Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KANGAR DALAM NEGERI PERLIS, MALAYSIA PERBICARAAN JENAYAH NO.: RA-45B-1-10/2022 ANTARA PENDAKWA RAYA DAN SHAHREZAL BIN SHUHAIMI (NO. K/P: 871004-09-5013) ALASAN PENGHAKIMAN
/akn/my/judgment/high-court/2026/4f574127-488c-4d8f-b171-22fecd3a993e
High Court of Malaysia9 Feb 2026RA-45B-1-10/2022
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“proof for medical and legal insanity also differs. In legal insanity, the onus lies with the accused to prove his/ her mental state at the time when the offence was committed pursuant to s 105 of the Evidence Act 1950. This burden though significant is not as onerous as the prosecution to prove the accused’s guilt. It”
“section 84 of the Penal Code. But in the case of Shahrezal Shuhaimi, he has a condition called Intellectual Disability which was, Yang Arif, previously known as mental retardation or kerencatan akal. In Mental Health Act, definition of mental disorder, this is the first criteria of mental disorder abnormality of the mi”
“psychopathic personality or in medical literature is also known as anti-social personality will not benefit from the defence of insanity under section 84 of the Penal Code. This is quite clear as the Mental Health Act 2001 [Act 615] in the definition of “mental disorder” under subsection 2(2) clearly excludes anti-soci”
“at case of accused comes within exceptions When a person is accused of any offence, the burden of proving the existence of circumstances bringing the case within any of the general exceptions in the Penal Code, or within any special exception or proviso contained in any other part of the same Code, or in any law defini”
“kutuan di dalam kes tersebut telah membuat rujukan kepada penghakiman Mahkamah Rayuan (yang selanjutnya telah disahkan oleh Mahkamah Persekutuan pada 24 September 2019) dalam kes Tiong Ing Soon v. PP [2018] MLRAU 407, yang menggariskan sebagaimana berikut: “[30] From the authorities, firstly, there must be a finding ba”
“92] 3 MLRH 59, PP v. Misbah Saat [1997] 4 MLRH 25, PP v. Muhamad Suhaimi Abdul Aziz [2003] 2 MLRA 328, PP v. Mohd Rozani Yahaya [2025] 1 MLRA 203 dan Pendakwa Raya lwn. Azman Wahab [2025] 3 MLRA 342; [2025] MLJU 401.”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KANGAR DALAM NEGERI PERLIS, MALAYSIA PERBICARAAN JENAYAH NO.: RA-45B-1-10/2022 ANTARA PENDAKWA RAYA DAN SHAHREZAL BIN SHUHAIMI (NO. K/P: 871004-09-5013) ALASAN PENGHAKIMAN
1
Dalam kes ini, Tertuduh telah dituduh di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan [Akta 574] kerana membunuh Yeen Bin Baai (No. K/P: 490323-09-5011) (selepas ini dirujuk sebagai “Si mati”) dengan menggunakan cangkul di dalam sebuah rumah di No. 383, Jalan Abi Tok Hashim, 01000 Kangar, Perlis. Pertuduhan ke atas Tertuduh adalah seperti yang berikut: PERTUDUHAN “Bahawa kamu pada 7.12.2021 antara jam lebih kurang 10.00 malam hingga 10.30 malam, di alamat No. 383, Jalan Abi Tok Hashim, 01000 Kangar, Perlis, di dalam Daerah Kangar, di dalam Negeri Perlis telah membunuh Yeen Bin Baai (No. K/P: 490323-09-5011). Oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan.”.
2
Tertuduh telah tidak mengaku salah dan minta dibicarakan atas Pertuduhan tersebut.
3
Pada peringkat kes pendakwaan, seramai lapan belas (18) orang saksi telah dipanggil untuk membuktikan Pertuduhan tersebut terhadap Tertuduh, iaitu SP1 hingga SP18. Tiada saksi mata (eye witness) dalam kes ini dan keterangan pihak pendakwaan adalah bergantung kepada keterangan ikut keadaan (circumstantial evidence).
4
Setelah Mahkamah ini meneliti dan membuat penilaian maksimum (maximum evaluation) terhadap semua keterangan dan ekshibit yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan, khususnya mata cangkul (Ekshibit P45), kayu hulu cangkul (Ekshibit P39A), besi tanggam mata cangkul (Ekshibit P41), seluar jeans Tertuduh yang mempunyai percikan darah Si mati (Ekshibit P29) dan Laporan Bedah Siasat Si mati yang mencatatkan sebab kematian Si mati ialah “Blunt Force Trauma To The Head” (Ekshibit P104) dan setelah Mahkamah ini menimbangkan hujahan dan nas-nas undang-undang yang dikemukakan oleh kedua-dua pihak pendakwaan dan pembelaan, Mahkamah ini berpuas hati dan mendapati bahawa –
a
(a) pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan semua intipati kesalahan bunuh di bawah seksyen 300 Kanun Keseksaan dan pertuduhan bunuh di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan tersebut;
b
(b) pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan suatu kes prima facie terhadap Tertuduh pada akhir kes pendakwaan menurut subseksyen 180(1) Kanun Prosedur Jenayah [Akta 593] (selepas ini dirujuk sebagai “KPJ”) (lihat kes Mohamad Radhi bin Yaakob v Public Prosecutor [1991] 3 MLJ 169; [1991] 1 MLRA 158; Munusamy v Public Prosecutor [1987] 1 MLJ 492; [1986] 1 MLRA 292; Looi Kow Chai & Anor v. PP [2003] 1 CLJ 734; [2002] 2 MLRA 383; PP v. Ong Cheng Heong [1998] 4 CLJ 209; [1998] 2 MLRH 345; Balachandran v. Public Prosecutor [2005] 2 MLJ 301; [2004] 2 MLRA 547; Public Prosecutor v. Mohd Radzi bin Abu Bakar [2005] 6 MLJ 393; [2005] 2 MLRA 590; Ahmad Najib Aris v. PP [2009] 2 CLJ 800; [2009] 1 MLRA 58; Lee Kwan Woh v Public Prosecutor [2009] 5 MLJ 301; [2009] 2 MLRA 286; Magendran Mohan v. PP [2011] 1 CLJ 805; [2012] 5 MLRA 333 dan Abdullah Atan v. PP & Other Appeals [2020] 9 CLJ 151; [2020] 6 MLRA 28).
