Content
DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI ALOR SETAR DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN PERBICARAAN JENAYAH NO: KA-45A-5-02/2021 PENDAKWA RAYA
KA-45A-5-02/2021
High Court of Malaysia25 Mar 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“FILING portal [17] The idea of exclusivity features in the meaning of 'possession' in criminal law as one of the elements necessary to constitute possession. As Taylor J said in Leow Nghee Lim v Reg [1956] MLJ 28: “… It is often said that 'possession must be exclusive'. This is ambiguous. Possession need not be exclusi”
“d with the evidence by which it is to be proved. It is essential to keep this distinction clearly in mind, especially when applying presumptions [18] Thomson J in Chan Pean Leon v Public Prosecutor [1956] MLJ 237, said that 'possession' for the purposes of criminal law involves possession itself — which some authoritie”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI ALOR SETAR DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN PERBICARAAN JENAYAH NO: KA-45A-5-02/2021 PENDAKWA RAYA
1
OKT telah dituduh melakukan satu kesalahan di bawah perenggan 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 [Akta 234] (“ADB 1952”) yang boleh dihukum di bawah subseksyen 39B(2) Akta yang sama
2
Pertuduhan terhadap OKT adalah seperti yang berikut: “Bahawa kamu pada 20.01.2020, jam lebih kurang 07.30 malam, di rumah tidak bernombor, Kampung Baru Kepala Batas, Alor Setar, di dalam Negeri Kedah Darul Aman, telah mengedar dadah berbahaya jenis Methamphetamine seberat 155.4 gram. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama.”. S/N N/LvbzzQMEylwSTme15Wyw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
3
Pada akhir kes Pendakwaan, Mahkamah ini mendapati bahawa pihak Pendakwaan telah gagal membuktikan elemen-elemen pertuduhan terhadap OKT pada tahap prima facie dan telah melepas dan membebaskan OKT tanpa dipanggil membela diri.
4
Pihak Pendakwaan tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah ini dan mengemukakan rayuan ke Mahkamah Rayuan.
5
Pada 20.1.2020, lebih kurang pukul 6.45 petang, semasa Pengadu (SP4) bersama sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJND), IPD Kota Setar, Alor Setar, Kedah dalam penugasan ‘Ops Tapis’, telah menerima maklumat berkaitan seorang lelaki Melayu yang merupakan tokan dadah yang berada di sebuah rumah tidak bernombor di kawasan Kepala Batas, Kedah.
6
Pengadu dan pasukan telah pergi ke lokasi kejadian dengan menaiki dua buah kenderaan pasukan yang tidak berlambang dan dua buah motosikal persendirian. Sampai di lokasi kejadian, SP4 mengarahkan pasukan untuk memberhentikan kenderaan jauh sedikit dari rumah tersebut dan mereka semua berjalan kaki ke rumah tersebut.
7
SP4 kemudiannya membuat pemerhatian di hadapan rumah tersebut pada jarak 10 meter dan mendapati seorang lelaki (OKT) di pintu masuk rumah dan pintu rumah dalam keadaan terbuka sedikit. Selanjutnya pada lebih kurang pukul 7.30 petang, SP4 telah mengarahkan agar serbuan dibuat dan SP4 bersama beberapa S/N N/LvbzzQMEylwSTme15Wyw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal orang anggota telah menahan OKT di bahagian hadapan rumah. SP4 telah memperkenalkan diri polis tetapi OKT telah bertindak agresif dan cuba untuk melepaskan diri tetapi tidak berjaya. OKT kemudiannya telah ditahan dan digari.
8
Pengadu telah memasuki rumah tersebut dan menemui seorang wanita Thailand yang merupakan isteri OKT (SP1) berada di dapur rumah tersebut. SP4 telah perkenalkan diri polis dan mengarahkan D/Sjn/W Safiza untuk membuat pemeriksaan tubuh badan terhadap SP1 tetapi tidak menjumpai apa-apa barang salah. Pemeriksaan tubuh badan terhadap OKT juga tidak menemui apa-apa barang salah.
9
Seterusnya, SP4 telah membuat pemerikaan ke atas rumah tersebut dengan disaksikan oleh OKT dan SP1, dan hasil pemeriksaan di ruang tamu rumah, ditemui satu kotak kertas berwarna putih bertulisan ‘OPPO’ yang mengandungi dua paket plastik lutsinar pelbagai saiz berisi bahan disyaki dadah jenis syabu.
10
SP4 kemudiannya telah mengeluarkan Senarai Bongkar (eksibit P16) dan merampas kesemua barang kes dadah dan membawa OKT dan SP1 ke pejabat BSJND, IPD Kota Setar untuk tindakan lanjut. Sepanjang perjalanan ke pejabat, barang kes sentiasa berada dalam kawalan dan jagaan SP4.
