
Sessions Court of Malaysia29 Feb 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“To **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 7 earn an acquittal at the close of the case for the prosecution under s 173(f) or s 180 of the Criminal Procedure Code, the court must be satisfied that no case against the accused has been made out which if unrebutted”
“hey do not understand the nature of the oath, so long as they possessed of sufficient intelligent to justify the reception of evidence and understand the duty of speaking the truth. (See section 133A Evidence Act 1950 (Act 56)). The question whether a child is of tender years and has the necessary intelligence will be”
“kanak-kanak, seseorang kanak-kanak dianggap kompeten untuk memberikan keterangan melainkan jika Mahkamah berpendapat selainnya. [28] Mahkamah merujuk kepada kes Razali bin Silah v PP & Another Case [2019] MLJU 1115 yang memutuskan: “[6] In criminal cases, like present, children of “tender years” are competent to give u”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN JENAYAH (2) DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM, MALAYSIA KES TANGKAP NO. JA-61JSK-1-06/2020 DI ANTARA PENDAKWARAYA
1
Shahiren a/l Gopala Krishnan (tertuduh) telah dituduh di bawah pertuduhan pindaan seperti berikut: PERTUDUHAN PINDAAN Bahawa kamu pada Jun 2019 bertempat di alamat no. 26, Jalan PI 15/9, Taman Pulai Indah, di dalam daerah Iskandar Puteri, di dalam Negeri Johor telah dengan sengaja mencabul kanak-kanak perempuan bernama XXX (No. K/P: 150530-01-1246) dengan cara menyentuh kemaluan kanak-kanak tersebut yang berumur 4 tahun sewaktu hari kejadian yang merupakan anak 2 kandung kamu sendiri, oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual terhadap kanak-kanak.
2
Perbicaraan kes ini pada awalnya didengar oleh Tuan Wan Mohd Norisham bin Wan Yaakob, Hakim Mahkamah Sesyen terdahulu dengan keterangan Pn Shamala a/p Raman (SP1) yang merupakan pengadu / ibu mangsa di dalam kes ini. Seterusnya, kes ini telah sambung bicara oleh saya sehingga selesai.
3
Perbicaraan kes telah dijalankan dengan memanggil sepuluh (10) orang saksi-saksi pendakwaan. Di akhir kes pendakwaan, mahkamah mendapati pihak pendakwaan telah gagal untuk membuktikan suatu kes prima facie terhadap pertuduhan pindaan di bawah s.14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak (Akta 792), oleh itu, mahkamah telah membebaskan dan melepaskan tertuduh.
4
Tidak berpuas hati terhadap keputusan tersebut, Timbalan Pendakwa Raya telah memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi di atas keputusan mahkamah ini yang telah membebaskan dan melepaskan tertuduh daripada pertuduhan pindaan di bawah s.14(a) Akta 792 di akhir kes pendakwaan.
5
Pihak pendakwaan telah memanggil seramai sepuluh (10) orang saksi-saksi seperti berikut:
i
Shamala a/p Raman – pengadu/ibu mangsa (SP1);
II
(ii) Inspektor Amy Ng Heng Shi – pegawai perakam (SP2);
III
(iii) Inspektor Vickneswary a/p Venugopal – pegawai temubual (SP3);
IV
(iv) XXX - mangsa (SP4);
v
Dr Yuvarani a/p Mathivanan – pegawai perubatan di bahagian
VI
(vi) Dr Damia Mardhiah binti Azizan – pegawai perubatan di bahagian Obstetrik dan Ginekologi (SP6);
VII
(vii) Deepa a/p Subramaniam – makcik mangsa (SP7);
VIII
(viii) Koperal Mazram bin Muda – jurufoto (SP8);
IX
(ix) Inspektor Noor Najwa binti Hassan – pegawai penyiasat warisan (SP9); dan
x
Inspektor Marne binti Mohamad Motar – pegawai penyiast (SP10) FAKTA RINGKAS KES PENDAKWAAN [6] Mangsa ketika kejadian berusia 4 tahun. Keterangan mangsa telah di rakam secara video di Pusat Temuduga Kanak-kanak (Child Interview Centre) semasa siasatan polis. Video rakaman percakapan mangsa seperti di eksibit P8B manakala transkrip rakaman video mangsa dalam Bahasa Inggeris adalah seperti di eksibit P10. Transkrip terjemahan rakaman video mangsa dalam Bahasa Malaysia adalah seperti di eksibit P9. Sijil perakuan pegawai perakam yang mengendalikan alat rakaman dikeluarkan oleh SP2 pada 31.5.2020 seperti di eksibit P6(D). [7] Di dalam kes ini, pihak pendakwaan telah mengemukakan rakaman video mangsa (eksibit P8B) sebagai keterangan mangsa secara lisan semasa pemeriksaan awal menurut peruntukan s.6 Akta Keterangan Saksi Kanak-kanak 2007 (Akta 676). Mangsa juga telah dipanggil di mahkamah untuk pemeriksaan awal selanjutnya oleh pihak pendakwaan. Mangsa memberikan keterangan di mahkamah melalui penghadang (lihat s.4 Akta 676). [8] Sewaktu mangsa memberikan keterangan di mahkamah, beliau berusia 7 tahun. Memandangkan usia mangsa yang masih mentah maka mahkamah ini telah menjalankan siasatan awalan terhadap mangsa bagi menentukan sama ada mangsa adalah kompeten untuk memberikan keterangan. Mahkamah mendapati walaupun mangsa tidak memahami maksud sumpah tetapi mangsa mempunyai kecerdasan yang mencukupi “sufficient intelligent” dan dapat membezakan di antara perkara yang baik dan yang buruk serta faham tanggung-jawab untuk berkata benar. Mahkamah mendapati bahawa mangsa adalah seorang yang kompeten untuk memberikan keterangan tanpa sumpah di mahkamah (lihat s.133A Akta 56 dan s.17 Akta 792). [9] Berdasarkan kepada keterangan mangsa di dalam rakaman video di eksibit P8B dan transkrip rakaman video mangsa di eksibit P10, mangsa memberikan keterangan bahawa bapa mangsa (tertuduh) ada memegang kemaluan, dada dan mencium mangsa. Kejadian tersebut berlaku pada hari Jumaat jam 8 pagi semasa mangsa tidur. Kejadian tersebut berlaku sekali sahaja semasa mangsa berumur 1 tahun. Mangsa juga mengatakan tertuduh juga ada memegang kemaluan mangsa semasa makan dan ibu mangsa iaitu SP1 juga ada bersama pada masa tersebut. [10]
Preamble
Menurut mangsa, sewaktu tertuduh meraba mangsa, mangsa dalam keadaan berpakaian dan memakai seluar dalam. Mangsa mengatakan tertuduh menyelak baju mangsa sampai ke paras dada dan menggeselkan jari tertuduh pada bahagian luar seluar dalam mangsa di bahagian kemaluan. Kejadian tersebut berlaku sekali sahaja di dalam bilik di rumah tertuduh. Menurut mangsa, SP1, tertuduh dan adik lelaki mangsa juga tidur di dalam bilik yang sama. Mangsa juga mengatakan sewaktu tertuduh menyentuh mangsa di bahagian dada dan kemaluan, SP1 juga ada bersama pada ketika itu. [11]
Preamble
Menurut mangsa lagi, tertuduh memegang kemaluan mangsa dengan keras dan terdapat kemerahan pada dada dan kemaluan mangsa tetapi mangsa tidak pergi ke hospital. Mangsa juga mengatakan kejadian tersebut berlaku sekali sahaja semasa mangsa tidur. [12] Kejadian tersebut hanya diketahui oleh makcik mangsa iaitu SP7, selepas SP7 selesai memandikan mangsa dan membawa mangsa ke dalam bilik. SP7 mengatakan mangsa memberitahunya bahawa tertuduh suka menyentuh kemaluan dan dada mangsa. Menurut SP7, mangsa memberitahunya tertuduh menyentuh dada mangsa sambil mencubit dan menyentuh kemaluan mangsa dengan memasukkan tangan tertuduh ke dalam seluar dalam mangsa lalu menggosok kemaluan mangsa ke atas dan ke bawah serta mencubit kemaluan mangsa. [13] SP7 telah memaklumkan kejadian tersebut kepada ibu mangsa, SP1 pada sekitar bulan Mac 2020. Berikutan itu, SP1 telah membuat laporan polis KPulai/2728/20 pada 5.5.2020 (eksibit P1). Tertuduh kemudiannya dituduh dengan pertuduhan di bawah s.14(a) Akta 792. BEBAN PEMBUKTIAN DI AKHIR KES PENDAKWAAN [14] Adalah menjadi prinsip undang-undang yang mantap bahawa beban pembuktian di akhir kes pendakwaan terletak di pihak pendakwaan yang mesti membuktikan suatu kes prima facie di bawah seksyen 180 Kanun Tatacara Jenayah sebelum tertuduh dipanggil membela diri bagi menjawab pertuduhan terhadapnya. Seksyen 180 Kanun Tatacara Jenayah memperuntukan seperti berikut:
180
Procedure after conclusion of case for prosecution.