5
Oleh itu, Mahkamah ini telah memerintahkan Tertuduh dipanggil untuk membela diri di bawah Pertuduhan tersebut.
6
Setelah ditawarkan tiga pilihan untuk membela diri, Tertuduh telah memilih untuk berdiam diri dan menawarkan seorang saksi sahaja bagi pihak pembelaan, iaitu Dr. Ian Lloyd Anthony, Pakar Perunding Forensik Psikiatri, Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak (SD1).
7
Setelah Mahkamah ini meneliti, menilai dan menimbangkan keterangan SD1 dan pembelaan yang dikemukakan oleh pihak pembelaan serta hujahan dan nas-nas undang-undang yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan dan pihak pembelaan pada peringkat kes pembelaan secara keseluruhannya, adalah menjadi dapatan Mahkamah ini bahawa pihak pembelaan telah berjaya membangkitkan dan membuktikan pembelaan insanity di bawah seksyen 84 Kanun Keseksaan, iaitu bahawa Tertuduh berada dalam keadaan tidak waras semasa melakukan kesalahan bunuh tersebut dan tidak mengetahui bahawa perbuatan itu adalah salah di sisi undang-undang.
8
Berdasarkan undang-undang yang mantap, terdapat dua peringkat pembuktian insanity di bawah seksyen 84 Kanun Keseksaan, iaitu medical insanity dan legal insanity. Prinsip undang-undang ini telah diputuskan dalam kes Goh Yoke v. PP [1969] 1 MLRA 366, Public Prosecutor v. Zainal Abidin Mohd Zaid [1992] 3 MLRH 59, PP v. Misbah Saat [1997] 4 MLRH 25, PP v. Muhamad Suhaimi Abdul Aziz [2003] 2 MLRA 328, PP v. Mohd Rozani Yahaya [2025] 1 MLRA 203 dan Pendakwa Raya lwn. Azman Wahab [2025] 3 MLRA 342; [2025] MLJU 401.
9
Dalam kes terkini Pendakwa Raya lwn. Azman Wahab (supra), Mahkamah Rayuan melalui penghakiman yang disampaikan oleh Azman Abdullah HMR telah memutuskan seperti yang berikut: “Pembelaan ‘Insanity’ [23] Beralih kepada pembelaan Tertuduh bahawa beliau tidak waras pada masa kejadian (insanity), pembelaan tersebut adalah tertakluk kepada s 84 Kanun Keseksaan. Mahkamah bicara perlu menilai keterangan pembelaan itu sama ada ia mencapai tahap pembuktian yang digariskan undang-undang atau sebaliknya. Selama mana keterangan pembelaan tidak mencapai tahap yang digariskan, maka pembelaan itu tidak berjaya dan Tertuduh hendaklah disabitkan. Jika keterangan Tertuduh berjaya membuktikan pada imbangan kebarangkalian, maka Tertuduh berjaya dengan pembelaan tidak waras. [24] Sebelum Mahkamah ini meneliti serta memperincikan perbincangan mengenai isu pembelaan tidak waras yang dibangkitkan oleh Tertuduh, eloklah diperturunkan dahulu peruntukan undang-undang berkaitan pembelaan tidak waras di dalam prinsip undang-undang jenayah di Malaysia. [25] Pertama sekali, s 84 Kanun Keseksaan memperuntukkan seperti berikut: “Nothing is an offence which is done by a person who, at the time of doing it, by reason of unsoundness of mind, is incapable of knowing the nature of the act, or that he is doing what is either wrong or contrary to the law.” [26] Selanjutnya, s 105 Akta Keterangan 1950 memperuntukkan seperti berikut: “105. Burden of proving that case of accused comes within exceptions When a person is accused of any offence, the burden of proving the existence of circumstances bringing the case within any of the general exceptions in the Penal Code, or within any special exception or proviso contained in any other part of the same Code, or in any law defining the offence, is upon him, and the court shall presume the absence of those circumstances. Illustrations
a
(a) A accused of murder alleges that by reason of unsoundness of mind he did not know the nature of the act. The burden of proof is on A.
b
(b) A accused of murder alleges that by grave and sudden provocation he was deprived of the power of self control. The burden of proof is on A.