11
Semasa di IPD Kota Setar, SP4 telah menimbang dua paket plastik lutsinar berisi bahan disyaki dadah yang dirampas itu dan anggaran berat kasar adalah 214.21 gram. SP4 juga telah membuat tandaan pada kesemua barang kes yang dirampas dengan membuat S/N N/LvbzzQMEylwSTme15Wyw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal tandaan, menurunkan tandatangan dan tarikh kejadian. SP4 kemudiannya telah membuat laporan polis berkenaan tangkapan pada 20.1.2020 lebih kurang pukul 9.42 malam sebagaimana dalam laporan polis Kepala Batas (KH)/000087/20 (eskibit P17). Selanjutnya SP4 telah membuat penyerahan OKT dan SP1, barang-barang kes yang dirampas dan dokumen-dokumen berkaitan tangkapan kepada pegawai penyiasat (SP5). SP4 dan SP5 telah menurunkan tandatangan penyerahan barang kes pada Borang Serah Menyerah Barang Kes (eksibit P18).
12
SP5 telah mengesahkan penerimaan barang-barang kes dan dokumen berkaitan yang telah diserahkan oleh SP4 kepada beliau pada 20.1.2020, lebih kurang pukul 10.25 malam. SP5 kemudiannya telah membuat tandaan-tandaan berikut pada barang kes iaitu:
a
tandaan ‘A1’, tandatangan SP5 dan tarikh, pada satu kotak berwarna putih bertulisan ‘OPPO’ (eksibit P8);
b
tandaan ‘P1’ dan ‘P2’, tandatangan SP5 dan tarikh, masing-masing pada dua paket plastik lutsinar pelbagai saiz berisi bahan disyaki syabu (eksibit-eksibit P9 dan P10). [13] SP5 telah turut menimbang barang kes dadah dan seterusnya menyimpan kesemua barang kes di dalam almari besi berkunci di pejabat beliau dan hanya SP5 sahaja yang mempunyai kunci almari besi tersebut. S/N N/LvbzzQMEylwSTme15Wyw [14] Pada 21.1.2020, lebih kurang pukul 12.10 pagi, SP5 telah mengarahkan jurufoto (SP3) untuk mengambil 5 keping gambar barang kes (eksibit P3A-E) serta membuat dusting ke atas barang kes. Selepas itu, SP5 telah memasukkan kesemua barang kes tersebut ke dalam satu sampul surat bertanda E (eksibit P7) dan disimpan di dalam almari besi berkunci di dalam pejabat SP5. [15] Pada tarikh sama, lebih kurang pukul 11.20 pagi, SP5 bersama SP4 dan jurufoto (SP3) telah pergi ke lokasi kejadian dan mengarahkan SP3 untuk mengambil 7 keping gambar tempat kejadian (eksibit P1A-G). SP5 juga turut melukis rajah kasar tempat kejadian secara kasar semasa di lokasi kejadian, dan kemudiannya telah melukis semula ketika tiba di pejabat BSJND, IPD Kota Setar. [16] Pada 22.1.2020, lebih kurang pukul 12.47 tengahari, SP5 telah menghantar sampul bertanda E tersebut (eksibit P7) bersama borang Pol 31 kepada ahli kimia (SP2) di Jabatan Kimia Malaysia, Alor Setar bagi tujuan analisis. SP5 telah menerima resit rasmi kimia dengan nombor pendaftaran 20-FR-K-00501 (eksibit P5) sebagai bukti penyerahan. [17] Pada 10.8.2020, lebih kurang pukul 12 tengahari, SP5 telah mengambil semula sampul surat bertanda ‘E’ tersebut (eksibit P7) yang mempunyai nombor makmal yang sama dan bermeterai Jabatan Kimia Malaysia daripada SP2 berserta dengan laporan kimia (eksibit P6). Seterusnya pada 11.8.2020, lebih kurang pukul 10.20 pagi, SP5 telah menyerahkan sampul surat bertanda E (eksibit P7) yang bermeterai Jabatan Kimia Malaysia ke setor S/N N/LvbzzQMEylwSTme15Wyw barang kes IPD Kota Setar dan telah didaftarkan di bawah nombor eksibit 1108/20 (eksibit P21). [18] Keterangan SP2 (ahli kimia) mengesahkan bahawa pada 22.1.2020 lebih kurang pukul 12.47 tengahari, beliau telah menerima satu sampul surat bertanda ‘E’ dan bermeterai Polis DiRaja Malaysia 73 (eksibit P7) bersama borang permohonan Pol 31 daripada SP5 dan SP2 telah mengeluarkan Resit Kimia dengan nombor makmal 20- FR-K-00501 (eksibit P5) sebagai bukti pendaftaran dan penerimaan sampul eksibit P7 tersebut. [19] SP2 mengesahkan bahawa sampul bertanda ‘E’ (eksibit P7) mengandungi satu kotak kertas (eksibit P8) berisi dua paket plastik bertanda ‘P1 dan ‘P2’ (eksibit P9 dan P10) yang kedua-duanya mengandungi bahan kristal jernih. Setelah dianalisis, SP2 mendapati bahawa bahan kristal jernih tersebut mengandungi 155.4 gram Methamphetamine. Bahan-bahan dalam eksibit P9 dan P10 tersebut telah dihomogen menjadi serbuk bagi tujuan analisis, dan baki bahan telah SP2 masukkan ke dalam 1 paket plastik berasingan yang dibekalkan oleh beliau dan ditandakan dengan nombor makmal yang sama (eksibit P11). Kemudian SP2 telah masukkan semula paket plastik