tahun dari tarikh tangkap (31 Ogos 2017). Tiada sebatan dikenakan terhadap Perayu kerana beliau telah berumur lebih 50 tahun pada tarikh hukuman ini dijatuhkan. [9] Tidak berpuashati dengan keberatan hukuman tersebut, pada 1 Ogos 2023 Perayu telah memfailkan Notis Rayuan terdapat hukuman tersebut. Fakta Kes Pendakwaan [10] Pada 31 Ogos 2017 pada jam lebih kurang 7.30 pagi, si mati ketika itu sedang berniaga daging di kedainya di Kawasan Perniagaan Jalan Ubi, Felda Chempelak. Biras si mati iaitu SP4, adik ipar si mati iaitu SP5, pekerja si mati iaitu SP8 dan SP9 juga berada di kedai tersebut. SP6 pula berniaga menjual kuih di kedai yang berhadapan dengan kedai si mati. [11] SP5 telah melihat Perayu menunggang motosikal Perayu di selekoh kawasan perniagaan tersebut dan kemudiannya Perayu dilihat meletakkan motosikalnya di hadapan kedai SP6 tanpa mematikan enjin motosikalnya. Ini turut disahkan oleh SP6 di dalam keterangannya. Ketika itu SP6 nampak Perayu membawa sebilah parang. [12] Perayu terus berjalan kaki ke arah kedai si mati dan setibanya Perayu berdekatan dengan si mati, Perayu telah menghayunkan parang yang dipegangnya ke leher si mati. [13] Si mati sempat mengangkat tangan kirinya dalam usahanya untuk cuba menepis hayunan parang tersebut, namun selepas itu si mati telah rebah dengan tangan kirinya hampir putus dan terdapat luka tetakan di bahagian leher si mati. Perayu kemudiannya terus berjalan keluar dari kedai tersebut dengan berkata "Biar kau mampus, hidup kau tak senang". Kemudian, Perayu menaiki motosikalnya dan terus beredar dari tempat kejadian itu. [14] SP8 telah membalut tangan kiri si mati yang berdarah dengan bajunya dan membawa si mati ke Klinik Kesihatan Labis dengan kereta Toyota Hilux. Malangnya tidak ada orang di klinik tersebut. Si mati telah meninggal dunia dan dibawa ke Hospital Segamat. [15] Bedah siasat telah dijalankan oleh SP18 di Hospital Besar Melaka dan SP18 mengesahkan bahawa punca kematian si mati ialah kecederaan luka di bahagian leher dan tangan diakibatkan oleh alat atau benda tajam. [16] Perayu ditangkap di rumahnya oleh SP19 dan SP19 juga telah merampas sebilah parang (ekshibit P8(1)(a)) yang ditemui di dalam bonet kereta Perayu. Ringkasan Keterangan Perayu (SD1) [17] Perayu tiada niat untuk bunuh si mati. Perayu hanya hendak si mati cedera dan menjadi orang kelainan upaya sahaja. [18] Semasa kejadian itu, Perayu dapat merasakan Allah SWT tengah meliputi tangan beliau dan Perayu sudah tidak dapat mengawal dirinya lagi. Tindakan Perayu ini dilakukan semata-mata supaya si mati menjadi lemah dan memudahkan Perayu mengambil balik lembu-lembu si mati kerana si mati sudah tidak dapat melawan balik. [19] Perayu sampai di belakang si mati. Si mati semasa itu berada di hadapan kedai dagingnya. Di dalam jarak yang dekat, Perayu kemudiannya memejamkan matanya dan terus mencederakan si mati dengan melibas parangnya ke bahu kanan si mati. Perayu telah menghayung parang tersebut dengan sekuat hatinya sambil menutup kedua belah matanya. [20] Bila Perayu membuka matanya, Perayu nampak si mati terbaring dengan berlumuran darah. Perayu berkata pada si mati “kau ingat kau gila, aku lagi gila”. [21] Perayu telah ditangkap oleh pihak polis pada hari yang sama. [22] Perayu menghidapi penyakit mental dan telah mendapat rawatan di Klinik Psikiatri Hospital Segamat sejak tahun 2013. Perayu telah lama mengalami penyakit ini. [23] Perayu telah diberi makan ubat oleh doktor sebelum kejadian ini namun begitu ubat-ubat ini tidak ambil oleh Perayu semasa kejadian ini berlaku. Disebabkan itu, Perayu tidak mampu untuk mengawal dirinya. Mitigasi Perayu