1
When the case for the prosecution is concluded, the Court shall consider whether the prosecution has made out a prima facie case against the accused;
2
If the Court finds that the prosecution has not made out a prima facie case against the accused, the Court shall record an order of acquittal;
3
If the Court finds that a prima facie case has been made out against the accused on the offence charged the Court shall call upon the accused to enter on his defence;
4
For the purpose of this section, a prima facie case is made out against the accused where the prosecution has adduced credible evidence proving each ingredient of the offence which if unrebutted or unexplained would warrant a conviction. [15] Di dalam kes Mohamad Radhi bin Yaakob v Public Prosecutor [1991] 3 MLJ 169 di mana Mahkamah Agong telah memutuskan: “It is a well-established principle of Malaysian criminal law that the general burden of proof lies throughout the trial on the prosecution to prove beyond reasonable doubt the guilt of the accused for the offence with which he is charged. There is no similar burden placed on the accused to prove his innocence. He is presumed innocent until proven guilty. To earn an acquittal, his duty is merely to cast a reasonable doubt in the prosecution case. In the course of the prosecution case, the prosecution may of course rely on available statutory presumptions to prove one or more of the essential ingredients of the charge. When that occurs, the particular burden of proof as opposed to the general burden, shifts to the defence to rebut such presumptions on the balance of probabilities which from the defence point of view is heavier than the burden of casting a reasonable doubt, but it is certainly lighter than the burden of the prosecution to prove beyond reasonable doubt. To earn an acquittal at the close of the case for the prosecution under s 173(f) or s 180 of the Criminal Procedure Code, the court must be satisfied that no case against the accused has been made out which if unrebutted would warrant his conviction (Munusamy v PP). If defence is called, the duty of the accused is only to cast a reasonable doubt in the prosecution case. He is not required to prove his innocence beyond reasonable doubt”. [16] Seterusnya di dalam kes Looi Kow Chai & Anor v Public Prosecutor [2003] 1 CLJ 734, Gopal Sri Ram HMR (kemudian HMP) menyentuh isu yang sama dan memutuskan: “It therefore follows that there is only one exercise that a judge sitting alone under s. of the Code has to undertake at the close of the prosecution case. He must subject the prosecution evidence to maximum evaluation and ask himself the question: If I decide to call upon the accused to enter his defence and he elects to remain silent, am I prepared to convict him on the totality of the evidence contained in the prosecution case? If the answer is in the negative then no prima facie case has been made out and the accused would be entitled to an acquittal”. [17] Maksud kes prima facie telah dijelaskan di dalam kes Balachandran v Public Prosecutor [2005] 2 MLJ 301, di mana Hakim Mahkamah Persekutuan menyatakan: “A prima facie case is therefore one that is sufficient for the accused to be called upon to answer. This in turn means that the evidence adduced must be such that it can be overthrown only by evidence in rebuttal. The phrase “prima facie case” is defined in similar terms in Mozley and Whiteley’s Law Dictionary, 11th edn as: A litigating party is said to have a prima facie case when the evidence in his favour is sufficiently strong for his opponent to be called on to answer it. A prima facie case, then, is one which is established by sufficient evidence, and can be overthrown only by rebutting evidence adduced by the other side. The result is that the force of the evidence adduced must be such that, if unrebutted, it is sufficient to induce the court to believe in the existence of the facts stated in the charge or to consider its existence so probable that a prudent man ought to act upon the supposition that those facts exist or did happen. On the other hand, if a prima facie case has not been made out it means that there is no material evidence which can be believed in the sense as described earlier. In order to make a finding either way the court must, at the close of the case for the prosecution, undertake a positive evaluation of the credibility and reliability of all the evidence adduced so as to determine whether the elements of the offence have been established”. ANALISIS DAN DAPATAN MAHKAMAH DI AKHIR KES PENDAKWAAN [18] Di dalam menentukan sama ada pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan suatu kes prima facie ke atas tertuduh, mahkamah perlu merujuk kepada intipati-intipati pertuduhan yang perlu dibuktikan oleh pihak pendakwaan. [19] Intipati-intipati s.14(a) Akta 792 memperuntukkan: Amang seksual fizikal atas kanak-kanak
14
Mana-mana orang bagi maksud seksual –
a
menyentuh mana-mana bahagian badan seseorang kanak-kanak; melakukan kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi dua puluh tahun dan boleh juga dihukum dengan hukuman sebat. [20] Maka, intipati-intipati yang perlu dibuktikan oleh pendakwaan dalam kes ini adalah:
i
mangsa kejadian adalah seorang kanak-kanak iaitu seseorang di bawah umur 18 tahun;
II
(ii) perbuatan kesalahan adalah menyentuh mana-mana bahagian kanak-kanak tersebut; dan
III
(iii) sentuhan tersebut dilakukan dengan niat seksual. [21] Seksyen 2(1) Akta 792 memperuntukkan: “Akta ini hendaklah terpakai bagi kanak-kanak berumur di bawah lapan belas tahun dan sekiranya Akta ini berhubung dengan mana-mana undang-undang bertulis yang lain, bagi kanak-kanak berumur sebagaimana yang dinyatakan di dalam undang-undang bertulis itu”. [22] Mahkamah mendapati pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan usia mangsa apabila mengemukakan sijil lahir mangsa seperti di eksibit P3 sewaktu perbicaraan yang menunjukkan mangsa berumur lebih kurang 4 tahun semasa kejadian dan berumur 7 tahun semasa memberikan keterangan di mahkamah. [23] Bagi intipati kedua di bawah seksyen yang sama, seksyen 14(a) Akta 792 telah menghuraikan tentang “perbuatan menyentuh” seperti berikut: Huraian 1 – Perbuatan menyentuh boleh melibatkan perbuatan menyentuh dengan menggunakan mana-mana bahagian badan atau dengan suatu objek dan boleh dilakukan melalui apa-apa sahaja termasuk apa-apa sahaja yang dipakai oleh orang yang menyentuh atau kanak-kanak yang disentuh. [24] Bagi intipati ketiga, seksyen 14(a) Akta 792 menghuraikan tentang maksud “seksual” seperti berikut: Huraian 2 – Dalam menentukan apakah yang menjadi maksud seksual, mahkamah boleh menimbangkan, antara lain, bahagian badan yang disentuh, sifat dan takat perbuatan menyentuh atau kontak fizikal dan semua hal keadaan lain yang berkenaan dengan perlakuan itu. [25] Pendakwaan di dalam kes ini bertunjangkan kepada keterangan mangsa yang mana semasa kejadian berusia 4 tahun dan berusia 7 tahun semasa memberikan keterangan di mahkamah. Pendakwaan telah mengemukakan rakaman video mangsa seperti di eksibit P8B sebagai pemeriksaan utama di mahkamah. Video rakaman keterangan mangsa dirakam di dalam Bahasa Inggeris dan transkrip rakaman mangsa di dalam Bahasa Inggeris adalah di eksibit P10. Transkrip terjemahan rakaman percakapan mangsa seperti eksibit P9. SP2 telah mengeluarkan Sijil Perakuan Perakam pada 31 Mei 2020 di eksibit P6D. [26] Kes Panir Selvam Vadivelu v PP [2022] 1 LNS 1843 telah merumuskan peruntukan s.6 Akta 676 seperti berikut:
a
rakaman video saksi kanak-kanak hendaklah diterima sebagai keterangan pemeriksaan saksi utama kanak-kanak;
b
rakaman video tersebut hanya boleh diterima sekiranya memenuhi kehendak s.6(2)(a) dan (b) Akta yang sama;
c
perakuan yang dibuat oleh seseorang yang membuat rakaman video sehingga dibuktikan sebaliknya adalah satu keterangan prima facie tentang ketulenan kandungan rakaman video;
d
saksi kanak-kanak tersebut boleh dipanggil untuk pemeriksaan utama selanjutnya;
e
keterangan saksi kanak-kanak tersebut hendaklah disifatkan seolah-olah ianya diberikan oleh saksi kanak-kanak tersebut dalam keterangan lisan;