tersebut (eksibit P11) berserta kotak putih (eksibit P8) dan paket-paket plastik asal (eksibit P9 dan P10) ke dalam sampul surat asal bertanda ‘E’ (eksibit P7) dan dimeterai dengan label keselamatan Jabatan Kimia Malaysia. [20] SP2 selanjutnya telah menyediakan laporan kimia bertarikh 6.8.2020 dengan nombor makmal yang sama (eksibit P6) dan pada 10.8.2020 lebih kurang pukul 12.00 tengahari, SP2 telah S/N N/LvbzzQMEylwSTme15Wyw menyerahkan semula sampul eksibit P7 tersebut bersama laporan kimia (eksibit P6) kepada SP5. ANALISIS DAN DAPATAN MAHKAMAH DI AKHIR KES PENDAKWAAN KES PRIMA FACIE [21] Mahkamah ini perlu membuat keputusan di akhir kes pendakwaan, sama ada suatu kes prima facie telah berjaya dibuktikan terhadap OKT bagi pertuduhan terhadapnya selaras dengan kehendak seksyen 180 Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593] (“KTJ”). [22] Dalam kes Balachandran v. PP [2005] 1 CLJ 85, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan seperti berikut: “… A prima facie case is therefore one that is sufficient for the accused to be called upon to answer. This in turn means that the evidence adduced must be such that it can be overthrown only by evidence in rebuttal. The phrase "prima facie case" is defined in similar terms in Mozley and Whiteley's Law Dictionary, 11th edn as: A litigating party is said to have a prima facie case when the evidence in his favour is sufficiently strong for his opponent to be called on to answer it. A prima facie case, then, is one which is established by sufficient evidence, and can be overthrown only by rebutting evidence adduced by the other side. S/N N/LvbzzQMEylwSTme15Wyw The result is that the force of the evidence adduced must be such that, if unrebutted, it is sufficient to induce the court to believe in the existence of the facts stated in the charge or to consider its existence so probable that a prudent man ought to act upon the supposition that those facts exist or did happen. On the other hand if a prima facie case has not been made out it means that there is no material evidence which can be believed in the sense as described earlier. In order to make a finding either way the court must, at the close of the case for the prosecution, undertake a positive evaluation of the credibility and reliability of all the evidence adduced so as to determine whether the elements of the offence have been established. As the trial is without a jury it is only with such a positive evaluation can the court make a determination for the purpose of s. 180(2) and (3). Of course in a jury trial where the evaluation is hypothetical the question to be asked would be whether on the evidence as it stands the accused could (and not must) lawfully be convicted. That is so because a determination on facts is a matter for ultimate decision by the jury at the end of the trial. Since the court, in ruling that a prima facie case has been made out, must be satisfied that the evidence adduced can be overthrown only by evidence in rebuttal it follows that if it is not rebutted it must prevail. Thus if the accused elects to remain silent he must be convicted. The test at the close of the case for the prosecution would therefore be: Is the evidence sufficient to convict the accused if he elects to remain silent? If the answer is in the affirmative then a prima facie case has been made out. This must, as of necessity, require a consideration of the existence of any reasonable doubt in the case for the prosecution. If there is any such doubt there can be no prima facie case.”. [penekanan ditambah] S/N N/LvbzzQMEylwSTme15Wyw Intipati Kesalahan [23] Elemen-elemen pertuduhan yang perlu dibuktikan oleh pihak Pendakwaan adalah seperti berikut: a) bahawa dadah jenis Methamphetamine adalah dadah berbahaya sebagaimana ditafsirkan dalam Jadual Pertama ADB 1952; b) bahawa OKT mempunyai milikan (iaitu jagaan dan kawalan) serta pengetahuan terhadap dadah berbahaya tersebut; dan c) OKT telah mengedarkan dadah berbahaya tersebut. Elemen (a): bahawa dadah jenis Methamphetamine adalah dadah berbahaya sebagaimana ditafsirkan dalam Jadual Pertama ADB 1952 [24] Keterangan SP2 dan juga Laporan Kimia (eksibit P6) mengesahkan bahawa dadah yang dianalisis adalah dadah berbahaya jenis Methamphetamine seberat 155.4 