c
(c) Section 325 of the Penal Code provides that whoever, except in the case provided for by s 335, voluntarily causes grievous hurt shall be subject to certain punishments. A is charged with voluntarily causing grievous hurt under s 325. The burden of proving the circumstances, bringing the case under s 335, lies on A.”. [27] Jelas daripada kedua-dua peruntukan undang-undang ini, apa yang perlu dibuktikan ialah Tertuduh tidak waras dan atas sebab tidak waras itu, dia tidak mengetahui bahawa perbuatannya itu adalah salah. Tertuduh bertanggungjawab membuktikan pembelaan tidak waras dan menurut s 105 Kanun Keseksaan, tahap pembuktian ialah atas imbangan kebarangkalian (on the balance of probabilities). Kes John Nyumbei v. PP [2007] 1 MLRA 164 dipetik yang mana Panel Mahkamah Persekutuan telah memutuskan sebagaimana berikut: “The specie of insanity addressed by s 84 is the one that impairs the cognitive faculties of a person. Its nature and extent must be that to make the offender incapable of knowing the nature of his act, or that he is doing is wrong or contrary to law. The criminality of an act therefore must be determined by this test laid down in s 84 as distinguished from the medical test (see Ratanlal and Dhirajlal’s Law of Crimes, 25 edn p 280). As was stated recently by this court through the judgment of Arifin Zakaria JCA (as he then was) in PP v. Muhamad Suhaimi Abdul Aziz [2003] 2 MLRA 328: “It is settled law that the defence of insanity under s 84 is concerned with the accused’s legal responsibility at the time of the alleged offence and not with whether he was medically insane at that time. See Public Prosecutor v. Zainal Abidin Mohd Zaid [1992] 3 MLRH 59; PP v. Misbah Saat [1997] 4 MLRH 253”.” [28] Di hadapan Mahkamah ini, pihak pembelaan menghujahkan bahawa pada masa kejadian malang itu berlaku, Tertuduh berada dalam keadaan tidak waras. Sandaran pihak pembelaan ialah terhadap keterangan ibu Tertuduh (SP8) dan kakak Tertuduh (SP15) semasa peringkat kes pendakwaan yang dikatakan telah mengesahkan keadaan Tertuduh yang tidak waras pada masa kejadian berlaku, dan tidak sedar akan sebab dan akibat perbuatannya. [29] Selain itu, Tertuduh sendiri di dalam keterangan secara bersumpahnya menyatakan bahawa pada pagi kejadian, dia telah mendengar suara bisikan halus yang mengatakan ingin membunuh Tertuduh, ibu dan anak Tertuduh. Tertuduh juga mengakui telah memukul Si Mati 1 kerana nampak wajah Si Mati 1 seperti hendak mencederakan Tertuduh. Semasa Tertuduh ditanya sama ada Tertuduh waras atau tidak semasa melakukan pembunuhan tersebut, jawapan Tertuduh adalah seperti berikut: “Pemeriksaan utama Tertuduh ... Soalan: Sebenarnya pada tarikh kejadian, kamu waras atau tidak? Jawapan: Masa kejadian saya tidak waras. Saya ingat masa masuk dalam jail depa dah kasi ubat dan saya makan. Baru saya ingat. Baru otak saya tidak diganggu.” [30] Sebelum Mahkamah ini membuat dapatan mengenai isu pembelaan tidak waras yang dibangkitkan oleh Tertuduh ini, adalah penting untuk terlebih dahulu difahami, perbezaan antara legal insanity dan medical insanity. Ratanlal and Dhirajlal’s Law of Crimes edisi ke-26, di ms 307, telah menjelaskan sebagaimana berikut: ““Medical insanity” and “legal insanity” — There is a good deal of difference between ‘medical insanity’ and ‘legal insanity’ and courts are concerned only with the legal and not the medical aspect of the matter. It is not every kind of frantic humour or something unaccountable in a man’s action, that points him out to be a mad man, to be excepted from punishment. It is not mere eccentricity or singularity of manner that would suffice the plea of insanity. Abnormality of mind is not by itself sufficient to show that the accused must have acted while of unsound mind. Such exemption can be claimed only when the insane person is incapable of knowing the nature of the act or he is doing either wrong or contrary to law.” [31] Seterusnya, dalam kes PP v. Mohd Rozani Yahaya [2025] 1 MLRA 203, Panel Mahkamah Persekutuan melalui penghakiman oleh Zabariah Mohd Yusof HMP telah dengan panjang lebar menerangkan prinsip undang-undang berhubung pembelaan tidak waras serta perbezaan antara legal insanity dan medical insanity, sebagaimana berikut: “The law on the defence of insanity − Medical Insanity and legal insanity: [37] Within the labyrinth of mental health and the legal system, stood the concepts of medical and legal insanity, which are distinct but interconnected in their realm. Undeniably, both the terms appear to share some common traits, as they deal with conditions affecting the human mind. However, each term serves different purposes and has varying implications for individuals in areas of medicine and in court proceedings. [38] It is important to be borne in mind of the distinct nature of these two terms, more so when the defence of insanity is raised in criminal proceedings, as it affects the ultimate order given by the court against the accused. [39] The term “medical insanity” refers to a disorder of the mind which covers a whole range of mental health conditions which may impair one’s cognitive or emotional functions. It encompasses disorders such as anxiety, depression and other psychiatric conditions that may require medical attention and treatment. These conditions, however do not necessarily render one as legally insane under s 84 of the Penal Code, so as to accord a complete defence in criminal law when an offence has been committed. [40] In medical insanity, the emphasis is on one’s mental health and wellbeing or psychological disorder, with the primary goal being the diagnosis, treatment and management of the mental disorder. It is a medical diagnosis based on one’s mental health condition. Persons experiencing medical insanity may still possess the capability to make informed decisions and can lead a life of normalcy with the appropriate medical intervention. Medical insanity is diagnosed by healthcare professionals premised on medical criteria and considerations, symptoms and the impact of mental illness on the individual’s daily functions. The consequences of a finding of medical insanity will primarily lead to medical treatment, therapy and other interventions aimed at managing and improving the individual’s mental health. Every person who is mentally ill is not, ipso facto, exempted from criminal responsibility. [41]
Preamble