f
keterangan saksi kanak-kanak tersebut dalam rakaman video itu hendaklah diterima oleh mahkamah sebagai keterangan bersumpah melainkan kanak-kanak itu masih mentah di mana mahkamah perlu meneliti sama ada saksi kanak-kanak faham kewajipan untuk bercakap benar; dan
g
saksi kanak-kanak yang memberikan keterangan dalam rakaman video tersebut masih tertakluk untuk pemeriksaan balas dan pemeriksaan semula seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Keterangan 1950. Namun ia tertakluk kepada beberapa pengubahsuaian yang perlu dibuat disebabkan keterangan tersebut dikemukakan oleh seseorang kanak-kanak. [27] Seksyen 17 Akta 792 memperuntukkan:
17
Anggapan keupayaan saksi kanak-kanak. Walau apa-apa yang berlawanan dalam mana-mana undang-undang bertulis yang lain, dalam mana-mana prosiding terhadap mana-mana orang yang berhubungan dengan mana-mana kesalahan di bawah Akta ini, atau mana-mana kesalahan yang dinyatakan dalam Jadual sekiranya mangsa ialah kanak-kanak, seseorang kanak-kanak dianggap kompeten untuk memberikan keterangan melainkan jika Mahkamah berpendapat selainnya. [28] Mahkamah merujuk kepada kes Razali bin Silah v PP & Another Case [2019] MLJU 1115 yang memutuskan: “[6] In criminal cases, like present, children of “tender years” are competent to give unsworn testimony even though they do not understand the nature of the oath, so long as they possessed of sufficient intelligent to justify the reception of evidence and understand the duty of speaking the truth. (See section 133A Evidence Act 1950 (Act 56)). The question whether a child is of tender years and has the necessary intelligence will be determined by the judge. Children who understand the nature of an oath are competent to give sworn testimony. The test is whether the child has sufficient appreciation of the seriousness of the occasion and a realization that taking the oath involves something more than the duty to tell the truth in ordinary day to day life: R v Hayes [1977] 1 WLR 234. [7] It is trite as how to deal with a child witness and the rules of evidence applicable are explicit. The law is found in section 118 Evidence Act 1950 (Act 56) which prescribes all persons, including child, are competent to testify, unless the court considers that they are prevented from understanding the questions put to them or from giving rational answers to those questions. Thus, the trial judge has to determine a child competency to testify by ensuring she understands the oath she takes. If she is able to understand, then the child may pursue with her testimony. If she is unable, then the trial will proceed with her unsworn testimony. How does the judge ensure that? [8] The judge embarks on a series of questions in order to conclude based on the answers given by the child, that the sanctity of oath taken, in its form and spirit, is understood. The child must be able to differentiate between telling the truth and untruth in court and if she is untruthful, what could be the consequence”. [29] Di dalam kes ini, mangsa sewaktu kejadian berusia 4 tahun dan sewaktu memberikan keterangan di mahkamah berusia 7 tahun. Mangsa merupakan kanak-kanak masih mentah “child of tender years”. Mangsa hadir ke mahkamah bersama pegawai pendamping dan mangsa memberikan keterangan di mahkamah menggunakan penghadang. Mahkamah telah bertanyakan beberapa soalan awalan terhadap mangsa untuk menentukan sama ada mangsa adalah kompeten untuk memberikan keterangan. Mahkamah mendapati walaupun mangsa tidak memahami maksud sumpah tetapi mangsa mempunyai kecerdasan yang mencukupi “sufficient intelligent” dan dapat membezakan di antara perkara yang baik dan yang buruk serta faham tanggung-jawab untuk berkata benar. Mahkamah mendapati bahawa mangsa adalah seorang yang kompeten untuk memberikan keterangan tanpa sumpah di mahkamah (lihat s.133A Akta 56 dan s.17 Akta 792). [30] Seterusnya, s.18 Akta 792 memperuntukkan:
18
Keterangan saksi kanak-kanak Walau apa-apa yang berlawanan dalam mana-mana undang-undang bertulis yang lain, dalam mana-mana prosiding terhadap mana-mana orang yang berhubungan dengan mana-mana kesalahan di bawah Akta ini, atau mana-mana kesalahan yang dinyatakan dalam Jadual sekiranya mangsa ialah kanak-kanak, mahkamah boleh mensabitkan orang itu bagi kesalahan itu berasaskan keterangan tanpa sokongan seseorang kanak-kanak yang diberikan dengan sumpah atau selainnya. [31] Kes Panir Selvam Vadivelu memutuskan bahawa: [46] Walau bagaimanapun mahkamah perlu memastikan bahawa keterangan yang diberikan oleh saksi kanak-kanak tersebut sesuatu yang luar biasa menyakinkan mahkamah. Mahkamah tidak boleh semata-mata berdasarkan keterangan kanak-kanak tersebut sahaja walaupun tanpa keterangan sokongan dan terus membuat sabitan berdasarkan kepada keterangan kanak-kanak tersebut dengan mengenepikan prinsip-prinsip untuk sesuatu keterangan tanpa keterangan sokongan boleh diterima di bawah undang-undang keterangan. Apa yang mahkamah perlu lakukan untuk memastikan bahawa keterangan saksi kanak-kanak yang tidak disokong tersebut dipertimbangkan dengan sewajarnya seperti keterangan-keterangan lain yang diterima oleh mahkamah tanpa keterangan sokongan. Apa yang jelas ialah s.18 Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan Akta Keterangan Saksi Kanak-kanak 2007 hanya menjelaskan tidakperluan keterangan kanak-kanak itu kepada keterangan sokongan. Ia bukan bermaksud keterangan-keterangan kanak-kanak tersebut secara automatik boleh diterima oleh mahkamah walaupun tanpa keterangan sokongan sedangkan keterangan kanak-kanak itu sendiri telah berlaku percanggahan yang tidak menyebabkan keterangan sesuatu yang luar biasa menyakinkan mahkamah. [32] Selanjutnya, di dalam kes yang sama di perenggan 71 di muka surat 49, Mahkamah Tinggi memutuskan: [71] Adalah jelas dan nyata bahawa seseorang yang dituduh di bawah kesalahan seksual boleh disabitkan oleh keterangan saksi yang tidak mempunyai keterangan sokongan. Ia hanya boleh dilakukan sekiranya keterangan yang dilakukan adalah sesuatu yang luar biasa menyakinkan Mahkamah. Ia perlu dilihat dalam konteks tanggungjawab pihak pendakwaan untuk membuktikan kesnya melampaui keraguan yang munasabah. Mahkamah perlu berhati-hati bagi memastikan bahawa sekiranya sabitan dibuat tanpa keterangan sokongan ia adalah disebabkan dengan hanya berdasarkan kepada keterangan saksi tersebut maka ia adalah mencukupi untuk seseorang tertuduh disabitkan. Nilai keterangan yang dikemukakan oleh saksi tersebut hendaklah sesuatu yang konsisten dan tidak bercanggah dengan keterangan-keterangan yang lain. Fakta bahawa seseorang saksi itu telah bercakap benar dan tiada kemungkinan keterangan tersebut telah ditokok tambah atau dipalsukan pada pandangan mahkamah tidak tergolong di dalam keterangan yang luar biasa menyakinkan bagi suatu sabitan jenayah seksual berdasarkan kepada saksi yang tidak disokong keterangannya. [72] Mahkamah juga perlu melihat bagaimanakah keadaan yang dikatakan satu keterangan yang luar biasa yang menyakinkan. Ia adalah bergantung kepada fakta dan keterangan di dalam sesuatu kes. [33] Mahkamah merujuk kepada keterangan mangsa semasa di Pusat Temuduga Kanak-kanak (“CIC”) antara lain adalah seperti berikut: NO. MASA PEGAWAI TEMUBUAL/ KANAK-KANAK KENYATAAN 67 You want to tell a story…what story is it? 68 Ahh my father touch one. 68 Your father touch…where your father touch? 70 Here (tunjukkan kemaluannya). 75 Ok XXX now you can show me where father touch you? 76 Here (tunjukkan buah dadanya). 77 Show through the toy? 78 Here (tunjukkan buah dada patung). 79 Somemore? 80 Here (tunjukkan buah dada). 81 Somemore…that’s all 82 He kiss inside (tunjuk bibir) 83 He kiss inside…ohh is it painful. 84 Yes 85 Painful…how many times did father do like that? 86 One time. 87 When was it? 88 When sleeping time. 89 Sleeping time…is it morning, afternoon, evening or night? 90 Morning. 91 What’s the time? 92 8 o’clock. 93 Do you know the date…when was it? 94 Friday. 95 Friday. 96 Was it long long ago or recently? 97 Long long ago…do you remember how old was you that time?