gram. [25] Pihak Pembelaan juga tidak mempertikaikan jenis dan berat dadah yang analisis oleh SP2. Sehubungan itu, Mahkamah ini mendapati bahawa elemen ini telah berjaya dibuktikan oleh pihak Pendakwaan. S/N N/LvbzzQMEylwSTme15Wyw Elemen (b): bahawa OKT mempunyai milikan (iaitu jagaan dan kawalan) serta pengetahuan terhadap dadah berbahaya tersebut [26] Bagi membuktikan elemen pemilikan, pihak Pendakwaan perlu membuktikan bahawa OKT mempunyai jagaan dan kawalan serta pengetahuan terhadap barang kes dadah yang dirampas. [27] Pemilikan sebagaimana diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Public Prosecutor v Denish a/l Madhavan [2009] 2 MLJ 194 adalah seperti berikut: “[16] Before proceeding to consider the reasons for the Court of Appeal's decision, we will say a few words about 'exclusive' possession. It is inappropriate to speak of possession of an article in criminal law as exclusive possession. One is either in possession or not in possession, although one could be in possession jointly with another or others. To say that the prosecution of a drug case fails because there has been no proof of exclusive possession is apt to convey the wrong impression that it is only in cases where possession is entirely with one person, — that is, 'exclusive' — that a conviction is possible. When the learned trial judge said 'The accused sought to negative the proof of exclusive possession…', we take it that he meant no more than that the respondent sought to show that he was not in possession of the drugs because he had no knowledge of their existence and that the drugs could have been placed in his bags by some other person or persons. S/N N/LvbzzQMEylwSTme15Wyw [17] The idea of exclusivity features in the meaning of 'possession' in criminal law as one of the elements necessary to constitute possession. As Taylor J said in Leow Nghee Lim v Reg [1956] MLJ 28: “… It is often said that 'possession must be exclusive'. This is ambiguous. Possession need not be exclusive to the accused. Two or more persons may be in joint possession of chattels, whether innocent or contraband. The exclusive element of possession means that the possessor or possessors have the power to exclude other persons from enjoyment of the property.” Custody likewise may be sole or joint and it has the same element of excluding others. The main distinction between custody and possession is that a custodian has not the power of disposal. The statement that 'possession must be exclusive' is often due to confusion of the fact to be proved with the evidence by which it is to be proved. It is essential to keep this distinction clearly in mind, especially when applying presumptions [18] Thomson J in Chan Pean Leon v Public Prosecutor [1956] MLJ 237, said that 'possession' for the purposes of criminal law involves possession itself — which some authorities term 'custody' or 'control' — and knowledge of the nature of the thing possessed. As to possession itself he cited the following definition in Stephen's Digest (9th Ed), at p 304), in which the exclusive element mentioned by Taylor J appears: S/N N/LvbzzQMEylwSTme15Wyw A moveable thing is said to be in the possession of a person when he is so situated with respect to it that he has the power to deal with it as owner to the exclusion of all other persons, and when the circumstances are such that he may be presumed to intend to do so in case of need. [19] Once the elements needed to constitute possession are established, including the element of exclusive power to deal, then what is established is possession, not exclusive possession. So much for exclusive possession.”. [penekanan ditambah] [28] Dadah yang dirampas dikatakan telah ditemui dalam satu kotak putih bertulisan ‘OPPO’ (eksibit P7) dan kotak putih tersebut ditemui di atas lantai di ruang tamu rumah. Rumah tersebut pula merupakan rumah arwah ‘tok wan’ SP1. SP1 telah berkahwin dengan OKT dan mereka menduduki rumah tersebut bersama-sama empat orang anak mereka yang berumur antara 9 hingga 16 tahun. [29] Berdasarkan keterangan SP4, semasa serbuan beliau telah membuat pemerhatian dari jarak lebih kurang 10 meter dari bahagian hadapan rumah tersebut. SP4 dapat melihat ketika itu OKT sedang berada di hadapan pintu rumah. SP4 dan anggotanya telah