Whereas, legal insanity involves a distinct set of criteria and considerations within the framework of the legal system. Unlike medical insanity, which involves a question of mental health only, legal insanity goes beyond mental health and pertains to one’s legal capacity and responsibility for their actions. It involves a legal determination that a person, due to a severe mental disorder, is not criminally responsible for their actions. It is a legal status that affects the person’s accountability to his actions in a court of law. This accords the rationale of legal insanity being a recognised defence in criminal law, as it implies that, at the time when committing an offence, the accused was found to be in a state of not understanding the nature and consequences of his/her actions. Legal insanity is determined by legal standards, which may vary by jurisdiction. It entails assessments by mental health experts and legal professionals to analyse and evaluate the accused’s mental state at the time of the alleged offence committed. The consequences of legal insanity may result in the accused being declared not criminally responsible or being committed to a psychiatric institution instead of facing traditional criminal penalties. [42] For the accused, to succeed on the defence of legal insanity, the accused must establish, often through psychiatric or psychological evaluations, that he/ she was not in control of his/ her reasoning during the commission of the offence. This defence is anchored in s 84 of the Penal Code, which outlines the conditions under which an accused can be considered legally insane. [43] The burden of proof for medical and legal insanity also differs. In legal insanity, the onus lies with the accused to prove his/ her mental state at the time when the offence was committed pursuant to s 105 of the Evidence Act 1950. This burden though significant is not as onerous as the prosecution to prove the accused’s guilt. It is on a balance of probabilities and not merely to cast a reasonable doubt in the prosecution’s case (see Rajagopal v. Public Prosecutor [1976] 1 MLRA 90 and Goh Yoke v. PP [1969] 1 MLRA 366). [44] To establish legal insanity, the accused must present a prima facie case, supported by reasonable materials. This involves presenting evidence of the accused’s conduct, before, during and immediately after the commission of the alleged offence, corroborated with the relevant medical documentation. The purpose is to convince the court that due to the accused’s mental capacity, the accused should be exempt from full criminal responsibility.”. [32] Selanjutnya, Mahkamah Persekutuan dalam kes PP v. Mohd Rozani Yahaya (supra) turut menggariskan prinsip bahawa apabila seseorang tertuduh membangkitkan pembelaan tidak waras, terdapat dua (2) peringkat pembuktian yang perlu dipatuhi oleh pihak pembelaan, atas imbangan kebarangkalian. Mahkamah Persekutuan di dalam kes tersebut telah membuat rujukan kepada penghakiman Mahkamah Rayuan (yang selanjutnya telah disahkan oleh Mahkamah Persekutuan pada 24 September 2019) dalam kes Tiong Ing Soon v. PP [2018] MLRAU 407, yang menggariskan sebagaimana berikut: “[30] From the authorities, firstly, there must be a finding based upon medical evaluation that the accused was suffering from some kind of psychiatric condition that impaired his cognitive faculties at the material time so as to be classified as medically insane. This of course is a matter for a medical expert to determine. But is not conclusive. Secondly, in order to be legally insane, the accused must be determined by reason of that psychiatric condition to have lost his cognitive faculties to a degree such that he is incapable of knowing the nature of his act or that what he is doing is wrong or contrary to the law. This stage is for the court to determine from the evidence adduced during the trial. The defence of insanity under s 84 of Penal Code is concerned with the accused’s legal responsibility at the time of the alleged offence and not whether he was medically insane at that time (see: Public Prosecutor v. Zainal Abidin Mohd Zaid [1992] 3 MLRH 59; PP v. Misbah Saat [1997] 4 MLRH 253). The burden is on the appellant to prove his insanity as required under s 84 of the Penal Code and the standard of proof is on a balance of probabilities (see: Goh Yoke v. PP [1969] 1 MLRA 366; Rajagopal v. Public Prosecutor [1976] 1 MLRA 90). [Emphasis Included]” [33] Berbalik kepada rayuan di hadapan Mahkamah ini, adalah penting untuk digariskan bahawa dalam menentukan sama ada pihak pembelaan berjaya membangkitkan pembelaan tidak waras menurut s 84 Kanun Keseksaan, pihak pembelaan terlebih dahulu perlu menunjukkan kepada mahkamah bahawa Tertuduh adalah tidak waras dan melepasi pembuktian berhubung medical insanity atas imbangan kebarangkalian (on the balance of probabilities), sebelum Mahkamah membuat pertimbangan atas persoalan legal insanity.”.
10
Berdasarkan penghakiman PP v. Mohd Rozani Yahaya (supra) dan prinsip undang-undang yang diputuskan dalam nas-nas undang-undang di atas adalah jelas bahawa untuk seseorang tertuduh berjaya dalam pembelaan insanity di bawah seksyen 84 Kanun Keseksaan, tertuduh tersebut hendaklah melepasi dua peringkat pembuktian insanity, iaitu pertama, pembuktian medical insanity atas imbangan kebarangkalian dan kedua, pembuktian legal insanity secara prima facie.
11
Mengenai pembuktian mental insanity Tertuduh, Mahkamah ini mendapati SD1 dalam keterangan lisan dan laporan pakarnya (Ekshibit D114) telah menyatakan seperti yang berikut:
a
(a) berdasarkan kertas pertuduhan, temu bual dengan Tertuduh, pemeriksaan mental terhadap Tertuduh, maklumat daripada ibu dan adik Tertuduh, laporan penilaian psikologi oleh Pegawai Psikologi Klinikal Hospital Bahagia Ulu Kinta bertarikh 14.1.2022, rekod perubatan terdahulu Tertuduh di Hospital Bahagia Ulu Kinta dan laporan perubatan daripada Hospital Tuanku Fauziah Kangar bertarikh 9.2.2022 –
i
(i) Tertuduh didapati mengalami defisit dalam fungsi intelektual dan adaptif sejak zaman kanak-kanak dan oleh kerana itu, Tertuduh telah ditempatkan di sekolah pendidikan khas. Tertuduh juga mempunyai masalah pembelajaran, pencapaian akademik yang lemah dan kebolehan membaca, menulis dan mengira yang terhad;
Subparagraph
(ii) Tertuduh didapati mampu berbelanja dan membeli keperluan harian tetapi tidak tahu merancang kewangannya;
Subparagraph
(iii) Tertuduh didapati telah didaftarkan sebagai Orang Kurang Upaya (OKU) dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat;
Subparagraph
(iv) Tertuduh didapati pernah dimasukkan ke Hospital Bahagia Ulu Kinta pada 23.1.2020 untuk pemeriksaan mental atas perintah Mahkamah. Melalui pemerhatian, temu bual dan pemeriksaan kognitif ke atas Tertuduh didapati –
Subsection
(1) terdapat defisit dalam fungsi intelek Tertuduh seperti pemikiran abstrak dan pembelajaran akademik, pertimbangan sosial, keupayaan merancang serta penyelesaian masalah; dan
Subsection
(2) kebolehan menulis dan membaca Tertuduh adalah terhad; dan
v
(v) melalui pemeriksaan neuropsikologi Wechsler Adult Intelligence Scale 4th Edition (WAIS-IV) pula, iaitu ujian untuk menentukan tahap kecerdikan, fungsi kognitif dan penilaian klinikal berdasarkan fungsi adaptif (adaptive functioning), Tertuduh didapati mempunyai masalah mental, iaitu Ketidakupayaan Intelektual Tahap Sederhana (Moderate Intellectual Disability) sejak tahap perkembangan awal zaman kanak-kanaknya. Bagi seseorang yang mengalami ketidakupayaan intelektual ini akan menunjukkan ciri-ciri seperti defisit dalam fungsi intelek seperti penaakulan, penyelesaian masalah, perancangan, pemikiran abstrak, pembelajaran akademik dan pembelajaran dari pengalaman yang dimanifestasikan sebagai –
Subsection
(1) tingkah laku komunikasi dan perhubungan sosial yang terhad;
Subsection
(2) kekangan pertimbangan sosial dan kebolehan membuat keputusan;
Subsection
(3) kurang memahami bahasa tulisan, konsep masa dan wang;
Subsection
(4) memerlukan sokongan dari segi sosial dan komunikasi untuk menjalankan kerja dan aktiviti seharian;
Subsection
(5) kekurangan dalam hubungan persahabatan; dan
Subsection
(6) tingkah laku tidak matang yang menyebabkan seseorang itu terlibat dalam masalah sosial.