1
99 1 year old you still remember…now how old are you? 100 5 years old. 101 5 years old..ok. Where did father touch? 102 Here (tunjuk kemaluannya). 103 When did father touch? 104 Morning. 105 Morning…while XXX sleeping or bathing or having food? When did father touch? 106 Ahh having food. Food time also got. 107 Why father go and touch there? 108 Because he is trying to do things only. 109 When he touches you there who was around you? 110 Mother 113 No one else ready. Did mother saw father touch there. 114 Hmmm (angguk kepala). 115 Then what mother tell. 116 Mother tell don’t do ready. 117 Ohh don’t do ready? Was it painful. 118 Yes. 125 Appa touch your panties or Appa touch your private parts? 126 Private part. 127 You say you are wearing panties then how can appa touch your private parts. How he touch. 128 When sleeping time he go and touch. 131 Did father took off your clothes? 132 Yes. 133 Ok…How did he took off your clothes? Can you show through the toys? 134 Open like this (selak baju patung sampai dada). 135 Open your dress all or just do like that? 136 Just like this. 137 Didn’t took off your clothes all is it? 138 No, he just open like this and touch (selak baju patung sampai paras dada dan gesel jari pada kemaluan). 139 How…how…show aunty…put here and show. 140 Like this (selak baju patung sampai paras dada dan gesel jari pada bahagian kemaluan). 141 Did father open this one (tunjuk seluar dalam patung). 142 143 No…Didn’t open. Show again to aunty how father do? 144 Open like this and do (berdirikan patung selak baju sampai paras dada dan gesel jari pada seluar dalam bahagian kemaluan patung) touch like this. 145 How how? 146 Touch like this (pegang kemaluan dengan kuat dengan jari gesel pada seluar dalam patung). 147 Ok…painful? 148 Yes. 149 XXX did you bleed? 150 Hmm? 151 Got blood come out ahh? 152 (geleng kepala). No. 153 No blood. Where did father do that? 154 In house. 155 In house which part…room bathroom, or? 156 Room…room 157 Whose room? 158 Our room. 159 Our room..Who will be sleeping in that room? 160 My mother, my father, my brother and I will be sleeping. 161 Ok when you are in the room father touch you is it? 162 (angguk kepala). 163 Ohh..did mother see. 164 Yes 165 Then what mother tell? 166 Mother tell don’t do. 179 How many times did father touch like that? 180 One time. 181 Where father touch? 182 Here (tunjuk buah dada) here (pegang kemaluannya). 183 Father just touch or got hurt you? 184 Hurt me. 185 How father hurt you? 186 Like this (pegang kemaluannya keras) 187 Hard is it..got any blood coming out? 188 189 Got any reddish red colour on body? 190 Got. 191 Got ahh. Where got red red colour? 192 Here (tunjuk tangan) here (tunjuk kemaluan dan buah dada). 197 Ok..what mummy do. 198 She tell don’t do. Why are you doing like this all. 199 Who will give you bath at home? 200 My mummy 201 Mummy only, if mummy go to work who will bath you? 202 My..my father. 203 Your father…ok did father got wash you (ambil patung dan tunjuk kemaluan). Just now you got tell that father touch here (tunjuk kemaluan patung) what did you call this part (tunjuk kemaluan). 204 Private part. 205 Ok what you call this part (tunjuk punggung patung). 206 (buat tangan tidak tahu) 207 Ok while father bathing you..father got wash here (gosok tangan dekat kemaluan) wash here (tunjuk punggung) got? 208 Angguk kepala. 209 XXX aunty wanted to ask you, did father touch you here and here during bathing time? 210 211 When he touch you. 212 He touch when sleeping time only. 213 Ohh..just now you got tell me having food time father got touch? Where father touch you having food time? 214 (pegang kemaluannya) here..here (pegang buah dada) 215 Where you have your food? 216 In the house. 217 In a room or dining table? 218 Dinning table. (rujuk rakaman video mangsa di eksibit P8(B) dan transkrip video rakaman mangsa dalam Bahasa Inggeris di eksibit P10). [34] Sebaliknya semasa pemeriksaan balas, mangsa mengatakan seperti berikut: Pemeriksaan balas : You said just now, your father loves you. : Yes. Your father love you so much and your father will not doing a bad thing to you. True or not? : (Kanak-kanak menggelengkan kepala). Tell me why a father will be doing a bad thing to his child. He loves you so much. Mah : Your father did anything bad to you? : Yes. Mah : Can you tell us what your father did to you? : Can’t remember. Mah : XXX just now you said your father did something bad to you. Can you recall what your father did to you? Can you remember? : Touch my private part. : Your father only touches your private part when only he is bathing you? : Yes. : No at the other time he touches? : (Kanak-kanak anggukkan kepala). : The only time your father touches your private part is when he bathing you? : Yes. : Other time he never touches your private part? : Have. Mah : XXX now you said, other time your father touches your private part. : Yes. : How old are you at that time? : 4 years old. Yesterday, when we played a video tape, you said your father touch you when you are 1 year old. : Mah : So that time, when you are in that recording, how old are you? : 5 years old. (Ct: CIC recording dimainkan semula di dalam mahkamah. Video dimainkan di minit 11:56:18 – 11:56:48) XXX, you saw that video and you told that aunty, at that time when your father touch you, you were 1 year old isn’t it? : Yes. : Is that correct? : Wrong. : So, the TV is wrong? : Yes, wrong. Mah : You were saying that your father touch you when you are 1 year old. Is that correct or wrong? : Wrong. : Why you said that is wrong? : I can’t remember. You can’t remember when your father touch you last time? : Yes. Last time, when the aunty asked you a question, you said 1 year old. Now you telling that’s not correct. True isn’t it? 1 year is not correct. : : Why did you tell the aunty 1 year? : (Kanak-kanak mendiamkan diri) Mah : Did you understand that question? : Mah : Just now, you tell that aunty in the TV, it’s happened when you are 1 year old. So, uncle ask you again, if the answer is not 1 year old, why you tell aunty 1 year old? : I can’t remember. : Now you remember, how old are you when the recording is taken? : 4 years old. That time in the recording you can’t remember, but how now you can remember? : (Kanak-kanak mendiamkan diri) Now you telling us what happened, you remember when the things happened you were 4 years old? True? : True. : How you can remember now? You can recall? : (Kanak-kanak menggelengkan kepala). Yesterday, you sitting there and tell the court what is happening. And then you going back home in the evening, true? : True. You back home and then you discuss with your mother and your aunty about this. Isn’t it? : Yes. Mah : Did you discuss with your mother and your aunty about this case? : Yes. : They told you that you were 4 years old at that time, isn’t it? : Yes. : Your mother, aunty and you have been discussing about this case? : Yes. : You said your father touch your private part. Can you show to us? J : (Kanak menunjukkan private part di anak patung perempuan. Di bahagian kemaluan patung) : Only there? No where else? : : Do you also remember, you in the video. It only happened once? : : How many times it happened? : Once. : When this thing happened, when your father touches your private part? : Night : At night, when it is sleeping time, isn’t it? : Yes. : On the bed? : Yes. : Who are on the bed together with you? : Mother and brother When your mother and brother on the same bed with you and then you say your father touches your private part? : Yes. (Ct: Video rakaman CIC dimainkan semula pada minit 11:55:51) You told the aunty just now, it only happened one time in sleeping time, and then it was in the morning, 8.00 o’clock in the morning. You said that right? : Yes. : Is that correct? : Correct. Mah : Uncle ask you just now, it happened at night when you are sleeping but now in the recording you said in the morning. Why? : I can’t remember. Mah : So when the incident happened? : Playing time. : When you said playing time, what you were playing at that time? : Cooking : Are you playing alone? : Alone : Your mother was in that house isn’t it? : Yes. : Where is in the house when you are playing cooking? : Hall. : You said, your father touches you in the hall isn’t it? : Yes. : In the bed, he never touches you? : : When your father touches you, did your mother saw it? : Yes. : Your mother also there at that time isn’t it? : Yes. : You said to that aunty it only happened once right? : Yes : Can you tell us what year? : : Can you tell us which month? : Can’t remember. : What day it happened? : Friday. : Friday in the morning? : Yes. : That time you said you were 4 years old? : Yes. : That time you were in Nuri kindergarden. Isn’t it? : Yes : Last time, when you attending kindergarden what day to what day? : Monday to Friday. : You schooling in the morning isn’t it? : Yes. If you attending the kindergarden in the morning session, Monday to Friday this incident cannot be happened and not true. Because you will be in school not in the house. True? : So now you said, this incident not happened in Friday. So, what you have told in that video is not true? : Not true. : Did anyone tell you it happen on Friday last time? : : You can’t remember the month and year isn’t it? : Yes : Now you told that it is not happen on Friday? Isn’t it? : Yes. : So what day this is happen? : Saturday. : Why suddenly you said Saturday? : I can’t remember : Are you guessing it happened in Saturday? : Yes. : I am telling you it’s not happen in Saturday? True? : : Your father loves you a lot? : Yes. : You also loves your father very much? : You said you father touched you, other than that did your father did a bad thing to you? : (Tiada jawapan) : XXX, your mother hates your father? : Yes. : She always saying he is a bad man? : Yes. : From last time until now, your mother has been telling he is a bad man. : Yes. I am saying your father is a good man. He loves you and your brother. He is a good person. : You are saying your father is a bad man because your mother is telling you? : That one incident you said when your father touching your private part, I am telling you it never happen? Do you agree? : Mah : When you said no, what is that mean? It happens or not? : Happen You can’t remember the year, month and day it happened. So, I am telling you, if such thing happened at least you can remember the month or the day. So, I am telling you it never happened? : [35] Semasa pemeriksaan semula, mangsa memberikan keterangan seperti berikut: Pemeriksaan Semula Pohon ID2(A-F) dirujuk. When uncle question you, you said it happened in the hall. Did it happen once or twice? : Once. : At the picture E, does your father touch your private part at picture E? : Which picture do you refer to the hall. Is it there in that collection of photos? : Uncle just now ask you, the incident did not happen in Friday. So, I am asking you did you go to school on Friday? : Yes. Uncle also ask you, you said your father touch you apart from this, did your father do anything bad and you said yes. What did your father do that is bad? : XXX just now uncle said your mother always telling you that your father is a bad man and your answers is yes. What makes a father is a bad person? : Don’t know. [36] Setelah mahkamah meneliti keterangan mangsa di dalam rakaman video di eksibit P8B (lihat transkrip percakapan mangsa dalam Bahasa Inggeris di eksibit P10) dan keterangan lisan mangsa di mahkamah, mahkamah mendapati terdapat banyak percanggahan di dalam keterangan mangsa sendiri. [37] Percanggahan-percanggahan tersebut adalah seperti berikut:
a
Rakaman video keterangan mangsa di eksibit P8B dan P10 antara lain menyatakan bahawa:
i
tertuduh menyentuh kemaluan, dada dan mencium bibir mangsa;
II
(ii) kejadian tersebut berlaku sekali sahaja;
III
(iii) kejadian tersebut berlaku di dalam bilik semasa tidur;
IV
(iv) pada masa kejadian, ibu mangsa (SP1) berada di situ;
v
kejadian berlaku pada hari Jumaat jam 8 pagi;
VI
(vi) pada masa tersebut mangsa berumur 1 tahun;
VII
(vii) tertuduh juga menyentuh mangsa semasa makan.