membuat serbuan ke atas OKT dan memperkenalkan diri sebagai anggota polis. OKT dikatakan bertindak agresif dan cuba melarikan diri tetapi berjaya ditahan. [30] Pihak Pembelaan menghujahkan bahawa terdapat percanggahan antara keterangan SP4 dan SP3 yang juga merupakan salah seorang anggota serbuan pada hari kejadian. Dihujahkan bahawa S/N N/LvbzzQMEylwSTme15Wyw berdasarkan keterangan SP4, semasa tangkapan di hadapan pintu rumah, beliau bersama Insp Saidy bin Sakah, Sjn Zawri bin Zahari, Kpl Mohd Asyraf bin Mustafa dan SP3 telah melakukan tangkapan terhadap OKT di hadapan pintu rumah. Namun begitu, berdasarkan keterangan SP3 pula, semasa serbuan dan tangkapan ke atas OKT dilakukan, beliau dan Kpl Mohd Asyraf bin Mustafa tidak berada di hadapan pintu rumah melakukan tangkapan, sebaliknya berada di tepi jalan di hadapan rumah tersebut membuat pemantauan. SP3 juga dalam keterangannya menyatakan bahawa walaupun beliau dapat melihat bahagian hadapan rumah tersebut semasa membuat pemantauan, tetapi beliau tidak melihat tangkapan dilakukan. [31] Selanjutnya, pihak Pembelaan turut menghujahkan bahawa tindakan agresif OKT semasa tangkapan bukanlah kerana cuba melarikan diri kerana mengetahui wujudnya dadah berbahaya dalam rumah tersebut, sebaliknya tindakan OKT adalah perlakuan enggan atau mengelak diri daripada digari apabila diserbu oleh beberapa orang. [32] Di samping itu, Pembelaan turut menghujahkan bahawa wujud penama ‘Mat Ki’ atau Marzuki, dan Nasrul. Ini berdasarkan keterangan SP1 yang menyatakan bahawa rumah tempat kejadian sedang dalam proses renovasi (iaitu cat baru) dan proses renovasi tersebut dijalankan oleh OKT dengan dibantu oleh Nasrul. Selanjutnya, pada hari kejadian pula, SP1 menyatakan bahawa apabila beliau balik dari bekerja, beliau dimaklumkan oleh OKT bahawa kawan OKT dikenali dengan ‘Mat Ki’ telah datang ke rumah mereka sebelum kejadian serbuan berlaku. S/N N/LvbzzQMEylwSTme15Wyw [33] Pihak Pendakwaan pula menghujahkan bahawa pemilikan OKT terhadap barang kes dadah yang dirampas adalah berdasarkan kepada fakta-fakta yang berikut: a) pemantauan telah dibuat sebelum serbuan dilakukan dan OKT didapati berada di pintu masuk rumah tersebut. Pintu rumah dalam keadaan terbuka sedikit; b) semasa serbuan dilakukan, SP4 telah memperkenalkan diri sebagai polis dan OKT bertindak agresif dengan cuba melarikan diri; c) pemeriksaan ke atas rumah tersebut menemui di bahagian lantai ruang tamu rumah kotak eksibit P7 yang berisi barang kes dadah yang dirampas; d) suasana dalam rumah adalah terang diterangi oleh lampu di dalam rumah, serta tiada individu awam yang lain; e) SP1 mengesahkan bahawa semasa serbuan, tiada orang lain di dalam rumah melainkan SP1, OKT dan anak mereka yang berumur dua tahun; f) SP1 mengesahkan semasa kejadian, SP1 telah diarahkan duduk di meja makan dengan anak kecilnya dan hanya dipanggil ke ruang tamu untuk melihat kotak eksibit P7 yang dijumpai polis; S/N N/LvbzzQMEylwSTme15Wyw g) SP1 sahkan rumah tersebut hanya mempunyai 1 pintu keluar masuk; h) SP1 menyatakan bahawa beliau diberitahu oleh OKT mengenai kedatangan penama ‘Ki’ ke rumah tersebut dan tidak pasti ‘Ki’ benar-benar datang ataupun tidak kerana SP1 keluar bekerja awal pagi dan pulang pada lebih kurang pukul 5.30 petang; dan i) barang kes dadah dijumpai dalam kotak tertutup di atas lantai (fizikal kotak dalam keadaan terdedah) tanpa dilindungi apa-apa objek. [34] Mahkamah ini telah meneliti keseluruhan keterangan dan hujahan pihak-pihak berkenaan elemen pemilikan ini. Mahkamah ini mendapati bahawa fakta-fakta berikut adalah tidak dicabar, iaitu: a) Bahawa rumah tempat kejadian adalah rumah yang diduduki oleh OKT bersama isteri dan anak-anaknya; b) Semasa serbuan, OKT ditangkap di luar rumah (hadapan pintu rumah) manakala isteri OKT (SP1) telah ditangkap di dalam rumah di ruang dapur; c) Barang kes dadah ditemui dalam kotak putih bertulisan OPPO (eksibit P7) yang dikatakan bertutup semasa ditemui; d) Barang kes dadah juga telah ditemui di ruang tamu rumah. S/N N/LvbzzQMEylwSTme15Wyw [35] Berkenaan isu bahawa terdapatnya dua tempat tangkapan OKT berdasarkan keterangan SP4 dan keterangan SP5 berserta rajah kasar (eksibit P22 dan P22(k)), setelah Mahkamah ini meneliti keseluruhan keterangan, walaupun terdapatnya percanggahan antara