12
Pihak pendakwaan telah gagal mengemukakan keterangan pakar lain untuk mencabar dan menyangkal keterangan dan laporan pakar SD1 (Ekshibit D114) mengenai medical insanity Tertuduh tersebut.
13
Memandangkan tiada keterangan pakar lain dikemukakan oleh pihak pendakwaan untuk mencabar dan menyangkal keterangan dan laporan pakar SD1 (Ekshibit D114) tersebut dan pihak pendakwaan juga telah gagal mencabar dan menyangkal keterangan dan laporan pakar SD1 (Ekshibit D114) tersebut semasa pemeriksaan balas ke atas SD1, maka Mahkamah ini menerima sepenuhnya keterangan pakar SD1 mengenai medical insanity Tertuduh tersebut.
14
Oleh itu, adalah menjadi dapatan Mahkamah ini bahawa pihak pembelaan telah berjaya membuktikan medical insanity Tertuduh tersebut atas imbangan kebarangkalian.
15
Mengenai pembuktian legal insanity Tertuduh pula, Mahkamah ini berpuas hati dan mendapati bahawa berdasarkan keterangan, diagnosis dan laporan pakar SD1 (Ekshibit D114) –
a
(a) Tertuduh mempunyai masalah ketidakupayaan intelektual, defisit-defisit kognitif dan impaired judgment yang teruk sebelum dan semasa kesalahan bunuh tersebut dilakukan;
b
(b) Tertuduh berada dalam keadaan tidak waras semasa melakukan kesalahan bunuh tersebut; dan
c
(c) Tertuduh tidak mengetahui yang perbuatannya itu adalah salah dari segi undang-undang dan bertentangan dengan undang-undang.
16
16.
Preamble
Menurut SD1, legal insanity Tertuduh tersebut adalah berkait dengan medical insanity yang dihidapi oleh Tertuduh sejak zaman kanak-kanaknya dan ia adalah bersifat kekal.
17
Selanjutnya, adalah menjadi dapatan Mahkamah ini bahawa melalui keterangan SP4, SP5 dan SP13 berkenaan dengan tingkah laku Tertuduh selepas kejadian tersebut jelas menunjukkan bahawa Tertuduh tidak waras dan tidak mengetahui yang perbuatannya membunuh Si mati pada hari kejadian tersebut adalah salah dari segi undang-undang dan bertentangan dengan undang-undang, iaitu seperti yang berikut:
a
(a) Tertuduh tidak melarikan diri selepas kejadian tersebut tetapi sebaliknya –
i
(i) Tertuduh telah berjumpa dan memberitahu SP4 bahawa “Aku mai hantar nasi pada Pak Yeen, tengok Pak Yeen tertiarap berdarah, tak tau apa berlaku”;
Subparagraph
(ii) Tertuduh telah berjumpa dan menyuruh SP5 untuk pergi melihat Si mati yang cedera di kepala dan pengsan; dan
Subparagraph
(iii) Tertuduh telah berjumpa dan memberitahu SP13 bahawa kepala Si mati berdarah dan pecah; dan
b
(b) Tertuduh tidak melupuskan bahan bukti kayu cangkul dan tidak menghilangkan dan/atau membasuh kesan percikan darah Si mati yang terdapat pada seluar dan kaki Tertuduh.
18
Pada pendapat Mahkamah ini, sekiranya Tertuduh adalah seorang yang waras dan sempurna akal semasa melakukan kejadian bunuh tersebut, pastinya Tertuduh akan melarikan diri dari tempat kejadian tersebut selepas membunuh Si mati dan akan melupuskan bahan-bahan bukti pembunuhan tersebut seperti kayu cangkul dan kesan darah Si mati pada seluar dan kakinya.
19
Setelah Mahkamah ini meneliti dan menilai semua keterangan pada akhir kes, termasuk keterangan SP4, SP5, SP13 dan keterangan SD1 yang telah gagal dicabar dan disangkal oleh pihak pendakwaan, adalah menjadi dapatan Mahkamah ini bahawa pihak pembelaan telah berjaya membuktikan legal insanity Tertuduh tersebut secara prima facie.
20
Oleh itu, adalah menjadi dapatan ini bahawa pihak pembelaan telah berjaya membangkitkan dan membuktikan pembelaan insanity Tertuduh di bawah seksyen 84 Kanun Keseksaan tersebut secara prima facie.