b
Sebaliknya keterangan mangsa semasa pemeriksaan balas antara lain seperti berikut:
i
mangsa semasa disoal balas oleh peguambela tertuduh bersetuju bahawa satu-satunya masa tertuduh menyentuh kemaluan mangsa ketika tertuduh memandikan mangsa tetapi mangsa kemudiannya mengubah keterangannya mengatakan tertuduh juga menyentuh mangsa pada masa yang lain. Selepas itu, mangsa mengekalkan keterangannya mengatakan tertuduh menyentuh kemaluan mangsa hanya sekali sahaja;
II
(ii) berkenaan dengan bila berlakunya kejadian menyentuh kemaluan mangsa, peguambela tertuduh merujuk mangsa kepada rakaman video (eksibit P8B) di minit 11:56:18 – 11:56:48, mangsa mengatakan bahawa tertuduh menyentuh kemaluan mangsa semasa mangsa berumur 1 tahun tetapi semasa disoal balas oleh peguambela tertuduh, mangsa mengatakan bahawa umurnya adalah 4 tahun. Mangsa juga mengakui bahawa kejadian tersebut berlaku semasa mangsa berumur 1 tahun adalah salah. Mangsa juga semasa disoal balas oleh peguambela tertuduh mengakui bahawa beliau tidak dapat mengingati bila tertuduh menyentuhnya;
III
(iii) seterusnya, apabila mangsa disoal balas oleh peguambela tertuduh tentang mengapa mangsa memberitahu makcik di dalam rakaman video di eksbit P8B bahawa semasa kejadian umur mangsa adalah 1 tahun, mangsa hanya mendiamkan diri. Mangsa juga tidak dapat menjelaskan mengapa baru sekarang beliau boleh mengingati umurnya adalah 4 tahun ketika kejadian tersebut berlaku;
IV
(iv) mangsa juga tidak dapat mengingati tarikh dan bila kejadian tersebut berlaku. Mangsa di dalam rakaman video di eksibit P8B mengatakan bahawa kejadian tersebut berlaku pada hari Jumaat pada pukul 8 pagi semasa tidur. Sebaliknya, semasa mangsa di soal balas oleh peguambela tertuduh, mangsa mengubah keterangannya dengan mengatakan kejadian berlaku pada waktu malam di dalam bilik;
v
peguambela tertuduh merujuk mangsa kepada rakaman video di minit 11:55:51 di mana mangsa mengatakan kejadian berlaku pada waktu siang jam 8 pagi tetapi semasa mangsa di soal balas oleh peguambela tertuduh mangsa mengatakan kejadian berlaku pada waktu malam di dalam bilik semasa tidur. Apabila mangsa ditanya sekali lagi bilakah kejadian cabul itu berlaku, mangsa sekali lagi mengubah jawapannya dengan mengatakan bahawa kejadian cabul tersebut berlaku di waktu pagi semasa mangsa bermain masak-masak di ruang tamu seorang diri;
VI
(vi) mangsa juga semasa disoal balas oleh peguambela tertuduh menafikan kejadian cabul tersebut berlaku di atas katil;
VII
(vii) mangsa semasa disoal balas oleh peguambela tertuduh mengatakan beliau bersekolah tadika dari hari Isnin hingga Jumaat. Peguambela tertuduh mencadangkan kepada mangsa bahawa memandangkan mangsa bersekolah tadika pada sebelah pagi dari hari Isnin hingga Jumaat maka kejadian tersebut tidak mungkin berlaku pada hari Jumaat kerana mangsa tiada di rumah dan bersekolah. Mangsa sekali lagi mengubah jawapannya dan mengatakan kejadian tersebut berlaku pada hari Sabtu.
VIII
(viii) apabila peguambela tertuduh menyoal balas mangsa, kenapa mangsa tiba-tiba menukar jawapan kepada hari Sabtu, mangsa mengatakan bahawa beliau hanya mengagak sahaja kerana beliau tidak dapat mengingati bila kejadian tersebut berlaku;
IX
(ix) mangsa juga semasa disoal balas oleh peguambela tertuduh mengatakan tertuduh hanya menyentuh kemaluan mangsa sahaja dan tiada di bahagian anggota badan yang lain tetapi di dalam rakaman video, mangsa mengatakan bahawa tertuduh memegang buah dada, menyentuh kemaluan dan mencium mangsa;
x
mangsa juga semasa disoal balas oleh peguambela tertuduh mengakui bahawa rakaman video di eksibit P8B adalah salah.
c
Semasa pemeriksaan semula, mangsa memberikan keterangan antara lain seperti berikut:
i
mangsa mengesahkan kejadian tersebut berlaku hanya sekali sahaja semasa mangsa bermain di ruang tamu;
II
(ii) mangsa mengesahkan bahawa beliau bersekolah pada hari Jumaat. [38] Selain itu, mahkamah juga mendapati keterangan mangsa banyak dipengaruhi oleh ibu mangsa, SP1 dan makcik beliau, SP7 di mana mangsa semasa disoal balas mengakui bahawa beliau ada berbincang dengan SP1 dan SP7 tentang kes ini. Keterangan mangsa semasa disoal balas adalah seperti berikut: Pemeriksaan balas S : Now you telling us what happened, you remember when the things happened you were 4 years old? True? J : True. S : How you can remember now? You can recall? J : (Kanak-kanak menggelengkan kepala). S : Yesterday, you sitting there and tell the court what is happening. And then you going back home in the evening, true? True. You back home and then you discuss with your mother and your aunty about this. Isn’t it? Yes. Mah : Did you discuss with your mother and your aunty about this case? S : They told you that you were 4 years old at that time, isn’t it? S : Your mother, aunty and you have been discussing about this case? [39] Seterusnya, mangsa juga semasa disoal balas oleh peguambela tertuduh mengatakan bahawa SP1 bencikan tertuduh dan sentiasa mengatakan kepada mangsa bahawa tertuduh adalah orang jahat. Keterangan mangsa semasa pemeriksaan balas adalah seperti berikut: Pemeriksaan balas XXX, your mother hates your father? Yes. She always saying he is a bad man? Yes. From last time until now, your mother has been telling he is a bad man. Yes. [40] Berdasarkan kepada keterangan mangsa di dalam rakaman video di eksibit P8B (lihat transkrip percakapan mangsa dalam Bahasa Inggeris di eksibit P10) dan keterangan lisan mangsa di mahkamah, mahkamah mendapati terdapat percanggahan di dalam keterangan mangsa sendiri sepertimana yang dinyatakan di perenggan 37 di atas. Ini menyebabkan adalah tidak selamat untuk mahkamah ini berdasarkan kepada keterangan mangsa semata-mata untuk sabitan bagi pertuduhan ini walaupun tanpa keterangan sokongan. Mahkamah berpendapat keterangan-keterangan mangsa bukanlah suatu keadaan yang boleh dikategorikan sebagai keadaan luar biasa yang menyakinkan sehingga boleh dijadikan alasan untuk mensabitkan tertuduh. [41] Mahkamah juga mendapati mangsa bukanlah seorang saksi yang kredibel kerana mangsa kerap kali mengubah jawapannya dan terdapat banyak percanggahan di dalam keterangan mangsa di dalam rakaman video dan keterangan lisan mangsa di mahkamah. Mangsa juga semasa di soal balas oleh peguambela tertuduh mengakui ada berbincang dengan ibunya, SP1 dan makciknya, SP7 berkenaan dengan kes ini dan ibu mangsa iaitu SP1 sering mengatakan kepada mangsa bahawa tertuduh adalah seorang yang jahat. [42] Walaupun, pada awalnya, mahkamah mendapati mangsa tidak memahami maksud sumpah tetapi mangsa mempunyai kecerdasan yang mencukupi “sufficient intelligent” dan dapat membezakan di antara perkara yang baik dan yang buruk serta faham tanggung-jawab untuk berkata benar dan mangsa adalah seorang yang kompeten untuk memberikan keterangan tanpa sumpah di mahkamah, namun, setelah mahkamah meneliti keterangan mangsa di dalam rakaman video di eksibit P8B dan keterangan lisan mangsa di mahkamah, mahkamah mendapati mangsa adalah tidak kompeten dan keterangan mangsa banyak dipengaruhi oleh ibunya, SP1 dan makciknya, SP7. Mangsa juga mengakui ada berbincang dengan ibunya, SP1 dan makciknya SP7 berkenaan dengan kes ini dan ibunya SP1 sering mengatakan tertuduh adalah orang yang tidak baik. Oleh itu, mahkamah bersetuju dengan hujahan peguambela tertuduh bahawa mangsa adalah seorang saksi kanak-kanak yang tidak kompeten. [43] Seterusnya, SP7 yang merupakan makcik mangsa dan sepupu kepada ibu mangsa (SP1) memberikan keterangan bahawa beliau menetap di Melaka dan telah pergi ke rumah nenek mangsa