keterangan SP4 dan eksibit P22 dan P22(k) tersebut, Mahkamah ini mendapati bahawa keterangan mengenai di mana tangkapan berlaku adalah sebagaimana dinyatakan oleh SP4 iaitu OKT ditangkap di hadapan pintu rumah. Ini kerana keterangan SP4 ini disokong oleh SP1 yang turut menyatakan bahawa tangkapan terhadap OKT dilakukan di hadapan pintu rumah. Eksibit P17 iaitu laporan polis SP4 juga turut menyatakan bahawa SP4 telah menahan OKT di hadapan pintu masuk rumah tersebut. Eksibit P17 telah dibuat oleh SP4 pada hari yang sama pada lebih kurang pukul 9.42 malam iaitu lebih kurang dua jam selepas serbuan dilakukan. Eksibit P22 dan P22(k) yang merupakan rajah kasar dan kunci yang dilakar oleh SP5, telah dibuat selepas kejadian serbuan dan tangkapan iaitu pada keesokan harinya (21.1.2020) lebih kurang pukul 11.20 pagi. Walaupun tiada penjelasan diperolehi daripada SP5 mengenai percanggahan ini, namun begitu pada pendapat Mahkamah ini, ini tidak memberikan kesan terhadap fakta bahawa sememangnya OKT telah ditangkap di rumah tersebut dan bahawa rumah tersebut sememangnya diduduki oleh OKT. [36] Selanjutnya, berkenaan isu wujudnya penama Nasrul dan ‘Mat Ki’ atau Marzuki, Mahkamah mendapati bahawa SP1 dlm keterangannya menyatakan bahawa rumah tersebut sedang menjalani renovasi iaitu bertujuan untuk di cat lain, dan OKT dibantu oleh seorang bernama Nasrul. SP1 juga menyatakan bahawa pada hari kejadian, apabila SP1 pulang dari bekerja, SP1 telah S/N N/LvbzzQMEylwSTme15Wyw dimaklumkan bahawa kawan OKT dipanggil ‘Mat Ki’ telah datang ke rumah. [37] Walaupun keterangan SP1 menyatakan bahawa kehadiran penama ‘Mat Ki’ pada hari kejadian adalah hanya setelah diberitahu oleh OKT dan beliau tidak melihat sendiri kehadiran ‘Mat Ki’ di rumah tersebut, tetapi kedatangan ‘Mat Ki’ ke rumah mereka dimaklumkan oleh OKT kepada SP1 sebelum serbuan dijalankan. Di samping itu juga, Mahkamah ini mendapati bahawa berdasarkan keterangan SP4 sendiri, kes ini melibatkan tangkapan berdasarkan kepada maklumat di mana SP4 mengesahkan bahawa maklumat yang diterima adalah berkenaan seorang lelaki Melayu yang akan berada di rumah tersebut, dan tiada nama khusus diberikan. Oleh itu, kemungkinan penama tersebut wujud juga adalah munasabah kerana keterangan mengenai penama ‘Mat Ki’ diperolehi daripada saksi Pendakwaan sendiri iaitu SP1. [38] Selain itu juga, keterangan SP1 turut menyatakan bahawa terdapat penama Nasrul yang membantu membuat renovasi di rumah tempat kejadian yang juga bekerja bersama OKT. Semasa disoal balas, SP1 bersetuju bahawa keadaan berselerak di rumah tersebut berdasarkan gambar-gambar eksibit P1 adalah kerana rumah tersebut sedang menjalani renovasi dan akibat digeledah oleh polis. Mahkamah ini telah meneliti keterangan SP1 dan juga eksibit P1 iaitu gambar-gambar rumah tersebut yang dirakam oleh SP3. Mahkamah mendapati bahawa gambar-gambar rumah tersebut dirakam sehari selepas kejadian serbuan. Rumah masih dalam keadaan berselerak kerana selepas serbuan, OKT dan SP1 telah sama-sama ditahan. Oleh itu, Mahkamah ini berpendapat bahawa S/N N/LvbzzQMEylwSTme15Wyw keadaan rumah tersebut yang berselerak menunjukkan keadaan asal setelah berlakunya serbuan. Di samping itu juga, berdasarkan keterangan SP1 dan gambar-gambar eksibit P1, adalah tidak mustahil fakta bahawa renovasi sedang berlaku. Ini kerana wujudnya peralatan-peralatan seperti tangga, batu bata dan kereta sorong (wheelbarrow) yang diletakkan di luar dan dalam rumah. Ditambah dengan keterangan SP1 yang tidak dicabar, Mahkamah berpendapat bahawa keterangan oleh SP1 yang menyatakan bahawa rumah tersebut dalam proses renovasi adalah munasabah. Selaras dengan itu, keterangan mengenai penama Nasrul yang membantu menjalankan renovasi ke atas rumah tersebut bersama-sama OKT adalah juga suatu keadaan yang berkemungkinan. [39] Selain itu juga, kemungkinan dadah tersebut dimiliki oleh SP1 sendiri juga tidak pernah dikecualikan oleh pihak Pendakwaan. Pendakwaan tidak pernah mengemukakan sebarang soalan yang mengecualikan (exclude) SP1 sebagai mempunyai kawalan dan jagaan terhadap dadah tersebut. Ini kerana SP1 turut menduduki rumah tersebut dan juga berada di dalam rumah semasa serbuan. Malahan SP1 telah ditangkap semasa berada di dalam dapur di dalam rumah. Dalam keadaan tiada bukti saintifik yang