21
Sebagai rujukan, berikut diperturunkan bahagian keterangan SD1 yang relevan semasa perbicaraan berkaitan dengan medical insanity dan legal insanity Tertuduh tersebut –
a
(a) Semasa Pemeriksaan Utama SD1 “Peguam OKT: Doktor, saya rujuk lagi pada muka surat 5, Doktor iaitu perenggan 27(b) berhubung kesimpulan Doktor. Doktor ada sebut di sini bahawa beliau tidak mampu untuk mengetahui bahawa perbuatan tersebut adalah salah dan bertentangan dari segi undang-undang oleh sebab defisit-defisit yang berpunca daripada masalah ketidakupayaan intelektual. Bolehkah Doktor jelaskan maksud Doktor itu? Yang Arif, pada perenggan 27(b), 27(b) merujuk kepada pendapat expert opinion berkenaan ketidakwarasan akal berdasarkan peruntukan di bawah seksyen 84 Kanun Keseksaan. Seksyen 84 Kanun Keseksaan adalah seksyen yang melibatkan ketidakwarasan akal yang pada secara definisinya menyatakan bahawa tidaklah menjadi kesalahan apa-apa pun yang dilakukan oleh seseorang itu, yang pada masa melakukannya oleh sebab akalnya tidak sempurna tidak berupaya mengetahui keadaan atau sifat perbuatan itu atau bahawa perbuatannya adalah salah atau perbuatan itu adalah bertentangan dari segi undang-undang. Daripada pemeriksaan saya, Yang Arif, saya mendapati bahawa OKT sedar akan sifat perbuatan tersebut. That is quite clear daripada naratif yang beliau ceritakan pada saya tentang apa yang telah berlaku pada hari kejadian. Walau bagaimanapun, saya mendapati disebabkan oleh ketidakupayaan intelektual beliau yang berada pada tahap sederhana which is, moderate intellectual disability beliau mempunyai defisit-defisit kognitif yang agak teruk dari segi judgment beliau, judgment beliau adalah teruk, beliau tidak boleh membuat perancangan, his planning capacity to plan, dengan izin Yang Arif, is severely impaired. Kebolehan beliau untuk mengetahui perbuatan sama ada betul atau salah, untuk perbuatan-perbuatan yang kompleks, because this opinion Yang Arif adalah fungsi kognitif yang diperlukan untuk kejadian yang berlaku, yang kejadian yang didakwa adalah kejadian membunuh. Membunuh itu adalah satu perbuatan yang kompleks. Oleh sebab beliau mempunyai defisit-defisit kognitif yang teruk, beliau tidak berupaya, daripada pendapat saya, disebabkan oleh ketidakbolehan untuk membuat penaakulan atau reasoning and judgment dan juga perancangan dan juga yang menyebabkan kebolehan beliau untuk mengetahui. Perbuatan beliau adalah salah dan salah juga dari segi undang-undang. Peguam OKT: Bila Doktor maksudkan dengan beliau tidak mampu untuk mengetahui bahawa perbuatan tersebut adalah salah dan bertentangan dari segi undang-undang, adakah Doktor maksudkannya legal insanity? Yes, Yang Arif. Perenggan 27(b), seksyen 84 Kanun Keseksaan adalah merujuk kepada legal insanity. Peguam OKT: Baik, seterusnya, adakah Doktor mengetahui tentang satu keputusan daripada Mahkamah Persekutuan, iaitu Pendakwa Raya lawan Mohd Rozani Yahaya? Doktor tahu tentang kes itu? Ya, Yang Arif. Saya tahu tentang kes tersebut. Peguam OKT: Bagaimana Doktor tahu tentang kes ini? Saya mengetahui kes tersebut kerana OKT tersebut pernah dimasukkan ke Hospital Bahagia Ulu Kinta. Peguam OKT: OKT, Mohd Rozani Yahaya? Ya, betul. (SD1 kemudiannya telah dirujuk dengan perenggan [48] penghakiman kes Public Prosecutor v. Mohd Rozani Yahaya) Peguam OKT: Doktor, faham dengan perenggan [48] ini, Doktor? Ya, saya faham, Yang Arif. Peguam OKT: Adakah kes OKT ini, Shahrezal ini, adakah ianya termasuk di bawah exception yang dikatakan oleh Mahkamah Persekutuan pada perenggan [48] ini? Tidak, Yang Arif. Kes Shahrezal Shuhaimi tidak termasuk di bawah apa yang telah dinyatakan di perenggan [48] dalam kes Mohd Rozani bin Yahaya. Yang Arif, jika saya boleh just beri penerangan sedikit. Yang Arif, dengan izin, if you don’t mind, if l just explain this in English. I will take the first three sentences first, Yang Arif. The mere abnormality of the mind or partial delusion, irresistible impulse or compulsive behaviour of a psychopath does not accord any protection under any s 84. Yang Arif, here the judgment is referring to a characteristic of a psychopath, in other words psychopathic personality disorder. It is very clear that the judgment here said that a person who is suffering from psychopathic personality or in medical literature is also known as anti-social personality will not benefit from the defence of insanity under section 84 of the Penal Code. This is quite clear as the Mental Health Act 2001 [Act 615] in the definition of “mental disorder” under subsection 2(2) clearly excludes anti-social personality from being a mental disorder. In other words, the Mental Health Act does not regard anti-social personality or psychopathic personality to be legally accepted as a mental disorder. It is a medical disorder, Yang Arif, and therefore it is medical insanity but it cannot be used to plead insanity, legal insanity under section 84. That’s what.... Mahkamah: So, this category of person will not get any protection under section 84? Yes. Absolutely yes. Mahkamah: Right? Right. The next few sentences Yang Arif, the term insanity carries different meanings in different contexts and describes varying degrees of mental disorders. It does not mean that every person suffering from mental illness is exempted from criminal responsibility. What it means here is Yang Arif, even if a person suffered from an established mental disorder which is legally accepted under the Mental Health Act, let say for example Schizophrenia, just by virtue of having a diagnosis of Schizophrenia it does not render that person to be automatically legally insane. That Schizophrenia has to be severe enough, so severe that it has caused cognitive impairment to such a degree and extent that, that person become incapable of knowing the nature and wrongfulness of his action pursuant to section 84. So, what the judgment here says that, is that, just because somebody has a mental disorder just like Schizophrenia, if he were to murder somebody he will not be automatically found to be legally insane, he will have to be shown, must show, must be shown to have symptoms of cognitive impairment that is severe enough to