di Muar pada 15.3.2020 sehingga 18.3.2020, selama 4 hari 3 malam. SP7 memberikan keterangan bahawa pada petang 15.3.2020, mangsa telah memintanya memandikan mangsa. Semasa mangsa berjalan ke bilik air untuk membuka baju, SP7 telah menahan mangsa dan menyuruh mangsa membuka bajunya di dalam bilik air. Semasa mangsa dan SP7 berada di dalam bilik air, SP7 telah memberikan penerangan kepada mangsa dengan mengatakan bahawa mangsa adalah seorang perempuan yang sudah besar, tidak boleh membuka baju di tempat awam tetapi sepatutnya membuka baju di dalam bilik air atau di bilik. [44] SP7 juga mengatakan kepada mangsa, sebagai wanita terdapat tempat-tempat tertentu yang tidak boleh didedahkan kepada mana-mana lelaki terutama ayah, datuk, adik atau abang lelaki dan juga kawan-kawan mangsa. SP7 menjelaskan bahawa terdapat 3 tempat yang tidak boleh disentuh oleh mana-mana lelaki iaitu dada, punggung dan kemaluan serta menjelaskan kepada mangsa “soft touch” dan “dengerous touch”. [45] Selepas SP7 selesai memandikan mangsa dan membawa mangsa ke bilik, mangsa memberitahu SP7 bahawa tertuduh suka menyentuh kemaluan dan buah dada mangsa. Menurut SP7, mangsa memberitahunya tertuduh menyentuh buah dada mangsa sambil mencubit. Tertuduh juga memasukkan tangannya ke dalam seluar mangsa dan menyentuh kemaluan mangsa lalu menggosok kemaluan mangsa dari atas ke bawah sambil mencubit. Kejadian tersebut berlaku di ruang tamu atau di dalam bilik semasa mangsa masih lagi berpakaian. [46] Pada 18.3.2020 iaitu selepas tiga (3) hari dari tarikh mangsa menceritakan kejadian cabul tersebut kepada SP1, mangsa dan SP7 telah mengikuti SP1 pergi ke kedai. Selepas SP1 turun dari kereta untuk pergi ke kedai, semasa di dalam kereta, SP7 telah bertanyakan semula kejadian tersebut kepada mangsa. SP7 meminta mangsa mengulangi semula apa yang mangsa telah katakan kepadanya dan SP7 telah merakam video perbualan mangsa menggunakan telefon bimbitnya. [47] SP7 kemudiannya menceritakan kejadian tersebut kepada SP1 tetapi SP1 mengatakan kepadanya sudah menjadi kebiasaan tertuduh menunjukkan kemaluan kepada anaknya. SP1 minta SP7 untuk berkongsi video yang beliau telah ambil dan SP7 telah berkongsi video tersebut kepada SP1 melalui aplikasi whatsapp. [48] SP7 semasa disoal balas oleh peguambela tertuduh, mengatakan bahawa perhubungan beliau dengan SP1 adalah rapat dan SP1 merupakan sepupunya. SP7 mengatakan pada bulan Februari 2020, SP1 ada memberitahunya bahawa SP1 mempunyai masalah dengan tertuduh. SP1 telah menghubungi SP7 untuk mendapatkan pertolongan. Masalah tersebut timbul apabila SP1 menerima Saman Pemula daripada peguamcara tertuduh, permohonan untuk mendapatkan hak akses kepada anak-anak. (lihat Saman Pemula di eksibit D5A, Afidavit Sokongan Plaintif (OKT) di eksibit D5B, Afidavit Jawapan Defendan (SP1) di eksibit D5C, Afidavit Jawapan Plaintif (OKT) di eksibit D5D dan Perintah Mahkamah di eksibit D5E). [49] Pada awalnya, ketika SP7 disoal balas oleh peguambela tertuduh, beliau menafikan menolong SP1 untuk mendapatkan peguam tetapi kemudiannya, beliau mengakui ada mencadangkan peguam Cik Kumari Bala kepada SP1. Menurut SP7, beliau ada mengikuti SP1 berjumpa dengan peguam, Cik Kumari Bala di Melaka tetapi tidak turut serta bersama SP1 masuk ke dalam bilik peguam. Beliau juga tidak mengetahui masalah SP1 kerana SP1 tidak menceritakan kepadanya apa yang telah SP1 beritahu kepada peguam. SP7 hanya mengetahui tertuduh telah mencabul mangsa pada 15.3.2020 setelah kejadian cabul tersebut dimaklumkan oleh mangsa kepadanya dan beliau kemudiannya telah memberitahu SP1 pada 18.3.2020. [50] Semasa SP7 disoal balas oleh peguambela tertuduh tentang apakah tujuan SP7 datang ke rumah nenek mangsa selama 4 hari 3 malam, SP7 mengatakan “sudah menjadi kebiasaan kami memang kami berulang-alik macam itu”. [51] SP7 juga semasa disoal balas oleh peguambela tertuduh mengatakan bahawa mangsa tidak memberitahu kepadanya yang tertuduh telah mencabul mangsa tetapi fakta tersebut diketahui daripada hasil perbincangan di antara SP7 dan mangsa, semasa dan selepas SP7 memandikan mangsa. [52] Walaupun, kejadian tertuduh mencabul mangsa hanya diketahui oleh SP7 pada 15.3.2020 tetapi SP7 hanya memberitahu kepada SP1 pada 18.3.2020 iaitu selepas 3 hari mangsa menceritakan kepadanya. Menurut SP7, kelewatan tersebut disebabkan beliau perlu mendapatkan bukti terlebih dahulu dengan mengambil rakaman video perbualan mangsa pada 18.3.2020 untuk membuktikan bahawa mangsa ada memberitahu kejadian cabul tersebut kepadanya dan untuk kegunaan SP1 sebagai bukti di kemudian hari. [53] Setelah diteliti, mahkamah mendapati keterangan SP7 tidak menyokong keterangan mangsa malah bercanggah dengan keterangan mangsa. Percanggahan tersebut adalah seperti berikut:
i
SP7 mengatakan mangsa menceritakan kepadanya bahawa tertuduh telah menyentuh dan mencubit buah dada dan kemaluan mangsa tetapi keterangan lisan mangsa di mahkamah, semasa disoal balas oleh peguambela tertuduh, mangsa mengatakan tertuduh hanya menyentuh kemaluan mangsa sahaja dan tidak menyentuh anggota badan yang lain;
II
(ii) SP7 mengatakan mangsa dalam keadaan berpakaian dan tertuduh telah memasukkan tangannya ke dalam seluar mangsa dan menyentuh kemaluan mangsa lalu menggosok kemaluan mangsa dari atas ke bawah sambil mencubit. Sekiranya diteliti rakaman video mangsa di eksibit P8B dan eksibit P10, mahkamah mendapati mangsa tidak menceritakan bahawa tertuduh telah memasukkan tangannya ke dalam seluar mangsa.
III
(iii) Tambahan pula, keterangan lisan mangsa di mahkamah juga lansung tidak menceritakan perbuatan tertuduh memasukkan tangannya ke dalam seluar mangsa lalu menyentuh kemaluan mangsa sambil menggosok kemaluan mangsa dari atas ke bawah sambil mencubit; dan
IV
(iv) mangsa juga mengatakan rakaman video mangsa di eksibit P8B adalah tidak benar. [54] Selain itu, mahkamah juga bersetuju dengan hujahan peguambela tertuduh bahawa SP7 bukanlah seorang saksi yang bebas atau jujur tetapi saksi yang mempunyai motif. SP7 merupakan sepupu kepada ibu mangsa (SP1) dan hubungan mereka adalah sangat rapat. Mereka bertindak bersama-sama dengan SP1 untuk mengenakan tertuduh setelah SP1 menerima Saman Pemula daripada peguamcara tertuduh untuk mendapatkan hak akses kepada anak-anak. [55] Fakta-fakta ini dapat dilihat seperti berikut:
a
SP7 mengakui bahawa selepas peguamcara tertuduh menyerahkan Saman Pemula kepada SP1, SP1 telah menghubungi SP7 dan telah meminta nasihat dan pertolongan daripada SP7;
b
SP1 memberitahu SP7 yang beliau mempunyai masalah dengan tertuduh pada bulan Februari 2020 dan SP1 berjumpa dengan SP7 di Melaka;
c
SP7 telah mengesyorkan peguamcara, Cik Kumari Bala kepada SP1;
d
selepas itu, SP7 yang tinggal di Melaka telah datang dan tinggal di rumah nenek mangsa (rumah ibu SP1) di Muar selama 4 hari 3 malam dari 15.3.2020 – 18.3.2020;
e
pada sebelah petang 15.3.2020, semasa SP7 hendak memandikan mangsa, beliau telah memberikan penerangan yang panjang berkenaan dengan perkara seksual kepada mangsa yang ketika itu berusia 4 tahun. Selepas itu, mangsa telah menceritakan kepada SP7 yang tertuduh telah mencabul mangsa;
f
pada 18.3.2020, iaitu selepas 3 hari dari tarikh mangsa menceritakan kejadian cabul tersebut kepada SP7, SP7 dan mangsa telah menemani SP1 pergi ke kedai. Selepas SP1 turun untuk pergi ke kedai, di dalam kereta, SP7 telah meminta mangsa untuk mengulangi semula apa yang mangsa telah menceritakan kepadanya dan SP7 telah mengambil rakaman video dan merekodkan perbualan tersebut menggunakan telefon bimbit SP7.