dapat mengaitkan secara langsung sama ada OKT ataupun SP1 dengan dadah yang ditemui, maka siapa sebenarnya yang mempunyai jagaan dan kawalan terhadap dadah yang ditemui adalah tidak dapat dipastikan. [40] Selain itu juga, keterangan SP1 turut menyatakan bahawa anak-anak SP1 dan OKT juga turut menduduki rumah tersebut. Berdasarkan keterangan SP1, anak pertama beliau berumur 16 S/N N/LvbzzQMEylwSTme15Wyw tahun dan anak kedua berumur 13 tahun. Walaupun kedua-dua mereka dianggap sebagai kanak-kanak, tetapi peringkat umur kedua-dua anak OKT ini adalah secara biasanya berada di tahap yang dianggap remaja. Terutamanya terhadap anak OKT yang berumur 16 tahun, tiada keterangan daripada beliau mahupun SP1 yang menafikan dadah tersebut milik anak SP1. [41] Di samping itu juga, fakta bahawa barang kes dadah telah ditemui dalam kotak bertutup di ruang tamu rumah, yang merupakan ruangan bersama (common area), turut menimbulkan inferens bahawa jika rumah tersebut boleh diakses oleh orang lain, maka kotak tersebut juga mungkin boleh diletakkan oleh mana-mana orang yang mempunyai akses kepada rumah tersebut. [42] Adalah menjadi tanggungjawab pihak Pendakwaan untuk mengecualikan (exclude) akses oleh mana-mana orang terhadap rumah tersebut dan bukannya beban kepada pihak Pembelaan untuk membuktikan kewujudan akses orang lain terhadap rumah tersebut. Sebagaimana yang telah diputuskan dalam kes Abdullah Zawawi Bin Yusoff v. Public Prosecutor [1993] 3 MLJ 1: “Given the fact that this was a case where the police were acting on a tip-off, the onus was not on the defence to prove possibility of access by others but on the prosecution to exclude such possibility.” [penekanan ditambah] [43] Fakta-fakta berkenaan wujud penama lain yang mempunyai akses kepada rumah tersebut, walaupun dihujahkan oleh Pendakwaan timbul hanya setelah SP1 disoal balas, namun begitu SP1 adalah S/N N/LvbzzQMEylwSTme15Wyw saksi pendakwaan sendiri yang memberikan keterangan secara bersumpah. Pihak pendakwaan tidak pernah membuat permohonan untuk menyoal balas SP1 di bawah seksyen 154 Akta Keterangan 1950 [Akta 56] untuk menganggap SP1 sebagai saksi hostile, mahupun memohon untuk mencabar (impeach) kredibiliti SP1 tersebut di bawah seksyen 155 Akta 56. Oleh itu, pihak Pendakwaan sendiri tidak boleh sewenang-wenangnya memilih mana keterangan SP1 yang patut diterima dan ditolak oleh Mahkamah ini dalam hal keadaan kredibiliti SP1 tidak dicabar langsung. Tambahan pula, Mahkamah ini mendapati bahawa tiada keterangan yang bercanggah berkenaan kewujudan penama Nasrul mahupun ‘Mat Ki’ sebagaimana dinyatakan oleh SP1, lebih-lebih lagi dalam keadaan di mana serbuan telah dibuat berdasarkan kepada maklumat. Hanya semata-mata SP1 merupakan isteri OKT yang kebiasaannya dianggap sebagai seorang saksi berkepentingan, tidak secara automatik menjadikan SP1 seorang saksi yang tidak kredibel. Mahkamah Persekutuan dalam kes Suthakar a/l Sivakumar lwn Pendakwa Raya dan lain-lain rayuan [2025] 1 MLJ 263, telah memutuskan seperti berikut: “[77] Kami juga mendapati dan bersetuju bahawa tiada alasan undang-undang untuk menolak keterangan saksi-saksi semata-mata kerana mereka ialah saksi-saksi yang berkepentingan. Sehubungan dengan ini, MT telah dengan betulnya merujuk kepada kes Balasingam v Public Prosecutor [1959] 1 MLJ 193 yang dengan betulnya menyatakan: After all there is no legal presumption that an interested witness should not be believed. He is entitled to credence until S/N N/LvbzzQMEylwSTme15Wyw cogent reasons for disbelief can be advanced in the light of evidence to the contrary and the surrounding circumstances. (Penekanan ditambah.)” [penekanan ditambah] Sehubungan itu, Mahkamah ini memutuskan bahawa SP1 adalah seorang saksi yang kredibel dan keterangan SP1 adalah keterangan yang boleh diterimapakai oleh Mahkamah ini. [44] Selanjutnya, berkenaan isu bahawa OKT bertindak agresif dan cuba untuk melepaskan diri semasa SP4 hendak menahannya di hadapan pintu rumah. Mahkamah ini berpendapat bahawa hanya dengan berpandukan perlakuan (conduct)’ OKT tersebut hanya dapat menimbulkan inferens berkenaan pengetahuan. Namun begitu pengetahuan semata-mata tidak mencukupi untuk memenuhi elemen pemilikan atas dadah-dadah yang dirampas. Bagi tujuan pembuktian pemilikan, pihak Pendakwaan perlu