bring him close enough to the defence of section 84 of the Penal Code. Furthermore, a person who is odd, irascible, and his brain is not quite right, or that the physical and mental ailments that he had suffered renders his intellect weak and affects his emotions or indulges in certain unusual acts, or has fits of insanity at short intervals or that the behaviour is queer are insufficient to invoke the protection under s 84. Again, the Mental Health Act, again excludes this condition under subsection 2(2) which also refers to personality traits everything and anything to do with personality traits and personality disorder are excluded from the definition of mental disorder by the Mental Health Act 2001. And therefore, anyone protesting to have such condition would not benefit from the protection under section 84 of the Penal Code. But in the case of Shahrezal Shuhaimi, he has a condition called Intellectual Disability which was, Yang Arif, previously known as mental retardation or kerencatan akal. In Mental Health Act, definition of mental disorder, this is the first criteria of mental disorder abnormality of the mind which refers to kerencatan akal or intellectual disability, Shahrezal condition very much falls within the definition of mental disorder and would benefit from section 84 of the Penal Code. Mahkamah: Ok. So, he would fall under legal insanity? Yes, legal insanity. Mahkamah: Not medical insanity? Medical insanity first, Yang Arif. Because to... Mahkamah: You have established medical insanity? Correct. Mahkamah: Then establish legal insanity? Yes, correct. Exactly. Yes, you’re right. … Peguam OKT: Yang Arif, tadi kita berhenti semasa saya minta untuk rujuk saksi ini kepada muka surat 2, Yang Arif, Ekshibit D114 Yang Arif, iaitu perenggan e, f, g. Yang Arif, apa ini, saya takkan terus merujuk kepada perenggan ini, Yang Arif, muka surat ini. Tapi saya ingin merujuk kertas ini kepada muka surat 4, page 4, Doktor, iaitu, pada perenggan 25 diagnosa Doktor, ya. Jadi Doktor diagnose ketidakupayaan intelektual tahap sederhana ataupun moderate intellectual disability bagi OKT Shahrezal ini, Doktor. Ya, Doktor, ada tidak yakni bagi diagnose Doktor tentang ketidakupayaan intelektual tahap sederhana ini, ada tidak Doktor memberikan apa-apa rawatan kepada OKT ini, rawatan ataupun ubat-ubatan? Yang Arif, secara amnya, diagnosis ketidakupayaan intelektual tidak mempunyai sebarang rawatan ubat-ubatan. Yes, there is no medication, Yang Arif, for this condition. Rawatan untuk masalah sebegini hanyalah rawatan dari segi theraphy, behavioral theraphy untuk menangani tingkah laku or behavioral modification. That has to be done Yang Arif, over a period of time. So, untuk pemeriksaan di bawah seksyen 342 ini, of course the behavioral modification program could not be done for this OKT at that point of time and therefore tiada rawatan disediakan. Mahkamah: Sebab dia apa, because dia direman di penjara? Yes, Yang Arif.”.
b
(b) Semasa Pemeriksaan Balas SD1 “TPR: Baik, Doktor. Saya merujuk Doktor kepada perenggan [48] penghakiman kes Mohd Rozani Yahaya yang dirujuk peguam tadi ya. Setuju saya katakan perenggan ini menunjukkan bahawa hanya mereka yang mempunyai masalah severe mental sahaja yang diprotect bawah seksyen 84? Ya, betul. Jadi, setuju saya cadangkan bahawa memandangkan tertuduh ini hanya mengalami ketidakupayaan intelektual sederhana sahaja, maka dia tidak layak menerima protection di bawah seksyen 84 Kanun Keseksaan? Tidak setuju, Yang Arif. Boleh jelaskan kenapa tidak setuju Doktor? Ok, if I can just, Yang Arif, illustrate buat perbandingan dengan penyakit mental yang paling serius. The most serious mental disorder is Schizophrenia because it is the most psychotic, the most serious, the most debilitating, Yang Arif, which causes a lot of disturbance in a patient’s mind because of the psychotic symptoms. Schizophrenia itself is serious, one of the most major, a major psychiatric disorder. But even if a person with Schizophrenia, will not automatically qualify for the defence of insanity under section 84 just by virtue of having a serious mental disorder. It depends on the symptoms exhibited by, experienced by the person at the time when he perpetrated the offence. Not just the symptoms, but cognitive impairment as a result of the symptoms at the time of the offence. So, likewise intellectual disability, it is a permanent condition which indicates that this condition involves maldevelopment of poorly developed brain to begin with, that means the brain in this young man has not fully develop in terms of its cognitive functioning. Of course, we have different level of severity of the conditions and these different level of severity of the conditions are based on lQ testing as well as functioning of the patient. IQ testing reflects the cognitive component of intellectual disability, the adaptive functioning reflects the day to day activities that he can do. For the defence of insanity, we are looking at the cognitive component which is purely the IQ test. His adaptive functioning because as he get older he may learn things through experience and therefore, he will be able to function which means in his case he may be able to live by himself, he may be able to cook by himself a simple meal, he may be able to wash his cloth, he may be able to ride a bicycle, these are things that even people with severe intellectual disability can do. But, because of the cognitive deficits that he has, that has been there since a very very long time, he has not been able to develop the cognitive component of his disorder. So, despite of his physical age advancing, Yang Arif, at the time of the offence, if I am not mistaken, he was 35 years of age, his mental functioning is that of may be of a 12 or 13 year old at best. Which mean that his cognitive capacity has not evolved. Therefore, his ability to decide what between right and wrong may be severely affected. When it comes to complex decision making, for simple decision he may be able to carry out, that is why that is this different. So, although we grade him as Moderate Intellectual Disability which come across as it is lesser than person