g
Tarikh rakaman video tersebut diambil pada 18.3.2020 di mana pada tarikh tersebut, Perintah Kawalan Pergerakan telah dikuatkuasakan di seluruh Malaysia disebabkan oleh
h
pada tarikh yang sama, 18.3.2020, SP7 telah memberitahu kejadian tersebut kepada SP1 dan telah menghantar rakaman video tersebut kepada SP1 melalui applikasi whatsapp;
i
walau bagaimanapun, SP1 hanya membuat laporan polis KPulai 2728/20 pada 5.5.2020 (eksibit P1) dan pada tarikh yang sama, 5.5.2020, SP1 telah mengikrarkan Afidavit Jawapan (lihat eksibit D5C) di Melaka untuk menentang Saman Pemula yang difailkan oleh peguamcara tertuduh (lihat eksibit D5A dan eksibit D5B) bagi mendapatkan hak akses kepada anak-anak.
j
rakaman video tersebut telah dijadikan sebagai eksibit S-1A di dalam Afidavit Jawapan SP1 untuk menentang permohonan Saman Pemula tertuduh; [56] Walau bagaimanapun, mahkamah ini mendapati rakaman video tersebut yang digunakan oleh SP1 sebagai eksibit S-1A di dalam Afidavit Jawapan SP1 untuk menentang permohonan Saman Pemula tertuduh, tidak dikemukakan oleh pihak pendakwaan untuk dijadikan eksibit di dalam kes ini. Rakaman video yang diambil oleh SP7 adalah penting untuk dikemukakan di mahkamah kerana ia merupakan bukti penting yang membawa kepada pertuduhan kes cabul terhadap tertuduh. Kegagalan pihak pendakwaan untuk mengemukakan rakaman video tersebut akan menyebabkan s.114(g) Akta Keterangan 1950 adalah terpakai ke atas kes pendakwaan. [57] Seterusnya, mahkamah berpendapat bahawa penerangan seksual yang diberikan oleh SP7 kepada mangsa semasa dan selepas memandikan mangsa, tidak mungkin dapat difahami oleh mangsa, yang ketika itu baru berusia 4 tahun. [58] Selain itu, SP7 juga semasa disoal balas oleh peguambela tertuduh, mengatakan bahawa mangsa tidak menceritakan kepadanya yang mangsa telah dicabul oleh tertuduh. Perbuatan tertuduh mencabul mangsa hanya timbul setelah SP7 memberikan penerangan seksual kepada mangsa. [59] Mahkamah bersetuju dengan hujahan peguambela tertuduh bahawa tujuan utama SP7 datang ke rumah nenek mangsa (ibu SP1) di Muar, adalah untuk bercakap dengan mangsa dan memujuk mangsa untuk memberikan keterangan bagi mengaitkan tertuduh. Ini kerana sebelum SP7 datang ke rumah nenek mangsa di Muar, SP1 dan SP7 telah bertemu di Melaka dan membincangkan kes Saman Pemula tertuduh serta melantik peguamcara untuk mengendalikan kes tersebut. [60] Selain itu, kehadiran SP7 yang datang bermalam di rumah nenek mangsa dari 15.3.2020 sehingga 18.3.2020 selama 4 hari 3 malam telah menimbulkan persoalan apakah sebenarnya tujuan SP7 datang ke rumah nenek mangsa. Ini kerana pada masa tersebut, Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh Malaysia dan perintah tersebut berkuatkuasa pada 18.3.2020 akibat wabak Covid 19. Pengumuman awal tersebut diberikan adalah bertujuan untuk membolehkan semua pihak merancang perjalanan mereka balik ke rumah masing-masing sebelum perintah tersebut dikuatkuasakan. [61] Walau bagaimanapun, pada hari pertama kedatangan SP7 ke rumah nenek mangsa, pada sebelah petang 15.3.2020, beliau telah memberikan penerangan yang panjang berkenaan perkara seksual semasa dan selepas memandikan mangsa, yang ketika itu berusia 4 tahun. Mangsa kemudiannya telah menceritakan kepada SP7 perbuatan tertuduh menyentuh payu dara dan kemaluan mangsa. Sungguhpun begitu, SP7 tidak segera melaporkan kejadian cabul tersebut kepada ibu mangsa iaitu SP1 sebaliknya menunggu sehingga hari ketiga iaitu pada 18.3.2020. [62] Pada 18.3.2020, semasa Perintah Kawalan Pergerakan telah berkuatkuasa di seluruh Malaysia, SP7 dan mangsa telah mengikuti SP1 pergi ke kedai menaiki kereta. Semasa SP1 turun dari kereta untuk pergi ke kedai, di dalam kereta, SP7 telah meminta mangsa menceritakan semula kejadian tersebut dan merakam video mangsa menggunakan telefon bimbit SP7. SP7 kemudiannya memberitahu SP1 tentang kejadian cabul tersebut. SP1 meminta SP7 untuk berkongsi video tersebut kepadanya dan SP7 telah menghantar rakaman video tersebut kepada SP1 melalui applikasi whatsapp. [63] Mahkamah ini bersetuju dengan hujahan peguambela tertuduh bahawa inferens yang dapat disimpulkan daripada keterangan tersebut menunjukkan bahawa selepas perbincangan diadakan di antara SP1 dengan peguamcaranya, SP1 dan SP7 telah merancang untuk menentang permohonan Saman Pemula tertuduh dengan membuat tuduhan seksual salah laku terhadap tertuduh. [64] Tujuan utama SP7 datang ke rumah nenek mangsa di Muar dan bercakap mengenai perkara seksual kepada mangsa yang ketika itu baru berusia 4 tahun adalah untuk membina asas “foundation” bagi mangsa bercerita “opened up” kepada SP7 serta memberikan keterangan untuk mengaitkan tertuduh. Perbualan dan rakaman video di antara SP7 dengan mangsa adalah sebahagian daripada perancangan mereka. [65] Selanjutnya, setelah SP7 memberitahu SP1 kejadian cabul tersebut pada 18.3.2020, SP1 tidak terus membuat laporan polis sebaliknya menunggu sehingga 5.5.2020 untuk membuat laporan polis di Balai Polis Muar iaitu KPulai/2728/20 di eksibit P1. Pada tarikh yang sama juga, SP1 mengikrarkan Afidavit Jawapan di Melaka serta mengeksibitkan rakaman video tersebut sebagai eksibit S-1A untuk menentang permohonan Saman Pemula tertuduh. SP1 menjelaskan bahawa kelewatan tersebut disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). [66] Mahkamah mendapati bahawa alasan kelewatan dalam membuat laporan polis oleh SP1 disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan adalah tidak munasabah. Mahkamah berpendapat bahawa walaupun terdapat Perintah Kawalan Pergerakan, ianya tidak menghalang SP1 untuk pergi ke balai polis membuat laporan. [67] SP1 juga di dalam keterangannya mengatakan bahawa beliau tidak mengetahui tentang kejadian tertuduh menyentuh kemaluan mangsa. Beliau hanya mengetahui kejadian tersebut daripada SP7 apabila mangsa “opened up” kepada SP7. Mahkamah merujuk kepada laporan polis SP1 di eksibit P1 seperti berikut: “Pengadu Menyatakan: Disalin semula dari kertas putih pengadu. Saya ingin membuat aduan mengenai suami saya Shahiren a/l Gopala Krishna 831027- 01-5059 telah menyentuh kemaluan anak perempuan saya XXX 150530-01-1246 pada tahun 2019 semasa di rumah alamat No. 26 Jalan P1 15/9 Taman Pulai Indah 81110 Johor Bahru, Johor. Pada pertengahan Jun tahun 2019, anak saya telah memberitahu bahawa kemaluan adik lelaki sama seperti ayahnya. Dia juga telah memberitahu bahawa dia pernah sentuh kemaluan ayahnya dan ayahnya pernah menyentuh kemaluan anak perempuan sehingga dia rasa geli. Saya pernah tegur suami saya atas kelakuan tidak senonohnya tetapi dia cuma berkata “itu normal”. Anak perempuan saya kerap menangis pada waktu malam lebih kurang jam 0100 pagi atau 0200 pagi. Anak saya juga kerap memberitahu kemaluannya sakit semasa membuang air kecil. Saya pernah memeriksa seluar dalamnya sama ada mempunyai kesan darah tetapi tidak ada sebarang kesan. Saya memberitahu hal ini kepada suami dan ingin pergi klinik untuk memeriksa anak saya tetapi suami saya menghalang dan berkata mungkin sebab kesakitan kerana “urinary tract infection” dan banyakkan minum air. Kemudian saya tidak memberi suami saya mandikan anak saya. Pada Dec 2019 saya dan anak-anak pulang ke rumah ibu bapa saya untuk upacara sembahyang arwah nenek saya. Selepas beberapa hari suami saya mula mencari masalah untuk bergaduh dengan saya dan juga mengugut bahawa dia akan bunuh diri. Pada hujung Dec 2019, suami dan ibu bapanya telah datang ke rumah ibu bapa saya berbincang mengenai masalah kami. Dalam perbincangan suami saya telah berkelakuan agresif memukul lantai pintu gate rumah ayah saya. Melihat situasi ini bapa mertua saya telah membawa pulang suami saya. Kemudian saya dan suami saya telah menghadiri sesi kaunseling di JB yang diuruskan oleh abang suami saya, Sesi kaunseling pun tidak berjaya. Semasa sesi kaunseling dia telah meminta saya membenarkan anak perempuan tinggal bersama suami saya untuk selamanya tetapi