terlebih dahulu membuktikan jagaan dan kawalan ke atas dadah-dadah terbabit. [45] Selain itu, Mahkamah ini turut mendapati bahawa hujahan Pembelaan berkenaan kredibiliti dan keterangan SP4 juga mempunyai merit. Ini kerana berdasarkan maklumat, hanya seorang lelaki Melayu dikatakan terlibat dalam aktiviti tokan dadah di rumah tersebut. Oleh itu, adalah munasabah sekiranya tiada anggota wanita yang terlibat sama semasa serbuan. Keterangan SP4 ini bercanggah dengan keterangan SP1 yang menyatakan bahawa semasa serbuan, tidak terdapat seorang pun anggota perempuan, sebaliknya beliau hanya bertemu anggota perempuan di balai di mana pemeriksaan badan telah dibuat di balai. Dalam S/N N/LvbzzQMEylwSTme15Wyw keadaan Mahkamah ini mendapati bahawa SP1 adalah seorang saksi yang kredibel, oleh itu, keterangan SP4 mengenai kehadiran anggota wanita tersebut semasa serbuan adalah meragukan. [46] Di samping itu juga, keterangan SP4 sendiri adalah bercanggah dengan keterangan SP3 yang juga merupakan anggota serbuan pada hari kejadian. Ini kerana SP4 mengesahkan bahawa beliau bersama beberapa anggota serbuan yang lain iaitu Insp Saidy bin Sakah, Sjn Zawri bin Zahari, Kpl Mohd Asyraf bin Mustafa dan SP3 bertindak menangkap OKT di hadapan pintu rumah. Ini jelas bercanggah dengan keterangan anggota serbuan beliau sendiri iaitu SP3 yang menyatakan bahawa semasa serbuan, Kpl Mohd Asyraf bin Mustafa bersama SP3 membuat pemantauan di hadapan rumah dan bukannya bersama SP4 di hadapan pintu rumah membuat tangkapan. [47] Dalam hal ini Mahkamah ini mendapati bahawa kelompangan atau percanggahan ini adalah material dan telah menimbulkan keraguan terhadap keterangan saksi-saksi pendakwaan tentang kejadian sebenar yang telah berlaku dan menjejaskan kredibiliti-kredibiliti mereka. Sehubungan itu, Mahkamah ini mengambil pendekatan berhati-hati dalam mempertimbangkan keterangan-keterangan saksi-saksi Pendakwaan ini terutamanya keterangan SP4. [48] Sebagaimana diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Dato' Seri Anwar Bin Ibrahim v Public Prosecutor And Another Appeal [2004] 3 Mlj 405 seperti berikut: S/N N/LvbzzQMEylwSTme15Wyw “23 We shall only refer to another Federal Court judgment in Lai Kim Hon & Ors v Public Prosecutor [1981] 1 MLJ 84. In that case, in a passage quoted by the Court of Appeal in the instant appeal, Abdul Hamid FCJ (as he then was) said: Viewed as a whole it seems clear that the finding of fact made by the trial judge turned solely on the credibility of the witnesses. The trial judge heard the testimony of each witness and had seen him. He also had the opportunity to observe the demeanour of the witnesses. Discrepancies will always be found in the evidence of a witness but what a judge has to determine is whether they are minor or material discrepancies. And which evidence is to be believed or disbelieved is again a matter to be determined by the trial judge based on the credibility of each witness. In the final analysis it is for the trial judge to determine which part of the evidence of a witness he is to accept and which to reject. Viewed in that light we did not consider it proper for this court to substitute its findings for that of the learned trial judge.”. [penekanan ditambah] [49] Sehubungan itu, Mahkamah dengan ini memutuskan bahawa pihak Pendakwaan telah gagal membuktikan bahawa OKT mempunyai akses eksklusif terhadap rumah tersebut dan dengan itu telah gagal membuktikan jagaan dan kawalan terhadap dadah yang dirampas. Dalam hal ini juga, andaian pengedaran juga telah gagal dibangkitkan oleh pihak Pendakwaan. S/N N/LvbzzQMEylwSTme15Wyw KESIMPULAN [50] Sehubungan itu, berdasarkan keseluruhan alasan-alasan dinyatakan di atas, Mahkamah ini memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah gagal membuktikan kes pendakwaan pada tahap prima facie dan dengan itu, Mahkamah ini memerintahkan supaya OKT dilepas dan dibebaskan tanpa dipanggil membela diri atas pertuduhan. Evawani (Evawani Farisyta binti Mohammad) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Jenayah (2) Alor Setar, Kedah Bertarikh : 22 Mei 2025. Timbalan Pendakwa Raya: Tohirah binti Mohd Fauzi Timbalan Pendakwa Raya Peguambela OKT: Mohd Fadhly bin Yaacob Tetuan Fadhly Yaacob & Co.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.