with severe intellectual disability, but we are looking at his deficit superimpose now on a very complex kind on his capacity with those deficits he has whether he is capable of knowing right or wrong and knowing most importantly whether it is against the law. … Yang Arif, setuju saya katakan tidak kira apa kesalahan sebenarnya asalkan itu kesalahan jenayah memanglah tanggungjawab Doktor untuk menentukan state of mind pesakit yang dirujuk dalam keadaan adil dan sama semuanya tanpa mengira apa jenis kesalahan. Saya katakan begitu, setuju? Saya tidak setuju. Boleh jelaskan kenapa tidak setuju, Doktor? Because, on a case to a case basis, Yang Arif, it will depend largely on the diagnosis of the case. In this case, the diagnosis of OKT ini adalah ketidakupayaan intelektual dan ketidakupayaan intelektual ini sejak zaman kanak-kanak. It has already been established and therefore semua defisit-defisit yang dialami sudah lama dan tidak ada gejala-gejala penyakit baru yang perlu … dirungkaikan. Ini adalah berbeza jika penyakit itu, katakan Schizophrenia. Schizophrenia adalah satu penyakit mental yang serius yang boleh muncul pada umur 20an, 30an, 40an and the symptomology of Schizophrenia sangat-sangat berbeza dengan ketidakupayaan intelektual. la melibatkan gejala-gejala psikosis for example hallucination, delusion, different type of hallucination and delusion and that would take more time to try to … in term of examination process. But in the case of intellectual disability, Yang Arif, the deficits are fixed and has also been present since childhood. … Diagnosis Doktor menunjukkan Tertuduh ini, dia bukannya totally tak waras kan? Setuju? Saya tak begitu faham soalan Tuan. Tahap ketidakupayaan intelektual tertuduh ini menunjukkan dia bukanlah seorang yang totally tak waras? Setuju? Yang Arif, ketidakwarasan yang dinyatakan dalam laporan ini adalah ketidakwarasan semasa kejadian bukan 2 minggu, 2 bulan, 2 tahun, selepas, sebelum kejadian ataupun pada masa sekarang. So, pendapat ini adalah tentang ketidakwarasan dari segi seksyen 84 which is in direct relation to the offence. Jadi, diagnosis Doktor cuma menjurus kepada semasa kejadian? No. The diagnosis is permanent Yang Arif. Ketidakupayaan intelektual mental retardation is a permanent condition that existed since zaman kanak-kanak sehingga sekarang. That is diagnosa. Diagnosis takkan hilang begitu sahaja. In this case, ketidakupayaan intelektual is fixed permanent condition. But ketidakwarasan akal di bawah seksyen 84 in this report only existed at the time pada masa kejadian tersebut. … Sekali lagi Doktor saya cadangkan sebenarnya adalah tugas Mahkamah untuk menentukan sama ada menunjukkan legal insanity tertuduh ini memandangkan Mahkamah ada akses kepada keterangan-keterangan saksi yang Doktor tidak ada. Setuju? Ya, setuju. Mahkamah, keputusan Hakim adalah muktamad dari segi legal insanity, saya hanya memberi pandangan expert witness. Jadi yang muktamadnya, Mahkamah yang tentukan? Ya, sudah tentu.”.
22
Sebagai kesimpulan, berdasarkan alasan-alasan di atas dan keseluruhan keterangan dalam kes ini, adalah menjadi dapatan Mahkamah ini bahawa –
a
(a) pembelaan insanity di bawah seksyen 84 Kanun Keseksaan yang dibangkitkan oleh pihak pembelaan tersebut bukan bersifat rekaan dan pemikiran terkemudian (afterthought) kerana pembelaan insanity tersebut telahpun dibangkitkan dan dicabar lebih awal oleh pihak pembelaan kepada saksi-saksi pendakwaan semasa peringkat kes pendakwaan;
b
(b) keterangan lisan SD1 dan laporan pakar SD1 (Ekshibit D114) mengenai medical insanity dan legal insanity Tertuduh tersebut adalah kukuh (cogent), konsisten, konklusif dan tidak goyah (not shaken) dan telah gagal dicabar dan disangkal oleh pihak pendakwaan. Tiada keterangan pakar lain dikemukakan oleh pihak pendakwaan untuk mencabar keterangan pakar SD1 dan laporan pakar SD1 (Ekshibit D114) tersebut;
c
(c) dalam ketiadaan keterangan lain yang dapat mencabar dan menyangkal keterangan pakar SD1 tersebut, maka keterangan pakar SD1 tersebut hendaklah diterima sepenuhnya oleh Mahkamah ini;
d
(d) keterangan SD1 bahawa Tertuduh telah mengalami masalah ketidakwarasan dan ketidakupayaan intelektual sejak zaman kanak-kanak dan sebelum kejadian bunuh tersebut berlaku telah disokong oleh keterangan SP4 dan SP13; dan
e
(e) Tertuduh telah melakukan perbuatan bunuh tersebut dalam keadaan tidak waras dan tidak mengetahui bahawa perbuatan bunuh tersebut adalah salah dan bertentangan dari segi undang-undang.
23
Oleh itu, berdasarkan dapatan di atas, Mahkamah ini berpendapat bahawa –
a
(a) keterangan pakar SD1 tersebut adalah relevan dan hendaklah dipercayai dan diterima sepenuhnya oleh Mahkamah ini;
b
(b) Tertuduh layak untuk bergantung sepenuhnya kepada pembelaan insanity di bawah seksyen 84 Kanun Keseksaan;
c
(c) pihak pembelaan telah berjaya membuktikan medical insanity Tertuduh atas imbangan kebarangkalian; dan
d
(d) pihak pembelaan telah berjaya membuktikan legal insanity Tertuduh secara prima facie.
24
Justeru, setelah mengambil kira semua keterangan dalam kes ini serta seksyen 347 dan seksyen 348 KPJ, Mahkamah ini telah memutuskan pada akhir kes bahawa Tertuduh dilepas dan dibebaskan daripada Pertuduhan di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan tersebut atas alasan ketidakwarasan otak dan ditahan di suatu tempat yang selamat atas limpah perkenan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis selaras dengan seksyen 347 dan seksyen 348 KPJ. Bertarikh : 20 APRIL 2026 (DR. ARIK SANUSI BIN YEOP JOHARI) Hakim Mahkamah Tinggi Malaya, Kangar Negeri Perlis (NEGERI PERLIS) Peguam bagi pihak Pendakwaan: Tuan Mohd Hadi Hakimi Bin Harun Timbalan Pendakwa Raya Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Perlis Aras 3, Blok B Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis Persiaran Wawasan 01000 Kangar PERLIS. Peguam bagi pihak Tertuduh: Encik Ali Munawar Bin Razak Tetuan Ali & Fariz Peguam Bela dan Peguam Cara No. 8B, Tingkat 2, Wisma Bandaran Jalan Ibrahim 08000 Sungai Petani KEDAH DARUL AMAN. Tel: 04-422 3254 Fax: 04-425 3693 Ruj: AF/CR(LM)/04/2023 E-mel: alimunawarazak@yahoo.com
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.