kaunselor tidak membenarkan. Pada bulan Januari 2020 suami dan ibu bapa datang mengunjungi anak saya di rumah ibu bapa saya. Pada hujung bulan Februari 2020, saya telah menerima notis daripada suami, memberitahu dia meminta hak penjagaan anak saya. Pada Mac 2020 14, kakak saudara saya telah datang bercuti di rumah ibu bapa saya dan semasa itu, anak saya telah menyuruh makciknya untuk menguruskannya. Anak perempuan saya telah bercerita mengenai perbuatan tidak senonoh bapanya terhadapnya. Anak saya terus bercerita dengan kakak saudara saya untuk beberapa hari sehingga dia telah merakam video perbualan anak saya. Kemudian telah menyoal saya sama ada suami saya telah memberi gangguan seksual. Pada mulanya saya memberitahu tidak. Kemudian bila kakak saudara saya menunjukkan video yang dirakam. Kemudian saya telah menceritakan segala hal yang berlaku”. [68] Sekiranya diteliti eksibit P1, ianya jelas menunjukkan bahawa SP1 mengetahui perbuatan tertuduh menyentuh kemaluan mangsa seawal pertengahan bulan Jun 2019 tetapi laporan polis hanya dibuat oleh SP1 pada 5.5.2020. Setelah hampir setahun dan setelah SP1 menerima Saman Pemula tertuduh untuk mendapatkan hak akses anak-anak, barulah SP1 membuat laporan polis. Tiada penjelasan yang munasabah yang diberikan oleh SP1 berhubung dengan kelewatan yang melampau dalam membuat laporan polis tersebut. [69] Mahkamah berpendapat bahawa sekiranya benar (yang mana dinafikan oleh pihak pembelaan) yang mana tertuduh melakukan perbuatan tidak senonoh terhadap mangsa, SP1 sebagai ibu kepada mangsa sudah tentu akan mengambil tindakan segera untuk melindungi mangsa yang merupakan anak kandungnya dengan memastikan mangsa berada di dalam persekitaran yang selamat dan membuat laporan polis dengan segera. Sebaliknya, SP1 hanya mendiamkan diri, tidak memberitahu sesiapa termasuklah ibu bapa atau ahli keluarganya yang lain, atau SP7 yang merupakan kakak sepupu yang sangat rapat dengannya atau ibu dan bapa tertuduh ataupun kaunselor semasa SP1 dan tertuduh menghadiri sesi kaunseling bagi menyelamatkan rumahtangga mereka. [70] Selain itu, selepas SP1 mengetahui tentang kejadian tersebut, SP1 masih lagi tinggal bersama dengan tertuduh di dalam rumah yang sama, tidur di dalam bilik yang sama serta melakukan hubungan seksual dengan tertuduh. Lebih membimbangkan lagi, SP1 di dalam keterangannya mengakui tertuduh juga turut membantu dalam menjaga anak-anak. Tertuduh juga ada memandikan mangsa. Keterangan SP1 semasa di soal balas oleh peguambela tertuduh adalah seperti berikut: Pemeriksaan balas : It could have been challenging for you to take care of two children? : Yes : Shahiren had to look after the children, did he a helping hand? : Yes : And that included cleaning, washing and bathing both children? : This one I denied sir. : So you are saying that Shahiren never bathed the children? : Only XXX, not Mohesh. He is only one year old. : Shahiren bath XXX? : Yes : You used to allow him bath her? : Yes : He was bathing XXX regularly? : I denied : Then occasionally? : Because he’s working. Sunday to Thursday he’s working. Friday and Saturday, he will go for locums. When he has time at home, I allow him to bath her or when I am unwell. : This went on until you left home in December 2019? : I denied. Even if I asked him to bathe, I will stand there and supervise. : Until you left home in December 2019? : Yes. : Your child XXX has constipation problem, enema regular passing motion? : Yes : Sunday to Thursday he worked as physiotheraphy at HSA, JB? : Yes : Friday locum? : On working days, he also do for locum : Most of the time he’s away from home? : Yes [71] Walaupun SP1 mengetahui tentang kejadian cabul tersebut tetapi beliau masih membenarkan tertuduh memandikan mangsa sehinggalah SP1 meninggalkan rumah perkahwinan pada bulan Disember 2019. Keterangan SP1 juga mengatakan bahawa beliau meninggalkan rumah perkahwinan dan membawa anak-anaknya, XXX dan Mohesh ke rumah ibunya (nenek mangsa) di Muar untuk upacara sembahyang ulang tahun pertama kematian neneknya dan tidak berniat untuk kembali ke rumah perkahwinan kerana beliau dan tertuduh sering bergaduh. Keterangan SP1 semasa disoal balas oleh peguambela tertuduh seperti berikut: Pemeriksaan balas : Now you, left the home in 9 december 2019, and you brought two children with you? : Yes : You also took passport and sijil kelahiran of the children? : Yes : You went back to Muar your mother’s house which you never return? : I went back for the prayers. My grandmother’s 1-year prayers. : With the intention of returning back? : No. I went back for prayers. After that, he started to quarrel. He came out with a lot of things. The second time he attempted commit suicide and he was admitted in the hospital. : When you packed your things and children’s documents, do you have intention of coming back? : That point of time, yes [72] Mahkamah berpendapat bahawa tujuan SP1 meninggalkan rumah perkahwinan pada Disember 2020 bukanlah bertujuan untuk menyelamatkan atau memisahkan mangsa daripada perbuatan tidak senonoh tertuduh tetapi untuk menghadiri upacara sembahyang ulang tahun pertama kematian neneknya dengan niat untuk kembali semula ke rumah perkahwinan tersebut. [73] Seterusnya, mahkamah berpendapat bahawa laporan polis (eksbit P1) yang dibuat oleh SP1 pada 5.5.2020 adalah suatu laporan palsu yang bertujuan untuk mengaitkan tertuduh dengan kesalahan seksual salah laku bagi menentang Saman Pemula tertuduh untuk mendapatkan hak akses kepada anak-anak. SP1 yang merupakan pengadu di dalam kes ini telah membuat laporan polis tersebut dengan mempunyai motif tertentu. Mahkamah mendapati SP1 bukanlah seorang saksi yang kredibel, keterangannya juga bercanggah dan tidak konsisten. [74] Mahkamah mendapati keterangan-keterangan yang dikemukakan oleh mangsa, SP1 dan SP7 telah menimbulkan keraguan berkenaan dengan kejadian tersebut menyebabkan sebarang keraguan hendaklah diberikan kepada tertuduh. Percanggahan keterangan saksi-saksi tersebut memberikan impak yang besar kepada kebolehpercayaan saksi-saksi pendakwaan. [75] Frasa prima facie telah ditakrifkan di dalam s.173(h)(iii) tersebut menyatakan keterangan kredibel adalah diperlukan untuk membuktikan intipati kesalahan. Hal ini dinyatakan di dalam kes Abdullah Atan v PP & Others Appeals [2020] 9 CLJ 151 seperti berikut: [43] Section 180(4) of the CPC must be read in light of its context and legislative purpose. By doing so, the phrase “credible evidence proving each ingredient of the offence” in s.180(4) means that the prosecution may prove each ingredient of the offence either:
i
by adducing credible direct evidence of that ingredient;
II
(ii) by drawing inferences of fact, ie, adducing credible circumstantial evidence, from which the ingredient can be inferred; or
III
(iii) by invoking presumtions of law, ie, adducing credible evidence of the relevant basic facts, to invoke a statutory presumption that the ingredient exists. KESIMPULAN [76] Berdasarkan kepada penilaian maksima yang mahkamah lakukan ke atas kesemua keterangan yang telah diberikan dan hujah-hujah kedua-dua pihak pendakwaan dan pembelaan, mahkamah mendapati bahawa pihak pendakwaan telah gagal untuk membuktikan suatu kes prima facie terhadap tertuduh bagi pertuduhan pindaan di bawah s.14(a) Akta 792. Oleh itu, mahkamah dengan ini membebaskan dan melepaskan tertuduh. Bertarikh 15 haribulan Ogos 2024 (SITI NORAIDA BINTI SULAIMAN) Hakim Mahkamah Sesyen Jenayah 2 Johor Bahru Johor Pihak Pendakwaan Puan Norfadilah binti Johanuddin bersama Puan Nur Farah Wahida binti Shahudin Timbalan Pendakwa Raya Aras 2, Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad Kota Iskandar, 79100 Iskandar Puteri, Johor Peguambela Tertuduh En Singaravelu, Gunasegaran T/n John Ang & Guna Peguambela & Peguamcara Bilik 1409, Tingkat 14, Johor Tower Jalan Gereja 80100 Johor Bahru, Johor
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.